@rubiadaibrahim

Friday, January 9, 2009

->AyAt pOwEr<-

Merah mata aku menahan mengantuk mendengarkan kuliah statistik dari Prof Nuraina.Anggukan kepala tak usah kiralah,dah dua tiga kali terhantuk dengan meja.Kalau ada award student paling taat,memang confirm aku jadi pemenang.’Sami’ na wa Ataqna” la katakan.
Ni semua gara-gara kurang tidur malam tadi,berjaga semalaman menyiapkan assignment Anatomy yang berlambak-lambak.Nasib la badan,siapa suruh main futsal before siapkan kerja sekolah kan? Nak suma gara-gara tergoda dengan pujukan Zurina malam tadi.Yelah kan,dah berzaman tak main futsal.Si Zurina siap wat aksi Ronaldo lagi.Maunya aku tak tergoda.Tutup je buku,terus meronggeng gi court futsal.
“Huaaaaaaaaaaaaaaa…mengantuknya”,keluhku sambil menutup mulut yang ternganga luas menguap.Dua-dua hamba Allah sebelah aku berpaling.Tak malu la aku,si Nani dengan Dania je pun.Apa nak di segankan.Minah 2 orang ni dah masak dengan perangai aku.
Sebelah kanan aku,Dania yang dah penat menyonteng tangan aku dengan macam-macam gambar.Siap suh teka-teka lagi.Tapi tak berkesan lak formula ni.Parah betul mengantuk aku ni.Kat kiri lak,siapa lagi kalau bukan Nani.Minah pendiam yang dok sengih je memanjang,banyak dia dapat pahala.Yelah,senyum tu kan sedekah yang paling mudah.
“Weh Nabil.Ko ni kena sampuk hantu apa?Makin aku conteng tangan ko,makin sedap ko tidur.Memang tak bleh pakai la ko punye kaedah ilangkan mengantuk ni.”,bisik Dania.
Kata-kata Dania aku biarkan je.Tak kuasa aku nak melawan.Sat lagi,siapa nak contengkan tangan aku kalo aku mengantuk kan.Hehe.
“Sal ko dok asik sengih-sengih je.Cakaplah something.Aku rasa ko bukan Nabil dan weh.Ke ko dah jadi Billah.Ko mimpi apa malam tadi weh?Tiba-tiba ko jadi pendiam ni.Tak melawan macam selalu.”.
Isk,Dania ni.Dok mention bab sensitif ni,malu la aku.Potong stim aku nak jadi budak baik betul.Geramnya!!!!!!
“Ye..ye,aku cakap.Aku bergadang la malam tadi.Siapkan keje sekolah.puas hati.Tak ada maknanya aku mimpi-mimpi ni.Tak sampai masa lagi la aku nak jadi perempuan Melayu terakhir weh.Buang karan je semua tu.Hahaha,ko lain la.”,balasku.Muka Dania yang tadi sok sengih dah berubah.Jadi cuka cap burung elang dah aku rasa.Nasib la Dania,sapa suh cakap bab mengayukan diri ni.
Dania dah cubit-cubit aku.Refleks katanya bila dia malu & marah.Sekarang ni,aku tak tau dia dok kat situasi mana.Aku rasa dia segan la kot.Yelah kan,dia yang ayu & lemah gemalai tu kena smash dengan aku.Nasib la kawan.
Tapi yang aku confiusnya,dia nak malu dengan sapa.Kitorang je pun kat Ujung Dunia ni.Tempat paling belakang dalam dewan kuliah yang memang dah dikosongkan untuk kami tiga sekawan.Tangan dia dok tunjuk-tunjuk sebelah aku.Apa kena ntah?Nano dah berubah muka ke?Isk,confius.
“Nani,ko pehal??????”,kata ku sambil menyilangkan tangan kat kerusi sebelah aku.Bila aku palingkan muka,mak aih aku rasa nak tercabut nyawa.Bukan Nani kat ujung dunia ni tapi seorang hamba Allah berjantina lelaki.Camne lak dia boleh tersesat ke belakang ni?Nani lak mesti kes lambat ni.Umar Al-Farouq @ Eistein tengah pandang aku dengan muka segan nak idup,mati tak mau.Merah-merah muka.Bukan ke aku yang patut malu??
-------------------------
Aku melangkah lambat-lambat ke depan Lab Anatomy.Biarlah hari ni aku jadi orang terakhir lak yang hantar assignment.Dah puas dah jadi orang no 1.Semua orang pun dah tak sabar-sabar nak explore cadaver.So,takde la orang perasan dengan kelambatan aku ni.Bonus gak la ye kalau jadi orang last ni.Hehea.
“Ya Allah,Nabilah.What happen tu you,my girl.So upset to see you to be the last.”.Dr.Radiah menepuk lembut bahuku.Mak aih,tersentuh lak rasa hati.Huhuhu.
“So sorry,doc.So many things to do this week n it’s seem like I neglect my responsibility as student.What a hectic week to face”,balasku sambil tersenyum.First time ni aku lambat hantar,maunya dia tak terkejut.Student kesayangan la katakan.
Dan kata-kata Dr.Radiah seterusnya membuatkan aku makin semangat nak jadi orang 1stst.Biaq p la,sekali ni je aku bg chance tau.Next time jangan harap la romeo. semula.Bila aku melangkah semula ke tempat aku,semua mata dok pandang aku.Ade utang ape?Si Einstein je yang tertunduk pandang buku.Bangga la kot sebab akhirnya berjaya gak jadi orang 1
Lek la kawan-kawan,1st time aku wat peel ni.Padahal aku bukanlah manusia yang liat menyiapkan assignment.Al-maklumlah,BUKU BERGERAK kata Izmir.Izmir yang sangatlah poyo tu je yang berani panggil aku dengan panggilan buku bergerak ni.Orang lain,jangan harap la.Semua dok panggil Singa Beranak Sulung.Yelah kan,aku ni boleh tahan juga barannya.
-------------------------------------
.Mula-mula pelik gak tapi akhirnya etiloginya diketahui gak.Rupa-rupanya si Umar ni dah lama dah nak challenge aku bab-bab menghantar assignment ni.Start dari 1st year lagi.Tapi nasib tak menyebelahi dia,bila aku asik jadi orang 1st menghantar assignment.Aku rasa dia tercabar la kot sebab aku glamour dari dia.Sebut je nama aku,semua doktor confirm kenal.Bangga weh!
Dan disebabkan aku ni dok asik angkut buku kemana tempat aku gi dan mulut aku yang becok selalu dok wat havoc kat kafe membuatkan aku dapat panggilan tu.Kira panggilan tu spesial la sebab kerana dialah,aku dapat gelaran tu.Cuma jadi glamor,sebab mamat pendiam ni kawan dengan si Izmir poyo tu.Aku je dapat pengiktirafan camtu.Hehe.Tapi satu je yang aku kalah dengan dia,bab result.Dia ni memang terror.Aku pun pelik gak.Tengok dia kat kampus,takde la banyak mulut cam aku.Tapi bab result best ni,aku memang surrender.Mujur rambut die je tak menggerbang macam saintis tu.Kalau tak,boleh wat pameran kat Pusat Sains dah.Hahhaa.
Selalunya akulah manusia paling awal menyiapkan assignment.Cuma minggu ni aku agak sibuk dengan proposal Bakti Sosial yang akan dijalankan di Kuala Rompin Pahang tidak lama lagi.Kesibukan yang mencengkam membuatkan tugasan aku sedikit terabai.
----------------------------------
“Nabil,hang nak tau dok satu perkara?”,soal Nani.Dania kat sebelah dia lak asik tersengih-sengih dari tadi.Apa la gosip terbaru kawan-kawan aku ni.Pelik tapi benar betul
“Erm,bagi tau la cepat.Sementara aku ada mood ni”,balasku bersahaja.Al-maklumlah aku tengah bercuti sekarang ni.Memang bad mood memanjang la.Nak plak malam sempat tido setengah jam je malam tadi.Lagi la berganda-ganda aku punye mood swing.
“Ko cakap ye Dania.Ayat-ayat ko power sket!”.
“Ko la Nani.Kalo aku cakap,dia kata aku wat cerita dongeng lak sat lagi.Ko manusia tulus,polos dan ikhlas sket”.
Isk,dorang ni.Main tolak-tolak lak.
“Aku jelah yang cite.Aku nak jadi perempuan melayu terakhir dah tak lama lagi.Amacam gempak tak cite aku.”.Aku tahan ekspresi muka supaya kelihatan serius.Dua-dua tergamam.
“Ko biar betul Nabil.Aku belikan ko high heels nak?Aku belanja”,
“Aku lak belikan ko beg Zaraa yang aku berkenan tu nak.Memang cantik Nabil.Kalo ko pakai,gerenti semua orang tak pandang orang lain dah”.
Bersungguh-sungguh lak dorang ni.G percaya lak cakap aku.Muka cam menang duit sepuluh juta.Padahal,aku ni sakit-sakit dada tahan gelak.Nak tergolek-golek aku dengan perangai budak-budak ni.Isk,macam tak kenal je dengan perangai aku yang tak pernah serius ni.
“Boleh-boleh.Sesekali belanja aku.Apa salahnya kan.N ni gosip paling hangat arini.Korang nak dengar lagi tak”.
“Nak..nak”,terangguk-angguk cam Upin & Ipin dah.
“Ape yang aku cakap tipu je weh.Takde maknanye semua tu.Korang beli jelah kasut & beg tu untuk diri sendiri.Taun depan aku berubah la weh.Masuk 4th year.Haha.Tapi cam takkan jadi kenyataan je sebab kita dah masuk clinical dah.Nak mati terjelepok,belikanlah aku high heels tu.Hahha”.
Seperti dah aku duga,muka dua-dua kawan aku ni ape lagi.Jadi cuka cap elang semula la.Sape suh korang tak cerita gosip cepat-cepat,dah kena tipu dengan aku.
“Ko ni tak baik tau.Ktorang ni dah hepi tahap gaban dah tadi.Alik-alik ko tipu.Erm,kempunan jelah kita nak tengok dia jadi ayu,Dania”,keluh Nani.Mula dah wat ayat-ayat merajuk tu.Tak tahan betul aku.
Ala..ala,bucuk.Jangan la gitu.Meh,meh cita gosip hot tadi.In one word,no explanation.”,pujukku.
“Ha,ko jangan terkezut lak.Tadi kan,Einstein kan.Dia kan,borak kan,dengan kan,Izmir kan………….
“Ape kan-kan.Ko tercekik tulang ikan ape?Straight to the point”,pintasku.Dania terkejut dengan tindakan aku.Nani lak yang memang cepat melatah terus buat ayat baru.
“Aku rasa Einstein suka kat ko!!!!!!!”.
-------------------------------
“Hahahahahahhaahahahahaha”.Macam kena rasuk aku dengar ayat tu.
Maunya tak lawak.Macam cerita dongeng pun ada.
Einstein yang pendiam tahap dewa tu boleh suka kat aku yang macam murai tercabut ekor ni.Dunia nak kiamat apa?Dah la tak pernah cakap dengan aku,alik-alik suka kat aku.Silap interpretation la kawan.Hahaha.
“Awatnya ko gelak.Betul apa.Aku dok belakang dia tadi masa kat Lab.Masa ko jalan g depan tadi,dia dok perhati je.Pastu bila dia tau ko hantar report lambat,sibuk la dia kata kat Izmir yang dia terkejut bila dia jadi orang 1st hantar assignmnet kali ni.Dia kata dia risau bila tengok ko asik keluar masuk bangunan MPM je.Macam-macam la dia cita.”,jelas Dania.
“Aha,ni cam ada tokok tambah ni.Sikit punya sekejap aku jalan g depan hantar assignmant tadi,takkan la banyak lagi cerita.Korang goreng aku ape?”.
“Yang tu betul weh.Ko ni pun,bukan ke ko jalan cam kura-kura tadi.Ko bangun je tadi,dia terus bisik-bisik kat Izmir..”.
“Kata dia berbisik,mana plak korang boleh dengar?”.Musykil aku dengan kanak-kanak ni.Ada sixth sense apa?
“Memang la dia berbisik.Tapi Izmir la wat bahasa isyarat kat aku bila ko dah nak patah balik tempah duduk.Time Einstein tengah dok tatap buku sampai nak keluar biji mata tu.”.
“Hahahha,malas la aku nak layan korang.Gasak tau tak.Disebabkan bakat korang buat cite dongeng ni,nanti aku masukkan korang kat Biro Pendidikan masa Bakti Sosial na.Bleh la hiburkan hati nenek-nenek & atuk-atuk kat kampung.Hahhaa”,.
“Tak caya sudah.Buang masa je cakap dengan ko Nabil.Bukannya nak dengar percaya.Kalau Dania cakap yang lagi satu perkara,lagi la ko tak percaya.Silap aribulan,ko suruh aku tulis skrip cerita cinta lak.Tak jadi doktor la aku sok.”,balas Nani.Ada riak geram pada suaranya.
“Ape dia?Mana la tau,ko betul-betul ada bakat jadi penulis skrip.Hehe”.
“Mamat tu asik pandang ko je masa ko terlentok tadi.Pastu,aku dengar dia istighfar.Dia takut tergoda dengan ko la weh.Betul,aku tak tipu.”.
“Hahhaa.lagi tak bleh pakai.Dia istighfar sebab tak tahan dengan perangai aku yang tak hengat dunia bila tidur.Tak pun,air liur aku meleleh time tidur tadi.Haha”.
-----------------------------------
Alhamdulillah,program Bakti Sosial di Rompin Pahang akhirnya tiba juga.Aku selaku S/U berkaki lebar ni boleh la bernafas dengan lega.Mujur la big boss aku,Azri ni tak banyak songeh.Senang sikit berurusan.Semua budak 3rd ikut program ni.Dan malam terakhir kami di sini,Forum Perdana dianjurkan sebagai salah satu aktiviti kerohanian & perkongsian ilmu bersama.
Ketenangan aku malam tu sedikit terganggu bila Ikmal yang sepatutnya jadi pimpinan majlis malam tu terpaksa balik ke Batu Pahat.Ada urusan yang tak dielakkan,neneknya sakit tenat.Aku dah pening kepala dah.Yelah kan,mostly kawan-kawan lelaki sebatch aku ni semua otak-otak otai.Kalau bab mengarut ni boleh la.Bab-bab agama ni diyakini la tapi tak pernah lak dorang ni mengendalikan majlis.
Pening,pening & pening.Mana aku nak cari galang ganti ni.Tidak!!!!!!!!!!
“Nabil,ko pehal.Cam nak bersalin je.Ada masalah ape weh?”,teguran Izmir membuatkan aku tersentak.
Izmir!Ha,ada adah mangsa aku.Dari takde orang langsung,boleh la.Puh,kena mengayat la mamat ni.Bismillahirrahmanirrahim
Izmir,aku nak minta tolong.Ko lah harapan bangsa,agama & negara.”.
“Aha,cam pelik je bunyinya.Mesti ada something ni.Kalo tak,takdenya ko nak cakap baik-baik dengan aku.Siap patriotik lagi ayat.Ada apa?”.
“Erm,Ikmal suppose jadi Imam solat Maghrib ni.N jadi pengerusi forum gak.Tapi dia terpaksa balik rumah.So,aku nak minta tolong ko gantikan tempat dia boleh?”.
“Oho,tak sesuai la Cik Kak.Aku yang dok kacau kambing orang ni nak jadi imam.Kena perhambat la aku sat lagi.Ko cari orang lain jelah weh”.
“Loh,yang ko p kejar kambing orang kampung watpe.Isk,apalah nasib badan.Malang lak menimpa.Ada kawan pun tak boleh tolong.Sedih aku.”
“Nak wat camne,kat rumah aku takde binatang tu.Aku kejar la.Ha,aku boleh carikan orang tapi apa janji ko kat orang tu & aku kalo aku berjaya tolong ko?”.
“Cis,tolong tak ikhlas.Sape suh dok KL,dah jakun bila masuk kampung.Erm,jap aku fikir”.
Aiyak,nak bagi janji apa ye.Aku lemah sikit bab janji berjanji ni.Yelah kan,kalo mungkir janji jadi orang munafik lak.Huhu,ape aku nak cakap ye?
“Oit,lamanya.Udah ke belum fikirnya”.
“Opocot mak kau.Sapa yang sanggup,aku akan jadikan suami aku.”.
“Serius ko ni,Nabil.”.
“Bukan takat serius dah,dah duarius dah ni.”,balasku bersahaja.Izmir tersenyum mendengarkan kata-kata aku.Eh,aku silap cakap apa tadi.Apa ke janjinya aku tadi ye?Aduh-aduh,parahnya la bila berjanggit penyakit si Nani ni.
“Erm,saya rasa saya boleh gantikan Ikmal.I’m not the best but I’ll try my best.Insyaallah.”.Suara misteri yang datang dari belakang aku tu membuatkan aku terkejut.Bukannya suara si Izmir.Ya Allah,si Einstein rupanya.
---------------------------------
Nak caya ke tak nak.Erm,caya.Tak caya.Udah la,dia yang offer diri.Yakin jelah.
“O,terima kasih.terima kasih.Saya ingat dah takde orang dah boleh tolong tadi.Erm,ikhlas kan.Bukan sebab janji yang Izmir minta tadi kan”,tanyaku.Aku pun lupa apa yang kau janjikan sebenarnya.Gara-gara kurang tidur dah seharian bergotong-royong membuatkan daya ingatan tak betul sikit.
Einstein Cuma tersenyum.Dan lambat-lambat dia menganggukkan kepala.
“Insyaallah,Lillahi Ta’ala.”,balasnya sambil terus menundukkan pandangan.Ya Allah,baiknya hamba Allah ni.
“Jazakillahu kaulan khasira”,balasku.Dah lama bebeno aku tak speaking bahasa Arab ni.Sejak merockkan diri.Einstein dan Izmir berlalu dengan berkumandangnya azan Maghrib.Aku pun kena bersiap-siap cepat,sat lagi bising lak minah berdua tu.
---------------------------------------
“Allahu Akbar”.Baru ku tau yang si Einstein ni sangat bagus bacaan Al-Qurannya.Tajwidnya terjaga,begitu juga makhraj hurufnya.Dan dari bacaan yang berkumandang saat dia mengimamkan solat Maghrib tadi,aku rasa cam dia ni bukan calang-calang orang.
Mungkin dia & pasti dia ni asalnya dari background agama yang baik.Aku tak pernah lak siasat latar belakang dia.Yelah kan,aku bukannya manusia busy body.Just student yang lain ni dok tertanya-tanya la sapa yang jadi imam tadi.Erm,tak mau la bagi tau.Sat lagi,ramai lak peminat si Einstein yang pelik tu.Kalah lak popularity aku sat lagi.Jap,bukan ke dia gak yang akan jadi pengerusi forum malam ni.Aiyak,kalah la aku camni.!!!!!!!!
---------------------------------------------
Einstein itu.Einstein ini.Macam-macam komen la pas balik dari Bakti Sosial aritu.Juniors aku asik dok lalu depan aku punya kelas je.Yelah,nak kenal mana si Einstein yang serba boleh.Dan yang paling aku tak tahan tu,si Dania & Nani pun nak gak bersaing dengan budak-budak gediks tu.Maunya tak gediks,lalu kelas orang asik terintai-intai.Isk,zaman sudah berubah.
“Kalo ko tak mau kat Einstein tu,aku nak la.Ko pun bukannya ada perasaan kat dia kan”,.Ayat Nani konon-kononnya minta izin dari aku.
“Ambik jelah,kalo ko nak kat dia.Aku bukannya ada apa-apa pun dengan dia.Korang je pepandai buat cerita.”.
Padahal,dorang dah maklum pun dengan pendirian aku.Lagi pun,takde maknanya aku nak admire mamat tu.Bukannya ada faedah pun.Nak plak si Einstein ni memang tak layan perempuan,lagi la nampak terhegeh-hegeh siapa yang nak mengorat dia.Isk,gasak la dok fikir pasal orang.Tak yah la ambik peduli hal orang lain.
------------------------------------------
Mama mengejutkan aku dengan satu berita.Katanya sepupu aku,Syazrin yang tengah study kat UK nak menamatkan zaman bujang.Oho,apekah yang terjadi.Otak aku yang weng-weng ni mula dah fikir yang bukan-bukan.Tak sempat aku bertanya lanjut,mama dah explain dulu.
“Mak Long kamu yang risaukan dia.Yelah kan,dok negara orang.Jauh dari mak ayah.Paling-paling kalau dia dah menikah,ada juga orang nak jagakan dia.Lagi pun,Ila tau kan perangai Syaz tu.Mudah sangat terpengaruh.Ni dah ada orang nak,baik la Mak long kamu nikahkan dia.”.
“Lah,mamat yang nak kat dia tu baik ke Umi?Senang-senang ke Mak Long setuju.Dulu zaman Abang Arif bukan main susah lagi nak izinkan.”.
“Kes Arif tu lain.Arif lelaki.Lagipun,yang lelaki tu baik.Tak silap ibu,bakal suami dia tu pensyarah UIA yang sambung belajar kat sana.Kawan Abang Arif gak,memang soleh pu orangnya.”,balas Mama dengan yakin.
Dah nak bersuami dah si Syaz.Seganas-ganas Syaz tu pun ada orang nak.Aku ni,erm..ntah la.
“Apa yang dikeluhkan tu.Along nak menikah juga ke?Ke Along dah ade calon,segan je nak bagitau mama?’.
“Isk,mama ni.Serkap jarang lak.Takde lak.Mana ada calon.Along nak habiskan belajar dulu la.Bab-bab kawin ni,belakang kira.”.
“Erm,yelah tu.Mama tak kisah pun kalo Along nikah time belajar pun.Mama dengan Papa dulu pun camtu juga.Kalau bab anak jadi alasan,hantar je kat mama.Mama pun dah tak sabar nak bercucu.Kalau Along rasa nak mama carikan calon pun,mama on je”.
Berseri-seri muka mama cakap bab nikah-menikah ni.Nak carikan calon siap.Tak bleh ni,kena wat ayat power ni.
“Lek ma,bab calon jangan risau..2008 ni taun mencari jodoh & mengayukan diri. Insyaallah,sebelum tahun 2009,Along akan carikan menantu terbaik buat mama Dijamin punya.Ada cop SIRIM lagi.Kalau nak cop JAWI pun ok.”,gurauku.
“Ok,dear.Janji tetap janji.Kalau mungkir,jadi orang munafik.Mama tunggu!!!!!!!!!”,lembut suara mama menuturkan kata-kata.Tapi penuh dengan makna tersirat yang membuatkan aku bungkam.Siapa suruh bermain kata-kata??
--------------------------------------------
Penatnya seharian berkejaran di wad.Clinical Year yang penuh dugaan.Dan tahun ni juga aku harus melunaskan janji-janji dengan mama.Mana aku nak cari calon bercop SIRIM & JAWI ni.Tulah siapa suruh mengayat lagi.Dah tercabut kepala.Aiyak,nak plak sekarang masuk Department Emergency & Surgery,nak bernafas pun tak tenang tau tak.
“Nabil,ko ada dengar tak gosip kata Izmir nak bertunang.End of this year nak menikah?”,tanya Dania.Aiyak,kaki gosip betul Cik Kak ni.Boleh la lawan Gayah Radio cerita TAIN.
“O,ic.Tak dengar lak.Aku tak sempat nak jumpa pun dengan dia.Nani pun dah jarang hang out.Mujur gak la kita dapat department sama.”.
“Junior la kecoh-kecoh.Sebab tunang dia tu,junior kita.Ape ntah namanya,Asyira.Ntah,aku tak pasti lak,gtu-gtu la.”
“Eh,bukan ke minah tu yang suka kat Einstein ke?Sal lak Izmir yang bleh dapat ni?”,tanyaku.
“Oho,ko ni pun.Kalo si Einstein tu tiba-tiba tergedik dengan perempuan,ko juga yang merana ni.”.
“Sal lak.Takde maknanya semua tu.Aku tengah pening sekarang ni.Mana aku nak cari menantu bercop SIRIM dengan JAWI untuk mama aku ni.Nak kata aku tak ayu,dah ayu dah pun.Tapi takde la macam iklan kat TV tu.Aku dah pakai kasut RORINE pun,takde nya ada orang dok kejar aku.Isk,tipu punya iklan”,marahku.
“Haha,tu ko yang cari penyakit.Siapa suruh berjanji yang bukan-bukan,dah pening kepala.Tak dapek la den nak nolong.Ko pun tak pernah nak bagi chance kat orang nak dekat.Mana ada orang nak.
“Isk,tolong sikit.Tak kuasa aku nak menggemalaikan diri.Takde faedah langsung.Erm,terpaksalah aku guna cara kamikaze camni.”.
“Ha,maksud ko.Ko nak mengayat dulu.Ko biar betul??”,terjerit Dania dengan pengakuan aku.
“Yelah,bila masa la aku tak betol.Aku sihat walafiat lagi tau.Erm,tak mau aku jadi orang munafik.Ko pun tau,mama aku macam mana kan.Ko bg la support weh,jangan la wat muka tak percaya gitu.Huhu.Please”,rayuku.Dania Cuma menggelengkan kepala.Mungkin tak percaya dengan kata-kata yang lahir dari mulut aku.
“Isk,bab ni aku tak sokong.Cam perigi cari timba lak.Senang cita,ko ambik jelah si Einstein tu.Takat aku dengar,dia tunggu green light dari ko je.Ko setuju tak dengan cadangan aku ni?Kalau mamat tu,Nobel Prize pun lepas tau.Mama ko mesti setujunya lah.”.
Aku tersentak.Ha,Einstein.
“Oho,tu simpang malaikat 44 la.Tidaklah patik.”.
“Ha,ko kena ingat Nabil.Janji ko dengan Izmir masa kat Rompin aritu.Mungkin memang dia takdir ko.Ko je yang tak sedar.”.
Tidaaaaaaaaaaaaaaak,ayat terlepas tu.Nak tarik balik boleh tak.huhu.
-------------------------------
Mana nak di cari calon bercop SIRIM?Aiyak,sekian lamanya aku praktis nak mengayat,sampai sekarang tak pernah jadi.Nak plak kat hospital,mana sempat nak membunga-bungakan ayat.Baru nak stat buka mulut,dah kena kerah.Nasib badan jadi intern.
Gasak gak memikirkan calon SIRIM mama nih.Setelah dinilai-nilai,memang Einstein jelah yang lepas syarat.Aku bukannya tak mau kat dia awal-awal dulu.Just like,aku segan la weh.Yelah kan,dia tu alim bangat.Masa dia tengah hot tu,dia dok low profile je.Takde lak dia beriya bangga.Dosa tol aku buruk sangka dengan dia.Kena minta maaf ni!
Nak minta maaf,maaf gak.Tapi bila aku nak jumpa dia.Dah la jarang bercakap dengan dia.Aku je dok mengata dia.Pendiam lak tu.Camne aku nak mulakan ayat ye.Takkan la aku nak jadi perigi cari timba lak kan.Aiyak,gasak lak.
--------------------------------------
Sepanjang jalan ke kantin,aku dok fikir camne nak mulakan ayat.Dah banyak kali,aku jumpa dia.Tapi dia dok asik senyum je.N yang wat aku makin segan tu bila si Dania & Nani dan bocor masalah dunia aku ni kat Izmir.Kalo dah sampai kat Izmir tu,maka tamat la riawayat aku.Budak2 ni lak dok asik kata suh aku mengayat dulu.
Macam-macam ayat trigger .
Kata Izmir:”Dia memang suka kat ko.Just like,dia nak ko sendiri yang cakap kat dia.Dia kata tak salah kalo perempuan nak mulakan dulu.Zaman nabi dulu,Siti Khadijah yang pinang Nabi.
Jawapan aku:Memang la,tapi bukan Siti Khadijah sendiri yang tanya.Pinangan tu melalui Maisarah.Kiranya ada perantara juga.Isk,ko ni.
Kata Dania:Kira ko dengan dia dah setuju dah la.Giler la weh,ko pun suka kat dia rupanya.Sal la x bagi tau awal,awal.Apa next step dia?Ko nak aku tolong apa-apa x?
Kata Aku:Aiayak,aku suka sikit jelah.Sekarang ni baru aku rasa.Erm,ko tolong aturkan pertemuan aku dengan dia boleh tak?Aku serius ni.Hahah,tak jadilah,Segan lak tetiba.
Kata Nani:Isk,apa nak disegankan.Benda baik.Tak elok tangguh-tangguh.Lagi satu ko dah janji masa kat Rompin & janji dengan mama ko.Ko nak jadi munafik ke?
Kata aku:La,kat Rompin tak kira janji la weh.Aku termelatah masa tu.Ko la punya pasal.Dah kuat aku melatah sekarang.Erm,tak mau jadi munafik.Tapiiiiiiiiiiiiiiii
.Pening sudah!Sampai-sampai masa nak makan pun,fikiran dok melayang je.Parah!
------------------------------
“Assalamualaikum”
.
O,mak kau.Aku nak menikah dengan Einstein,dia nak kat aku tak?.Kalau dia tak mau,nak wat camna..Eh,waalaikummussalam”.
Ya Allah,melatah lagi.Mujur la bukan kat OR,kalau tak habis semua bahagian badan terpotong.Segan weh,kuat lak tu aku melatah.Semua yang makan dok pandang aku.Dorang dengar la kot.Oho,mana mau sorok ini muka.
Perempuan sebaya ibu yang menegurku tadi Cuma tersenyum.Siapakah gerangan empunya diri ni?Nak tanya ke tidak ye?Tanya jelah.
“Maaf,mak cik.Saya ni memang kuat melatah.Erm,mak cik kenal saya ke?Saya Nabilah,tapi biasa kawan-kawan panggil Nabil je”.
“Tak apa.Umar pun kata kat Ibu yang Bilah memang kuat melatah.Nabil ye,tapi Umar lebih gemar panggil Nabilah dengan panggilan Bilah.Dah lama Umar gesa ibu datang jumpa Bilah.Alhamdulillah,akhirnya harini jumpa juga.”,balasnya.
“Umar?”.Macam pernah ku dengar itu nama.Tapi di mana ye?
“Umar”,balas perempuan tadi sambil tangannya menunjuk ke arah Einstein yang sedang membuang pandang ke arah taman mini bersebelahan kantin.Oho,dah berzaman orang tak panggil dia Umar rupanya.Patut la aku rasa semacam je tadi.Aku la yang memulakan panggilan Einstein tu.Banyakkkan salah aku kat dia ye?
“Bilah,melatah pun suarakan rasa hati ye.Insyaallah,di pihak Umar,ibu mengatakan persetujuan.Bilah,macammna.Kalau setuju, ibu nak segerakan membina jambatan cinta ni.Lagi pun,dah lama benar Umar mujahadah melawan cinta demi ikatan suci ini”.Lembut tutur kata perempuan yang membahasakan dirinya ibu tu.Aku lak yang segan dengan situasi ni.Aiyak,apa nak di kato jang!
“Erm………erm,.Auntie.Bukan-bukan,eh Ibu.Camna ye.Boleh la kot”.
Dan pelukan Ibu membuatkan darah menyerbu ke muka.Asal lak endingnya boleh jadi camni.Mana power aku nak mengayat bila jumpa mentua tu?Aku dah insaf dah rupanya!

1 comment:

Anonymous said...

maner ayat power jer ada?????x jumpa pon..sorok celah ner???sorry lama sepi..smua peralatan IT short wire...smua wat demostrasi palestin....wish u luck...--amie