“Bilah,ibu berterima kasih sebab Bilah sudi jadi menantu ibu.Kalau tak ada aral melintang,ibu nak ke Kuantan minggu ni.Nak merisik kamu dan berbincang apa yang patut.Boleh Bilah maklumkan pada mama Bilah”.
------------------------------------------
“Congrate Nabil.Mesti kau dah tak sabar nak jadi risikan orang kan.Kau dah prepare mental & fisikal tak.Nak kitaorang temankan kau balik Kuantan minggu ni?”,tanya Dania bersungguh-sungguh.Nani di sebelah sekadar tersenyum simpul.
----------------------------------
Gara-gara kuat melatah tu jugalah aku tersetuju nak jadi menantu Ustazah Radiah.Jadi menantu ustaz Ustazah gitu.Aku dok teringat kata-kata aku sendiri zaman muda-muda dulu bila mak cik aku dok cop anak jiran aku jadi menantu dia.
Konon-konon menantu mithali la jiran aku ni,alik-alik anak jiran aku tu selalu la keluar malam cam liar sket.Terus cancel nak buat menantu.Pandang muka jiran aku pun mak cik aku dah tak sanggup.Kelakar betul la.
“Ciri ke-2:Tak melawan kata-kata mentua.
-----------------------------------------------
Malam tu,aku call Mama.Bagitahu yang aku dah berjaya dapatkan calon menantu SIRIM& JAWI.Mama happy bebeno dengan berita jam 10 aku tu.
“Mamaaaaaaaaaa”,teriakku.Uhu,Mama dah letak telefon.Tidak!!!!!!!!!
------------------------------------------
Serabut..serabut,serabut!Semua kerja aku buat serba tak kena.2 hari,2jam,20 minit,2 saat lagi nak masuk ari Sabtu.Gasak betul la.Siapa suruh menggatal nak menikah time belajar kan.Padan muka!
------------------------------------
Ya Allah,dah pukul 7.30 pagi.Kelam-kabut aku bangun dari katil.Siapa suruh tidur lepas subuh kan.Dah terlajak tidur.Aduh,kol 8 dah start ward round.Kalau lambat,mati la aku.Terkocoh-kocoh aku mandi,mandi ala kadar je.
Ya Allah,dah pukul 7.30 pagi.Kelam-kabut aku bangun dari katil.Siapa suruh tidur lepas subuh kan.Dah terlajak tidur.Aduh,kol 8 dah start ward round.Kalau lambat,mati la aku.Terkocoh-kocoh aku mandi,mandi ala kadar je.
“Dania,thanks a lot.Kalau korang tak siapkan baju-baju aku,alamatnya tak keruan la hidup aku hari ni.Tq babeh”,ujarku bersungguh-sungguh.
----------------------------------
Jumaat petang,aku bergegas ke Puduraya.Mengejar bas nak balik Kuantan.Mujur gak la ada tiket nak balik,kalo tak makin lebar la telinga aku dengar mama bagi ceramah percuma.But then,kalau mama tak nasihat kat aku,siapa lagi nak nasihatkan anak sendiri kan?
------------------------------------
“Mama,takkan la nak pakai baju kilat-kilat ni.Macam nak menikah je.Nanti ilang le seri pengantin.Dah la,muka cam kena tepung gomak.Tak mau la Along keluar macam ni.”,rungut ku.Dania & Nani angkat bahu tanda no comment.Aduh!
Papppppppppp.
“Aduh,sakit weh.Sal tampar peha aku??”.
“Kata nak buktikan ko tak bermimpi.Dah sakit tu betul la.Weh,ko punya tudung senget la.Meh,aku betulkan.Sat lagi,dorang nak suh ko keluar!”,kata Dania sambil membetulkan tudung aku.Dan lagi minah ni sambar bedak compact Mama n tenyeh kat muka aku.Aduh,makin berjaya la projek tepung gomak arini!!
---------------------------
Aku melangkah perlahan keluar dari bilik.Keluarga Einstein nak berkenalan dengan aku.Sikit punya berlenggang la aku punya jalan.Tak rugi aku berlatih kat bilik tiap-tiap malam sebelum tidur.Ada improvement la sikit berbanding dulu-dulu.Mesti mama bangga punyalah..Tengok la sape kan ?Nabilah Az na binti Abdul Aziz la .Kalo tak sopan-santun tu bukan aku la.
“O,nilah oran gnya yang buat Umar tak pandang oran g lain ye Kak Long.Cantik bebetul.Ni Mak Lang,adik Ibu”.
Dalam masa yang singkat tu,ramai family Einstein yang aku jumpa.Dan penerimaan dorang membuatkan aku segan sendiri.Tapi dalam kembang kena puji tu,aku dengar ayat yang tak best sket dari seorang budak perempuan umur ni.Tengok stail & gaya dia,macam tak suka je dengan aku.
Bila aku hulur aku tangan,nak tak nak je dia sambut.Suspen weh.Napa lak hamba Allah ni?Aku ada salah ape ye dengan dia?Tak sempat lagi aku nak melangkah jauh dari dia,aku terdengar ayat tak best:
“Angah ni memang pelik betul.Ada ke patut dia kata kakak ni sama cantik macam Kak Dina.Tak ada satu pun yang sama.Buta betul la.What ever,Kak Dina is better & lagi sesuai untuk Angah.”.
Kak Dina?Siapa Kak Dina?Tak pernah lak aku dengar cerita Einstein dengan perempuan lain.Kalau dia dah ada calon terbaik dari aku,kenapa dia tekad pinang aku.Gasak betul la budak tu.Dah tak tenang hidup aku dibuatnya.Napa ye aku rasa cam sedih semacam je?
-----------------------------
Sejak jadi tunang express oran g ni,aku dah makin rajin membaca.Tambah-tambah ilmu pengetahuan sebelum masuk alam baru.Tu pun pas Dania rajin belikan aku buku la.Kalo nak harapkan aku,zaman buku boleh berjalan pun belum tentu aku rajin.
Habis segala buku resepi Dania suruh aku belek.Nak pula mama dah pesan suruh monitor ke”ready”an aku nak berumah tangga.Nak plak si Dania ni jenis manusia berhati mulia,maka bertimbunlah bilik aku dengan majalah Seri Dewi Keluarga,Nona dan kawan-kawan.
So far,takde apa yang berubah lepas bertunang ni.Just tambah aksesori hiasan kat jari la.Tapi malang nya tak boleh pakai selalu.Bukan sebab aku allergi,tapi kehidupan intern yang sangat memerlukan pengorbanan ni membuatkan aku lupa la melaramkan diri.
Dalam aku terlupa dan buat-buat lupa nak melaramkan diri tu,mama tiap-tiap ari telefon & ingatkan aku.
Pesan mama:
-Pakai lulur bila mandi.Baru la kulit lembut dan putih berseri
-Pakai losyen tiap malam sebelum tidur.Bagi lembut sikit kulit
-Jangan lupa letak timun kat mata tiap kali nak tidur.Nanti mata lebam time kenduri,dah tak cantik anak mama.
-Belajar-belajar pakai make up sikit.Mama dah suruh Dania ajarkan.Berhias untuk suami dapat pahala.Suami pun sayang.
Macam-macam kaedah perawatan kecantikan tradisional sampai kat telinga aku.Aku yang degil tahap dewa ni last-last sekali cuba gak la petua dari mama nih.Mana la tau boleh awet muda kan ?Boleh aku lawan adik aku.
-------------------------------
Segala hal ehwal walimatulurus aku serahkan kat mama.Nak harapkan aku,entah ape jenis hantaran aku pilih sok.Mama pun ok je.Siapa tak sayang anakkan?Mam suruh buat list apa yang aku nak je,then semua mama yang cari.
Nak baju kaler apa?Warna tema apa?Gift kat tetamu nak apa?Nak pelamin ke x?
N jawapan aku:”Terserah mamalah.Along ikut je”.
Bukannya aku tak happy nak menikah.Gatai je kan bunyinya.Haha.Tapi tak terkata dengan kesibukan kat Wad O&G ni.Aku memang doa dapat department lain pas aku tunang dulu.Tapi kembali lagi pada takdir.Kita merancang,Allah merancang tetapi perancangan Allah adalah lebih baik.Dan kita sebagai hamba,kena redha dengan segala ketentuan dari Allah swt.
Dan Einstein adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah swt.Ayat selamba dari sedara Einstein aritu membuatkan aku rasa sedikit berjauh hati dengan Einstein.Walaupun Einstein dah memulakan sesi berkenalan dengan aku walaupun dah kenal,aku wat-wat jual mahal.Bukannya tak excited!Tapi entah la,tak terluah rasa hati.Bila aku nampa k Einstein,aku tertanya-tanya siapa sebenarnya Dina?Dan persoalan tu membuatkan aku cam nak lari dari kenyataan yang telah terbentang depan mata.
Tapi Einstein lebih bijak membaca perlakuan aku.Tiap malam,dia bagi sms tazkirah kat aku.Nasihatkan aku supaya banyak-banyak berdoa dipermudahkan segala ur usan masa depan.Dan aku tersedar yang aku tak sepatutnya meragui kesugguhan dia.
--------------------------------------
“Along,bangun sayang.Solat subuh”.
Suara mama cam dalam cerita seram je kedengan di telinga.Sedar kewajipan aku yang belum terlaksana.Aku peluk bantal busuk yang aku dok usung merata tempat.Makin best lak rasanya melelapkan mata.Nak plak,badan rasa cam kena belasah.Lagi la aku malas nak bangun. Isyh,biarkan aku terus tidur!!!!!!!!Takyah menikah arini.
“Mama,5 minit.Along mengantuk sangat ni.Boleh ye”,kataku dalam mamai.
“Along!Nak kena bakar dengan api neraka ke?Sembahyang lambat.Camne nak jadi isteri mithali nih.Esok Aba ng Long kejut solat Subuh,jawablah macam tu juga ya”.
Fuh!Pedas gila ayat dia.Angah ni,suka la buat aku insaf!
Aku genyeh mata,menggeliat sat dan terus berlari ke bilik air.
Mak aih,sal muka jadi merah-merah ni.Kena gigit nyamuk apa?Tapi Angah dah pasangkan ubat nyamuk masa aku tidur tadi.Aku pandang jari aku.Merah juga!
Lah,warna inai ke.Aduh-aduh.Sekian payah aku jaga aku punya posisi tidur,last-last bersepah gak inai ni kat merata tempat.Aduhai,nape la aku terganas tidur lagi ni.Arini nak jadi isteri oran g dah.Camna nak buang habit buruk ni?Isk,pening!
“Along,lamanya dok dalam toilet.Cepat solat,unggun api dah ready ni.Api pun dah makin marak!”,jerit Angah.Cepat-cepat aku selesaikan ur usan!Kew ajiban sebagai hamba kena diutamakan.
“Along,bantal busuk,teddy bear,bantal kubu semua Angah dah bawak masuk bilik Angah.Mama pesan suruh tinggalkan je bantal busuk n teddy bear Along tu.Lagipun Mr.Ding dah merah sebab kena inai.Confirm Along segan nak bawak balik sana punya.Dah jadi isteri oran g,tak usah nak berbantal-bantal busuk lagi.Peluk suami lak.Haha”.
Aku rasa panas semacam je muka.Angah ni,apa kes mention peluk-peluk ni.Segan la aku.Malam tadi puas aku merayu kat mama nak peluk teddy bear & bantal busuk wat kali terakhir.Tapi mama buat-buat tak dengar je.Frust aku.Aku dah la jenis tidor ganas,kalo ada teddy bear tu terkawal sket la aku.Maunya tak terkawal,badan bear tu pun boleh lindung aku.Nama je ganas,bear simpan gak.Poyo je kan.
“Isk,ke situ la perginya.Tapi tak best mana juga la Angah.Along bukannya dok sama dengan dia pas ni.Bukan selalu dapat peluk pun.Terpaksa peluk baying-bayang jelah kalau rindu.Hahaha”,balasku selamba.
“Alongggggggggggggg,tak malunya!”.
Angah terus angkat kaki keluar dari bilik.Ha,suka sangat kenakan aku.Dan segan sendiri.Isk,,aku ni ayat sikit punya power.Nak berdepan dengan Einstein sat lagi,gugupnya Tuhan je yang tahu.
----------------------------------------
“Along,berat hati mama nak lepaskan Along.Tapi mama sedar yang tanggungjawab untuk jaga Along,pimpin Along,mama dah serahkan pada Umar harini.Along kena kuatkan semangat nak jadi isteri oran g ni.Tapi kalau ada apa-apa masalah,mama sentiasa ada untuk Along”,ujar mama tenang.
Aku sebak.Airmata macam empangan pecah.Bukan senang nak tengok aku menangis.Dania terkejut habis tengok aku menangis.Yelah kan ,selama ni dia kenal aku sebagai seorang yang tabah n jarang menitiskan airmata.Sekali menangis,boleh banjir Kuantan silap aribulan.
Papa melemparkan senyuman kepada aku.Isyarat memintaku lebih tenang dan redha melepaskan aku kepada insane bergelar suami.Sungguh,aku rasa cam cerita dongeng je.Jumaat aritu,still membujang n sibuk kat hospital.Arini,dah jadi hak orang.
Semalam baru balik dari UK M,terus kena ready nak menikah.Tak dapat cuti dan tak ada peruntukan cuti dari O&G Depatment untuk urusan aku ni.Kes aku ni lagi la,nikah koboi.Lagi la doctor aku tak percaya dengan alas an aku nak cuti.Ribut takde,hujan takda…tup2,dah nak menikah!
“Assalamualaikum”.
Lembut suara Einstein menyentakkan aku dari lamunan.Sesi membatalkan air sembahyang seperti adat kebiasaan oran g Melayu.Dan Einstein mahukan kelainan.Katanya,sunnah harus diutamakan.Permintaan Einstein untuk solat sunat nikah bersama selepas akad aku dah katakan kepada papa.Papa bersetuju memandangkan aku & Einstein punya kebatasan waktu untuk bersama.Kami harus pulang semula ke KL malam ni juga memandangkan esok kena masuk hospital semula.
“Maaf semua.Pengantin nak solat sunat dulu.Then,baru sesi bergambar & membatalkan air sembahyang ye.Harap semua boleh bagi ruang ya”,pinta papa.
“Uisyh,biar betol Ajis.Ke alasan je budak-budak ni!Mana la tau nak bagi kamu cucu cepat-cepat”,gurau Pak Lang.Serentak dengan tu,gamat rumah dengan ketawa.Aduh,segannya aku.
Kalo aku segan stage 1,Einstein tak usa h nak cakap la.Muka dia cam udang kena goring.Isk,mamat ni ada allergy dengan ayat sensitive tuh.Ayat power tak tau lak aku.Lek,sat lagi aku uji dia!.
-----------------------------------------
“Ya Allah,satukan hati kami dalam mencari cinta-Mu yang satu.Kuatkan rasa kasih antara kami sebagaimana kami menggapai kasih-Mu.Redhailah & Berkatilah kehidupan kami dan kurniakan kami kebahagiaan dunia dan akhirat”.
Einstein tenang dalam kekusyukannya berdoa.Sungguh,aku tak percaya manusia ini yang ditakdirkan untuk aku.Doa yang dibacanya cukup ringkas tapi sungguh membuatkan hati aku terkesan.Betapa indahnya takdir ini!
“Istajib du’a ana ,Ya Allah.Walhamdulillahi rabbil ‘alamin”.
“Amin”.
Einstein pantas memalingkan tubuh kea rah aku.Tangannya dihulur.
“Bukan ke time nak ambik gambar batal air sembahyang sat lagi baru kita salam”,soalku.Gugup weh,tapi wat-wat hero!
“Billah,salam suami dapat pahala tau.Tak nak tambah pahala ke?Salam untuk bergambar nanti lain cerita.Yang penting,syariat dulu.Saya dah tak sabar nak rasa bahagia sebagai seorang suami sekarang ni”,lembut suara Einstein menyampaikan makna yang cukup dalam.
Isk,camna boleh lupa ajaran mama nih.Nak plak rasa segan semacam,tu yang aku nak mengelak tuh.Sekali kena sedebik.
Tangan Einstein aku capai dan kucup perlahan.Tenang rasa dalam hati,patutla oran g kata menikah ni best!Kejap tangan aku dalam genggaman Einstein.Aku yang dah nak tarik tangan ni segan sendiri.Isk,mamat ni!Kenapa la boleh jadi Mr.Romeo tiba-tiba nih?Musykil betul.
“Setiap pandangan,setiap sentuhan tu ada pahala dari Allah swt”.Macam tau je kata hati aku!Aduh,segan lagi sekali.
“Bi.Terima kasih sebab sudi jadi isteri Aba ng.Insyaallah,Aba ng akan jadi suami yang terbaik untuk sayang.”.
“Bi?”.Terjerit aku!Isyh,sal dia dulu panggil aku dengan panggilan tu.Kan aku dah praktis sekian lamanya nak panggil dia.Tidakkkkkkkkkkk,hak cipta terpelihara dah dicetak rompak ni!
“Kenapa?Nabillah,singkatkan jadi Bi ok kan ?”.Cemas muka dia dengan reaksi aku!Nasib la,dapat isteri gini.
“O,Boleh.Tak salah pun,Bi.”,balas aku.Mamat ni wat muka 14 cam selalu.Comel!
“B stand for Baby,Hubby”.
“Ooo,ok”.Dan tertunduk.Einstein,Einstein!Segan macam dulu gak.Whatever it is,cuba an aku nak mempowerkan ayat tak berapa power dah berjaya!Yehaaaaaaaa,hepinya!
-------------------------------
“Assalamualaikum!Cik Kak,dah habis lom solat sunatnya?Ke wat amalan sunat lain”,suara di luar bilik membuatkan kami terkejut.Mak Lang!Habis la kena kutuk pas ni!
“Dah”,serentak kami menjawab!
“Dah yang mana?Solat ke yang lagi satu?”,sambut suara dari luar.
“Solat.Marilah masuk!Dah tak sabar nak bergambar n salam dengan suami lama-lama ni”,jeritku.
Einstein yang seakan faham aku ikut cakap dia Cuma tersenyum manis.
Serentak,pintu terbuka dari luar & flash kamera merakam aksi kandid kami.Segera aku lepaskan tangan dari genggaman Einstein.
“Nak malu apa lagi Along.Pagi tadi beriya sangat nak peluk suami.Dan ada peluk la. ”,sound Angah kat aku.
Nak ilangkan gela bah punya pasal,aku terus tarik tangan Einstein & peluk.Einstein terkejut beruk la.Aku yang tersedar adegan mesra tu bukan untuk tontonan umum,terus menyorokkan muka!Segannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn weh!
6 comments:
sweetnyeeeeeeeee^^
suke suke suke
boleh plk terpeluk..haish..haha
uwa....
nk lg bce cte nh!!!
ske sgt1000x
indh ny alm pkhwnan ye??
isy...nh y xsbr nk kwen..haha
cm leh publish jd n0vel..
hihi...seri0usly
l0ve ur st0ry much!
~~whitelemon7@yahoo.com~~
adaaaaaaaaaaa.bestnyer.ku senum je dr td.alhamdulillah dgr gak sesuatu dr kamu
best sesangat.............
kelakarnye d0rg ni..muahaha
Post a Comment