@rubiadaibrahim

Monday, April 20, 2009

Ayat Power 5:Nasib badan!

”Aku pening la Dania.Sejak ada SA ni,hidup aku tak tentu arah betul”,rungutku.Dania sekadar tersenyum sumbing.
Penat barangkali.Al-maklum la,petugas O & G department yang setia.Susah nak bersua muka.Yelah kan,orang bersalin bukan tentu masa dia.Elok baru buka mulut nak borak,dah ada ibu mengandung terjerit-jerit kesakitan.Memang menguji kesabaran & penuh ranjau nak jadi doktor ni.Kebetulan lak,arini terjumpa.Bersyukur sangat aku rasa.Dah lama aku tak meluahkan rasa hati & berkongsi cerita dengan best friend aku ni.
"Erm,ko tak usah wat pening-pening Nabil.Entah-entah Si Einstein yang menyamar jadi SA ko tu”,teka Dania.
"Isyh,bukan Dania.Aku dah puas dah tanya dia.Dia kata bukan.Ko nak tau dia kata ape?”,tanya ku.Dania sekadar menganggukkan kepala.
”Takkan la abang nak mengayat isteri abang sendiri.Kalau macam ni la jadinya,abang kena upah Private Investigator ni.Silap aribulan,menangis tak keruan la abang.Sayang kena kebas dek orang lain.Huhuhu.”.Dania tergelak mendengar nada suara aku tak ubah macam si Einstein.
”Hihihi.Biar dia tahu yang ko ni ada peminat misteri.Kalau dah cuak macam ni,baru la dia cari masa nak first night dengan ko.Hahhaha.Smart la si Einstein,pelakon sejati tu”.Dania gelak tak hengat seperti sedia kala.
Sedangkan masa tu,muka dah panas semacam.Yelah kan,sesuka hati je mention bab-bab first night di khalayak ramai nih.Mujur la volume die tak loudspeaker.Kalau tak,mana aku nak sorok muka aku ntah.
”Ko sal kuis-kuis meja.Segan dengan aku la konon.Poraaaaaah,tak sangka minah rock dah pandai menyorok.Hahaha.”.
Tengok,makin parah dia punya tahap mengenakan aku nih.Geram lak rasanya.Ikutkan hati,nak je aku seligi die sebijik.Tapi bila memikirkan aku dah menyandang status MRS.EINSTEIN sekarang ni,aku lupakan hasrat hati tu.Yelah kan,nama baik suami kena jaga.
Walaupun aku ni ketegak tak ingat dunia,tapi sekali-sekala ilmu-ilmu agama bekalan mama tu menempel gak kat kepala.
"Sal ko diam je Nabil?Hilang dah ke idea nak bidas balik?hehe.Yehaaaaaaa,aku menang!!!!!“,jerit Dania tiba-tiba.
Serentak dengan jeritan Dania,hamba Allah yang duduk kat meja berdekatan berpaling ke arah kitorang.Sudah,makin heboh la kisah aku jap lagi.Dapat aku rasakan bahang & auraa cerita dongeng ”MRS.EINSTEIN & Secret Admirenya” akan tersebar sebentar lagi.Aduh!Makin berdenyut kepala aku dibuatnya.
----------------------------------------
”Nabil,kenapa ko ni weh.Macam tak betul je aku tengok.Ko pening kepala ye?Tak yah masuk ward la sat lagi.Ko ambik half day nak?”,tanya Dania melihatkan aku dok terpejam-pejam mata.
”Pening biasa la.Kurang rehat.Tak mahu la aku ambik cuti,sat lagi tak dapat aku cuti 2 minggu sebab kena extend department.Huhuhu.Cepat la makan weh,sat lagi marah lak doktor.”,tegurku memandangkan Dania ni maka ala makan beradab lak.Suka betul die menikmati makanan dengan penuh perasaan nih.Huhu.
"Ye,cik puan.3 minit lagi aku siap la makan.Ko sambung la menungan ko tu ye.Hihihi”.
Aisyh,suka betol kenakan aku cik kak ni.Ape nak di kato jang!
Maunya tak pening kepala.Kalau awal-awal aku ade SA dulu,just dapat makanan emergency je,roti,coklat n kawan-kawan.Sekarang ni,makin menjadi-jadi lak kesengalan hamba Allah tu.Macam nak canang die punya kegatalan tu kat sat dunia.Pergi kantin time lunch,semua makanan dah tersedia.Serius aku ingatkan suami aku si Einstein yang belikan.Aku yang memang lapar tak kira waktu ni ape lagi,ngap jelah.
Bila aku ucap terima kasih kat si Einstein,muka die memang berubah betul.Terkejut macam tak ingat dunia.Sabar jelah bila dunia dilanda misteri nih!
--------------------------------
”Tq for breakfast,lunch n dinner B.Lagi,coklat,roti & soya season tu semua dah selamat masuk perut.Berganda-ganda rasa sayang kat B tau”ucapku sambil menghadihkan senyum kat Einstein.Memaniskan muka kat suami kat dapat pahala.
”Ha,bila masa lak abang belanja makan ni.Takkan la qorin abang g jumpa sayang lak.Kan kita baru jumpa je ni”,balas Einstein.Muka terkejut die tak usah cakap la.
”Aisyh,abang ni.Siapa ajar abang berlakon ni.Abang,drama abang dah tamat tau.Waktu dinner tadi dah complete pun nama-nama misteri tu.Bilah dah cantumkan dah pun perkataan awal semua orang tu hantar.Memang nama abang pun.Hehe”.
”Apa yang Bilah cakap ni.Mana abang ada hantar makanan or pesankan pada sayang.Buat apa la abang nak jadi SA sayang.Bilah dah sah jadi isteri abang pun”.
Aku terpempan.Kalau bukan Einstein,siapakah gerangan manusianya?Einstein sekadar termangu.Lebih parah dari aku,muka seposen die dah down ke 5 sen lak.Aduh!Sudahnya,aku pun terdiam sama.Sesak memikirkan dugaan berumah tangga yang baru berusia 5 hari ni!
”Bilah,apa yang orang tulis ye?Risau juga abang kalau dia dok mengayat sayang.”.Persoalan terlontar dari mulut Einstein menghilangkan kesunyian antara kami.Aku mengangkat muka memandang Einstein.Sian lak tengok muka dia yang risau semacam tu.
”Erm,tak ada apa-apa pun.Just ayat-ayat dari lagu Papa Rock Bilah je.Tapi Bilah yakin memang abang yang hantar tau.Nick nama dia ENDOMETRIOSIS,IUD,NEOPLASM,SARCOMA,TESTOSTERONE,EMBRYO,INFUNDIBULUM n NAUSEA.”.
Satu-persatu nick nama insan misteri tu aku sebut..Einstein wat muka tak percaya.Lama juga dia terdiam.
”Abang ingatkan nama mana.EINSTEIN rupanya.Bilah,takkan la abang nak kenakan isteri sendiri kan.Bilah pun tahu kan abang macammana.Abang mana la reti nak bermain kata ni”,balas Eintein perlahan.
Aku yang dari tadi terkejut ni apa lagi.Makin terkunci la mulut .Tak terkata & tiada kata-kata nak diluahkan.Hanya keluhan yang tekeluar dari mulut aku.
”Tak ape la sayang.Just small matter je.Untuk sekarang ni,Bilah anggap jelah abang yang hantar semua tu.Bilah anggap je abang yang jadi SA Bilah ok.Jangan serabutkan kepala dengan benda-benda camni ok.”,pujuk Eintein melihat aku diam seribu bahasa.Tangan aku yang berada dalam genggaman tangannya diusap perlahan.Menghadirkan ketenangan dan rasa dikasihi dari seorang insan bernama suami.
------------------------------------
Einstein dah menunggu aku di tempat pertanyaan department O& G HUKM ketika aku selesai tugas.Leka memerhatikan pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata.Kalau cik abang aku ni nak cepat menimang anak gak macammana.Ready ke aku?
”Abang,shall we”,tegurku perlahan.Einstein tersentak.Badannnya dipalingkan ke arah aku.
”Sorry sayang.Abang tak perasan tadi.Seronok tengok that guys dukung baby dia.Muka berseri-seri”.Kata-kata Einstein membuat aku mati kutu.Penuh dengan makna tersirat tu!Dan mungkin just sekadar kata-kata yang lahir dari naluri seorang bakal ayah nanti.Cuma aku yang silap interpretation dan cuak lebih!
Tangan aku Einstein capai & digenggam erat.Dania yang baru je nak masuk bertugas tersengih tak hengat dunia la.Suka betul dia dengan layanan romantik si Einstein nih.Aku awal-awal nikah dulu,segan gak.Sekarang ni rasa janggal lak kalo cik abang sorang ni tak pegang tangan.Hehehe,gedik juga minah ni rupanya.
Dalam aku dok tergesa-gesa nak ikut si Einstein tu,sempat lagi si Dania bisik kat aku:
”Oih,takkan seronok tengok anak orang lain je.Jaga la ko Nabil,silap-silap aribulan cik abang ko ajak p wat baby sat lg.Good Luck na.Hehe”.
Einstein sekadar tersenyum tengok gelagat kepoh Dania.Sedangkan aku,rasa macam nak pitam.Camne kalo betul-betul jadi apa yang Dania gertak tadi?No worries Nabil,ko kan tengah ada bendera jepun sekarang ni.=)
------------------------------------
“Kita nak dinner kat mana malam ni sayang?”,tanya Einstein melihatkan aku yang hanya mendiamkan diri.Kepenatan melanda seperti selalu.Tambahan lak,aku tengah bercuti umum sekarang,lagi la hilang mood nak bercakap.Dari tadi,Einstein yang bercerita itu dan ini.Sedangkan aku,jadi pendengar yang setia.
”Erm,ikut jelah kat mana-mana”,balasku pendek.Mood nak makan memang hilang dah sebenarnya.Yang ada dalam kepala aku Cuma satu:SYAHID.Dah terbayang di mata betapa bestnya berguling atas katil sat lagi.Lena tanpa gangguan siapa-siapa.Cepat lla kaki sampai ke rumah!Huhuhu.
”Betul ni nak ikut kata abang je?Tak menyesal”.
Aisyh,suamiku ini.Banyak la dia berkata-kata arini.Siap terangkat kening wat muka tak percaya dengan perubahan aku yang selalu suka membantah.Suka betul dia.Aku sekadar menggelangkan kepala tanda tak menyesal dengan sebarang keputusan yang akan diambil.Isteri mithali la katakan.Hehe.
‘Ok,kalau macam tu.Kita makan kat rumah sayang je.Abang nak sayang masak.Boleh tak?First time ni abang merasa masakan sayang tau after seminggu kita nikah!”.
Aku tergamam.Mak aih,terbantut la niat aku nak mensyahidkan diri balik je rumah jap lagi.Nak merasa masakan aku?Sudah,resepi apa aku nak masak?Ada tak stok bahan basah kat rumah?Aisyh,serabut dan kelam-kabut dibuatnya.Susahnya,aku termelongo je!
‘Sal sayang buat muka confius semacam tu.Tak boleh ke?Ni sedih ni”.Nada suara Einstein dah berubah.Stat dah dia buat muka manja dia.Adeh,kesian lak aku tengok.Tapi nak kata tak,tak sampai hati.Kalau aku kata boleh sat lagi,banyak benda akan kantoi dengan sendirinya!
1.Kantoi aku punya rambut kontot dari dia.Takkan la aku nak masuk dapur pakai tudung gak.
2.Kantoi yang aku ni bukannya terror masak cam dia.
Alasan,datang la segera!!!!!!!!
---------------------------------
‘Cukup ke banyak ni barang-barang nak masak.Sat lagi,sian lak kat abang kalau tak cukup makanan.Bukan senang nak makan sama-sama nih”,kataku melihat Einstein Cuma mengambil seikat kailan untuk dimasak.
Nak cakap lebih-lebih,aku malu sebenarnya.Yelah kan,aku bukannya expert sangat bab-bab masuk dapur nih.Sat lagi,terkantoi lak dengan sendirinya.
‘Banyak la ni sayang.Kita nak makan berdua je pun.Ok kan menu tadi.Kalau sayang keberatan,takpelah.Kita tukar menu”,ujar Einstein.Berbisik kepada aku perlahan.
Aku Cuma mengangguk tanda setuju.Mujur la dia tak demand bab makan nih and apa yang dia nak makan tu aku reti nak masak.Tak la sedap mana kot nanti tapi boleh la diterima akal waras dan mengenyangkan perut!
‘Ok,dear.Thanks a lot sebab sudi layan abang’.
Sama-sama!Nak wat gimana jang,udah tanggungjawab kamu melayan suami Nabil!
---------------------------------
Aku masih didapur ketika azan Maghrib bergema.Einstein dah ke masjid berdekatan dengan rumah sewa,solat Maghrib berjemaah.Ikutkan dia nak berjemaah di rumah dengan aku tapi memandangkan aku tak available arini,dia pun cepat-cepat ke masjid.Panggilan dan suruhan agama harus diutamakan.
Boleh tahan gak rajinnya dia didapur.Tak payah disuruh,cepat-cepat dia potong bawang dan apa-apa yang patut.Dalam hati aku,bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepada aku.Seorang suami yang amat memahami aku kira.
Aku mula-mula suruh dia rehat je kat bilik.Katil bujang aku yang memang kosong,tunggu tuan dia landing ni.Tapi cepat-cepat dia mengekor aku ke dapur.Katanya macam anak orang kaya lak kalo aku di dapur,sedangkan dia dengan gumbiranya rileks kat bilik.Satu lagi perangai dia yang masuk dalam list aku,UNDERSTANDING!
Muka dia semacam je bila aku terus menonong ke dapur tak cabut tudung dulu.Sempat lagi dia Tanya soalan cepumas kat aku.
“Sayang botak ke?Sayang tak pernah cabut tudung pun bila kita berdua”.
Muka dia innocent habis.Aku yang tengah buat air milo ni tergeletek rasanya.Tekan-tekan perut siap aku gelak tengok reaksi dia.Aisyh,ada lak dia ingatkan kepala aku botak licin.Tak boleh diterima akal betul.Padahal ni kali ke-2,aku dok berdua-dua dengan dia.Nampak gayanya,kena la mendedahkan identity diri yang sebenar sat lagi!
“Haha.Kalau botak,abang malu tak nak mengaku saya ni isteri abang”,dugaku.
Einstein menggelengkan kepala.Senyuman terukir di bibir.Lambat-lambat dia bersuara.
Abang terima Nabilah seadanya.Segala-galanya yang ada pada Nabilah adalah yang terbaik bagi abang.Kalau pun Nabilah botak,istimewa tu.Bukan senang nak dapat isteri botak licin tau”,gurau Einstein.Aku tergelak.Mana hilang ntah perangai skema dia dulu.Dalam aku tak sedar,terserlah perangai Einstein yang sebenar.Boleh tahan gak gila-gilanya otak dia nih!
“Ok .Kalau macam tu,Bilah nak confess something kat abang.Are you ready?”,tanyaku.
Abang dah ready dari first day kita nikah lagi tau.Sayang je yang terlebih-lebih takutnya.Kena tahan silau la sat lagi kalau sayang buka tudung.Hehe”.
Tengok,tak habis-habis bergurau dia.Makin menjadi-jadi lak.Layan jelah!
“Takkan silau punya mata abang.Just abang terkejut je la.Act,rambut Bilah lebih pendek dari rambut abang.Sebab tulah Bilah segan nak buka tudung.Sat lagi,apa lak abang kata.Huhu.So,ap kata abang bila dah tahu ni”,tanyaku.
“O,ic.Nak dengar ayat jujur ke ayat jaga hati ni”,gurau Einstein lagi.
“Terserah”.
“Ok,ayat jujur dulu ya.Sejujurnya,abang dah agak dah rambut Bilah pendek semacam.Coz masa Bilah solat sunat nikah dulu,abangkan usap kepala Bilah.Masa tu memang tak ada kesan rambut pun.Tak macam ibu.Kalau ibu pakai tudung,nampak macam ada kesan sanggul.Then,kalau ayat jaga hati.Takpelah sayang,rambut pendek sekarang je tahu.Start sekarang ,Bilah kena simpan rambut panjang dah.Tak boleh biasakan diri berambut pendek macam sekarang ni”.
“Erm,kalau Bilah tak mahu”,dugaku.
Gelas yang sudah hampir sampai ke mulut diletakkan kembali di atas meja makan..Muka dia serius habis.Sudah,cik abangku ini marah ke?
‘Tak boleh la sayang.Kesian kat baby kita nanti,confius mana satu ayah,mana satu ibu.Hahaha.’.
Ayat last tu macam best je bunyi dia kat telinga.Baby,Ayah,Ibu!Tapi dalam hati,cuaknya bukan main.Adat la,nama pun dah berumah yang dah ada tangga,Puan Nabilah oi!Takkan nak biar sunyi tak berpenghuni lak kan?
-------------------------------------
‘Sayang,penat ye.Kesiannya la dia”.
Suara Einstein yang kedengaran di telinga membuatkan aku membuka mata yang dah pun berat.TV dah pun menonton tuan.Kebosanan duduk kat rumah sorang-sorang ditambah kepenatan di hospital,membuatkan mata senang nak lena.Kalau tak disebabkan Einstein yang kebetulan nak dinner sekali malam ni,dah lama aku dibuai mimpi.
Tangan Einstein mengulus lembut rambut aku.Dahi aku dikucup perlahan.Rasa janggal di hati.Kali keduanya,aku dimanja begitu!Jarang dapat bersama lepas menikah ni.Kalau dapat jumpa sekali sehari pun,bersyukur sangat-sangat.
“Bila abang balik?Tak sedar pun.Lamanya kat masjid”.
“Baru je.Abang ingatkan nak balik terus after Maghrib.Then after solat,ada ceramah sikit.After isyak baru balik.Sorry ye sayang.Nak sms,abang tertinggal phone lak”,jelas Einstein.
Aku bangkit dari pembaringan.Makanan sudah pun terhidang.Mungkin dah sejuk dan harus dipanaskan semula.Einstein menahan aku dari bangun,dia yang bergegas ke dapur terlebih dahulu.
“Sayang rehat .Sekarang ni turn abang wat keja la.Sayang dah masak,so,biar abang panaskan lauk k.Dah siap jap lagi,abang panggil.Kalau tak,ada orang yang tengok je makanan.Nak makan dah tak lalu”.
Memang teliti Umar Al-Farouq ni rupanya.Kalau pun dia tahu yang aku tak lalu nak makan makanan sendiri ni hanyalah dari cerita mama.Entah kenapa,selera nak makan aku hilang kalau aku yang memasak.Perlu masa 2,3 jam selepas masak,baru ada selera nak makan.Kiranya Einstein tak mahu aku sekadar menemani dia makan,tapi makan sekali.Kalau tak,tak pasal-pasal ada hamba Allah kena masak lauk lain sat lagi kan!
Aku meletakkan majalah yang sudah disusun Einstein di rak bawah kabinet TV.Sesekali aku mengintai Einstein di dapur.Menyiasat kecekapan dia di dapur.Expect dia boleh tahan.Macam dah pernah menikah je sebelum ni!Takkan la aku menikah dengan duda kot?
Nabilah,tak habis-habis la mengarut fikiran ko nih!
-----------------------------
“Tuhan,kekalkan kebahagiaan ini selamanya”,doaku dalam hati.
“Sayang,mari makan.”,panggil Einstein sambil menghulurkan tangan kepadaku.Macam drama Cinderella sudah!Drama Tv1 pun kalah nih!Hehe.
Serentak dengan langkah aku beriringan dengan Einstein ke dapur,pintu diketuk dari luar.Kuat.Kami saling berpandangan.Terdiam seketika.
Suara orang memberi salam jelas kedengaran.Bukan suara perempuan.Bukan Nani.Bukan Dania.Tapi suara lelaki yang silih berganti.Siapa ya?Kawan Einstein ke?Tak pun pegawai pencegah maksiat tak?Takkan la nak kena cekup kot?

6 comments:

anay said...

besh...besh...
akn ku nanti smbgnye,
as-sobru minal iman,heheh.

aNa-FanA- said...

best...^_^

Anonymous said...

best sgt.....
n sweeet gak

Banana=Ban bread said...

heheheeh best nye..
sweet aja dorunk nie..
cpt ckt smbg tau..

Anonymous said...

best sgt.... bila nak samb nie..
x sbrnyeeee...

~arecha~

Anonymous said...

haha comel je dorg ni
sambung ye :D