@rubiadaibrahim

Tuesday, May 12, 2009

Rajuk 2:Hati,Jangan Bersedih!

Pandangannya ditumpukan ke arah jalan raya yang kian sibuk.Hari Jumaat seperti ini,biasanya warga kampus akan menghabiskan masa di ibu kota kerana esok cuti.Ada sebahagian yang akan pulang ke kampung,menziarahi keluarga.Dia juga punya agenda yang sama,pulang ke Bukit Antarabangsa malam ini untuk bersama keluarga.Mungkin mengeratkan hubungan dengan papa yang kian hambar.Bukan dia tak berusaha kearah itu,tapi Tuan Badar sendiri seakan menghindar.
Setiap kali cuti semester,masanya terisi dengan kesibukan di Dimention Holdings.Belajar soal pengurusan dan pentadbiran perniagaan biarpun tak pernah diminta Tuan Badar.Baginya,itu nilai yang harus dibayar kerana membuatkan bapanya kecewa.Hutang yang harus ditebus kerana membuatkan Tuan Badar terus berjauh hati.Dan Insyirah,tak pernah kenal erti lelah merapatkan semula jurang yang sudah lama tercipta.Namun,hubungan mereka kian hambar.Dan kekecewaan terus mengisi hati Insyirah.
Akal logik memintanya berhenti memenangi hati si ayah.Bukan dia yang bersalah sebenarnya dalam soal itu.Bukan dia yang merumitkan keadaan.Mengenangkan pengorbanan Tuan Badar mendidiknya,dia rela meninggalkan bumi Malaysia 4 tahun lalu.Dia mahu korbankan minat,menurut pilihan bapanya demi kaharmonian keluarganya.Tapi Tuan Badar sendiri yang bertegas mahu dia meneruskan pengajian dalam bidang seni bina.Tuan Badar juga yang mengatakan persetujuan dengan pilihannya.Tapi kenapa papa berubah selepas itu?Tiada lagi papa yang suka bergurau dengannya.Mulut papa seakan terkunci bila mereka bersama.Insyirah pilu,betapa dia rindu saat kemesraan bersemi dulu!
----------------------------------------
“Penatnya mama.Pagi-pagi lagi dah kena kerah bangun.Syira rasa dah macam buruh paksa dah.Kenapa la tiba-tiba papa berniat nak berkebun hari ni?Pelik bin ajaib betul!”,soal Insyirah kepada Puan Aina.Puan Aina sekadar tersenyum mendengar soalan puteri kesayangan,memahami rasa tidak senang Insyirah kerana rutin mingguannya terganggu.
“Tak ada la macam buruh paksa mama rasa.Buruh paksa tak ada breakfast tau.Dekat rumah ni,ada makaroni goreng lagi.Erm,kamu tahu la papa kamu tu.Kalau rasa badan dia kurang sihat sikit,rajin la nak berlasak.Ikut nasihat doctor katanya”.
“Hahaha.Kelakar la papa ni.Doktor pesan suruh exercise everyday,ni sekali seminggu.Tu pun kalau tetiba sampai seru.Ikut kata doctor betul.Kalau bab makan,semua pantang.Pantang nampak,semua ngap masuk mulut.Pastu mula la bising bila cholesterol level tinggi.Hahaha.Papa-papa,suka la wat komedi hujung minggu tau”.
Puan Aina tergelak kecil mendengar ulasan Insyira.Insyirah makin menjadi-jadi ketawanyaPerangai Insyirah memang begitu.Kalau ada perkara yang mencuit hati,ketawanya susah nak berhenti.
“Mama ingat time kita keluar next week.Macam-macam makanan high cholesterol papa pesan.Lasagna,Beef Steak,Mushroom Cream Sup.Tu belum tambah menu breakfast lagi.Semuanya lemak berkrim disukai ramai.Paling Syira tak lupa bila papa sendiri cakap “I ‘m on diet right now but I like to have most delicious food here.Yang manis & bergoreng especially ya”.Kelakar betul.Hahahaha.”,tambah Insyirah lagi.Ketawanya makin panjang.
Papanya memang begitu.Bab makan tak ada pantang larang.Bila disahkan berisiko tinggi menghidap penyakit jantung,barulah insaf sikit.Papa mula berjinak-jinak dengan cara hidup sihat.Kurangkan minyak & garam dalam makanan,lebihkan ulam-ulaman.Memandangkan harga sayur pun dah naik harga kata papa,ada baiknya bercucuk tanam.Belakang rumah pun menghijau dengan pokok-pokok yang dia sendiri pun tak kenal.Nak menyihatkan badan & makan makanan berkhasiat kata mama & papanya.2 in 1 pakej tu.Dan sebagai anak yang taat,Insyirah hanya menurut.
“Amboi,seronoknya dia ketawa.Mesti mengata papa ni kan?Mama,apa Syira cakap tadi”,tegur Tuan Badar.
“I’m just a good listener ya.Mama tak cakap apap pun.Kalau abang nak tahu,Tanya anak kesayangan abang la”,balas Puan Aina.Tuan Badar mencebikkan bibir.Comel.Puan Aina tertawa kecil melihat mimic muka suaminya.
Insyirah menyambung ketawanya melihat muka papanya yang agak sedih.Nak bermanja dengan mama la tu.
“Tak ada la papa.Kami discuss macammana nak tingkatkan kesihatan papa ja.Bagus la papa berkebun dekat-dekat nak follow up dengan doctor ni.Result dia nanti confirm baik punya.Hehehe”.
“Yelah tu.Belum makan sambal pun,papa dah terasa pedas nih.Aduh,pedasnya.”,gurau Tuan Badar.Tangannya mengipas bibir tanda pedas akibat sindiran Insyirah.
“La,Syira bercakap apa yang betul la.Nasib la kan.Siapa yang berkebun time nak follow up,dia terasa la peluh kat badan kan.Hahahha”,sambung Insyirah.
Puan Aina hanya menggeleng kepala melihat Insyirah rakus mencapai air teh yang terhidang di meja.Air diteguk beserta ketawa yang belum berhenti.
“Syira..bahaya tu.Kalau ya pun haus,stop la ketawa tu.Tersedak nanti.”,tegur Puan Aina.
Belum sempat air habis diteguk,Insyirah sudah berlari ke sink.Air teh termuntah kembali.Mukanya sudah kemerahan,air sudah masuk ke hidung barangkali.
Tulah mengata papa lagi.Kan dah tersedak.Terbukti sudah kedaulatan papa tak boleh dipertikai lagi.Haha”.
Insyirah & Puan Aina berpaling kea rah Tuan Badar.Perangai perasan papa dah datang lagi.Perasaan anak raja la konon.Bila mengata dia,kena tulah.Tak habis-habis.Anak Raja Kapooor sudah mari!
-----------------------------------
Insyirah berseorangan menikmati hidangan KFC yang terhidang di depan mata.Kepenatan dan rasa lapar membuatkan dia berehat seketika di KFC Kompleks Pertama.Penat meneroka Jalan TAR,mencari hadiah untuk ulangtahun perkahwinan mama & papanya yang ke-24 tahun.Semoga kebahagian mama & papa berpanjangan.Itu doa Insyirah.
Pandangan Insyirah terpaku pada satu pasangan tidak jauh dari mejanya.Pasangan yang amat romantik pada perkiraan Insyirah,sedang menjamu selera di Medan Selera bersebelahan KFC.Penuh dengan nilai kasih dan sayang.Perhubungan seorang ibu tua & seorang anak lelaki yang penuh kemesraan.Hubungan tulus & kasih sayang yang kudus.
"Ya Allah,moga kasih & sayangku pada papa juga akan seperti itu”,doa Insyirah dalam hati.
---------------------------
“Ibu,takkan dah kenyang kot?Baru sikit abang suapkan.Ibu segan dekat orang-orang yang ada kat sini ke?“,soal Imran perlahan bila ibunya menolak suapan makanannya.
Puan Aisyah menggelangkan kepalanya.Dia bukan segan malah dia bangga punya anak seperti Imran.Imran yang sangat penyayang dan prihatin.Kalau berjalan,tangannya pasti dipaut Imran.Kata Imran,sekarang saat ibu dilayan seperti permaisuri.Dia mahu mencurahkan kasih sayang & memberikan kehidupan terbaik untuk ibu tersayang demi pengorbanan ibu yang tak akan terbalas hingga hujung nyawa.
’’Ibu geleng kepala ni tanda apa ni?Abang tak faham la”.
“Tak ada apa-apa.Cuma ibu rasa macam tak percaya je anak ibu dah besar.Dulu merengek-rengek kalau ibu tak suapkan makan.Sekarang abang pula suapkan ibu”,balas Puan Aisyah.
Imran tersengih mendengar kata-kata ibunya.Memang diakui,dia anak yang manja.Seingat dia,tingkatan 5 pun masih nak disuap ibu. Wajib dai ibu untuk suapan kali pertama.Kalau tidak,dia tak makan.Mahu mencari nilai kasih sayang seorang ibu dan memastikan semangatnya terus menghiasi harinya.
“Isyh,ibu ni.Badan abang sikit punya besar ni takkan la tak besar-besar lagi!Kalau abang kahwin,dah bercucu dah ibu sekarang ni”.
“Ha,ada niat juga nak bagi ibu cucu rupanya!Ingatkan nak membujang sampai tua.Bila la agaknya abang nak menikah ye?Atau nak ibu carikan calon?”.
Senyuman Puan Aisyah yang makin lebar Imran pandang sekilas.Muka ibunya memang berseri-seri kalau bercerita bab rumahtangga.Cuma,Imran sendiri belum bersedia.Masih banyak yang ingin dia capai,masih banyak tanggungjawab yang belum terlaksana.
“Ibu,berseri-seri kalau cakap tentang nikah kahwin ni.Abang nak balas jasa ibu dulu la.Adik-adik pun belum habis belajar.Kalau abang kahwin sekarang,mesti tumpuan abang pada ibu & adik-adik berkurang.Abang tak mahu macam tu.Bila sampai masa nanti,Insyaallah jodoh sampai juga.Jangan bimbang k.”,pujuk Imran.
Puan Aisyah mengangguk kepala perlahan.Dia faham akan prinsip Imran.Kata Imran,dia mahu berbakti buat keluarganya terlebih dahulu.Memastikan ekonomi keluarganya stabil & kejayaan menjadi milik 3 adiknya.Jika semuanya sudah tercapai,barulah dia memikirkan diri sendiri.Pendirian Imran tak ubah seperti Ilyas,suaminya.
“Ok,ibu faham.Moga bertemu dengan isteri yang akan memberi kebahagiaan dunia akhirat.Ibu sentiasa doakan anak manja ibu ni”.
“Amin.Ibu,abang rasa tersentuh lak hati.Syukur abang dapat emak macam ibu.Terima kasih banyak-banyak ibu sebab jadi ibu terbaik untuk abang”.
Suara Imran sudah berubah sayu.Puan Aisyah mencapai tangan Imran.Genggaman tangannya dieratkan.Anak kesayangannya memang lembut jiwanya.Mudah tersentuh & sering menitis airmata jika ada yang terkesan di hati.
“Abang,tak usah la emosi sangat.Kalau dah sedih-sedih macam ni,ibu rasa tak sedap hati la nak shopping lagi.Tak habis la duit abang kalau macam ni.”,gurau Puan Aisyah.
“Ibu,bab-bab shopping jangan risau ok.Abang kan dah janji dengan ibu,so abang akan tunaikan.Apa sahaja ibu nak arini,abang akan belikan.Jom kita sambung jalan-jalan bu.Ibu nak ke mana tadi?KAMDAR ye.”.
“A’ah.Ibu nak beli kain langsir sekejap.Mak Ngah kamu minta ibu tolong langsir untuk kenduri Nadia.Tolong untuk kenduri anak orang jelah ibu.Nak harapkan anak sendiri,bila pun ibu tak tahu”.
Imran menggaru kepalanya yang tak gatal.Ibu dah mula semula topik hangat nih.Serba salah dibuatnya.Dia tak senang duduk.
“Ibu,takpelah.Tolong orang dapat pahala tau.Ok ibu,jom sambung shopping semula jom.Kita kasi habis kain langsir kat KAMDAR lak.Hehe”,balas Imran perlahan.
Malas memanjangkan bicara,beg berisi barang-barang ibunya dicapai.Sebelah tangan lagi menggenggam erat tangan ibu kesayangan.Senyuman diukir.Lantas keduanya jalan beriringan.Bangga dan tanpa malu mempamerkan rasa sayangnya untuk permata hati kebanggaannya.Tanpa sedar,ada mata yang memandang,ada hati yang merintih dan ada tangis yang lirih menyaksikan hubungan mesra itu.

No comments: