@rubiadaibrahim

Monday, February 16, 2009

AP III:Layanzzzz!

“Angah,tahniah dah jadi suami orang.Jaga Nabilah elok-elok.Jangan dikenang kisah lama.Yang lebih penting sekarang jadi suami dan pemimpin terbaik rumahtangga.Along doakan Angah”.

Huluran tangan lelaki itu Einstein sambut.Mereka berpelukan seketika,amat akrab hubungan keduanya aku kira.Aku yang duduk bersebelahan dengan Einstein hanya termangu-mangu.Tak tahu siapakah gerangan lelaki yang membahasakan dirinya Along kepada Einstein.

“Bi.Ni my beloved brother,Along.”,ujar Einstein.Macam tau-tau je aku terpana dengan nasihat hamba Allah tu.

O,Einstein ada abang rupanya.Tak pernah tau pun.Yelah kan,masa bertunang aritu tak nampak bayang pun.Lagi pun,tak sempat nak berkenalan dengan family dia memandangkan kitaorang menikah express & koboi punya.Koboi-koboi juga,ikatan suami isteri termateri sudah.Ready ke aku memikul tanggungjawab seorang isteri?

“Bilah,apa yang dimenungkan tu.Along balik dulu ye.Kak Long kirim salam,dia minta maaf tak dapat nak datang.Welcome to our family.Kalau Angah wat perangai nnt,dail je 0179666805.Talian ini sudi membantu & mendengar sebarang masalah.Nak tips rumahntangga bahagia pun boleh.Free lagi..Hehe”,gurauan Along membuatkan aku tersentak.

Kembali ke dunia yang nyata.

“Insyaallah.Terima kasih Along.”,balasku perlahan.

Sebenarnya aku gugup dengan keadaan diri aku sendiri.Tak tahu nak membahasakan diri dengan panggilan apa.Keluarga Einstein dari awal sudah memanggil aku dengan panggilan Bilah.Janggal rasanya bila sampai ke telinga.Tak pernah aku bermimpi nak dapat panggilan tu.Selama 3 tahun aku dikenali dengan panggilan Nabil,dan hari ni automatic dapat panggilan yang perempuan sesungguhnya.

Pautan tangan Einstein di bahu membuatkan aku rasa serba tak kena.Tak pernah berkeadaan begini dan aku rasa semuanya dalam mimpi.Sentuhan dari seorang lelaki bergelar suami.Dan dari tingkah laku Einstein,memang nampak dia dah sangat bersedia memikul tanggungjawab seorang suami.Memikirkan keadaannya sedemikian rupa,makin sesak la otak nak berfikir!

Lambaian tangan Along kami sambut hingga kereta hilang di pandangan.Along .Along yang datang bersendirian ke kenduri kami dari Kuala Terengganu.Kata Einstein,isteri Along baru melahirkan dan masih dalam pantang.Lantaran itu,Along terlambat sampai berbanding keluarganya yang lain.Dan aku,Cuma mengangguk macam burung belatuk mendengar penjelasan Einstein.
---------------------------------
Einstein menungguku di bilik pengantin untuk solat Zuhur.!.Mahu berjemaah buat kedua kalinya,dan aku sudah maklum akan hal itu.Tambahan nasihat Ibu seakan tersemat dalam kalbu aku.Ceh,ceh,ayat berbunga sudah!Haha

“Solat berjemaah berdua jangan ditinggalkan walau sesibuk manapun.Pengharapan pada Illahi tulah yang utama nak cari kebahagiaan rumahtangga.Doa sentiasa diberi kebahagiaan dunia & akhirat.Insyaallah.Angah,jangan ambik mudah hal ini.Ibu yakin Bilah yang terbaik untuk kamu.Jadi Angah kena jadi terbaik untuk Bilah,ok”.

Aku lak dok merempat kat bilik Angah memandangkan aku ada masalah gempak punya Jam kat tangan dah tunjuk ko 3.Lewat dah sebenarnya.Aku bukan tak mahu jemaah dengan dia Cuma aku tak tahu dan serba salah nak berdepan dan duduk berdua-duaan dengan dia.Bukan apa,aku tak tahu macammana penerimaan Einstein dengan ke”jantanan” aku yang tersembunyi selama nih.

“Along,apa lagi yang dimenungkan tuh.Nak kata menyesal menikah,bukan main happy lagi masa dok bergambar tadi.Berseri-seri muka raja sekarat hari ni.Ada masalah Negara apa lagi nih?”soal Angah.

Mungkin Angah risau tengok muka aku!Biarkan dia cuak sikit dengan perubahan aku pas 4 jam jadi isteri orang nih.Barulah dia tak menggatal nak menikah cepat cam aku.Hahaha,kejam betol!

“Masalah Negara la.Urganda lagi Angah.Huhu.Angah,camne nak berdepan dengan dia ye.Along tetiba rasa segan lak.Dengan fesyen rambut cam jantan ni,confirm dia terkejut punya tengok Along.Bagi idea sikit,adikku sayang.Please!!”,rayuku pada Angah.

“Loh,tak jadi ke nak guna rambut palsu tuh!”.

“Along cari kat tenet semalam.Dia kata haram pakai rambut palsu.Perbuatan nih mengubah ciptaan Tuhan.Tak mahu la Along tambah dosa.Huhu.Gasak dah Along fikir camna nak berdepan dengan dia ni.”.

Memang aku pening kepala weh!Masalah rambut yang rajin gugur tuh membuatkan aku nekad nak potong rambut boyish style.Bukannya ikut trend tomboy & kawan-kawan,tapi masalah rambut aku gugur tu memang kronik.Sekali sikat,lebih dari 20 helai yang jatuh ke sikat.Sob2.!Aku nekad la nak memendekkan rambut sampai-sampai tak sedar nak menikah.Nak pulak,rambut aku yang jarang digondolkan ni manja bukan kemain.Sekali potong,nak panjang sikit punya lama.Maka,aku pun dalam dilemma dikernakan rambut merajuk nih!

“O,ic.Lupa lak Angah.Erm,Along,try la cara ni.Lagipun selamat je coz Along tak dok sekali dengan Abang Long.Along kena sentiasa pakai tudung la bila dok dengan dia.Cam sekarang nih,Along masuk bilik terus pakai telekung .Kan senang,dia tengok pun senang hati.Solehah rupanya isteri aku nih.Hahahha”.

Dalam tak betul si Angah nih,geliga gak otak dia.Boleh la pakai idea dia memandangkan otak aku tak mampu nak berfikir dengan betul sekarang ni.Balik KL sat lagi,aku kena la p mengayat Nani & Dania.Fuh,mudah-mudahan idea aku nih tak ada halangan hendaknya!Cuba jelah!
-------------------------------------------------
Usai solat Zuhur,Einstein masih berteleku di sejadah.Aku terlebih dahulu bangun,nak melarikan diri.Bukannya tak mahu nak bersalaman buat kesekian kalinya dengan dia,tapi aku kena mengelakkan diri dari terkantoi sekarang nih.

“Bi,nak lari ke mana tuh?Tak salam abang lagi pun”.

Teguran Einstein membuat langkah aku terhenti.Aduhai,alert lak hamba Allah ni.Cam ada sinaran ultasonic lak.Huhu.Ape nak dikata ye?

”errrrrrrrrrrr”,.Tak terluah dengan kata-kata weh.Palpitation sudah,cuaknya Tuhan je yang tahu.Kot-kot la ada adegan romantik cam DRAMA TV1 tu sat lagi,mana aku nak lari!Fuh,jangan la ada apa-apa.

”Kenapa pejam-pejam mata tu.Tak mahu pandang abang ke?Muka sikit punya hensem macam ni,tak sudi nak pandang ye.”,gurau Einstein sambil menghampiri aku yang dah tercegat cam tiang letrik kat belakang pintu.

Tangan Einstein yang dihulur aku sambut & kucup perlahan.Einstein tersenyum dengan perlakuan aku.Terharu kot sebab aku ni isteri taat & mithali kot.Mithali,mithali juga,lutut ketar sudah! Dapat result pun tak seketar nih tau!Mak,nak lari!!!!!!!!!!!!!!!

Mahunya tak ketar lutut,Einstein makin berani lak dengan aku!Tangan dia perlahan diletakkan di bahu aku.Bibir dia dah melekat kat dahi aku!Aku melawan sat lagi,di laknat malaikat lak!Serba tak kena sudah!Udahnya,aku pejamkan mata je!

”Bi,tertido ke.Abang tak nak buat apa-apa pun.Lamanya tercegat kat pintu tu.Meh la duduk sini”,tegur Einstein.

Waaaaaaaaa,malunya.Rupa-rupanya dia nak cium dahi aku je!Bukannya nak buat papa,aku je terlebih-lebih tahap pemikirannya.

Ruang kosong disebelahnya ditepuk perlahan.Dia suh duduk sebelah dia la tu.Cepat-cepat aku berdalih.

”Bi,saya nak salin telekung sekejap ye.Nak kena pulangkan dekat Angah telekung ni,sian kat dia nak solat.Jap je!”.

Alasan yang tak bleh diterima akal langsung sebenarnya!Dah sah-sah tu telekung aku,sal nak pinjamkan dekat Angah.Mudah-mudahan,dia caya lah hendaknya.

”O,ok!Takpe-takpe,take ur time.Abang pun nak ke bawah sekejap,berkenalan dengan family sayang.Kalau tak sekarang,entah bila lagi.”,balas Einstein perlahan.

Alhamdulillah,terlepas aku dari sesi mengantoikan diri sendiri!

”Sayang,habis kasi telekung kat Angah,turun bawah sekali ya.Temankan Abang,segan gak nak berkenalan sorang-sorang”.

”Ok,dear.LUV U”,ujarku sambil buat aksi menggoda dekat dia.Muka dia seperti biasa,kena goreng cam sedia kala la.Padahal wat aksi kiss dengan tangan je!
-------------------------------------------------
”Abang Long,kawah menanti nak di basuh kat bangsal!Kalau tak basuh kawah tak boleh balik KL”.

Teguran Angah membuatkan Einstein berpaling.Perbualannya yang tengah rancak dengan Ayah Long terhenti.Muka dia terkejut semacam dengan keselambaan Angah.Nasib la badan,Cik Abangku.Ingatkan isteri dia manusia paling selamba,sekali penangan adik ipar lagi power.Ayah Long lak apa lagi,tergelak la dengan reaksi Einstein.

Einstein lak macam cuak semacam tak boleh KL terus bangun dari duduk dia.Termangu-mangu tak tahu nak g kearah mana.Aku yang mula-mula join sekaki gelakkan dia terus terdiam.Kesian lak tengok dia dikerjakan dek family aku!

”Awak,dorang gurau jelah!Tradisi basuh kawah tu dah takde la.Dun worry,Bi”,kataku perlahan.

Tak sempat nak hilang muka cuak dia,Abang Arif sound dulu.Aku yang tengah-tengah best kekonon berjaya selamatkan suami aku dari krisis & penderaan ni tergamam sama.

”Hamboi-hamboi,Kak Long.Jangan nak berdalih-dalih lak.Tak ada maknanya tradisi tu dah takde.Masa abang nikah dulu,siap kena paksa rela basuh kawah.Time dia,pandai je nak mengelat ye!No way man,tak basuh kawah sat lagi,abang pancitkan kereta korang.Tak yah balik KL.”,sound Abang Ariff.

Semua orang gelakkan aku!Camne lak aku bleh lupa yang akulah manusia paling bersemangat kenakan Abang Ariff dulu.Siap tunggu depan bilik pengantin lagi masa tuh.Wa,jadi mangsa balas dendam lak aku!Salah mama la nih,tak order katering!Kata mama,sedara-mara dia ramai,so better gotong royong masak.Baru la happening sket kenduri-kendara!Happening tak happening,dengan penuh berat hati aku & Einstein melangkah ke bangsal memasak belakang rumah!Kawah dah menunggu!
---------------------------------------------
”Kesiannnnnnnnnnnn dia,kena basuh kawah ye cik kak.Jangan la sedih-sedih,cik Abang ada nak pujuk tu.Hahhaha,padan muka.”.

Aku mencebik bibir kearah Abang Ariff.Punya takut aku mengelat,dia siap jadi mandur tak bergaji lagi.Einstein ralit menggaras buntut kawah yang hangit.Melihat konsisi Einstein yang redha & expert wat keje-keje menggaras tu terselit rasa kagum aku kat dia.

”Cik Kak,tengok apa tu!Takkan la tak sabar nak tunggu malam nih!Haha,lupa lak Abang,orang tu kena dok asing-asing pasni!Manalah nak rasa nikmatnya berumahtangga.Sian dia”,tempelak Abang Ariff lagi.

Muka aku dah blushing semacam dah.Boleh lak sepupu kesayangan aku nih perasan dengan gelagat aku.Einstein Cuma tersenyum simpul mendengar gurauan Abang Ariff.

”Sapa kata tak best.Kitaorang jumpa tiap-tiap hari la,tiap-tiap hari boleh dating kan B”,balasku geram.Einstein memandang aku sambil membetulkan cermin mata dia.Apa maknanya tuh!Tetttttttttttttttttt!

”Whatever,tolong la garas gak kawah tu.Sian kat suami kesayangan Kak Long tu.Berpeluh dah dia,sian betul la.Dapat isteri lak tak reti buat kerja lak.Kerja menyibuk je,mana la tak pening suami.Haha”.

Tengok,tak habis-habis lagi mengenakan aku!Kalau dilayan,makin menjadi-jadi la dia menyakat aku!Udahnya,aku diam je.

”Bukan dia tak mahu tolong,saya yang tak bagi Abang.Diakah ratu hati saya,takkanlah saya nak biarkan dia bersusah payah juga!Yang penting,dia temankan saya,hati ni dah seribu kali happy dah!”.

Wa,tetiba lak mamat pakai spek tu berkata-kata.Terkejut rasa nak pengsan aku!Rasa cam pelakon drama dah!Makin power lak ayat dia nih dalam diam.Fuyoooooooo,kagumnya!
---------------------------------------
Badan memang penat,sepenat,penatnya.Naik je kereta,aku terus pejamkan mata.Padahal nak tido pun tak boleh!terlalu banyak persoalan yang bermain-main kat fikiran aku nih dan memerlukan jawapan dengan segara.

1.Mana Einstein dapat duit untuk kenduri aku?
2.Macammana perangai sebenar Einstein?
3.Apa perasaan Einstein after jadi suami aku?
3.Apa planning dia untuk kitaorang?
4.Dia tak marah ke kat aku dengan reaksi dingin aku pas aku sah jadi hak dia?

Sampai kat tol Karak,aku tak sanggup dah pura-pura tido!Aku sembang-sembang & soal siasat dia dia sampai la kat Cheras dah.Jawapan dia:

1.”Abang simpan duit la!Takkan Abang rompak lak nak mendirikan masjid.Jangan risau,abang takkan buat kerja keji tu”.

Komen aku(dalam hati):Memang la tak mencuri tapi musykil sangat-sangat.Banyak tu,bukan puluh ringgit.Ribu weh!.Dah tak mahu share dengan aku,udah!

2.”Bi rasa abang manusia macammana?Pandangan Bi sebelum nikah& after kita nikah”.Dia soal aku balik lak tuh!

Siapa suh bagi peluang aku bercakapkan.Maka berjela-jela la ulasan aku:
”Sebelum nikah,saya rasa B pendiam sangat,tak mesra alam,nerd,skema.Benci dengan perangai saya yang sok buat bising memanjang.Macam warden penjara pun ada.Sebab perangai nerd tulah,saya panggil B Einstein.Mujur rambut tak mengerbang je,kalo tak memang sama lah.”.

”Hahaha.Last-last manusia ni yang jadi suami Bilah kan.Bukannya Abang benci la,abang kurang suka je.Tapi ntah macammana,terpaut lak hati dengan keselambaan Bilah tu.Last-last,termenikah lak kita ye”,sampuk Einstein.

”Yelah tu.Tak habis lagi ulasan nih.After kita nikah,saya terkejut betul.Romantik juga Einstein saya nih.Rasa cam Drama B.Betul la orang kata,Don’t Judge a book but it;s cover.Tapi saya kata versi brutal sket:Don’t judge a man by his spectacle.Haha”.

”Kenapa spectacle lak?”.

”Sebab Einstein saya pakai spek la.Spek tebal nilah yang yang buat saya misjudge B.Sori!”.

Einstein tergelak dengan ulasan aku.Lepas tu,semua soklan yang dok elok beratur hilang dalam kepala bertempiran entah kemana.Seronok lak borak dengan Einstein nih.Tak sangka,cempedak jadi nangka you!
------------------------------------------
”Abang bersyukur sangat dengan penerimaan Bi pada abang.Bila Abang tahu dari Izmir Bi nak cari calon suami,cepat-cepat Abang bagitahu ibu.Minta Ibu tolong tanyakan.Padahal takut tak termasuk senarai menantu JAWI & SIRIM mama tau”,kata Einstein bila ditanya macammana perasaan dia selepas jadi suami aku.

Aku tergelak kecil mendengar butir bicara Einstein.Sepoyo dan sedetail maklumat tu dia boleh ingat & ambil berat.Terbukti lah,dia ni manusia yang teliti & tak se”simple’ yang aku sangkakan.

”Kenapa Bi gelakkan Abang?Abang memang cuak betul dengan ciri-ciri yang Bi dok highlight tu.Walaupun ibu kerja dengan JAWI,anak dia nih bukanlah soleh mana.Bab SIRIM tu lagi lah pening Abang fikir.Apa kriteria yang Bi nak sebenarnya.Mujur la Izmir ada.Dia yang yakinkah abang.Dia kata semua ciri-ciri tu ada kat abang.Paling tak tahan,dia kata Bi sengaja highlightkan bab SIRIM & JAWI tu nak bagi hint kan abang.Betul ke Bi?”.


”Haha.Pandai-pandai je Izmir tu.Mana ada nak bagi hint semua.Saja ja Izmir bagi abang perasan & cuak sikit.Kalau tak,mesti abang wat hal sendiri lagi.Sampai sudah la kita tak menikah nampak gayanya!”,balasku perlahan.

Padahal aku segan sebenarnya.Walaupun aku tak tujukan kat sapa-sapa bab SIRIM & JAWI tu tapi memang dia ja yang cukup syarat.Padahal masa tu,aku dah rasa cam perigi merayap cari timba dah.Einstein tergelak mendengar jawapan aku.Makin menjadi-jadi dan senyuman tak hilang dari bibir dia.Apa kena ntah.

”Sal”,tanyaku pendek.

”Abang happy bila For 1st time,Bilah panggil abang!Rasa dunia abang yang punya tau”.

Baru aku perasan,tersasul sudah.Tak la rasa geli pun bila panggil Abang.Kekonon,berbulu tekak dengan perkataan ABANG.Alik,alik terhilang lak B aku tu.Maunya tak terberselirat,dia panggil aku B,aku panggil dia B balik.Last-last,aku gak yang termengalah dengan sendirinya.Layan jelah!

2 comments:

strawbErry is sOur said...

hehe..ade lgi ye smbungannye nie..
sy mmg skong 99.99 prtus dOc wat nvel cita nie...
plEase!!!...he..
ermm, wat la smbungannya wk2 diwg kt u, kat umah, ofis, kat mana jelah..
k gud luck,,

kay said...

wahhhh..seronok2!!