@rubiadaibrahim

Thursday, March 5, 2009

Rajuk 1

Insyirah melangkah perlahan menghampiri Proton Satria merah yang diletakkan di hadapan bangunan utama Fakulti Seni Bina,Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara,Shah Alam.Penat masih belum hilang.Hari yang penuh dengan pancaroba bagi kesemua penuntut Jurusan Seni Bina tahun ke-4.Dan Insyirah,salah seorang yang telah pun menempuh perjuangan dalam mengejar cita-cita menjadi seorang arkitek kelak.
Pintu kereta dibuka,segera punggung dilabuhkan di kerusi.Enjin kereta dihidupkan,air cond dipasang.Seketika,Insyirah melayani celoteh dari Linda Onn,DJ Radio Era.Senyum terukir di bibir Insyirah.Topik perbincangan yang agak menarik menghiasi petang terakhirnya sebagai seorang mahasiswa.Pententangan pendapat,konflik remaja dan keluarga menjadi bualan di radio pilihan ramai itu.Insyirah juga tak terkecuali,dia juga ada pengalaman yang serupa.
Konflik pilihan jurusan yang membuatkan dia sedar hakikat sebenar dirinya di dalam keluarga Tuan Badar.Dan peristiwa itu jugalah,membuatkan dia terus mencari-cari dan mengenali identiti diri.
--------------------------------------
“Syira,papa tak setuju dengan course yang Syira pilih.Kenapa tak bincang dulu dengan kami”.Suara Tuan Badar tegas di pendengaran.
Insyirah sekadar tersenyum sumbing.Dia cuba berlagak tenang biarpun hatinya sedikit tersentak dengan penerimaan bapa kesayangan.
Muka Tuan Badar merah menahan marah.Marah akan keputusan Insyirah memilih jurusan seni bina sebagaimana keinginan si anak.Marah dengan tindak-tanduk Insyirah yang seakan membelakangi keluarga dalam menentukan hala tuju dan masa depan.
Abang,ni soal kecil je.Lagipun,bukannya besar mana salah Syira.Biarkan Syira tentukan masa depan dia.Lagipun dia tak berminat dengan Business Study,nanti membebankan dia pula.Abang,takkan la tak faham anak sendiri”,pujuk Puan Aina.
Insyirah tersenyum mendengarkan kata-kata yang terlontar dari mulut ibu.Seorang ibu yang sangat memahami anak daranya.Sedangkan Tuan Badar masih menahan marah,pujukan Puan Aina tidak sesekali meredakan bahang kemarahan yang beraja di hati.Insyirah cuak melihatkan penerimaan si ayah.
“Papa,maafkan Syira.Bukan niat Syira nak membelakangkan papa dalam soal ni.Tapi jujur Syira katakan,Syira tak boleh carry on bab bisnes nih.Result Syira pun ala kadar je.Syira dah cuba sedaya upaya belajar biarpun Insyirah tak minat.Syira ikhlaskan hati ikut papa ke pejabat,belajar uruskan akaun tapi akhirnya tak memuaskan hati papa juga.Maafkan Syira,papa”,tegas Insyirah.
“O,selama ni Syira tak pernah ikhlas la nak tolong papa.Syira pun tahu kan,segala yang papa usahakan ni untuk masa depan Syira.,untuk kebahagiaan Syira.Syira kata semua ni membebankan Syira..How dare u said like that tu me?”.
Puan Aina tersentak mendengar nada Tuan Badar yang sedikit meninggi.Tak pernah Tuan Badar sebegitu sebelumnya.Dan hari ini,kemarahan Tuan Badar tak terselindung lagi.
“Papa,Syira ikhlas tolong papa.Dan Syira harap sangat,papa restuilah keputusan Syira.Inilah kali pertama Syira ambil keputusan sendiri.Selama ni,tak pernah sekali Syira lawan keputusan papa.Segala keinginan papa,Syira ikutkan.Papa,please.Fahamilah Syira”,pujuk Insyirah.
Dalam diam,Insyirah berdoa agar dilembutkan hati Tuan Badar menerima keputusannya.Biarpun dia sudah tahu dan mengerti keinginan papanya yang bertentangan dengan hasrat hatinya.Tuan Badar sudah pun mencari universiti luar negara yang terbaik untuk dia melanjutkan pelajaran dalm bidang perniagaan.Dan dia lebih senang menghabiskan masa di negara sendiri.Baginya,kualiti pengajian bukanlah tergantung akan tempat pengajian tapi lebih kepada usaha dalam mencapai kecemerlangan.Dan dia telah membuktikan hal itu.
“Whatever!Keputusan papa muktamad,hujung bulan ni papa hantar Syira ke Australia.”.
Insyirah tersentak.Dia juga punya hak menentukan hala tuju hidupnya.Sudah terlalu banyak peluang disia-siakan.Dia Cuma menahan rasa mendengar keseronokan belajar di asrama dari teman rapatnya.Halangan papa untuk belajar di sekolah berasrama penuh dituruti dan dia tegar menghabiskan sesi persekolahannya di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas hingga tamat SPM.Dia tak pernah kenal erti berdikari hingga kini.
Sungguh,dia ingin mengalami erti berdiri di kaki sendiri.Menguruskan diri sendiri,mengenali teman-teman dari berbagai latar belakang yang berbeza dan bersama mengejar kecemerlangan dalam persaingan sihat.Dan hari ini,dia tekad dengan keputusannya.Jurusan Seni Bina tetap jadi pilihan.Seindahan Australia tak akan sekali mengubah pendirian.
“Kalau papa boleh bertegas dengan keputusan Papa,Syira pun nekad dengan keputusan Syira.Syira tak akan ke Australia.Syira tetap akan ambil architecture.”tegas Insyirah sambil melangkah laju meninggalkan ruang tamu.Baginya,tak guna dia berdiplomasi lagi.Keputusan Tuan Badar akan tetap begitu,dan dia akan tetap menyanggah keputusan itu.
Tuan Badar tersentak.Pertama kali,Insyirah mengotakan pendiriannya dan terbukti anak gadisnya itu mewarisi sifat keras kepalanya.Entah kenapa dia rasa tercabar dengan ketegasan si anak.
“Memang dasar anak tak sedar diuntung.Kalau aku tahu macam nilah perangai kau,tak payah ada anak pun takpe.Dasar anak pungut,tak sedar diri!”,jerit Tuan Badar.
Kaki Insyirah yang laju melangkah terhenti.Pandangannya diarah kepada Tuan Badar dan Puan Aina.Tangisan Puan Aina sudah menghiasi ruang tamu yang menyaksikan pertengkaran suami dan anak kesayangan.
Jelas di muka Tuan Badar,wajah penyesalan.Sesal kerana terlalu ikutkan amarah yang membuatkan dia bertindak di luar kawalan.Sesal kerana membuatkan keadaan semakin tegang.Sesal kerana janji tidak mengungkit asal-usul Insyirah dimungkiri lagi.Di luar kesedaran,rahsia yang sekian lama tersimpan terbongkar akhirnya.Kata-kata yang akan mengguris hati anak kesayangan,kata-kata yang akan mencipta jurang kesefahaman terus membuat penyesalan bertimpa di hati.
Insyirah terpempam.Dia sedar akan hakikat dia bukan anak kandung keluarga itu.Dia sedar dia cuma menumpang kasih keduanya.Dia sedar dan sudah maklum hakikat itu sejak usianya 11 tahun lagi.Tapi Tuan Badar jugalah menyakinkan dialah permata hati keluarga ini.Kenapa hari ini insan yang berjanji akan menyayangi dirinya sepenuh hati itu jugalah membuatkan dia terluka?Kenapa setegar itu papa memanggilnya anak pungut?
Insyirah sebak.Air mata terus merembes keluar.Mengapa ketabahan yang sentiasa menemani hilang?Mengapa dia tak sanggup menerima hakikat itu?Hakikat dia bukanlah lahir ke dunia kerana kasih sayang keduanya.Tapi tidak lahirkan kasih sayang melihatnya membesar hingga ke hari ini?Kenapa soal anak pungut lahir dari bicara Tuan Badar.Yang pasti kesedihan terus mencengkam.
--------------------------------
“Ya Allah,berikan aku ketabahan”,doa Insyirah dalam hati.Bila terkenangkan peristiwa 4 tahun lalu,air mata jadi teman setia.Kesedihan pasti mengiringi.Dan lantaran peristiwa itu jugalah,hubungannya dengan Tuan Badar terus dingin hingga ke hari ini.
Deringan telefon membuatkan dia tersedar.Sudah jauh di mengelamun.Handphone dicapai,panggilan dari Puan Aina dibalas.
“Assalamualaikum,sayang”.Suara keibuan Puan Aina jelas kedengaran di telinga.Puan Aina,ibu angkat dan ibu susuan yang sangat penyayang.Kasih sayang dari Puan Aina tak ternilai.Kegetiran membesarkannya dan manjaganya tak akan pernah dia pertikaikan.
Waalaikumussalam.”,balas Insyirah pendek.
“Syira ok tak ni?Syira dah dekat mana ni sayang?Macammana dengan exam tadi,boleh buat?Soalan susah ke senang?Insyirah dan on the way balik rumah ke?Jalan jammed ke tidak?”,soal Puan Aina bertubi-tubi.
Insyirah tergelak kecil mendengar nada suara Puan Aina.Seperti selalu,sentiasa cemas dan bimbang!
“Mama,mama..dun worry k.Everything is under control.Mama risau macam ni,Syira pun kena tempiasnya.Tiba-tiba,rasa Cuak sekarang ni mama”,balas Insyirah.Idea nakalnya datang,sesekali mengenakan mama menarik juga nih!
“Kenapa cuak lak ni sayang.Mama rasa bersalah pula.Is there anything happen?Tak mahu share dengan mama ke?”.
“Tak ada la mama.No worries k.Syirah saja nak menyakat mama.I’m driving rite now.Nak sampai rumah dah pun.”.
“Isyh,kamu ni.Suka buat mama takut!Eh,nak sampai rumah dah.Rumah kita ke rumah sewa kamu?”.
“Mama,takkan la dah sampai KL.Syira baru je habis exam half an hour ago.Baru sampai rumah Shah Alam ni.Mama,jangan risau k.Petang sikit nanti lepas hilang penat,Syira balik KL terus.Dah rindu sangat kat mama tau.”.
“Mama pun rindu sangat kat Syira.Syira,don’t forget we having kenduri doa selamat tonight.Mama nak temukan Syira dengan tetamu istimewa juga malam ni.Are you ready?”.
“Insyaallah,syira tak lupa.Erm,mama nak hadiah apa sempena anniversary tahun ni?Syira tak beli present lagi la,ma.Al-maklum la sibuk exam.Ada tetamu istimewa?Istimewa macam mana tu mama,cacat anggota ke?OKU ye”,gurau Insyirah.
“Syira nih,bila la nak serius?Suka mainkan mama ye.Syira balik je rumah,nanti tau la siapa tetamu istimewa tu.Present ya?Mama tak mahu present apa-apa sayang.Mama nak hubungan Syira dengan Papa jadi macam dulu-dulu je.Berbaik semula dan lupakan kisah lama.Boleh sayang”.
Insyirah mengeluh perlahan.
“Mama,Syira dah berusaha sedaya upaya Syira.Tapi Syira sedih sangat mama,kenapa layanan papa tetap macam Syira ni orang asing.Setiap hari Syira berdoa diberikan ketabahan pada Syira.Mama doakan ya”.
Kata-kata Insyirah berbaur sendu.Sedih mengenangkan nasib yang tak pernahh tergambar dalam fikirannya.Tersisih dari perhatian papa hingga ke hari ini.
“Syira,jangan sedih sayang.I’m always here for u.Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk family kita.Insyaallah,suatu hari nanti papa sedar kesilapan dia.Ok,sayang.Mama got to go now.Drive carefully ye.”.
“Insyaallah.Bye mama.Luv u”.
“Luv mama je.Tak mahu say something dekat papa”,tegur Puan Aina.
“Kirim salam kat papa.Luv both of you.Sayang mama,papa.Assalamualaikum”.
Entah kenapa,sebak menerpa segenap hati.Layanan papa yang dingin saban hari membuatkan dia begitu.Diakah yang bersalah kerna memulakan persengketaan itu?Tapi tak termaafkah kesilapannya.Kenapa hidup terus dirundung duka?Dugaan barangkali.
---------------------------------------------
“Abang,dengar tak apa yang Syira cakap tadi.Sampai bila abang nak teruskan perang dingin dengan Syira.Abang tak kesiankan anak abang?”,soal Puan Aina selepas Insyirah menamatkan perbualan mereka.
Tiada balasan dari Tuan Badar.Cuma kesedihan menghiasi raut wajah.Jika Insyirah bersedih,dia apatah lagi.
“Abang,please say something.Sampai bila nak terus macam ni?”,Tanya Puan Aina.Sedikit geram.Geram dengan Tuan Badar yang seakan berada di dunia sendiri.
“Abang tak tahu.Abang sedih bila tengok dia.Bukan Abang tak sayang dengan Syira.Dialah yang menyerikan hidup kita selama ni.Tapi Abang rasa bersalah sebab ungkit hal anak pungut tu.Sedangkan abang dah janji nak jadi bapa terbaik untuk Syira”,balas Tuan Badar perlahan.Sedaya upaya mencipta ketenangan dalam butir biacaranya.
“Abang,hal tu dah lama berlalu.Dah 5 tahun bang.Kenapa nak disimpan dalam hati lagi.Insyirah pun dah lupa peristiwa tu”.
“Tak mungkin Aina.Sedangkan abang pun tak boleh lupa.Insyirah,apatah lagi.Dia perempuan Aina ,abang yakin hati dia lebih terluka.”,ujar Tuan Badar.
Masih terbayang sendu tangis Insyirah bila dia mengatakan Insyirah anak pungut suatu ketika dahulu.Dan kata-kata Insyirah dulu sentiasa menghantuinya.Lantaran,kata-katanya di luar kawalan,Insyirah berfikiran lebih jauh.Sehingga Insyirah menyangka dia anak yang lahir dari hubungan yang tidak sah.Anak haram kerana berbintikan Abdullah.Sehingga kini,kata-kata Insyirah membebani hidupnya.
“Syira sedar siapa Syira.Papa,Syira memang anak pungut.Dan mungkin juga Syira anak haram.Sebab tu papa kata Syira anak yang tak tahu di untung.Lahir di dunia bukan atas kerelaan dan hubungan yang sah.Syira sedar anak pungut dan haram macam Syira tak layak menumpang kasih papa”,jerit Insyirah salam sedu.
3 hari Insyirah berkurung dalam bilik.Dia mati akal mahu memujuk si anak.Kenapa sejauh itu fikiran Insyirah?Memang Insyirah anak angkat.Dia sendiri yang mengambil Insyirah ketika usianya 3 hari di hospital.Memang Insyirah anak yang ditinggalkan oleh ibubapa.Memang ada keraguan dari asal-usul Insyirah.Tapi itu bukanlah alasan dia mencurahkan kasih sayang.
Sejak pertama kali melihat Insyirah,hatinya sudah jatuh sayang.Dan tangan itu jugalah yang membawa Insyirah pulang,mengembalikan keceriaan keluarga setelah kematian zuriat yang dikandung Puan Aina.
‘Abang,jangan difikirkan peristiwa yang dah berlalu.Insyaallah,usaha abang menemukan Insyirah dengan tetamu kita malam ni akan menjernihkan keadaan.Aina sentiasa di sisi abang.Abang jangan sedih lagi ya.”,pujuk Puan Aina.
Tuan Badar mengukir senyuman.Harapannya begitu,tetamu istimewa itu dapat menyungkap segala persoalan tentang puteri kesayangan.Berita yang akan diterima dari insan itu juga mampu merapatkan jurang kekeluargaan antara mereka.
”Ya Allah,permudahkanlah urusan hamba-Mu ini”.