@rubiadaibrahim

Tuesday, October 21, 2008

->kErAnA bUdI<-

Deringan handphone membuatkan mataku yang sudah hampir tertutup terbuka semula.Siapalah yang call aku di saat malam masih muda ni??Number phone yang tak pernah aku save.Baru pukul 7.45 malam tapi mata amatlah mengantuk.Nak plak minggu ni busy menguruskan orientasi student baru Fakulti Kejuruteraan Kimia UKM ni.Boleh tahan gak ramainya manusia,macam-macam ragam yang aku jumpa.Alhamdulillah,malam tadi dah pun berakhir.Boleh la aku merehatkan diri seketika.

Aku biarkan handphone NOKIA 3310 terus menjerit.Bingitnya telinga.Bantal aku capai, aku tekupkan di telinga.Bingitnya tak tertahan,almaklumlah ringtone level 4.Mata masih terpejam.Geram sebenarnya diganggu sebegini.Fahamilah aku yang tak berapa nak betol time mengantuk ni.Adeh la,sape ke hamba Allahnye yang membantutkan pengembaraan ke alam mimpi nih???????

Dengan berat hati,tangan mengagau mencari handphone.Perangai aku memang buruk sikit time mengantuk.Tak peduli dah dengan sekeliling kalo badan dah landing atas katil.Kalau bom meletup sekali pun,tak ada nya aku nak bangun.Hangit kena bom adalah.

Memikirkan mungkin panggilan penting yang masuk,aku lekapkan handphone ke telinga.Tiada suara dari pemanggil.Sape lak yang pedajal aku nih.

“Hello.Siapa ni?”,tanyaku lagi.Masih tiada sahutan.Aku dah start membara dah rasa hati.Memang nak kena fire dengan aku nih.Terus segar mata bila terasa nak menggarangkan diri.

Eh,padan la,telefon terbalik.Yang telinga kat bawah,yang tempat cakap kat bawah.Mana la nak dengar.Maaf la insan misteri.Hehe.

“Hello.Assalamualaikum”,sapaku perlahan sambil satu tangan menggosok mata yang selebet.

“Waalaikumussalam.Maira,sori ganggu malam-malam ni.Maira dah tidur ke?”,balas si pemanggil.

Amboi-amboi,dah tau ganggu apa kes call aku.Nilah manusia,suka bertindak tanpa berfikir dulu.Tapi aku pun bengong gak,ada ke patut belum masuk Isyak dah syahid.Tu pun kira baik gak la aku ni,landing atas katil ni pas azan Maghrib bergema.Ingat lagi kat pesan mama yang tak elok tidur petang-petang ari.Mewarisi kegilaan katanya,silap ari bulan check in kat Tampaoi aku.

“Em,dah.Tapi dah terbangun dah pun.By the way,ni siapa ye?”.Yelah,siap panggil nama manja aku lagi.Ntah sape pun aku tak tau.Kalau orang tu mandrem aku kat telefon,dah angau tak tentu pasal.Hehe.

“O,sori lagi sekali.Ni Azfar ni.Kenal x?”.

-------------------------------------

Azfar,senior aku kat Fakulti ni.Dah graduate & dah keje pun dekat Terengganu.Kali terakhir jumpa malam tadi masa dinner,almaklumlah jemputan khas.Orang besar alumni fakulti.Tu pun bertegur senior-junior je.Kenal ada kadar.Tak pernah pun berbaik dengan aku.Ni yang aku musykil bebebo bila hamba Allah ni call aku.Cam ada udang di sebalik batu je!!!

“O,ada ape ye?Pelik je bila dapat kol ni?”.Sekadar serkap jarang.

“Em,nak minta tolong Maira.Boleh x?Tu pun kalo Maira sudi la nak tolong.Hehe”.Cet,malu-malu konon.

“Oit,rasa cam orang penting lak.Dapat penghormatan tolong orang glamour nih.Haha,nak minta tolong ape?Ushakan junior kita ke?”,tanyaku lagi.Aku rasa cam dia nak usha junior kitaorang yang cun tu.Aku dah perasan dah masa malam tadi.Tak berkelip si Azfar ni pandang junior aku tu,mujur tak terjongol keluar je biji mata.

“Aik,mane Maira tau ni.Cam ada sixth sense je.Haha”.

“Camne la saya tak perasan.Ni mesti nak tackle junior jubah hitam semalam tu kan.Pandang tak berkelip”.

“Malu dah saya.Em,tu satu.Tapi sebenarnya Az nak cari sedara Az.Mak kata ada dua pupu yang ambik couse ni gak.Ni yang lagi penting.Tolong cekkan kat student data boleh?Nama ayah dia tak silap Rahim.”.

“Ooo,ni serampang dua mata la ye.Em,paling-paling esok la ye,sebab dorang submit data kat Persatuan Pelajar tomorrow.Nanti saya cekkan data dorang.Ada lagi apa-apa yang nak saya bantu??”.

“Em,rasanya tu aja.Lg satu masalah,tapi cam Maira tak boleh settlekan je”,keluh Azfar perlahan.

Masalah aku tak boleh settlekan??Ni masalah hati ni.Kalo bab masalah hati ni,aku memang tak bleh jadi penyelamat la.Silap aribulan,orang yang nak berbaik boleh terpisah.Aisyh.

“Oho,rasa cam tau je.Masalah cintan-cintun ke?Em,jangan kata kisah dengan kawan saya tu.Baru-baru ni terdengar cerita,tapi rasa cam mimpi je.Jangan kata betul lak.”.

“Yup,kisah tu.Maira dengar sikit je kot.Bukan tipu kisah ktorang tu.Sekarang ni entahlah,rindu sangat kat dia.Fiqa cam dah tak peduli langsung dengan Az tau.Macam pengemis je dia buat Az sekarang ni.Sedangkan Az dah macam orang tak betul bila dia tak layan Az.Seribu kali tak sudi pun.tolonglah bagi tau.Jangan buat Az camni.”.

Tanpa aku pinta Azfar membuka cerita cintanya.Aku terkejutnya bukan main.Azfar & Afiqah pernah bercinta.Aku cubit jari,sakit mak aih.Maknanya betul la aku tak mimpi.Nak caya ke tak nak ye?Em,kalo tuan punya badan dah bercerita,takkan la tipu lagi kan.

---------------------------

Seingat aku,Azfar pernah sekali je datang ke rumah.Masa aku 2nd year,aku wat jamuan ari raya puasa.Dan seterusnya,kalau jumpa pun sekadar bertegur sapa.Tak pernah pun bercerita panjang lebar.Bab hati dan perasaan tak pernah hayatlah.Maksud aku,kisah cintan-cintun ni la.Yelah kan,apa kes nak jadikan aku pakar cinta nih.Aku dah la takde pengalaman,nak menasihat orang lagi la tak layak.

Cerita & luahan hati Azfar sedikit membuatkan aku terbengong.Macam-macam cerita yang aku rasa cam poyo aku dengar.Takkan lah Afiqah yang rock tu pandai bermain kata cinta & menjiwang karatkan diri.Tapi kalo compare dengan aku,aku lagi ganazzzzzzz la.Tak ada sapa yang bleh lawan aku.

Giler sangat si Azfar kat Fiqa rupanya.N yang aku tak faham tu nape si Fiqa tu gantung mamat tu tak bertali.Selalu lelaki yang suka gantung-menggantung ni.Ni terbalik lak.Tapi ape nak pelik kan,zaman dan berubah.Dunia pun dah makin maju,makin banyak la benda pelik yang kita jumpa.

Azfar pesan kat aku minta tolong tengokkan Fiqa.Fiqa pun jauh berubah sekarang.Kalau ikutkan kronologi cerita si Azfar,kira berjaya la si Azfar mengubah Fiqa baik sikit dari zaman kitaorang first year.Em,tapi aku memang tak pelik pun napa si Azfar boleh jatuh hati.Fiqa tu memang cantik,ayu lagi.Tapi saje je mengganaskan diri yang tak berapa ganas.Kesian gak aku dengan si Azfar ni.Dalam ketenangan raut wajah dia,tersembunyi keperitan cinta tak kesampaian.Tapi apa nak dikata,sapa yang suh dia bercinta kan??Kejam ke statement aku nih?Hehe.

---------------------------------

Sms aku kirim pada Azfar,maklumat berkenaan Wan Rusdina.Wan Rusdina yang cantik dan manis bila tersenyum.Pada aku,memang patut pun Azfar cari pengganti.Tapi pelik gak aku dengan dia ni.Banyak kali dia tegaskan yang dia tak mungkin jatuh hati pada Rusdina.Katanya,berkenalan Cuma untuk berteman.Bila aku katakan,teman tapi mesra,cepat-cepat Azfar pintas kata-kataku.

“Teman tapi mesra eh.Takat ni,Fiqa still dalam hati.Datanglah seribu Rusdina yang cantik pun,hati Az tetap kat anak manja mama& papa tu.Beratnya la menanggung rindu ni Maira.Huhu”.

Azfar terlalu sayangkan Fiqa.Aku akui itu dari sms & rintihan kata-katanya.Semua sms padaku berkisar tentang Fiqa.Dan aku senang dapat membantu merapatkan hubungan mereka.Sejak dari telefon misteri tu,Azfar rajin sms aku.Bertanyakan khabar intan payung,pengarang jantung.Dan aku jadi pengintip tak rasmi.Fiqa sendiri tak tahu yang aku maklum akan hubungan dia dengan Azfar.Dan aku takkan sesekali mengakuinya kerana bimbang Fiqa segan dengan aku.Aku tak mahu persahabatan yang terjalin hambar kerana aku.

----------------------------------------

Risyam,teman aku paling rapat.Aku ceritakan aku pening dengan sms dari Azfar.Dia terlalu mengharapkan aku merapatkan hubungan mereka.Rupanya Risyam juga antara pemerhati bebas kisah mereka.Dan apa yang kami simpulkan dari lagak dan gaya Fiqa,Fiqa sudah tak sudi lagi dengan Azfar.

“Aku rasa aku akan nikah b4 graduate”,kata Fiqa tiba-tiba.Aku hanya tersenyum,kerana merasakan calonnya pasti Azfar.Mungkin terubat sudah luka Azfar,telah termeterai janji mereka.

“Amboi,tak sabarnya.Siapa calonnya.Aku kenal x?”.

“Korang semua tak kenal.Kawan Kak Long aku.Boleh tahan rupanya,Kak Long memang nak kenalkan tapi aku tak ready.Baru-baru ni dia sms aku.Aku nak lelaki camtu la.Memang gentleman habis.Aritu masa Kak Long nak balik Japan,ramai terlepas flight.Rela dia tunggu semua orang settle dulu urusan,baru dia naik flight.Kagum giler aku masa tu.”,cerita Fiqa panjang lebar.

Aku termangu.Kiranya kisah dia dan Azfar sudah tak terselamat lagi.

“Dah tu sekarang ni,apa status korang.Mean ko dengan kawan Kak Long?”,soalku.

“Hati aku berbunga rindu la ni.Aisyh,kenapa lah ada manusia cam dia kat dunia ni.Haha,angau habis dah aku.”,balas Fiqa bersahaja.

-----------------------------------------

Aku terpana.Andai Fiqa menerima huluran kasih Azlan,Azfar akan kecewa.Azfar yang sangat-sangat berharap.Aku mahu berterus terang dengan Azfar.Tapi entahlah,keyakinan Azfar akan memiliki Fiqa membuatkan aku takut.Aku takut Azfar frust menonggeng.Aku tak tahu cara terbaik memaklumkan berita yang paling tak mahu dia terima.

Sms dari Azfar aku terima lagi.

Maira,Az rindu sangat dengan dia.Sesuai tak kalau Az sms dia sekarang.Az dah tak tertahan rindu ni.”.

Azfar meminta pendapat ku lagi.Dan aku,terdiam seribu bahasa.Perkataan apa harus aku katakan.

“Em,susah nak kata.Better u follow what ur heart say.I’ll pray for u”.Sms send.

Tak sampai 5 minit Azfar menelefonku.Mahukan penjelasan dari apa yang aku tulis dalam sms.Dan aku,mati kutu.Apa ayat paling tepat untuk dikatakan.

“Maira,is there something happen?Just tell me,please”,ada getar dari suara Azfar.

“Nope,nothing to worry about”,balasku.Sekadar menyedapkan hati Azfar.

Em.Kadang-kadang Az rasa Az ni macam bodoh je.Terlalu mengharapkan Fiqa.Sedangkan kawan-kawan Az semua suruh lupakan dia.Tapi Az tak mampu Maira.Az terlalu sayangkan dia.Maira nak tahu apa soalan yang pertama keluar dari mulut Fiqa bila Az confess kat dia?”.

“Eh,mestilah nak.Kalau boleh,saya nak siarkan kat Buletin lagi.Haha.”,gurauku.Azfar ketawa di hujung talian.

“Dia tanya Az either Az solat isthikarah tak masa confess kat dia.Az luahkan rasa hati after Az buat solat isthikarah la.Az yakin dengan apa yang az rasa.”,jelas Azfar bersungguh.

“Em,Maira bukan nak persoalkan solat isthikarah Az.Tapi apa yang saya tahu,saat kita nak solat isthikarah ni.Hati kita kena suci betul.Mean,kita minta petunjuk sebenarnya dari Allah swt.Dengan penuh pengharapan diberikan petunjuk.Em,btw dah solat isthikarah bape kali ni?”.

“O.ok.Maybe betul tu.Hati Az ni dah memang sayang kat dia masa solat tu.Walapun Allah nak tunjukkan yang lain.hati Az deny it.Segan nak cakap,baru sekali je.Hehe.”.

“O,ye ke.Takpelah.Solat isthikarah lagi.Jap ni ada doa.Boleh baca selalu.Ya Allah,seandainya dia yang terbaik untukku,kau dekatlah hatiku kepadanya & kepada jalan menxari redha-Mu.Seandainya dia bukan yang terbaik untukku,maka hilangkan lah dia seperti hilangnya matahari di kala senja”.

“Aminnnnnnnnn”,sambut Azfar.

“Just as reminder:Cinta tu api yang dingin,dia takkan bakar kita.Tapi dia akan memerangkap kita.So,janganlah bercinta.Haha”.Peh,siap nasihat lagi tu.

“Baik,ustazah.Kalau dia bukan untk Az,Az redha.Tolong doakan yang terbaik untuk Az ye?”,pinta Az padaku.Dan aku,junior yang setia.Doa tukan hadiah paling berharga untuk sesama muslim.

----------------------------------

Sedar tak sedar,tinggal 3 bulan lagi aku nak habis belajar.Pasni boleh balik rumah ,makan dengan sesungguhnya.Al-maklumlah,penat praktikal tak hilang lagi.Jauh aku tercampak kat Sarawak.Praktikal penuh memori kat Bumi Kenyalang.

Maunya tak memori,laguage aku tertukar dengan mamat Bangla kat airport.Bukan mamat Bangla tu yang salah,aku yang tak sabar.Menonong je tarik beg.Mujur la ade rupa mamat Bangla tu,kalo tak tak mahu aku jumpa.Pastu hilang lak hanphone time ekspedisi kat Sungai Rajang.Siapa suruh excited sangat cam tak pernah jumpa sungai kan.Terkinja-kinja bila sampai kat Jeti.Dalam tak sedar tu,ada benda melayang jatuh dalam sungai.

Lama aku pana.Dah 10 minit,baru tersedar.Mak aih,hanphone aku rupanya.Sian la ikan kalo ternampak handphone tu.Nak makan,besar sangat.Gigit,patah gigi lak silap aribulan.Hehe.

Dah lepas peristiwa kehilangan handphone tu,Azfar hilang dari hari-hari aku,Tiada lagi ceritanya berkenaan kerja yang menimbun,kulit yang dah gelap sebab berjemur di pelantar dan kesungguhan memikat semula hati Fiqa.Aku beli la handphone maju sikit,boleh la tahan majunya.Tapi tukar number baru.Semua number phone hilang gitu je.Kebusyan aku membuatkan aku lupa nak contact Azfar.

Aku dah kurang sms dengan dia masa praktikal.Mana la sempat nak sms,kerja berguni-guni.Aku lak yang hepi nak keje ni,cam lupa kat handphone siang ari.Malam dah penat.balik je rumah,syahid memanjang la ku.

Aku try gak menyiasat kisah dorang ni.Aku usha sms kat handphone Fiqa.Banyak sms dari Azfar.Tapi aku tak baca la,ada ke patut nak baca sms jiwang-jiwang orang kan.Tak hingin aku meloyakan diri dengan ayat-ayat dramatis ni.Buang karan je.Aku diamkan diri jelah,Happy untuk dorang.Alhamdulillah,bersama gak akhirnya.Jangan lupa nak jemput aku menikah besok udah la.Aku hantar hadiah bom kat mamat tu.Puas hati aku.Haha.

----------------------------------------------

Dah sebulan cuti,aku memerap kat rumah je.Mama busy memanjang,kursus sana.Kursus sini.Papa pun sama.Aku bosan tahap gaban dok rumah.Along kat UK,Aizat& Asyraf kat Kolej.Aku mengadu kat mama.Kata dah tak sayangkan aku.Cepat je mama balas,kalau tak sayangkan aku,takkan la boleh jadi tembam macam sekarang ni.

Baru aku perasan yang badan aku dah macam tong drum.Ni semua gara-gara tak sempat makan masa praktikal la ni.So,aku balas dendam bila balik rumah.Mama lak sediakan macam-macam makhluk dalam fridge.Dah bosan dok rumah,melantak jelah keja aku.Huhu.

Tak boleh jadi ni.Kena suarakan rasa hati kat mama ni.

“Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaa”,jeritku sambil memulas tombol pintu bilik mama.

“Ye sayang.Ada ape.Terjerit-jerit,x malu ke anak dara mama ni?”,balas mama lembut.Aku dah segan dah.

“Em,Angah rasa cam bosan giler dok rumah ma.Boleh tak kalo Angah g cuti mana-mana?Kalo mama nak hantarkan Angah bercuti pun lagi ok.Hehe”,pujukku lembut.Mama Cuma tersenyum.Mama memang gembira betul bila aku berubah jadi lemah-lembut.Yelah kan,anak perempuan dia satu-satunya ni dah jadi anak dara pingitan.Haha,pingitan la sangat.

“Em.Mama faham Angah bosan.Tapi ok juga tu,boleh Angah jalan-jalan tengok tempat orang.Next week mama kena g meeting kat Terengganu.Mama pun dah lama sangat nak jumpa kawan mama.Kalau Angah teringin merasa suasana kampung,boleh la duduk rumah kawan ibu seminggu dua.Belajar mengurus rumah tangga.Mana tau,dia berkenan nak jadikan Angah calon menantu dia”,gurau Mama sambil menggosok kepalaku.

“Isyh,mama ni.Ntah-ntah anak dia dah ada calon.Tak pasal-pasal Angah jadi perosak hubungan orang lak nanti.Tapi best juga,dok kampung.Nak balik kampung sendiri,takde sapa lak.Kampung orang pun jadilah.Yeeeeeeee,boleh jalang Ganu kiteeeeeeee”,sorakku dengan slang terengganu yang sememangnya rosak.Aku memang suka merosakkan bahasa nih.Hehe.Mama hanya menggelengkan kepala melihat gelagatku.

--------------------------------------

Kami tiba di Kampung Gelugor,Kemaman dah hampir maghrib.Mama sibuk berkursus siang harinya.Walaupun jarak hotel dan rumah Mak Cik Zainab bukanlah jauh mana,aku menyuruh mama memandu perlahan kereta.Aku sendiri asyik dengan pemandangann laut yang membiru.Indahnya ciptaan Tuhan.

Mulanya,aku menyangkakan rumah Mak Cik Zainab seperti rumah kampung yang lain,dibina dari kayu dengan tangganya yang tinggi.Rupa-rupanya,rumah banglo sebiji.Kata Pak Cik Azim;rumah batu tak hanyut dek air bah.Cuma penat mencuci bila musim hujan tiba.Em,sangatlah tenang suasana kampung.Nak plak dekat dengan laut,lagi la aku teruja.Al-maklumlah,jarang jumpa laut,Sekali jumpa,memang jakun habis.

Mak Cik Zainab kawan seuniversiti ibu.Aku mulanya pelik gak bila dorang ni tak de pun speaking ala-ala orang terenggani yang lain.Korek punya korek rahsia,baru aku tau yang family dia ni baru je pindah ke GANU awal tahun baru-baru ni.Mak Cik Zainab pencen awal.Aku pun pujuk la mama pencen gak,mama senyum je.Maknanye tak berjayalah tu.Aisyh,silap teknik nih.

Hidangan makan malam dia best betul;ikan bakar cicah ais asam,sotong sumbat & kerabu udang.Selera betul aku makan.Tapi segan gak la nak makan banyak,kang pelahap tahap gaban lak.Lagi pun,ape nak dirisaukan.Esok aku ade lagi kat GANU KITE nih,boleh la aku makan lagi.Hehe.Makin sihat la aku jawabnya.

----------------------------------------

Dah 5 hari aku kat rumah Mak Cik Zainab.Macam-macam resepi la gak aku belajar.Then,ade la sikit-sikit aku kursus meng”ayu”kan diri.Yelah kan,dah namanya dok kat kampung.Kena la belajar pakai kain batik.Kalau sebelum ni,mama asik tegur kain aku keluar lidah,tapi sekarang dah ade improvement.

Kalo dulu Along asik kata aku jalan cam askar perebet,sekarang tak lagi.Kalo Along tengok,memang terkejut tahap gaban la dia.Mak Nab ni memang lemah-lembut betul.Cakap pun panggil aku sayang.Macam mama,tapi tutur kata dia lagi lembut.Katanya,sesuai dengan kelembutan mendidik anak perempuan yang ramai.Family ni opposite dengan aku.Kalo family aku,aku sorang je perempuan.Family Mak Nab ni ada sorang je anak lelaki.

Aku try gak la usha gambar anak lelaki Mak Nab ni.Tapi tak pernah jumpa lak.Ada pun,gambar family zaman dulu-dulu kat ruang tamu.Takkan la aku dengan gediknya tanya kat Mak Nab kan.Jatuh la saham aku.Kata Mak Nab anak die study Chem Engin gak,sama U lagi.Tapi sapekah gerangan empunya diri ye?.

----------------------------

Malam Sabtu tu,ada suara lelaki kat ruang tamu.Aku yang tengah senggugut ni tak ambik pusing.Tetamu Mak Nab agaknya.Aku dah siapkan hidangan makan malam sebelum memerap dalam bilik.Yelah kan,seribu kali pun sakit,kena la berbakti.Dah la dok rumah orang kan,paling-paling kena la tolong ringankan kerja tuan rumah kan.Dari dalam,aku terdengar perbualan Mak Nab dengan tetamu tu.Aiyh,melintah lak telinga aku nih.Huhu

“Ibu,sedapnya lauk.Bila ibu masak semua lauk ni?Kata tadi ada urusan dekat bandar.Sempat lak ibu masak ,macam tau-tau je Az balik arini.Ni yang buat Az makin sayang ni”,.

Oh,nama dia Az.Anak lelaki tunggal Mak Nab la kot.B4 this,Mak Nab kata anak dia kerja kat kerteh.Anak mak betul la hamba Allah tu,confirm tidur bawah ketiak mak punya.Tapi kan,aku pun ape kurangnya.Mengata orang lebih la.Haha.

“Bukan ibu yang masak.Ecah,tetamu kita tu.Rajin betul budaknya,lemah-lembut pula,cantik pun cantik.Berkenan betul Umi buat menantu.”,balas Mak Nab.

Uisyh,die puji aku la weh.Kembang dah aku.Tak jadi la aku nak tidur camni.Nak terus dengar ape dorang bualkan.Nak jadikan aku menantu,hoho.Aku jadi menantu Mak Nab????Haha,rasa cam menang loteri je.Kaka,gatal gak aku ni rupanya.

“Ibu berkenan nak jadikan menantu?Tapi kesian gak kat Ibu sebab cam takkan kesampaian je hasrat tu.Ibu mana ada anak lelaki lain.Nak suruh Az nikah dengan dia,Az dah ada calon.Kalo seribu kali cantik pun,tak dapatnya tanding buah hati Az Ibu.Tapi kan bu,nama dia nape tak panggil Esah je.Ecah tu nama kat KL,dah dok kampung ni kena la mengampungkan nama.Baru la betul.Haha.Cam nama ikan laga Ina dah Az rasa kalo nama die Esah.Lawak-lawak”.

OO,dah ada calon rupanya.Sombong giler mamat ni,menyampah betul aku.Ingat ko hensem sangat.Aku pun tak hingin la.Dah la samakan aku dengan Ikan Laga Adik dia.Sampai hati betul.

“Isyh,kamu ni.Tak baik cakap macam tu.Kalau dia dengar terasa dia.Tapi ibu memang suka betul dengan dia.Kalau ibu ada anak lelaki lain,dah lama ibu pinangkan dia.Redha jelah ibu.Tapi dari cerita dia,dia pun ambik Chem Engin gak,sama UKM dengan kamu.Entah-entah kamu kenal x??”,soal Mak Nab.

Ha,bab ni aku suspen.Sape la Az ni sebenarnya.Senior aku dulu ramai yang nama awalnya Az.Azri,Azizul,Azizi,Azman.Tu belum yang akhirannya Az lagi.Ada la dalam sepuluh orang yang boleh di Az kan.

“Ooo,ye ke ibu,Sapa nama dia?Mana tau awek lama ke?Boleh la ibu pinangkan terus.Haha”.

Tengok,siap kenakan ibu dia semula.Tapi tak mungkin la ku ni bekas awek ni.Couple pun tak pernah.Tapi kalo nak kire berbaik,takde sape pun aku berbaik.Misteri-misteri.

“Tak silap ibu nama dia Aisyah Humaira.Ecah tu panggilan kat rumah dia.Kat Kampus dulu,orang panggil nama lain.Maira kot.Kamu banyak soal ni kenapa?Karang tersedak makan.Az,tak pernah berubah perangai”.

“Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu,biar betul.Tersedak betul dah saya ni.Hukhuk”.

Loh,dengar nama aku pun bleh tersedak.Ape kes.Ntah-ntah dia ni musuh aku dulu tak.Jap Az,ntah-ntah si Azfar,kekasih hati Fiqa x?Sebab tu tersedak tak hengat dunia.Takut Fiqa cemburu bila tahu aku menumpang kat rumah dia.Musykil-musykil.

-------------------------------------

Esok paginya,aku bangun awal.Senggugut dah beransur hilang.Boleh la aku tolong sediakan breakfast.Masak nasi lemak pagi Ahad yang best ni.Kol 8,anak Mak Nab tak nampak muka lagi.Mesti terbabas subuh ni,getus ku dalam hati.

Belajar resepi nak masak nasi lemak best.Tambahkan bawang merah,serai dan halia dalam santan nasi lemak.Resepi baru ni,balik rumah nanti boleh la praktis.Hehe.Kata Mak Nab selalu pagi orang-orang kampung ni makan nasi berlauk.Tapi dorang tak biasa sangat dengan adat camtu.Maklumlah,lama dok negeri orang.Aku yang dengar cerita ni,terhangguk-hangguk cam burung belatuk.Layanzzzzzzz.

“Ibuuuuuuuuuuuuu,sedapnya bau.Bestnya la nak makan”,tegur hamba Allah tu.Anak dia yang tersedak semalam.Kosentrasi aku nak potong timun dan telor terganggu dengar suara hamba Allah tu.Sebijik-sejibon macam suara Azfar.Betul ke.

“Cik adik manis,tekunnya buat keje.Tak mau ke tengok muka saya yang ensem ni.Haha”.

Oit,cam ade sixth sense lak.Aku terus memalingkan muka.Makkkkkkkkkkkkkkk,betul la.Anak manja Mak Nab ni si Azfar.Aku dah tak terkata dah.Terlopong siap mulut,terkezut tahap tarzan dah aku rasa.Mujur tak masuk lalat.Sedangkan Azfar Cuma tersengih dengan kelakuan aku.

------------------------------------------

Azfar pulang semula ke Kerteh malam Ahad.Petang tu,aku dok melepak kat bawah pokok mempelam.Teringin betul nak makan mempelam muda.Ikutkan hati,nak je aku sengkangkan kaki.Panjat pokok tu.Best gak aktiviti makan buah atas pokok ni.Dulu,zaman balik kampung,aku la otai panjat pokok.Tapi pas nenek & atuk meninggal,family aku dah jarang balik.Paling-paling pun masa raya je.

“Jauh termenung Cik Adik manis.Boleh join sekaki”.Teguran Azfar membuatkan aku tersentak.Kiranya dia perasan la menungan aku tu.

“Em,duduklah.Tak jauh mana pun menung,baru sampai sempadan.Haha.”,balasku sambil ketawa.Azfar tersenyum dengan gelagat aku.Ape yang menarik ntah.Pelik tol manusia ni.

“Lama tak dengar berita kan.How ur life?Ada baik ka?”.

“Alhamdulillah,baik-baik je.N sekrang tengah kursus rumahtangga kat sini.Ur life lak camne?Still dengan Fiqa ke?’.

“Uisyh,kursus rumahtangga tu.Dah ready ke?Em,life busy betol.Ni pun curi-curi balik.Em,rahsia hati tak mau siapa tahu.Haha”.

“Oh,ye ke.Dulu zaman belajar siap minta tolong jadikan pengintip lagi.Sekarang ni,Takkan tak mau bercerita dengan pengintip rahsia ni.Ni yang sedih ni.Huhu”.

“Dah-dah.Tak yah nak merajuk.Kisah hati ni makin complicated.Az rasa Az sukakan orang lain.Orang yang membuatkan Az makin dekat dengan agama bila Az sayangkan dia.Mujarab betul doa yang Maira ajarkan dulu.Tapi entahlah,Az tengah cari masa sesuai nak luahkan rasa hti sekarang ni.Tak sabar betul nak menunggu hari bahagia.”,balas Azfar diiringi senyuman masih menguntum di bibir,

Uisyh,cepatnya dapat pengganti.Bagus la camtu.Moga bahagia la hendaknya.

-----------------------------------

Sms dari Az aku terima setiap hari.Dia tanyakan kisah aku.Kisah aku??Tiada kisah menarik tentang aku.Dan Az minta aku sms dia setiap hari aku bangun Subuh.Risau terlajak subuh katanya.Em,boleh la diterima alasan tu.

Mama kol ari Jumaat,beritahu aku yang surat tawaran kerja dah sampai.Aisyh,cepat tol.Aku pun belum graduate lagi.Tapi tak pelik pun,maybe orang syarikat aku praktikal tu yakin dengan aku la kan.Sebab tu die offer aku kerja.Kira aku ni best gak la ye.=).

Berita gembira tu aku sorokkan dari Azfar.Cuma aku katakan yang aku yang aku terlalu gembira.Dia tertanya-tanya.Tapi bagi aku,BIARLAH RAHSIA.

--------------------------------

Tengahari Sabtu,Azfar pulang.Tapi kali ini bukan sendiri.Ada kereta proton Wira yang mengikutinya.Azfar cepat-cepat masuk ke rumah.Dan perempuan cantik tu mengekorinya dri belakang.Aku yang tak pakai cermin mata buat tak kisah.Ni mesti kes gaduh ni.Aisyh,seram aku.Aku angkat kaki,nak larikan diri dari kedunya.

“Maira,apa yang u buat kat sini?”,tanya perempuan cantik tersebut.Fiqa rupanya.

“Em,kursus rumahtangga.Haha,takde la.Mak Nab ni kawan lama mama.So,jalan-jalan la.U lak buat ape?”.

“Tengah settlekan masalah hati.Maaf ye,boleh tinggalkan kami berdua tak?I nak cakap dengan Azfar personally.”,pinta Fiqa.Uisyh,gila gempak kisah dorang ni.Sanggup Fiqa drive dari KL nak jumpa Azfar.Settekan kisah kasih.Haha.Aku nak je tengok adegan cam dalam drama ni.Tapi kenalah hormat sesama kawan kan.Kaki aku atur,terus ke bilik tamu.

“No need Maira.Please stay here.Sebagai bakal isteri saya,Maira berhak mendengar segalanya”,jerit Azfar dalam ketegasan suaranya.

Dan kata-kata Azfar membuatkan langkah aku terhenti.Giler ke apa dia ni?

-----------------------------------------

“Apa lagi yang u nak dari I.I buat I macam xde perasan.Tapi bila u kecewa,u cari I balik.U ingat I ni ape?Patung xde perasaan?”.

“Bukan,I didn’t mean it b4.I sayangkan u.Please terima I balik.Takkan u cintakan Maira,nonsense semua tu Azfar.

“Dulu ya mustahil.Tapi sekarang,I dah yakin & amat yakin dengan kata-kata I.Please get out.Pintu kat situ.N mulai saat ni,jangan pernah ganggu I lagi.Hati I sepenuhnya milik Maira.”.

Aku dah rasa nak pitam.Loh,nape aku dilibatkan sama ni.Bila masa lak,aku berniat nak jadi isteri dia.Bila masa lak dia berniat nak memperisterikan aku?Bila masa lak dia jatuh hati kat aku?Seribu kali nak berlakon pun,jangan la buat hati aku gundah gulana.

Hati,tak yah la nak perasan.Dia just berlakon coz takmo Fiqa kacau je tu.

Dan disebabkan pertengkaran tu,aku berkurung dalam bilik.Hanphone aku matikan.Bila Mak Nab panggil makan,aku katakan yang aku migrain dan perlukan rehat.Sedangkan hati aku lebih sakit,kenapa Azfar sampai mengeluarkan kata sayang pada aku depan Fiqa.Seribu kali mahu mengelak pun,cari la perempuan lain.Bukan aku.Adeh la,pening kepala memikirkan masalah dunia nih..

------------------------------------------------

Daun mempelam berguguran memenuhi laman.Aku capai cakar dan menyapu dengan asyiknya.Dalam keasyikan aku melagukan lagu,aku rasakan ada mata yang memandang.Azfar memandang aku tanpa berkelip.Aku pelik.Dia yang buat hal dengan aku,tapi kenapa dia beriya nak marah aku.Peliknya dengan perangai manusia nih.

Derap kaki di belakang aku membuatkan aku berpaling.Hujung tudung aku kena tarik bila aku berkeras nak meneruskan penyapuan.Azfar ni ape kes.Kena sampuk ape?

“Duduk”,arahnya pada aku.Ingat aku ni orang suruhan ape,suka-suka je mengarah orang.Tapi melihatkan gayanya yang menahan marah,aku turuti juga arahanya.

‘Mama awak kol tadi.Dia kata nak ambik awak esok & dia pelik kenapa handphone awak matikan.Nak siap apa-apa yang patut b4 fly ke Sarawak?Tapi sebagai bakal suami,saya tak izinkan awak ke sana?”,katanya tegas.

“Suka hati saya la nak off phone.Bukan menyusahkan awak pun.Encik Daniel Azfar,masa berlakon dah tamat.Hentikan drama swasta ni”,marahku.

“Tak menyusahkan saya awak kata.Maira,dengar sini.Saya terseksa pas kehilangan awak 6 bulan yang lalu.Dalam tak sedar,saya rindukan nasihat awak,telatah awak & cerita-cerita awak.Dan sekarang ni,saya memang dah lama nantikan saat ini.Saya nak berterus-terang dengan hati & perasaan saya.Believe me,awak sorang je yang saya sayang sekarang ni”,balas Azfar bersungguh-sungguh.

Aku dapar rasakan ketegangan dari kata-katanya.Tapi tak mungkinlah dia cintakan & sukakan aku.Kalau pun suka,kenapa tak pernah dia tunjukkan sebelumnya?Musykil betul.

Susah nak percaya.Camne dengan Fiqa,awakkkan sukakan dia.Kalau awak suka saya,kenapa tak pernah pun awak cari saya sebelum ni?”,tanyaku.

Azfar tergelak.Apa yang lawak sangat pun aku tak faham.

“Fiqa gunakan saya.Dia mahukan saya semula after dia kecewa dengan orang lain.Dia tak pernah setia dengan saya.Bukan saya tak mahu cari,tapi saya takut.Awak menghilang tanpa kata.Saya perhatikan awak dari jauh.Dan dari kegembiraan awak,saya tahu yang awak happy tanpa gangguan saya.”.

Oh,kiranya betullah apa yang aku nampak after balik dari Sarawak aritu.Azfar yang mengikuti aku,memerhatikan aku.Sedangkan aku juga kecewa,aku juga bersedih dengan perpisahan kami.Aku juga menderita bila melihat namanya dalam sms Fiqa.Dan hari ini,dia berterus-terang tentang hatinya.

“Em,boleh saya tanya something?Nak confirmkan sesuatu”.

“Sure,dear.Tanyalah”.

“Kenapa awak boleh sukakan saya.Saya tak cantik macam Fiqa.Parut jerawat bertempek kat muka.Pendek lak tu.Saya memang tak sesuailah bergandingan dengan awak.Saya…”,

Azfar segera memintas butir bicaraku.

“Awak cantik bagi saya.Budi pekerti awak buat saya jatuh hati.Awak terlalu ikhlas Maira.Ingat tak apa yang awak nasihatkan saya dulu?”,duganya.Aku sekadar mengangkat bahu.

“Maira pernah kata;orang yang setia pada cinta akan Allah anugerahkan seorang yang setia juga.Dan awaklah yang paling setia pada saya.Kerana budi,saya jatuh hati Maira.Sudi tak Maira jadi isteri saya”.Azfar dah melutut depan aku.Aku terkejutnya bukan main.Dia propose aku lah weh.Ape aku nak kata ye?.

“Siapa kata saya nak jadi isteri awak.Tak mahulah saya.Ni kes kerana budi,tergadai body ni.Haha”.Bleh plak terfikir ayat ni nak tutup gugup kat hati.Azfar tersenyum mendengarkan kata-kata aku.

“Nak ke tak nak,mama dah setuju.Minggu depan,saya masuk meminang.Bulan depan,kita nikah”,kata Azfar tegas.

“Cepatnya.Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,tak puas enjoy lagi”.

“Takpe .Nanti kita enjoy berdua pun seronok gak.Terima kasih atas segalanya Maira.Hanya Maira di hati.”.

-----------------------------------------------------

“Abang la punya pasal ni”,rungutku sambil menampar dada Azfar.Azfar terkejut dengan tindakan aku.Aku dah disahkan hamil 2 bulan.Melihat keadaan aku sekarang mustahil,aku diizinkan bekerja.Pasti Azfar bimbangkan kandungan aku.

“Apa ni sayang.Marah tak tentu pasal.Cuba cerita kat Abang”,balas Azfar.Cuba berdiplomasi.

“Sayang terkejut sangat ni.Kalau macamni gayanya,tak dapat la nak melaram masa convo nanti.Rugi je tempah kebaya tu.Abang kena belikan baju cantik lain”.Aku mencebik.Geram.Azfar seakan dapat menangkap maksud kata-kataku.Aku di peluk dari belakang.Kejap,aku rasa tenang dalam pelukannya penuh kasih.Tuhan,kekalkan rasa cinta kami ini selamanya.

“Sayang,inikan rerzeki.Kita terimalah dengan redha.Pasal baju tu.jangan risau.Nanti kita beli yang baru.Yang penting sekarang,sayang bahagia kan.Sayang,bahagia tak”,ujaz Azfar sambil mencium dahiku.Aku Cuma tersenyum dengan kata-katanya.Memang romantis habis mamat ni rupanya.

Tangannya mengusap lembut perutku yang masih belum kelihatan.Dengan penuh kasih sayang,dia mengucapkan salam pada zuriatnya yang kian membesar dalam rahimku.

“Assalamualaikum,anak papa.Besar nanti jadi anak yang soleh ya.Jaga mama elok-elok.Ya Allah,kurniakanlah aku zuriat & isteri sebagai penyejuk mata”,doa Azfar lagi.

Aku yang mendengar butir bicaranya tersentuh.Ya Allah,terima kasih atas segalanya.

3 comments:

pencinta novel said...

akak...ni real story ke? cam real je bunyinyer...hehe... papepun...citernyer mmg best sgt!!!

Anonymous said...

suke sgt bcer cter2 akak...
b4 diz,
jd silent reader jew..
ngeh3...
chaiyyo!!!
-tsg~-

hazlyana said...

slm
uwa....ske ny bce sume cte d0c r0ck nh...huw~~
npe sume best nh??hehe
wt byk2 g tw!!!ske sgt2....

~~whitelemon7~~