@rubiadaibrahim

Monday, September 8, 2008

=Mahar Yang Ku Nanti=

“Semoga Allah memberkati kamu dan memberikan kamu berkah atas kamu serta menyatukan kalian berdua dalam kebaikan.Amin” ………Message send………….Message delivered.

Abang Zul:Terima kasih Ita.Abang doakan Ita akan bertemu cinta sejati nnt.Amin.

Berat dah pedih rasa hati melakar sebuah ketabahan.Peritnya sebuah kenyataan terbentang di depan mata.Telah tertulis Nur Rania binti Abdullah yang tercipta dari rusuk kiri Muhammad Faizul.Siapa aku nak menghalang sebuah aturan dan perancangan Yang Esa.Soal jodoh dan pertemuan itukan aturan Tuhan,airmata jangan pernah menitis lagi.

“Kamu merancang dan Allah merancang,dan Allah sebaik-baik perancang”..ayatmu Ya Allah mengubat kedukaan ini.Meskipun Faizul pernah berjanji menyunting aku sebagai suri hidupnya sekembalinya dengan master dari UK,tapi Nur Rania yang telah tertulis sebagai yang terbaik untuknya.Aku pasrah dengan segalanya.

“Ita,maafkan abang.Rania saudara baru yang perlukan bimbingan.Rania xtau jalan hidupnya ke depan.Demi agama Islam yang kita sama cintai,izinkan abang mengorbankan rasa kasih ini untuk menyelamatkan dia dari terpesong dan berfikiran buruk tentang aturan Islam.Maafkan abang sekali lagi”.

Sms dari Faizul sehari sebelum berlangsungnya ijab& kabul di UK masih tersimpan hingga kini.Sungguh,aku terkejut dengan perkhabaran dari si dia yang cuma tinggal sebulan akan pulang ke tanah air.Rasa benci datang,ah semua inikan hasutan syaitan.Rasa simpati hadir,diakan saudara baru yang belum betah dalam agama.Rasa sedih singgah seketika,demi agamaku yang kian dicela,Abang Zul ku relakan pergi..Ya Allah,berikanku ketabahan.

Hari ini,hari bahagia mereka. Hari kegembiraan meraikan penyatuan hati seorang Adam dan Hawa.Dan Hawa itu bukan aku!!.Bukan sengaja mengelak dari melihat sebuah kenyataan di depan mata,tapi kesibukan membuatkan aku memencil diri.Kesibukan ini juga mengubat rasa kehilangan yang bermaharaja di hati.Ibu,ayah,izinkan Ita terus merasai kasih sayang kalian biarpun Ita takkan bergelar insan istimewa Muhammad Faizul lagi.

********************

Dunia memang tak adil.Kebahagiaan yang aku harapkan hilang sekelip mata.Tiada lagi Izrene,tiada lagi anganku untuk menjadi seorang Melayu.Pemergian Izrene membuatkan aku hilang rasa percaya akan Tuhan.Aku yang terus diuji sekian kalinya.Makin berat dan aku kian tenat.Tak cukup dengan Mummy dan Daddy membuangku sebagai anak,kehilangan Izrene buat selamanya membuatku aku kian hilang arah.

Aku kian jauh di dunia ku sendiri.Sudah 2 minggu aku lesap dari kerja.Dua minggu juga panggilan telefon menghantui hari-hariku yang kian sepi dan sendiri.Handphone dah berkecai bila bertemu dinding,simcard dah repih manjadi dua.Nasib la,sape suh kacau aku!!!!Sal semua orang nak bising2,baru kali ni aku ponteng kerja.Anggap jelah itu cuti pernikahan aku tanpa pengantinnya.Selama ni aku komited je dengan keje aku,kumpul duit nak mendirikan rumahtangga tapi ape aku dapat?.Dunia memang tak adil!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Larian Toyota Harrier makin laju membelah kesunyian malam.Yeeeeeha,dunia aku yang punya!!!!!!!!!!!!!!!!!Tapi kian lama,kian gelap.Serentak dengan dentuman yang kuat,semuanya hilang dari pandangan.

**********************

Haih,kena pause la bacaan buku La Tahzan ni.Dah berzaman aku baca,khatamnye x lagi.Ade kes emergency baru masuk malam ni.Ni mesti accident ni,haih ramai betol la pengguna jalan raya x berhemah ni.Ape nak jadi la dengan anak2 muda zaman sekarang?Sume nak jadi raja atas jalan raya.Aisy,Sal aku jadi polis traffic pencen lak ni?Ita,patient dah menanti.Go!!!!!!!!!!!!!!!!

Yakin.confirm n pasti.Accident lagi dan lagi.

“Dr.Masyitah,kes accident.Patient male,age around 30,head injury on tempoparietal side and bleeding………………….bla……bla….bla…..but no sign of alcohol intoxiactiaon”.

Tgok,lelaki harapan bangsa yang accident ni.Kalo malam2 ni xde kes lain :mesti lalok n mabuk.Tapi kes ni lain sket,accident gak tapi nape ye??Tengok dari gaya mamat ni cam orang berkerjaya n berpelajaran.Xkan la die mmg berniat n bunuh diri kot?Ntah2 kecewa dengan cinta tak?Dah la Ita,selamatkan nyawa patient tu!!!!!!!!!!!!!Nape cam pernah tgok je muka die tapi sape ye??

