@rubiadaibrahim

Tuesday, September 16, 2008

->jAnJi 7<-

Kata orang;cinta pertama tu keramat.Payah nak dilupakan,asik bermain di fikiran je.Em,betul ke?Bleh la tahan gak penangan cinta pertama.Aku& Amal plak ape status die eh?Aku dan Amal x bercinta.Ktorang Cuma berjanji je.Amal kata sukakan aku& aku tetapkan syarat perjanjian yang Mal bersetuju pada awalnya..Dia ikut je syarat-syarat aku tanpa banyak soal.Lebih pada tergamam dengan penerimaan aku.Ntah la,susah nak kata.
Mungkin Amal terkejut dengan keputusan aku yang terus menolak dia.Dan mungkin juga Amal dicabar sesorang untuk menundukkan aku.Aku yang ego& tegar dengan prinsip.Bukan sekali Amal mencuba mendekati aku dengan ayat jiwang karat die.Tapi takde satu pun terkesan di hati.Amal terus mencuba dan akhirnya dengan terburu-buru aku decide nak terima dia.Tanpa memohon petunjuk dari Illahi terlebih dahulu.Sungguh,penyesalan bertimpa di hati.
Tuhan,maafkan aku. Aku terjebak akan indahnya butir bicara manusia hingga lupa akan tujuan hidupku.
--------------------------------
Sebulan berakhir terlalu cepat aku rasakan.Pejam matanya lama,celiknya sekejap.Aisy,kalo tdo memanjang,sume jadi gelap gulita ma.Dan yang pasti,Aku dah tekad dengan keputusan yang terbuku di hati.No regret!!
AKU:Salam Amal,I’m already have my own decision.Wanna know?
Tenanglah hati.Lek je.Bukan ade ape2 pun.Aku pujuk hati,berharap hadirnya sedikit kekuatan.Amal mungkin dah tekad dengan keputusannya sendiri!
Amal:Wslm.Then,I have mine too. Sure.Takpe lah,lady first
Aceh2,nak tunjuk gentleman la tu.Sebelum ni jangan harap.Aku dapat rasakan yang Amal pun punya tekad dan keputusan yang sama.JANJI yang termeterai harus dimungkiri dan kedua kami tak perlu lagi menanti .YM aku balas,berat hati gak la.
AKU:Ok.Sy dah fikir baik punya.Hehe.Amal,saya rasa kita tak perlu berjanji lagi.Saya tak akan tunggu awak,awak juga.Now,I let u go.Kita teruskan hidup kita macam dulu-dulu.Saya rasa kita berdua lebih baik kalo xde ape2.Just be friend 4 eva.
Aku tunggu balasan YM dari Amal.Sepi.Mungkin Amal tergamam dengan keputusan aku.Dan mungkin die tengah sedih.Ape nak disedihkan lagiX perlu dan jangan sesekali. Diakan lelaki,pemimpin perempuan.Xkan kecewa dengan cinta pun nak merana.Ye x?
Aku buzz Amal after 5 minit takde balasan.Dan Balasan YM Amal membuatkan aku terpana.
Amal:Ye Ida.Kalo dah itu keputusan awak,saya nak wat macammana.I have to accept it.Friend forever huh??
I have to!Amal,ayat macam tak redha je.Aisy,kalo hang x buat perangai,xde nye aku decide macam ni.Mungkin Amal rasa terkongkong dengan status ktorang yang tak pasti.Entah la,susah nak cakap.Dan sesi YM kami terus dingin lepas tu.Aku cuba tenangkan hati.Sedikit kecewa sebenarnya.Jauh dalam hati,aku mengharapkan Amal memujuk aku.Paling tidak,dia jujur dengan aku tentang dia dgn perempuan misteri tu.
Kata Amal,bukan Linda yang memeningkan kepala die.Habis tu,siapa?????????Mungkin suatu hari nanti dia akan bercerita panjang lebar saat status aku kembali kepada sebagai kawan yang paling rapat pada dia.Segalanya mungkin dan aku sentiasa berdoa akan persahabatan kami jadi macam zaman muda remaja dulu.Dan sekarang,aku blur!!!!!!!!!Ntah lah.
--------------------
Amal terus berlalu dari hari-hari aku.Sama seperti awal aku menjejakkan kaki di bumi orang.Aku tak berniat nak memahami hati Amal.Aku sendiri kecewa dengan sikap Amal.Mungkin kami belum cukup dewasa untuk menghadapi dan terlibat dengan masalah hati dan perasaan.Kami belum matang dan cuma mainan perasaan akibat terlalu rapat membuatkan kami rasa tak mahu kehilangan.Dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjanji tanpa memikirkan masa depan yang masa panjang.
Dan akhirnya aku mengubat hati sendiri.Amal dan punya Linda untuk berkongsi cerita.Dan aku?Aku punya ramai teman yang sentiasa memahami.Kalau dibandingkan aku dengan orang lain,sakit hati masih di tahap awal.Belum mengalami luka yang dalam dan memedihkan.Yang pasti,hidup mesti diteruskan.Perjalanan hidup aku masih panjang,dan aku tak tau ape yang menanti di depan.
Tuhan,kuatkan hatiku menghadapi dugaan ini.



No comments: