@rubiadaibrahim

Monday, January 12, 2009

->Rajuk:Prolog<-


Rindu mengetuk pintu hati;terkenangkan mama & papa yang jauh di depan mata.Rindu itu makin menyeksakan.Jika bukan kerana rajuknya akan keputusan papa,pasti kaki sudah diatur pulang ke Villa Kasih di Bukit Antarangsa itu.Tapi entah,rajuknya masih bersisa.Luka di hati cuba di ubati.Dia kenang kasih sayang yang dihulurkan keduanya.Bukan tak tersentuh,bukan tak menitis airmata dengan pengorbanan keduanya.Hati masih tegar dengan keputusan yang sudah diambil.
Insyirah mengeluh perlahan.Beratnya menahan rindu.Dia melawan keputusan papa dan akhirnya dia terlontar di negeri bawah bayu ini.Memang tidak wajar keputusan yang diambil.Dia meninggalkan keduanya yang sudah tua demi mengubat sekeping hati.Hati yang terluka dengan penolakan papa terhadap pilihan hatinya.
Dia juga kehilangan Imran atas tindakannya itu.Dia melawan papa demi bersama Imran.Dan keputusan Imran untuk meninggalkan dia membuatkan dia tersentak.Tak yakinkah Imran dengan cintanya.Imran juga menyepi tanpa khabar berita setelah kata putus dikotakan.Betapa sukarnya menduga hati manusia.
------------------------------
“Tuan,izinkan saya mengambil Syira sebagai isteri saya yang sah.Saya yakin mampu membahagiakan dia”,tutur Imran dalam kegugupan hatinya.
Tiada respon dari Tuan Badar.Mungkin berat hati tuanya menyerahkan anak gadis kesayangan ke tangan jurutera cabuk seperti dia desis hati Imran.Puan Aina hanya tersenyum mendengarkan permintaan Imran.Seawal ketibaan Imran ke banglonya lagi,Puan Aina telah bersetuju dengan pilihan hati Insyirah.Dia meyakini akan janji yang dilafazkan Imran.Tapi entah mengapa,suaminya terus bersikap dingin pada tetamu itu.
Kali pertamanya,Insyirah memperkenalkan seorang lelaki kepada mereka.Pastinya teman istimewa kerna puteri kesayangan kurang gemar berkawan dengan lelaki.Boleh dikira dengan jari,berapa ramai sangatlah kawan lelaki Insyirah.Dan lelaki bertuah yang menambat hati gadis itu adalah Muhammad Imran bin Ilyas,jurutera di syarikat suaminya.
Imran gelisah menunggu keputusan Tuan Badar.Dari riak wajah Tuan Badar,dapat dirasakan nasib tidak menyebelahi dirinya.Cuma di masih di situ menunggu,menunggu lafz keputusan dari bosnya.Soal masa depan & kisah cinta dia dan Insyirah.
“Maafkan saya.Saya dah ada calon terbaik buat Insyirah.”.
Jawapan Tuan Badar membuatkan Puan Aina tersentak.Siapa calon terbaik buat puteri kesayangan mereka?Tak pernah sekali pun mereka berbincang akan hal tersebut.Apa kurangnya Imran di mata suaminya.Andai kemewahan yang jadi perbandingan,itu bukanlah ukuran sebuah kebahagiaan.Tangan Tuan Badar diusap lembut,wajah yang tenang itu mengukir senyuman.Mengharapkan penjelasan pada sang suami kerna membuatkan tetamu yang datang hampa.
“Insyirah,satu-satunya anak yang saya ada.Sebagai seorang bapa,kebahagiaan Insyirah adalah yang paling utama dalam hidup saya.Maaf kalau saya katakan kamu tidak layak untuk Syira.Syira perlukan seorang lelaki yang sempuna untuk membahagiakannya”.Tegas butir bicara Tuan Badar.
Raut wajah tenang Imran meresahkan Insyirah.Tak tersentuhkan hati Imran dengan kata-kata si ayah.Dan kata-kata Imran membuatkan airmatanya bergenang.
“Saya faham tuan.Maafkan saya sebab tak mampu menjadi sesempurna lelaki yang tuan harapkan untuk Syira.Kalau ini sudah jadi keputusan tuan,siapa saya untuk melawan.Maafkan saya sekali lagi kerana mengganggu ketenangan tuan sekeluarga.Syira,maafkan saya”.
Insyirah bungkam.Hatinya sebak.Bukan ini yang diharapkan.Jauh di sudut hati,Insyirah dirundung pilu.Mengapa takdir seakan tidak mengizinkan dia dan Imran bersatu?Mengapa Imran menerima keputusan papa tanpa sedikit pun berjuang demi mendapatkan restunya?Mengapa Imran yang dikenalinya sejak 3 tahun lalu berbeza benar dengan Imran yang seakan lemah di depan orang tuanya?
--------------------------------------------------------
Insyirah tersenyum lebar mendengar pembentangan kertas kerja Resort Damai Kasih.Dia sangat berpuas hati dengan gaya dan cara jurutera muda itu menjelaskan setiap satu perkara dengan teliti.Butir bicaranya teratur.Setiap jawapan yang diajukan dijawab dengan jawapan yang bernas.Bukan seperti sesetengah jurutera baru yang mudah melatah bila diajukan soalan.Seawal pertemuan,dia kurang yakin dengan lelaki tersebut.Dan sekarang,dia tersedar yang tanggapannya salah.Perlahan dia mengeluh.
“Cik Insyirah,any opinion about this project?”.Soalan dari Laila membuatkannya tersentak.Dah lama benar dia mengelamun rupanya.
“Erm,nothing to say.So far,saya setuju dengan bajet & segala butiran yang terkandung dalam proposal ini.Congratulation sekali lagi kepada bahagian kejuruteraan atas projek yang meyakinkan ni.So,that all for today.Meeting dismiss.Assalamualaikum.”
Insyirah melemparkan senyuman kepada semua yang berada di ruang mensyuarat tersebut.Hari ini,dia memakili Tuan Badar kerana ayahnya kurang sihat.Sejak disahkan menghidap penyakit ‘orang kaya’,Insyirahlah yang membuat segala keputusan syarikat.Memang berat tanggungjawab yang dipikul,tapi hatinya tak sanggup menolak permintaan ayah yang sudah banyak berkorban.
Sedangkan hatinya meronta mahu melakar lakaran bangunan pelbagai rupa.Dan nasihat dari doktor yang meminta ayahnya banyak berehat di rumah juga membuatkan Insyirah melupakan segala peralatan seni bina yang dulunya menjadi teman setia.
“Syira,let uncle introduce you to our new civil engineer,Muhammad Imran bin Ilyas.Dia yang akan jadi jurutera kanan project ni.Boleh la Insyirah berkenalan dengan Imran lebih lanjut.Senang sikit nak bekerja nanti.Tak kekok sangat”,jelas Tuan Aziz sambil menepuk perlahan bahu Imran.
Imran melemparkan senyuman.Gadis di depannya itu memang cantik.Raut wajahnya bersih tanpa sebutir jerawat pun,hidung mancungnya terletak dan mata buntarnya membuat semua mata yang memandang terpikat.Tapi sayang,rambutnya yang hitam berkilat separas bahu itu dibiarkan terdedah.Tiada tudung yang menutupi.Dan huluran tangan dari gadis tersebut membuatkan Imran tersentak.
Beginikah realiti dunia korporat?Wanita dan lelaki tanpa muhrim bersalaman sebagai tanda diplomasi & protokal dunia perniagaan.Dan realiti yang terbentang di depan matanya membuatkan dia tersentak.Haruskah dia mengikut rentak dunia korporat yang seakan bertentangan dengan didikan yang diterima dulu.Tidak,dia harus bertegas.
“Maaf cik.Kita bukan muhrim,haram bersentuhan”,tutur Imran perlahan.Tapi cukup jelas di telinga Insyirah.
Darah merah menyerbu ke muka.Insyirah menarik kembali huluran tangannya.Pertemuan pertama dengan jurutera baru ini membuatkan jiwanya tak tenteram.Seharus dan sepatutnya,dia malu & marah dengan keadaan itu.Tapi entah mengapa,kata-kata lelaki itu membuatkan dia senang dan tenang.Entahlah,pertama kali dia merasa bahagia dengan nasihat dari seorang.Kenapa ya?

2 comments:

~~~lYnNLuV~~~ said...

plzz.....smbg...

Anonymous said...

bosan gler