@rubiadaibrahim

Saturday, October 4, 2008

->JaNjI 8<-

Ramadhan pertama kalinya di rantauan.Syahdu memang syahdu.Takde yang menarik di rantauan.Bazar Ramadhan pun takde.So,bersamalah kita meredhakan diri walaupun payah.Huhuhu.So,nak ilangkan kerinduan dengan makanan Malaysia,kena la wat pot luck.

Ari Sabtu,ktorang decide nak wat makan2 kat rumah.Kebetulan aku x kenal sangat kawan-kawan sebatch,so akak2 rumah aku jemput kawan dorang la.Takde yang spesial;nasi goreng kampung,sup ayam,bihun sup n desert sket.Kebetulan sempat berguru b4 datang dulu,so I’m the chef.Layan.

Kol 4 kawan2 Kak Ina n K Am dan sampai dah.Aku dah menyepi kan diri,segan lah.Takkan aku lak nak ramah mesra beriya.Kenal pun tak lagi.Dalam aku segan tak hengat dunia tu,ade sms masuk.Suspen tol la;Amal sms aku:

Amal:Salam Ramadhan Ida.So how ur Ramadhan.Buka puasa makan pe ni?Amal dah naik jemu makan kari.So,arini layan western food lak.Nak sikit?

Memang aku merajuk dengan Amal.Memang xde berita yang ku sampaikan pada Amal.Aku senang melarikan diri,lari dari dunia Amal.Dan ternyata Amal yang memulakan persahabatan kami kembali.Ikutkan hati tak nak reply sms Amal tapi nanti ape lak kata die kan?

Aku reply sms Amal.Amal memang begitu sebenarnya.Dia yang akan memujuk aku,sms aku dulu kalau ade rentak rajuk aku.Dan aku,mudah dipujuk mungkin.Cuma kata Amal,aku keras kepala.Kalau hitam kataku,hitam lah sampai bila2.Tanpa sedar senyum terukir saat aku membalas sms Amal.Dan yang pasti,ada mata yang memandang dan menyedari perubahan raut wajah aku.

“Ha,hepi pun muka dia akhirnya.X cemberut dah.Mesti oang jauh sms ni.Cerita baik la tu”,teguran Kak Am membuat aku tersentak.

Segan mak aih bila semua mata yang ada kt ruang tamu pandang aku.N suasana riuh rendah tadi jadi sunyi sepi,Kiranya semua orang dengar la Kak Am tegur tadi.Kak Am ni pun,tegur la bila tetamu balik!Nak ilangkan malu punya pasal,aku pun mula la mengarut.

“Xde la hepi mane akak.Bese2 je,orang bumi lagi sms.X jauh mane,kalo Pluto lain la cite.hehe”,balasku sambil senyum ala kambing tak mandi pagi.Tapi kambing memang x mandi kan.Hoho,mengarut je aku ni.

Susah nak kata kalo dah kantoi ni.Aisyh,potong stim betol.Tak sempat aku wat aksi kera kena belacan,sms masuk lagi.Adeh la,lupe lak nak silent hanphone.Makin masak la aku kena sakat.Aku pun perlahan2 angkat kaki nak masuk bilik,Ntah ape silapnye,ade lak hamba Allah perasan.

“Cik Ida,ape nak malunye?Ktorang dah expert bab hati dan perasaan ni.Kalau nak minta tips n berguru dengan kami pun takpe”,sound Hazim.Hazim nih aku punye fasilitator mase Ospek(Orientasi) Malaysia aritu.

Dalam dok orang bising2 bercerita tuh.Ade lak hamba Allah yang cemberut semacam muka dia.Macam orang sembelit pun ada.Masa kenal2 tadi,x silap nama dia Adam.Tgok dari muka die,cam x suke je orang2 ni cite pasal double-couple nih.Ntah2 baru putus cinta x??Eh,bulan puasa la;tak elok mengata orang.
------------------------------
Amal mempertikaikan kepakaran aku memasak.Ade ke patut dia kata makanan aku masak layak bagi makan kucing je.Kalau nak bergurau pun,berpada2 la.Isu sensitif tu.Pas die kutuk aku b4 buka puasa tu,aku terus tak layan die.Biaq p la hang.Malas aku nak layan.

“Aisyh,wat balik dah perangai die.Termenung sana,termenung sini.Nape Ida,orang jauh wat perangai lagi”,tegur Kak Ina sambil menggelang kepala dengan gelagat aku.Sikit aku x perasan dengan kelibat Kak Ina.Sape suh berangan,ye x??

Aku tersentak.Pinggan yang sudah di basuh aku letakkan di rak.Kebetulan aku cuti umum arini.Orang lain sume g jemaah Isyak n Terawih kat Masjid,so aku on duty mengemas dapur la.

Memang Kak Ina maklum akan hubungan aku & Amal sejak awal perkenalan kami.Kak Ina nak kenalkan aku dengan kawan dia kalau aku single-mingle.Dan2 aku mengaku dan berpunya dalam misi xmo meng”complicated”kan idup aku yang dah sedia complicated nih.Aku memang xmo pun dikenal2 ni,susah idup je.Yang penting,aku nak belajar sungguh-sungguh.

“Xde masalah ape pun akak.Ida pun dah xde ape-ape dengan dia.Just sedih sikit je.Ade ke patut dia kata Ida tak reti memasak?”.

“Dia gurau je kot”.

“Tak de maknanya akak.Gurau pun ade hadnya.Kalau dia ade depan mata,Ida sumbat-sumbat mulut dia dengan masakan Ida tau”,balasku geram sambil menyental kuali penuh perasaan.Sian kat kuali yang dah banyak berjasa nih,x pasal2 jadi mangsa.

“Biarkan dia Ida.Orang yang x reti appreciate ni,campak je dalam laut.Biar makan dek jerung.Ida x yah sedih,yang penting akak tau yang Ida reti masak.Pasni,boleh masak lagi untuk ktorang.Kawan2 akak sume puji nasi goreng kampung Ida tau”.

“Betol-betol.Nanti kita campak die.Dah orang kampung masak,x sedap lagi xtau la kak.Hehe.tapi kan,Ida rasa cam lain je bunyi nye ayat tu”.

Ni xde kes lain la ni.Silap aribulan,dorang wat open house,aku kena masakkan.Xmo aku!!!
----------------------------
Aku layan YM dekat CC sebelah rumah.Ari Ahad,merelase kan tension sedunia.Pas habis buka puasa,aku terus on9.Sunyi dok rumah sorang-sorang memandangkan Kak Ina dah boleh solat.Kemas dapur,kunci rumah n berdesup aku g CC.Aisyh,macam2 aksi la aku ni.X ramai hamba Allah yang on9.Yelah kan,orang tengah solat terawih sekarang ni.

Dalam aku dok hepi layan friendster,ada hamba Allah buzz aku.Amal la.Rasenye xde pun tadi.Oh,patut la.Dia wat status invisible.

Amal:Oit,ponteng terawih ye!!!!!!!!

Aku:Cuti umum.Jeles la tu?

Amal:xde maknanya.Nanti orang tu jeles gak bila kena ganti pose.Haha.

Aku:Xpe je pun.Boleh banyakkan Amal ibadah.Banyak sikit pahala.

Borak-borak kosong macam zaman muda-muda.Aku suka dengan keadaan begini.Aku punya la risau kalau kejanggalan melanda YM ktorang pas peristiwa perang dingin tu.Rupanya tidak,aku dan Amal kembali seperti seorang teman baik semula.Syukur sangat2.Macam-macam cerita la kitaorang kongsikan sampai lah ke satu kisah panas.Aku pening dah fikir cerita yang menyebabkan aku mengambil keputusan mengakhiri janji yang aku tetapkan satu masa dulu.

Message Amal membuatkan aku terpana.Aduh la,nape la aku poyo sangat dulu.X nak dengar cite penuh Amal dulu!!!!!

Amal:Ida,I think ur promise already over.I accept ur decision without tellling ur the stories.Kalau pun Ida xmo percaya,please trust me on this thing.Girl that make me pening b4 this is Min.She confess that she in love with me Ida.I dunno what to do rite now!!

Ya Allah.Min.Sampainya hati dia.Sedangkan Min tahu kisah aku dan Amal.Tapi aku tak patut salahkan Min sepenuhnya.Aku kena siasat kisah sebenar mereka.Amal pernah cerita yang Min selalu mengadu problems die dengan boyfriend die.Pas dorang fly,memang aku jarang bertanya khabar Min.Amal pun jarang bertanya khabar aku,mungkin Min fikir aku tak terima Amal.So,dia mengaku die menyukai Amal.Dan aku pun salah juga ke??Kalau pun aku salah,aku bersalah coz merahsiakan kisah aku & Amal yang tak berstatus ni.

YM aku balas dengan berat hati walaupun dalam hati kesedihan mata menusuk.

Aku:O,ic.So,rite now ape hubungan u all?Bukan ke Min dah ade boyfren ke?

Amal:Amal kata kat dia,Amal sukakan Ida.N dia faham.Tapi tak sempat Amal explain kat Ida,Ida dah decide xmo ape2 hubungan lagi dengan Amal.Min dah putus dengan boyfren dia.So,Amal single-mingla la sekarang ni.Orang tu bukannye nak kat Amal balik.

Aku:Sungguh,Ida x tau kisahnya begitu.Takpelah Amal,we better have nothing spesial between us.Kita berkawan je k.Kalau Amal mahukan Min pun takpe.Help her heal her sadness.

Aku lahirkan hasrat hati.Sungguh,aku tak mahu apa2 lagi dengan Amal.Lebih baik kami berkawan kerna kami menghargai ikatan itu.Dan aku tahu siapa Amal,Amal jadi tempat mengadu masalah Min.Mungkin sikap Amal yang sememangnya mengambil berat membuatkan Min jatuh hati.Susahnya berdepan dengan masalah hati!!!!!!!!Dan sebahagian hati menidakkan cerita yang aku dengar.Betul ke Min sukakan Amal???

Dan YM terus tiada balasan.Amal buka puasa kot!!!

No comments: