@rubiadaibrahim

Tuesday, September 16, 2008

->jAnJi 2<-

Aku dah lama geram dengai perangai Amal yang sengal n poyo ni.Kalau la ada depan mata,dah lama kena belasah.Geram aku.Tapi kan,masa baca pasal isteri tu kan,berdegup gak jantung aku.Aisyman,nape lak jadi gini ye?.Hati,ko xyah la nak perasan.Aku ambik handphone n tulis:
"Awk mesti tgh ketawakan sy skrg ni kan.X habis2 mengenakan orang.X hingin saya kahwin dengan awak.Malang la nasib saya kalo ditakdirkan sy jadi isteri awak.Haha”
Cepat tol la si Amal ni tulis sms.X sempat aku nak ilangkan rasa cuak dan ade sms masuk lagi.Mak,sy serammmmmmmmm.Huhuhu.
Amal:”Takdir Tuhan siapakan tahu.Sy akan ubah nasib malang tu pada yang baik.Sy akan pastikan awak jadi manusia paling hepi dalam dunia ni.=)”
Amboi2,suka-suka je nak mengayat aku.Ko ingat aku mudah cair ke.Pirah Amal!!!!!!Cam aku x knl je dengan perangai ko tu.X yah nak mengada-ngada.
Aku:Awak x yah nak mengayat saya pagi-pagi buta ni.Tergeletek perut sy tau x.Loya tekak sy baca ayat jiwang karat awak tu.Awak mesti suka la dapat hentam sy kan.Apelah malangnya saya dapat kawan cam awak ni.Huhu”
Aku bukannya x kenal dengan perangai si Amal ni.Suka sangat la mainkan perasaan perempuan.Masa kat sekolah dulu pun ada la ura-ura kata dia bercinta dengan Nani.Cinta monyet dia ni start bila dorang diejek berdua.Aku pun xtau sangat kisah ni n malas nak ambik tahu.Amal dengan Nani punya cerita,monyet lak yang jadi mangsa.Sian tol.Ape la cerita Nani sekarang ni? Dulu aku pernah la korek kisah chenta dia ni,katanya dia main-main je.Ntah la,susah aku nak percaya dengan cerita Amal ni.Otak dia ni bukan betol sangat.
Teringat aku kat si Nani ni masa aku dapat hadiah Teddy Bear dari Amal masa jamuan akhir tahun 5 Khawarizmi dulu.Masa ni,ade sesi tukar-tukar adiah.Mula-mula,budak lelaki xmo join.Pas sesi ktorang merajuk,dorang pun setuju akhirnya.Amal kne bg hadiah kat aku masa undian tuh.Si Amal pun satu,g bagi teddy bear kat aku watpe.Aku ni bukan jenis perempuan yang suka benda comal-comel tuh..Jeles x sudah si Nani,siap curi lagi si Irfan Hamdi ni dari aku. Aku sikit pun x heran. Haha,nama teddy aku tu beriman habis.Suma gara-gara si Nurul dengan Ija la.Berebut sangat nak menamakan teddy bear coklat n cream tuh.Sorang nak Irfan,sorang lagi nak Hamdi.Alik-alik,aku gabungkan nama dua-dua.Haha.Sekarang ni,Irfan Hamdi dah comot dapat dek sepupu aku,adik gemok Alang.Kalau Amal tahu la,maut aku.Nasib la dia x pernah tanya.Hehe.
Masa matrik dulu,Linda(kawan depan bilik aku) rajin la cerita pasal Amal.”Amal baik la,Amal cute la”.Macam-macam.Aku rasa Linda suka kat Amal.Naik berbulu telinga aku dengar cite si Linda pasal Amal tu.Yelah,semua perangai buruk si Amal tu aku tahu.Mujur la aku x bocor kat Linda.Kalo x,merana la si Linda dengar.Haha.Tapi aku rasa la,padan la kalo dorang ni berdua.Nak banding,aku dengan Linda tu,berganda-ganda la cantiknya si Linda.Linda tu dah la lemah lembut(gemalai pun ada),muka pun ayu semacam je.Merendah diri lak aku ni.=)Amal,Amal,suka la mainkan perempuan.Aku selaku bestfren a.k.a kawan baik die ni pun dia nak goreng gak ke?Silap ari bulan,aku rebus mamat ni jadi sup daging.Kejam gak aku ni.Hehe.
Eh,lama lak die menaip sms kali ni.Ke dia dah lena.Aku pun tutup-tutup mata tapi xberjaya lak.Takpelah,kacau Nurul la.Mana tau dia dah bangun or x tido lagi.Maklum la,orang dah ade life baru.Nurul,my best fren ni dah masuk UPM ambil Biology(Education),sekarang ni minggu orientasi katanya.Jadi cikgu la Nurul 4 tahun lagi.Boleh la ajar anak-anak aku sok.=)
“Nurul sayang.Salam,dah tdo ke?Amal sms pelik-pelik kat sy.Seram la”…………….Message pending.La,die off handphone ke.Ni mesti seram kne kacau dengan senior gatal kat U ni.Sedih lak rasa.Nak lelap pun x bleh.Amal,merajuk dengan saya ke?Eh,x la.Ade sms baru masuk.
“Sy dah agak awak akan ckp camtu kat sy.Salah ke kalau sy jujur dengan perasaaan sy sendiri.Sy dah agak awak akan kata sy nak kenakan awak.Awak xkan percaya dengan apa yang sy ckp n igt sy main2.Sungguh,sy jujur dengan apa yang sy cakap pada awak td.Sy faham prinsip awak x nak bercinta tu.Sy takut kehilangan awak.Sebab tu,sy luahkan juga perasaan sy ni walaupun awak akan ketawakan sy.Saya tahu siapalah sy nak dibandingkan dengan awak yang sentiasa dapat perhatian dari orang baik2 kat matrik dulu.Sy sedar sy ni hanyalah pipit yang hanya berangan-angan nak terbang bersama enggang.Sy sedar akan kelemahan sy dan sy akan cuba baiki demi awak.Sy dah lama sukakan awak.Sy harap awak faham perasaan sy.Kalau awak x sudi terima saya xpelah,sy x boleh paksa hati dan perasaan awakkan.Maaf kalau sy buat awak terganggu dengan sms ni n bab2 hati dan perasaan ni.”
Panjang tol sms ni.Sampai2,handphone x brapa maju aku ni semput nak terima sms si Amal ni.Sampai kne delete sms dalam inbox.Mak aih,ape mamat ni.Enggang ade,pipit pun ada.Nak terbang-terbang plak.Ayat jiwang semacam.Dia belajar dari sape ni?Rosak tol la si Amal ni..Aku tau la pantun pasal Enggang n Pipit ni ade dalam text Bahas dulu tapi nak mengayat pun jangan la guna burung2 ni.Tambah lagi senarai bintang tak bersalah dalam masalah hidup manusia ni.Hohoho.
Sepatutnya aku yang wat ayat gitu,aku la pipit yang nak terbang dengan enggang tuh.Aku sedar sapelah aku nak bergandingan dengan Amal.Amal memang kacak,pandangan mata dia redup je nak muka baby face dia tu memang menyejukkan hati yang tengah terbakar.Perangai dia yang gentleman tu lagi la.Semua perempuan pun cair kecuali aku.Nurul pun mengaku akan hakikat ni.Sebenarnya si Amal ni dah banyak kali mengayat aku,satu haram pun aku x layan dia.Yelah,wat sakit tangan aku je menaip sms.Tapi kan,habis je baca sms dia kali ni,aku rasa berderau jantung aku,tangan n kaki aku dah mula sejuk walaupun suasana kat rumah tu panas je sebenarnya.Aku dah bangun dah dari perbaringan aku.Aku rasa die serius la.Nak mak!!!!!!!!!!!!!
Apa aku nak wat ni?Xkan nak kol Amal malam-malam ni.Last-last,aku edit sms tu n tambah kat depan die:
“Nurul,help me.Amal wat keje giler.Awak baca ape yg die tulis ni:………………………………………………………………………………………………………………….Awak rase die serius ke?Die confess kat sy ke?Ape sy nak wat?Please reply A.S.A. u read this sms.tq syg”
Send kat Nurul.Message Pending lagi kali ni.Sian kat Nurul.Pagi-pagi kne jadi konsuler x rasmi aku.Ape aku nak wat kat Amal ni.X yah reply sms dia,biar la dia jadi pungguk rindukan bulan.Aku baca semua sms dari Amal berulang-ulang kali.Sian ade,geram pun ade.Semua bercampur2 kat dalam hati aku sekarang ni.10 minit pas membazir masa membaca sms-sms poyo si Akmal,ada sms masuk.Yes,mesti si Nurul yang reply ni coz Sms kat Nurul delivered tadi.Yeeeeee,hepinye aku..Bangun awal lak cik kak ni.Ni aku sayang ni

1 sms received.Aku pun cepat-cepat la tekan read kat sms tu:
“Maafkan sy.Sy dah wat persahabatan kita jadi huru-hara..Jgn fikirkan sgt apa yang sy tulis td.Sori sekali lagi. Dah tdo ye,nite.See u tomorrow.”
Cis,sms dari Amal ke.Mesti Nurul syahid balik ni..Sedar pun mamat ni.Bercakap(menulis sms) tak pernah nak fikir.Maunya aku x fikir,ni bab serius ni.SPM pun aku x rasa pening camni tau.Otak aku dah jadi weng-weng tau x.Sedap2 je tulis JGN FIKIRKAN.Sengal.Aku x kira,malam ni aku kne settle kan sume masalah hati poyo si Amal ni.Sedap2 je mengacau ketenangan hidup aku.Pastu,senang 2 suruh aku lupa.
“Amal,r u serious dengan apa yang awak tulis td?Sy x tau nak kata ape.Sy terkejut ni.I need time to think about this.Sy x pernah terfikir pun pasal ni.Boleh bagi sy masa?.Amboi2,senang2 je awak kata jangan difikirkan ye.Sy dah x betol skrg ni.Awak punya pasal la.Huhu”
Tuhan,berikan aku kekuatan.
“La,x tdo lagi ke.Siannya.Sori ye.It’s okay.Take ur time.Sy bukan mendesak pun.Tq coz memahami”
“Mesti la.Ida kan.Awak patut bersyukur tau dapat kawan macam sy ni.G tdo g.Nnt mula la tertido time taklimat.Malu sy nak mengaku kawan.Hehe”
“Tak boleh tidur lagi x dapat jawapan dari Ida.Risau Amal dah hilang.Cuma kurang lega je lagi.Hihihi”
Isk,budak ni.Sal die panggil panggil aku Ida n bahasakan diri dia Amal lak ni.Gatal tol,ingat aku cair la tuh.Nape hati aku berdegup kencang lak ni.Dah macam lagu Dewa 19 dengan Inul tu.Berdangdut lak.Cepat-cepat aku beristighfar.Mengelak dari terus hanyut denga buaian nafsu.Ya Allah,kuatkan hatiku.Aku pun timbang,tambah n tolak semua kemungkinan yang mungkin berlaku.Mak pernah warning bila kau mengadu si Amal asik sms aku pas habis matrik dulu.Mak aku kata jaga2 sikit dengan lelaki camtu,entah2 buaya.Tgok,tambah lagi seko binatang dalam masalah cintan-cinton ni.Sian,mr.chrocodile.=)
Aku x pernah terfikir pun nak menerima luahan hati perasaan seorang hamba Allah bernama lelaki masa aku umur 19 tahun ni.Aku amat-amat la x bersedia.Nape la bab-bab jiwa ni jadi kat aku.Susahnya berdepan dengan bab hati dan perasaan ni.Nyesal aku melazer si Nurul masa si Hakim mengayat dia dulu.Bila dah jadi kat aku,padan muka aku.Apa aku nak cakap kat mamat ni??
“Amal,I need time.I’ll tell u my decision when i ready.Try baca doa yg ustaz ajarkan dulu n istighfar banyak-banyak..Jgn layan sgt mata tu”
“Amal x kata pun nak keputusan tu sekarang.Ok,Amal tengan cuba ingat doa tu.Nilah,dosa banyak sangat dah jadi pelupa.Mujur Ida ada untuk ingatkan Amal.Em,x sabar nak tunggu esok.=)”.
Aku paling x suka dengan keadaan camni.Amal ni makin menjadi gatalnya.Aku baru layan sikit.Dulu x mudah lagi dia mengutuk aku.Kata aku ni ganas semacam,xde sapa yang nak la..Alik-alik,mengayat aku lak n jiwang karat lak tuh.Nape la die x p mengayat si Linda tu.Boleh la aku bernafas dengan hepinya.Huhu.Mamat ni kne bg warning ni.
“Pasal esok.Wat biasa-biasa je.Jgn nak wat perangai pelik2 lak.Sy x mo Min syak apa-apa dengan kita.Kalo Min ckp apa2,siaplah awak.Be natural.Ok!!”
Min ni kawan sekolah aku.Dia dapat offer sama dengan Amal.Syukur gak aku coz ada Amal nak jaga die.kat India sok.Min ni pelik sikit perngai die.Huhuhu.
Bagus gak aku warning mamat ni.Biar die sedar balik sape aku.Mesti dia dah lupa kegarangan aku masa aku jadi Ketua Pengawas dulu.Silap la ko Amal.Aku ni berkaki lebar tau,walaupun aku dah 2 tahun meninggalkan sekolah,aku ni tegas lagi tahu.Haha.
“Ok,set.Awak pun sama.Jgn nak wat malu-malu bila jumpa sy.Kalo nak kne tendang dalam longkang,awak wat la mengada-ngada sok”
Isk,dah balik semula pada perangai Poyo die tu.Aku baru nak ingat nak bagi AWARD JIWANG KARAT kat dia,dah jadi diri dia semula.Terpaksalah serahkan Award ni kat orang lain.Ya Allah,dah kol 4 pagi!!.Kne paksa gak mata aku lelap ni.Esok full taklimat sampai petang.Naya2.
“Ok.Deal.Awak ni,sy xde pape dgn awak lagi,awak dah nak tendang sy.Cancel la nak fikir pasal sms td tu!(gertak dia).Dah jgn reply pape kat sy.Dah 4 lebih,sy nak tdo jap.Selamat malam.Wslm.
Tamat sudah sesi Rakan Sms aku malam tu.Mujur la ktorang guna Celcom,free nak bersms di malam hari ni.Kalo x,esok kaya la orang kedai topup.X sempat aku nak tutup mata secara paksa,ada lagi sms masuk.Biaq p la,malas aku nak layan.Ntah bile,aku lena dibuai mimpi.
=+=+=+=+=+=
Bangun-bangun tidur,aku terus cek sms .Sume sms si Amal:gudnite,selamat pagi,see u.Isk,mane la si Nurul ni.Siannya la kat Nurul,mesti kne kerah time subuh2 ni.Maklum la minggu orentasi.Huhuhu.Pas solat Subuh,aku terus bersiap.Yelah,aku kene tukar 2x tren pagi ni.Nak plak,kne terpacak kat Ibu Pejabat Mara b4 kol 8 pagi.Aku la degil nak stay kat rumah Kak Sha kat Bangsar.Malas nak menyusahkan Pak Ngah aku kat Gombak.Aku dan pernah menumpang kat rumah Pak Ngah aku 2x,first masa aku g ambik entrance exam kat Kedutaan Besar Republik Indonesia n 2nd kalinya masa aku nak g BTN kat Perak aritu.Lagipun aku malas nak menyusahkan Pak Ngah hantar aku g Pejabat Mara.Sian kat sepupu aku,si Alif n Atiq nak g taska.X pasal2 lambat g sekolah nnt.Hehe,prihatin gak aku ni ye.=)
Cerita pasal g BTN ni ade lagi satu insiden yang wat aku berapi kat si Amal ni.Aku kena tipu idup-idup dengan mamat poyo ni.Banyak tol dosa dia mengenakan aku.Tapi jangan risau,aku dah maafkan dia.Susah nak cari orang baik macam aku sekarang ni.Haha,perasan tol.Em,b4 g BTN aritu die sms aku.Bgtau dia dah masuk UKM,ambik Biotechnology.Macam-macam la dia cite pasal life kat U.Awek cun ramai(memang gatal),senior garang,U besar(of course la,ingat masuk tadika ape?) n x lupa nasihatkan aku supaya jaga diri bila aku dok perantauan nnt.Aku pun percaya la dengan sesungguhnya.Tapi pagi b4 aku g BTN tu aku rase x sedap hati dengan sms bila dapat sms dari Amal nih b4 aku g Masjid Negara(kne kumpul kat sini sebelum g BTN):
“Ida,awak dah katne?Nnt awak akan jumpe someone kat Masjid Negara.Tak sabar nak tgok muka awak terkejut nnt”
Aku rase pelik semacam je bile ade perkataan x sabar nak tgok aku terkejut tu.Dalam hati aku mengutuk la mamat ni:die pasang spy ape.Aku dah la sampai kat Masjid Negara tu agak lambat dari sepatutnya.Alif wat perangai pagi tu masa walid die nak hantar aku.Xmo g taska ,sian kat Walid die kena eskot.Aku yang dah lambat ni mule la cuak,takut kne tinggal dek bas.Naya la aku nak g hutan lintang-melintang kat Perak nun,ditambah lak aku x tau location sebeno dieHuhuhu.Dah la wajib g BTN nih,kalo x syarat nak blah ke Negara orang ni x cukup.Em,saya yang menurut perintah.=(.Aku pun heret beg aku yang berat tahap gaban ni g tempat orang ramai2 menunggu.Banyak lak tangga die sebelum sampai ke destinasi.Betullah kate ke pepatah:nak ke puncak kejayaan,kne daki dengan penuh kesungguhan.Aku lupa pepatah sebenar die,intisari pepatah pun jadi la ye.=)
Aku dah nampak Min kat celah-celah ratusan manusia kat tempat menunggu tuh.Tapi sal ade manusia kurus n tinggi cam Amal dengan borak dengan Min tu.Aku dah rasa x sedap hati dah.X sempat aku nak wat test suara panggil si Min,mamat tu paling kat aku.Zapppppppppp,macam kne sambar dek petir jantung aku.Si poyo Amal rupenyee,die tersenyum menggoda kat aku(aku rase cam kerang busuk je senyum die).Ko ingat aku tergoda ke?Xde maknanye ,Amal.
Agaknye die perasan dengan muka aku cam muka cuka nih.Cepat-cepat la die mengayat aku:
“Terkejut x ,Ida.Supriseeeeeeeeeeeeeeeee”
Aku sikit pun x senyum.Die dah gelabah dah,padan muka die.Betol la die kate die masuk UKM,p join Unit Kelentong-Mengelentong rupenya.U beso la,mmg la kalo tgok kat TV.Awek ramai yang cun,memang die gatal toksah nak kate la.Mesti die g usha pempuan2 kat sekolah adik die ni mase petang2,xpun die menggatal dengan anak jiran die.Senior ramai yang garang,aku rase die tu yang garang macam singa dengan adik-adik kecik die.Kureng punye Amal,die kelentong aku rupenye.Mak,Ida tertipuuuuuuuuuuuuuuuuu.Dah jadi cam Tipah Tertipu dah aku.
Aku borak dengan Min.Min kata si Amal suh die join sekaki kenakan aku.Patut la sms Min pun semacam dengan aku.Aku nikahkan korang berdua karang baru tahu.Sesuki je mainkan aku.Die pandang-pandang aku tapi aku wat x peduli je.P la cakap dengan tiang-tiang kat area masjid Negara tu.Min mule wat muka pelik tgok aku,aku wat x nampak je.Biarlah Min dengan teka-tekinya.Dalam hati aku nak ketawa golek-golek bila tengok muka si Amal cuak macam tgh tunggu isteri kat wad bersalin.Haha,sejibik cam muke abang ipar aku masa akak aku bersalinkan Nazif dulu.Aku yakin die ingat aku marah kat die.Baru ko tau nak cuak sekrang ni,mase kelentong aku x hengat dunia.Nah,rasakan.
