@rubiadaibrahim

Thursday, April 30, 2009

JANJI 12:Single & Available!


Macam-macam soalan dari kawan-kawan aku.Tapi aku layan Nurul dulu la,sat lagi dia ingatkan aku ni dah sombong pas jadi "isteri orang" nih!=)

Nurul:Ida,betul ke Ida dah menikah?Sampai hati tak bagitau.Sdih betul?
Isyh,Nurul ni.Bila masa lak aku menikah?Takkan la aku yang baik hati nak berahsia bila sampai hari bahagia?Tak patut betul kan.Cepat-cepat aku balas YM dia.Minah sorang ni boleh tahan gak emotional dia,so kena explain dengan ayat BAIK punya.Ayat penuh berbunga-bunga & menenangkan dia.
AKU:Nurul,Nurul silap faham ni.Takkan la Ida nak lupakan kawan baik Ida sendiri kan.Lagipun kita kan dah janji,siapa kahwin dulu akan jadi pengapit.Seribu kali Ida dah rasa menggatal nak menikah pun,Ida tetap nak Nurul jadi pengapit tau.Kalau tak,Ida tak akan bagi abah menikahkah suami Ida.
Soleh tak ayat nih?Boleh la dari takde ayat langsung!
Tekan send & mari kita tengok apa kata kawan baik aku nih!Fuh,mudah-mudahan dia percaya la.Macammana pun,dia kena percaya juga kata-kata aku nih!
Aku menarik nafas lega.Nurul punya YM bertulisan begini:
”Haha,suka la buat main-main.Takkan la nak suruh abah hentikan pernikahan Ida kalau Nurul tak de.Hyperbola betul.Nurul caya jelah.Dun worry.Just rasa cam pelik je bila Ida balik Malaysia kali ni tak kasi tau Nurul dulu.Tup..tup,dengar ada seoarang hamba Allah ni kata Ida dah jadi isteri orang.Rasa sedih la tau!”.
Bab ni aku tak suka!Seorang hamba Allah?Aku rasa tak ada orang lain la bawa berita dongeng nih!Mesti si Amal nih!Seribu kali kecewa pun jangan la nak mendongengkan cerita!Aceh,kalo dia kecewa la kan.Tapi aku rasa dia tak feel apa-apa pun.Aku ke yang perasan tu!=)
AKU:Ida lupa nak kasi tau.Lagipun Ida balik sekejap je,Tak sampai seminggu pun.Baru habis exam,terus balik Msia.Sori ye Nurul.Jap,siapa yang bagitau Nurul ni?Amal ke?
Aku rasa memang tak ada orang lain dah!Mesti dia punya!Dan tekaan aku yang betul lagi benar ni disahkan oleh Cik Nurul sendiri.
Geram lak rasa!Aduh,napa hidup jadi tak tentu arah ni.Benci betul!
Memandangkan aku malas nak memanjangkan bicara dan ramai la kawan-kawa aku yang tengah tunggu aku explain & menjelaskan apa yang belum jelas ni,aku cepat-cepat tukar status YM aku!
STATUS:SINGLE & AVAILABLE!
Tapi lain lak jadinya!Ramai lak yang buzz aku.Paling tak boleh blah bila ada seorang hamba Allah yang misteri nih tegur aku!
No_name:Amboi Cik Kak,promote nampak.Nak berkenalan boleh!
Memandangkan aku memang malas nak melayan orang-orang tak berkepentingan & sesat nih,aku terus meng”invisible” kan diri.Biarlah dunia nak berbicara apa pun!
-----------------------------
“Akak dengar,ada orang tu promote diri dia semalam kat YM!Amboi,macam desperate sangat je”.
Terkejut aku dengan ayat yang keluar dari mulut Kak Ina waktu makan malam.Mujur tak tersembur nasi yang ada dalam mulut.
“Eh,tak ada la.Mana akak dapat cerita nih”,Tanya aku.Kak Ina tergelak tengok aku gelabah semacam.
“Ade la.Kalau tak ada betul,takkan la ada orang bercerita kot!”,balas Kak Ina bersahaja.
Seingat aku,aku tak pernah ada list kawan-kawan dia kat YM aku.Entah-entah mamat misteri yang menggatal tu kawan dia kot!Tapi dari stail dia bertanya ni,macam nak korek rahsia je.Nak cerita tak nak ye?Kalau cerita tak dapat apa-apa pun.Layan jelah!
“Bukan nak promote diri la akak.Amal tu yang wat hal.Aritu masa kakak Ida kahwin dia call Ida.Dia dok desak kata Ida ke yang kahwin.Ida malas nak layan dia,Ida iya kan jelah.Alik-alik dia g heboh kan dekat kawan-kawan.Ade ke patut?”.
Panjang aku terangkan hal sebenar.Tak ada full stop tuh.Nak plak aku ni memang suka bercakap,Tanya la Lagi!
“Memang patut pun”,balas Kak Ina pendek.
Aku buat muka terkejut.Dahi aku kerutkan.Kak Ina tergelak tengok muka poyo aku.
“Memang patut pun,Sekian lama dia tunggu Ida,sekali terlepas kat tangan orang lain.Memang la dia patut hebohkan pun.Biar semua orang tahu yang dia masih sukakan Ida.”.
“Uisyh,tak ada maknanya akak.Seribu kali dia nak kat Ida la sok,Ida tak mahu dah kat dia.Selamat jalan la romeo”,balasku.
“Jalan romeo konon.Kalau la menjadi esok-esok,Akak gelakkan Ida tahu.Ya Allah,satukan Ida dengan Amal.Amin”.
Amboi-amboi,siapa berdoa lagi untuk aku.Memandangkan aku malas nak memanjangkan bicara,segera aku bangun.
"Nak kemana Ida.Takkan la segan dengan akak kot”.tegur Kak Ina.
“Tak,nak tunggu azan Magrib.Pastu nak buat solat hajat.Minta dijauhkan dari bertemu jodoh dengan Amal.Hehehe”.
Ceh,sikit punya berani aku berkata-kata.Kalau betul la dia yang Allah jodohkan untuk aku esok-esok,sengeh jelah aku jawabnya!
------------------------------------------
“Kesibukan itu kehidupan.Kena kita asik busy.Memang hidup camni ye?”.
Ada hamba Allah buzz YM aku.Hamba Allah yang menggedik nak berkenalan dengan aku sebelum nih.Tak hingin aku melayan,terus delete dia.Yehaaaaaaaaaaaa,p la berkenalan dengan orang lain tu!Aku tak sudi!
Aku sebenarnya musykil dengan status-status YM si Amal nih.L+O+V+E semuanya.Jiwang & karat semua status.Tapi apa nak dipelikkan,orang tengah bercinta kan.Semuanya indah belaka.Ye ke best.
Kalau best la bercinta-cinta ni,takkan la seorang kawan aku ni asik bersedih je.Terkongkong habis hidup dia.NAsib dia kot,dapat buayafren yang terlebih-lebih caringnya!
Sejak peristiwa aku tipu bab aku nikah dulu,memang aku tak pernah pun dah layan mamat tu.Dia pun tak tegur aku.Biarlah,bukan mati pun,kalau tak bertegur sapa kan.Banyak lagi benda lain aku bleh buat selain chatting dengan dia!
Whatever it is,hidup mesti diteruskan.Caiyok Ida,life must go on!Yeeeeeeeeeha!

No comments: