@rubiadaibrahim

Thursday, October 30, 2008

->Janji 10<-

Kesibukan melanda lagi membuatkan aku sedikit terlupa dan mudah melupakan hati yang sedikit terluka;Kisah aku & Amal yang aku fikir sudah pun berpenghujung.Sedar tak sedar,semester satu dah pun habis.Inilah saat yang paling aku nantikan.Cuti seminggu after habis exam.Happy bebeno coz boleh balik ke Malaysia setelah berkelana di negeri orang.

Angah akan melansungkan perkahwinan dengan tunang tersayang.Mak dan abah gembiranya bukan main.Al-maklumlah,bermenantu buat pertama kalinya.Angah melangkah bendul coz Along tak berniat nak mengakhiri zaman bujang lagi.Syukur betul Angah coz Along lelaki.Kalau perempuan,habislah duit Abang Az kena bayar pampasan.Pampasan ke?Gitu-gitulah.

Aku dah happy tahap gaban dah coz boleh melaramkan diri.Haha,aku lak yang terover excited.Ada lah sikit buah hati untuk family tersayang.Nak pula elaun masuk tepat pada masanya.Elaun tunggakan 3 bulan sebelumnya yang membuatkan hidup aku sedikit terseksa sebelum ni.Belanja besar la aku.Macam-macam aku borong bawak balik Malaysia.

Baju kebaya untuk Angah & Uda.Baju Rabbani untuk Abah & Along.Telekung untuk nenek & mak.N tak lupa baju kanak-kanak untuk Ju dan Alang gemuk.Teringat kat Alang yang makin pandai bercakap,makin berbunga rasa rindu.Boleh si montel tu warning Angah bila Angah lupa nak bawak botol susu masa g shopping.Comel tul la.Tak sabarnya!!!!!
-------------------------------------
Seawal jam 8 lagi dah ramai orang kampung yang datang membantu.Aku just intai-intai kepala tengok mak cik2 ni bergosip.Tak reti sangat nak join dorang borak-borak ni.Bukannya aku sombong ke apa,tapi kurang masuk dengan aku cerita-cerita dorang ni.Ada baiknya aku tolong otter pelamin n makhluk-makhluk lain yang perlu di otter.Layan jelah.

“Kak Ida,adik kata ni pakwe Kak Ida.Betul ke?”,teguran Irah,kakak si Alang montel membuatkan aku tersentak.

Tangan aku yang lincah merapikan kain hiasan pelamin terhenti.Kanak-kanak ni bukan apa,mudah sangat percaya dengan gosip liar ni.Silap ari bulan,Wan De aku pun boleh tau ni.Gambar di tangan Irah aku capai.Lah,ni gambar si Amal time sekolah dulu.Camna boleh terkeluar dari album ni.

“Eh,takde lah.Mana dapat ni?”,tanyaku pada Irah.Irah Cuma tersengih sambil mempamerkan giginya yang tersusun rapi.Comel lak aku tengok.

“Adik bawak balik rumah.Mak,abah,Wan semua dia dah tunjuk.”,katanya bersungguh-sungguh.Alahai,pandai pulak si Alang ni menimbulkan kontroversi.Mujur la kecik lagi,kalo tak dah lama aku jentik tangan dia.Pandai lak bawak balik gambar mamat tu.

“Em,dorang kata ape?”.
“Dorang kata pakwe Kak Ida encem.Padanlah dengan Kak Ida”,balasnya bersahaja.Aiyh,pandai lak tu.Siap buat survey lagi.Adeh la.

“O,ok.Em,Kak Ida simpan gambar ni ok.Kena pulangkan semula dekat abang ni.Nanti dia marah.”,pujukku.

Ira menganggukkan kepala.Bagus,tak banyak soal.Senang kerja aku.Gambar aku simpan dalam bekas gunting.Ira Cuma memerhati gelagat aku.Dari raut wajahnya,kelihatan masih ada persoalan yang mahu ditanyakan.Masih ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak sekecil Ira.Tekaan aku ternyata tepat bila Ira menarik bajuku lima minit kemudian.Dan aku terpana dengan apa yang terpacul dari mulut si kecil.

“Kenapa Kak Ida kena pulangkan dekat abang encem?Akak dah putus dengan dia ye.Rugilah akak!!”,kata Ira penuh dengan gaya penasihat cinta.Ni gara-gara terlebih tengok TV kat rumah la ni.Mak and ayah busy memanjang,multimedia tak terkawal.Ceh,jadi pegawai kebajikan dah aku.Peace!!!!!!!!

“Isk,tak ada lah.Akak curi gambar ni dari dia dulu.Hehe”,kataku Cuma menyembunyikan hal sebenar.Padahal,gambar tu gambar aku yang disnap Nurul time study group.Tau2 dah siap.Sepasang lak baju hitam.Aisyh,jangan dikenang kisah lalu.

Si kecil masih termangu.Ada rentak tak puas hati dari raut wajahnya.Aku menggarukan kepala yang tak gatal.Dan ayat power yang terpacul membuatkan aku terkejut tahap dinosour.Huhuhu.

“Kak Ida tipu ni.Akak tau tak tipu dosa.Masuk neraka tau.Aritu masa Along putus dengan pakwe dia,dia pulangkan semua hadiah,gambar kat abang tu.Sama je dengan Kak Ida sekarang ni”.balasnya sambil berlalu.Siap nanyi lagu kanak-kanak taska bila buat jahat lagi:

TIPU DOSA
ALLAH TAK SUKA
MASUK NERAKA,
ADUH,PANASNYA.

Adeh,geramnya aku.Mujur la anak orang,kalo anak aku.Masak ko kena piat.Giler garang aku ni.Hehe.

Aku menyambung kerja merapikan pelamin.Angah menjengah setelah Ira berlalu.Aduh,masak aku kena soal-siasat dek cekgu disipilin ni sat lagi.
----------------------------------------------
“Ida,tolong tengokkan hiasan hantaran ni.Angah rasa kena tambah bunga la.Kosong sangat rasanya”.

Isyh,sejak bila lak aku pro bab hantaran ni.Menjahanamkan hiasan hantaran boleh la.Apo nak di kato jang.Saya sudah kantoi.Aku menggelengkan kepala tanda tak mahu membantu.Angah ape lagi,mula la sesi merengek dia tu.Siap wat mata shining lagi,tak tahan betul

“Ida,please.Arini je Angah nak bermanja.Esok tak boleh dah.Huhu.Please,sayang”,pujuknya sambil menarik tangan aku.Aku keraskan badan dan menahan ketawa melihat kesungguhan Angah menarik badanku yang lebih berat dari dia.

Malas memanjangkan gurauan,aku mengikut rentak langkah Angah.Bimbang juga orang perasan dengan kebisingan & gurauan kami.

Tomobol pintu Angah kunci,di kunci dari dalam.Dan muka penuh tanda tanya Angah membuatkan aku yakin dengan tekaan aku.CONFIRM,YAKIN & PASTI,hamba Allah ni nak korek rahsia aku.
--------------------------------------
“Ida,betul ke apa yang RADIO KARAT tu tanya tadi?”,tanya Angah bersungguh-sungguh.

Sian si Ira,kecik-kecik dah ada penggilan tak elok.Tak baik betul dorang ni.

“Aha.Betul”.Angah punya muka macam kera kena belacan.Gila-gila terkejut.Nasib la,sibuk sangat dengan tunang.Sebenarnya aku yang malas cerita kat akak aku ni.Sat lagi kecewa lak mak aku.Kenapa lak mak aku yang kecewa,tenggggggggggggggg.

“La,napa tak cite.Aritu masa Ida kol gurau kata nak bertunang dengan Amal,mak bukan main hepinya,Memanjang senyum.Siap kata kat Alang Amal tu Abang Cik lagi masa Alang tanya.Napa putus Ida?Isyh,korang ni?”.

“Ahaks.Yelah tu.Mak kenal Amal dari cerita Ida je pun,bukannya pernah borak.Macam-macam la Angah ni.Ha,lepas terkantoi dengan Alang tu la,cite ni jadi hot.Angah tau tak,RADIO KARAT dah sebarkan Amal tu pakwe Ida kat semua orang.Mana la Ida nak letak muka ni.Huhu.”,keluhku.

“Em,Ida kat pandai cover.Cover la dengan cite bombastik apa-apa?”.

“Yelah tu.Angah.Kalo wan tanya camne.Ida ni bukan pandai berahsia dengan Wan.Sat lagi mula la Mak Long nak jodohkan Ida dengan sesapa.Mak Long tu bukan betul sangat perangainya.Huhuhu”.

Mak Long aku ni memang suka me”Match”kan orang.Tapi takat survey aku,tak pernah berjaya lagi la.Angah dulu pun masuk dalam senarai peserta gak.

“Nasib la Ida.Angah dah lepas.Hehe”.

“Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk”,teriakku.Angah ape lagi.Dia tekupnya mulut aku dengan span baju.Sesak nafas.Eh,lupa lak.Orang ramai kat luar.Kang,dorang ingat aku histeria lak.Ternyata tekaan kami tepat,bila suara mak kedengaran di luar pintu.Kantoiii.

No comments: