@rubiadaibrahim

Monday, September 8, 2008

=Skema Bebeno!!=

Bosannye dok rumah tengahari buta ni.Ilah n Ruhil merayap ntah kemana.Mentang2 la dah habis exam,x hengat dunia dorang outing.Sampai2 sorang dari triplet ni kena tinggal kat rumah.Tau la korang sat lagi betapa x bestnye shopping xde EYO otai ni.Aku yang penting ni boleh dorang lupakan.Sob2.Ntah2 dorang kejutkan aku b4 keluar td x,aku yang tido mati.X baik tol la buruk sangka kat orang.Eyo2,ape nak jadi eh??

Sampainya hatimu meninggalkan diriku!!!!!Eyo2,toksah berjiwang la.Geli perut aku dengar lagu lentok n tangkap cintan ni.Ape la aku nak wat ye?Nak tgok TV,ade cite kartun je.Maklum la dah cuti sekolah kat Dublin sekarang ni,macam2 program kekanak ade.Ape kelas aku join sekaki,baik aku wat benda yang berfaedah sket.Em,nak tido,mata dah x rupa mata manusia dah.Nak makan,xde satu makhluk pun boleh dimakan.Puasa pun ade baiknya tapi dah dekat Zuhur.Bosannya mak aih.Mati kutu dah aku.Aha,kalo mengenakan orang best gak ni.Yehaaaaaaaa,suke2.

Handphone ku sayang,meh sini.Aku nak sms kengkawan aku.
“Salam.korang,aku tgh sedih ni.Walaupun exam dah habis,aku still ade big problem ni.Ibu aku kol malam tadi bgtau aku yang ade orang nak menikah dengan aku.Katanya kawan lama dorang n dorang dah banyak terhutang budi dengan family mamat tu.Mamat tu pun aku x kenal,ntah2 boroi n botak.X sanggup aku nak bayangkan.Yelah kan,kaya2 gak.Kalo dibuatnya mamat tu buaya darat camne.X pasal2 aku jadi janda muda,x sanggup beb.Aku bukan ape,aku muda lagi.X puas nak enjoy lagi,dah kena jadi bini orang.Macam2 alasan dah aku bagi kat ibu aku tapi xde satu pun die nak dengar.Yang paling aku x tahan tu,die kata family mamat tu dah lama berkenan kat aku n dah x sabar nak jadikan aku menantu die.Aku rasa cam dorg tu psycho je.Dah la xmo bertunang,skrg ni nak suh aku kawin lagi 2 minggu.Gile ke ape?Aku memang la nak balik Msia tapi bukan nak jadi bini ntah sape2.Dorang snggup tanggung sume perbelanjaan majlis.Korang,aku dah pening tahap cipan dah ni.Xtau dah nak wat ape,blank dah otak aku ni.Tolong la weh.Risau giler ni tapi aku rasa korang x yah risau sangat la coz aku TIPU je.Hahaha.Hepi holiday”.

3 link siap,sian la sape2 yang gune handphone antik:semput nak mengabihkan sms ni..Haha,next step:send to all.Yehaa,mission complete.Jom kite tunggu respon rakan sms aku.X sampai seminit,dah ade 5 sms masuk.Pandai gak la aku cari jalan nak ilangkan bosan ye.Hihihi.=)

Mazni:Hampeh tol ko Eyo.Ko xde keje ape,aku doakan ko sat lagi baru tau.Gerammmmmmmmm.

Hafiz:Oi,Eyo.Ko memang nak kena belasah dengan aku.Siap la ko esok,aku kerjakan ko cukup2.

Nurin:Eyooooooooooooo,sampai hati wat In camni.Kita dah berdebar semacam dah.Dah la hp kite antic,berdebar tunggu sms habis.Rupa2nya,Eyo kenakan kite.Sedih tol.Huhuhu.Eyo,jangan wat camni dah tau.

Ruhil:Eyo,cinabeng tol.Ko sal,geram x dapat join ktorg shopping ape.Aku n Illah nak beli bom sat lagi,ko tunggu la kat rumah.Aku letupkan ko.Mengenakan orang x hengat.Isk2.

Nazim:Ya Allah,Eyo2.Nape la dengan kamu ni.Dah x sabar nak menikah sangat ke,aku suh dorang aturkan UBM sat lagi baru kamu tau.Biaq dapat yang skema sikit,xde la nak mengenakan orang pasni.Bawak2 bertaubat la EYO.=)

Amboi2 si Nazim ni,suke-suki je nak me”match maker’ kan aku.Xmo la aku,sat lagi mamat civics mane yang dorg nak jadikan calon aku tu.Em,Unit Baitul Muslim ni salah satu badan yang dorg tubuhkan kalo ade org2 kat sini dah rasa cam ready nak menikah.Takat ni aku xde lagi la niat aku nak register even ade org yang merisik2 khabar dari aku.Xmo eh,aku nak enjoy puas2 dulu.Hidup single-mingle ni best,xde sape2 nak kongkong.Suka hati la nak p mane2,x yah nak keje report-mereport tiap masa.=)

Sori la korg,kawan2 ku.hihihi.Maaf bebanyak na.Bertubi2 sms masuk kat hp aku.dah puas aku ketawa tergolek2 baca sms dorg,sian tol.First time tau aku wat keje2 ni…………….untuk minggu ni la.Haha,nakal x hengat.Bile la aku nak jadi muslimah sejati yek,insyaallah satu hari nnt.Amin.

--------------------------------------

Alhamdulillah,peperiksaan SPM sudah sampai ke penghujung.Ana bersyukur kerana student ana dapat menjawab soalan dengan tenang.Mudah-mudahan diberikan kejayaan yang cemerlang buat kalian,anak didikku.Berat rasanya tanggungjawab yang terpikul di bahu bila bergelar seorang pendidik.Tahun ini,ana ditugaskan mengajar Pendidikan Islam dan Pendidikan Syariah Islamiyah bagi tingkatan 5.Amanah yang tergalas ana rasa belum tertunai sesungguhnya kerna bukan lulus cemerlang di dalam peperiksaan itu matlamat utama tapi nilai aplikasi segala anjuran agama dalam hidup yang ustaz harapkan duhai pelajarku sekalian.

“Assalamualaikum,Ustaz Din.Jauh termenung”.Teguran Pak Long Karim menggembalikan ana pada dunia sebenar.Pak Long merupakan salah seorang penduduk di taman perumahan ana menyewa.

“Walaikummussalam.X jauh mana Pak Long.Ana teringatkan anak murid kat sekolah.X tau macammana dengan peperiksaan.Harap2 boleh menjawab dengan baik lah.Insyaallah”.

“O,macamtu ustaz.Banyakkan berdoa.Insyaallah,dipermudahkan kejayaan mereka.Mari ustaz,dah nak masuk Maghrib.Ustaz jadi imam ya harini”.

“Insyaallah,Pak Long.”,balasku sambil tersenyum.Pak Long terlalu baik pada ana,sedikit terubat rasa rindu pada walid yang 6 tahun pergi.Pergi menemui pencipta,dah hanya doa anak dari satu2 anak umi dah walid yang mengiringi.Moga ana menjadi anak soleh bagi keduanya.Amin..Terlalu banyak nasihat dan panduan tantang kehidupan yang dihulurkan.Tambahan Pak Long Karim pernah terlibat dalam dunia pendidikan jawatan terakhir sebagai pengetua.Pasti dia memahami keluh-kesah hati ini bergelar pendidik.