Dia…….Ya Allah,diakan Kelvin Lim

***********************

“Mas,kenapa u x join dorg kat masjid semalam?”,pertanyaan Kelvin membuatkan aku tersentak.Aku sendiri maklum akan majlis solat hajat&ceramah perpisahan sebelum kami semua berkelana ke negara orang..Sengaja aku menghilangkan diri buat seketika,mencari sebuah ketenangan yang hilang.Mencari erti ketabahan tanpa kedua ibu dan ayah yang tersayang.Dah aku xkan sesekali menambah kesedihan yang sudah ada. Ade la yang mereport kat mamat ni,pasal tu die bagi sesi kaunseling kat aku tengahari buta ni

“U sibuk kenapa?Ikut suka la I nak g ke x”.Sungguh,kemarahan yang membara di sudut hati.Kesedihan aku takkan dapat dirasai Kelvin yang masih punya segalanya.Kelvin,anak hartawan yang serba ada.Pintar,pandai berkata-kata dan yang pasti anak kacukan Arab dan Cina ini sangat kacak.

“Nope,I x sibuk pun.I ambik berat je,salah ke?U g ziarah kubur ur parent ke?”.Bersahaja dan cukup tenang die menuturkan kata-kata.Kelvin sudah maklum akan keadaan aku,dan memang xsalah die bertanya.

“Emmmmmmmmmmm.”.

“Ape yang emmm.Betullah tu.U x mo ke pakai tudung,Mas?I sangat suka tengok girl yang pakai tudung.Mesti u makin cantik kalo bertudung.Tenang sikit ur parent kat sana. U xmo jadi anak soleh ke for our parent?”.Bertubi-tubi soalan n aku terkesima mencari jawapan.Entah kenapa lidahku kelu seribu bahasa.Rasa protes terus mencengkam.

“I x ready lagi n I xmo hipokrit.Ramai yang bertudung tapi perangai buruk gak.Nnt2 I pakai la bile dah ready.Pandai la u nak nasihatkan I jadi anak soleh,ape yang u tau?”,tanyaku pada Kelvin di Perhentian Bas INTEC itu lagi.Tiada perubahan riak wajah Kelvin,tetap tersenyum.

“Memang I xtau apa-apa about our religion but I try to know it.Seriously,i sangat teringin jadi seorang muslim.Muslim yang dah dijamin syurga,anak soleh pada parent.Anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya bila mereka dah pergi.N I tau u boleh jadi anak soleh tu.”Lembut bicara Kelvin sedangkan aku terus tergamam.

Aku maklum akan minat dia untuk mendalami agama Islam.Dan aku sendiri kurang faham kenapa dia sering mengingatkan aku tentang agamaku saban hari.Mungkin mengharapkan sedikit perubahan dalam diri ini.Jika di mengharapkan bimbinganku,siapalah aku.

“U dengar dari mana ni?”

“I curi2 dengar ceramah malam tadi.Masyitah,tukang sikat rambut anak Firaun yang sanggup mengorban nyawa demi agamanya.U pun sama,nnt maybe.I kena gerak sekarang,nnt my parent bising lak.Dorang dah lama tunggu nak ambik I balik Kelantan today.Btw,this present special for u”,kata Kelvin sambil menghulurkan bungkusan hadiah kepadaku.Hadiah perpisahan,tanda ingatan sebuah pertemuan mungkin.Entah bila kami akan bertemu lagi.

“Tq Kelvin.Hope u’ll meet someone yang boleh bimbing u nanti.I doakan u.”.Hadiah bertukar tangan.Dia terseyum sambil berlalu pergi dan tanganku terus membuka bungkusan hadiah.

Sebuah buku agama:Jalan Hidayah dan sehelai tudung abstrak warna coklat yang pernah disuakan padaku dulu. Apa ertinya ini?Begitu sekali harapannya agar aku berubah.Rasa sebak bermukim di dada. Airmata menitis tanpa dipinta.

“Assalamualaikum.Saudari……………..”

Detik islah Masyitah binti Zulkifli,detik perpisahan dengan Kelvin Lim dan detik pertemuan dengan Muhammad Faizul bin Abdul Razak.Satu detik yang tak pernah sekali aku lupa hingga kini.

*************************

Kenapa aku masih hidup?Kenapa aku masih diberi peluang melihat dunia penderitaan lagi?Kenapa lenaku bukan lena yang panjang?Kenapa???????????

Jeritanku di pagi yang hening membuatkan semua penghuni Wad 12 tersentak.Persetankan semuanya.Terkocoh-kocoh petugas menghampiriku.

“X yah sibuk2 nak tolong aku.Let me die!!!!!!!!!Aku xmo hidup lagi,biar aku ikut Izrene mati.Hidup pun xde guna dah.”

Aku cuba bangun,tapi kenapa badanku lemah x bermaya.Kemana hilangnya kekuatan Kelvin yang dulu.Kepala ku berat,berbalut kain putih.Aku nak lari dari semua ni.Lari tanpa harus kembali.Aku rasa tanganku disuntik jarum dan cecair menjalar ke seluruh tubuh.Kesakitan hilang,duniaku kelam.

************************

“Kak Lin,macammana dengan patient yang accident malam semalam tu.Dah sedar?”,tanyaku pada staff Nurse Wad 12,tempat Kelvin ditempatkan bagi pemeriksaan lanjut.Aku bukannya bertugas kat sini pun minggu ni,saje singgah otw ke O&G Department.

“Yang Chinese tu ke?Dah terjaga pagi tadi,tapi terlalak lak.Macam orang putus asa nak hidup je Kak Lin tengok.Ade nama perempuan die sebut,maybe putus cinta kot.Tapi lek,dah bagi ubat penenang.Kenapa doc?”,balas Kak Lin dengan muka penuh tanda tanya.Aisy,nak korek rahsia la tu!!!

“Xde la,tanye je.Sy yang bertugas malam tadi masa die masuk.Mas gerak dulu k”.

