@rubiadaibrahim

Thursday, February 19, 2009

AP:Drama lak!


Deringan telefon membuatkan lena aku terganggu.Aku capai handphone,baru pukul 5.15 pagi.Siapa la rajin kol aku pagi-pagi buta nih.Mesti Angah la nih,suka kacau penggembaraan alam mimpi aku.Geramnya!
“Angah,apa keja kol pagi-pagi.Tak azan lagi pun,sat lagi Along bangun la.Dun worry,dekat kol 6 jap lagi Along bangun la!’,kataku dalam mamai yang beramat!
Aku rasa pelik bin ajaib bila tak ada respon dari Angah,si kepoh.Dia dah insaf apa!
“Angahhhhhhhh,saja je kacau Along.Along penat sangat nih.Kol nanti k,byeeeeee”.
Tak sempat aku letak phone,ada suara garau di hujung sana.Mak aih,terkejut aku.Cepat-cepat aku gosok mata!Bukan Angah adik aku,tapi Angah suami aku la kol!
“Assalamualaikum,sayang.Bilah,penat sangat ya.Abang baru ingat nak kejutkan solat tahajud.Tapi kalau penat,takpelah.Dekat subuh jap lagi,abang kol semula ok”.
“B,takpe-takpe.Saya dah bangun pun.Tq tolong kejutkan.”.
“Ok.Sama-sama.Aik,dah tukar semula panggilan dia.Malam tadi,abang dah happy betul dah.Pagi ni,B semula eh!Tak nak la B,nak A.A for Abang boleh”,gurau Einstein sebelum memutuskan talian.
Aku tergelak dengan gelagat dia.Nakal juga rupanya dia nih!
--------------------------------------------
“Nabil,awal ko bersiap.Mana hilang perangai tido lepas subuh ko.Wah,cik Nabilah sudah insaf ye?”,tegur Nani.
Terkejut bebeno muka dia dengan perubahan aku selepas sehari bergelar isteri orang nih.Mahunya dia tak terkejut. Mesti dia rasa magic semacam,aku yang dok asik berguling selagi matahari tak terbit,jadi manusia baik punya.Siap kejut Nani lagi buat pertama kalinya tahun ni.Bangga aku.
“Bukan Cik,Puan Nabilah ok.B aku ajak breakfast kat luar pagi nih.Dating for the 1st time dalam hidup la weh.1st time tu,maunya tak excited.Sukaaaaaaaanya.”.
“A’ah,lupa lak aku.Aku ingat ko single-mingle lagi.Lupa lak,ko dah jadi Mrs Einstein semalam.Weh,habis kenduri ko terus balik rumah ke?Mean,ko memang tak sempat nak 1st night dengan Einstein lagi la ye?Siannya!”.
“Nak first night ke bendanya.Aku bukan dapat cuti pun.Nasib la,sapa suruh menggatal nak menikah time belajar kan.Aku redha je ni.”.
“Einstein tak dapat cuti gak ke?
“Dia dapat cuti arini je.Muka baik cam dia,takkan la orang tak caya kan.Paling-paling,doc bagi cuti kesian kat dia.Orang tau dia nak menikah,berlambak-lambak orang doakan.Tahu nikah dengan aku lak,lagi la orang doakan dia bahagia.Al-maklumlah dapat isteri ganas cam aku nih.Huhu”,keluhku.
Dari awal,Nani dah maklum penerimaan kawan-kawan aku bila tahu aku perempuan pilihan Einstein.Ramai yang mengucap syukur,dan tak kurang mengucap panjang.Teruk sangat ke aku nih?Takat kepoh & kecoh tu,biasa la.Huhu.
“Isk,kesian aku dengan korang nih.Kena la aku lupakan hasrat nak ikut jejak ko macam ni.Weh,apa perasaan pas nikah.Ada bagus ka,teman?”,soal Nani.Muka dia excited betul.Fikir benda-benda mengarut la tu!
“Ko tak usah nak fikir bukan-bukan.Ke arah 1st nite pun takde dalam kepala kitaorang tahu tak.Sehelai rambut aku yang kontot ni pun dia tak pernah tengok lagi kau tau!Nak lebih-lebih lagi jauh panggang dari api la kawan!”,balasku selamba.
“Ha,ko biar betul.Aku rasa cam cita dalam novel tu.Minah yang tomboy tu segan nak buka tudung dia lepas nikah sebab rambut dia panjang & cantik.Yang ko pulak,terbalik.Pening aku!.”.
“Sal ko lak pening berlebih.Rambut aku la,bukan rambut ko.Ko wat la pening-pening,gugur rambut cam aku nanti,baru ko tau.Tak pasal-pasal ko join kelab aku sok.”.
“Kelab apa lak?Ko ni macam-macam kelab la nak ko tubuhkan!”.
“KITAH:Kelab isteri tutup aurat depan husband.Baik punya!Sekali dengar,memang tenang hati.Keluarga sakinah,lagi mawardah tu.Hahaha”.
-------------------------------
Nani termelongo dengar kata-kata aku.Aku lak tergelak dengan tak ingat dunia cam biasa.Perangai bendul si Nani ni tak berkurang juga walaupun dah 3 tahun aku & Dani melempiaskan virus poyo & happy good lucky nih.Dekat 3minit,baru dia bersuara.
”Nauzubillah.Tak mau aku.So far,ko ok tak sekarang ni.Apa perasaan ko?Ada happy ke?”.
“Bab perasaan lepas nikah tu,takat ni biasa je.Just rasa lain je,pagi-pagi ada orang kol.Haha,padahal baru sepagi je pun ada orang kol!Nak plak B aku tu suara dia menggoda habis,macam terbang kat angkasa weh.Silap aribulan,jadi angkasawan aku.Best wo,Cuma orang yang dah jadi isteri je yang tahu!Kalo nak tahu ko cubalah nikah awal gak.Haha”,.
Sengaja aku kenakan Nani memandangkan perangai lurus bendul dia yang tak pernah hilang tu.Sekali dia ikut jejak aku,menangis tak keruan la Dania!
“O,ye.Kena la suh mak aku carikan calon camni.Erm,ko panggil dia B cam ko praktis tu ye?Dia tak marah ke weh?Sal lak guna panggilan spesial sikit?Abang ke,Honey ke?Dia panggil ko apa lak?Sayang eh?.So sweet!”.
Bertubi-tubi soalan Nani.Termengah-mengah menghabiskan kata-kata.Kalau keretapi yang panjang pun ada station dia stop,Nani ni nak speed pecut je.Aku yang penat dengar dia bercakap tau.
“Yup”,jawabku pendek.Nani tarik muka,tak puas hati dengan jawapan aku.
Memandangkan aku malas nak memanjangkan cerita bab suami isteri nih,cepat-cepat aku ubah topik.Kalau dia start sesi soal-siasat jap lagi,ntah bila nak habis ntah!
“Lauk kenduri semalam aku dah panaskan atas dapur.Kalau ko nak makan,makan je.Aku tak join ko breakfast la nampak gayanya,Cik Abang aku nak belanja makan pagi ni.Wooooooooo,duniaku.Sal indah lagi berseri nih!”,jeritku.
Nani memandang dengan muka tak percaya sekali lagi kat aku!Nabil buat magic sekali lagi,siapkan breakfast siap!
”Jangan wat terkejut.Aku punya status dah lain sekarang.Kalo tak belajar nak urus rumahtangga sekarang,bila lagi?”,ujarku ikut slang Mama.Nani tergelak dengan tindak tanduk aku!
“Ko janji nak keluar kol berapa ni Nabil?Naik apa?Nak breakfast kat mana?Tak mau ajak aku ke?”,tanya Nani.Excited betul dia nak tahu.
“Kol 6.45.Aku ikut je dia.Naik kereta la,kebetulan Walid dia pinjamkan kereta arini.Tengahari sat lagi,dah kena pulang kan.Erm,bab ajak-ajak tu,hari lain la kawan.Takkan ko nak jadi orang ke-3 lak.Tak boleh la aku nak romantik-romantik sat lagi.Haha”.
“Nak ikutttttttttttttttttttttttt juga.Tak kira.Nak ikut,nak ikut”,jerit Nani.
“Kesian dia.Tak boleh ikut.tak boleh.tak boleh”,jerit aku lak.
Dengki la tu.Deringan telefon dari bilik membuatkan perangai kanak-kanak Ribena aku dan Nani terhenti.Cepat-cepat aku berlari ke bilik,Einstein kot!Nani mengekor aku dari belakang.Isyh,takde privasi langsung idup!
------------------------------
“Assalamualaikum.Bilah,dah siap ke?Abang dah dekat nak sampai nih.”.
Seperti dugaan aku,mesti si Einstein la dulu yang bagi salam.Aku baru buka mulut,salam dia dah sampai huruf M dah.
“Lom,tapi sekejap je nak bersiap nih.Abang ingatkan jalan nak g sini.Kalau tak saya tunggu kat simpang depan je”,tegasku.Risau gak kalau Einstein lupa jalan g rumah aku.Malam tadi,sampai ke rumah pun dah pukul 11.Dalam penat dia drive semalam,kemungkinan lupa jalan ke sini amatlah tinggi!
Nani melekap telinga dia kat handphone aku!Join sekaki dengar.
“Dun worry,sayang.Dah dekat ni.G siap cantik-cantik ye.Rindu sangat dah kat sayang nih!Kejap lagi abang sampai”.
“Ok.Assalamualaikum”.
Tudung yang dah siap digosok aku kenakan atas kepala.Senang keje memandangkan aku ni tak reti nak bergaya-gaya.Nani pandang aku dengan muka tak puas hati.Aisyh,takkan nak bawa dia sama lak.Tak glamour la 1st morning pengantin baru kalau bawak orang ke-3.
“Ala bucuk-bucuk Nani.Next time la kalo ko nak ikut ye.Sori la,arini aku nak berdua-duan dengan suami tersayang je!Hehehe”,pujuk aku sambil menepuk bahu Nani perlahan.
Tapi reaksi Nani mengejutkan aku.Tak pasal-pasal,aku kena tarik menghadap cermin.Tangan dia cepat-cepat selongkar almari baju aku.Apa yang tak kena ntah.
“Ko kenapa weh?”.
“Ada ke patut ko pakai macamni je?Pakai la melaram sikit,baru la Einstein teringat-ingat kat ko.Nih,secalit make up pun takde.Isyh,kalo aku la jadi suami ko,confirm aku pandang perempuan lain punya”,tempelak Nani.
“Isyh,takkan la aku nak melaram beriya.Aku nak g breakfast je pun.Pastu masuk hospital semula.Nani..nani,mulut ko memang tak ada insurans betul.Takkan la Einstein nak wat macam tu kat aku.Baru nikah lagi,tadi ko pun dengar kan dia kata dia rindu sangat kat aku.Hahaha.Ko ni takde kes lain,jeles sebab aku tak bawak ko la ni”.
“Aku tak jeles pun.Meh sini,aku kasi opera sikit muka ko”,balas Nani tegas.Aku tergamam.Nampak gayanya,tepung gomak production tambah lagi product sat lgi!Nak lari!!!!!!!!
-----------------------------
“Nani,tak yah la beriya sangat weh.Aku rimas la kena tenyeh muka aku nih!Sian kat Einstein dah tunggu kat luar tuh”,tegur aku pada Nani.
Nani yang dah sedia maklum akan ketibaan Einstein buat-buat tak dengar.Kesian kat Einstein menunggu aku.Huhu
“Baik ko diam.Sememeh sat lagi lipstick nih.Terkejut sat lagi Einstein tengok ko cam badut silap aribulan”,sound Nani.
Jadi badut lak!Aisyh,layan jelah minah nih!
“Perfect.Dah siap!Confirm Einstein tak boleh duduk tenang arini.Takut hang kena ngorat dengan budak-budak kat hospital jap lagi.Semalam,dia pandang ko macam nak telan tau”.Cit,start dah dia menokok tambah cerita!
Nani tarik aku kat cermin.Wa,cantik gak aku nih.Patutlah mama rajin puji.Rupanya aku memang cun,Cuma aku je tak sedar.Haha,perasan tak sudah.Tapiiiiiiiii
“Nani,aku tak selesa la.Aku ingat Dania tak ada,hidup aku bahagia.Sekali,lagi merana.Sal ko join Dania jadi manusia taat cakap mama aku nih!Aku rasa mata berat semacam weh.Bibir aku lah juih gila.Waaa,jadi Kak Nita dah aku”,rungut aku.
Nani tergelak kecil.Padahal,aku dah sorok dah semua make-up yang mama belikan kat aku dalam laci anak-anak kecik.Tapi instinct Nani ni memang hebat,dia tahu nak cari katne aku sorok makhluk tu.Udahnya, Puan Nabilah sikit punya cun arini.
“Udah.Ko tak payah nak merungut.G cepat kat Abang ko!Ceh,ceh.Dah panggil Abang tadi.Gatal tak tekak ko Nabil?’.
“Ha,gatal tekak?”.Ape kes minah ni.Aku bukannya ada allergik pun!
“Ko kata cakap Abang tumbuh bulu kat tekak.Tadi tak mudah lancar lagi ko ngomong.Maju dah hang”.
“Isk ko ni.Hidup mesti la maju ke depan,takkan la nak mundur ke belakang lak kan.Hahha”,balasku selamba.Edisi cover malu punya.
----------------------------
“Bi,shall we”,tegur Einstein sambil menghulurkan tangan kepadaku.
Aku yang tengah membetulkan tudung terperanjat bukan main.Betul ke ini Einstein yang aku kenak selama nih.Hamba Allah ni bukan main romantic lagi,bukakan pintu kereta.Nak berpegang tangan bila berjalan!Aku bukan mimpi ni.Sebijik macam drama.Tak sangka betul layanan Einstein pada aku macam gini akhirnya.
Retoran Rahmat jadi pilihan Einstein.Restoran tempat aku,Dania & Nani selalu melepak time cuti-cuti & saat kemalasan bermaharajalela.Tapi arini kelainan sikit,pergi berdua.Dengan lelaki lagi.Silap aribulan,terkejut mak cik kedai sat lagi tengok aku bergandingan tangan dengan lelaki nih.Mudah-mudahan.Mak Cik Inah tak ada sakit jantung la tengok aku sat lagi!
”Bi,kalau tak pegang tangan tak boleh ke?Saya segan la”,bisikku perlahan.Einstein tersenyum memandangku sambil menggelangkan kepala.Sudah,no compromise lak!
“Bilah nak segan apa.Kita kan suami isteri.Abang dah janji pada diri abang yang abang akan jadi suami yang terbaik buat Bilah.So,here I am”,balas Einstein.
Muka dia penuh pengertian & pengharapan supaya aku faham!Tangan aku dah pun dalam genggaman tangan Einstein.Erat genggaman Einstein,sedangkan aku dah rasa dah tak tentu arah.Dan satu lagi perangai Einstein yang terus masuk dalam box aku:TEGAS!Bila dia kata putih,putih la.Kalo hitam,jawabnya legam la.No kelabu-kelabu!
-------------------------------
Roti canai di depan mata aku capai.Lapar tak hengat weh.Sampai rumah malam tadi,terus mensyahidkan diri.Memang penat sangat badan.Sms dari Einstein kata dia selamat sampai kat rumah sewa dia pun aku tak dengar dah.Memang buruk perangai Pak Cik Aziz ni kalo dah jumpa bantal!Huhu.
Tak sempat aku masukkan roti canai dalam mulut,Einstein sambar tangan aku dulu.Roti canai tu bukan rezeki aku la nampaknya.Einstein dah ngap dulu.Aisyh,dia tiru drama plak nih.
“Sori ya sayang.Nak merasa hasil suapan isteri abang.Memang best rupanya.Tak rugi abang nikah awal”,kata Einstein melihatkan muka tak puas hati aku obvious semacam.
Aku terdiam mendengarkan setiap kata-kata yang terluah dari mulut Einstein.Dan interpretation aku kali ni:MANJA rupanya si Einstein nih!Makin gugur la rambut aku sok kena layan gelagat dia.Aku dah la allergic dengan perangai manja tak bertempat ni.
“Ya Allah,permudahkanlah urusanku di masa depan”!
“Sayang,meh abang suapkan sayang.Kongsi makanan ni selain berkat,boleh mengeratkan ikatan kasih sayang tau”,kata Einstein perlahan sambil menyuakan makanan ke mulut aku.
Aiyak.camne boleh tau kata hati aku ni.Sudah,ada SIXTH SENSE lak suami aku ni!Aku menurut je permintaan dia walaupun rasa segan dimanja meluap-luap dalam diri.Aisyh,VIRUS MANJA tak termenjalar kat aku ke?
-------------------------------------
“Bi,tq for breakfast k.See u soon”.
Kereta yang dipandu Einstein betul-betul berhenti depan entrance hospital.Einstein Cuma sebentar ke hospital.Hantar aku,kemudian bergegas pulang ke Gombak.Kena hantar kereta Walid dia.Memandangkan jam kat tangan dah menunjukkan pukul 7.45,tergesa-gesa aku beg sandang di tempat duduk belakang.
Aku hulurkan tangan kepada Einstein untuk bersalaman.Seperti semalam,Einstein mengucup dahiku perlahan.Rasa bahagia datang lagi!
“K,sayang.Take care.Malam nanti,on-call ye.Kita dinner sama ye”,kata Einstein perlahan.Aku menganggukkan kepala tanpa setuju.
Padahal,awal-awal lagi aku berdoa,Einstein tak kiss dahi aku.Aku segan kalau-kalau aksi romantis tu ada orang nampak.Mesti dorang kutuk aku punya.Tapi bila fikir balik,apa nak disegankan!Aku & Einstein bukannya buat maksiat pun.Sah-sah,halal hubungan & perbuatan kitaorang tadi.Nabil,think positive.
Ingat kata Einstein semalam:
“Setiap sentuhan,pandangan antara suami isteri ada pahala di sisi Allah swt.”Nabil,ko tak mau tambah pahala ke?
“Sayang,tunggu jap.”.Einstein tarik tangan aku.Not sepuluh ringgit diletakkan ditapak tangan aku.
“Duit belanja.Ni sebahagian dari tanggungjawab abang”,terang Einstein bila aku wat muka pelik.
“O,ok.Ingatkan masa sekolah je dapat duit belanja.Dah nikah ni,ada gak ya.Rasa cam dapat duit dari papa masa nak g sekolah rendah lak B”,gurauku.Einstein tergelak mendengar kata-kataku.
“Abang gerak dulu ya sayang.Assalamualaikum”.
“Waalaikummussalam.B,drive carefully.Kirim salam kat semua ya”,pesanku.Sekadar mengingatkan Einstein walaupun aku tahu dia memang pemandu yang berhemah di jalan raya.Kalau aku la yang driver,mengucap panjang la Einstein gamaknya!Tahu nak cepat sampai je kojonya!
-----------------------------------
“Nabil.Congrate!Dah jadi isteri orang rupanya minah rock nih.Tahniah..tahniah”,jerit Linda sebaik nampak kelibat aku.
Linda!Manusia paling tak percaya bila aku kata nak menikah.Siap kol mama lagi nak confirmkan berita hangat aku tu!Al-maklumlah,aku pernah kenakan dia dulu,mana dia nak cayakan.
“Tq..tq”.
“Uisyh,inai ko.Awatnya pudar semacam.Mak aku kata kalo inai pudar nih,kuat cemburu.Takkan baru sehari jadi isteri,nak cemburu-cemburu dah kot”,gurau Linda.Aku dok sengih je layan gelagat dia.Malas nak memanjangkan cerita sebenarnya.
“Kurafat je semua tuh.Tak ada maknanya aku nak cemburu,Linda oiiiiiiiiii”.
Silap pandangan la Linda.Inai ni memang merah menyala semalam.Memandangkan aku jadi mangsa balas dendam Abang arif semalam,maka inai nih tukar la kaler.Tambah-tambah lagi perasaan aku yang segan nak mengaku dah nikah ni,lagi la semangat aku sental periuk-periuk semalam.Alhamdulillah,berjaya!Hehe.
“Nabillllllllll”.”.
Fuh,tiba-tiba populariti mendadak arini.Ramai lak yang perasan kelibat aku on the way g O& G department nih.Maka,sesi bersalam-salaman pun amatlah berjaya arini.Mengeratkan ukhwah la kata orang,.Padahal,aku dah rasa nak menyorok dalam bumi dah masuk ni.Rimas weh kena soal siasat.Siap ada yang dok wat physical exam lagi kat aku!Mujur la aku jadi pengantin sekali je seumur hidup,kalo penat gak aku nak mengucapkan TQ gamaknya!
--------------------------------------------
Aku bergegas ke kafe usai solat Maghrib.Nak mengisi perut dengan makanan berat buat julung kalinya arini.Hidup memang penuh dugaan time clinical nih.Tengahari tadi sempat cekau coklat dari insan Misteri je.Aku yang memang kuat makan ni,ngap jelah sampai habis.Macam tau-tau je favourit aku!
Habis makan baru perasan ada note bawah coklat tu!Note tu menghantui aku hingga ke saat ni.
“Ku bukakan pintu cinta yang menanti,Ku hamparkan rasa rindu di tapak hati......ENDOMETRIOSIS”.
Kertas bunga-bunga,wangi lagi.Aku ingatkan Dania,tapi dia kata bukan dia.Anak siapa la yang mengaratkan jiwa dengan lagu Papa Rock aku nih.Isyh,aku memang la suka lagu Ramli Sarip tapi tak usah la nak mengayat aku.Aku ni isteri orang.Aku rasa pelik lagi ajaib,pas menikah baru la ada orang nak menghantar hadiah misteri nih.Masa aku bujang tran tantang dulu,tak ada siapa nak mengayat.Sesak-sesak kepala memikirkan masalah diayat nih!
------------------------------
“Bilah,kenapa menung je.Penat sangat ye.”,teguran Einstein menyentakkan aku.Tersedar dari lamunan aku yang tak berapa panjang.
”Erm,penat memang penat.Tapi dah tanggungjawab,kena lawan gak penat nih”.
Sebenarnya aku pening memikirkan ENDOMETRIOSIS yang menggatal mengayat aku tuh.Mula-mula aku nak bagitahu Einstein pasal coklat bar tu tapi terbantut tengok dia gembira betul jumpa aku.Takkan la aku nak merosakkan keadaan kan.
”Bi,makan kenyang-kenyang.Jap lagi nak jaga,mesti lapar punya.Spesial dishes nih”,pujuk Einstein melihat aku makan sikit je.
Aku bukan tak ada selera nak makan.Nak pulak,semua makanan favourit aku terbentang depan mata.Lagi la,semangat nak makan.Tapi kepenatan aku sekarang ni mengatasi segalanya.Hobi makan aku tu terus hilang bila penat sangat.
Sambal udang Einstein letakkan dalam pinggan aku.Harini,memang jimat betul duit aku.Pagi tadi,breakfast Einstein bayar.Malam nih,beli nasi je.Lauk semua dah ada dalam mangkuk tingkat yang aku bagi masa tunang dulu.Ada benefit rupanya bagi mangkuk tingkat masa tunang.Boleh dijadikan pengikat kasih sayang lagi!Hehe.
Memikirkan betapa payahnya Einstein mempersiapkan dinner untuk aku,aku paksa perut terima makan malam ni.Kesian kat Einstein yang tatang mangkuk tingkat datang sini,sian juga kat ibu yang bersusah payah siapkan dinner nih.Dan aku,sumbat sampai habis makanan yang dia bawak. Ambik hati suamilah katakan.
-------------------------------------------
Aku mengambil kesempatan menghubungi ibu selepas Einstein pulang.Mahu merakamkan terima kasih sebab dah masakkan makanan kegemaran aku untuk dinner tadi.
”Assalamualaikum,ibu.Bilah ni”,kataku sebaik mendengar suara ibu dihujung talian.
”Waalaikummusssalam.Menantu ibu apa khabar?Umat kata .Bilah on-call ye malam ni.Kerja-kerja juga,rehat jangan lupa ya sayang”,pesan ibu kepadaku.
”Bilah,ok.Sihat,alhamdulillaj.A’ah,malam ni Bilah on call.Insyaallah,bab rehat tu memang Bilah takkan lupa punya Bu”,gurau ku.
”Ibu,maaf ye.Bilah boleh cakap sekejap je ni.Bilah kena masuk wad dah sekarang.Nak cakap terima kasih kat ibu sebab dah masakkan untuk dinner kami tadi.”.
”O,ok.Selamat bertugas ye sayang.Erm,makanan tadi bukan ibu yang masak.Umar yang masak semua.Nak harapkan ibu,memang tak sempat la.Jaga diri ye sayang.Assalamualaikum”.
Kata terakhir ibu tu membuatkan aku rasa cam nak pitam.Einstein masak semua tu?Aisyh,banyaknya bakat terpendam dia.Nak banding skills aku dengan dia,aku memang surrender awal-awal lagi la!Oh,tidak...makin complicated hidup aku.Padan la dia dok sengih je bila aku kata nak berguru dengan ibu masak semua tu!Rupa-rupanya anak IBU yang masak!

Dah tu pula,aku dengan selambanya mengaku aku power masak bila dia tanya tadi.Sal aku termenikah dengan mamat serba boleh ni?Mana aku nak sorok muka aku kalau dia tahu aku reti masak Ayam Masak Lemak Cili Api je.Nyesal tak belajar masa dengan mama dulu.Mama,nakkkkkkkkkkkkkk mama!
”Next time,bila abang on-call Bilah lak yang bawa makanan k.Abang nak air tangan isteri abang ye.Baru la semangat nak kerja.Macammana la rasanya masakan isteri abang ni ye.”.

Mengingatkan ayat ni,lagi la terseksa jiwa raga.Wa,nak jadi cam pelakon x-man tu boleh tak? Biarkan aku jadi invisible sampai la aku kenal siapa Einstein sebenarnya!
”Bilah,ni ada hamba Allah bagi hadiah kat kamu!Sweet dan kawan-kawan buat hilang mengantuk”,ujar Kak Dib,nurse kat receptionist setibanya aku kat wad.
Tak ilang lagi satu masalah,satu masalah lak datang.Tak habis dengan ENDOMETRIOSIS,malam ni IUD lak memisterikan hidup.Aisyh,memang menyerabutkan kepala term-term O& G yang jadi SECRET ADMIRE nih.
Esok,aku nak jadi Nabil cam dulu semula.Baru la hamba misteri tu tak hantar ayat-ayat Papa Rock dah kat aku!No more melaramkan diri!Dan dengan ini,aku umumkan bahawa Status aku saat ni bertukar serta merta:IT’s COMPLICATED tM.Waaaaaaa,napa hidup diselubungi misteri nih?

4 comments:

tzaraz said...

hahaha...

salam....mmg best la crita2 nie semua...gelak guling2 aku baca...

Anonymous said...

sapalah gamaknya eyk S.A. si bilah tue eyk??
ntah2 suami dia sendiri..
hahahahahahaha

(^_^)

Anonymous said...

wakaka...
memang lawak..
A'ah,sape s.a tue??x saba nak taw

Anonymous said...

slm..
first time bca cite yg sgt best cm ni..
sbb rsanya x byk cite yg gila2+still jaga batas n syariat..
congrats n trskn...