Iqamat dibacakan penuh syahdu oleh Pak Long.Tidak terlalu ramai anak muda yang menyertai solat jemaah kali ini.Seperti selalu,yang kelihatan Cuma warga tua kian meniti senja.Alhamdulillah,kesedaran terbit di hati ana dan ana berdoa semoga ana terus dibawah nikmat tarbiah ini.

Allahuakbar……………Bismilahirrahmanirrahim………

Usai solat Maghrib,Pak Long menarik ana ke sudut masjid.Ada perkara penting yang nak dibincangkan katanya dan ana cuma menurut.

“Ustaz Din,maaf kalau permintaan Pak Long terlalu berat untuk kamu fikirkan.Pak Long rasa itulah yang terbaik buat Nisa.Kalau kamu x setuju,x mengapa.Pak Long x berhak menentukan masa depan kamu”.Sungguh,ana tergamam mendengarkan permintaan Pak Long supaya menikahi anak perempuan kesayangannya.Memang ana akui,usia ana sudah hampir ke 30 tahun.Bukan ana sengaja menangguhkan sunnah Nabi tapi siapakah yang sudi bersuamikan seorang anak yatim yang serba kekurangan seperti ana.Sedangkan kedua orang tua Ustazah Rabiah yang belajar 8 tahun di bidang agama itu x sanggup menerima ana sebagai menantu,inikan pula orang lain.Ana tak pernah sesekali Pak Long sebegitu tinggi kepercayaan pada ana,mengharap ana jadi pemimpin dan pembimbing seorang wanita yang ana sendiri xpernah bersua muka.Ya Allah,berikanku petunjuk dalam mengambil keputusan ini.

“Pak Long,ana mohon sedikit waktu untuk berfikir.Moga keputusan yang akan ana ambil nnt dibawah petunjuk-Nya.Insyaallah”.Ana lihat Pak Long Cuma tersenyum pada ku sambil menghulurkan gambar seorang wanita padaku.

“Gambar Khairunnisa,buat simpanan kamu.Pak Long berdoa semoga apa yang kita lakukan ni sentiasa mendapat redha Allah swt.Amin”.

Pertama kalinya dalam hidup,ana menyimpan gambar seorang wanita.Gambar bertukar tangan,mata menatap pada hawa ini.Ya Allah,dia!!!!!!!!!!!!!!!!!Dia yang hadir tika ana berduka dengan berita penolakan dari Rabiah al-Qaswa dulu.Dia yang hadir dalam mimpi di pertemuan pintu Masjidil Haram ketika ana mengerjakan umrah 5 tahun dahulu.Dia yang hadir usai solat Isthikarah setiap malam tika ana mohon petunjuk dari-Nya.Allahuakbar,lidah ada kelu,hati ana terkesan.Betapa indahnya aturan dan perancangan-Mu,Ya Allah.Alhamdulillah,atas hadiah ini.

---------------------------

Busy,busy lagi dan lagi.X larat megejar masa sampai dah xterkejar dah eh.Sabo2,x lame dah lagi.Lagi 6 bulan je.Pastu,merdeka kecik sebelum kena balik Msia berkhidmat untuk Negara.Yelah kan,gov dah susah2 taja aku belajar kat oversea,xkan nak wat ketegaq lak.Ade hamba Allah ni yang xmo balik,nak stay kat sini.Bagi aku,X hingin n x pernah terfikir pun.Yelah kan bak kate pepatah:Hujan Emas di Negeri Orang,Hujan Batu di Negeri sendiri.Lebih Baik di Negeri sendiri.Jadi cikgu BM dah aku,banyak tol bakat terpendam aku ni rupenya.Huhuhu.X sabo dah nak balik Msia,nak baring atas peha ibu,nak menyakat adik n nak mengorat anak teruna orang.Kakaka,gatal xsudah la ko ni,Eyo.

Ya Allah,dah pukul 12 malam.Dah tua dah aku,25 tahun dah aku idup kat dunia ni rupanya.Sal aku punya alarm clock x bunyi,kire dah sejam la ibu melongo tunggu aku YM.Sian tol kat ibu.Ibu,so sorry.Eyo terlupa.Adik Najwa sms me yesterday,kate ibu n ayah nak bg birthday present best ever.Aku yang dah teroverexited ni ape lagi,sibuk la mengayat si Najwa suh die bgtau hadiah ape.Tapi tiba2 lak,minah tu jadi penyimpan mohor besar raja2,nak surprisekan aku konon.Gasak la ko,minah.Siap ade syaratlagi(aku rasa adik aku yang tetapkan):kena on9 n cakap sendiri dengan ibu kol 7 waktu msia.Aku dah lambat sejam ni,ntah2 ibu n ayah dah tarik balik adiah tu.Xmooooooooooooo.Nak juge.Ni gara2 penat x hengat kat spital td la.Aku syahid awal n terlajak sejam,mujur gak terjaga kol 12 ni.Kalo x,jadi pungguk la ibu tunggu anak rock die ni.Huhuhu.

Eyo,cepat!!Sian kat ibu.Aku pun ape lagi,bergegas on laptop n sign in YM.Ibu o9 dengan status:Anakku sayang,dimanakah kamu?Isk2,ibu2,dramatis lak ayat die,xde keje sape lah tu.Adik Najwa la,die je yang reti bersastera kat rumah tu n die la ajar ibu n ayah ber YM2 ni.Jimat n free.Suke la aku bab2 free ni..Mujur la YM ibu tu ade anak beranak je,kalo x mesti ade yang lapor polis ni.Yelah,cam program jejak kasih cari anak yang hilang lak.Huhuhu.Bagus gak,ade teknologi ni,semuanya di hujung jari.Cewah2,aku ni:dah jadi model globalisasi lak ye.Udah la tu Eyo,p tegur ibu cepat.

“Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”

“Isk kamu ni Nisa,bg salam la dulu.Kus semangat,mujur ibu xde sakit jantung”.

“Hehe.Maaf bu.Assalamualaikum.Ibu ape khabar?Ayah xde ke?Nak birthday gift yang ibu ayah janji tu”.Soklan aku cam peluru berpandu dah,x henti2.

“Wslm.Ibu sihat,ayah pun.Ayah belum balik dari kedai mamak lagi.Nisa2,x berubah2.Kalut macam dulu juga.Cube bawak bersabar sket.”.Tgok,dah kne sound.Ibu cam x faham lak perangai aku ni.Huhuhu.Sejak ibu n ayah pencen ni,bukan main romantic lagi.Aku rasa,kalo ibu x janji nak YM dengan aku sekarang ni,ada die g dating kat kedai mamak nih.Hehe.

“Mestilah x sabar nak tau gift tu.Besar x ibu.Kalo besar sangat,ibu x yah la poskan,ibu datang sini masa Nisa graduate n then ibu bawak sekali.I love u la ,ibu.Hihihi”.

“Memang besar pun n kena naik flight.Nisa,jangan terkejut tau bila hadiah tu sampai.Wat2 biase ja”.Mak aih,ibu aku ni.Dah join si Najwa lak,suspen aku.Cepat la bgtau.

“Mak,adiah ape tu.Grand tol bunyinye.Don’t say ayah dah berkenan dengan calon mat Salleh yang Nisa guraukan aritu.”.

“Kamu ni.Sape ke nama mat Salleh tu?Martin.Xdenye ayah kamu tu.Ni,mat Salleh gak tapi versi Melayu.Kamu mesti berkenan punya.Nama dia Ahmad Sollehuddin.Nilah birthday present kamu”.

“Ibu2.Suka gurau dengan Nisa tau.Martin x martin,xdenya Nisa nak kat die.X terbimbing Nisa,silap2 aribulan Nisa yang terikut rentak die.Hehe.Isk2 ibu,ade lak nak bagi Mat Salleh versi Melayu.Nisa muda lagi la ibu,x puas enjoy lagi.”

“Ya Allah,ibu serius la Nisa.Xkan la ibu nak main2 lak.Disebabkan kamu yang asik nak enjoy tulah,ayah kamu

dah carikan calon yang boleh pimpin n ubah perangai kamu.Kalo kamu cari sendiri,ntah macammana perangai pun ibu xtau. Rock n roll,Ape ke bahasa ntah.Isk,anak2 muda zaman sekarang.Macam2 perangai lah.”

“Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu,xmoooooooooooooooo.”.

-------------------------------------------

Keputusan telah diambil.Ana tengok Mak Long Hamidah dan Pak Long Karim gembira dengan perkhabaran ini.Berat sungguh tanggungjawab yang akan tergalas di bahu sebulan lagi.Dalam kegembiraan ana dengan hadiah ini terselit kebimbangan di hati.Bimbang andai ana x mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik,bimbang akan penerimaan Nisa dengan ana yang pendiam,bimbang ana tidak mampu bersabar dengan kesibukan yang melanda isteri ana yang bergelar seorang doctor.Semua kebimbangan bercampur menjadi satu di kepala.

Ya Allah,berikanku kekuatan menghadapi segalanya.Hidayahkan aku jalan dan ketenangan dalam membina sebuah rumahtangga.Hamba lemah tanpa bimbingan darimu.

-----------------------------------------------

“Ko ni nape Eyo,macam kucing nak beranak je aku tengok Terhalang pemandangan nak tgok cite Dr.House tau.Sabo jelah aku”.Ruhil sound aku.Yelah,aku dah mundar-mandir depan dorang buat kali ke-5..

“Aku tengah tensi ni n cuak ni.Korang tau x ibu n ayah nak nikahkan aku dengan ustaz yang dorang dah berkenan.Aku yang rock ni jadi bini ustaz.Cube ko bayangkan??”.

“Jap2,meh aku bayangkan.”,balas Illah sambil menongkat dagu.

“Xde dah si Nisa rock n roll.Pakai purdah la ko sat lagi.Xde dah orang tu nak menyanyi lagu Linkin Park n Britney kat dapur.Layan nasyid jelah ko memanjang.Haha”.

“Weh,korang.Jangan la fikir2 camtu,lagi cuak aku.X sanggupnye lah rase dalam hati.Ko rasa aku patut ke kate x mo kat ibu aku.Kang jadi anak derhaka lak.Aduh la,pening dah kepala aku.”.

“La,tadi ko suh bayangkan.Pastu,sendiri cuak.Haha.Terima jelah offer tu.Bukan ke dulu ko kate kat ktorang nak bersuamikan ustaz.Ni ustaz dah setuju,ko lak wat hal.Bagus la ade suami ustaz,banyak masa die nak jaga anak2 ko esok.Boleh la aku hantar anak aku sekali bile oncall sok.Hahha”.

Si Illah n Ruhil ni menyakitkan hati aku je.Camne la ibu n ayah boleh terpaut kat ustaz tu.Aku pun satu,g bergurau kata aku sesuai dengan ustaz je.Agak2 ramai yang x puas hati dengan aku x?So,dorang doakan aku bile aku kenakan dorang dulu.Padan muka aku.Nasib la badan,tanggung sendiri.Aku bukan ape,kalo dibuatnya mamat tu skema nak mati,mati kutu lah aku.Kalo aku ade kutu,kutu2 aku sume mati.Huhuhu.X berkenan tol dengan mamat skema ni.X kira,camne pun Ustaz tu,die kena terima aku seadanya.Jangan sibuk2 nak ubah aku ikut cara yang berkenan kat mata die.Yezzzzzzzzzza,no NEW EYO babeh!!!!!!!!!!

--------------------------------

Mula2 aku ingatkan ibu main2,siap mengenakan ibu balik lagi.Alik2,aku yang terdiam bila ayah kol malam tadi n confirmkan ape yang ibu bgtau b4.Sebulan lagi aku jadi bini jarak jauh orang.Weh,x sanggup aku nak bayangkan.Jadi isteri ustaz lak tu.Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nisa,ayah nak minta izin kamu pasal yang ibu bgtau sebelum ni.Yelah,walaupun ayah berhak menikahkan kamu dengan sesiapa saje yang ayah suka tapi keizinan kamu tu salah satu syarat pernikahan.N ayah tahu n yakin,keputusan ayah ni terbaik untuk kebahagiaan kamu.”.Lembut je ayah menuturkan kata2 keramat tu,sedangkan aku kat bilik ni rasa cam cacing kepanasan dah walaupun sekarang ni dah Winter.

“aaaaaaaaaaa,ayah.Nisa tak terfikir pun.Tapi kalo tu ayah rasa yang terbaik,Nisa terima dengan redha.Xde ibu n ayah nak anak die menderita dalam dunia ni”.Mak,nape ayat ni yang terkeluar.Bukan ke aku dah list 30 sebab n ulasan kenapa x mo jadi isteri Ustaz Din tu.Kelu lidah aku bila ayah dah stat buka mulut.Kenal sangat aku dengan ketegasan ayah.

“Alhamdulillah.Nisa,kalau macam tu sebulan lagi ayah nikahkan kamu.”

“Ayah,nape cepat sangat.Nisa kan x habis belajar lagi.Kalo macam tu Nisa kena balik Msia la ye?Camne nak menikah kalo Nisa x tanda tangan surat setuju nikah.”.

“La,x yah balik pun x pe.Persetujuan kamu tu yang utama n ayah sebagai wali kuat kamu.Yang lain tu,Ustaz Din akan uruskan.Kan IC kamu ibu yang pegang,senang cerita.Terima kasih anakku,tercapai gak impian ayah nak bermenantukan Ustaz Din.Nnt abah bagi no kamu dekat ustaz ye.Ha,kamu tu bersopan sikit bila cakap dengan ustaz Din,die tu anak yatim.Silap hatibulan,terguris hati die..”.

“Ok,abah.Assalamualaikum”.Sayu je suara aku mase tu.

Ayah aku ni,nak jadi menantu pun panggil hamba Allah tu Ustaz lagi,panggil nama udah la.Siap kena warning lagi suh cakap leklok dengan bakal suami tersayang.Tersayang!!uweks,nak temuntah aku.Ntah2 die terpaksa je nak nikah dengan aku.Yelah,anak yatim.Anak yatim ke bendanya,dah besar tahap gaban camtu.Setahu aku,anak yatim tu makna die kanak2 yang belum akil baligh.Kalo dah besar camtu,x masuk kategori dah.Mamat ni memang la.Xde mak ayah,so boleh menumpang bermanja dengan ibu n ayah aku.Kureng tol!! Kena share ibu la pasni,xmoooooooo.Benci!!!!Terpaksalah aku cancelkan plan nak mengorat anak teruna orang setibanya aku kat Msia nnt.Tidak!!!!!!!!!!!!!!

Dalam dok fikiran aku protes u,terdetik dalam hati aku:

Nape aku xleh terima takdir ni.Ntah2 die ikhlas dekat aku?Nape la aku ni jahat sangat n asik buruk sangka je dengan orang??.X bersyukur ke aku dapat orang yang faham ilmu agama n boleh bimbing aku yang terumbang-ambing nih???Astaghfirullah.Eyo2,banyak2 ingat pada Allah.Mungkin dah tiba masanya ko berubah.

-----------------------------------

Sejam penuh debar telah pun berlalu.Sekali lafaz,ana bukanlah berseorangan lagi.Telah tergalas tanggungjawab berat seorang suami kepada Khairunnisa binti Abdul Karim.Tiada ahli keluarga yang menemani,Cuma teman2 pendidik di sekolah yang hadir diwalimah ini Umi dan Walid telah kembali ke rahmatullah tika ana sedang sibuk menjalankan tugas tahun akhir di University Al-Azhar 6 tahun lalu.Sungguh,jika tidak ada sedikit keimanan dalam diri,mungkin ana x mampu terus menjalani kehidupan ini.Sulit dan perit.

Cuma kenduri doa selamat dan sedikit jamuan sempena hari bahagia ini.Insyallah,kenduri besar akan dilaksanakan usai Nisa pulang dari perantauan.Isteri tersyang juga jauh di perantauan.Itu bukanlah penghalang sebuah niat suci.Andai jodoh telah tiba,satu detik n alasan pun x mampu mengubah ketentuan takdir.

“Din,terima kasih kerana sudi jadi menantu abah”,Pak Long menjabat tanganku.

“Din yang patut ucapkan terima kasih pada Pak Long dan Mak Long kerana sudi menghulurkan kasih seorang ibu dan ayah pada Din.Insyaallah,Din janji akan bahagiakan Nisa hingga ke akhir hayat Din”.

Kan dah jadi keluarga,x usah berPak Long MakLong lagi.Ayah dan ibu sekarang ni.”ujar abah sambil tersenyum.Saat itu,titisan airmata x tertahan lagi.Lantas,pelukan penuh kasih ku berikan pada keduanya.Ya Allah,terima kasih atas nikmat ini.

Nisa yang manja,Nisa yang peramah,Nisa yang lasak dan Nisa yang rock n roll.X sangka juga ibu mertua ana reti berbahasa brutal ni.Terkejut juga pada mulanya tapi tak mengapa.Ana sudah berjanji akan menerima dia seadanya..Macammana la Nisa nak berdepan dengan Ustaz Din yang pemalu ni?Bagaimana pula ana nak berdepan dengan Nisa Rock n Roll tu??Dua dunia yang amat berbeza ana kira.Pening juga memikirkan.Panggilan telefon buat zaujah buat pertama kalinya,nak bahasakan diri ape ye???

--------------------------------------------

Mane lak laki aku ni?Ayah n ibu kata Ustaz Din nak kol aku.Bagus la,kol jangan x kol.Berguni2 soklan aku nak tanya die sat lagi.Aku dah list down sume soklan yang terbuku kat hati aku ni.Jangan dia x mo jawab udah la,wat malu aku je bertanya sat lagi.Aku dah sah jadi isteri die siang tadi,kne la bertanggungjawab kan.Tgok email yang ibu bagi,muka boleh tahan.Chinese look sket.Sejuk gak la mate memandang.Kalo die tengok aku mesti panas membara mata die,nasib la ko Ustaz Din.Dapat bini rock macam aku ni.Hehe.Ibu kata Ustaz Din ni pemalu orangnya.Setakat mana kebenarannya,aku xtau lagi.Sat lagi kita siasat na.Mak aih.Masa genting ni la,perut aku meragam lak.Kne la melabur kat rumah Cik Tan sat.Handphone aku tinggalkan kat atas meja rumah tamu.Si Ruhil ni Illah dok asik tersengih tgok gelagat aku.Jeles la tu!!!!!!!!!

“Eyo,ade orang kol.No msia ni.Cepat sikit,hubby ko kot”,jerit Illah dari ruang tamu.Terkocoh2 aku keluar dari bilik air.Berdesup aku berlari cam Tom Welling Smallville.Haha,poyo x sudah.Aku capai handphone n blah masuk bilik.Segan la weh,bermesra-mesraan depan orang.Xde maknenye,aku nak cakap still aku je sat lagi.Nasib la ko panas telinga sat lagi,Ustaz Din.

“Oit,awat masuk bilik.Nak gak aku join sekaki.Mane tau ade panduan berumahtangga aku boleh dapat”,jerit Ruhil sambil ketawa cam x hengat dunia. Illah pun join sekaki.Mujur la kat Ireland,kalo kat Msia,dah kena paku dah korang coz orang ingatkan pontianak.

“Gasak la korang.Hal rumahtangga orang mane bleh campur.Peace”.balasku sambil masuk pintu.Kena kunci pintu ni.Minah 2 eko tu bukan boleh percaya sangat.Sat lagi ade la orang mengendap aku kalo x ambik langkah keselamatan nih.Ringtone Viva Forever ni makin bingit kat telinga aku,terus aku tekan answer.Dah lama Ustaz Din menunggu aku angkat phone.

----------------------------------

“Hello,bro.What’s up.So sorry,ade urusan rasmi tadi.Dah lama kol?”.Suara perempuan di hujung talian menyentakkan lamunan ana.Mak aih,selamba betol dia panggil ana bro.Geli kot nak berabang2 nih.Xpelah,asalkan die selesa.Ana lak yang x terkata dengan kebrutalan Nisa nih.Huhuhu.

“Errrrrrrrrrr,Assalamualaikum.Maaf ya Khairunnisa,ana ingatkan enti free sekarang.Tu yang ana kol,kalo enti sibuk takpelah.Ana kol kemudian”.

“Wslm.Maaf la ustaz,lupe nak bagi salam td.Terexcited nak bercakap dengan suami,sampai lupa nak bagi salam dulu.Hahaha.Eh,ustaz.Takpe2,urusan tu dah settle dah,bukan rasmi mane sangat.Bese2 je.Hehe”.Eh,die panggil ana ustaz lagi.Rasa macam dekat sekolah dah.Ape ana nak tanye next eh?Ana dah x terkata dah ni.Selamba tol isteri ana ni.Menyerbu dah darah naik ke muka,panas2.

“O,macamtu.Em,Khairunnisa Abdul karim,ape khabar ye sekarang?”.

“Alhamdulillah,sihat je.Just busy sikit sekarang.Yelah,nak settlekan tesis lagi,nak jadi isteri orang lagi.Banyak tanggungjawab nih.Kakaka”.

Sepatah ana bertanya,berpatah2 jawapan si Nisa.Sampaikan dah x tertanya n bagi peluang pada Nisa bertanya lak.Punya lah banyak soalan dia,ade 20 semuanya.Puas gak ana mencari jawapan yang jelas dan tepat.Setiap jawapan yang ana bagi ade je alasan die coz ana bercakap sikit sangat..Memang betol la kata Ibu yang anak dia ni peramah n Rock n Roll.=)

Lama juga panggilan kali pertama ni,hampir 30 minit..Tak mengapa,demi isteri tersayang.=)

----------------------------------------------

Pueh hati aku.X terjawab ustaz dengan soklan bertubi2 cam peluru berpandu dari aku.Alik2,die ketawa kecik je.X macam aku yang ketawa x hengat dunia.Aku berharap gak la die ucap Miss U ke,I Love u ke b4 letak phone.Harammmmmmmmmm,satu kate romantic pun xde.Aceh2,gatal lak aku ni.Gatal dengan suami sendiri ape salahnye kan.Tapi kan,mesti aku loya kalo die cakap camtu sat lagi.Terjentat la usus aku dengar ayat2 power nih.Hihihi.Lama siot aku borak dengan die,habis la kredit die kol aku.Skema die toksah cakaplah.Panggil name penuh aku tuh.Ingatkan nak panggil aku sayang.Haha.Best gak ade suami ni rupanya.Yelah,die kan kena bagi nafkah kat aku.Siap mintak no akaun aku kat sini lagi,dia nak masukkan duit belanja tiap2 bulan.Padahal,3 bulan je lagi aku nak balik..Yeppi,suke2.Bertambah la duit belanja aku,bleh la aku shopping dengan gumbira pasni.Hihihi.

Rutin aku sedikit berubah selepas bergelar isteri ni.Yelah,tiap2 kali nak keluar g mana2,kena minta izin dia dulu.Mujur la Ustaz Din jenis yang x banyak cakap.Selalu camni ye sms die:“O,ok.Jaga diri elok2.”.Xde sepatah ayat meruntun jiwa pun.Nasib la aku dapat suami pemalu gtu2.Aku panggil die ustaz,n die pun x pernah tegur.Ikutkan hati aku,nak je start menggatal dulu.=).Tapi aku segan lak tiba2,mane ntah ilang perangai selamba aku tu.Aku rasa cam aku dah ilang sikit la perangai rock n roll .Dah jarang mengenakan orang n ayat aku dah sopan sket la.hihi.Yelah,dah jadi isteri orang.Kalo suami aku ade kat sini,dah berisi kot aku.Cup2,bab2 layan suami tu aku x ready lagi ye.=)

-----------------------------------------------

Berita yang ana terima sejam lalu sedikit membuatkan ana diburu gelisah.Ana ditukarkan ke Perak..Jauh tu,baru nak merasakan indahnya kasih sayang ibu n ayah.Dugaan dunia datang pula.Takpelah,demi tugas.Ana harus menerima dengan redha takdir ini.Ana teringatkan Nisa tika ni.Sms Nisa meminta izin ke Gallway yang belum ana balas.Sungguh,ana kasihankan Nisa saat ini.Berita perpindahan ini pasti sedikit mengganggu dia.Dia yang akan pulang ke tanahair tidak lama lagi pasti ingin bermanja dengan ibu dan ayah.Belum puas bermanja,harus mengikut ana berhijrah pula.Takpelah,ana x kan memaksa dia ikut.Biarlah ana yang berkorban demi isteriku.Lantas,handphone ana capai.Dengan berat hati berita ini ana khabarkan pada dia dan segera mendapat balasan:

“Lek la ustaz.Kedah je pun,bukan kena g mengajar kat Bulan.Em,pasal sy x perlu risau.Ibu mesti faham punya.Kan anak dia dah jadi isteri orang.Hehehe.Hidup kena diteruskan bro.=)”.Macamni la selalu sms dari Nisa.Sentiasa dengan ayat selamba dan penuh pengertian.Terima kasih Tuhan kerna mengurniakan isteri yang baik sepertinya.Khairunnisa,sebaik2 wanita!!!!

---------------------------------------------

Ibu n ayah dah jejak kaki ke bumi Ireland sempena graduation day aku.Sal aku rase x cukup orang eh?Loh,suami skema aku x datang lagi..Ustaz Din x datang2 sekali coz busy uruskan perpindahan die ke Perak.Insyaallah,arini sampai.X kisah la kat mane,aku malas nak ambik tau.Yang penting sekarang ni,aku nak bermanja dengan ibu n ayah b4 si Ustaz Din datang.Bukan ape,kalo die datang sat lagi,x leh la nak berguling kat peha mak dah.Kena layan suami la,beb.

Mak,kena layan suami.Aku x ready lagi.Ade gak aku baca buku agama tajuk die:Cinta Rasulallah.Romantik tol Rasulallah dengan isteri2 die.Aku nak ikut Aisyah la dengan suami aku sok.Best2,kongsi satu gelas,main kejar2.Tapi camne aku nak mulakan ye sat lagi.Cakap yelah senang,tapi nak wat susah gak tu.Ustaz yang pendiam tu lagi,mati kutu la aku.Cakap kat phone bleh la,kalo berdepan sat lagi.Pueh dah aku garu kepala yang x gatal ni memikirkan permulaan hidup aku yang real dengan Ustaz Ahmad Sollehuddin ni!!!!!!!!

Loceng kat pintu berbunyi buat kali ke-2.Sape lak yang datang pagi2 ni.Kacau tol la.Illah dengan Ruhil x bangkit lagi time ni.Aku bangun pun coz ibu dah bising suh aku ke dapur.Yelah,kena berlatih wat2 breakfast sekarang ni.Sian kat Ustaz Din sok.Xkan nak makan kat kedai mamak tiap2 pagi kan.

X sempat aku nak melangkah g bukak pintu,Ruhil dengan berselubung selimut dah beraksi dulu.Hihihi,cemberut semacam muka die.Bengang lah tu,sape suh ko nak sangat bilik tepi pintu masuk.Dah kena jadi tukang bukak pintu.Hihihi.

“Em,nak cari sape eh”,sayup2 dengar suara Ruhil bertanya kat tetamu x diundang tu.

“Ni rumah Khairunnisa kan.Maaf ye mengganggu pagi2.”.

“Eyo,ade apek cari ko ni”,jeritan Ruhil menyentakkan lamunan aku.

Apek2,apek mane lak nak jumpa aku ni.Isk2,ade2 jelah Ruhil ni.Aku terus g depan pintu.Eh,cam kenal je.Bukan ke rupa die cam gambo ibu kirim aritu.Ha,betolla die.Ustaz Dinnnnnnnnnnnn,mak aih segan la aku.Si Ruhil ni,nape lupa nak panggil aku Nisa .Jatuh dah saham aku.Yang Ustaz Din ni pun satu,aku kata nak jemput kat airport tapi die xmo.Sian kat aku katanya nak keluar rumah pagi2.Macam2 karenah lah,dah aku x kenal laki sendiri.Mujur aku x cakap Mandarin tadi,kalo x malu je aku.Huhuhu.

“Ustaz Din ye.Sori sangat.Sy x perasan tadi.Jemput la masuk”.Cet,sopan habis aku berkata2.First time jumpe weh,mesti la kena bagi impression baik punya.Kikiki,mamat tu senyum je tengok aku yang gelabah semacam n x tentu arah.

“Ha,dah sampai kamu Din.Macammana flight kamu,ok x??”,tegur ayah yang tiba2 muncul.Aku terus menonong g dapur.X sempat aku angkat kaki,ayah dah sound aku.

“Kamu nak ke mana tu Nisa.Bawaklah suami kamu ke bilik kamu.Kesian die,penat tu.Bagi die berehat.Ha,satu lagi,kamu dah salam belum suami kamu ni.Isk budak ni,xkan itu pun ayah nak bgtau”.Ayah ni.Sal bleh alert semacam ni.Aku pun satu,gabra sangat jumpa suami,sampai2 x tau nak buat ape.

Ustaz Din sengih je tgok gelagat aku.Happy la tu coz abah menangkan die kot.Aku pun melangkah dekat dengan die,then hulur tangan.Die senyum je kan aku bile aku cium tangan die.Jangan la cium dahi aku weh,malu la aku.Ceh2,malu2 lak aku ni.Padahahal,dalam hati punya la hepi.Kikiki.Tekaan aku tepat bila die terus tarik tangan aku dekat dengan die n hadiahkan aku ciuman buat pertama kalinya.Aku rasa darah dah menyerbu naik kat muka mase tu.Romantik gak laki skema aku ni rupanya.

“Ha,macamtu la bile jumpe suami.”.Ibu lak join sekaki.Aku terus tunduk pandang lantai n tarik beg Ustaz Din n ajak die masuk bilik.Die mengekor je kat belakang aku tanpa kata..Aku bukan nak wat pape la,aku nak die berehat la.

----------------------------------

Aku dah cuak dah ni.Camne kalo die nak hak die malam ni,aku x ready lagi la weh.Xkan la aku nak tolak dengan heronya kalo die bukak mulut sat lagi.Illah n Ruhil dah stat takut2 kan aku.

“X lama lagi,dapat anak sedara la kite Illah.X sabo dh aku.Hihihi”.

“Korang,jangan la camni.Aku cuak ni.Rasa cam nak lari dari rumah je tau x”.

“Lalala,dulu die gak la nak mengayat cik abang die.Ni dah ade depan mata,nak lari lak.Lek la Eyo,ko kan rock.Hahaha”,si Illah dengan muka selamba badaknye nasihat kat aku.

“Korang,doalah aku dapat bendera merah arini.Tu je yang boleh selamatkan aku sekarang ni.Hembus la weh..huhuhu”,rayu ku pada Illah n Ruhil.Dorang dah datang bulan,aku je yang terlambat sikit.Selalunya,kena ari yang same.Bulan ni,x betol sikit lak.

“Ko ni.Dapat pahala la layan suami.Ko x nak tambah pahala ke?kakakaa”.Sampai hati tol la kembar2 aku ni.Bile tgok aku dah cemberut semacam,dorang terus datang n hembus2 kat aku.Hahaha,cuak pun.Ntah kurafat mane yang mengajar xtau suh hembus kalo nak benda yang same ni.Tapi,takat dua,tiga bulan ni ajaran hembus-menghembus ni brjaya la.Korang kenakan aku tadi ye,sekarang ni aku nak kenakan korang balik.Aku pun hembus balik kat dorang,n dorang pandang pelik kat aku.

“Lah,aku hembus suh korang cepat kahwin la n dapat suami cam Ustaz Din gak.Haha”.Aku terus cabut lari bile tgok muka dua2 eko dah macam singa lapo.Nasib la kawan,perangai nakal aku ni x hilang semua lagi tau.

--------------------------------

Nisa,bangun.Dah subuh ni,jom solat jemaah.”.

“Ustaz,sy x boleh solat la.Tgok baju merah ni,lambang bendera Jepun ni.Xkan la tu x faham lagi”.Nisa aka Eyo dah bangun rupanya.Terkejut ana bile terdengar housemate die panggail nama tu.Ingatkan,lelaki mane si Eyo tu.Rupa-rupanya isteri ana sendiri.huhu..Isk2,malu ana rasa.Yelah,manelah ana faham simbol2 orang perempuan ni.Patut la malam tadi Nisa mengadu perut die sakit2,datang bulan rupanya.Bila masuk bilik malam tadi,Nisa dah lena dibuai mimpi.Mungkin kepenatan melayan tetamu sempena majlis perpisahan n memperkenalkan ana malam tadi.

“O,ye ke.Maafkan ana Nisa,ana khilaf”.Ana terus berlalu ke Ruang Tamu.Ayah n ibu dah menunggu untuk solat Subuh berjemaah.Oh,semua ahli rumah ni tengah bercuti rupanya.

---------------------------------------

Dah dua minggu aku balik dari Ireland n aku cam bese memerap kat rumah je.Xde lagi surat panggilan suh aku kerja lagi.Hepi la weh,mase ni bleh wat program menternak lemak.Hihihi,macam xde benda lain dah nak ternak ye.Em,ustaz Din kat Perak lagi.Sekarang ni sibuk berkursus kat langkawi.Langkawi tuh,macam menarik gak kalo g honeymoon kat sana.Aritu kat Ireland x sempat nak honeymoon pun.Sian kat ustaz tapi aku tgok die steady je.Hehhe,tambah lagi perangai die kat koleksi aku:Penyabar!!!!!!!!Hihihi.

Aku bukannya xmo ikut g Perak tapi ustaz x bagi.Yelah,die asik kursus memanjang.Nak plak pas jadi penanda kertas soklan ni,lagi la die sibuk.Masa mak aku dok bising suh bawak aku g sane,die tersengih je.Katanye,x sanggup nak biarkan aku dok memerap kat rumah.Ayat die xde la otai camni,baik punye.Biase la weh,ustaz Din tu mane reti cakap rock2 ni.Hihi.

Tapi kan,aku rase kalo aku ikut die g Perak pun mesti aku bosan tahap gaban punye.Die manelah nak bercakap sangat dengan aku ni.Sepatah aku tanya,setengah patah die jawab.Kalo aku jawab versi xhengat dunia tu,die asik senyum n geleng kepala je.Xde lak die tegur aku.Aku rasa dah mati kutu dah dengan die,n kutu2 aku kat kepala kalo ade pun confirm dah kembali ke alam Baqa’ nye.Susah tol dapat suami skema ni.Sabo jelah aku.Tapi kalo dengan ayah n ibu,banyak gak die bercakap.Bila dengan aku je,terus jadi orang kaya.Yelah,ade ketol emas dalam mulut,malas nak buka mulut.Camne la anak2 murid die belajar dengan die ye?Mesti ramai yang mengantok time die mengajo tu.

Yang paling aku xtahan tu pemalu x bertempat.Aku kan panggil die ustaz Din mula2 dulu.Masa tu die steady lagi.Pas aku tukar panggil Abang pas kantoi dengan ibu,asik merah je muka die.Kakaka,dah la putih melepak,makin pink la muka die.Suka aku mengenakan die.Tapi mane tahan beb,kalo aku je yang nak bercakap banyak n die jadi pendengar je.Nak gak aku dengar die berceloteh,ni serius memanjang.Lama2,aku lari sok dari die.Huhuhu.Tapi cam x sanggup lak rasanya bila fikir die baik sangat2 kat aku.Penin weh!!Ke aku kena jadi pendiam gak macam die??

-----------------------------------------

Kursus Pengurusan Pendidikan di Langkawi dah berakhir arini.Syukur Alhamdulillah.Saat ni yang ada difikiran ana hanyalah Nisa.Dah 2 minggu Nisa balik dari Ireland,dah 2 minggu tu jugalah Nisa berjauhan dari ana.Maafkan ana Nisa,kesibukan sangat mencengkam saat ini.Kenduri pun sepatutnya minggu lalu terpaksa postponded ke minggu ini. Insyaallah,ana akan pulang harini dan akan bawak balik enti ke sisi ana.X tahan rasanya berjauhan dengan isteri.

Ana sampai kat rumah ibu dah malam.Confirm Nisa dah tidur ni.Sabo la Din,xkan lari gunung dikejar.Ayah yang buka pintu dalam keadaan mamai.Ana terus ke bilik utama.Rindunya pada celoteh n kemanjaan Nisa.Kucupan penuh kasih ana hadiahkan pada Nisa.Nisa terbangun dari mimpi.

“Ustaz,maaf ye.Sy penat sangat.X larat nak tunggu ustaz balik.Maaf ye”.Dalam mamai tu,sempat lagi Nisa capai tangan ana dan cium seperti selalu.Otai2 isteri ana ni,taat sungguh.Ni buat ana makin sayang ni.

“Em,takpe Nisa.Maaf membangunkan enti tengah2 malam ni.Tidur lah.Ana nak mandi sekejap”,kataku sambil membaringkan Nisa semula.Nisa yang x berapa nak sedar terus pejam mata.

Isk2,Nisa2.Kalo dah dapat tidur,semua benda die x peduli.Mujur la die sedar lagi kehadiran ana as suami die ni.Kalo x,merana gak hidup ana.=)

-----------------------------------------

Usai kenduri petang tadi,aku terus pack ape2 yang patut.Aku kena balik Perak la arini,Ustaz Din kena balik mengajo esok.Macam2 dah yang ade kat fikiran aku ni n yang pasti aku x larat kalo die wat peel pendiam die tu.Jangan la skema sangat ustaz.Huhuhu.Otw g Perak,aku dok diam je dalam kete Waja die.Die pandang2 gak kat aku tapi xde sepatah kate pun keluar.Aku yang memang dah penat ni lagi la,join die jadi pendiam gak.Kesimpulannya,perjalanan aku tu x de sape yang berborak.Lagu2 nasyid yang die pasang je meriuh suasana.

Boleh tahan gak susun atur rumah die ni.Kemas n menarik je.Aku yang x bape suka mengemas ni pun dah jadi rajin mengemas. Hehe.Bukan ape,ustaz Din ni pengemas sangat.Pantang nampak benda senget sikit,sume die betolkan.Perfectionist la konon.Eh2,termengata suami aku lak Banyak gak la buku2 agama kat rumah die.Yang pasti,xde satu pun kaset omputih faveret aku kat rumah ni.Aisy,kena dengar nasyid la aku memanjang.

Dia rajin gak tolong2 aku kat dapur time aku masak.2 minggu dok kat rumah mase menternak lemak tu,dan gak lah aku menuntut resepi2 kesukaan Ustaz Din.Yelah weh,mane bleh biarkan perut suami x terisi..Nanti die cari orang lain,x sanggup aku bayangkan kalo benda2 tu jadi kat aku.

“Ustaz,dah siap lom potong bawang”.Tersentak suami skema aku tu dengar suara aku cam perempuan PMS(Pre-Menstrual Syndrome ni).Mujur la x terpotong jari.Lekas2 die hulur bekas bawang kat aku.Lama giler die potong bawang tu n penuh ketelitian lak tu.Kalo aku la,xdenya nak same nipis semua.Asal boleh masuk dalam makanan sudah,rasa yang paling penting.Dia tersengih2 kat aku sambil mengemas bekas2 yang aku guna untuk masak tadi.Tgok,pantang bersepah sikit.Mesti die gelabah habis.

---------------------------------------

“Enta kena berubah.Ye Soleh,enta kena berubah.X kesian ke dekat Nisa yang kat rumah tu,die pun dah macam bosan dengan enta tau x.Enta kena la bercakap juga,bukan just jadi pendengar.Sementara Nisa ade kat Perak lagi ni,enta kenalah mulakan langkah pertama:bercinta dengan die.Romantik sikit dengan isteri.Mujur la Nisa tu penyabar dengan karenah enta,kalo x dah lama enta kena tinggal tau”,bertubi2 kata keramat dari Ustazah Hafizah bila ana mengadu perangai Nisa yang dah agak pendiam sejak kebelakangan ni.

Ana merasakan Nisa makin dingin dengan ana dan kian menjauhkan diri.Walaupun salam ana tetap bersambut setiap kali ana hendak keluar dan senyumannya paling manis dihadiahkan,Ana dapat merasakan rentak2 kebosanan die dengan sikap ana.Ana pernah cuba mengubah sikap pendiamAna tapi ada mati kata2 bila berdepan dengan Nisa.Ana sendiri xfaham.Susahnye berdepan dengan kenyataan.Padahal dalam hati ana,ana sangat teringin berkongsi cerita dengan die.Bercerita tentang kenakalan pelajar,bercerita tentang jawapan peperiksaan yang mencuit hati ana dan bercerita kesibukan ana seharian di sekolah.

Kata2 keramat dari Ustazah Hafizah ana genggam kukuh di hati.Petang ini,ana akan belikan ros merah buat isteri kesayangan.Perasaan segan ana buang jauh2.Ana akan jadi suami paling romantis di dunia,Nisa.Insyaallah.

----------------------------

Aku kena bercakap dari hati ke hati dengan ustaz.Ape gune aku memendam rasa x puas hati pada die dengan perangai pendiam tu.Dok2 best plan ni terbantut bile dengar suara misteri.Eh,sape lak yang bercakap2 dalam bilik aku tu.Rasanye aku sorang je kat rumah sekarang ni.Xkan la ade orang curi masuk lak.Nak kne belasah ni.Slow2 aku angkat kaki masuk bilik.Bilik x berkunci,aku tolak pintu perlahan.La,Ustaz ke.X perasan lak bile die balik.Aku tgok die tgh berdialog sorang diri depan cermin.

“Solleh,berjuanglah.Xyah nak malu2,u can do it.K,kite try lagi sekali”.Eh,nape lak ni.Die nak melamar sape lak tu.Siap ade bunga ros lagi.Die nak bagi aku ke?Nisa2,xyah perasan lebih2.Xdenye die berani nak romantik2 dengan aku.Huhuhu.

Nisa sayang.Abang nak minta maaf atas segala silap abang pada Nisa.Abang kesian kat Nisa dapat suami skema macam abang.Bantu abang untuk berubah sayang”.Semangat tol Ustaz Din bercakap sorang diri sambil berlakon hulurkan bunga.Jap2,betol ke ape yang aku dengar tu.Die tgh praktis nak mengayat aku.Terharunye la rase.Rasa cam nak g peluk die je.Lek2,wat bese2 je.

------------------------------------

Pas siap masak untuk dinner,aku terus masuk dalam bilik,X tahan la,badan melekit semacam je.Badan pun dah bau bawang.Ustaz Din,tgh syok tgok berita kat TV.Bleh la aku selongkar bilik,cari katne die letakkan bunga ros tadi.Hehe.Selongkar punya selongkar,xde bayang lak.Ntah2,die ade orang lain x?Isk,x baik buruk sangka kat suami sendiri.Huhuhu.

Siap je berpakaian,aku terus g dapur.Gelapnye.Mak aih,ade lilin atas meja makan.Candle-light dinner weh.Ustaz Din tersenyum kat aku sambil hulur tangan die.Eh2,rasa cam jadi puteri raja lak.Aku dolu2 pernah la berangan nak romantic camne tapi terkubur bile takdir aku kawin dengan Ustaz Din skema nih.Tak sangka lak,die ni romantic gak orang nya.

Pinggan n gelas kat atas meja tu ade satu je.Maknanya kena share la sat lagi ye.Rasa cam kisah cinta Aisyah lak arini.Die tarik kerusi aku n then isikan nasi n lauk dalam pinggan.Yang paling wat aku terharu tu bila die suapkan aku makan.Aku termelongo time tuh,x tau nak wat ape.Sungguh,menggebu2 rasa sayang aku pada die.Huhuhu,terharu weh.Aku rasa cam dah jatuh hati kat die mase tu.Ceh,brutal2 aku ni cair gak die kemachoan Ustaz Din yang tiba2 menjelma ni.Huhuhu.

Nisa sayang,abang nak minta maaf banyak pada sayang kalo selama ni syg terseksa dengan tindak-tanduk abang.Abang berjanji akan jadi suami terbaik di dunia ni buat sayang Nisa sayang.Abang nak minta maaf atas segala silap abang pada Nisa.Abang kesian kat Nisa dapat suami skema macam abang.Bantu abang untuk berubah sayang”.kata Ustaz Din sambil hulurkan bunga ros merah tu kat aku.Aku pun ape lagi,menitislah air mata.Cengeng tol aku malam ni.

“Nape nangis lak ni sayang.X hepi ke?”,tanyanya lagi.

“Xde la,Nisa terharu je.Huhuhu.Abang pun sama,tolong bimbing Nisa ye”.dalam esakan,aku tgok die tersenyum sambil menganggukkan kepala.

----------------------------

X sabar tol nak balik rumah.Nisa dah keje kat Hospital Ipoh n semalam die on-call.Alhamdulillah,dekat dengan suami kesyangan die ni.Bimbang juga kalo Nisa tercampak jauh dari Ana.Tak tertahan menanggung rindu .Ana bangun cinta ni.Parah tol orang mabuk cinta ni.Manisnya menjalin cinta dengan Nisa membuatkan hari2 yang ana lalui makin bermakna..Deringan ringtone Damba Kasih menyentak lamunan,Habibi is calling.Sape lak Habibi ni?La nisa ke.Gambar Nisa keluar kat screen phone,pandai lak die berBahasa Arab.B4 this nama Nisa ana tulis Khairunnisa isteriku,sikit punya panjang kan.Nisa la yang tukar ni,xde keje orang lain la ni.Sayang2,nakal x sudah.

“Assalamulaikum,abang”,

“Wslm,syg tgh watpe tu?Rindu kat abang x?”.

“Em,tgh cakap dengan abang syg.Hehe.Abang ni,tanya lagi.Mestilah rindu.Sayang ade good news nak bgtau abang.Tapi x leh bgtau kat phone.So,abang kne balik cepat la arini”.

“ye ke syang.Ok then,see u at home.Luv u always.”

“Luv u too”.

Berita ape la nak Nisa nak sampaikan.Berdebar gak ni

-----------------------------

“Sayang,abang dah balik ni”.Panggilan ana x berjawab.Pelik,kemana Nisa menghilang ni.Selalu x sempat nak masuk rumah,die dah terjengol dulu.Nisa kelihatan terbaring lemah di sofa ruang tamu sambil memicit2 kepala.La,Nisa x sihat ke?

“Nisa,nape x bgtau abang Nisa x sihat.Boleh abang temankan Nisa kat rumah.”.

“Malas”.Aik,sepatah je perkataaan die.Sedikit tersentuh rasa hati,maklumlah Nisa x pernah berperangai camni sebelumnya.

“Nisa tau x,masa kat sekolah tadi……………………………………..bla………….bla ……….bla”.habis dah semua cerita tapi ana tengok Nisa masih diam.x seperti selalu;banyak berceloteh n ketawa.

“Nape ni sayang,monyok je dari tadi.Sejak bile lak sayang jadi pendiam ni.Xkan dah tertukar dengan abang kot.Ape good news yang syng nak cite tu”,tanyaku lagi.Nisa cume menggeleng kemudian tersenyum.

-----------------------------

“Camni……..”.X sempat aku nak berkata2,rasa loya tu datang lagi.Terhuyu-hayang aku berlari ke sinki. Lemahnya la badan.Dah 3x aku muntah.Asal buka mulut,rasa loya datang x diundang Sume makanan yang masuk keluar balik.Tuhan,berikanku kekuatan.Sudahnya,aku diam je.Sampai2 ustaz Din ingat aku dah jadi skema cam die dulu.

Lega rasa bila dah muntah.Ustaz Din pandang pelik kat aku sambil urut belakang aku.Aik,xkan lampi lagi kot,aku ni kena penyakit buatan orang lah.

Abang,nape tgok syang camtu.Sayang kena penyakit buatan orang ni.Xkan abang nak biarkan je”.

“Ya Allah,camne boleh jadi camni.Sape lah yang dengki dekat Nisa kesayangan abang ni.Sampai hati tol.”.

Abang la yang buat Nisa jadi camni.Xnak mengaku lak die.Hihihi”,Sempat lagi aku kenakan die tu.Agak lama,baru die terjerit.

“Ya Allah,kita nak dapat baby ke?Nisa,terima kasih sayang”.Rasanya die baru perasan yang aku berkias bgtau pasal kandungan yang dah masuk 2 bulan ni.Isk2,lupa lak aku yang suami aku ni skema.Skema pun skema la,susah nak kata kalo hati dah sayang ni!!!!!! Ahmad Sollehuddin,uhibbuka lillahi taala.Insyaallah

5 comments:

Puteri Diana said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Diana said...

salam,
cite ni best t'amat lah sangat.. romantic islamic..i hope the next cerpen lg romantic islamic..i waiting 4 the next cerpen..doc jgn lupe buat lg best ye..sy setia menunggu cerpen seterusnya..huhu
wassalam

hazlyana said...

slm..
cte nh best sgt2!!!
best la~~

~~whitelemon7~~

Anonymous said...

cerita best
good job

yana.daniel said...

waduh syok nyer kalo dapat hubby yg macam gitu...best....