@rubiadaibrahim

Monday, May 25, 2009

Ayat Power 6:Cuaksssssss!

“Assalamualaikum”.Suara di luar makin jelas kedengaran berserta ketukan kuat di pintu.Isyarat mata Einstein mengarahkan aku memakai tudung.Aku bergegas ke bilik.Makanan yang sudah dipanaskan dipandang sepi.Rasa lapar hilang memikirkan tetamu yang datang tak diundang pada malam ini.
“Siapa ya yang datang?Takkan la pencegah maksiat kot”,getus hati aku.
Dari bilik,kedengaran jelas suara Einstein tenang berbicara dengan tetamu di luar rumah.Butir bicaranya kurang jelas Cuma tone suara Einstein aja yang mendatar.Tapi apa nak dipelikkan,memang Encik Umar ni tenang sepanjang masa.Kalau aku la,confirm orang yang datang tu dah kena fire dulu.Nak pula,time aku tengah ada bendara Jepun ni.Alamatnya,merasa la bahang amarah NIPPON.
Tudung dibelakang pintu cepat-cepat aku capai dan kenakan di kepala.Tak kisah la berkedut seribu pun,rasa courius aku ni lebih penting.Ngeri gak bila kedengaran Einstein dah macam kena soal-siasat.Macam betul je tekaan aku nih.Aku melangkah keluar dari bilik,melangkah ke pintu utama untuk mengetahui hal sebenar yang terjadi.
“Ha,tu dia perempuannya.Kenapa nak dinafikan lagi?’,soal lelaki berserban putih dari luar rumah.3 orang lelaki lagi yang bersamanya menjengukkan kepala ke dalam rumah.Sebuah mata memandang aku.Mak aih,rasa cam glamour semacam je.
Oh,tidak,keadaan darurat ni.Ada ke patut otak aku ni weng-weng lagi.Aisyh.
“Ya,saya tak menafikan ada perempuan bersama saya ustaz.Tapi dia ni isteri saya.Kami baru je menikah minggu lepas”,terang Einstein.Cuba menjelaskan keadaan yang tak jelas.
“Kalau betul dia isteri awak,apa buktinya.Mana surat nikahnya?”,soal ustaz berkenaan lagi.
“Surat nikah kami belum ambil di Pejabat Agama sebab kami Cuma dapat cuti 2 hari untuk kenduri kelmarin.So,kami memang tak ada bukti yang ustaz mahukan.Tapi ustaz boleh tanya pada ibubapa kami kalau masih tak percaya”,balas Einstein.Masih tenang,tiada getar & cuak dari suaranya.
Einstein memandangku yang memegang tangannya.Sebenarnya aku cuak la bila kena soal-siasat gini.Walaupun kita orang tak salah dan memang dah termaterai ikatan suami isteri antara kitaorang,bukti bertulisnya mana ada dalam tangan.Apa nak dikata weh?Nyesal lak aku g basuh inai-inai kat tangan bagi tanggal dulu.Kalau tak,ada gak bukti walaupun tak kuat.Huhu.
“Susah nak dipercayai kata-kata kamu ni.Memang pasangan yang selalu dicekup akan mereka berbagai-bagai alasan bila dah jadi macam ni.”,kata lelaki yang berbaju merah lak.Ustaz tadi hanya terdiam,mungkin masih mengira kebenaran kata-kata Eisntein.Aku naik geram mendengarkan kata-katanya yang aku rasa cam melulu & tuduhannya yang tidak berasas.
“Kalau tak percaya sudah lah.Encik-encik semua nak buat apa? bawak kami ke balai polis..dakwa kami berkhalwat,kami tak kisah tau!Kami tak takut langsung,bawak la.Sekarang pun takpe.Kami kenal lagi dosa pahala tau!”.
Nah,ambik kau.Tak pasal-pasal mulut Laser aku berbunyi.Sebegitu lama & baik Einstein dok explain kat dorang,dorang still tuduh kitaorang buat maksiat.Ape kesnya?Einstein mengalihkan pandangan pada aku,terkejut benar dia dengan aku yang emo tiba-tiba nih.Hamba Allah yang kat luar rumah tu semua terdiam.
“Maaf ya saudari.Kami Cuma menjalankan tugas & prosedur siasatan.Kami terima aduan dari jiran-jiran saudari.Bukan menuduh sesuka hati kami.Memandangkan Cuma ada satu cara untuk menyelesaikan keadaan ni,boleh tak bagi no telefon keluarga kamu?Kami nak pastikan apa yang dikatakan pada kami benar.”,kata Ustaz berserban tadi.Lembut tutur katanya,sekaligus menyedarkan aku bahawa aku tak patut meninggikan suara pada mereka.
Aku bukannya apa,kalau nak berdiplomasi sekalipun,cubalah profesional sikit.Jiran-jiran aku ni pun satu,selama ni tak pernah nak ambik tahu hal kitaorang.Bila ada lelaki datang ni,tetiba lak prihatin dengan keadaan aku.Nasib badan,Dania & Nani lak tak ada.Lagi panjang la cerita ni.Adeh.
-------------------------------------------
“Assalamualaikum.Ustazah Radiah,ni Ustaz Rahman.Maaf menganggu malam-malam.”.
Keluarga Einstein telah pun dihubungi,mahu memastikan kebenaran kata-kata kami.Ustaz tu agak terkejut gak bila dia call no ibu Einstein tadi.Mungkin tak percaya kot anak Ustazah rupanya mamat kena tangkap khalwat nih.Einstein Cuma mendiamkan diri,tangan aku masih digenggam erat.Mungkin juga dia bimbang aku naik hantu lagi.Hehe.
Sesekali pandangannya dialihkan kepada Ustaz Rahman yang menyoal siasat kami.Pada pertimbangan aku,Ustaz nih dengan ibu Einstein saling mengenali.Aku memerhatikan tingkah laku Ustaz Rahman.Boleh tahan juga lah bulatnya mata.Sesekali Ustaz Rahman menganggukkan kepala dan sesekali dia ketawa kecil.Lama juga la dia menelefon ibu.Ntah-ntah dah masuk bab lain tak?
“Ooo,macam tu.Maaf sekali lagi ya.Terima kasih atas undangannya Radiah.Insyaallah,saya cuba datang.Assalamualaikum”.
Talian telefonnya dimatikan.Pandangannya dialihkan kearah kami,senyuman dilemparkan.Macam petanda baik je.Aku baru nak bertanya,ustaz tu dah buka mulut dulu.
“Umar & Nabilah,saya minta maaf atas perkara ni.Tadi ibu kamu dah pun beritahu hal sebenar.Dari keterangan ibu kamu,memang diakui kamu berdua telah menikah.Maafkan kami atas kesilapan ni sekali lagi”,ujar Ustaz Rahman.
Fuh,lega.Kan aku dah kata dah,kebenaran akan tersingkap jua.Yeeeeeeeeha,kitaorang menang!Yezza.
“Takpe ustaz.Kami pun minta maaf juga.Kami pun silap juga,menikah tapi ramai yang masih belum tahu.Memang tak salah juga dengan orang sekeliling.Sibuk memanjang sampai menikah pun nikah gantung.Insyaallah,minggu depan kenduri sebelah saya,jemput semua datang ye”,kata Einstein.
Ops,Einstein minta maaf dengan dorang.Baiknya la suamiku ini.Dah tu plak,siap jemput datang kenduri kat Gombal lagi.Adeh la,serta-merta ego aku turun merudum draf dia.Kalau aku la,tak adanya aku nak memaniskan muka.Dah la tuduh tak berasas,tak caya lak orang cakap benda betul,alamatnya kena gelingan tajam la dari aku.Tapi bila dah berdua ni,senang je hati aku ni nak memaafkan diaorang.Dah kena tempias perangai Einstein nampak gayanya.
“Sayang,kad jemputan kahwin kita banyak lagi kan?Boleh la bagi.”.Soalan dari Einstein membuatkan aku tersentak.Aiysh,segala yang bermain di otak aku tu hilang.Ikutkan hati aku,aku ajak Ustaz Rahman tu je.Dah Einstein suruh bagi sorang satu kad,terpaksa la aku ikut.Sat lagi,malaikat marah lak kalau melawan.Bagus juga jemputan tu,boleh gak menghabiskan longgokan kad jemputan dalam tangan aku nih.Tak la penuh sangat drower aku dengan kad warna purple,bunga-bunga & wangi semerbak pilihan suami aku nih.Kalau ikutkan aku,tak usah nak berkad-kad,hantar sms sudah!
--------------------------------------------
“Apa yang dikuis-kuis je nasi tu sayang.Dah hilang selera ya?Kesiannya la abang tengok.Nak abang suapkan ke?”,tanya Einstein perlahan ketika kami menikmati makan malam.
Hidangan di meja yang sudah sejuk aku pandang sepi.Selera aku mati sebenarnya.Tapi bila mengingatkan Einstein yang bersungguh-sungguh mahu makan,aku turuti gak langkah dia ke meja makan.Aku tersentak mendengar kata-kata Einstein.Pantas tangan aku mencapai kailan ikan masin lalu disudukan kedalam pinggan.
“Eh,takde la.Ada lagi selera nih.Penat sikit arini kot.Abang,dun worry k.Tambah lagi sayur ni abang.Makan kenyang-kenyang”.
Sekadar berbasa-basi.Tak mahu dia susah hati & rasa bersalah dengan insiden sebentar tadi.Cepat-cepat aku suap nasi ke mulut.Einstein tersenyum memandangku yang agak gelojoh makan.
Mak aih,masin kemain sayur kailan aku ni.Cepat-cepat aku berlari ke sinki.Makanan di dalam mulut aku luahkan.Mulut aku kumur-kumurkan,menghilangkan rasa masin yang mengisi segenap ruang mulut.
“Sayang,lain kali jangan gelojoh lagi time makan.Seribu kali nak jaga hati abang pun,makan la elok-elok.Kan dah jadi macam ni”ujar Einstein di belakang aku.
Siapa yang jaga hati siapa sekarang ni?Adeh la,macmmana la boleh terlebih garam ni.Kan dah jatuh indeks saham aku nih.Waaaaaaaaaaaa,malunya.
“Sayang,dah hilang dah rasa masinnya”,tanya Einstein lagi sambil mengurut belakangku perlahan.
Walaupun aku dapat rasakan muka aku dah tebal semacam,aku pusingkan juga badan aku menghadap Einstein.Aku dituntun kembali duduk di kerusi.Sebagai isteri yang baik,kena la minta maaf kalau dah buat silap kan.Nak pula kesilapan yang boleh membahayakan kesihatan untuk masa depan nih.Huhu.
“Abang,sori sangat-sangat.Tak pasal-pasal abang punya blood pressure naik hari ini.Act,ni 1st time bila masak kailan ikan masin tau.Bilah lupa yang ikan masin tu memang masin,so Bilah tambahkan garam masa masak sayur mula-mula tu.Sorry lagi sekali ya abang”,jelasku panjang lebar.Tak ada full stop tu.Ni memang confession yang terang lagi bersuluh.
“Takpe sayang.Abang pun nak minta maaf juga coz susahkan Bilah arini.Walaupun dah tau Bilah penat,terpaksa juga Bilah masak dan layan karenah abang.Sorry juga ya”.
Aku terkejut dengan permintaan maaf dari Einstein.Ternyata persepsi aku bahawa lelaki ni ego ni tak betul sama sekali.Buktinya,mamat pakai speak ni menuturkan maaf yang aku kira bagi lelaki akan menjatuhkan maruah & ego mereka.
“Kenapa terdiam lak ni sayang.Ada salah ke dari apa yang abang cakap tadi?”,tanya Einstein lagi bila melihat aku mendiamkan diri.
“Tak ada lah.Cuma rasa bersyukur sebab abang jadi suami Bilah.Tq so much abang”.Entah kenapa,rasa terharu datang menerpa.Tetiba je rasa nak menitik air mata.Syukur kerana dikurniakan suami yang amat memahami seperti dia.
------------------------------------------
“Bilah,untuk kenduri sebelah abang next week,abang ingat nak spend one night dekat Putrajaya la.Kebetulan ayah hadiahkan kita voucher penginapan dekat Equatorial Putrajaya.Kalau kita tak pergi sekarang,entah bila lagi?What do you think,sayang”,tanya Einstein ketika aku mengemas meja makan usai makan malam tadi.
