@rubiadaibrahim

Thursday, September 25, 2008

->TeRbAik??<-

Siapa tidak mahukan yang terbaik dalam hidup?Andai sesuatu tak menepati impian,kita tolak dan tak pandang biarpun dengan sebelah.Tapi kita lupa,menilai diri sendiri yang belum tentu terbaik buat orang lain.Saat kita terfikir,kita gagal membentuk diri,kita gagal.Dan Siapa mahukan kegagalan?Dan Siapa yang tak menderita andai kegagalan menjadi miliknya.Biarpun cuma sebentar.Tapi peritnya akan terkenang hingga akhir nyawa.

Fatimah Az-Zahra masih berteleku di sejadah.Sedih mengenangkan kesilapan dan langkahnya yang sedikit menyimpang.Menyimpang dari aturan yang sudah diaturkan sebagai insan bergelar muslim.Sungguh,dia tahu akan hakikat kehidupannya.Airmatanya menitis laju dari mata bundarnya.

Kerna sepasang mata itulah,seorang Adam kecundang dari kembara mencari Tuhan.Berdosanya dia!Dan kerna rasa berdosa yang kian menghimpun itulah,dia menjejakkan kaki ke bumi Anbiya ini.Mencari erti sebuah kehidupan,mengukir erti sebuah pengharapan dan mengharap redha hanya pada Tuhan.Tuhan Maha Esa yang penuh keampunan.
-------------------------------
Ali As-Sufi masih terlantar di katil hospital.Dia merasakan semangatnya hilang untuk meneruskan kehidupan.Dia kian jauh di dunia sendiri.Perpisahan dengan Zahra,gadis manis itu dirasakan terlalu berat untuk ditanggung.Dia tidak pernah mengimpikan pengakhiran kisah kasih mereka begitu. Zara,panggilan manja buat kekasih tersayang.Zahra hilang tanpa khabar berita.

1 Oktober,dia masih ingat peristiwa itu.Janji mereka untuk bertemu di KLCC tinggal janji. Zahra tidak muncul hinggalah ke jam 10 malam.Dia sendiri tidak faham dengan tindakan Zahra.Smsnya tidak berbalas,panggilan telefon di sambut operator.Kemana perginya Zahra?Rumah Zahra di jejaki sebelum Ramadhan menjelang tapi tiada siapa menyambut kedatangannya.

Entahlah,di keliru. Pemergian Zahra membuatkan badannya susut.Parahnya penangan cinta si gadis manis tahun akhir MassCom Universiti Putra Malaysia yang dikenalinya awal tahun lalu.Pertemuan yang tidak disangka sama sekali.Zahra seorang gadis periang,ketawanya mengiringi setiap tutur kata.Wajahnya manis dengan senyuman yang sentiasa dihadiahkan buat mata yang memandang.Masakan dia tak tertawan?
-------------------
"Ya Allah,ampunkan aku.Aku bukanlah Hawa yang Adam itu impikan.Dia terlalu baik dan sentiasa taat kepada-Mu.Tapi kehadiranku membuatkan dia jauh dari-Mu.Kuatkan dia menghadapi perpisahan ini.Kau lenyapkan rasa cinta di hatinya padaku agar lahir lagi kekuatan seoarang pejuang agama dalam dirinya.Engkau Maha Mengetahui akan segalanya.Ya Allah,perkenankanlah".

Rasa bersalah terus mencengkam.Sungguh,dia merasakan dialah yang membuatkan Sufi kian jauh dari perjuangan dakwah dalam agama ini.Sufi yang awal perkenalan amat tawadhuk dan percakapannya penuh kesopanan berubah menjadi Sufi yang sudah mula menggunakan bahasa yang tidak selayaknya bagi pelajar agama seperti Sufi.Suara merdu Sufi yang mendendangkan nasyid yang mengajak kepada Illahi kian tercemar oleh lagu rock yang tidak berasas.Dan penampilan Sufi juga kian moden.Semuanya kerana permintaan dia.Dan Sufi;hanya menurut.

Zahra bangga kerna mempunyai seorang teman
lelaki yang punya pakej lengkap;wajahnya tampan,suara merdu dan tak lupa perlakuannya penuh tertib.Dan lebih membanggakan kerna dia berjaya menakluki hati pemuda begitu yang sememangnya menjadi impian ramai pada Festa Nasyid IPT itu.Cabaran Natasha disahut,dan dia telah membuktikan dia berjaya.Berjaya membuatkan hati lelaki yang tak dingin dengan wanita itu tertawan.

Sungguh,dia pernah kecewa dengan cinta.Dan peristiwa itulah membuatkan dia tegar mempermainkan perasaan lelaki sebaik Sufi.Zulfakar mempergunakan dia untuk mendekati Lisa yang lebih cantik dari dia.Dan dia menerima huluran kasih Zulfakar seikhlasnya.Merasai kasih lelaki lain selain abang dan papa dan ternyata berkasih itu indah.Dan akhir episod kasih mereka amat menyedihkan bila Zulfakar berterus-terang akan niat dia yang sebenar;kasihnya hanya untuk Lisa dan segala kata manis hanya dusta.

Lamunannya terhenti.Sms yang masuk sekian kalinya membuatkan die tersentak.Sudah seminggu dibiarkan handphonenya sepi tanpa sebarang balasan.Sms dari Aida,teman baiknya membuatnya tergamam.

“Za,I just going back from hospital.Guess who I meet?Jangan terkejut,I jumpa Sufi.He’s very weak,tak mau makan ubat n re refuse all treatment .U tau x die punye asthma parah betul.Rite now,I’m on investigation of what going on.Dari family dia,dorang kata die berhujan lama sangat.Then bila balik rumah,badan dan biru-biru n asthma die teruk betul.He was admitted last week.Doakan dia ye.”.

Tuhan,aku berdosa lagi.

----------------------------

Sudah seminggu di menghuni di katil hospital.Kadar nutrisinya masih kurang memuaskan,walaupun astmanya sudah membaik.Malam sebelum Ramadhan datang dia meredah hujan ke rumah Zara.Mau bertemu kekasih hati setelah sekian lama menyepi.Dia mengharapkan keberuntungan tapi malangnya salam tak bersambut.Asthma yang dihadapi datang tanpa diundang dan akhirnya dia menderita sendiri.

“Assalamualaikum.Sufi,macammana hari ini.Dah ok?.Salam yang dihulur Insyirah menyentakkan lamunan.Insyirah tersenyum manis padanya.Dan senyum hambar dihadiahkan.Ternyata Insyirah amat memahami gelodak hatinya.

“Ni senyum orang kecewa ni!!Sufi,kenapa ni.Nurse mengadu awak melawan masa dorang nak bagi oxygen semalam.Kenapa camtu?Awak tak mahu cepat keluar hospital ke?Tak rindu nak tadarus,terawih,puasa?Ha,kalau xmo tambah ibadah pun,tak kan x rindu nak makan ayam madu kat bazar?Syira rasa mak cik tokei tu dah rindu kat duit awak tau?”,celoteh Insyirah membuatkan Sufi mahu tergelak.Macam-macam idea nak menghiburkan hati dia.

Insyirah lincah mengemas meja di sisi katil.Air mineral diganti baru,lauk pauk yang dibeli di Bazar diganti dalam mangkuk kecil yang entah dari mana.Pasti Insyirah yang membawanya dari rumah.Insyirah teman dan sepupu paling setia.Setia mendengar celotehnya dan berkongsi cerita.Dan jujur di katakan,Insyirahlah yang membantu sedikit sebanyak mencari harga diri yang terbang entah kemana.

Sufi masih mendiamkan diri.Badannya yang lemah menyukarkan dia bergerak.Bukan dia tak mahu berbual dengan Insyirah tapi saat ini dirasakan lebih selesa mendiamkan diri.Insyirah amat memahami,tak pernah sekali cuba mengorek kisah sebenar yang dipendamkan.

“Syirah beli je lauk-lauk ni.X sempat nak masak.Kena makan banyak tau,duit dah banyak habis ni.Lagipun tak elok membazir.Kita kat sini macam-macam jenis makanan ade,sedangkan orang kat Palestin tu..”

“tak ada makanan,kat Somalia mati kebulur.So,bersyukurlah dengan nikmat yang ada.”.Kata-kata Sufi disambut ketawa kecil Insyirah.Kiranya Sufi masih ingat ayat yang selalu mereka ungkapkan bila nak jadi kawan Cik Tan.

“Ha,dah ada suara pun.Kalo tak bersuara tadi,Syirah malas nak bagi special gift.Dari bumi Anbiya lagi tu.Minah Arab mana la nak kat die ye.Nak x hadiah tu?”.

“Isyh,Ape la.Ingat orang dah bisu ape?Adiah ye,nak…nak”.Dan hadiah berganti tangan.

------------------------------

“Dik,ape yang dimenungkan tu?Ingatkan orang jauh ye.Tulah,orang ajak balik Malaysia sekali tak nak.Ni termenung sana,termenung sini.Parah tol la jadi Kassim Selamat ni”,luah Faiz melihatkan tingkah Zahra yang tidak keruan.Kedua ibu bapa mereka Cuma menggelengkan kepala .

“Nope.Mane ade adik sedih la.Pandai je Along ni.Just syahdu je.Orang jauh takde dah sekarang ni.Adik x mau dah dengan cinta manusia,nak cari cinta teragung je.Zassssss”.

“Aiya,susah tol la cakap dengan minah Arab celup ni.Sedih dengan syahdu tu same la maksudnye.Mama,nape la adik punye BM lingkup sangat ye?”,gurauran Faiz membuatkan tangan Zahra menghadiahkan satu cubitan.Faiz mengeringai kesakitan.

“Ape la Faiz.Suka kacau adik.K la,adik.Kami pulang dulu k.Nanti bila adik rasa dah sedia,adik inform Mama.But mama harap,kita dapat raya bersama tahun ni.Cara sambutan yang sama Cuma adik yang baru”.

Huluran tangan Puan Hamidah disambut.Kucupan penuh syahdu di hadiahkan.Hati ibu tenang melihat perubahan anak gadisnya.Anak gadis yang dulunya sedikit jauh kini sudah tersedar.Tersedar dari mimpi yang dunia indah belaka.

Huluran tangan berganti.Faiz mengusap kepala di adik.Sudah kebiasaannya begitu.Dan usapan tangan itu membuatkan titisan airmata Zahra menitis lagi.Sungguh,jika dulu herdikan Zahra yang diterima tapi kini tidak lagi.Dan yang pasti titisan airmata Zahra terlalu murah andai kata-kata nasihat dihamburkan.

Sejak di hari pertama di bumi Barakah lagi,Zahra berkelakuan sebegitu.Dia juba menyiasat perubahan Zahra.Jika tahun sebelumnya,Zahra akan menghabiskan cuti semesternya di United Kingdom namun tahun ini Zahra mengejutkan mereka.Kata Zahra,dia rindukan panggilan Kaabah,dia rindukan pasir tandus tempat Islam bertapak pada awalnya.Zahra mahu menyusuri perjuangan Nabi,Zahra mahu berlatih menjadi Fatimah Az-Zahra puteri kesayangan Nabi.Dan Keputusan itu dilahirkan awal Rejab yang lalu.

Kerna tujuan itu,Zahra meninggalkan As-Sufi yang menawan hatinya.Pesanan agar tidak mengabarkan pemergiannya di patuhi Papa yang di bumi Malaysia.Kata Papa;setiap hujung minggu Sufi ke rumah bertanyakan keadaan Si Zahra hinggakan hilang seminggu yang lalu.Dan mungkin ada perkhabaran dari tanahair yang meruntun jiwa wanitanya di terima.Hadiah dari Mekah dititipkan pada mereka.Kata Zahra,dia amat berharap hadiah tersebut memberi makna mendalam pada Sufi.Dan sebagai abang,dia mendoakan hal yang sama biarpun dia sendiri tak tahu isi bungkusan tersebut.

-----------------------------------

Usai solat terawih,dia mengalunkan ayat-ayat mengubat jiwa.Azamnya satu dan dia berusaha kearah itu;mahu khatam Al-quran sebelum tiba sepuluh malam terakhir.10 malam terakhir yang penuh dengan Maghfirah.Dia mendoakan Sufi kembali kepada Ali As-Sufi yang mengajar dia erti kehidupan yang sebenarnya awal perkenalan mereka.

Memang diakui,dia manusia didikan agama yang lupa pada Tuhan.Bila kaki menjejak menara gading,pakainnya kian ketat.Tudungnya kian singkat,budi bahasanya hilang dan pergaulannya makin bebas dan meluas.Dah ketika bersama Sufi,dia berubah sedikit demi sedikit.Hanya untuk menarik perhatian Sufi dan membuktikan mereka layak bergandingan.

Tapi tanpa sedar,hubungan mereka membuat komitmen Sufi sebagai pendakwah sedikit terabai.Dan sms tazkirah dari seorang teman membuatnya tersentak.Sms tersebut mengingatkan dia akan hawa yang menarik Adam ke neraka.Tambah menginsafkan bila malamnya;email kiriman Along bertajuk Wanita:Pendorong ke Syurga atau Neraka sampai ke pembacaan.Dan lebih menakutkan bila dia bermimpi ajal sudah datang menjemput dan seksaan demi seksaan diperlihatkan.

Sudah terlalu banyak kata peringatan dari Along.Along juga seperti Sufi,pelajar agama dan seorang hafiz Al-Quran.Hasrat Along untuk berdakwah terlalu berkobar-kobar.Tetapi hasrat Along sedikit tersekat kerana sikapnya.Kata Along;dia segan nak memulakan langkah kerana dalam keluarganya masih ada yang belum mengikuti acuan Al-Quran.

Kawan Along menempelak.Katanya;tak guna berdakwah andai adik sendiri tak ternasihat.Dan memang dia kurang gemar dengan sikap Along yang bercakap terus-terusan tentang hal agama.Hidup perlu enjoy!!!Itu prinsipnya.Prinsip itulah yang diterapkan pada Sufi di awal perkenalan mereka.Kerana prinsip itu juga,Sufi hilang jati diri sedikit demi sedkit.

Dan kesedaran dan hidayah datang.Awal keesokan harinya,dia tekad melupakan Sufi kerana tak mahu menjadi wanita pendorong ke neraka.Menjadi kupu-puku yang celaka dan dilaknat Allah swt kerana mengajak ke arah kemungkaran.Dan janji 1 oktober untuk bertemu dimungkiri kerana dia tak mahu menjerat Sufi ke neraka kerna perlakuannya yang menggoda.

---------------------------------

Astaghfirullah………..Lama dia bersujud.Memikirkan dialah Ali yang tak tahan dengan godaan dunia.Bukan salah Fatimah Az-Zahra sama sekali.Dia yang berniat untuk berdakwah pada tapi kian lemah dek kecantikan dan rayu Hawa itu.Diakan hamba yang lemah.Kerana matanya yang buta,komitmen pada agama tercalar.

Kenapa tak dihantar saja Insyirah membimbing Zara?Insyirah lebih memahami jiwa wanita.Insyirah kan motivatir hebat.Kalaupun dia mahukan Zara sebagai sayap kiri perjuangannya,mengapa terjebak dalam gelora cinta penuh kepalsuan.Mengapa tidak mengikut rentak dan aturan membina rumahtangga yang Islam anjurkan?

Ya Allah,lemahnya aku menghadapi hembusan rasa cinta ini.Kuatkan hatiku kembali.Ampunkan lah kekhilafanku.

Bungkusan hadiah dari Zahra menyedarkan dia.Sepasang jubah berwarna putih,senaskah Al-Quran,seutas tasbih dan sekeping poskad.Dan poskad bertinta hitam itu hampir membuat air mata lelakinya menitis.

“Assalamualaikum Ali As-Sufi.Ali memerlukan Fatimah sebagai pendamping,penguat kakinya dalam perjuangan suci ini.Dan Fatimah puteri Nabi membuktikan dia wanita agung yang mendorong Ali ke syurga.Dia mengajar Ali erti ketabahan dalam perjuangan.Sedangkan aku Fatimah Az-zahra yang mendorongmu,Ali As-Sufi ke neraka Tuhan,membuat kamu tersungkur dalam perjalanan.Kata orang jangan impikan lelaki sebaik Ali jika peribadi tak seindah Fatimah.Aku sedar akan hakikat itu,Ali.Aku tak ingin lagi aku menjerat kakimu terus berdiri dalam perjuangan.Kerna itu,ku pohon lupakan aku,kisah kita dan marilah kita bersama mencari redha Illahi.Kerdilnya aku Ali di depan Baitullah.Astaghfirullah..”.

Zara tersedar awal dari dia.Jika dia tak melawan godaan syaitan yang berterusan menyesatkan manusia,suatu hari nanti pasti akan tersungkur jua.Ya Allah,terima kasih.

Bismillahirrahmainrrahim………..Bacaan Surah An-Nur diteruskan.

“Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan yang keji pula,sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik pula.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia.(An-Nur:26)

Ya Allah,aku bukanlah Ali yang terbaik buat Fatimah itu juga!!!!!.

------------------------------------

25 Ramadhan,dia menjejakkan kaki kembali ke bumi Malaysia.Setelah sebulan berkelana ke bumi Anbiya.Sungguh,keinsafan menyelinap di segenap hati.Indahnya Baitullah,nikmatnya beribadah di bulan Ramadhan dan bacaan Al-Quran yang penuh syahdu dari imam-imam di Masjidil Haram.

Along masih belum tiba biarpun janjinya untuk menunggu setengah jam awal di KLIA.Entah mengapa,Zahra tak sedap hati.Bakal ada yang kurang enak akan berlaku.Tapi cepat dipintas,mungkin hanya mainan perasaan.Dia beristighfar.

Dari jauh,kelibat Pak Ngah kelihatan.Agak murung raut wajahnya.Dia pelik mengapa bukan mama dan papa yang menjemput.Kalau Along sibuk sekalipun,mama kan ada waktu.Persoalan terus mengasak fikiran.Tak sempat Zahra bertanya,langkahnya dituntun ke kereta.

“Adik,mama dan papa ada urusan.Along juga.So,Pak Ngah yang ambik.Is it okay with u?”.

“O,ic.Nape x bgtau adik awal2.Kalo x x yah susahkan Pak Ngah.Tapi napa muka Pak Ngah nampak sedih.Is there anything u hiding from me?”.

“Em.Adik.Sabar ye.”.

“Pak Ngah,don't say there are something bad happen.Adik tak bersedia Pak Ngah!”.

“Adik.kita kena bersabar dan redha menerima sesuatu.Along accident on the way ke sini.Sekarang ni Hospital Shah Alam.Masih belum sedar dan pendarahan terlalu banyak.Doakan Along selamat ye sayang”.

“Ya Allah!!!!!!!”.Air mata Zahra tak tertahan lagi.

----------------------------

Aidilfitri,perayaan umat Islam.Setelah sebulan membersihkan diri,kembali kepada fitrah seorang hamba.Dan tahun ini,Zahra meraikan Aidilfitri dengan azam yang baru,dengan wajah yang baru dan tanpa Along yang di sayangi.Along pergi lewat malam 25 Ramadhan yang lalu.Dan ketiadaan Along membuatkan dia rindu akan tutur kata lembut penuh makna Faiz.

Message received:

“Perjuangan ini penuh getir,airmata,darah dan duka.Tapi teman,kita harus laluinya dengan penuh tekad.Kerna adanya kamu aku sedar akan indahnya perjuangan.Saat ku katakan kepadamu,perjuangan itu pahit.Kau katakan kembali kepada ku:syurga itu manis”.

Sms penuh makna dari teman Along.Sejak pemergian Along,handphone Along jadi teman setia.Kebetulan Along merakamkan hafazan surah di handphonenya.Gelagat Along amat dirinduinya.Ya Allah,tempatkan dia di kalangan hamba-Mu yang beriman.

Dia ingin berterima kasih pada penghantar sms.Mujahid namanya.Seiring dengan kata,sms dikirim dan segera mendapat balasan.

“Maaf.Ana ingatkan tak ada yang guna no hp Zikri.Ana rindukan Zikri betul.Moga ruhnya bersama para solihin.Amin”.

Siapa yang tidak merasakan kehilangan Faiz Zikri.Along,ketua penuh dedikasi.Malam dan pagi sebelum dia jemput pergi,Along masih sempat mengimami solat terawih dan Subuh.Sampai kini,suara Along masih diingatan.Along pergi terlalu awal,tanpa sempat Zahra berterima kasih atas nasihatnya.

Mama dan Papa merelakan pemergian Along.Biarpun di sudut hati Mama,mama tak rela Along pergi terlalu awal.Mama mahukan anak soleh yang terus mendoakan dia andai mereka pergi.Jauh di sudut hati mama,mama terkilan kerana Along pergi tanpa sempat menghabiskan 30 juzuk hafazan.Tapi Mama segera sedar yang Allah lebih menyayangi Along.

“Mama,adik yang akan meneruskan impian mama memiliki anak seorang penghafaz Al-Quran.Adik akan menyambung perjuangan Along ma.”,getus Zahra dalam hati.

------------------------

Dua tahun berlalu tanpa ada perkhabaran dari Zahra.Zahra dilupakan terus sebagaimana permintaan Zahra,.Insyirah,dialah teman paling setia.Insyirah sudah bergelar Puan Insyirah.Kebahagiaan Insyirah,kebahagiaan dia juga,Dan dia,dia msih setia menanti Fatimahnya.Jauh di sudut hati,dia amat merindui si gadis.Tapi inilah perjuangan,berjuang melawan nafsu dan meraikan kemenangan.Dia yakin,andai aturan Tuhan sudah sampai masanya,mereka pasti bertemu jua.

Kini,dia bergelar pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa disamping giat dalam program dakwah kepada saudara baru.Harini ini dia dijemput sebagai panel mengisi slot ceramah dalam program MENYUSUR HIDAYAH.Sebuah rancangan agama yang sangat bermanfaat pada pendapatnya.Menampilkan golongan profesional acuan Al-Quran dalam berbagai bidang,slot NUR ILLAHI yang mengisahkan islah golongan tersasar dan lain-lain.Pendekatan dakwah yang berbeza membuatkan program ini mendapat rating tinggi dan menjadi tontonan segenap lapisan masyarakat.

Dia mengagumi hasil kerja IBNU ZAIM,penerbit rancangan tersebut.Peluang hari ini tak kan sekali dilepaskan untuk mengenali penerbit tersebut.Dia mahu berkongsi cerita tentang konsep dakwah yang bervariasi,dia ingin mencari rahsia di sebalik kejayaan penerbit tersebut,mengungkap hasil tangan penerbit yang amat berbeza dengan rancangan agama lainnya.

Usai rakaman,dia mencari penerbit yang tak pernah sekali dikenalinya.

“Ustaz,tadi kata nak jumpa penerbit ya.Maaf ya ustaz,penerbit ada urusan sebentar di pejabat.Ustaz nak tunggu ke?”.tanya pembantu penerbit yang tahu akan niat tinjauannya ke krew rancangan berkenaan.

“Em,nampaknya tak dapat tunggu.Saya ada urusan dengan student.Tak apalah kalau gitu.Sampaikan salam ukhwah dari saya.”.

“Ustaz,salam ukhwah ye.Ukhwah tak rapat boleh dirapatkan kalo ustz solo lagi”,gurau Sulaiman sambil mengiringi Sufi ke kereta.

“Isy,kamu ni.Ibnu Zaim kan lelaki.X kan saya nak menikah dengan dia pulak.Kiamat la dunia jawabnya”.

“Ya Allah,Ustaz.Ibnu Zaim tu perempuan.Nama tu sempena nama abangnya yang dah pergi.Nampaknya ustaz tak tahu lagi hal sebenar ya.Ha,ustaz.Tu pun IBNU ZAIM atau nama sebenarnya FATIMAH AZ-ZAHRA binti Muhammad ZAIM.Penerbit optimis kata ustaz tu,”jelas Sulaiman sambil mengacukan jari kearah perempuan bertudung labuh yang tersenyum manis.

Ya Allah,diakan Zara yang pernah ku kasihi dulu.

----------------------

Pertemuan dengan Sufi tanpa sengaja sebulan lalu membuatkan hatinya sedikit terganggu.Dia sendiri tidak tahu yang Ustaz Ali itulah yang penjadi penceramah jemputan minggu ke-21 siaran.Hinggalah siaran berlangsung,Sufi yang penuh petah berkata-kata dan aluanan suci Al-Quran membuatkan dia percaya itulah Ali yang dikenali dulu.

Tuhan,kenapa ujian hati ini datang lagi.Aku sudah berjanji melupakan dia.Kuatkan hatiku.Mujahid juga sering mengingatkan dia akan hal itu.Dia bimbang andai Mujadid menaruh harapan suatu ketika dahulu.Kerana itu,dicarikan calon terbaik buat Mujahid menerusi guru agamanya.Rusyaida jadi pilhan dah hari ini mereka bahagia bersama seorang cahayamata.

Pesanan Ustazah Rahmah masih terngiang di telinga.Kata ustazah,wanita baik seperti dia seharusnya sudah punya perancangan meramaikan umat Muhammad,melahirkan generasi pejuang agama yang seterusnya.Kerna perempuan baik seperti dia layak menjadi ibu mithali,isteri solehah dan serikandi agama yang terbilang.

Dia juga berimpian begitu.Setelah 30 juzuk Al-Quran dalam dada dan dia memegang jawatan penerbit MENYUSUR HIDAYAH,memang dia mahukan keluarga yang bahagia.Tapi entah mengapa,impian tersebut masih belum terlaksana.Doanya masih belum terkabul.

Mungkin kerana dosa silamya yang menggunung dan baiknya dia belum mencapai piawaian sebenar.Tapi kenapa nak dirisuakan hal jodoh dan pertemuan. Allah kan lebih tahu yang terbaik buat hambanya.Sehinggakan dia berpesan pada Ustazah Rahmah agar mencarikan calon yang terbaik buat dirinya.Dia tak mahukan proses taaruf sebelum ijab terlaksana kerana bimbang hatinya diserahkan kepada yang bukan berhak.Tambahan pula di yakin Ustazah Rahmah pasti mahukan yang terbaik buat murid kesayangannya itu.

--------------------------

“Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahra binti Muhammad Zaim dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit di bayar tunai”,lafaz Adam itu penuh yakin.

Terlaksana sudah sunnah Nabi.Zahra tidak mahu bertemu sebelum pernikahan mereka.Dan dari mama,Zahra tak pernah ambil tahu pun siapa bakal suaminya kerna Zahra mahu menghadiahkan hati yang suci buat sang suami.Zahra bimbang andai godaan syaitan menodai pertemuan itu.

Zahra masih menanti penuh debar di kamar di hias indah.Sebentar lagi,pengantin lelaki akan masuk untuk upacara membatalkan air sembahyang.Namun,dari kesunyian ketika lafaz nikah tadi,dia merasakn getar di hatinya.Suara itulah yang bergema di studio B stesen televisyen dulu,memberi peringatan penuh hikmah.

“Assalamualaikum”,tegur Sufi.Zahra masih tertunduk malu.

“Adik,ini suami adik.Angkat muka sayang,dia berhak pada adik”,teguran Mama sambil mengusap bahu adik penuh kasih.

Kesedihan bermaharaja di sudut hati.Sebaknya tak tertanggung,airmatanya kian laju menitis.Dia tersedar akan suatu hakikat yang terbentang di depan mata.Itulah Ali yang Fatimah ini tinggalkan dulu kerna tak mahu menjadi perempuan celaka,menghalang sebuah perjuangan.

“Ya Allah,indahnya aturan-Mu.Kau pertemukan kami lagi setelah kami kembali kepada-Mu.Ya Allah,rahmatilah hubungan kami.”

Tangisan di pipi Zahra,Sufi usap lembut.Tangan Zahra di capai,cincin disarungkan.Saat Zahra mencium tangannya,Sufi berbisik lembut.Memujuk hati Zahra yang sedikit terkesan dengan pertemuan mereka.

“Sayanglah Fatimah yang menguatkan perjuangan Ali ini.Dan hari ini Ali kembali pada Fatimah untuk bersama bergandingan mencari cinta teragung.Terima kasih sayang”.

Dan kata-kata Ali membuatkan Fatimah tersenyum manis dalam sendu.Dia teringat indahnya sajak yang sering dibacakan Along ketika dia hatinya rawan akan perpisahan dengan Ali itu dulu:

Bila dua hati mencinta Illahi,

Bergabunglah jiwa bersatulah hati,

Dua jiwa satu cinta,

Dua jasad satu matlamat.

Bila rindu kerana Yang Satu,

Bertemu pasti tak jemu,

Bila kasih kerana Allah,

Berpisah pasti tak resah,

Ukhwah itu indah ,

kerana bertemu dan berpisah kerana Allah.

Keduanya tersenyum manis seiring kerdipan flash kamera merakam kenangan hari bahagia.!!



8 comments:

Anonymous said...

Plot cerita ok.. ada scene2 keinsafan dan kesedaran.. cuma bg saya, naper citer kali ni xde baris2 doa yg baik.. kelainan ker?? so far, xcellent -kai-

dr.rock4eva said...

kelainan sket kot..tq dik 4 comment

khairaummah said...

salam...
suka tema citer ni...cinta kpd Pencipta first before cinta kpd makhlukNya.
teruskn mnulis!
waiting 4 da next story...

sweet_observer said...

love story that is alwiz being faced by Allah's lover...be patient youngsters!! He is Alwiz with us..keep the gud work gurl!! may ur writing impress others..;)

~*miss yana*~ said...

cerpen kali ni agak serius..but ape pon..yg penting isi yg nk dismpaikan...saya rasa point cerpen ni smpai...betul...cinta Ilahi adalah cinta hakiki...tiada cinta yang lebih indah selain cintaNya...

Allahhua'lam...

Anonymous said...

best tol citer ni...

Puteri Diana said...

salam,
bagi saya,cita ni best..

1st : sbb islamic
2nd : sbb tiada cinta yg t'agung d dunia ini selain hny utk Yg Maha Esa shj
3rd : sbb cinta setia si Makhluk kpd PenciptaNya

cerita ni best lah jgk..sbb islamic..cite ni jgk t'amatlah sedih..tp agak mengelirukan pd bhgn perwatakan..pd bhgn pernikahan..tp ttp ok..pd segi pembacaan remaja n dewasa,faham lah..tp pd budak2 x tau lah mcm mn..so,cerita cerpen ni bnyk beri keinsafan pd diri sy..but,i still waiting 4 the next story..n,i hope next cerpen dpt yg lbh lg romantic islamic dr segi pergaulan,
persahabatn n lain2 lg,okey..wassalam

Anonymous said...

hi every person,

I identified doc4evarock.blogspot.com after previous months and I'm very excited much to commence participating. I are basically lurking for the last month but figured I would be joining and sign up.

I am from Spain so please forgave my speaking english[url=http://flsportsnews.info/].[/url][url=http://learnnewthingsha.info/forum].[/url][url=http://fusmartthoughts.info/].[/url]