@rubiadaibrahim

Tuesday, February 24, 2009

JANJI 11:Menikah???

Angah tersenyum dalam tangis.Konon-konon tak sangka dah jadi milik orang kata adik aku.Aisyh,Ju ni.Memang tak pernah berinsurans mulut dia.Mujur la Angah tengah melaram sikit punya cun,xde la adik aku kena sental mulut dia.Kalau tak,habis gak la cili api kat dapur buat pengajaran kat si Ju.
Aku yang tetiba kena jadi pengapit nih lagi la serabut.Ni semua gara-gara kawan Angah yang tak dapat datang last minute.Aku dah menyorok awal-awal dalam bilik mak.Pagi tu memang aku jadi pelakon terbaik.Memejamkan mata walaupun Angah dah bising-bising sebab tak ada orang nak jadi pengapit.
Tapi telah terbukti yang Angah dah boleh baca rentak aku.Dan hari tu memang jadi sejarah bila pengantin ironkan baju pengapit.Bukan ke sepatutnya aku yang siapkan segalanya bab pengantin nih!Nasib la kakakku sayang,dapat adik macam nih!Dan aku dengan muka cemberut terpaksalah jadi pengiring yang setiap hari tu.Aku bukan apa,rimas dengan kerja apit-mengapit nih.
Kalo jadi pengapit nih,kena la lap peluh pengantin,sendukkan nasi,kipas kat pelamin dan seangkatan dengannya.Jujur aku cakap,aku tak ikhlas wat keje api-apit ni.Dah la lama kena berdiri kat pelamin.Yang pengantin best la,ada orang kipaskan.Aku nikah sok,tak usah nak berpelamin-pelamin,nikah koboi udah!Yang penting,ikatan tu kekal abadi di bawah keredhaan Illahi.
Bab kenduri nikah kahwin ni memang seronok kalau bercerita.Padahal,hakikatnya sangatlah menyeksakan.Aku kesian tengok Angah bertungkus lumus uruskan kenduri dia.Aku lak dapat cuti sehari sebelum kenduri,tinggal kenangan jelah nak bantu-membantu!Siapa suh belajar jauh-jauh kan?Nak pulak Si Ju bukannya rajin tangan nak menolong.Lagipun apalah nak diharapkan sangat dari budak 12 tahun tu!Menyibuk je kejanya!Geram aku!
---------------------------
“Ida,udah la berguling.Pengantin dah siap makan tuh.Cepat keluar,jap dorang nak bergambar dah”,teguran Mak Ngah membuatkan aku bingkas bangun dari katil.
Mak Ngah ni,potong stim betulla.Baru je nak berangan!Aku menggeliat sambil membetulkan baju yang dah berkedut-kedut.Malas betul la nak berdiri tercegat kat pelamin sat lagi.Pengantin best la,ada kerusi nak duduk.Aku sat lagi,tak pasal-pasal masuk kawad!Uwaaaaaaa,napekah begini nasibku di hari perkahwinan kakakku ini!
“Ida,napa cemberut sangat muka tu.Tempias kat pengantin sat lagi”,teguran Mak Ngah membuatkan semua mata memandang aku.Aku yang rasa segan ni apa lagi,tersengih macam kerang busuk la.Layan jelah.
Ikutkan rasa hati nak je aku lari dari pelamin anganku musnah ni.Tapi ok gak bila fikir semula.Glamour weh,semua orang mabik gambar kita.Memikirkan aku jadi MISS GLAM arini,aku terus memaniskan muka!Mana tau silap aribulan aku yang lebih glamer dari Angah.Kasi caras sikit pengantin!Hehe.
--------------------------------
Penat rupanya bila kenduri-kendara nih.Nak pula ni kenduri pertama dalam family,memang banyak cacat celanya.Dan aku,ditugakan Along take note semua hal-hal yang kurang tu.
First thing yang masuk list aku:pastikan ada pengapit bertauliah ada!Jangan main cekup je hamba Allah yang tak ikhlas dan tak sudi.
Angah tersengih je baca.Bagi dia rasa bersalah sikit.
“Kak CIk,ada orang kol.Jauh ni”,jerit Ju.Adik aku dah insaf weh,dia panggil aku Kak Cik la.Waaaaa,ni mesti kes nak tunjuk baik kat abang ipar aku nih.Isyh,tak baik betul la aku nih.Buruk sangka je memanjang!
“Kejaappppppppp.”,jerit aku.Kaki pun apa lagi,berdesup la melangkah!
---------------------------
“Kak Cik lambat la.Dah putus pun.”.Ju ni pun,sal la tak angkat je call tadi,Mana tau ada panggilan penting dari kawan-kawan aku kat Indon.
“La,napa tak angkat”,soalku.
“Number dia pelik semacam je.Tak berani la nak angkat.Erm,boyfren Kak Cik ye “,Tanya Ju balik.Muka dia gediks semacam..
“Pandai la awak.Mana ada buayafren nih.Jangan nak menggatal,UPSR pun tak habis lagi.Akak yang dah ambik degree ni pun tak reti nak bercintan-cintun nih.Nak g makan Maggi jenama CINTAN tu”,gurauku.Ju apa lagi,kelat la muka dia.Sudah nak menghilangkan perangai degil adik aku nih!Nasib la badan.
--------------------------------
Sms dari Amal aku terima time aku join sekakli buka hadiah perkahwinan Angah.Sekian lama tak ada berita,baru sekarang dia sms aku buat kesekian kalinya.
“Salam Ida.Balik Malaysia ye.Amal yang kol tadi tapi tak berangkat.Dan lama tak online YM.Ida apa khabar?”.
Aku biarkan sms dari Amal tak ada balasan.Malas nak layan bersms-sms time aku tengah excited buka hadiah nih.Aku tolak handphone ke tepi.Dalam tak sedar Angah capai handphone aku dan baca sms tadi.Mak aih,habislah kena canang isi sms tu jap lagi.Siapa suruh kenakan dia dulu kan.
“Ida”,tegur Angah pendek.Bahunya diangkat,muka macam pelik tai benar je.Mesti hamba Allah ni pelik,nape la si Amal yang dah mungkir janji tu boleh contact aku!Aku nak jawab ape sedangkan aku pun tak ada jawapan.Hilang dah ayat-ayat defense aku tu!Nak berdalih pun tak ada maknanya.Aku kan manusia yang dikhianati.Ceh,ayat drama mana lak aku cilok nih!=)
-----------------------------------
Sms dari Amal aku terima lagi sebelum menggembara ke alam mimpi.Dan sms ni membuatkan aku rasa nak gelak terguling-guling.Macammana la dia boleh jadi bendul semacam nih.
“Ida,Betul ke Ida balik Msia sebab nikah?Amal baru tau je ni.”.
Mata yang mengantuk ni terus segar.Terus dapat idea nak mengenakan dia.Yezza,terisi sikit malam hari ni dengan ketawa sorang-sorang.Silap aribulan,mak aku ingatkan aku tak betul sat lagi.
Aku capai handphone dan sms:
“Yup,Alhamdulillah,dah selamat pun jadi isteri orang.Tak ada hadiah ke?Mana tau nih?”.
Kasi gertak sikit itu budak.Tak lama pastu,handphone aku sekali lagi menyanyikan lagu.Sms sudah masukkkkkkkk!
Amal:Congrate Ida.Hadiah lambat sikit la ye.Tau ni pun coz tengok kat friendster siang tadi.Takpelah Ida,congrate lagi sekali.Kirim salam kat ur husband k.Tak elok kacau isteri orang malam-malam ni.Assalamualaikum!
Lawak,lawak.Apa ke halnya g percaya cakap friendster tu!aku tulis kat friendster :BALIK MSIA:MENIKAH!Isyh,macam tak kenal je dengan perangai aku yang gila-gila nih.P percaya lak ayat aku tu.Nak mengayat pun tak ada sepatah kata dalam kamus aku!
Satu petanda aku menikah pun tak ada kalo nak kenakan hamba Allah tu.Kalo upload gambar sok,memang sah la dia nampak aku dengan muka cemberut dok sebelah pengantin.Nak tunjuk tangan berinai,secalit inai pun tak ada.Tak kuasa aku nak memerahkan jari-jemari.Dan penerimaan Amal dengan berita panasa aku ni membuatkan aku terpana.Boleh ucap CONGRATE lagi.Erm,memang dia tak rasa apa-apa kot!Biaq p la,mamar romeo macam dia campak je dalam laut.Bagi makan kat ikan jerung.Aisyh,yang aku emo ni pesal lak?Tak yah layan la bab karat-karat nih,tdo lagi bets.zzzzzzzzzz
-------------------------
“Wan,Ida nak balik Indon dah.Nanti Ida balik bulan 8 insyaallah.”.Aku peluk tubuh nenek sedara aku.Nenek sedara yang dah aku anggap nenek sendiri.Satu-satunya saudara aku yang pangkat nenek yang ada.Nenek tumpang pun,nenek juga kan.
”Duduk elok-elok dekat negara orang”,pesan Nani.Memandangkan aku punya flight pagi-pagi hari Isnin,malam Ahad dah kena gerak!Tak mau la aku kena tinggal flight.Terkorban duit aku sat lagi.Hehe.
Nenek dah salam,tinggal Mak Long aku je.Ikut kan hati aku yang jahat nih,tak mahu aku memaniskan muka dengan Mak Long.Geram dengan perangai Mak Long aku masa kenduri kelmarin.Dia dok sibuk la canang cerita aku dah berpunya kat sedara-mara yang datang.Aku yang malas nak memanjangkan cerita nih,senyum sambil ketap gigi jelah.Kalau tak tau cerita,diam sudah.Tak pasal-pasal ibu-ibu yang berkenan nak buat aku menantu terkilan.Ceh,perasan betul.Ada ke orang nak kat minah rock nih!
”Ida,nak balik dah ye?”,tegur Mak Long.Padahal,aku dah nak menginvisible kan diri dah masa tu.Malas nak layan sesi soal siasat jap lagi.
”A’ah.Nak g KL dah malam ni.Esok flight pagi”,balasku sambil memaniskan muka.:
”Sebelum Ida balik ni,Mak Long nak tanya sesuatu.Itu pun kalau Ida tak berkeberatan la”.
Aku dah agak dah.Aku tersenyum sambil mengganggukkan kepala.Aku ni memang susah nak berkata tidak kecuali pada JU sorang.Budak nakal tu,memang aku tak layan langsung la!Nasib.
”Betul ke gambar yang Alang bawak balik tu gambar pakwe Ida”.
Ah,sudah!Memandangkan aku malas nak berteka-teki,baik aku berterus terang je.Kalo dia nak mematch maker aku sat lagi pun aku,redha je.Kalau mak aku tau niat aku nih,habis la kena cubit ketam.Haha.
”O,gambar tu.Tak adalah,kawan Ida je.Alang je pandai-pandai buat cerita.Ida malas nak fikir bab hati dan perasaan nih.1st year pun tak lepas,nak menggatal lebih-lebih.Yang penting Ida nak kejar cita-cita dulu.Bukan cinta”,tegasku.
Mak Long terdiam mendengar kata-kataku.Macam berjaya je aku menggugat niat Mak Long nak korek rahsia.Hepinyaaaaaa.
-------------------------------------
Seminggu balik ke Indon,seminggu juga terkejar-kejar mengcover study.Siapa suruh balik kenduri kan?Tapi bila difikir balik,kalo aku tak balik,kenduri Angah confirm tak meriah punya.
Kebetulan hari Rabu ni kelas cancel,so layan internet sat.Cek,friendster-menster.Mana tau berita aku menikah tu dah tersebar luas.Confirm la ramai yang dok comment kat pages aku.
TEPAT tekaan aku.Berderet-deret comment queue tunggu aku approve.First Amal la,siap hadiahkan aku doa semoga bahagia hingga ke akhir hayat lagi!
Yang lain,kengkawan sekolah dengan ma3x.Dan aku belajar satu hakikat kehidupan dari kejadian nih:BAB NIKAH KAHWIN ni jangan dibuat gurauan.Kesian kat manusi yang terpedaya dengan status aku tuh.Mujur la tak jadi betul-betul,kalo tak memang ada yang kirim bom kat aku kot.Yelah kan,menikah tak inform!
Aisyh,,pening!Serabut dah kepala macammana nak menjelaskan perkara yang tak jelas nih.Bukan ku pinta jadi begini!Dan kepeningan aku bertambah lagi sekalo bila aku YM,bertubi-tubi kena buzz!Moral of story:Jangan menggatal sebelum tiba masanya!
Guana nak explain kat dorang yek?Siapa lak paparazzi tak bergaji yang dok heboh cerita palsu aku nih?Kena jadi private investigator ke?

1 comment:

Anonymous said...

haha...
gatal btol laa ida tuh...
gud job...lama x dengar khabar janji...
yg rajuk sampai bila tuh bila nk sambung cik doc rock??