@rubiadaibrahim

Monday, September 8, 2008

=Redhakah Aku?=

Tuhan,berikanku kekuatan mengharungi hati mendatang.Permintaan Mak Lang makin menghantui hari-hari aku.Nak mengajar pun rasa tak betul sesangat.Kenapa aku jadi pilihan?

“Ain,Mak Lang berharap sangat nak jadikan Ain menantu Mak Lang.Ain pun tahu macammana perangai Adham kan?Kalau nak diharapkan dia bawa calon menantu pada Mak Lang,entah perempuan mana la die cari.Kamu pun maklum perangai dia yang makin lupa dengan Mak Lang ni.Masuk hari ni,dah dekat 4 bulan dia tak balik ke kampung.Mak Lang faham kalau kamu tak mau tapi Mak Lang yakin kamulah yang terbaik untuk Adham”.

Usapan Mak Lang masih terasa di tangan.Sungguh,aku tak pernah berniat pun nak bersuamikan Adham,arkitek yang kian lupa pada asal usul aku kira.Pulangnya jarang sekali ke kampung,ibu yang kian uzur dibiarkan berkelana sendiri.Raya pun kadang-kadang tak jumpa jalan pulang.Berselirat gak wayar kat otak memikirkan kemana la dia g beraya.Orang yang takde kampung beriya2 nak ade kampung,dia yang berkampung lain lak.Takkan la raya pun kena lukis bangunan kot.Pelik2.Itu pandangan aku.Kata orang,pandangan mata sentiasa menipu.Em,tapi kalo tak pandang dengan mata,nak guna ape?

“Peningnye!!!!!!!!!!!”.Mak aih,terkeluar lak rasa hati aku.

“Ain,ape yang difikirkan tu.Berkerut-kerut muka,fail la program awet muda sat lagi.”,tegur Kak Syaza sambil menggelengkan kepala.Lah,ade orang lak.Seingat aku,aku sorang2 je tadi kat bilik guru tadi waktu rehat nih.Aisy,segan lak.

“Tak kisah la kalo fail Kak Syaza.Tak yah awet muda lagi dah,calon dah menanti.”,balasku selamba.Kak Syaza lak yang tergamam.

-------------------------------------

Mak dan abah senyum memanjang dari pagi tadi.Gembira sungguh dapat menantu,kumpul semua sedara-mara.Yelah kan,menantu pertama dalam family.Sedara yang aku tak kenal pun bleh kenal.Semua perasaan bercampur jadi satu..Berdebar nak mengenali perwatakan sebenar Adham Faruqi.Sedih sebab akan berpisah dengan mak n abah.Bimbang kalau aku gagal jadi isteri yang baik.Yelah,hari ni rasminya menjadi isteri kepada seorang mamat yang aku tak sempat pun jumpa sebelum kahwin.

Dia busy memanjang siapkan pelan bangunan ntah kat mana.Tu yang Mak Lang cakap lah.Aisy,pelik aku dengan arkitek yang tak pernah peduli dengan rumah emak sendiri yang senget menanti rebah.Dan lelaki yang ku tutuk setiap hari aku melawat Mak Lang tulah jadi suami aku sekarang ni.Rasanya takde kawan die yang datang.Malu kot coz menikah dengan cikgu sekolah rendah yang mengajar kat kampung je.What ever,aku dah jadi Puan Qurratul Ain siang tadi.

------------------------------------

“Hello.Assalamualaikum,abang.Ain ni”.

“Wslm……………em”.

“Abang busy ke?Ain dah start cuti sekarang ni,so Ain ingat nak datang rumah Abang.Kesian kat abang jadi orang bujang.Boleh x abang?”.

“Em……”.

“Abang macam xsudi je bercakap dengan Ain.Maaf ye bang.Assalamualaikum.”.

Pening dan mual datang lagi.Tambah seksa rasa hati bila mengenangkan perangai suami yang jauh di depan mata.Mujur la dah start cuti sekolah,so boleh la berehat sikit.Adham hilang xde khabar 3 bulan yang lalu.Kemana menghilang pun x tau.Lepas habis cuti nikah yang seminggu tu,Adham pun x pernah tunjuk muka.Seminggu sekali ade gak la die bertanya khabar,Cuma tanya khabar je.Balik kampung pun mak aih,susah bebeno.

Tapi makin lama makin jauh.Dulu agak banyak gak dia bercakap tapi sekarang nampak macam aku lak yang terhegeh-tegeh.Nak plak bila mengandung ni,lagi la sensitive.Mak n abah pun pening nak layan aku yang makin menjadi-jadi manjanya.Mujur la dorang layan gak aku yang makin mengada-ngada ni.Kalau x,pada sape cek nak mengadu.

Adham memang tak tahu lagi yang aku dah mengandungkan zuriat dia.Sepatut dan sewajarnya,berita gembira sebegini dikongsi bersama.Aku jadi tawar hati dengan sikap dia yang endah x endah tu.Kalau aku tak telefon,alamatnya ceruk dunia mana dia sekarang ni pun aku x tau.Aisy,susah nak kata la.