Aku perasan riak wajah pelik tapi benar kat muka Kak Lin.Pelik kot nape aku ambik berat pasal patient kat UNIT RAWATAN RAPI nih.Xkan aku nak bukak cite lak,silap aribulan ade la gosip meliar kat HKL ni.Bukan bleh caya sangat dengan dorang ni.

Tapi penjelasan Kak Lin tadi membuatkan aku rasa cam bengong sket.Kelvin putus asa nak idup?Ape kes,die kan great motivator.Aku yang sedih tahap gaban sebab xde mak ayah dulu pun bleh bertahan bile kena nasihat dek die.Aku yang jauh dari agama dulu pun bleh berubah jadi muslimah sejati dengan hadiah perpisahan dulu.Pening tol kepala memikirkan masalah orang ni?Nape la die jadi gtu yek?

Cup..cup,kak Lin kata maybe die putus cinta n die jerit nama perempuan.Sape perempuan yang ubah si Great Motivator ni jadi x tentu arah tu.Hebat betol die.Curious nye aku!!!!!!!!

*************************

“Morning,Mr Kelvin.How do u feel today?Ada baik ka?”,tanya doctor sambil tersenyum.

Persoalan doctor perempuan berjubah purple & bertudung krim aku biarkan x berjawab.Xyah nak tunjuk baik depan aku.Suka2 aku la nak rasa ape!!!!!

“Mr.Kelvin,maafkan saya.Boleh saya tahu kenapa boleh jadi accident tempoh hari?”.

Tanya lagi.Xmo aku share dengan ko.Ko ingat bleh solve problem aku ke?Xde maknanya.Lupakan niat ko tu.Kalo aku bgtau pun,Izrene xkan kembali.Aku xkan jumpa lagi Izrene yang dah berjanji nak hidup semati dengan aku.

“It’s okay kalo u x nak cerita.I just wanna know the underlying causes.Btw,u xmo inform ur family about this.Dah seminggu u masuk ward,xkan nak biarkan they all risau coz xde khabar dari u”.

Hei,perempuan.Ko bleh x jangan menyebok.Mummy n Daddy dah xmo mengaku aku anak la.Aku mati pun nnt,aku x hingin nak jumpa dorg buat kali terakhir.Dorang beranakkan harta benda yang menimbun tu,xkan nya dorang ingat kat aku yang x guna ni!!!!

“K,examination complete.Kalo xde ape-ape2,u dah boleh keluar lusa..Just remember,ni semua dugaan k.Maybe there is something good u can learn from this. I still risaukan keadaan u Camni lah,u bg ur family phone number,let me tell them.Biar dorang ambil u nnt.Boleh?”,rayu minah x reti bahasa tu lagi.

“Woi,ko pehal.KO ingat ko jadi doc,then ko bleh la nak atur hidup aku.Ko xyah nak kate ujian ke dugaan ke?I don’t believe on God anymore.But,Thanks doc 4 the advice.Xde apa-apa dah kan,u boleh keluar sekarang.”,jeritanku membuatkan tangan dia yang tadinya lincah bekerja terhenti tiba2.Padan muka ko,pucat dengar aku menjerit.

Perempuan macam die ni bukan bleh buat baik sangat.Muka je baik,hati mesti jahat nak mati tu.Aku yakin n pasti.Konon nak jadi Ustazah la tu,bleh bla weh.Izrene dulu pun x bising dekat aku.Izrene dulu Islam gak tapi enjoy je.Xde nak bertudung litup n ketinggalan zaman macam ko la perempuan.Izrene x bising pun kat aku yang bertangguh nak masuk Islam.Ko yang xde pape dengan aku nak lebih-lebih.Bencinyaa!!!!!!!!!

**********************

“Sorry,uncle.Sy bukan Izrene,Ni Masyitah.Saya doctor di HKL.Harap uncle dan auntie bersabar,Kelvin sekarang dirawat di sini.Dia accident seminggu yang lalu,tapi dah stabil sekarang.Maybe boleh keluar hari Sabtu ni.So,harap uncle boleh jemput die coz badan die lemah lagi.”,pesanku pada keduanya.Mujur la ade lagi simpan contact no Kelvin berzaman kat buku alumni dulu2..Kalo x susah juga coz die x bagi co-operation dengan pihak hospital.

Uncle Chong melenting awal perbualan kami kerna menyangkakan aku adalah Izrene.Izrene,wanita yang bertakhta di hati Kelvin sejak dia menuntut di UK.Izrene,yang membuatkan Kelvin meninggalkan kedua orang tua yang tulus cintanya 3 bulan lalu..Saat ini aku nak sangat kenal Izrene yang membuatkan Kelvin begitu berduka.

Sungguh,herdikan Kelvin masih terngiang-ngiang di telinga.“I don’t believe in God anymore!!!!!”.Rasa nak tercabut nyawa dengan statement ni.Mujur dah ready awal2,kalo x ade hamba Allah kena tumbukan free tadi.Susahnye la nak berdepan dengan kenyataan.

Kelvin kian jauh di dunia sendiri.Aku yakin Kelvin dah lupa akan Masyitah yang pernah di nasihati dulu.Kelvin lupa akan janjinya pada Masyitah untuk mencari cinta dalam agama Islam dan menjadi muslim yang dijamin syurga.Kelvin kian jauh sementara aku diberi hidayah ini. Kelvin yang hanyut dalam cinta seorang wanita Melyu yang lupa mengajarnya akan Melayu itu bangsa.Kelvin yang sudah hilang minat pada agama lantaran terlalu seronok bermadu kasih.

Pemergian Izrene yang membuatkan Kelvin tidak percaya lagi akan wujudnya Tuhan.Izrene lagi dah lagi.Izrene ke yang patut disalahkan?X,Izrene cuma pinjaman pada Kelvin dan Kelvin belum tersedar akan kenyataan itu Em,aku yakin Kelvin mesti benci kat Doktor Kolot ni.Aku dapat rasakan semuanya dari sorotan mata die siang tadi.Maybe die x tahu aku Masyitah yang dah jauh berubah. Kelvin,anggaplah kemesraan yang kembali terjalin antara kau dan kedua orang tuamu nanti tanda terima kasihku kerna menyedarkan aku dulu.Menyedarkan aku akan tanggungjawabku menjadi hamba-Nya yang taat.

************************

“Kelvinnnnnnnnnnnnnnn,how this happened to u dear??”,tangisan Mummy membuatkan aku tersentak.Camne dorang bleh tau ni?Ni mesti keje Doc yang kolot tu.Sesuka je kol family aku.Ni dah kira langgar privacy patient ni.Ko nak kena saman ape?

“Mummy,I’m fully recovered now.Please don’t cry.”.X tahan la weh kalo mummy menangis,silap ari bulan aku yang over.Daddy tgok je mummy peluk aku.Sayang juga dorang kat aku ye.Aku ingat dorang tak mo terima kau dah bile aku tetap dengan keputusan menikahi Izrene dulu.

“Kite balik Kelvin.U still our son,we both miss n love u.Please don’t leave us anymore”,ujar Daddy.Aik,daddy pun join sekaki mengalirkan airmata..Kena mengalah nampaknya.Sungguh,aku rindu sangat kat dorang tapi segan nak mengaku.Huhu.

“Where’s Izrene.I wanna see her.”,Persoalan mummy membuatkan aku terpempam.Aku x mampu berkata-kata.Gelengan kepalaku membuatkan pelukan mummy makin erat.Mungkin menghadirkan sedikit kekuatan atas kehilangan ini.

“Mr.Kelvin.I’m so sorry,sy yang kol ur parent.Harap u xmarah kat i.Xde parent dalam dunia ni yang membenci anak die sendiri.Macammana besar pun kesalahan kita,they will forgive us.Uncle,auntie,thanks for coming”,suara perempua yang tiba-tiba muncul antara kami membuatkan aku mengangkat muka.Hamboi suka2 je nasihat aku doc kolot tu.Jap,sal aku pernah tgok tudung coklat tu.Mesti die beli kat Jalan TAR ni,sebb tu familiar je.

“Thanks a lot,doc.I realized it now.i really appreciate it.”.Ade mummy,kena la sopan sikit.Kalo x dah lama aku melaser minah ni.

“u r welcome..Em,I ade something nak bagi dekat u.Harap u sudi terima”.

“Yup,sure!!”.Mummy and Daddy senyum je tgok gelagat aku cam kekanak yang dapat gula-gula.

**********************

“Welcome home,my son!!!!!!!!”.

Keadaan susun atur bilikku masih seperti kali terakhir meninggalkan rumah.Meninggalkan Mummy dan Daddy kerana tak tahan hinaan keduanya pada Izrene.Kata mereka Izrene bukan anak yang baik kerna Izrene membuatkan aku kian jauh dan lupa pada mereka.Izrene bukan calon isteri yang patuh kerna sering keluar mencari hiburan saban malam.Izrene juga bukan calon ibu penyayang kerna bersikap tidak acuh akan rengekan Micheal dan May Lee pada pertemuan pertama dulu.Kerna cinta yang dalam pada Izrene,aku melawan.

Sal x bleh tidur lagi ni.Jet lag kot,biasa la dah lama tinggalkan tilam empuk ni.Mata melilau sekitar bilik.Em,gambar kat sudut bilik masih sama,gambar aku kat INTEC,gambar aku kat UK,gambar dengan family.Jap,sal ade satu frame gambar yang hilang.Mana pergi gambar aku dengan Izrene?Mesti mummy dah buang ni,sampai macam tu sekali bencinya mummy pada Izrene.Mungkin x mo aku makin terluka kot,sebab tu dah hilangkan dari pandangan mata aku.

Kaki aku menapak perlahan.Gambar lama tahun 2000 tu menarik perhatian aku,zaman muda remaja dulu.Satu persatu wajah di depan mata aku tatap,terhenti pada wajah ayu perempuan berambut pendek.Jap2,perempuan ni macam doctor aritu.Sapa nama die ye?Maria….Maslina…Mazlin….Masyitah.Ha,Masyitah.Betollah,die doctor yang kolot tu.Patutla x kenal,dia kan dah ayu bertudung.Tudung coklat hari terakhir tu kan tudung present perpisahan tu!!!!!!!Sal la aku bleh x perasan dengan cara percakapan die yang x berubah langsung tu.

Ape hadiah yang dia kasi kat aku semalam eh?Keras n empat segi.Buku kot.Betolla buku tapi ape tajuk die?

Buku berbalut wrapper ungu aku capai sambil landing atas katil.Petua zaman muda2 kate kalo nak cepat mmengantok,bacalah buku.Bleh la nak try.Aik,macam buku lame.Ape kes minah ni bg buku lama2 ni.Mesti ade nostalgia tersendiri nih.Ada ucapan la kat page 1:

“Kelvin,I like to return this book to u,the owner.Terima kasih sangat2 sebb menyedarkan i.I harap sangat akan bertemu dengan u yang baru setelah 7 tahun berpisah.U memang baru,jauh dari Kelvin kali terakhir kita jumpa,jauh dari janji u dulu.But I realized the truth,hidayah bukan di tangan kita.Mungkin doa I belum termakbul kerana dosa I satu masa dulu.Sungguh,I terkejut sangat bila u kata u xpercaya lagi akan kewujudan Tuhan.I yakin and sentiasa doakan u agar beroleh hidayah suatu hari nanti,My great Motiavator!!!!!!!Maybe u dah lupa content buku ni kan.Yelah,7tahun dah die dengan i.Btw,kisah Masyitah n cerita anak soleh tu u highlightkan kat buku ni.Teruk tol bagi buku yang dah baca kat orang.=)…….Dr.Masyitah.

Page 2:Jalan hidayah,perit dan sukar.Aku terpana lagi dan lagi!!!!!!!!

****************

“Mas,lama betul x jumpa ko.Ko keje sini ke?Ko dah kahwin lom?Sal x pernah contact aku lepas fly aritu?Ko dok mana sekarang?Ko x rindu langsung kat aku ke”,soal Rin.Xde full stop tu,sama cam perangai muda remaja dulu.Aisy,Puan Jazrin ni teruk betol perangai.

“Rin,sy kena jawab yang mana satu dulu ni?Pening sy dengan soklan bertubi-tubi cam peluru ni Puan Rin oi.Huhuhu”.

“Mas,sal ko bersaya2 ni?Kalau ko x tegur tadi mesti aku x kenal punye.Yelah kan,orang dah ayu.Kalah aku yang still rock ni.Haha”.

“Em,ana balik dari Tanah Arab,ana sudah jadi perempuan baik la.Jadi aku sudah tiada lah,sekarang ana pakai saya lah.Em,arini aku lah.Karang sikit,aku insaf.Haha.Em,btw,ko sakit ape weh?”,balasku dengan slanga Arab celup sambil memurdahkan diri.Makin galak la si Rin ketawa.Hepi memanjang minah ni.

“Hai,melawak lak die.Mujur ko x sangkut dengan orang Arab eh.Aku jumpa Obgyn tadi,monthly check up.Kang kalo x g,bising lak suami kesayangan aku”

“Ko pregnant ke,dah bape bulan?X gaya cam bakal mak orang pun,cantik je body ko.Ha,mula la perasan tu”.

“Hahha,mujur ko cakap.Kalo x kembang dah hidung aku..Em,dah masuk 4 bulan.Biasalah,aku kan pandai jaga body.Ko nak berguru dengan aku x?Hihi.Tapi sebenarnya aku risau gak coz aku punya body weight x padan dengan umur kandungan aku”.

“Takpe2,pasni aku jadi doctor peribadi ko.Gaji sebulan murah je RM7000 je.Amacam setuju x?”.

“Mak aih,mahalnye.Kena rompak bank la aku camni.Em,ko dah kahwin lom ni kawan?”.

“Lom,xde jodoh lagi.Ko tolong lak kenenkan engineer hensem yang single-mingle kat tempat ko untuk aku bleh?Kalo jadi,aku jadi doctor peribadi ko free of charge.Bleh?”.

“Tak ramai yang bujang la yang oi.Ha,ade Kelvin,the great motivator ko dulu.Awek die yang gedik tu pun kembali ke rahmatullah dua bulan lepas.Dah dua bulan gak la bayang die xde kat ofis.Merana kot ditinggal minah gedik tuh.Ko nak x jadi doctor hati die?”.Pana aku dengan ayat selamba si Rin ni.Orang dah meninggal pun,die bleh wat steady lagi.

“Innalillah.Patut la die kecewa sangat sampai accident bulan lepas.Ko ni Rin,buruk bebeno peelnya.Orang meninggal g menyumpat lak.Baik la ko tambah pahala,sedekah Al-Fatihah pada dia.”.

“Astaghfirullah.Teruk betol aku ni Mas eh.Baik ustazah.Hihi.Tapi betol ape aku cakap nih!!!!”.Ha,mula dah die nak stat KTM(Kelab-kata-mengata) tu.Herot2 mulut isteri Zainal ni.Parah tol!!!!!!!

********************

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah…Kalimah pertama yang lahir dari mulut Ustazah Khadijah mendengar khabar gembira dariku.Titis airmata turut mengiringi perkhabaran ini kerna Kelvin Lim akhirnya bergelar saudara baru seagama 3 bulan lalu.Ustazah Khadijah yang sering tersenyum dan berlapang dada menerima aku di setiap kelas agama Islam ketika sekolah dahulu.Mungkin,doa dipanjatkan juga buat anak didik x rasmi ni.Sungguh,aku amat bersyukur atas kurniaan ini,Ya Allah.Kau hadirkan pengubat luka,peringatan saat aku terkapai-kapai mencari kebenaran.

Saat aku terpana dengan hadiah dari Masyitah,hati merintih.Aku yang kian jauh dari Kelvin yang dulu berniat mendalami agama yang diredhai ini.Jalan Hidayah yang pernah aku baca dari kulit ke kulit 7 tahun lalu membuatkan aku tersentak dari mimpi dusta yang panjang.Benar,aku dulu berniat menukar agama kerna seorang wanita.Kerana cinta yang terhalang atas perbezaan agama.Bukan kerana aku ingin mencari hidayah dari Illahi,bukan kerna aku ingin menjadi muslim&mukmin yang diredhai hidupnya.Sekali lafaz syahadah,aku membersihkan diri.Kembali pada fitrah seperti asal perjanjianku dengan Yang Esa.

Penerimaan Mummy & Daddy??Mummy amat memahami hasrat murni.Aku bimbang jika dihalau lagi.Sangkaan aku meleset bila Daddy mengizinkan..Mungkin kerna Mummy dilahirkan di Mesir yang lingkungannya ramai muslim dan Daddy yang ramai kenalan orang Islam membuatkan mereka rela hati.Terima kasih atas pengertian Mummy& Daddy.

Penjelasan Daddy membuatkan aku terpana lagi. Kata Daddy,die menghalangku dulu bukan kerna agama tapi kerna perwatakan Izrene yang kurang menghormati mereka.Izrene bukan sosok wanita baik untuk membimbingku kearah agama.Izrene kan yang patut disalahkan kerna menjauhkan aku dari niat sebenar beragama?Ah,salahku sendiri kerna tidak kuat dengan hempasan angin UK yang penuh keseronokan.Izrene kan sudah pergi,moga dia tenang disana.Amin

Aku ingin mendalami agama suci ini sepenuh hatiku.Menjadi mukmin sejati,mencari redha Illahi dan menggapai nikamtnya keimanan pada Tuhan.

“Tunjukkanlah padaku jalan yang lurus”.

“Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepda mereka,bukan jalan orang-orang yang Kau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat”.

“Amin”

Airmata menitis lagi

************************

“Ya Allah,berikanlah dia hidayah-Mu.Engkau Maha Kuasa,penentu segala sesuatu.Bukakanlah keatas kami dan kaum kami dengan kebenaran,Engkaulah sebaik-baik pembuka jalan.”

Usai solat,doa dipanjatkan.Serius,kebimbangan lahir di hati.Herdikan Kelvin terus menghantui hari-hari ku.Sudah 6 bulan pertemuan itu berakhir,berakhir dengan rasa sedih meruntun di hati.Kelvin hilang terus minatnya pada agama.Sungguh,tiap hari aku mendoakan dia agar berolah hidayah dari Illahi.Aku yakin Kelvin akan menjadi hamba yang cukup taat lantaran kesungguhannya dalam memahami dan melakuan tiap sesuatu.

Aku sedar,Dialah yang memberi hidayah.Kita hanya hamba,meminta dan terus mengharap.Sedangkan Abu Talib,bapa saudara Rasullah pun tegar dengan kejahilan hingga ke akhir hayat.Menitis airmata Nabi lantaran kesedihan tapi terpujuk dengan indahnya ayat dari kalam Suci.

“Dan jiwa serta penyempurnaannya,maka Allah mengilhamkan kamu kepada jiwa itu(jalan)kefasikan dan ketaqwaannya.Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dah seungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”

(As-Syams:7-10)

Aku cemburu dengan Kak Rania yang terus menyucikan diri.Sungguh,kehadiran Kak Rania membuatkan aku terasa kerdilnya diri.Kak Rania hamil,tapi puasa Isnin dan Khamisnya tetap terlaksana biarpun badannya lemah.Kak Rania sibuk(bakal pakar pediatric),malamnya tetap terisi dengan zikir dan munajat di sepertiga malam.Solatnya di awal waktu,bacaan Al-Qurannya penuh penghayatan.Semuanya membuka mataku tatkala Kak Rania menumpang di rumahku seminggu dia berseminar di HUKM.

Dan kerna peribadinya ini,aku malu kerna aku lahir sebagai permata hati muslim.Islam agamaku sejak lahir tapi aku lambat tersedar dari indahnya kepalsuan dunia.Kerna peribadinya juga,aku menyedari akan hakikat wanita baik itu sangat padan dan hadiah terbaik buat Abang Zul.Kerna dia yang kerap menitiskan airmata saat sujud,rasa cinta pada suaminya kini terus aku lenyapkan.Aku bukanlah tandingan Kak Rania.Kak Ranialah yang paling layak memenangi hati pemuda sebaik Abang Zul.

********************

Bacaan Al-Quranku kian lancar.Rupa-rupanya inilah ubat terbaik kehidupan sepanjang masa,penghibur di kala duka,pengingat di kala suka dan ayat-ayatnya membelai jiwa.Syukur Ya Allah atas kurniaan ini biarpun aku terlewat menyedarinya.

Ramai lagi kat opis x tau yang aku dah masuk Islam.X perlu rasanya coz muslim tu bukan untuk menunujuk.Aku nak jadi muslim yang sebenar-benar muslim.Dan aku tahu yang hanya taqwa pandangan Allah swt pada hamba-Nya.Kehidupan aku lebih terisi dan aku tenang dalam nikmat ini.Sungguh,pagiku dengan solat Subuh dan ceramah agama.Solat Subuh menghadirkan kekuatan untuk meneruskan hari yang panjang.Solat Zuhur di waktu rehatku menghilangkan sedikit kepenatan bekerja.Solat Asarku menghadirkan rasa syukur kerna hayat masih panjang hingga ke petang.Solat Maghribku di saat matahari sudah terbenam melahirkan ketenangan di awal kegelapan malam.Dan hariku diakhiri solat Isyak dengan sujud yang panjang.Tuhan,indahnya aturan-Mu.

Hari ini aku ke PERKIM,menghadiri kelas agama seperti biasa.Ceramah berkenaan Baitul Muslim dan bab Munakahat.Seingat aku,bab ni langsung xde dalam calendar aku masa dengan Izrene dulu.Izrene xde langsung ingatkan aku jadi suami mithali n kengkawan.Yang ada Cuma janji sehidup semati.Ade hikmah disebalik pemergian Izrene dan perpisahan kami rupanya.Allah atur yang lebih baik untuk aku,Insyaallah.

“Hakim,ana rasa sudah sampai masanya kamu melaksanakan tuntutan membina baitulmuslim.Membina keluarga muslim demi menyempurnakan agama kamu dan memelihara diri kamu.Semoga lahirnya sayap kiri nanti membuatkan kamu lebih bersemangat menjalani perintah agama”.Nasihat Ustaz Halim membuatkan aku tersentak.Nak cari sape buat calon isteri?Ade ke orang nak kat aku.Jujur aku kata yang hati aku dah tertutup untuk cinta selepas kehilangan Izrene dulu.Aku Cuma tersenyum tapi Ustaz Halim labih cekap membaca bahasa tubuhku.

“Xde calon,hati dah tertutup.Mintalah petunjuk dari Allah swt,isthikarahlah!”.tenang dan jelas saranan ustaz.

Malam yang sepi,aku bangkit.Solat sunat dua rakaat aku laksanakan.

“Ya Tuhanku,kurniakanlah kepadaku isteri dan keturunanku sebagai penyejuk mata dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.

***********************

Rutin minggunan aku bila lapang,main-main dengan kekanak kat rumah anak yatim.Yelah kan,aku pun dah berzaman x g sini.Busy memanjang.Aku dulu pun pernah dok sini pas ibu n ayah meninggal dunia.Paling-paling,bleh gak aku berkongsi kisah suka duka lat sini.Melayan anak-anak yang tak faham lagi erti cabaran hidup.Ibu n ayah Abang Zul bising gak coz lama x melawat dorang kat Perak.Segan la weh,kalo terjumpa Kak Rania n Abang Zul camne.Walaupun rasa cinta aku dah xde skg ni,cemburu aku ni bleh tahan gak.Aisy,susah ye nak lupakan 1st love nih.Huhu.

Ringtone Crazy Frog yang melalak kat tengah taman permainan.Sapa lak yang kol aku ari2 cuti ni.Kacau daun betollah.Em,ape nak dikata,jangan orang hospital dah la.Eh,Rin la.Dah berjaya kot kenenkan engineer ensem utk aku.Hahha.Poyo x hengat!

“Assalamualaikum,Dr Mas.Hang katne ni?”.

“Wslm.Aku kat bumi lagi.Belum sampai masa masuk bumi.Ko ni tiba-tiba kol aku ni pehal.Xde angin,xde rebut,mesti ada apa2 ni,”.Sekian kalinya dia kol pas jumpa aritu.Ni kali ke -4 kot.Dah jadi mak orang pun kawan aku ni.

“Hihihi.Pandai lak wat lawak.Em,ade kawan keje aku minta no phone ko.Dia nak berkenalan.Takpe kan,aritu kan ko nak engineer hensem tempat aku nih”.

“Hamboi,ko mesti dah bg ni.Baru bgtau aku.Aku memain je aritu,ko take serius lak.Mak aih,hidup aku dah xtentu arah ni.”

“Lek la kawan,Ko buat bese je.Bukannya aku suh ko terus menggedik dengan die.Slow2 la.Kawan-kawan dulu,kawin-kawin kemudian.Hahhaa”.

“Rinnnnnnnnnnnnn”,aik,sal xde respon nih.Maik aih,die dah letak telefon.Sape lak yang tetiba nak berkenalan dengan aku tuh.Seram sejuk dah kaki tangan.

**************

Masyitah hadir dalam mimpiku usai Isthikarah.Tuhan,dia yang kau takdirkan buatku.Camne nak mulakan langkah ni.Aku ni mane la reti sangat nak ayat-mengayat ni.Buat bese2 jelah.Mujur la ade Rin yang sudi jadi orang tengah.Dah seminggu dah no Masyitah kat aku,tapi aku mati kata nak mulakan camni.

Bakal pemimpin keluarga kena berani.Berusahalah Hakim!!!!!!

Aku:Salam,sy Hakim.Maaf ganggu.Sy kawan sepejabat Rin,salam perkenalan.

Mas:Wslm,O,ye.Salam perkenalan kembali.Saya Mas,nama penuh hakim ape ye?”.

Aku:O,mas…mas kahwin ke?Hahha.Em,Lukmanul Haqim.

Mas:Ade lak mas kahwin,Masyitah.Sedap nama u.Ha,ngomong2,dah hafal Surah Lukman lom?Xkan nama je Lukman,intisari surah Lukman fail.

Aku:Masyitah ye.Em,sebab suka dengan surah Lukman la ,ambik nama tu.Insyaallah,lepas kot kalo ade ujian.Sebenarnye sy saudara baru,alhamdulillah dah hampir setahun bergelar muslim.

Macam-macam cerita la Masyitah ni 1st time ktorg sms.Masih Masyitah yang sama macam dulu,peramah dan amat mengambil berat.Bila dia tahu aku sudara baru,tiba-tiba lak die jadi risau.Risau kalo dia yang menyebabkan aku jauh dari agama kerna lantaran sms yang lagho dan berunsurkan kata-kata yang x bermanfaat.Xpe Masyitah,pas ni kita sama2 ingat-mengingati.

Sejak ade rakan sms bernama Lukmanul Hakim ni,asik berdering je handpone aku.Tapi bleh tahan gak la mamat ni.Xde nak berjiwang2 karat dengan aku.Kalo die wat peel gatal,gedik,gelenya tu,dah lama aku tukar no.X hingin aku berkawan dengan mamat2 romeo ni.Tapi sejak 2,3 menjak ni aku rasa cam ade satu rasa kat hati aku.

Hepi je rasa hati bile dapat sms dari Lukman walaupun sms ku xde la ape2 sangat.Sms-sms ktorang pun cume berkisar pasal soal kerja,hidup yang busy x hengat n tazkirah as a peringatan.Rajin gak la die miskol aku kol 2 pagi suh aku solat tahajud.Kalo dah aku cuti,aku kadang2 bengang gak la.Tapi macam dia faham lak dengan kitar hidup pempuan ni.Ni kejut gak aku kate kalo x bleh solat,tambah2 la zikir.

Segang mak aih.Yelah kan die kan baru je masuk Islam n lebih faham pada aku.aku yang faham ni wat degil lak xmo faham.Bagus gak la ade orang peringatkan selalu ni.Tapi sms dia dua hari lepas membuatkan aku rasa rindu sesangat kat die.Rasa kehilangan n aku xtahu nak cari katne.

LUKMAN:I rasa I cintakan u.Cintakan u kerana Allah swt.tapi I takut kalo rasa cinta ni membuatkan kita makin lalai dan bedosa.So,I minta maaf sangat2.Kita x perlu berhubung lagi.Insyaallah,kita akan kembali berhubung bila I yakin dan bersedia jadikan u sayap kiri perjuangan hidup i.Maafkan sy.

Takpelah,kalo dalam hati ade rasa cinta ni,x elok berhubung terlalu kerap.Silap2 aribulan.menang la Cik Tan.Lukmanul Hakim,hati ini turut melagukan rasa cinta yang sama.Hati tabahlah dengan perpisahan semantara ini.

***********************

Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu

Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar aku tidak jatuh dalam jurang hawa nafsu.

Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar aku tidak berpaling pada-Nya.

Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,rindukanlah aku pada sesorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah,jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi kepada-Mu.

Ya Allah,berikan aku hidayah dan rahmat-Mu dalam aku mencintai hawa-ku.

Masyitah,esok akan ku tanyakan persetujuan darimu.Aku yakin dan pasti,kaulah yang akan

menjadi isteri dan ibu buat anak-anakku.

*********************

Lewat petang hari Isra’dan Mikraj,aku menerima sms dari Lukmanul Hakim.Sms mengingatkan aku akan ceramah di Masjid Negara.Sms pertama setelah seminggu tiada khabar berita.Memang aku berniat menghadiri ceramah tersebut,mengimbau detik perjuangan Rasulallah yang kian dilupakan.Sementelah pula,hari ini cuti umum.Kira bonus la,ingat-ingatkan diri yang dok selalu lupa ni.

Kebetulan parking x berapa nak penuh masa aku sampai tadi.Yelah kan,aku pun antara manusia yang terawal sampai petang ni.Kalo awal ni,bleh la mengaji sat.Cek balik hafazan yang dok asik tersambung dengan surah lain.Teruk betol la daya ingatan aku ni,makin hari makin parah.Banyak buat dosa la ni.Astaghfirullah.

Nak masuk je masjid,aku ternampak sesorang yang selalu aku doakan.Ape kes die datang masjid.Ntah2 die dah convert agama x,tapi aku je yang x tahu.Alhamdullillah kalo betol.Bertambah lagi sorg umat Nabi Muhammad saw.

Usai ceramah,aku kembali ke kereta.Harus segera pulang memandangkan esok harus ke berseminar ke UPM.Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku kaget x hingat dunia.Kelvin yang dah setahun aku xjumpa tengah bestnya bersandar tepi kereta aku!!Berbaju melayu siap dengan songkok lagi.Betol ke ape yang aku tengok ni,bayangan je kot.2,3x aku gosok mata,tapi mamat tu terus senyum kat aku.Pap,aku tampar pipi.Sakit!!!!!!!Maknanya aku bukan mimpi la ni!!

--------------------
“Kelvinnnnnnnnnnnn,u buat ape kat sini?”.Kaget betol muka Masyitah,macam baru lepas tengok hantu je.Nasib la Mas,ni hadiah special punya.Orang2 bertuah je boleh dapat.

“Assalamualaikum,Masyitah.”.Masyitah terpana lagi.L ama,baru die jawab salam.

“Wslm.U ni Kelvin kat.Ape yang u buat kat sini?Berapa lama dah u masuk Islam?Nape x inform I langsung.Sampainye hati u”.Tgok,bertubi2 soklan die.

“I dengar ceramah Isra’& Mikraj tadi.Sekarang ni,I nak melamar seseorang..Dah setahun I masuk Islam.X masuk Islam bukan kerana perempuan,I masuk Islam sebab I cintakan agama ni.Memang hati I sampai pun.Em,btw,dulu nama I Kelvin,sekarang dah jadi Lukmanul Hakim”,balasku sambil tersenyum.Aku tgok mata Masyitah dah berair.

“Ha,jadi u la yg sms I selama ni.Sampai betol hati u x bgtau I”.

“U x pernah tanya.Masyitah,harini I nak tamatkan penantian u.I nak jadikan u wanita paling mahal maharnya.Sebagaimana Ummu Sulaim yang berkehendakkan kalimah syahadah dari Abu Talhah,begitu juga harapan u dulu kan.Sudi x Mas jadi sayap kiri perjuangan saya”,kataku tenang sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada Mas.

Mas mengangguk sambil cuba tersenyum padaku dalam deraian airmata.Terima kasih Ya Allah.Moga perlaksanaan sunnah Nabi ini mendapat redha-Mu Illahi.Amin.

“Sesiapa yang berkahwin,sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya,maka bertaqwalah ia pada yang separuh lagi”.(H.R Al-Tabrani)

4 comments:

Puteri Diana said...

salam,
cerita ini lg keliru...walaupun best,tp berbelit..ssh nk paham..stp cerita baru,mesti kene tahu sape wataknya..huh..pening jgk nk paham..sy harap penulis,x buat cerita mcm ni..sakit kepala nk kene pk sape watak yg tgh d ceritakan..huhu..wassalam

dr.rock4eva said...

salam kembali...
em,sebenarnye penceritaan ni melibatkan dua pihak.lelaki iaitu Kelvin yang akhirnya memeluk agama Islam dan Masyitah.

hazlyana said...

slm..
(sy phm)2..huhu
best la cte nh..like wut i said b4,leh publish kn cte...
bgs2 slg mengingati...pntg 2!!
t0uching!!hehe

~~whitelemon7@yahoo.com~~

Nurul Hidayah Hashim said...

ok, sy dh jtuh hati dgn cerpen ni...
isi yg sgt bermanfaat.. :)