Awal-awal lagi aku sudah melarang Einstein membantu aku.Kalau tak,semua dia yang buat,tak nampak la fungsi aku sebagai isteri.Lagipun,aku tak nak membiasakan diri dimanjakan sebegitu.Silap haribulan,naik lemak lak aku.
“Erm,menarik juga.Bilah ikut je.Kalau abang rasa ok,Bilah pun ok.But then,Bilah masuk kelas lagi next Friday.So,kalau nak spend night dekat sana pun malam Jumaat tu lah.Abang ok ke?”.
“Abang tak kisah pun.Yang penting,abang dapat spend dengan Bilah.Tu yang paling penting”.Einstein tersengih dihujung kata-katanya.Nampak nakal!Sudah,apa lak yang bersarang di fikiran suamiku ini.
“Ok”,balasku perlahan.Muka aku dah rasa panas semacam.Darah dah naik ke muka.Seram sejuk bila teringatkan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang belum tersempurna & belum pun aku laksanakan.Padahal,sejak awal perkahwinan kami lagi,aku dah memikirkan hal ini.Memang takut tapi aku tahu,harinya akan datang juga.
“Abang suka betul tengok Bilah harini tau.Masa Bilah marah tadi,abang bayangkan Bilah akan jadi seorang ibu yang tegas pada anak-anak kita.Bilah yang akan didik anak kita sebaik mungkin.”,ujar Einstein lagi.
Aku rasa macam nak menyorok dalam bumi dah masa nih.Aduh,makin mengarah pada apa yang Dania dok takutkan selama ni.Aduh,kena ubah topik ni.
“Err,abang.Apa-apa pun,kita kena settlekan surat nikah kita dulu tau.Bilah tak nak la kalau kita kena cekup lagi.Serik dah tau”.Einstein ketawa mendengar kata-kataku.
“Lupa lak abang pasal surat nikah tadi.Tapi tempoh register dia sebulan kan,still ada 2 minggu lagi.After kenduri pun boleh lapor katPejabat Agama.Ala,Bilah juga yang cakap tadi tak kisah kalau kena dakwa berkhalwat .So,ok je kan kalau kena cekup lagi.Boleh cerita dekat anak-anak nanti.Hehe.?”,dalih Einstein.
Aku terkejutnya bukan main dengan kata-kata selamba dia.Sejak bila lak Einstein pandai bertangguh dengan urusan-urusan penting lagi rasmi nih.Ke dah berjangkit dengan perangai sengal aku?
“Abang,Bilah serius ni.Jangan la main-main lak.”.
“Ye,abang tahu.Dun worry la sayang.Nanti abang settlekan.Apa-apa pun,Jumaat depan before balik pahang kita honeymoon kat Putrajaya dulu ya”,pujuk Einstein.
Pinggang aku dirangkul dari belakang.Kepalanya diletakkan di atas bahuku.Mak aih,seram sejuk la rasa badan.Guana la aku nak berdepan dengan dia di hari muka?Oh,tidak!!!!!!!Nak menolak dia,sat lagi dilaknat malaikat lak.Huhu.Udahnya,aku mengeraskan diri je.Melihat reaksi aku yang tak berapa positive tu,rangkulannya dilepaskan.
Fuh,lega.Lagipun,memang tak mungkin pun jadi apa-apa.Aku kan tengah bercuti.
“So,kira jadi lah sayang ya?Abang kena balik dulu ni,dah lewat malam.Bilah,lepas ni terus masuk tidur ok.Jangan fikirkan sangat pasal surat nikah tu.Yang penting,kita punya ikatan suami isteri dah pun sah disisi agama”,pujuk Einstein melihat muka aku cemberut semacam.
Aku menganggukkan kepala.Tanda patuh akan nasihatnya.Einstein berlalu,aku mengekorinya dari belakang.Mengiringinya ke pintu.Tangan aku hulurkan kepadanya.Ciuman tangannya dibalas dengan kucupan penuh kasih di dahi.Aku senang begitu.Rasa sayang menggebu di hati.
“Bilah,tak mahu halang abang jangan balik ke?Tak sedih ke tengok abang balik malam-malam ni.Bestnya la kalau boleh tidur sini ya”,gurau Einstein sebelum dia berlalu.
“Boleh je kalau abang tak mahu balik tapi orang tu sanggup ke nak tidur atas katil bujang Bilah”.
“Sanggup je.Lagi bagus,boleh dekat dengan Bilah Best tu!!!!!!!!!”,balas Einstein selamba.Aku lak yang tak terkata.Sudah!
---------------------------------------------------------------
“Nabil,betul ke kau kena cekup malam tadi dengan Einstein?Gila la weh,mesti semua orang kat taman kenal kau lepas nih!”,soal Dania setibanya di rumah.
Cik kak ni parah betol la.Baru je aku buka pintu,tu soalan pertama dia.Bukan ingat nak bagi salam.
“Yup”,balas aku pendek.Malas nak memanjangkan biacara.Nak pula,aku terkejar-kejar nak g hospital pagi nih.Kalau aku start cerita kat Dania nih sat lagi,lambat la aku ke hospital arini.Baik la aku wat cerita bersiri!Baru mengancam kan!
“Ya Allah,dah tu apa jadi kat korang?Korang ok tak malam tadi?Korang ada bukti korang menikah tak?Siapa yang report korang buat maksiat nih?”,tanya Dania lagi.Tu dia,soalan macam peluru sesat.
“Mana aku nak jawab dulu ni,cik Diana oi?Lagi satu,macammana cerita ni boleh sampai kat telinga kau?”,soalku kembali.
“Leman yang cerita.Kata dia,dia ternampak orang pakai baju Melayu ramai-ramai datang rumah kol 9.30 semalam.Aku ingat dia main-main je,rupanya betul Nabil.Isyh,rugi aku takde semalam.Kalau aku ada,boleh la aku tengok muka ko pucat-pucat bila kena soal.Hihi”.
Amboi,gelak tak hengat.Yang si Salman aka Leman ni gi hebohkan cerita kitaorang ni apa kes?Confirm jadi buah mulut puny kat hospital hari ni.Gasak betul nak memikirkannya.Adeh la.
“Banyak la ko punya rugi.Kalau kau ada semalam,confirm kitaorang tak kena cekup tau.Mujur la ustaz tu kawan ibu Einstein tau.Dia percaya dengan apa yang ibu cakap.Kalau tidak,takde dah kitaorang arini.Silap-silap aribulan,jumpa kat balai polis la pagi ni”,balasku.Dania ketawa tak ingat dunai mendengarkan kata-kata aku.Apa yang kelakar pun aku tak tahu.
“Nabil,story la kat aku weh?Lambat lagi nak kol 8 nih.Sempat punya kalau nak habiskan cerita.Pleaseeeeeeeeeeee”,rayu Dania.Dia dah wat dah muka seposen dia tu.
“Al-kisahnya bermula bergini.Pada suatu malam,Encik Einstein baru pulang dari masjid dan berniat untuk makan malam bersama isteri kesayangannya.Memandangkan isterinya kepenatan,dia pun ke dapur untuk memanaskan lauk-pauk yang sudah terhidang.Tiba-tiba pintu diketuk dari luar....”,ceritaku ala-ala cerita dongeng gitu.
Dania yang kusyuk mendengar cerita bukan rekaan aku tu terkejut bila aku berhenti bercerita tiba-tiba.Aku buat-buat tak faham dan tak nampak.Biarkan cerita ini bersambung lagi..hehe.
“Loh,takkan la sampai situ je.Suspen la gini.Lepas tu apa”,tanya Dania.
“Lepas two,three...haha.Ko tunggu la aku balik petang ni,nanti aku cerita.Aku dah lambat ni,tataaaaaaaaaaa”,balasku sambil cepat-cepat meninggalkan Dania.Dania apa lagi,terjerit la panggil nama aku yang best ni.Nasib la kawan.Hehe.
“Nabilllllllllllllllllllllllllllllllllllllll”.
------------------------------------------------
Usai solat Zuhur di surau,aku singgah ke kafe sebentar.Nak mengisi perut yang sepanjang masa lapar dan menyanyi lagu keroncong sebelum kembali ke Ward Obgyn.Masih banyak tugas yang menanti,banyak perlu aku berbakti.Getaran vibrate telefon mengalihkn perhatianku pada telefon yang berada di kot putih aku.Segera aku capai,ada 3 sms,5 misscall dari mama.Panggilan telefon dari mama segera aku jawap.
“Mama,sorry sangat.Along tak perasan tadi.Mama apa khabar?’,tanyaku.Memulakan bicara dengan mama yang sudah lama tak ku hubungi.Kesibukan yang melanda membuatkan aku lupa pada mama seketika.
“Takpelah Along.Alhamdulillah,mama sihat.Anak mama apa khabar?Lama betul menyepi lepas jadi isteri orang ni?Umar macammana ok x?”.
“Along sihat,Alhamdulilllah.Umar,umar mana lak nih ma?.
“Isyh Along ni,nama suami sendiri pun boleh lupa.Teruk betul.Tulah mama suruh Along biasakan panggil dia Umar,degil nak panggil Einstein juga.Kan dah terbawa-bawa sampai after nikah.Teruk betul la anak mama sorang ni”..
Sudah,mama dah mula dah ceramah dia.Silap aku juga,camne la boleh lupa nama penuh Einstein aku nih.Huhu.
“Takpelah mama,dia pun dah tahu yang Bilah panggil dia gitu.Dia ok je pun,siap ketawa lagi bila Bilah cerita kat dia mama”,dalihku.Mama tertawa mendengar kata-kataku.
“Yelah tu.Erm,mama nak ingatkan kamu pasal kenduri kat Gombak nanti.Along dapat balik Kuantan tak before majlis nanti?.
“Insyallah,mama.Jumaat Along still kena masuk hospital lagi.Paling awal,Along boleh balik malam Jumaat .Kenapa mama?”.
Musykil gak dengan soalan mama nih.Jangan-jangan mama dah tau pasal peristiwa semalam.
“Tak ada la,mama nak ingatkan kamu je.Pernikahan kamu ni tak disahkan lagi kat Pejabat Agama Islam,sijil nikah pun tak ada lagi.At least,kalau jadi apa-apa,bukti bertulis kamu menikah dah ada.Tak la tergagau-gagau kalau orang bertanya.Lagi pun,surat nikah tu dah macam MYKAD tak silap mama.Senang nak bawa kemana-mana.Tak macam zaman mama dulu.”,ujar mama panjang lebar.
“ Along tahu mama.Isyh mama ni,jadi apa lak?Takkan la nak kena tangkap khalwat lak kan?”.
Sekadar mengayat mama,nak pastikan mama tahu atau tidak peristiwa ngeri malam hari.Bab-bab surat nikah tu,memang aku dah masukkan dalam planner aku dah.Nak menambahkan daya ingatan aku dan Einstein,siap buat reminder lagi.Setiap hari la aku punya reminder tu akan berbunyi selagi surat nikah tu tak sampai ke tangan.Mantap je kononnya kan.
“Kalau tak kena tangkap khalwat,macammana boleh sampai berita dari ibu kamu dekat ibu nih?Kalau along tak dapat balik Jumaat,Umar balik sorang dulu pun takpe.Yang penting,settlekan bab surat-menyurat tu.Jangan nak berlengah-lengah lagi.Kamu tu,makin hari makin sibuk.Makin sibuk,makin menjadi-jadi lupanya.”,pesan mama lagi.
Aku Cuma tersengih mendengar pesanan mama.Confirm,yakin dan pasti,mama dah tau kisah aku & Einstein malam tadi.Nampak gayanya kena la Einstein berkorban hasrat hati dia nak balik Kuantan dengan aku.Nampak gayanya planning malan tadi kena cancel la.Honeymoon kami belum sampai waktunya!So,redha jelah!

2 comments:

Anonymous said...

adoyai kelakar la depa ni
x tahan gelak ;)

keSENGALan teserlah.. said...

ahaha..
da agak da...
ske2..
ble la honeymoon dorang nk bermula nieh..
ekeke..
smbung2..