--------------------------------

Adham anak yang baik kata Umi.Sementelah aku tinggal dengan Umi setelah terikatnya aku sebagai isteri pada Adham.Aku jarang bertemu dan tak sempat mengenali perwatakan Adham di zaman muda remaja.Adham pandai,itu memang aku akui.Adham anak Kampung Raja yang pertama menjejakkan kaki berkelana ke negara orang dalam bidang seni bina.Adham kini bekerja di syarikat pembinaan terkemuka di ibu kota.Adham sentiasa dengan rekod cemerlang dalam pelajaran. Sekampung berkongsi kegembiraan dengan kejayaan Adham. Sejuk perut Umi menggandungkan Adham.

Tapi harapan Umi terlalu tinggi padaku.Masakan aku mampu mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak yang kian jauh.Adham makin lupa pada Umi setelah ijazah berada dalam genggaman.Adham kian sibuk dengan projek yang memberikan pulangan jutaan ringgit hingga lupa ribuan titisan peluh Umi membesarkan Adham setelah ditinggalkan seorang suami.Adham dan Umi sangat rapat dari cerita Umi.Tapi hubungan yang suci itu kian renggang bila Adham melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Zaman remaja Adham dihabiskan di sekolah berasrama penuh,dah jarang sekali aku bersua muka dengan dia. Aku cuba dan terus mencuba mengenali perwatakan Adham yang sebenar setelah menjadi sayap kiri perjuangan Adham.Aku merasakan aku gagal dalam misi ini.Adham kurang sudi berkongsi cerita dengan aku.Adham kian membisu dan aku akhirnya mengambil langkah terus menjauhkan diri.Sudah 2 minggu cuti sekolah,2 minggu jugalah aku menghilang dari terus menghantui hidup Adham.

“Assalamualaikum”.Suara yang datang dari luar pintu menyentakkan lamuanan.

Waalaikummussalam”,balasku dari dalam sambil membuka pintu.Aku terkesima.Adham pulang ke rumah Umi tanpa memaklumkan padaku terlebih dahulu?

--------------------------------------

Adham masuk tanpa sempat aku menjemputnya masuk.Yelah kan,ni rumah mak dia.Suka2 la dia buat macam rumah sendiri pun.Aku terus menonong ke dapur,nak buatkan air.Dari riak wajah Adham nampak cam penat je,ntah dari mana pun aku xtau.Dia diam je dari mula dia sampai.Nampak muka dia yang terkejut bila tengok aku yang buka pintu tadi.Umi g masjid coz ade kelas agama.Maybe dia x menyangka yang aku still temankan Umi masa cuti-cuti ni.

Air Milo panas ku letakkan di meja ruang tamu.Pandai2 la Adham nak minum sat lagi.Aku x salam pun die lagi.Aku tahu tanggungjawab isteri bila suami balik ke rumah tapi ntah la.Aku rasa cam x ready lagi nak berdepan dengan dia tu.Die pun wat dek je masa masuk rumah tadi.Tengok dari gaya die,maybe stay kat rumah Umi sekejap je.Xde satu beg pun die bawak balik.Nak pelik ape,baju dia menimbun kat dalam bilik.

“Ain”.Adham panggil nama aku.Lembut tapi sedikit tegas.Langkah aku terhenti.Adham melangkah perlahan menghampiriku.Tangannya dihulurkan kepadaku.

“Ain x nak salam abang ke?Tak rindu pada abang?”.Dia tersenyum padaku.Dah orang hulur tangan takkan tak sambut lak kan.Derhaka lak silap aribulan pada suami sendiri.Adham tersenyum lebar dengan tingkah aku yang makin tak keruan.Muka dah rasa panas semacam dah masa nih.Mujur umi xde,kalo x nak sorok muka tang mana la aku.

“Ha,macamtu la dengan isteri.Lama x jumpa,baru tau rindu ye Ham”,teguran Umi membuatkan kami berdua tersentak.Genggaman tangan Adham makin kuat dan aku malu sendiri.

-------------------------------------

“Ain dah minta tukar ke KL,dekat dengan kamu.Insyaallah,bulan 1 nnt pindah.Bawak kereta elok2.Jaga menantu dengan bakal cucu umi baik-baik.Kalau umi dapat tahu kamu buat perangai buruk,siap kamu Ham”.Amaran umi pada Adham masih terngiang-ngiang di telinga.Dia cuma tersenyum sambil memaut bahuku.Aku kurang selesa dengan perlakuan Adham yang menunjuk-nunjuk di depan Umi.Depan Umi dialah suami impian Malaya.Kalau kat belakang,nak pegang aku pun muka dia macam getik semacam.

“Ain,bangun.Dah sampai rumah.”.Aku terjaga dari lena yang panjang.Sangat la mengantuk coz perjalanan sepi tanpa suara aku dan Adham.Hanya celoteh Dj dan lagu dari radio yang mengiringi perjalanan.Beg pakaian semua Adham dah angkut.Menonong aku ikut langkah dia ke apartmen kat tingkat 6 tu.

---------------------------

“Honey,you dah balik.Sukenyeeeeeeeeeee”.Suara perempuan dari belakang pintu rumah Adham membuatkan muka Adham berubah.Gembira betul dia sedangkan aku terkejut bukan main. “Aaaaaaaaa…………..”.Kata-kata Adham mati.Maybe nak membetulkan keadaan yang mungkin dah sedia x betul..Rasa cam dah tertusuk dah hati.Sape perempuan yang dok serumah dengan dia ni?Isteri?Kalo betullah isteri,aku dah ade madu dan aku maybe isteri kedua Adham.Girlfriend?Kalau betul tu kekasih Adham,kenapa dia setuju menikahi aku dulu.

“Honey,ni ke isteri u kat kampung@orang gaji yang u janji nak bawak balik dulu.Bagusla,I pun dah penat nak menguruskan rumah ni sorang2.Luv u honey”.Aku orang gaji suami sendiri?Aku x silap dengar dan kata-kata tu jelas kat telinga aku.

“Yup,I’ll do everything for u dear.Kat depan umi I,memang la die isteri I.Just depan mata my mum.Sekarang ni ikut suka I lah.Luv u too darling”,balas Adham selamba.Drama swasta depan mata memang menyakitkan hati.Adham dengan selambanya mengucup kedua pipi perempuan seksi depan aku tu.Perempuan tu lak dengan tak segannya memeluk Adham.Tuhan,dugaan apakah ini???

----------------------------------

Januari datang,aku sedih bukan kepalang.

Bermulanya sebuah kehidupan yang aku belum pasti penghujungnya.Berpisah dengan mak dan abah buat kesekian kalinya setelah bergelar seorang isteri.Sedih mengenangkan harapan Umi yang mungkin tak berkesampaian.Pilu teringatkan sikap Adham yang memperlakukan aku tak ubah seperti pengemis di rumah sendiri.Mujur la dia tak berkasar lagi setakat ni.Xde tendang-menendang dan kawan2.Kalau tak,dah lama aku lari.Adham sangat menyayangi Kak Elina,kekasih hati yang dikenali sejak di New Zealand.Sedangkan aku tak pasti dengan status hubungan keduanya,dah banyak kali aku jadi private investigator tapi tak pernah berjaya.

Hari ni Sabtu,hari mengemas sedunia.Rutin harian aku:memasak dan mengemas apa yang perlu dikemas.2 bulan cuti sekolah yang dulu;melatih aku tabah menghadapi karenah keduanya.Alhamdulillah,kandungan aku dah masuk bulan kelima.Baby makin memahami uminya ni,tak meragam macam awal kandungan.Memahami kesulitan dan bebanan perasaan yang ditanggung umi dia,jarang sekali aku merasa penat setelah seharian bekerja.Adham tak pernah sekali ambik tahu pasal zuriat dia.Memandang aku dengan perut memboyot ni pun tak sudi,apetah lagi nak berborak dengan baby yang makin membesar.

Kak Elina dan Adham dah keluar dari pagi.Satu bonus untuk aku berehat dari karenah Kak Elina yang kadangkala tak masuk akal padaku.Ade ke patut dia suruhh aku masak macam2 di tengah malam hari.Patutnya orang mengandung la diberi perhatian lebih,ni dah terbalik plak.Aku nak gak melawan tapi risau lak dengan tindak tanduk Adham yang sukar dijangkau.Dibuatnya kena halau kalau aku melawan,rumah sape la aku nak menumpang.Redha jelah aku.

Sungguh,aku sendiri tak faham dengan diri aku yang masih bertahan dengan dugaan sebegini.Elina punya hak mutlak keatas setiap harta benda Adham.Aku tak mahir memandu di Kuala Lumpur,maka Adham lah yang menghantarku ke sekolah setiap hari.Bila muncung Elina panjang sedepa,Adham jadi pegawai diplomasi yang cukup setia.Terpaksalah naik teksi ke sekolah.Tapi takpe,aku dah janji nak ajar hidup susah pada baby boy yang aku namakan Awis ni.

------------------------------------------

“I tau I tak berhak atas hidup u.Tapi u tak patut buat I macam tu!!”

“No,I tak maksudkan apa2 tadi.”

“Senanglah u cakap.Dah 2 tahun kita duduk sama,n semua orang ingatkan kita dah menikah,harini u katakan yang I tak berhak pada u.U ni kenapa,dah insaf.Kalau I tau la,tak hingin I jadi kekasih u tau.U pergilah kat mak buyung u tu.I nak balik rumah my parent.”.

“Dear,nape marah sangat ni.I promise nak kahwin dengan u as soon as I ceraikan dia.Tunggu la sikit masa lagi.I tak nak lukakan hati my mum.Tolong la faham”.

“Asik I je nak faham.Go to hell,Adham.I hate u”………….

Berdentum bunyi pintu dihempaskan.Dari celahan pintu bilik,aku tengok Adham mengejar langkah Elina yang makin menjauh dari rumah.Aku yang mendengar terkejutnya bukan main.Ya Allah,rupanya hubungan mereka terlalu jauh tanpa ikatan yang sah.Berdosanya aku membiarkan keduanya hidup sebegitu.Aku sendiri tak tahu akan hakikat ini.Sungguh,kalau aku tahu dah lama aku heretkan keduanya ke pejabat kadi.Suami yang aku puja dalam diam rupanya terlibat dalam hubungan terlarang.Ya Allah,ampunkan dosaku.

-----------------------------------

Hari Ahad,bayang Adham masih belum kelihatan.Aku semalaman menangis mengenangkan perjalanan hidup kami.Aku doakan Adham kembali pada jalan Illahi.Akulah isteri yang dungu,lambat memahami hati suami sendiri.Aku bukanlah perempuan tamak yang inginkan perhatian sepenuhnya dari dia.Selama ni pun,Cuma 2,3 kali perhatian Adham yang aku terima.Selebihnya cuma jelingan kebencian dari Elina bila Adham memandang sayu perut aku.

Lewat petang,ketika aku tengah syok2 melipat kain,Adham keluar dari bilik tidur utama.Rambutnya kusut-masai,mungkin serabut memikirkan kekasih hati yang kian menjauh.Apa-apa pun,aku harus berterus terang,merayu agar dia menikahi Elina,memujuk agar dia kembali mencari redha Illahi,mendoakan jalan hidayah hadir dalam diri Adham agar bertaubat.

Langkah ku atur ke dapur.Kuih karipap yang kuat buat siang tadi jadi hidangan minum petang.Adham di balkoni,jauh termenung.Aku sendiri tak pasti apa yang bermain di fikiran Adham.Adham masih di dunia sendiri saat aku melabuhkan punggung berhampiran dia.Tuhan,berikanku kekuatan melahirkan rasa hati ini.Tangan Adham ku capai,dia tersentak dengan tindak-tanduk aku.Tangan ditarik,tapi genggamanku mungkin lebih erat membuatkan Adham mengalah akhirnya.

---------------------------------

Abang,Ain nak minta maaf dari abang atas segala salah silap Ain.Ain tahu yang Ain bukanlah isteri yang terbaik buat Abang.Sungguh,kalau Ain tahu yang Abang dah ade Kak Elina,Ain takkan terima permintaan Umi.Maafkan Ain”,kataku tenang.

Adham termangu dengan tindakan aku.Masih banyak yang ingin aku katakan pada Adham dan harapan aku saat ini Adham sudi mendengar butir bicaraku.Sambil membaca Surah Insyirah dah doa agar dibukakan hati,aku meneruskan bicara.

Abang,Ain bukanlah perempuan yang tamak akan gelaran isteri.Sekarang ni pun,Ain bersyukur yang Abang masih menerima hubungan kita.Abang tak pernah berkasar dengan Ain walaupun Abang mungkin membenci Ain.Ain nak minta satu hal dari Abang.Ain nak abang cari kebahagiaan Abang.Kenapa Abang biarkan hidup Abang bergelumang dosa?Kalau Ain tahu hubungan Abang dan Kak Elina bukanlah halal dari segi agama,dah lama Ain izinkan Abang menikahi dia.Dan dari awal lagi Ain dah relakan Kak Elina untuk Abang sebab Ain sangkakan Kak Elina isteri Abang yang sah..Ain rela bermadu,Abang mampu dari segi zahir dan batin dan Ain tak nak jadi penghalang cinta kalian lagi. Nikahilah Kak Lina,Bang .”.

Adham terdiam.Aku harus berlalu dari situ kerna ada satu perasaan yang melanda aku saat itu.Aku bimbang melihatkan sorot mata Adham yang tajam,menunjukkan rasa marah dan geram yang ada dalam hati dia.Aku pun satu;salah masa lah.Maunye mamat tu tak marah.Tapi ni hubungan terlarang,mana boleh pendam-pendam.Makin lama,makin banyak dosa yang aku kumpul.Apa guna aku masih bergelar isteri kalau aku tak mampu menegur kesilapan Adam ku.Terpulang pada Adham untuk menerima atau menolak permintaan aku.

“Hoi perempuan.Ko ingat ko baik sangat la nak nasihatkan ktorang.Ko memang la rela bermadu tapi bukan aku.Adham akan ceraikan ko selepas ko lahirkan anak tu.Ke ko nak aku cepatkan tempoh penantian aku,aku sudi je.”,suara Kak Elina yang nyaring membuatkan langkah aku terhenti.Rupanya Kak Elina dengar apa yang aku cakap kat Adham tadi.

--------------------------------

Aku cuba melarikan diri dari Kak Elina namun cengkaman tangannya lebih kuat.Aku cuba larikan diri tapi tak berjaya.Sejauh mana sangat kudrat aku yang berbadan dua berbanding dengan dia yang jauh lebih besar dariku.Adham cuma memandang dari jauh.Adham,takkan takde sedetik pun rasa simpati dan kasihan dalam hati dia melihat aku yang melawan demi zuriatnya dalam kandunganku ini.

“Honey,u tengok ape lagi tu.U kata nak kahwin secepatnya.I dah usahakan sekarang ni,u tak nak tolong pulak.Cepat la bertindak apa yang patut,xkan itu pun I nak bagitau”,arah Kak Lina pada Adham.

Adham menarik rambutku yang sudah dihurai Kak Lina.Teganya Adham memperlakukan aku sebegini.Jelas dari sorotan mata Adham,ketidaksudian dia menerima Awis yang sudah pun boleh mendengar rintihan Uminya ini.Ya Allah,sakitnya bukan kepalang bila Elina menendang perutku yang sudah menampakkan perubahan.

Abang,Kak Lina jangan buat Ain macamni.Abang boleh seksa Ain tapi biarkanlah baby berpeluang melihat dunia.Abang,tolong bang.Sakit.Ya Allah”.

Rintihanku kian lemah.Mujur deringan telefon Adham menghentikan perbuatan mereka.Dengan sisa kekuatan yang masih ada,aku mengesot ke dalam bilik.

-----------------------------

Ya Allah,andai ini sebuah dugaan,hadirkanlah ketabahan kepadaku.Andai ini kifarah atas dosa-dosaku,ampunkah aku.Aku sayang akan anak yang kian membesar dalam rahimku.Ya Allah,izinkan dia melihat wajah uminya 3 bulan lagi.Ya Allah,ampunkanlah dosaku kerna membuatkan suamiku jauh dari-Mu.Berikanlah petunjuk agar dia kembali sujud dan bertaubat pada-Mu.Maafkanlah kekhilafannya dalam menghadapi godaan dunia ini.

Badanku masih lemah lantaran peristiwa 3 hari lalu.Sudah 3 hari jugalah,aku bercuti sakit.Sedaya upaya aku bangkit dari kesedihan dengan pujukan dari ayat-ayat suci Al-Quran.Menghayati perjuangan Maryam dalam keperitan dan cacian kerna melahirkan Isa Al-Masih tanpa ayah,mencari sebutir hikmah dari ketabahan Situ Hajar membesarkan Nabi Ismail as.Dibanding mereka,dugaanku bukanlah seberapa.

Namun hari ini,aku merasakan kekuatanku hilang kerna Awis yang setia mendengar cerita Uminya terus menyepi.Tiada gerakan tindakbalas Awis sejak pagi.Sebelumnya,Awis memberi respon pada setiap cerita dan celotehku.Ku rasakan tendangan Awis masih seperti sebelumnya ketika aku membacakan surah Lukman malam tadi.Tapi hari ini semua berubah.

Ya Allah,jangan Kau ambil dia dariku lagi!!

-----------------------------

“Baby ok.Just heart rate dia lemah sikit.I tengok macam ada kesan lebam pada bahagian pinggang u.Kenapa ya,Ain”,penjelasan Dr.Adawiyah membuatkan aku menarik nafas lega.Cuma hati aku berbelah bahagi,perlu ke aku berterus terang.Menjelaskan hal sebenarnya yang berlaku.Tak,tak mungkin aku membuka mulut memburukkan suami sendiri.

“O,gtu ye doctor.Act,sy terjatuh ari Ahad dulu.Mula-mula saya ingat takde effect pada baby,sebab tu saya diamkan aja.Tapi bila baby tak nak layan Umi dia pagi tadi,baru saya ambil keputusan nak check dengan doctor.”,jelasku sambil senyum yang dibuat-buat menghiasi bibir.

“Ain,ain..Kenapa la biarkan sampai hari ni,mujur takde ape-ape.Kalau tak,susah juga. U dah 6 bulan lebih,jangan buat kerja berat-berat sangat.Ur husband tak pernah temankan u check up.Kalau dia datang,I nak warning dia suh jaga u elok-elok.Baby sulung nak lahir pun wat tak peduli lagi.Pelik betul dengan lelaki zaman sekarang ni.Sapa nama baby tadi Ain?”.Nak suruh Adham jagakan aku,lupakanlah niat murni tu.Adham manalah peduli dengan keadaan aku.Baby ni memang takde dalam perancangan hidup dia.Tiada kerelaan menerima baby sebagaimana aku sebagai isterinya.

“Em,Awis doctor.Suami saya sibuk sikit sekarang.Yelah,projek juta-juta jatuh dalam tangan.Semuanya untuk Awis gak kan sayang”,kataku sambil mengusap perutku.Mungkin memahami Uminya yang memujuk hati yang walang,tendangan Awis membuatkan aku terjerit.

“Doktor,Awis menendang!!!!!!!!”.Serentak dengan itu, Dr.Adawiyah menepuk bahuku sebagai berkongsi kegembiraan dengan aku.

---------------------------------

Umi datang ke Kuala Lumpur kerna Adham memberi alasan kesibukan mencengkam hingga tidak dapat pulang ke kampung.Gembiranya rasa hati dengan layanan Umi.Umi melayan seleraku yang kian bertambah.Segala makanan yang ku idamkan dipenuhi.Yang jadi mangsa beli barang,siapa lagi kalau bukan Si Adham.

Adham melayan aku dengan baik di depan Umi.Memandangkan aku harus berkongsi bilik tidur,ku cuba menghadirkan keikhlasan seorang isteri dan sedar akan hak Adham yang masih bergelar suami.Meskipun Umi tentu akan kecewa bila mengetahui layanan Adham pada aku.Tapi bak kata Siti Nurhaliza,Biarlah Rahsia.Biarkan hanya kami yang mengetahuinya.Mungkin orang kat luar akan melabelkan aku BODOH sebab masih bertahan dengan sikap Adham,tapi entahlah.Aku sendiri tak faham dengan diri aku.Yang pasti,aku merasakan ada cinta yang hadir setiap kali aku menatap Adham dalam lenanya setiap malam.

Aku tak pernah tidur lena sejak berkongsi bilik dengan.Adham berubah sikap,lebih tenang dan penyayang semenjak Kak Elina pulang ke pangkuan ibu bapanya.Mereka bertengkar hebat malam sebelum kedatangan Umi.Aku mengunci diri sebab risau jika mereka mahu menyakiti aku lagi.Kak Elina memberi amaran pada Adham jika dia berani menyentuhku.

Biarpun kepenatan melayani anak murid melanda aku siang hari,malamnya sedaya upaya aku bangkit bertahajud pada Yang Esa. Saban malam aku mendoakan perubahan pada Adham,semoga hatinya terbuka untuk bertaubat,memohon keampunan pada Yang Esa dan menjadi suami dan ayah yang baik.Insyaallah.

Saban malam jugalah,aku berbicara dengan Awis tentang ayahnya kian jauh berubah.Saat itu,Awis akan menendang.Mungkin gembira dengan perkhabaran itu.Dan saat aku bangun bertahajud itulah,aku merasakan ada mata yang memandang dan memerhatikan setiap pergerakan aku.Dan sejak itu jugalah,doaku cuma dalam diam kerna aku yakin Allah mendengar setiap sesuatu yang terlintas dalam hati hamba-Nya.

-----------------------------------

Genap 2 minggu Umi di rumah.Umi mahu pulang hari ini.Kata Umi;itik dan ayam sereban rindukan Umi.Pisang Raja ,menguning tunggu Umi balik.Dengan berat hati,aku merelakan Umi pulang.Aku sedih dan Adham mungkin gembira saat ini.Gembira sebab Elina akan kembali sebagai isteri tanpa ikatan aku kira.Tapi aku rasa tekaan aku silap bila renungan mata Adham pada Umi seakan-akan dia juga bersedih dengan perpisahan dengan Umi.

Sekembalinya Adham dari menghantar Umi,aku sudah bersedia segalanya.Bersedia denga kehadiran Elina yang akan jadi CIK PUAN di rumah kami.Bersedia dengan karenah dan jeritan Elina yang akan membangkitkan aku dari lena.Bersedia dengan tindak tanduk keduanya yang mungkin membahayakan nyawaku dan Awis.Sungguh,andai Awis pergi selepas peristiwa dulu,aku takkan sekali-kali memaafkan Adham dan Elina.

Adham pulang jam 10.Mungkin Adham lupa membawa kunci rumah sebab loceng nyaring berbunyi.Bimbang juga andai Adham mengasari aku lagi setelah Umi pulang.Muka Adham nampak penat,lebih pada kurang sihat.Aku menghulurkan tangan pada Adham biarpun banyak kali huluran tanganku tak bersambut.Mungkin kehadiran Umi selama 2 minggu di rumah membuatkan aku terbiasa dengan rutin ini.

Adham tergamam.Aku ape tah lagi,tangannya panas dan Adham pulang sendiri malam ini.Tiada Elina yang menemaninya lagi.Adham menarik tanganku hingga dia duduk di sofa.Kenapa dengan dia.Bimbang gak kalau dia sakit.Tanganku masih dalam genggaman Adham dan satu tangannya mengusap lembut perutku yang sudah menunjukkan perubahan.Buat pertama kalinya,aku gembira dalam masa yang sama berperang dengan perasaan takut akan disakiti lagi.

------------------------------

Abang demam ye.Sekejap ye,Ain ambilkan ubat.”,helahku sambil menolak perlahan usapan tangan Adham di perutku.Adham mengeluh perlahan tapi sorotan matanya masih mengikuti perbuatan aku.Tak selesa lah!!

Panadol aku ambil dari First Aid Kit berhampiran peti ais.Demam ape pula Encik Adham Faruqi ni.Tak puas bermanja dengan umi kot.Aisy,takkan la.Dia kan dah lupakan detik-detik manis dengan Umi.Em,tapi manusiakah boleh berubah.Kalau betullah ini detik islah Adham,akulah manusia paling bersyukur.

Air kosong aku letakkan di atas meja,panadol beralih tangan.Adham cuma memandang sayu segala perbuatan aku.Dan pesanan aku membuatkan Adham mengalirkan air mata.Ya Allah,sampai begitu sekalikah tersentuhnya dia dengan tindak tanduk aku.Entah,malas nak layan.Hari ini je kot berubah,esok2 balik semula perangai buruk dia.

-----------------------------

Seminggu kepulangan Umi,kami cuma berdua di rumah.Tiada lagi Elina sebagai orang ketiga.Tapi ops,ade gak orang ketiga dalam rumahtangga kami;Awis la,siapa lagi.Adham makin banyak meluangkan masa di rumah.Cuma aku belum menyerahkan sepenuh kepercayaan pada Adham.Aku masih di bilikku sendiri,selesa untuk berbicara dengan Awis tiap malam dan melahirkan rasa syukur pada yang Esa akan perubahan suami tersayang.Sayang.Aisy,sape tak sayang suami!!!

Hari ini genap bulan ke-7 kandungan aku. Aku yang sering merasa haus di awal bulan ketujuh membuatkan aku sering ke dapur saban pagi usai qiamulail.Dan ada satu peristiwa yang membuatkan aku terpana semenjak kepulangan umi,semenjak Adham berubah menjadi suami yang makin membahagiakan aku.Lampu bilik Adham sudah terang-benderang di awal pagi.Sering juga aku mendengar suara rintihan dan tangisan Adham di kesunyian malam itu.Namun kebimbangan dan trauma akan peristiwa dulu membuatkan aku melupakan hasrat menyiasat erti sebuah perubahan.Biarlah,sampai masa aku tahu juga nanti.

Usai solat witir,jam dinding sudah menunjukkan 4 pagi.Doa ku panjatkan;memohon ketabahan dalam menghadapi dugaan di hari muka,diberi kebahagiaan dan keredhaan dalam rumahtangga yang telah terbina dan memohon dibukakan hati Adham mencari keampunan dari Yang Esa dan tak lupa mengharapkan Awis menjadi penyejuk mataku nanti.

“Ya Allah,bukakahlah pintu hati kami dan kaum kami akan kebenaran.Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka kebenaran.Amin”.

Aku masih berteleku di sejadah,berniat menghabiskan bacaan Surah Ar-Rahman yang cuma tinggal semuka.Saat itu,aku merasakan ada tangan kasar yang memelukku dari belakang.Belum sempat aku berpaling,esakan Adham jelas kedengaran di telinga.

------------------------------------------------

“Ain,maafkan Abang.Abang terlalu banyak berdosa pada Ain”.Adham meminta maaf dari aku?Ape salahnya yang terlalu besar hingga hilang segala egonya?

Abang,kenapa ni?Abang tak perlu minta maaf dari Ain.Segala silap Abang dah lama Ain mafkan.Ain sedar,kalau Abang marah pun mungkin sebab Ain tak memahami Abang.Ain yang lambat,dungu,bodoh memahami rasa hati Abang..Ain”.Adham menekup mulutku dari terus berbicara.Sungguh,aku terkesima dengan kedatangan Adham yang tak pernah ku undang.

“Ain tak bersalah apa pun.Abang yang bodoh sebab mengabaikan hidup Ain.Abang dah banyak melukakan hati dan perasaan Ain.Ain mengandungkan anak Abang,tapi tak pernah sekalipun Abang ambik peduli.Abang seksa Ain,Abang ikutkan perintah Elina sehingga hampir mengorbankan nyawa isteri dan zuriat Abang sendiri.Bodohnya Abang.Bila Allah hadirkan ujian seberat sekarang,baru Abang tersedar semua kesilapan dan dosa Abang”.

Ujian berat apekah yang menimpa Adham.Ya Allah,sungguh aku inginkan perubahan dan keinsafan dalam hidup Adham tapi ujian apakah yang membuatkan dia kembali kepada-Mu?

Abang,cuba berterus terang dengan Ain.Ujian apa tu Abang?Seberat mana pun ujian Tuhan semua tu ada hikmahnya.Abang jangan bimbang,Ain akan terus jadi teman Abang hingga akhir hayat kita.Ain akan bersama Abang menghadapi ujian itu”,balasku tenang.Tiada airmata yang menitis.Mungkin kerna aku sudah puas menangis di awal pernikahan kami membuatkan aku lebih tenang mendengarkan luahan hati Adham.

“Ain,Abang akan mati Ain,jangka hayat Abang tinggal 2 bulan lagi Ain.Abang dah disahkan menghidap HIV positive Ain.Semua dah tak bermakna bagi Abang.Sekarang Abang Cuma ada Ain dan Umi.Ain tolonglah Abang”.

Ya Allah,kira inilah ujiannya.Aku rela menerima setiap dugaan dari-Mu.Airmata ku menitis,Adham apetah lagi.Tanganku masih erat dalam genggamannya.

Abang,semua akan mati.Memang berat Ain terima kenyataan ini.Tapi sama-sama kita cari hikmahnya.Sementara masih ada waktu,kita mohonlah ampun dari Allah swt.Allah Maha Pengampun,Bang.Abang jangan ingat Ain tak sedih dengan ujian ini.Ain lah paling sedih.Tapi kita kena jadi hamba-Nya yang redha.Ain akan bantu abang berubah.Ain sayangkan Abang.”,ujarku tenang.Aku sendiri tidak pasti dari mana datangnya kekuatan itu.

-----------------------------

Debar menanti Awis lahir ke dunia,debar menunggu perpisahan dengan Adham.Sungguh,hati aku pilu.Masih singkat waktu kami bersama dengan perhatiannya yang meruntunkan hatiku.Kesihatan Adham kian merosot.Adham sering sakit sejak kebelakangan ini.Tapi itu bukan halangan Adham memperbanyakkan zikir dan solat sunat.Saban malam,Adham akan berbicara dengan Awis usai membacakan surah Maryam dan Yusuf bersamaku.Adham mengusap perutku lembut sambil berbicara dengan Awis agar Awis menjadi anak yang soleh.

Ku sendiri pun sudah berjanji akan mendidik Awis sebaiknya.Jelas kebimbangan dari raut wajah Adham jika Awis mengikuti langkah menyimpangnya di hari muka.Tapi ku pujuk dia dengan pesanan dari Rasulallah.Anak yang lahir bersih dari dosa dan ibarat kain putih.Kamilah,ibu dan ayah yang akan mencorakkannya,mendidiknya sesuai aturan agama.Segera Adham pintas butir bicaraku.Katanya dia tak punya masa panjang bersamaku,Cuma aku seorang yang akan jadi orang tua Awis.Dan tika itu,Adham menangis lagi;mengenangkan betapa dia mengabaikan tanggungjawabnya padaku dan Awis.

Umi belum ku khabarkan berita duka ini.Adham sendiri tak punya kekuatan itu.Umi pelik dengan permintaan Adham untuk bermanja.Umi dijemput dari kampung.Umilah paling gembira dengan perubahan Adham.Umi memujiku;katanya akulah yang mengembalikan Adham kembali dalam hidupnya.Andai Umi tahu hal yang sebenar?

Alhamdulillah,aku dan Awis bebas dari HIV.Adham sentiasa tenang dalam hari-harinya.Tak pernah sekali dia menyalahkan Elina akan hal ini.Katanya,dia yang bodoh tidak menggunakan 9 akalnya yang untuk membezakan yang baik dan buruk.Dia terlalu ikutkan tuntutan nafsu dah godaan syaitan hingga tergadai harga diri.Tuhan,kuatkan hati suami ku menghadapi dugaan ini.

----------------------------

Tangisan Awis menghilangkan kesakitan melahirkan anak.Kata orang,sakit ketika bersalin Cuma ¼ dari menghadapi mati.Adham turut menitiskan airmata melihatku berjuang demi zuriat kami.Kucupan penuh kasih aku terima di dahi.

Azan penuh syahdu Adham bisikkan di telinga Muhammad Awis Al-Qarni.Awis Al-Qarni yang terlalu kepingin bertemu Rasulallah tapi dilupakan hasratnya demi menjaga ibu tua yang sedang sakit.Kata Adham,aku telah memilih nama yang baik untuk zuriatnya.Dia mendoakan Awis menjadi anak sebaik Awis Al-Qarni.

Umi harus pulang ke rumah sebentar,dan tika itu pandangan mata Adham terlalu sayu melepaskan Umi pergi.Aku perasan gigilan tangan Adham tika menyalami Umi.Umi sudah aku maklumkan keadaan Adham malam sebelum aku dimasukkan ke hospital.Dan Adham menangis dengan penerimaan Umi.Aku tahu Umi kecewa tapi siapa kita melawan suratan takdir?

“Umi,Ham minta maaf sangat-sangat.Ham berdosa pada Umi.Ham nak minta Umi jagakan anak dan isteri Ham.Ham yang sepatutnya jaga mereka tapi Ham dapat rasakan yang masa Ham dah tak panjang.Ampunkan dosa Ham,halalkan susu Umi,terima kasih atas segalanya Umi”.Jelas di pendengaran aku yang masih lemah suara Adham saat mereka bersalaman.Dan tika itu,airmata Umi merembes keluar tapi segera Umi mengatur langkah berlalu.

-------------------

Azan Zuhur yang berkumandang membangkitkan aku dari lena.Adham masih setia menemaniku.Sama seperti 3 hari yang lalu saat aku dimasukkan ke hospital.Cuma tangannya yang terkulai layu dan naskah Ayat-ayat Lazim yang jatuh di lantai yang membuatkan ku diamuk resah.Ku capai tangannya,sejuk dan membiru.Tiada lagi denyutan nadi seperti selalu.Saat itu,umi melangkah masuk ke dalam bilikku.

Airmata merembes laju.Sebaknya rasa hati tak terbendung lagi.Aku cuba memaklumlan pada Umi.Tapi Umi lebih memahami apa yang berlaku.Lantas Umi memelukku,menghadirkan sedikit kekuatan atas kehilangan Adham.Tenangnya Umi menghadapi saat terakhir anak kesayangan.Adham diangkat pergi dan rengekan Awis seakan memahami pemergian ayahnya buat selamanya.Semoga Adham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama ruh orang yang beriman.Amin

“Dan hendaklan kamu memohon ampun kepada Allah,keran sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(An-Nisa:106)

4 comments:

pencinta novel said...

Hmm, hebat betul cerita ni. Maaflah ye, doc, sebenarnya dlm cerita ni ada babak yang sama ngan cerita cerekarama...tajuknya, saya x ingatlah.....babak si adham kena kawin ngan pilihan mak bapak dia & dia berhubungan ngan perempuan tu then dapat HIV...that all, tapi citer ni memang sedih.....semoga doc dapat buat cerpen yg lagi bagus...Amin.

dr.rock4eva said...

em,cerita ni act cerita lama yang sgt meruntun jiwa saya..n kalau baca kat majalah,this situation mmg selalu berlaku..so,just like reminder to all.amin.

Puteri Diana said...

salam,
sy suke cerita cerpen ni seperti mn sy suke kan cerita ceprn terbaik.. tp yg m'bezaka antara 2 cerita ni, cerpen b'tajuk 'terbaik' agak islamic..cerpen ini juga ade unsur2 islamic ttpi tidak sprt cerpen 'terbaik' td krn ia lbh islamic..cerpen ini jg agak menarik..n agak menarik minat sy utk mengetahui lbh lanjut..i hope,the other next cerpen,lg best lah ye..i still waiting 4 the next cerpen yg lg best n islamic..wassalam

hazlyana said...

uwa...cdyh sgt cte nh...da nk kua air mte nh tp c0ver2 de org kt blkg nh...huw~~cdyh sgt!!
sll dpt feeling cm nh ble bce cte istri dlm situation cm Ain..huu
pencinta n0vel...rse ny cte miftahul jamilah k0t??ye x??xtw la klu slh
tp cte nh mmg t0uching!!b'tkung je ayaq mta nie
huw~~

~~whitelemon7~~