@rubiadaibrahim

Saturday, June 13, 2009

Rajuk 3

“Badar,ini bayi yang akak katakan pada Badar kelmarin.Dah 2 hari dia ditinggalkan.Kesian akak tengok dia.Mak dia menghilang dari hospital entah kemana.Tapi dia memang anak yang baik,senang nak dijaga.Menangis pun kalau dia lapar,lampin dia basah saja.”,luah Mazni perlahan.
Suaranya lirih.Sayu dah sedih memikirkan nasib anak kecil yang baru membuka mata,mengenal dunia ditinggalkan begitu sahaja.Tanpa pesan dari seorang ibu yang melahirkan dia.Tanpa sempat merasa hangatnya pelukan seorang ibu.Rasa kasihan menyelubungi hatinya.Bayi perempuan yang masih nyenyak dan pulas tidurnya,diusap perlahan kepalanya.
“Kami dah hubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tentang hal ni.Kalau dalam seminggu tak ada lagi kelurga dia yang datang ambil,bayi ni akan ditempatkan di rumah anak-anak yatim.Bila fikirkan hal ini,akak rasa ada baiknya Badar jadikan dia nak angkat.Boleh juga bantu kamu kembalikan semangat Aina semula.Insyaallah”.
“Itulah niat saya juga akak.Tak sampai hati saya tengok Aina terus menyalahkan diri dia atas kehilangan anak kami.Dan banyak kali dipujuk,tapi dia masih begitu.Menangis dan menyalahkan diri sendiri”,ujar Tuan Badar lambat-lambat.
“Akak faham.Ibu mana yang tak sedih bila anak yang dikandung 9 bulan pergi tanpa sempat kenal siapa mamanya.Tapi kita kena ingat,semua tu takdir dari Illahi.Takdir untuk menguji kesabaran kita.Kamu kena kuatkan diri kamu Badar.Kalau kamu tak kuat,macammana dengan Aina?”,soal Mazni.
Pandangannya dialihkan pada Badar yang berdiri didepannya.Bayi di katil yang merengek,pantas ditepuk perlahan oleh lelaki itu.Perbuatan itu jelas menggambarkan naluri kebapaan yang sudah menggebu di hatinya.
“Insyaallah akak.Akak doakan saya sentiasa kuat hadapi dugaan ini.Kadang-kadang,bila tengok Aina sedih sangat,saya nak menangis juga.Tapi tahan dan pujuk diri sendiri.Kalau saya pun macam dia,sampai bila kami akan redha dengan dugaan ini.”,balas Badar.
Mazni menanggukkan kepala.Mengakui kebenaran kata-kata Badar yang sudah lama dikenali.Semenjak Aina disahkan hamil,dia mula rapat dengan pasangan suami isteri tersebut.
“So,akak macammana dengan prosedur nak ambil anak angkat ni ye?Kalau boleh,hari ini juga saya nak bawa baby ni balik.Dan jatuh sayang dengan kecomelan dia.”.
“Untuk bab-bab prosedur tu kamu jangan bimbang,akak akan tolong kamu.Cuma untuk masa sekarang ni,kita kena tunggu 5 hari lagi.Mana tau kalau ada keluarga dia menuntut dia dari hospital.Kalau tak ada,nanti akak hubungi kamu.Akak akan maklumkan pada Jabatan Kebajikan Masyarakat juga yang kamu akan ambil dia sebagai anak angkat.Insyaallah,kalau tak ada aral melintang,seminggu lagi dia jadi anak kamu”,ujar Mazni.
Senyuman terukir di bibir Badar.Moga urusannya dipermudahkan.Dia sudah tidak sabar mahu membawa bayi perempuan itu pulang ke pangkuan isterinya.Dia mahu Aina kembali ceria.Dia mahu mengubati kesedihan Aina akan kehilangan itu.Dia mahu Aina bersemangat kembali menjalani hidup.
-----------------------------------------
“Semua salah Aina mak.Abang pesan suruh Aina jaga diri,Aina tak dengar.Aina degil, sibuk kerja.Sampai Aina lupa pada baby.Sebab tulah baby tak sudi tengok muka mama dia.Baby pergi jauh dari Aina.Aina memang patut pun ditinggalkan.Aina bukan ibu yang baik”,ujar Aina dalam esak tangisnya.
Habibah memeluk Aina,cuba menenangkan anak kesayangan.Bukan salah Aina semua itu terjadi.Andai takdir sudah tersurat sebegitu,siapa kita hendak melawan takdir.Kita harus redha akan ketentuan Dia Yang Maha Kuasa.
“Aina tak boleh salahkan diri Aina.Aina kena banyak-banyak bersabar.Mungkin belum rezeki Aina lagi.Aina kena redha,sayang”,pujuk Habibah.
Aina terlalu sedih dengan kehilangan puterinya.Habibah juga maklum akan kegembiraan Aina bila dikhabarkan akan menimang seorang puteri.Aina juga sudah punya nama untuk puteri kesayangan.Segalanya Aina sudah persiapkan.
Aina masih menangis.Sudah dua minggu Aina berkelakuan begitu.Sejak melahirkan Insyirah,nama yang diberi untuk puterinya.Insyirah meninggal dalam kandungan kata doktor yang merawat Aina.Aina sangat tertampar dengan pemergian puteri kesayangan.Sejak dikhabarkan berita itu,Aina kerap merauang dan meratap.Puas berubat dengan cara moden,Aina masih begitu.Habibah bimbang dengan keadaan Aina.
Cuma Badar yang mampu mengubati rawannya hati Aina.Badar terus bersabar dengan perubahan Aina.Badar juga yang memujuk Aina supaya redha dengan ketentuan itu.Pada pendapat Habibah,Badar suami yang sangat baik.Badar terus setia menemani Aina yang tertekan dengan kehilangan itu.
Bila Aina mengusulkan kepada Badar untuk menikah lain,cepat-cepat Badar memujuk Aina dengan kata-kata berunsur kasih dan sayang.Aina rasa rendah hati dengan kekurangan dirinya.Kerana kecederaan ketika melahirkan Insyirah,rahim Aina harus dibuang.
Aina rendah hati dengan kekurangan dirinya.Aina tak mungkin dapat melahirkan zuriat untuk suaminya lagi.Bila ratapan Aina mengarah akan kekurangan dirinya,pantas dipintas percakapannya oleh Badar.
Kata Badar,dia Cuma mahukan Aina sebagai peneman hidupnya.Dia mahukan Aina setia selamanya hingga ke akhir hayat mereka.Bukan anak-anak ukuran sebuah kebahagiaan untuk mereka.Badar yakin akan kekuatan cinta mereka.
Habibah maklum akan kesedihan Badar.Sudah beberapa kali matanya menangkap airmata yang menitis dari tubir mata menantunya itu.Tapi di depan Aina,Badar berlagak kuat.Badar memujuk Aina supaya tabah akan ketentuan dari Illahi.
Badar Cuma menceriakan Aina.Sesekali dia bergurau dengan isteri tersayang.Aina akan tertawa bila bersama Badar.Aina cuba menyembunyikan kesedihan hatinya.Pagi ini,Badar menyatakan hasrat hatinya pada Habibah.
Kata Badar,dia akan membawa pulang Insyirah yang baru untuk Aina.Insyirah yang akan mengembalikan semangat Aina untuk menjalani hidup.Insyirah yang akan menjadi anak kesayangan keduanya.Habibah menyokong segala tindakan menantunya itu.Mengingatkan hal itu,Habibah tak sabar menanti kepulangan Badar.Bukan seorang tapi ditemani seorang bayi perempuan yang mengharapkan belaian seorang ibu pastinya.
----------------------------------------
“Besar nanti jadi anak yang baik ye sayang.”,kata Aina kepada bayinya.Punggung bayi yang baru mahu lena ditepuk perlahan.Aina tersenyum lagi.
Dia bahagia kini.Kehadiran Insyirah mengembalikan keceriaan keluarganya.Insyirah ditatang dengan penuh kasih sayang.Dia berterima kasih pada suaminya.Jika tidak Badar yang membawa bayi perempuan itu pulang,tak mungkin dia seceria ini.
Disebalik pintu,Badar tersenyum puas melihat isterinya. Dalam hatinya mengucap syukur.
Tuhan,terima kasih atas segalanya.!
--------------------------------------
Tuan Badar masih termenung di jendela.Apa yang difikirkan pun Puan Aina tak pasti.Sesekali lelaki itu menggelengkan kepala,sesekali dia tersenyum.
Puan Aina mengatur langkah perlahan.Suami tersayang dihampiri,pelukan dilingkarkan dari belakang.Tuan Badar terkejut.Pandangannya dialihkan.
“Bila Aina masuk,abang tak perasan pun tadi”.
“Macammana abang nak perasan.Asyik termenung je.Apa yang abang fikirkan lagi ni?Boleh share dengan Aina?”.
Tuan Badar tersenyum manis melihat isterinya.Walaupun dah 24 tahun mendirikan rumah tangga,Aina masih begitu.Masih manja dan sentiasa ceria.Bertuah kerana Aina memilihnya.
“Biasalah sayang.Masalah negara.”,balas Tuan Badar pendek.
“Isyh,abang ni.Bila masa pula suami Aina ni berniat nak jadi politician ni?Serius la.Jangan main-main.Abang ingatkan apa tadi.Sekejap tersengih,sekejap geleng kepala.”.
“Biasalah sayang.Teringat zaman muda-muda dulu.Zaman kita hangat bercinta dulu.Kirim-kirim surat dekat anak murid Aina.Siap menyamar lagi semata-mata nak mngorat Aina tau.Mujur la at last,Aina perasan juga abang.Kalau tak,sampai ke tua la abang mati kempunan tau”,gurau Tuan Badar.
Puan Aina ketawa perlahan.Masih diingat ketika Tuan Badar cuba mencuri hatinya.Macam-macam perlakuan pelik anak dibuatnya.Tiap-tiap hari,ada surat yang dititipkan pada muridnya.Setiap hari jugalah,pemuda berpakaian kemas menunggu di warung kopi Mak Dah.Kelakar betul bila diingat kembali.
“Pastu ada orang yang buat-buat berani jumpa ayah.Siap kena kejar lagi.Kesian dia.Mujur la diterima juga sebagai menantu kesayangan ya!”,gurau Puan Aina lagi.
Tuan Badar tergelak mendengarkan gurauan isterinya.Dia gembira.Seketika rasa sedih mengingatkan Insyirah menghilang.
“Abang,anak kesayanga kita tak sampai-sampai lagi.Aina dah risau ni.Katanya nak lepas Asar dia sampai ke rumah,tapi bayang pun tak nampak lagi”,rungut Puan Aina lagi.
“Sekejap lagi sampai la tu.Aina macam tak kenal je dengan Syira tu.Kalau dapat kaki,mana la tau jalan balik.Macam mama dia juga”,balas Tuan Badar sambil ketawa.
“Abang ni.Suka tau kenakan Aina.Abang,sempena anniversary kita ni,Aina ada satu permintaan.Boleh abang tunaikan tak?”.
“Apa dia sayang?I will try my best.Insyaallah”.
Senyuman manis diukirkan buat isteri tersayang.Padahal dia sudah dapat mengagak .Pasti berkisar soal Insyirah,pasti isterinya mahu dia merapatkan kembali jurang yang telah tercipta antara dia dan anak kesayangan mereka.
“Aina nak abang berbaik semula dengan Insyirah.Aina rindukan Insyirah dengan abang yang dulu.Boleh kan bang”,tutur Puan Aina perlahan.
“Insyaallah sayang.Abang akan sentiasa jadi bapa terbaik untuk anak kita.Abang janji!”,balas Tuan Badar.Genggaman tangannya makin dieratkan.Mengharapkan kekuatan lahir untuk berhadapan dengan anak yang sekian lama dipinggirkan.
---------------------------------------------
Huluran tangan papanya disambut dan dikucupi.Betapa dia merindui saat-saat begitu.Dia rindu kemesraan mereka.
“Papa minta maaf for everthing Syira.Papa bersalah pada anak papa.Boleh Syira maafkan papa”.
Insyirah terkejut mendengarkan tutur kata yang lahir dari mulut bapanya.Dia tersentak,baru sekejap tadi dia berkira-kira mahu meminta maaf.
“Syira pun sama papa.Syira ni anak yang degil.Syira banyak buat salah.Kalau papa tak maafkan Syira,Syira tak tau la macammana kedepan nanti.Maafkan Syira ya papa”.
Lirih suara Insyirah.Airmata sudah merembes dari tubir matanya tanpa dipinta.Puan Aina juga sayu.Cepat-cepat dia berlalu.Biarlah mereka menghamburkan rasa hati yang sekian lama terpendam.

2 comments:

misz nana said...

Cite yg ni cam ada keseriusan sket d situ.. Ehehe..
Janji ngan Ayat Power tu ada gak kerockannya sket..
Papepun, tetap best.. =)

Anonymous said...

layannnnnnzzzzzzzzeeeessssss