Bila bas yang angkut ktorg g Perak sampai,aku blah camtu je.X cakap langsung dengan die.Die yang baru nak buka mulut tergamam tgok aksi Donald Duck aku.Saje je aku menyemberutkan mulut aku bile pandang muke die.Tata,Amal.Aku blah dulu.Mesti die sms akunye pasni.Confirm,yakin,pasti.Korang tgok la jap lagi.
Mase otw ke Perak ni,tit…tut…tit..tut lagi handphone aku.Aku nak layan ERA RENTAK MUZIK TERKINI pun terganggu.Aku x baca langsung sms si Amal tu.Aku mengantuk sebenarnye coz aku berjaya malam b4 tu:dok mengaja Add Math si Aziq,sepupu aku.Malang lak bile si Aziq ni kurang sikit kira-mengira ni.Yelah,ape gune ade aku yang dapat A1 Add Math SPM x membantu kan?Sebagai membalas jasa Pak Ngah coz sudi menumpangkan aku berteduh jap kat rumah die,aku pun jadi la CEKGU ADD MATH jap.Ngantokkkkkkkkk,dah banyak kali aku menguap.Si Wani(kawan m3x aku) dah lama karam dalam mimpi.Satu habit aku ni,kalo aku dah penat,aku x boleh nak tido.Xde kaitan pun.Hehehe.
Tgh syok2 aku dengar lagu Sha Na Na si Amy Mastura,ade kol dari si Amal.Sian kat Amy,pueh die tarik suara sedap2,peminat die ni x dapat dengar lak.Nak jawab ke x,jawab jelah
“Assalamualaikum Ida”
“Waalaikummussalam(aku jawab dalam hati je)”(hobi aku:gertak Amal)
“X baik x jawab salam tau.Lupe dah ke mase blaja PSI dulu.”
“Wslm.”(sepatah je aku jawab”
“Saya nak minta maaf.Sy x tipu awak pun,.Dah awak tanye,sy jawab la.Sy bgtau benda betol la kat awak tu.Kan Amal Faiz masuk UKM.Kire betol
la,………bla………….bla……………bla…………………………………………………………………………Awak yang percaya sape suruh”
Sikit lame la die elaborate n explain alas an die.Ape kes die p cite pasal Amal Faiz.Aku tanye pasal die,sejak bile lak mamat ni jadi LAMPI cam monyet Zoo Melaka nih.Tambah lagi binatang kat kisah manusia.Sori la Cik Nyet,aku tgh EMO nih.Naik panas dah telinga aku dengar die membebel.Aku wat tuli je.Jgn la pekak betol2,nauzubillah.Camne la aku nak stop die punye kol nih.Ha,pling!!!!!!!!Mujur la otak aku terkreatif mencari alas an.X rugi mak bagi aku minum susu tepung Dumex 1,2,3 dolu2.Aku pun menguap dengan sesungguhnya,bagi warning kat die.Arini aku nak jadi pendiam!!!!!!!!!!!
“Awak mengantuk ye Ida.Nak tido eh.Sori kacau ye.N sori kalo awak rase tertipu.Hehe.Assalamualaikum”
Tgok,minta maaf tapi still highligtkan TERTIPU tu.Em,sehari la gak aku wat PROGRAM MOGOK nih.Mesti x tenang la idup si Amal berBTN kat Gunung Ledang.Nasib la ko,biar ko tahu Langit tinggi ke rendah.Hehe.Last2,b4 aku tdo malam pertama(ces,first nite) kat Perak nih,aku sms si Amal kata dah maafkan die + tazkirah sikit as peringatan.Mempraktikkan sifat pemaaf sebelum tidur.Mane la tau,esok kita x terjaga lagi.Moga orang lain pun dengan lapang hati memaafkan kita semula.Itulah peringkat iman saudagar.Bila la nak upgrde tahap iman ye?
Aku menggaru tudung kepala yang x gatal.Ramainye la manusia dalam tren pepagi nih.Berebut-rebut gak la nak masuk.Aku kat stesen Masjik Jamek lagi nih,jam dah pukul 7.15.Breakfast pun lom,paling2 nak gak cekau roti secubit 2 b4 taklimat jap lagi.Tren stop kat Bandaraya,aku pun berdesup keluar tren.Ces,aku ni.dah macam Tom Welling dalam cite Smallville lak ye.=)
Manusia pertama aku cari bile jejakkan kaki kat Ibu Pejabat Mara ni ialah Aini.Die nak kenalkan aku dengan mak die.Mane tau ade chance jadi menantu Puan Maznah kan,abang si Aini dni boleh tahan gak ensemnye dalam gambar.Isk,mengarut ape tah aku.Aku nak story kat Aini gak pasal malam td,tu yang primary reason die.Huhuhu.
Yes,Aini n mak die berjaya dikesan.Cam private investigator dah aku.La,die bukan nak kenalkan aku sekor je kat mak die,manusia lain pun sama rupenya.Aku rela mengundur diri dari senarai calon isterimu,Abang Is.Gatal x hengat lak aku ni.Beban semalam x habis lagi,dah nak tambah masalah lagi.Ida2,suka la mengkonflikkan diri.Borak-borak jap dengan Mak Cik Maznah dengan keadaan perut aku serba berkeriut nih.Mak Cik Maznah offer nak belanja ktorang breakfast coz die yakin yang taklimat ktorang akan stat lambat.Perut aku la paling hepi coz dah x larat mendendangkan lagu rock dari tadi.Pucuk dicita,ulam pegaga.Hehe
Masa ktorng nak g kafe Indah kat Pertama Kompleks,aku ternampak Amal.Die x pandang kat aku pun,sibuk la dengan borak2 kosong die tu. Biarlah,asalkan die bahagia.Nampak macho gak la dengan kemeja biru laut dia tu.Patut la si Sasha jatuh hati.Tapi korng kan,aku lak yang rasa x sedap hati. Ntah2 die kutuka aku x?Rasa cam x best je dah frenship ktorang pasni.N paling x best bile aku rase cam aku bukan aku lagi,sal jantung aku berdegup-degap ni.Xmoooooooooooooooooooooooooo.
Ktorang manusia yang last sampai kat Tingkat 7 Pejabat Mara tu,dapat jelingan maut dari Kak Zila lagi.Sori la kak,terpanjang lak borak tadi.Aku tercari-cari gak bayang si Amal tapi hidung mancung dia pun x nampak.Rupa-rupanya kanak2 g India taklimat kat ruang lain.Em,whatever.X penting pun.Taklimat die lame weh:ade wasiat,ada ceramah,ada panduan dok perantauan,ade aku yang dah bosan n ade la sesi setuju tanpa bangkangan(semua mata dah layu n kepala tunduk tanda setuju:syahid la,ape lagi).Maju kilang tahi mata aritu,production meningkat berganda-ganda.
Em,aku x join kilang tahi mata tu coz aku sms dengan Nurul.Buruk bebeno la tabiat manusia ni,taklimat xmo dengar.Dah sampai Indonesia sok mula la terkial-kial.Hehe.Nurul minta maaf coz x dapat reply sms aku sesegera mungkin n die bagi pendapat die(tapi aku rase cam nasihat suh aku terima si Amal je):
“Ida,sweet giler sms yang Amal confess tu.Kalo sy la,dah lama sy terima.Tapi sy tau hati awak camne.Tapi kan Ida,Amal tu baik,hensem lak tu.Rugi la kalo tolak.Ops,lupe lak,prinsip xmo bercinta tu nak taruk mane?hehehe”
Nurul ni,ko jelah ambik si Amal nih.Kalo nak banding Amal dengan Hakim,baik la ko ambik Amal.Berganda machonya si Amal dari si putih melepak n lembik Hakim.Ntah ape la yang istimewanya si Hakim kat mata Nurul pun aku xtau.Betol la orang kata(siti nurhaliza n Too Phet nyanyi):Cinta itu buta dan membutakan..lalala.Eh,sesuki je aku mengata si Hakim!Mujur Nurul x tau,kalo x setahun la aku perang dingin dengan Nurul.Eh,nape la aku suh Nurul ambik Amal.Tak beruntung ke aku kalo aku terima die?Aku manusi berprinsip n aku x kan nak ubah prinsip aku dengan mudah.Ke”macho”an si Amal xkan sesekali mengubah prinsip aku ni.Yezzzzzzzzzzaaaaaaaaaa!!

No comments: