@rubiadaibrahim

Thursday, June 18, 2009

Cinta Cap Buruh!!!!!

Pasaraya Giant masih sunyi waktu aku menjejakkan kaki ke situ.Mahunya tak lengang,aku la customer pertama yang datang dekat pasaraya ni.Kalau la ada anugerah customer terawal,confirm aku yang menang award tu.Pintu dia tak buka lagi,aku dah terjongol menunggu nak masuk. Tak pasal-pasal pagi ni aku take over kerja pak guard.Pak guard siap buat muka tak percaya lagi aku.Bulat-bulat biji mata.Aiyooooooooooo,saya mau beli barang bukan mahu rompak ini pasaraya la!
Aku sebenarnya kagum gak dengan kejayaan aku menjejakkan kaki seawal 8.30 pagi kat GIANT nih.Semuanya gara-gara aku terover slept malam tadi..Plan nak beli barang untuk memasak kat pasar terpaksa la cancel.Terpaksa la aku spend duit lebih sikit untuk birthday party housemate tersayang gini.
Memang banyak bahan basah yang aku kena usung bawa balik rumah sat lagi.Kalau ke pasar dekat rumah pagi-pagi tadi tak la jadi macam ni.Ni semua orang bertempiran pergi kampus gara-gara bangun lewat.Aku lak kebetulan arini kelas petang,maka aku kenalah mengorbankan diri untuk mengangkut dan borong bahan-bahan masakan yang bertimbun-timbun nih.
Nak pula,hamba-hamba Allah kat rumah aku tu demand kemain.Nak makan itu la,ini la.Yang jadi mangsa nak masaknya aku.Memikirkan aku akan bergelumang dengan bau ayam,bawang dan kawan-kawan,menyesal gak la aku mengaku yang aku ni terror masak.Kalau buat-buat tak reti kan,senang cerita.Layan Sate dekat gerai sate jelah malam ni.DELIVERY lagi.Aiysh.
--------------------------------------
List bahan basah yang berjela-jela dari handbang aku tarik keluar.Satu persatu aku baca..Mak aih,ni anak naga ke anak manusia yang nak makan!Aduh,rebeh la badan aku nak mengangkut barang sebanyak nih.Melampau betul la nafsu kanak-kanak nih!
List dia memang membuntangkan mata aku yang tak berapa besar nih.Ayam 10 ekor,ikan bawal 5 ekor,cili kering 1kg,bawang besar 1kg dan lain-lain.Berpinar-pinar mata aku baca tulisan Aiman nih.Apelah nasib aku harini.Dah macam tokei restoran dah.Tu tak masuk lagi sneck,minuman berkarbonat dan kawan-kawan.
Aku rasa macam dah tak berpijak di bumi yang nyata dah.Aduhai,kenapa la kawan-kawan aku nih study course lain-lain.Kalau la sama kan best!
Memandangkan aku terpaksa jadi tokei restoran segera harini,aku cepat-cepat tarik troli.Silap haribulan,satu troli pun tak muat nak sumbat semua harta benda yang bernama makanan nih.So,mari mulakan sesi memenuhkan troli!
1.Kita g tempat makanan basah lagi.
-Ayam 10 ekor.Memang tak munasabah kanak-kanak nih!Dorang ingat nak buat kenduri-kendara apa?ADuhai,bau ayam la aku sat lagi!Nak makan 5 orang je.Seribu kali perlahap pun pada-pada la kawan.
-Ikan bawal,nak buat barbeque.Aduh,nilah sekor sorang.Ingat kucing yang puasa setahun apa???
-Kentang:3kg untuk digoreng.Erm,memang tak ubah macam mak cik restoran dah aku!
Mamat yang jaga timbangan kat situ sengih je tengok gelagat aku.Sempat lagi kena perli.
“Mak cik,semoga laku la restoran harini!Boleh bagi alamat,nanti saya datang bagi sokongan & datang beli!”.
Aku yang tengah hot ni apa lagi.Cepat-cepat aku tolak troli dari tempat bahan basah tu.Nak hilangkan geram punya pasal,aku p langgar tempat sayur dia yang dok tersusun elok.Senget-benget la sayur-mayur atas dia.Terus terdiam dan pucat muka mamat sengal tu.Cepat-cepat juga dia berlari betulkan tempat sayur tu semula.Nasib la mamat gatai!!!
----------------------------------------
Last station sebelum aku jadi mak cik restoran sejati,bahan-bahan untuk party yang sesungguhnya.6 paket CLOUD9,Kit-kat,dan kawan-kawan.Troli aku memang dah penuh dengan harta sepencarian dah.Mujur la pagi-pagi ni tak ramai orang datang.Kalau tidak,confirm dorang ingat aku masuk pertandingan CARi & MENANG punya.
Troli aku tolak ke cashier.2,3 orang cashier kat situ dok sengih-sengih tengok aku!Pelik dan tak caya kot dengan aku yang kemetot ni beli makanan setimbun di pagi hari.Biaq p la.Malaih aku nak layan eh!
Semua makhluk dalam troli aku keluarkan.Bagi minah-minah cashier ni kerja banyak sikit arini.Biar dia tahu sikit,apa ertinya menjadi cashier!Yehaaaaaaaa!
Dalam kalut-kalut aku keluarkan barang dari troli,ringtone SUPERSTAR aku bergema-gema.Aih,kacau daun betul la.Aku tengah syok-syok dera cashier ni apa lagi,terus gagau cari handphone!Nadia si kepoh yang call!
“Weh,aku tengah busy nih.Napenya kau call weh?”,soalku.
“No la,aku nak Tanya khabar je.Kau dah settle beli barang-barang belum?Kau kat mana sekarang nih?Pasar ke?”,soal Nadia kembali.
Tu dia,soklan cepumas.Yang dok p highlight perkataan pasar tu buat apa?Saja nak kasi aku meletup lah tu!
“Aku memang tak sihat.Rasa nak makan orang je harini!Kau nak jadi mangsa aku ke?Aku dekat GIANT la.Mana pasar hang pukul 9 nih.Orang semua dok sengih kat aku la kalau aku pergi sekarang tau.Kau tahu tak aku dah macam mak cik restoran makanan segera dah nih?Korang dah habis lecture belum,cepat datang sini weh.Sian la kat aku!”.
“Hehe.Sori la Uda sayang.Kitaorang tak dapat balik la weh,ada kelas ganti lak tiba-tiba.Tapi kitaorang tolong hang sat lagi.Kitaorang tolong kau masak ye?”,rayu Nadia.
Aduhai,malangnye la nasib aku harini.Napa la lecturer doarang rajin nak mengganti-ganti kelas ni.Alamatnya kena mengangkut barang-barang ni sendiri la jap lagi.
“Ye,baik.Kalau aku dok bising pun,korang bukan boleh datang.Tapi padan muka kita-kita la ye.Semua kena tambah duit.Bajet dari la weh.Aku ni pun entah cukup entah tidak duitnya nak bayar..Kalau tak cukup sat lagi,korang jangan lupa tuntut aku kat sini tau”,gurau ku.
Padahal pagi-pagi hari lagi,aku dah ke ATM dekat pasaraya.Terpaksa la mengorbankan duit scholar aku yang tercinta demi kemuslihatan bersama.Yang penting,minah-minah di rumah wajib bayar semula duit aku nih!
“Ok,siap.Weh,pesanan dari Linda.Jangan lupa beli minyak masak tau.Sat lagi semua benda tak jalan!K la weh,lecturer kitaorang dah masuk.Tata,sayang.Kitaorang sayang HUDAAAAAA”.
Tu dia semua dok elok mengayat aku na.Minyak masakkkkkkkkkkkkkkk,oh no kena patah masuk semula dalam giant la nampak gayanya.
“Kak,sori ye.Saya tertinggal satu barang.Sat na,jap lagi saya datang semula nak bayar”,kataku pada cashier yang dah ready nak terima duit aku.RM 247 dah weh semua barang-barang.Silap aribulan,balik jalan kaki la aku sat lagi!
Cik cashier tu buat muka dengan aku.Siap menjuih bibir lagi.Dia ingat cantik sangat la tu buat muka camtu!Isyh,tak boleh jadi nih!Kena bagi amaran sket nih.Takde lah kan,kita bagi jelas sikit apa yang tak jelas nih.Sebelum dia kata apa-apa kat aku,baik aku dulu yang berkata-kata.
“Kak,saya bukan nak lari tau.Saya lupa nak ambik minyak tadi.Sat na,2 minit”,kataku sambil bergegas meninggalkan dorang.
---------------------------------------
Minyak masak CAP BURUH!MInyak masak pilihan UMI di rumah aku tarik sepaket refill aku capai dan turunkan dari rak.Siap buat aksi lambung minyak lagi.Ingat mandi mintak ke apa aku ni?Dan elok je minyak tu jatuh ke lantai.Tak sempat aku sambut dan entah kenapa lak skill lambung-melambung aku hari ni tak menjadi.
Minyak masak tu pecah.Aduh,silap teknik membaling nih.Paling aku rasa seram bila minyak tu terpercik dekat hamba Allah yang terbongkok-bongkok dekat rak yang sama.Naya la hidup aku sat lagi nih!Aku dah seram sejuk dah masa nih.Maut la aku sat lagi!
Aku dah terkaku kat tempat aku berdiri.AKu pandang mamat tu.Dia tertunduk tengok lantai yang dah penuh dengan minyak tu.Cepat la angkat muka dia,aku nak tau siapa gerangan yang jadi mangsa kelakuan sengal aku nih!
Mamat tu angkat muka dia.Aku cuak semacam.Macammana la jiran aku yang terkena aura kesengalan aku nih.
“Jiranku,saya minta maaf la weh.Tak sengaja tadi.Saya nak cepat sebenanrnya.Sori weh!”.
Hamba Allah yang kena tumpahan minyak tu adalah jiran aku.Jiran yang aku tak pernah tau pun nama dia,jiran aku yang aku admire sekian lama dan juga jiran aku yang selalu la dok sound kitaorang bila budak rumah aku ketawa tak hengat dunia.
Masa nih,aku bukan rasa bersalah tapi aku rasa malu sangat-sangat.Ayooooooooo,napa la saham aku jatuh merudum arini.Alamatnya,pasni ada perang saudara la dekat Taman Muhibbah.Confirm,yakin & pasti.
“Apa sori-sori.Apa la,nak beli minyak.AMbik la elok-elok.Ni siap tumpahkan lagi.Saya tau la saya ni kerja buruh buat jalan.Tapi tak perlu la hina saya macam ni sekali.”.
Aku terkedu mendengar kata-kata dia.Bila masa lak aku hina dia.Sedangkan nama dia pun aku tak tahu,apetah lagi dia kerja apa.Aduh,napa la malang sangat nasib.Tapi kalau aku jadi dia pun aku akan rasa terhina gak.Yelah kan,minyak cap buruh kena dekat badan seorang buruh.Mujur bukan pada hari buruh je!Kalau tak,lagi gempak la pengalaman nih!
-------------------------------
“Apa yang hina-hina nih?Encik jiran,saya tak sengaja tau tak?Kalau awak rasa saya sengaja,ikut awak la.Yang penting saya dah minta maaf.Terserah awak nak maafkan saya atau tidak!Yang penting tanggungjawab saya dah lepas”,ujarku geram.
Mamat tu terkedu mendengarkan suara aku yang garang macam LION KING nih.Muka dia merah semacam.Mungkin tak sangka kot,aku nih boleh melawan dia semula.Nasib la,siapa suruh cari pasal dengan aku.Aku cepat-cepat ngakah kaki memandangkan aku kena berkejar-kejar balik ke rumah.Lagi pun,aku malas nak cari gaduh dengan mamat yang tak faham adapt kehidupan nih.
Tak faham atau sengaja buat tak faham.Aku kan manusia,standard la kalau buat silap.
“Ha,lagi satu.Nanti jangan lupa bagitau saya berapa harga baju awak tu.Biar saya ganti yang baru.Kalau nak saya ganti sekarang pun takpe.Hantar la segala bil ganti rugi kat rumah saya ye!Saya sudi membayar segala kerugian yang encik tanggung.Terima kasih daun keladi,apa nasib aku dapat jiran macam ni!!!!!!!”,tambah aku lagi sebelum cepat-cepat aku melangkah.
Sekali lagi dia terkejut dengan keberanian aku.Biar la dia tahu sikit.Ingat dia lelaki,so semua benda perempuan nak mengalah.Aku mengaku,aku salah dalam hal ni.Tapi aku kan dah minta maaf,takkan la tak boleh nak maafkan aku pun.Huh,kalau tau begitu la perangai dia,tak hingin aku admire kat dia lagi.Buang karan je aku meng”SA” kan dia dari tahun lepas!
Dengan ini,aku umumkan bahawa aku akan hilangkan segala perasaan suka aku kat mamat tu dengan serta-merta!Banyak la kumbang lain la yang akan suka kat aku.Ceh,macam bunga wangi je aku.Sekali aku ni ibarat bunga tahi ayam,seekor kumbang pun tak datang.Tak ke naya nanti?Oh,nooooooooooo!
P/s:Salam alaik semua.Esok saya ada exam CARDIOVASCULAR SYSTEM,so arini kita layan cerita pasal cholesterol sket la ye.Hehe,apa-apa pun,enjoy baca cerita.I'll continue writing this story as soon as i finish my exam.Pray for mu success.Insyaallah!

8 comments:

Anonymous said...

good luck 4 ur exam :D
nnt cepat2 sambung ayat power ;)

misz nana said...

Ingatkan cerpen tadi..
Neway, wish u best of luck..

Anonymous said...

uish..
nyempat lg na..
sama la kta exam gak..
tp bkn cardiovascular sys. la..
kte exam medical imaging,,
gud lck 4 us..
amin....

dr.rock4eva said...

memang nak buat cerpen sebenarnya..alik2,rasa kena stop segera lak menulis..nak sambung study..tq all for wish!

nadiah_abdllah said...

ala... ingatkan cerpen..
adeh...

syah said...

mati2 igt crpn..
xtau la plk der smbgn ny..
nwy..gd lux 4 ur xm

Anonymous said...

dr rock,nak minta tlg ajarkan wat sub-bab bley x?cara nak tulis novel kat tenet nih...or bley bg links katna nak bljar wat bab2 mcm penulis novel wat nih...tq if u can help

Anonymous said...

Dh byk kdai buku cr...tp xde pn novel ni..pls help..nk sgt bca kesudahan dia...dr.rock xde ke nk jual...kalo ada pls mail saya
azida_ida@yahoo.com