@rubiadaibrahim

Monday, September 8, 2008

=Hitachi,From Women to Women=

“Walid n Umi tolong bawa keluar beg Ainaa ya.Ainaa nak g cek kaunter check in jap.Harap2 buka lagi la.”,pesan aku pada umi dan walid di Entrance LCCT.

Dua-dua orang mengangguk tanda faham akan kegelisahan aku yang risau tahap gaban kena tinggal dek flight.Camne la boleh lupa yang aku punye flight kol 7,mati2 aku ingatkan flight aku kol 10.Bila walid kejutkan pagi tadi aku tengah bestnye berselubung atas katil lagi.Huhu,ni gara2 tidur lambat nak menyiapkan aktiviti tahunan n piagam HITACHI lah.Susah rupanya jadi secretary berkaki lebar ni.Hehehe,adakah aku seorang yang perasan???=)

Aku rasa dah cam atlit marathon dah.Lagu semacam aku berjalan,mujur tak ada lenggang Mak Gayah je.Kalo x altit Negara tu mesti letak jawatan punye.Masuk2 je aku terus tgok senarai flight n yang pastinye aku kecewa x hengat la.Yelah silap aku sendiri,sape suh sampai airport 15 minit lagi nak departure,dah tutup pun kaunter check in..Aku punye la berdoa flight delay arini alik2 on time lak.Aisy,Aina2.Ko ingat Tony Fernandez tu bapak angkat ko ke?Nak suh die tunggu ko dulu baru berlepas flight?Nampak gayanye kena la beli tiket baru.Kena potong la duit belanja yang walid bagi sat lagi.Sedih2,kena makan maggi la sat lagi.Xmoooooooo.

“Aina,camne?”,teguran umi menyentakkan aku yang tengah dok syok fikir ayat nak mengayat walid.Yelah,kena minta duit tambahan la sat lagi.Kalo Walid suh beli tiket gune duit sendiri,x ke bakal jadi pengamen(Peminta Sedekah) la aku.Huhuhu.

“Umi,flight dah nak boarding dah.Aina rasa cam kena balik ari lain je.Hehehe”,

“Kamu jangan nak mengada2.Dah ade kat airport ni,beli je tiket jap lain.Yang pasti kamu kena balik juga arini.Esok walid dengan umi ada kursus kat Sabah.Sapa yang nak hantar kamu g airport kalau balik hari lain”.Walid warning aku la weh.Loh,baru ingat nak extend cuti.Yelah,kawan2 aku ade seminggu lagi cuti.Aku lak kena balik Indonesia dah,kena jadi fasilitator sempena Ospek(Orientasi).Sedih2.

“La,walid.Aina ambik bas la nnt.Boleh la,boleh la”.Aku dah wat muka seposen,mata dah shining2 cam cite Sailormoon dah.Tapi aku tau la walid,kalo die dah kate hitam,hitam la.Kalo die kata putih,putih la.Xde warna campur hitam putih,xde kelabu.Huhuhu.

“Xde.Kita tengok tiket kat kaunter.Kalo ada arini,kol berapa pun walid x kisah.Yang penting,kena balik juga..Kamu tu suka la nak menyusahkan Uncle Syam kamu”.Baru je nak kata tiket sold out,tapi walid selalu g oversea.Silap orang lak nak mengayat.Huhuhu

“Waliddddddddddddddddddddddddd.”.Walid tarik tangan aku.Umi geleng kepala je tgok aku yang Beriya dok statikkan badan.Kuat lak walid aku ni,tarik punya tarik sampai gak aku kat kaunter Airasia tu.Aku memang lemah sikit bab2 balik Indonesia ni.Kalo balik Msia,suke giler.Habis je exam,sesegera mungkin aku ambik flight.Malam pun malam la,yang penting cepat jejak bumi Msia.Aku dok cemberut je muka,walid la tanyakan tiket.Walid bayarkan tiket la weh,hehhee.Xyah makan meggi la aku,nampak gayanye boleh la aku join Program Hitachi yang julung kalinya taun ni:Rayap ke Dunia Fantasi Anchol.Suka2.

-------------------------------------------------

Dengan sape lak ibu dok seronok berborak tu.Bengang tol aku tadi,ade minah yang langgar aku.Dah la x minta maaf,blah macam xde wat salah lak tu.Mujur la air Pepsi aku ni tumpah sikit je kat baju.Kalo x,aku belasah minah tu cukup2.

“Aril,kamu dari mana ni.Basah kuyup baju”.

“Dari toilet.Ade orang langgar Aril tadi.DAh la x minta maaf,kureng tol.”.

“Kamu ni x habis2 dengan perangai panas baran.Die nak cepat la tu.Dah,jangan simpan dalam hati.Ha,kenalkan ni Auntie Alia.Anak die pun nak balik Jakarta gak,tengah check in sekarang ni.”.Mujur la ibu cepat2 pujuk hati aku yang tengah membara ni.Kalo x,aku cari perempuan kureng tu sampai ke lubang cacing.Auntie senyum kat aku,muka aku yang macam Shrek tadi terus berubah.Kena la sopan santun weh,mane tau die berkenan nak wat aku jadi menantu die.Xyah susah2 aku nak mengayat cewek2 kat U aku dah.

“Hai auntie.Ape khabar?”

“Alhamdulillah,baik.Anak auntie,Aina tu terlepas flight.Kena beli tiket baru,flight sama dengan kamu kot.Pukul 9 kan”.Lembut betol suara Auntie ni.Mesti anak die sopan gak.Yeha,boleh la nak tackle mak die,sat lagi kalo auntie ni berkenan dengan aku,kire bonus la tu.

“O,ye ke.A’ah,flight kol 9.Boleh la nak balik sama.U mana ye anak auntie?”.

“UI,Universitas Indoensia,dah tahun 4 dah..Kamu study kat mana,dah 5th year ye.X lama lagi dah nak habis tu.”.

“Em,sy kat Universitas Trisakti.Setahun lagi,tapi seksa gak nak mengabiskan clinical.Huhu”.Auntie n Ibu senyum je tgok gelagat aku.Yess,kesopanan aku terkesan di hati bakal mak mentua aku.Haha,perasan giler.Tapi anak die mane ye??

---------------------------------------------

“Umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,xmo balik”,jeritan aku membuatkan umi,seorang mak cik n seorang mamat yang x bape nak hensem yang tengah best berborak berpaling kat arah aku.

“Ainaa,cuba sopan sikit.Ni terjerit2 tgh orang,malu umi”,umi tegur aku.Umi ni,cam xtau je perangai aku yang kurang malu ni.Lek la umi,kalo Ainaa jadi ayu pun,bukannya ade orang nak kat Ainaa pun.Ainaa pun xmo bercinta-cintan mase belajar ni.Menyusahkan je.Nak plak pas jadi S/U Hitachi yang berwibawa ni,lagi la Ainaa berdisiplin ikut peraturan kelab.Hoho.

“Ni ke anak yang nak balik Jakarta tu”,tanya mak cik yang borak dengan ibu tadi.

“A’ah.Perangai dia ni memang camni,manja berlebih.Umur dah 22 tahun,tapi merengek je memanjang.Ainaa,ni auntie Maznah.”.Mak aih,umi ni g cite perangai aku lak.Segan la aku.Mamat yang kat sebelah umi tu cemberut semacam je muka die n pandang cam geram kat aku.Ko pehal,nak cari gaduh ke??Lantak die la,baik aku salam Auntie Maznah ni.

“Umi,walid rasa kita kena balik sekarang.Banyak lagi keje walid x settle.”.Lah,dorang nak balik dah ke.Sedih la aku.Ceh2,jadi cengeng x pasal lak.Aku pun malas nak dok luar ni lama2.Baik aku masuk waiting room,boleh gak aku usha mamat2 hensem sat lagi.Hahha,kalo tau dek umi la hasrat hati aku ni,kena cubit ketam la jawabnya.

“Ok,bang.Aril,auntie minta tolong tgokkan Ainaa ye.X pasal2 kamu kena jadi body guard die lak arini.Sori sebab menyusahkan kamu.Elok dah janji dengan kawan die,terlepas flight lak”.Loh,umi minta tolong mamat x bape nak hensem tu jagakan aku.Umi ni,tak caye kat aku lak.Dah banyak kali aku balik,xde sesape jaga pun.Selamat je lagi.Risau x sudah.

“Insyaallah,auntie.X susah pun,sama flight lagi pun”,balas mamat x bape nak hensem tu sambil senyum kat umi.Baik la konon.Porahhhhhhhhhhcit,nak tackle umi aku la tu.Xdenye umi nak berkenan dengan ko mamat.

Pas umi n walid balik,aku terus angkat kaki masuk waiting room.X hingin aku menunggu mamat poyo tu.Aku rasa die ni anak mak..Oit,ko tu dah gabak.Lelaki lak,x malu ke nak bergeser2 dekat mak depan orang.Nak jaga aku konon,diri sendiri pun x terjaga.Pi gi dah.=(

-----------------------------------------

Alhamdulillah,naik gak aku flight.Dua kali nama aku kena panggil kat intercom suh naik flight baru aku perasan.Cuak giler aku mase tu.Mujur la dah check in,kalo x aku jadi cam perempuan yang langgar aku tadi.Ha,perempuan tu g mane ye.Mesti die dah naik flightnye.Lantak die la,aku setuju nak jaga die pun sebab ibu die suruh.Kalo ikutkan hati aku,x hingin.Dah la x minta maaf kat aku mase langgar tadi,pastu x menyabar lak masuk waiting room.

Flight dah berjalan mase aku dok sibuk letak beg.Penuh lak flight ni,ade dua tempat kosong je kat tengah2.Takpelah,janji boleh duduk.Silap aku gak,sape suh naik lambat sangat,dah x dapat duduk tepi tingkap.Aku paling kepala,nak tgok sape lah yang duduk sebelah aku ni.Terkezut aku,minah tadi!!

“Oit,perempuan.Ko sal langgar aku tadi.Habis basah baju mahal aku tau dok?”.

“Sedara,x reti nak bagi salam ape.Sesuki je panggil aku perempuan.Ko ke kena langgar tadi,sori la.Ape dok-dok,ko ingat aku anjing ke”.

Amboi,melawan lak minah ni.Garang nak mampus.Harap muka je comel,cakap kasar nak mati.

“Assalamualaikum,sedari.Ko kalo cakap leklok x bleh ke?Ko tu perempuan tau x?Silap aribulan,xde sape la nak kat ko.Jadi andartu la ko nnt”.

“Wslm.Tau.Suka aku la nak cakap kasar pun.Ko peduli ape?Kalo jadi andartu pun ko peduli ape,bukannye aku suh ko nikah dengan aku.”.Die soal aku balik tu.Berani tol minah ni.X boleh layan sangat.Sat lagi,tercetus lak Perang Dunia ke-3.Aku terus ambik mp3 aku.Baik aku layan lagu dari bertekak dengan perempuan senget ni.

---------------------------

Tido pun mamat PMS ni.Bleh la tahan hamba Allah ni.Kire ade rupa la,tapi x sopan langsung!!Bagus gak dari menyakitkan hati aku.Sesuka je doakan aku jadi ANDARTU.Die ingat aku x laku ke.Ramai je nak kat aku,aku je x nak kat orang..Act,aku nak je borak leklok dengan die tapi bile die stat panggil aku dengan kasar,hati aku pun ape lagi.Membara n meletus cam Gunung Merapi lah.Ingat die sorang je boleh marah. Lek Ainaa Salsabila,Allah bersama dengan orang2 yang sabar.

Nak watpe ye?Aha,baik aku cek semula buku HITACHI ni.Mane tau ade program yang kena tukar tarikh.Aku ambik yearly schedule Universitas aku n compare dengan perancangan tahunan Hitachi.Ok,xde yang bertindan.Bagus giler manusia yang plan aktiviti ni.Teka la sape?Aku la.Haha.Syok sendiri lak.Alang2 aku x tau nak watpe ni.Baik aku tulis borang keahlian ni.Balik ni terus je hantar.=)

Sume details yang basic2 aku dah isi:nama,nickname,hobi,tarikh lahir n kawan2.Kalo la soklan exam aku camni,confirm aku score examnye.Ni soklan memutuskan urat saraf.Sabo jelah aku.Ahaaaaaaaa,soklan yang last ni best nak jawab:ciri2 suami impian n perancangan idup.Suke2.Yelah kan,orang kate kalo kite gagal nak merancang mean kite merancang utk gagal.Whatever la,aku nak penuhkan details aku ni.Syokkkkkkk.

PERANCANGAN HIDUP &ALASAN(5 TAHUN KEDEPAN):

1.Habis blajo,aku nak keje dekat rumah aku or area Selangor je.X tahan la berjauhan dengan umi n walid.

2.Aku nak mendirikan masjid.Kalo xde orang nak kat aku,aku sumbang la duit nak wat masjid betol2.Kakaka.Bertunang:070707 n nikah 20/07/2007.Alasan:tak elok melengahkan benda baik ni.=)

3.Jadi ibu orang dah kot.Kalo x de rezki lagi,aku nak bukak kosan(hostel kat Indo),jadi ibu kosan.Hahhaa.Alasan:Kalo jadi ibu orang,bleh main dengan baby.Kalo jadi ibu kosan,duit masyuk ma.Korang xmo jadi kaya –raya ke??????

Yesssssssss,siap pun benda alah ni.Mari menurunkan tandatangan.Tandatangan rupa hantu kate adik aku.Yelah,die x reti nak tiru tu cakap camtu.Haha.Loh,kena letak gambar ke.Tahukah ahli Hitachi,gambo aku ni amatlah mahal harganya.Beribu-ribu rupiah.Hahhaa.Tepek pakai ape ni?Gam xde lak.Em,klip jelah dulu.Balik nnt,stapler pun takpe.=)

-------------------------------

“Nak,bangun.Udah sampe”.Hilang doh mimpi aku bile ada bapak kejutkan aku dari lena.Terpisat2 aku gonyoh mata.Tinggal dalam 10 orang je manusia dalam flight ni.Minah sebelah aku tu dah ilang jejak.Bukan nak kejutkan aku pun,anti betol die dengan aku.Lantak la ko minah,aku rasa kalo die kejut aku mesti terlolong terlalak kat telinga aku.X pasal2 pekak aku.

Aku ambik beg laptop n sangkut atas bahu.Capek deyh.Eh,ade buku la kat seat minah tadi.Browser barang2 letrik kot.Tgok ade gambar peti ais dengan Tv kat depan.Aku capai buku yang tebal tahap lab manual tu.Ape la minah poyo tu,sempat lagi layan barang2 letrik dalam flight.Betul la browser barang2 letrik,ade name HITACHI lagi kat depan.Aha,ade baiknye aku bawak balik buku ni.Bleh gak aku wat panduan beli barang2 letrik,compare2 harga Msia n Indon.Mane la tau lagi murah kan.Lagi pun aku memng nak beli TV baru pun.Senang keje aku.Kalo dah x gune sok,bleh aku wat alas nasi bungkus kat bilik.Terjaga sket kebersihan bilik aku.Xyah sibuk nak beli2 surat khabar.=)

--------------------------

“Semekommmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!”,jeritku setibanya di rumah.

“Oit,bg salam leklok sket.X masuk malaikat sat lagi”,Balas Min dari dalam rumah.Housemates aku,si Min balik pagi tadi.Naik flight yang aku terlepas tu.Confirm die bengang coz tercangok sorang2 kat airport tunggu aku pagi tadi.Sori la kawan,aku lambat pun sebab siapkan keje2 HITACHI kite bersama.Smileeeeeeeeee!!!!!.

“Hehehe.Assalamualaikum”.

“Wslm.Ha,jangan masuk dulu.Ade tol coz ko mungkir janji nak balik sama flight dengan aku.Mujur x bawak lari dek mas je aku.Kalo x,duduk sorang 2 la ko kat rumah”.Ces,ade tol2 lak.Takpelah,yang penting Min x marah kat aku.Risau gak aku kalo die merajuk dengan aku,sape aku nak ajak layan cite Korea nnt.

“Hihi.Aku bukan sengaja la weh.Tapi saje.Hahaha.Ape die?”.

“Ko cakap ko terlepas flight coz tido lambat siapkan buku panduan HITACHI kan.So,aku nak tgok dulu hasil kerja ko.Kalo aku puas hati n approve,baru bleh masuk.Kalo x,ko dok la kat luar sampai malam.”.Amboi2 si Min,ade syarat2 lagi tuh.Mentang2 lah pegang jawatan presiden,berlagak lak dengan aku ye.

“Hek eleh.Tu je.Takat nak tgok buku panduan HITACHI tu ape lah sangat.Kalo suh aku p jadi pengamen baru la mencabar.Aku dah ready lah,mesti ko suka punye dengan buku tu.”.Dengan muke berlagaknye,aku pun selongkar beg laptop HP aku. Dah dekat 5 minit dah aku cari.Xde lak bayang buku setebal 125 muka surat tu..Loh,mane aku letak.Rasanye dalam beg ni.Aku dah mati akal dah nak cari katne,alik2 aku tunjuk gigi kat Min.

“Ape kes ko tersengih2.Ko ingat nak masuk iklan Colgate ape?Ade x buku tu?”.

“Xde la Min.Tapi seingat aku memang aku sumbat dalam beg ini.Seyessss,aku xtipu.Aku rasa cam tinggal kat dalam teksi je.Huhuhu”.

“Yelah tu.Soft copy adekan.”,tanye Min sambil geleng2 kepala.Aku pun mengangguk dengan sebenar-benarnye cam cite Upin.Cuak weh,kang xpasal2 aku kena tidur luar.

“Dah masuk.Jangan lupe print lagi sekali.Kalo x,aku gugurkan keahlian ko sat lagi”.Mujur la Min ni berhati mulia.Kalo x,jadi satpam x bergaji la aku.Tapi katne aku tertinggal BUKU HITACHI tu ye????.

----------------------------------------------

Penat melayan masalah jiwa kat Psychiatry Department.Awal2 aku jadi koas(intern),aku dapat award baik punye:Mental Illnes Patients.Redha jelah aku,yelah kan dah jalan ni yang aku pilih.Lek Aril,seminggu je lagi nak habis,minggu depan cuti.Harap2 dapat la masuk department yang boleh rileks sikit next time.Kalo dapat Obgyn,maut la aku.X sanggup aku tgok kaum2 wanita menderita time melahirkan anak.Mboh menitis air mata aku.Ces,sensitive lak aku.Susah wo nak beranak,kate ibu aku la.Ibu,tq coz lahirkan Aril.

Esok hari Ahad.Best gak kalo rayap kat shopping kompleks.Bilik aku pun dah sunyi sepi,xde sebarang hiburan barang so pung.TV dah kena angkut dek Hussein.Kena la aku beli TV baru nampak gayanye.Ha,tgok browser barang2 letrik yang minah senget tu aritu best gak.Aku terus ambik buku yang dah 3 minggu landing kat meja study aku tu.X sempat pun nak tgok b4 this.

Front page:HITACHI,demi wanita untuk wanita….Aik,bile mase lak jenama ni untuk perempuan je.Setau aku,xde lak state untuk satu kaum je.Mane la minah senget tu dapat browser ni??Buku ni pun dah senget cam tuan die.Xpe2,kite tgok muke surat last.Selalu ade contact person n senarai kedai2 die.

Last page:Majulah HITACHI untuk kesejahteraan umat manusia….Senget lagi dan lagi.Sal motto HITACHI dari Insipe The Next ni boleh jadi versi Melayu ni??Pelik bin ajaib.

M/S 1:HITACHI:Hidup Tanpa Chinta………………….Loh,xde cinta,Patut la ganas tahap Incredible Hulk!!

M/S 2:Daftar isi:Kata2 aluan pengerusi,Misi &Visi,Ahli Jwatankuasa, Perancangan Aktiviti Tahunan ,Biodata &Senarai Ahli, ,Tazkirah:Teladan &Panduan,Segmen Wajib Baca:Single-Mingle,Double-Couple,Bigger-Mingger(Mane ade perkataan ni,suka merosakkan bahasa minah senget ni),Sudut Hukum dan Pandangan,Autograf………….Ape maknanye sume ni?Minah senget ni wat buku ape ni?????????

-------------------------------------------------

“Korang,camne buku panduan ni.Ok x.Ade sape2 nak tambah,nak tanye?”,tanya Min pada semua ahli2 HITACHI.Mesyuarat agung tahunan buat julung kalinya buat tahun ni.Dah 3 tahun kelab ni ditubuhkan.Ade la 10 orang je ahli yang komited lagi minus aku n Min.Kira ade 12 orang,sedozen la. Yelah kan,sape nak join kelab HITACHI ni?No couple2!!!!!!!!!!

X kisah la aku,yang penting aku tetap dengan prinsip aku.Dah halal ikatan tu esok,sesuki la nak berjiwang karat pun.Nak risau ape pasal jodoh,Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita.Ade manusia yang bercinta berzaman2,bila dah tertulis xde jodoh berpisah gak.N yang paling penting aku pegang pada Fatwa Yusuf Al-Qardawi yang state Bercinta sebelum menikah ni HARAM.Siapa kita nak melanggar hukum?Aku sendiri dah la x arif bab2 agama ni,paling2 aku nak jadi hamba-Nya yang taat pada perintah agama dan berusaha kearah itu.Dalam hidup aku,banyak dah dosa yang aku buat tanpa sedar,xkan aku nak upgrade lagi dosa aku.Baiklah aku upgrade iman yang sokmo menurun graf die ni.

“Min,syarat yang lama tu pakai lagi ke?”,soalan dari Aisyah menyentakkan aku yang syok berkhayal.Kalo Aiyah x tanye soklan ni,dah jadi perunding rumahtangga dah aku rasa..Min terus terdiam bile tengok aku dah stat buka mulut.Bagi laluan kat aku la weh.

“Of course lah.Saya ulang n ingatkan semula yek syarat keahlian kat pages 10 tu.Ha,bukak jangan x bukak.Ahli tidak boleh bercinta kecuali untuk bernikah dan selepas menikah.Jika ahli melanggar syarat HITACHI,keahlian akan gugur serta-merta.Syarat lain bleh baca sendiri”.Sikit punya semangat aku baca syarat keahlian.Biar ingat sikit suara aku yang cam guruh-gempita nih.

“Ok,bos.Kami menurut perintah”,gurau Irah sambil tabik spring kat aku.Nak tergelak aku dengan gelagat dorang ni.

“Aku bos kecik je.Sat lagi big bos kata aku caras die lak.Hahha”,balas aku sambil senyum kat Min.Min dah segan2 kucing dah.

“K,kita proceedd to next agenda:Perancangan Tahunan.1st activiti grand kite :Cuti2 ke Dufan Anchol hujung minggu ni.Dipersilakan Cik Ainaa Salsabila selaku ketua program untuk membentangkan kertas kerja”.Min dah stat dah meng”MC”kan diri.Segan lak aku dengan sambutan gemuruh ni,rasa cam artis dah.

“Terima kasih..terima kasih kerana mengundi saya sehingga ke peringkat akhir Jakarta Idol(JADOL).Saya terharu dengan sambutan anda semua.Hahahaha.”.

------------------------------------

Buku HITACHI ni x khatam2 lagi even ade 125 muka surat je.Mane la aku ade mase sangat nak baca membaca ni.Hectic giler life aku sekarang ni.Aku belek buku ni dekat2 nak tido je.Tu pun kalau mata aku mampu nak buka lagi.Selalu buku ni yang baca aku.Sekarang ni dah nak masuk Perancangan Tahunan.Menarik gak dorang punye kelab ni.Kalo ade anugerah kelab x berdaftar terbaik,nak je aku calonkan.Aku confirm,yakin n pasti:HITACHI bleh menang punye.Go,go HITACHI.!!Sal aku lak yang terover ni????

Perancangan Tahunan 200….

Aktiviti Harian:Solat Maghrib berjemaah,Tilawah Al-Quran………………………..

Aktiviti mingguan:Movie time,Puasa Isnin dan Khamis,Mentoring dan Diskusi Soal Jawab Agama,Kelas Memasak &Hiasan Rumah

Aktiviti Bulanan:

Sept/Rejab:

1.Puasa selang sehari sepanjang bulan Rejab sebagaimana dianjurkan oleh Rasulallah.Terserah kepada kemampuan ahli………………………..bgus gak dorang ni,siap dengan hadith n dalil sekali.X la beramal dengan taqlid semata-mata.Kagum2.

2.23 Sept:Cuti-cuti Dufan ………..Pengarah Program:Ainaa Salsabila binti Mohd Salam………Minah senget jadi ketua program?Kakaka,believe it or not?Believe it!!!!Tapi ok la kot sebab die pun senget semacam.Sesuai la kalo bab2 bergumbira ni.Berkaki lebar gak die ni rupanya.

Buat ape la aku layan aktiviti dorang ni.Aku bukan ahli pun.Poyo giler aku ni.Baik la aku jeling2 biodata n senarai ahli.Mane la tau ade hamba Allah yang memenuhi criteria isteri idaman aku.Yuuuuuuuuuhu.Loh ade satu ahli je,ade gambar siap.Siapakah manusia yang bertuah ni??..............................................................................................................Ha,minah senget lagi!!!!!!!!!!!!

---------------------------------

Alhamdulillah,perancangan tahunan HITACHI berjalan seperti dirancang.Kena komited lah weh,sume tu untuk kebaikan masa depan gak.Semalam dah habis program masak-memasaki,rentung-merentung kuali.Malam ni,ade kelas agama kat Surau Kawasan Perumahan aku.Tapi ade satu yang aku musykil ,ade je mamat PMS tu tiap kali program bulanan diadakan.Dok best2 aku terkinja kat Dufan aritu terbantut bila terpandang mamat PMS tu tengah senyum2 kat aku.Die ikut aku ape??X kot,saja nak release tension kat spital la tu.Yelah kan,xkan nak mengadap buku memanjang.Sekali-sekali kena gak menghiburkan diri.=)

Gumbira sikit hati aku coz mamat PMS tu x menyibuk arini.Yelah kan,xkan la die nak join ceramah tajuk ISTERI MITHALI:SAYAP KIRI SEORANG SUAMI.Mane sesuai kate Kak Engkuuuuuuuuu.Dalam best aku dengan ceramah Ustazah Halwani,handphone aku menjerit2 minta diangkat.Potong stim betol la.Segan pun ade gak,sume orang pndang aku.Aku pun ambik phone n angkat kaki keluar dari surau.Private no lak tu,sape yek??

“Hello.Assalamualaikum.Mu ngobrol sama Mbak Aina bisa gak?”.Mas mane lak yang kol aku ni.Seram betol rasa hati.Jangan la die mandrem aku,x pasal2 aku jadi penduduk tetap Indonesia sat lagi.Huhuhu.

“Wslm.Ya,saya Ainaa.Maaf mas,ada apa ya nelfon saya?”.

“Gni mbak.Ada barang mbak ketinggalan sama saya.Buku panduan namanya apa ya ni..Hitaaa..hitaaa”.

“Hitachiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.Oh,ada sama mas ya.Tapi gak papa kok mas.Sy udah fotokopi untuk semua ahlinya.Yang di mas buat simpanan mas aja.Mungkin ada manfaat pada mas juga.Hihihi”.Terkezut giler aku.Rupa-rupanya ade pada pemanggil misteri nih.

“O,kalau gtu hendaknya mbak.Sy mengikuti aja.Maaf ya mbak baru sekarang nelfon.Awalnya saya fikir buku barangan listrik bila liat namanya.Rupanya ngak”.

“Hehehe.Gak papa mas.Terima kasih sekali lagi ya.”.Hihihi,lawak tol la.Ramai yang dah tertipah bile dengar nama Hitachi tu.Xkan la aku yang comel ni nak jadi dealer barang letrik lak.=)

--------------------------

Lembut tol suara minah senget jawab telefon tadi.Terkesima aku dengan kesopanan die berkata-kata..Geliga gak otak aku ni:mujur dapat idea nak menyamar jadi Mas NO NAME.Aku rasa kalo aku kenalkan diri aku Aril,mesti die melenting punye.Salah aku gak aritu,cakap kasar dengan die cam x hormatkan perempuan langsung.Mane la x berasap minah senget dibuatnya.

Semua program bulanan HITACHI aku ikut kalo sempat.Aku yang dulu liat nak puasa sunat ni pun dah rajin menambah amalan.Mujur la die buat hujung bulan n aku cuti pas habis kat tiap2 department mase ni.Kalo x,x leh aku nak jadi ahli misteri HITACHI.Haha,muka minah senget gabra gile bila jumpa aku kat DUFAN aritu.Nasib la ko minah,semua rahsia ko ade dalam tangan aku tau.Hahhahaha.

Lelaki idaman ko punye ciri pun aku tau:

1.Bukan anak sulung n anak bongsu…

2.Ade janggut,muka x hensem mane.Biase2 udah la

3.Khatam Al-Quran dan boleh jadi imam

4……………….

N takat ni,sume kriteria tu ade kat aku walaupun ko x tau.Aku bukan Syok Sendiri la weh,ni ape yang orang2 sekeliling aku kata.Next step:kita sms die.Biar haru-biru hidup minah senget ni!!!Adat manusia,suka melihat penderitaan orang lain.Hahahhaha.

----------------------------------------------------

Sape lak sms aku malam2 buta ni.Aku dah la ade kelas kol 7 pagi esok.Kalo mengantuk esok,kena seligi dengan Dr.Harmandra la aku.Em,layan jelah.Kang orang kata aku sombong lak.

O819xxxxxxxxxxxxxxx:Salam.Mbak Ainaa,sy Ririn.Anak tahun satu FK.Mbak sekretaris HITACHI ya.Kalo sy mau register jadi anggota,bisa gak?.

AKU:Wslm.ya saya.mau jadi anggota?Sekarang lagi ga buka untuk anak angkatan lain.Cuma anak tahun 4 aja n Malaysian.Maaf banget ya.

0819xxxxxxxxxxxxxxxx:Ngapain sih pake(pakai) angkatan sama Negara segala.Mbak fikir mbak manusia yang baik bangat apa.Udah la mbak,mbak ni memang brengsek tau ngak.HITACHI untuk wanita apaan?Wanita mau ngertain malah di juekin.

Ape kes budak ni berkasar dengan aku.Aku pun die x kenal,suka2 je kata aku berengsek.Dari aku tambah dosa marah orang tengah2 malam ni,baik aku bangun solat tahajud.Handphone aku tekan button off.Selamat tinggal,perempuan EMOOOOOOOOOO.

------------------------------

Aik,xde dah sms dari minah senget.X tahan dugaan betol.Aku baru gertak sikit,dah mengalah.Mesti dia tengah menangis ni.Minah senget2,cengang x sudah.Terisi gak masa aku kat hospital ni bila kacau minah senget.Hilang dah sikit rasa bosan berjaga kat ospital malam2 ni.Sebenar n sesungguhnya aku amat jeles tol dengan manusia yang tengah best tidur sekarang ni.

Tittttttttttt….tittttttt,ade sms masuk la.

MINAH SENGET:Salam.Sekadar peringatan bersama:Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam.(H.R Bukhari dan Muslim).Maaf.

Tgok,dah kena tazkirah dari minah senget.Segan n rasa tercabar weh.Nape aku ni,orang dah ingatkan terima jelah.Nak protes lak.Jangan ikut sangat kata2 CIK TAN yang memang nak sesatkan manusia tu.Em,kalo uji perempuan ni ok gak lah.Kite tengok sejauh mana ketabahan die.=)

--------------------------------

Aku dah x tahan dengan Ririn yang aku x pernah kenal sape manusia ni.Ade gak aku risik2 rupa budak ni dari junior tapi xde satu pun yang kenal.Tiap2 hari hantar sms yang menyakitkan hati.Kalo satu sehari takpe gak,ni dah 5x sehari dah.Mane la aku tahan.Sms yang last ni memang menusuk hati aku,sampai camtu sekali die pandang hina kat aku.Ape salah aku pada die?

“Mbak,ngapain sih gak mau pacaran sebelum nikah.Jangan2 mbak lagi mau menutupi rahasia yang gak suci lagi deh.Ngaku aja mbak!!”.

Ya Allah,hinanya pandangan dia ada aku.Airmata aku makin laju n esakan aku makin kuat.Rasanya nilah 1st time aku menangis dengan sepenuh hati aku.Masa x dapat balik raya pun,x camni.

“Ainaaaaaaaaa,kenapa sedih2 ni?”.Min mesti terjaga dengar aku menangis ni.Min datang kat aku n peluk aku.Min,kaulah sahabat aku dunia akhirat.Airmata makin laju turun ke pipi.Sebak sangat rasa hati.Aku dah x mampu berkata2,aku tunjuk handphone je kat Min.

“Kurang hajar punye budak.Die fitnah ko ni Ainaa,xkan nak biarkan aja.Kalo aku jumpa,aku pijak die sampai mati”.

“Min,aku juga yang salah.Kononnya nak jadi great motivator.Kena ayat pedih sikit dah x tahan.Biarlah die.X gune kita bergaduh sakan camtu sekali.Kang ko lak yang masuk penjara,x nak aku hilang kawan.Aku dah ok dah ni”,pujukku pada Min yang dah rupa singa betina lapar.Aku try senyum walaupun x semanis selalu.Ainaa,la tahzan.Innallaha ma’ana.Hati,tabahlah!!

“Ikut ko la.Pasni tukar no lain.Jangan bagi kat orang2 yang ko x kenal dah”,warning si Min.

---------------------------------

Ape pelik gak nape sms kat minah senget semua not sent.Try kol la minah tu.No telefon tu dah xde dalam perkhidmatan.Ya Allah,ape aku dah buat ni.Sms last tu!!!Ainaa,maafkan aku.

Soal jawab hati:

“Puas dah hati ko wat Ainaa menderita.Nape ko benci sangat kat die.Ape salah die?”

“Aku rasa bersalah sangat2 sekarang ni.Aku nak uji die je,xsangka lak jadi camni.”.

“Ko ni memang bengong.X fikirkan perasaan perempuan langsung.Ko xde otak ape?”

“Aku tau aku salah.Aku dah blank fikir ape aku nak buat supaya die maafkan aku?”.

“Ko kan tau semua maklumat die.Ko try la tackle hati die,jadi lelaki idaman die.Ko kan memenuhi criteria tu?”.

“Xmo la aku.Aku x suka die pun.Full stop….”.

“Yelah tu.Kita tengok je nanti.Ko syang kat die sebenarnya tapi xmo mengaku.Hahha”.

Ya Allah,aku dah buat seorang gadis menderita.Ape yang patut aku buat.Berikan aku petunjuk dalam menjalani hidup ini.

----------------------

Alhamdulillah,aku dah kerja kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.Berulang alik dari Shah Alam tiap2 hari.Penat gak la drive.Yang penting,aku dok dengan parent aku sekarang ni.Boleh nak bermanja dengan bestnya.Adik2 aku kat asrama n universiti,aku sorang je yang kat rumah.Yang paling best tu bila umi n walid layan je aku sepanjang masa.

Kalo x dapat balik rumah coz on-call, aku menumpang mandi kat rumah Min.Tapi xbest gak mengacau orang dah berumahtangga ni.Aku ye ahli Hitachi yang single-mingle lagi,yang lain sume dah jadi isteri orang n bakal jadi mak orang.Jangan la masin mulut mamat PMS tu.Segan la aku kalo jadi ANDARTU.Huhuhu.

“Ainaa,walid nak cakap something tentang kamu.Tentang masa depan kamu”,kata-kata walid lembut ke tapi membuatkan aku tersentak.Masa depan aku,ade ape pula ni?Berdebar giler dalam hati.

“Mase depan Ainaa?Ade orang nak meminang Aina ke walid.Bagus la walid,Ainaa pun dah ready nak jadi isteri orang.Hihihi.Tahun depan dapat cucu la walid”,gurau ku pada Walid.Walid geleng kepala dengan kenakalan aku.

“Ainaa,x pernah nak serius.Insyaallah,ari Sabtu ni keluarga lelaki tu nak merisik.Kamu jangan buat2 lupa pulak”.

Sabtu ni.Sabtu ni bukan ke 07 July 2007 same dengan 070707.Itu kan plan aku kat borang keahlian HITACHI dulu.Sape lak hamba Allah yang berkenan kat aku tu.Xkan la mas yang kol aku yang nak pulangkan buku HITACHI dulu tu???

“Walid,orang tu Malaysian ke Indonesian”.Sesak nafas dah weh!!!!!!!

“Cowok seberang laut mbak.Ganteng bangat!!!!!!!!!”,balas Walid sambil tunjuk thumb kat aku.

Mata aku dah berpinar2 dah,mujur xpitam je.Mas NO NAME tu ke?Jap2,ingat semula buku panduan HITACHI yang aku tertinggal ntah kat mana tu.Ya Allah,ade detail n gambar aku kat situuuuu kat aku.Ntah2 dia mandrem gambar aku x?Kalo die mandrem aku,sal hati aku steady je sekarang ni.Xde lak teringat n gile bayang kat sape2.Camne lak walid aku bleh berkenan dengan mamat tu.MISTERI NUSANTARA tol!!!!

---------------------------------------

070707.Dah 3x aku cek reminder kat handphone.Dah 4 tahun aku tunggu tarikh keramat nih.Akhirnya,sampai gak.Aku dah bersedia segalanya.Insyaallah.Rasa menyesal yang menghantui diri aku tu lah yang menambahkan rasa sayang dan kesetiaan aku pada Ainaa Salsabila.Bila xde lagi sms nasihat dari Ainaa,aku rasa kehilangan sangat2.Lagi bertimbun2 rasa bersalah bila aku kenal perwatakan Ainaa sebenar masa aku join program HITACHI dulu walaupun masa tu x de lagi RIRIN yang menyakitkan hati die.

Ainaa yang amat peramah,tutur kata die lembut n sangat manja.Mula2 aku kantoi tu,aku dah ready nak kena marah dengan Ainaa.Tapi lain lak yang jadi.Alik2,terkekek2 Ainaa ketawakan aku.

“Soriiiiiiiiiiii,sy x sengaja nak ikut awak.Saya memang selalu datang pasentren ni,tambah2 ilmu agama bila lapang.X sangka lak jumpa awak.”,tergagap aku bila Ainaa menghampiri aku.

“Eh,nape cuak semacam ni .Saya nak borak dengan awak la.Xpe je.Bagus la tambah2 ilmu agama.Kita pun xtau mati bila kan?”,balas Ainaa sambil tersenyum manis.

“Oo,ok.Ni pun mujur cuti,kalo x susah juga nak ke sini.Btw,ramainya pengikut awak g sini.1,2…..12 termasuk awak.Sedozen dah manusia,ade ape ye?”.Aku buat2 x tau padahal dalam hati gugupnya bukan main.

“Em,ni ahli2 HITACHI.Biase la ade ceramah sikit dengan Ustazah Halwani.”,terang Ainaa pada aku yang dah sedia tahu ni.

“HITACHI.Jual barang letrik ye,boleh la sy join bisnes awak tu.Hehehe.”.Gurauan aku disambut dengan ketawa Ainaa.

“X bleh la.Hitachi:dari wanita demi wanita.Hihihi”.Comelnya la bila die senyum.Makin bertambah rasa sayang dalam hati aku sekarang ni.

Tu semua kenangan silam.Sekarang ni aku tengah sibuk siapkan buku panduan berumahtangga hanya untuk aku n Ainaa.Tinggal tambah cover kat depan je lagi.Ade gak aku cilok sikit2 idea Ainaa kat Modul HITACHI dulu.X salah rasanya,untuk kebaikan bersama gak kan.N takat ni,aku tetap nak jadikan buku ni hantaran tunang aku sok walaupun ibu menentang habis-habisan.Ibu,ni trend hantaran tunang paling baru lah.

------------------------------------

Berdebar gile hati aku tunggu wakil lelaki sarungkan cincin.Pelik tol aku dengan umi yang x bising langsung bila mas no name tu nak berbinikan aku.Takat aku tau,Umi memang xmo bermenantukan orang Indonesia.Siap warning kat aku lagi masa aku nak fly mula2 dulu.Sekarang ni,umi x mudah lagi hepinye.Hai,pelik tapi benar betol.

Aku curi2 dengar gak dorang borak dari bilik umi ni..20/07/2007 ni aku nikah.Ari jumaat tuh.Tercapai gak hasrat aku hati nak menikah hari Jumaat,sebagaimana Rasulallah menikahi Siti Khadijah pada hari Sayyidul Ayyam ni..Hamboi,mas no name ni.Ikut plan aku betol2 ni.Sape ke name nye la die ni? Wakil lelaki tu cakap Melayu elok je,xde baku cam bahasa Indon pun.Mas No Name dah pindah Msia kot Pasal tu umi setuju tu.Em,x kisah la.Weh2,umi panggil aku keluar bilik la.Tersipu2 aku keluar kat tengah orang ramai tu.Yelah weh,sume mata pandang kat aku yang cun sikit arini.Segan youuuuu.Haha.

Mak tunang aku tu sarungkan cincin kat jari manis aku.Aku yang memang segan ni pandang bawah je.Bila aku angkat muka,terkejut toksah nak cakap lah.Auntie Maznah,ibu mamat PMS tu!Ape cite semua ni??

-------------------------------

Aku terus selongkar hantaran tunang pas family keluarga lelaki tu balik.Eh,hantaran versi baru:buku panduan beli telefon kot coz ade gambar handphone kat depan.Ape kes mamat PMS aka Syed Khairil Ridza bagi hantaran tunang camni kat aku?Mesti bengang sebab aku x bagi join HITACHI la dulu ni.Eh,ade dua buah buku lagi.Tgok yang bawah nilah dulu,mane tau lagi best.Hihihi.

Lah,ni bukan ke BUKU HITACHI aku tu.Dah balik ke tuan akhirnya.Maknanya selama ni,buku ni kat Mamat PMS la,patut la asik ade je kat program2 HITACHI.Poyo la tunang aku ni.Huhu.Kat muka surat last ade nota kaki:

=Mbak Ainaa,Ririn mohon ampun dan maaf.Maafin Ririn ya.=

Ririn,camne die tau ni??Ya Allah,die ke yang buat aku menangis dulu tu!!!!!!!!!!Airmata aku dah bergenang kat kelopak mata,tunggu masa je nak jatuh.Nape aku ni,benda tu kan dah lama berlalu.Rasa sedih n hepi dah bercampur jadi satu.Ring Tone Girlfriend kedengaran kat telinga aku n aku terus capai handphone kat meja tepi katil.

“Assalamualaikum”.Puas aku berdehem2 b4 angkat coz nak cover yang aku tengah menangis.Jangan la orang yang kol aku ni perasan.

“Wslm.Ainaa,dah tgok hantaran tu?.Camne hepi x??”,suara tu.Suara mamat PMS yang membuatkan aku merana dulu,yang buat aku hepi sekarang ni n dah jadi tunang aku dengan rasminya.Aku dah x terkata apa-apa.Yang pasti,airmata aku dah turun macam paip pecah dah.Esakan aku lak makin kuat.Sal lak jadi gini,puas dah aku cover tadi.

“Ainaa,jangan la nangis.Sat lagi Aril pun nangis sama.Aril minta maaf sangat2 pada sayang.Aril x bermaksud nak lukakan hati syg sebelum ni.Ari sayang sangat dekat Ainaa.Boleh maafkan Aril x sayang?Pleaseeeee”.

“Ainaaaaaaaaaa………………..huhuhu”.X bleh cakap la weh.Aku rasa cam ntah pape lak arini.Emo terlebih tiba2 je.

“Sayang,Aril minta maaf sekali lagi.Aril janji xkan sakitkan hati sayang lagi.Btw,jangan lupa baca buku ALCATEL tu k.Susah-susah Aril buatkan khas untuk kita.Sayang Ainaa.”.

“Arillllllll,Ainaa xtau nak kata apa.Perasaan berceramuk sangat ni.Ainaa dah lama maafkan Ririn.Aril,ALCATEL tu ape?.Buku panduan telefon tu ke?”,tanyaku dalam esakan yang dah reda sikit.

“ALCATEL:Aril/Ainaa Love,Cinta Ainaa/Aril till end of life.Ade lak buku panduan telefon.Hahaha”,ku dengar Aril tertawa di hujung talian.Alcatel pun Alcatel lah.

----------------------------------------

“Sayang,nape sedih sangat ni.Suami die yang kahwin lagi satu.Bukannya abang pun”.Puas dah aku pujuk Ainaa yang berendam airmata menonton filem Ayat-Ayat Cinta.Xde satu pujukan pun yang jalan,makin kuat die menangis ade la.Biasalah,perempuan mengandung kan sensitif.Mujur la ade junior yang sudi mengirimkan DVD dari seberang selat Melaka tuh.Junior HITACHI die yang amat memahami perempuan mengandung yang mengidam benda pelik2 nih.Kalo nak tunggu DVD tu keluar kat Msia,sempat la Ainaa bersalin dulu rasanya.

“Abang ni.Ainaa sedih tengok pengorbanan isteri die lah bukan sebab suami die kahwin lagi.Abang ni cakap pasal kahwin lagi ni kenapa?Ni mesti ade niat nak tambah cawangan ni?”,soalan Ainaa membuatkan aku tersentak.

“Mane ade sayang.Pandai je serkap jarang.Sekarang xde la,nnt2 mane tau kalo ade rezki.Hehhe.”,gurauku lagi.Jari Ainaa dah cubit ketam peha aku,mak aih sakitnye.Berkeriut muka aku tahan sakit.

“Abangggggggg,sampai hati betol.Sedih Ainaa tau”.Ainaa dah tarik muka masam dah.Cuak dah aku.Kalo die merajuk,tidur kat luar la aku sat lagi.

“Sayang,jangan la masam2.Nanti baby muka masam juga.Abang gurau jelah tadi.Sayang je yang ada kat hati abang tau.Tak pernah pun ade niat dalam hati abang nak menduakan sayang.Kita kan ade ALCATEL.”,pujukku sambil cium pipi dia yang tembam tu.Nilah jalan terakhir aku pujuk die kalo yang lain x jalan.

Muka die dah merah,segan la tu.Perlahan-lahan,bibir die menguntum senyuman kat aku .Hepinyeeeeeeeeeeeee hidup.Kandungan Ainaa dah sarat betol,dah 9 bulan.Tunggu hari je baby nak keluar.Aku pun dah minta cuti,temankan Ainaa sampai isteri kesayangan aku ni bersalin.Mudah-mudahan,baby ktorang nnt lahir dengan selamat.Amin.

-----------------------

Allahuakbar..allahuakbar..Sayu betul iqamah yang diperdengarkan Abang kat telinga baby.Alhamdulillah,aku dah selamat melahirkan baby girl kol 9 pagi tadi.Nama baby aku serahkan kat Abang untuk tentukan.X kisah la ape nama baby yang penting,memberi maksud yang baik.

Usai iqamah,baby abang letakkan di sisi aku semula.Kucupan penuh kasih Abang hadiahkan kat dahi.Syahdu tol rasa hati hari ini n makin bertambah2 rasa sayang aku pada Abang.

“Terima kasih sayang sebab sudi jadi ibu pada anak Abang.Luv u so much”.

“Sama-sama kasih Abang.”.balasku sambil tersenyum.Abang terus duduk kat kerusi sebelah katil n genggam tangan aku..Sal rasa cam x lengkap lagi ye?Ha,aku xtanya lagi nama baby sape?

“Abang dah decide nama baby lom?”.

“Em dah.SHARP”,balasnya bersahaja.Aku dah tergamam dah.

“Abang ni xkan la bagi nama brand elektrik kat baby.Sian baby,sampai hati tol la.Baik sayang yang pilih kalo tau abang cari nama camtu.Malu baby nnt kan”,kataku sambil bercakap2 dengan baby yang baru berusia 5 jam.Lena betol die tidur.

“Lah,betol la.Sharifah Azwa Rusyaida, Putri kita berdua.X suke lagi ke sayang?Singkatkan jadi la SHARP.”.

“Oh,camtu ke.Suka.sweetnya nama baby”,balasku sambil kucup tangan Abang.

Ku kucup dahi baby yang masih merah ni.Abang lak sibuk main tangan kecil baby.Hai,esok2 ape lak nama Abang nak bagi kat adik2 SHARP ni.Habis la sume jenama barangan letrik die jadikan nama anak ktorang.Silap aribulan ade hamba Allah yang x jadi bukak klinik nanti.Terjadi tokei barangan eletrik ma!!!!!!!!!!!


5 comments:

hazlyana said...

slm..
eh,org 1st k0men tuk cte nh??hehe
sume cte d0c mmg k0nfem ny besh!!
ehhhe...kali nh de unsr klaka gk + creative...leh lak jnme2 brg letrik ye??huw~mnrik!!

~~whitelemon7~~

Anonymous said...

haha
kelakar ah
sakit perut gelak xD

nabilah said...

best gler,, ingatkn hitachi barang letrik... kah3

Anonymous said...

u pnyer crta mostly psal doc...

yana.daniel said...

haah best giler laa cter nie...nak menangis pon ader..syok...lah...