@rubiadaibrahim

Friday, October 17, 2008

+Janji 9+

Sambutan Hari Raya tak meriah tanpa ucapan dari kenalan.Seawal 20 Ramadhan lagi,dah bertimbun sms dari kawan-kawan yang aku terima.Nak plak bila dorang dah maklum yang aku beraya kat perantauan tahun ni.Tahun ni boleh la aku meyumbangkan lagu Salam Perantauan sesumbangnya.

Memandangkan sambutan raya tak se”happening” di Malaysia,aku dah awal-awal lagi minta resepi mana yang patut dari mak.Bukan apa,sekadar cuba memeriahkan lebaran yang tak meriah ni.Pengalaman raya nanti confirm sangat-sangat berharga,boleh cerita kat anak cucu.hehe.

Persiapan raya,seminggu aku dah usha barang-barang kat pasaraya.Tengok-tengok harga b4 buat bajet.Dalam aku dok asik terbongkok-bongkok,terjenguk-jenguk kat area beras tu,ada hamba Allah menyapa.

“Cik Ida,buat ape tu?Cari ulat beras ke?Haha”.Amboi ape la yang lawak sangat sampai tekan-tekan perut.Si Hazim ni poyo je lebih.Pas habis orientasi aritu,mamat nilah antara hamba Allah yang baik dengan aku.Rajin bebeno dia bercerita dengan aku.Macam-macam cerita sampai kadang-kadang aku tak percaya yang aku ni bleh baik dengan insan bernama lelaku nih.Musykil betul bunyinya kan.

“Haha.takde la.Apa kes cari kutu beras.Ni tengah fikir strategi nak seludup beras ni kelaur.Jimat dah 40ribu.Hehe”.Dalam dok kalut cari alasan tu,bleh la terlintas idea nak jadi perompak tu.Aisyh,buat malu je aku ni.Huhu.

“O,gtu.Kalo camtu Abang Haz nak join sekaki la.Sampai kat luar kita bagi dua.Tak pun,Ida masakkan la nasi minyak ke,tomato ke,nanti jemput abang datang.Boleh?”.Ada hati nak join sekaki lak mamat ni.Bukan nak tunjuk jalan yang lurus kat aku.Parah-parah.

Hazim ni je kawan Kak Ina & Kak Am yang membahasakan diri dia ABANG kat aku.Aku tak pernah lak mengabangkan dia.Geli ngat eh.Selalu sms aku reply,takda panggilan nama alergik tu la.Aisyh,panggil abang-abang ni cam panggil suami lak.Takmo la aku.

“Ade lak nak join sekaki.Pastu sama-sama makan duit haram.Nanti jadi darah daging.Astaghfirullah’azim.Takde la,tengah cek harga beras ni.Raya-raya juga,bajet kena wat betol-betol.Kalau tak,makan megi la alamatnya pas raya”.

Hazim sekadar tersenyum simpul mendengarkan kata-kata aku.Segan la tu dengan aku.Sesekali meng”ustazah”kan diri apa salahnya kan.

“Em,cite pasal raya cam best je.Ida nak masak ape raya ni?Abang pun tak balik raya tau?”.

“Nothing special.Ida baru je menuntut ilmu masak-memasak utk raya dari mak.Semput gak la nak membaca sms.Takat ni,Ida ingat nak masak nasi minyak & rendang daging je.So,jemput la datang rumah raya ni.”.

“Nasi minyak je.Teror la tu,boleh jadi chef kenduri tu.Boleh,nanti Abang datang.Kalau abang ajak kawan-kawan batch abang yang tak balik boleh?”.

“Em,apa salahnya.Kalau ramai ni meriah sikit.Ramai ke 2nd year yang tak balik?”.

“Dalam 15 orang kot.K la gtu,kita serangggggggggggggggggg rumah Ida raya ni”,balas Hazim dengan aksi ala Ultraman Taronya.

Dan tanpa kata,Hazim sorong troli aku yang belum berisi apa-apa.Macam-macam karenah juga mamat ni.Dalam diam-diam,dia sumbat troli tu dengan benda-benda tak berfaedah.Tisu tandas yang bungkusan besar,pampers n tak lupa minyak bijan.Mengarut bebeno.Aku tak jadi nak marah tengok muka innocent tak hengat dunia dia tu.

“O,kat sini rupanya ko ye.Banyak la ko beli ikan,ni pancing ikan ni.Bro,ko memang poyo la beb”,tegur suara dari arah belakang aku masa troli sampai kat area bahan basah.

Kami berpaling.Adam,housemate Hazim aka mamat takde perasaan yang Kak Ina & Kak Am tengah bercekak pinggang.Rupanya mamat ni ada suara.Senyuman aku lemparkan.Malang tak berbau bila mamat ni taknak sambut seyuman aku.Muka dia terus masam mencuka.Cuka yang masam tu pun kalah.

Senyuman aku tadi aku tarik balik.Punya la kedekut mamat ni.Bersedekah senyuman pun tak nak.Terhinanya la rasa diri.Adeh la.
---------------------------------------
Malam raya,aku stat la aktiviti masak-memasak ni.Rendang daging yang dirancang awal-awal tu terpaksa ditukar dengan ayam masak merah.Camne ntah,harga daging boleh melambung tinggi dekat-dekat nak raya ni.Aku mengadu kat mak,mak suh banyak-banyak bersabar.Aku redha,dah namanya dok perantauan.=)

N seperti biasalah,malam-malam raya ni mesti berguni-guni gak sms masuk.Sms yang paling aku tunggu,sms dari Nurul la.Sepanjang bulan puasa busy bebeno bakal cikgu ni.Malam raya bleh la aku bergayut sat pas habis masak ayam masak merah.Sekadar mencurah perasaan yang tak berapa nak tenang ni.Huhu.

“Ida,Amal tell me something.Haha,apelah malangnye nasib korang ni.”.

Aku dah rasa semacam.Ape yang Amal bgtau ye.

“Dia kata Ida ni keras hati.Dia dah mengaku salah pun,Ida cam tak maafkan dia.Besar sangat ke kesalahan dia Cik Ida sayangku”.

Dah stat dah Nurul nak korek rahsia.Sebenarnya,tak ada rahsia antara kami berdua.Terlalu banyak kisah suka duka yang kami kongsikan bersama sejak sekolah menengah lagi.

“Amboi,pandai dia mengadu dalam diam rupanya.”,duga aku.
“Tak adalah macam tu.Takbaik memutuskan silaturrahim.Hehe.Ida,tolong kawan sekali-sekala tak salahkan.”.

“Memang tak salah.Ntah la Nurul.Ida memang dah patah hati sangat ni.Sampai hati tol la dia mainkan perasaan Ida.Ida tau ni pun pas Intah cerita yang Amal pernah mengayat dia sebelum ni.Ida ni dia buat macam takde perasaan je.Menyampah la Ida dengan buaya tu”,kataku penuh emosi.

“Fitnah x?”.
“Bukan fitnah la Nurul.Amal sendiri dah mengaku.N apa yang buat Ida tawar hati sangat-sangat dengan dia bila tahu ada kawan kita yang memendam rasa dalam diam.Dah la tak jujur dengan Ida.Sedih tau.
“Ida,jangan la sedih-sedih.Jap,kawan kita.Takkan la Min?”.

“Ida pun tak percaya Nurul.Tapi bila Amal sendiri cerita,Ida percaya.Memang Ida yakin pun Min sukakan dia.Masa sekolah dulu pun,kita maklum perasaan Min kan.Cuma Min je nafikan.Ida memang tak mahu apa-apa janji lagi dengan dia.I wanna let him go”.

Banyak peristiwa yang aku fikirkan sebelum memutuskan janji kami dulu.Min memang menyimpan perasaan pada Amal.Mulanya,aku menafikan.Tapi aku imbau semua kisah mereka di belakang aku.Hari aku ceritakan pada Min tentang sms-sms dari Amal,wajah Min berubah.Min cuba menceriakan aku dengan kisah cinta dia dan Aizad.Dan Min tak benarkan aku membaca sms di inbox phonenya.Katanya,segan kalau aku tau aduannya pada Amal.Dan mungkin Amal terlalu baik ayat-ayatnya dalam setiap sms pada Min.Hati Min terkesan dan rasa hati Min pada Amal kian berbunga.

Nurul akur dengan keputusan aku.Nurul mengeluh dengan pengakhiran kisah kami.Aku katakan pad Nurul yang kisah janji kami ni tak dimulai lagipun dan dimungkiri.Kalau dilanjutkan,entah macammana kesudahannya pun aku tak pasti!!!

No comments: