@rubiadaibrahim

Friday, July 3, 2009

Ayat power 9:Jatuh Saham?

‘Bilah,pergi la dekat mama.Kan mama nak inaikan Bilah.Kesian dekat mama nak tunggu Bilah.Lambat lak mama tidur jap lagi”ujar Einstein sebaik saja melihat aku terjongol di pintu bilik.
Ni kira kes menghalau ni.Aiyaks,napekah dia berkata-kata bergitu?
‘Abang bukan halau Bilah tau.Just ingatkan Bilah je in case Bilah lupa.Kesian dekat mama tidur lambat malam ni.Dun worry about me.Abang ok je kalau kena tidur sorang-sorang malam ni.”,tambah Einstein lagi bila tengok muka aku terkejut semacam dengan statement dia.
Aku bukannnya nak temankan dia tidur pun.Walaupun itu pesanan mama sekejap tadi,minta aku temankan dia sampai tidur.Then baru la bermula sesi memakai inai yang bakal memerah di jari!
‘It’s okay.Bilah just nak make sure abang ok je.Nak perlahankan kipas coz malam-malam memang sejuk dekat rumah ni.Maklum la rumah kampung”,kataku.
Menjelaskan maksud yang dah jelas di mata Einstein,Muka dia dah tak mampu aku pandang.Macammana lak die boleh baca fikiran aku nih.Ikutkan hati aku memang nak terus je menonong berinai.Dah elok aku hulur tangan minta mama inaikan,mama juih mulut ke arah Einstein yang perlahan bergerak ke bilik.Aku buat tak tahu je mula-mula.Yelah kan,pandai-pandai la nak idup.Tapi mama dah hadiahkan aku cubitan ketam.Cepat-cepat aku bangun,mengikut langkah Einstein ke bilik.
‘Sejuk ye malam-malam,rugi la abang macam ni!”,keluh Einstein perlahan.
Mukanya agak kecewa sambil menatap aku yang membetulkan comforter di hujung katil.Pandangan aku alihkan,mukanya aku pandang sekilas.
‘Rugi?”.
‘Yelah,tak dapat peluk Bilah malam ni.Sejuk-sejuk ni kalau peluk Bilah,confirm abang tak lepaskan”,balas Einstein sambil tersengih nakal.
Aku malu sendiri melihat reaksinya.Aku bukannya tak kesian dengan dia,tapi keadaan tak mengizinkan.Apa nak dikata kan?Udahnya,aku mendiamkan diri je!
‘It ok la sayang.I can wait.Apa nak dirisaukan,sayang totally mine.Pergilah dekat mama,kesian dekat mama tunggu.Tapi ada syaratnya,boleh Bilah tunaikan”,pinta Einstein.
Jari-jemari aku dicapai dan digenggam erat.Tak lama kemudian,aku terasa kucupan hangat di situ.Aku tak berani memandangnya,rasa malu yang teramat.
‘Apa yang tunduk je tu?Abang tak cukup handsome ye.Nampak gayanya kena buat plastik surgery la balik ni.Kena jadi Ramli Sarip ok juga nih,baru la Bilah tak pandang orang lain”,gurau Einstein.
Aku tergelak mendengar kata-katanya.Ade ke patut nak jadi Ramli Sarip,tak patut betul!Ni dah kira penghinaan pada Papa Rock aku nih.Eh,jap.mana dia tau aku punya penyanyi kesayangan nih.Entah-entah dialah dalang disebalik semua hadiah misteri tu.Tak boleh jadi,kena siasat nih!
‘Ada lak nak tukar jadi Ramli Sarip.Mengarut je kerjanya.Bilah suka suara and lagu-lagu dia jelah.Pandai je kata Bilah suka rupa dia.Since abang dah tau Bilah suka Ramli Sarip,boleh abang nyanyian lagu dia tak kat Bilah?”,pintaku.
Kasi ayat power sket,baru la dia rak syak.Nak pula dia tengah happy memanjang ni,boleh la aku perangkap dia.Tebar jala dan kena!Kalau dia lancar je menyumbangkan lagu,maknanya betul la dia.Kalau dia menyanyi SUMBANG tak ubah macam KUMBANG sat lagi,aku kenalah mengakui yang aku ni glamour juga.Yelah kan,orang glamour je yang ada secret admire nih.Hehe,perasan betul aku nih!
‘Ok,abang cuba tunaikan.Tapi Bilah kena tunaikan syarat abang dulu la.Ada berani”,soal Einstein.
‘Siapa takut”balasku sambil menganggukkan kepala.Einstein tarik aku duduk sebelah dia.Dia tersenyum nakal,mata aku ditatap.Aku dah seram sejuk.Takkan la nak wat tutttttttttt sekarang,kata boleh bersabar.
‘Sejuknya tangan dia.Abang bukan nak buat apa-apa la.Abang nak ni je”,jelas Einstein bila aku mematungkan diri.
Tangannya di letakkan di bibirnya.Kemudian beralih ke bibirku.Waaaaaaaaaaaaa,ni adegan TITANIC nih.Sudah,apa nak dikata.Kepalanya sudah didekatkan kearah aku.Aku kaku tak terkata.Mata aku pejamkan.Seram mak aih.
Dalam sedar,aku rasa ada kucupan lembut di bibirku.Pertama kali dan satu permulaan baru sejak aku bergelar isteri.Tapi tak lama.Adegan romantic ni terhenti dengan sendirinya bila ada ketukan di pintu.Perlahan tapi cukup jelas kedengaran di keheningan malam.Mama lagi!Mama,engkaulah penyelamat anakmu ini.I Luv You la mama!Hehe.
‘Terima kasih sayang.Gud night.Luv u”,bisik Einstein perlahan sebelum aku berlalu.Aku sekadar menghadiahkan senyuman padanya.Aku dapat rasakan langkah aku diperhatikan Einstein hingga aku hilang di sebalik pintu.Dalam tak sedar,aku tersengih sendiri.
---------------------------------------------
‘Amboih,senyum memanjang.Ni mesti kes tak percaya dah bersuami ni.Tak pun angau tengok suami tidur.Betul tak,Along”,teka mama.
‘Takde la mama.Mana boleh cerita dekat mama,rahsia la!”,balasku sambil ketawa.
Ketawa nak cover malu bila memikirkan insiden tadi.Mama tersenyum sumbing melihatku.
‘Yelah,rahsia.Tapi Umar tak berahsia dengan mama tau.Siap la Along,mama korek rahsia dengan dia.”.
Aku terkejut bukan main.Aisyh,macammana lak suamiku ini boleh polos semacam nih!Tidakkkkkkkkkkkk!
‘Apa je die cerita dekat mama.Dia mengata Along ke?”,soalku.
Curious semacam dah jadinya aku.Yelah kan,sekali dia mengutuk aku,makin meriah la kisah perangan buruk aku nih.Mama buat-buat tak dengar.Tangan aku dicapai,inai dipakaikan.
‘Isyh,takde la.Mama tanya apa planning dia untuk korang berdua.Dia sengih je memanjang,tak banyak cakap macam selalu la.Sampai-sampai Udin kata dekat Umar,abang nak Udin jadi jurucakap rasmi abang ke?”.
Aku tergelak mendengar cerita mama.
‘Apa reaksi abang bila Udin cakap macam tu?”.
‘Dia diam jelah.Pastu dia sengih.Tapi masa dia call Bilah tadi,mama pun terkejut juga.Banyak juga dia bercakap.Udin siap kata Umar kena virus KEPOH lagi.Syukur mama kamu dapat suami macam dia.At least boleh la dia kurangkan perangai Along yang gila-gila nih”,kata mama.
Perangai pendiam dia memang tak boleh dipertikaikan lagi.Kalau ada cop SIRIM yang dijual kat kedai,aku nak tempah cop PENDIAM untuk dia.Einstein ni bukannya pendiam sangat,Cuma dia perlukan masa untuk adapt dengan suasana baru je..Kalau dengan perempuan,memang die pendiam tak hengat.Dengan Dania & Nani pun dia sombong gila.Dengan aku je,dia banyak cakap.Maybe sebab dah tertular virus KEPOH aku nih!Hehe.
‘Umar kata dia nak ajak Along Beserah besok.Nak tengok mengintai keropok dengan ikan bakar katanya.Bagus la kalau macam tu,dapat juga Along pre-honeymoon berdua”,ujar mama.
Bagus juga la planning dia ni.Yelah kan,nak honeymoon kat Putrajaya dah cancel dikernakan surat nikah yang tak sette lagi.Cuma aku risau je aku terover sleep jap lagi.Aku ni kalau dah dapat tidur,orang lempar bom pun aku tak sedar.Kesian pula dekat Eisntein kalau esok punya planning gagal lagi.
‘Mama,kalau Along tak tidur dekat bilik malam ni takpe ke?”,soalku perlahan pada mama yang asyik memakai inai di jari manisku.
Kerja mama terhenti,pandangan mama tertancap pada mukaku.
‘Kenapa lak nak tidur luar.Along takut dengan Umar ke?Bukan dah pernah tidur berdua ke sebelum ni?Apa nak ditakutkan lagi.Along ni,macam-macam la!”.
Aku tak tentu arah.Bila masa lak aku pernah apa-apa dengan Einstein.Tak pernah jadi apa-apa lagi tau.Aku ni masih suci dan murni lagi.Tapi takkan la aku nak wat declaration dengan bangganya kan.Macam poyo sangat je gayanya.Huhhu.Mama pandang muka aku pelik bila aku tak menjawab seperti selalu.
‘Along,along dengan Umar tak pernah lagi?????????”.
Soalan dari mama aku biarkan tak berjawab.Aku sekadar menganggukkan kepala tanda mengakui kebenaran fikiran mama.Mama tiba-tiba tergelak dengan aksi aku yang malu-malu macam gadis pingitan kekononnya.
“Patut la cik abang Along tadi muka dia kecewa semacam bila mama bagitau plan mama tadi.Kesiannya la dia.Bilah pula macam happy semacam bila mama nak inaikan tadi.Isyh,tak baik buat macam tu tau.Sepatutnya Bilah utamakan dia dulu.Dia tak kata apa-apa ke masa Bilah temankan dia tadi?’,soal mama lagi.
“Mama,macam tak tau je dia macammana.Kalau ada pertandingan menantu terbaik,mama boleh calonkan dia.Confirm menang punya.”,kataku selamba.
Mama tergelak mendengar kata-kata ku.
‘So,Bilah boleh la nak tidur dekat luarkan malam ni.Bilah terlebih tidur esok,tak pasal-pasal pre-honeymoon plan cancel lagi.Sian dekat menantu mama tu tau!”,kataku pada mama.Bodek mama supaya menyetujui cadangan aku yang agak tak masuk akal.
‘Kalau dah macam ni,lagi la mama tak bagi tidur luar.Bilah kena berlatih menemani suami la macam ni.Inai ni sekejap je merahnya,15 minit lagi dah boleh tidur.No more excuses ok”,balas mama tegas.
Nampak gayanya,kena masuk bilik jugalah aku malam ni.Aku bukannya apa,aku segan la kalau keganasan aku di saat lena ni diketahui si Einstein.Tak pasal-pasal lagi jatuh merudum saham aku sekali lagi.Tapi apa yang aku takutkan,aku terbuat aksi mesra tanpa sedar malam ni.Yelah kan,dengan keadaan aku tidur peluk sana,peluk sini,tak mustahil Encik Umar jadi bantal peluk aku malam ni.Apa nak buat nih!
--------------------------------------------------
Usai solat Subuh,aku bergegas ke dapur.Satu perubahan pada diri aku yang langsung aku tak percaya.Merajinkan diri yang tak berapa nak rajin dan melatih diri menjadi isteri yang baik untuk seoarang suami.Padahal,aku sebenarnya melarikan diri dari Eintsein.Malu dengan sikap buruk aku yang dah pun Einstein maklum dan masuk dalam buku dia.
Punya susah aku bersengkang mata malam tadi tapi akhirnya tak berjaya juga.Aku tak sedar bila aku tersyahid.Sedar-sedar,kaki aku dah pun bersilang dengan segala hormatnya dekat badan Einstein.Einstein yang dah terjaga tengah asyik merenung muka aku.
Denyutan jantung aku tak usah nak dikata.Palpitation weh.Kalau buat test kecergasan ni,memang aku tak sihat punya.Punya nak cover malu,perlahan-lahan aku golekkan badan jauh dari Einstein sambil pejamkan mata. Konon-konon aku di luar kesedaran la.
Dari mata aku yang terbuka sikit,aku nampak majalah Mingguan Wanita dah pun tersusun di meja sebelah katil.Nampak gayanya,malam tadi bukan aku yang baca buku.Buku yang baca aku!Tak sempat aku bergolek jauh dari dia,aku rasakan tangan Einstein pegang badan aku.Dipeluk kemas dari belakang sambil mulut dia mengomel dengan aksi lasak aku tu.
“Kenapa la isteri abang ni ganas sangat tidur?Karate,taekwando,kungfu semua dia buat waktu tidur.Silap aribulan,ranap la badan abang,sayang.Dah tu pula,sempat lagi buat aksi kungfu PANDA before bangun tidur.Sayang,sayang“.
Perlahan aku buka mata,Einstein tersenyum memandangku.Mulutnya yang tadi mengeluh terkunci rapat.Mungkin tak mahu aku malu dengan perangai aku padahal aku dah pun dengar segala keluhan dia.
Dalam hati,aku ada satu persoalan yang bertubi-tubi.Macammana la nak berlatih jadi ayu dan jelita waktu tidur ye?Pening juga memikirkannnya sampai aku tak sedar tangan aku dengan selamba rocknya memegang cerek panas di atas dapur.Maka,bergemalah jeritan aku di rumah Pak Cik Aziz di pagi yang mulia ini.
-----------------------------------------
“Along,macammana boleh tak perasan cerek panas tu.Ni mesti kes berangan dekat dapur nih?Tak habis-habis dengan perangai Mat Jenin dia’,bebel Natrah sambil menuangkan susu pekat di jariku yang dah pun bertukar warna.
Kelibat Einstein tak kelihatan di ruang tamu.Tak tahu kemana dia menghilang.Waktu aku turun dari bilik tadi,Einstein mengikuti langkah aku.Aku melarang dia membantu aku di dapur walaupun aku tau skills rumahtangga dia lagi baik dari aku.Tapi aku tak selesa nak melaksanakan tugas masak-memasak dengan adanya kelibat dia.
Bila Einstein menyatakan hasratnya untuk berjalan sekeliling kampung,aku membiarkannnya.Tak melarang memandangkan Einstein mahu menikmati angin segar di kampung.Selebihnya,boleh la aku bergerak bebas di dapur tanpa ada pandangan matanya yang mengawasi setiap langkah aku.Tanpa tangannya bergerak ke sana ke sini untuk membantu.
Aku Cuma tersengih mendengar mulut laser Natrah bersuara.Cik Kak ni,bukan boleh dilayan sangat.Makin dilayan,makin menjadi-jadi la mulut tak berinsurans dia.
“Ha,abang long,along punya tangan melecur ni tau gara-gara teringatkan abang.Baru tinggal sekejap dah rindu-rinduan.Parah juga penangan cinta Einstein nih.Tak pasal-pasal BUKU BERGERAK berubah warna hari ni’,kata Natrah selamba melihat Einstein muncul di muka pintu.
Cepat-cepat tangan aku yang satu lagi capai peha Natrah dan cubit dia.Rasakan!Suka sangat mengenakan aku.
“La,ye ke.Isk,baru berubah warna.Einstein baru lari sekejap,buku dah jadi camtu.Kalau abang tinggal lama tadi,apa pula yang jadi ye’,jawab Einstein selamba.
Amboi,dah pandai bergurau senda sekarang ni!Bulat mata aku pandang muka dia.Yang adik aku tak usah cakap la,terkesima,terkejut,terperanjat dan seangkatan dengannnya sampai terlopong mulut dengan jawapan Einstein.Mujur lalat tak check in je dalam mulut kanak-kanak laser itu.Kalau tak boleh buat LALAT PRODUCTION sudah!
-------------------------------------------
Einstein leka dengan kamera digitalnya ketika kami menikmati keropok lekor.Sesekali mulutnya dihalakan kearah aku,minta disuapkan.Manjanya bukan main.Tak sangka,cempedak boleh jadi nangka.Einstein boleh jadi semanja ni dengan aku.
Bila aku buat tak layan,cepat-cepat dia tarik muka 14 belas.Mulanya aku malas nak layan.Yelah kan,aku ni pantang sket dengan hamba Allah yang tergegeh-hegeh ni.Kalau adik-adik aku,jangan harap la aku nak belai dorang dengan lagak kakak penyayang.Aku hadiahkan cubitan manja cap kerengga je sebagai tanda kasih sayang aku.
Tapi arini kes lain sikit.Aku pun dah beberapa kali mengecewakan suami aku,so kita ikut jelah rentak dia.Nak makan,aku suapkan.Nak minum,aku suakan.Nak jalan,aku berpegang tangan.Nak bergambar,senyum aku lebarkan.
Padahal aku agak allergic dengan bab gambar-bergambar ni.Dalam family album,boleh kira berapa banyak sangatla gambar aku.Nak tau kenapa,coz aku lah photographernya.Disebabkan perangai aku yang sengal ni jugalah,family photo dah berzaman tak brganti.Macam mana nak tukar,setiap kali raya aku mesti pakai uniform kain batik punya.Tak kuasa aku nak melaram-laram kat rumah sendiri.Nasib la mama dengan papa dapat anak macam aku.
Paling aku tak sangka harini,aku berkongsi minat yang sama dengan Einstein.Bab-bab photography yang sekian lama aku lupakan hari ni datang semula dalam hidup aku.
Einstein dengan lagak photographer profesionalnya apa lagi.Snap sana,snap sini.Yang bestnya,dia pun sama macam aku.Tak suka sangat ambil gambar orang,more tu nature dan keindahan ciptaan Illahi.Aku apa lagi,dok jadi mandur la,mengarah dia ambik gambar itu dan ini.Balik batu,daun-daun,pasir dan pantai semua dah terabdi dalam kamera.
Einstein ketawa kecil melihat gambar-gambar di kameranya.Apa yang kelakar pun aku tak tahu.Bila aku jengolkan kepala nak mengintai,cepat-cepat dia alihkan kamera dari aku.Kalau tak nak bagi tengok,sudah.Tak usah aku tergedik-gedik depan dia.Aku terus layan makan keropok tanpa memperdulikan dia lagi.Nak pula aku dah sekian lama mengidam nak makan,lagi la menjadi-jadi selera aku.
“Dapat makan keropok lekor,dah tak pandang kiri kanan dah Bilah ni rupanya.Suami dok nganga mulut kat sebelah pun di tak nampak dah.Bilah marah sebab abang tak kasi tengok gambar ye?Ala sayang,i’m so sorry.Meh,sini meh.Kita tengok sama-sama“,pujuk Einstein bila aku berubah sikap seketika.
Aku Cuma memandang sekilas muka Einstein.Muka dia tak boleh blah,cuak semacam dengan lakonan aku yang tak berapa nak menjadi nih.Kamera yang tadinya ditatap ditolak didepan aku.Aku buat-buat tak nampak walaupun tangan aku dah gatal nak capai kamera tu.
“Samalah dengan abang pun.Dah jumpa kamera,bukan ingat kat Bilah.Abang suruh la kamera abang suapkan abang makan“,rajukku.
Sekali lagi aku cuba tegaskan nada suara.Bagi dia rasa bersalah sikit.
“Siapa kata abang tak ingat isteri abang.Sebab ingat isteri abang la,abang ketawa tadi.Abang ketawa tengok keindahan ciptaan Allah untuk abang.Cantik isteri abang ni rupanya.Kalau dah dalam gambar cantik,kat luar apetah lagi.Tak jemu mata memandang tau.Sebab tu abang dok ulang tengok gambar sayang tadi.Jangan marah ye sayang.“,bisik Einstein perlahan di telinga aku.
Mak aih,gila romantik hamba Allah ni.Aku lak yang rasa geli-geleman dengan ayat-ayat dia yang tak terjangkau dek fikiran aku tu.Bagi mengelakkan ayat-ayat yang lagi power menyentak jiwa raga aku,cepat-cepat aku memaniskan muka.
“Ha,kan cantik macam tu.Ni buat abang makin sayang dekat Bilah ni.So,betul Bilah tak mahu tengok gambar abang snap tadi!Kalau tak mahu,abang nak simpan kamera ni.1,2,3“,gurau Einsten lagi.
Kamera ditangannya cepat-cepat aku rampas.Einstein terkejut dengan keganasan aku.Aku buat-buat tak nampak.Gambar yang diambil Einstein aku lihat satu persatu-satu.Mencari kebenaran dari kata-kata Einstein konon-kononnya aku cantik dalam gambar.Photogenic gitu.
Dalam aku tak sedar,banyak betul gambar aku yang Einstein snap.Tak kebanyakan dari gambar tu adalah gambar aku tengah bercakap tak henti-henti.Mulut ternganga luas dok membebel macam-macam benda.Siapa suruh kepoh sangatkan!
---------------------------------
“Sebab mulut becok nilah,abang terpikat dengan Bilah tau.So,abang snap la gambar Bilah banyak-banyak.Buat ubat rindu kalau jauh-jauh esok.’.
Aku sekadar tersengih macam kerang wangi.Hari ini naik taraf sket dari kerang busuk sebab aku mandi awal pagi tadi.Kalau tak dikernakan plan pre-honeymoon Einstein,jangan harap aku nak buka mata lagi pukul 12 tengahari gini.
“Mama cerita dekat abang semalam kata Bilah ni masa kecil bukannya suka sangat bercakap.Sepatah orang tanya,sepatah juga Bilah jawab.Tapi bila dah besar ni,waktu tidur pun boleh aktif berborak lagi.Abang kagum betul la dengan Bilah!’.
Nampak gayanya,rahsia aku zaman muda-muda dulu dah terbongkar dek mama.Mama pun satu,ada ke patut dia bagitau Einstein kelebihan bercakap aku tak kira waktu tu.Bab mengigau pun dah masuk forum,parah ni.
“Abang caya ke apa yang mama bagitau tu?’,soalku pada Einstein.
Einstein menganggukkan kepala.
“Mula-mula abang tak caya.Tapi Bilah malam tadi Bilah sendiri ajak abang borak,abang percaya la.Malam tadi dok sebut baju merah laaaaaa apa ntah.Abang nak borak pun abang tak tau.Sori ye sayang“,balas Einstein sambil ketawa.
Ada riak nakal di mukanya.Confirm,aku mengigau malam tadi.Nightmare gara-gara hadiah istimewa si Dania & Nani la ni.Aduh,malunya!Mujur la dia tak bertanya lanjut bab baju merah seksi tu,kalau tidak mana aku nak letak muka.Entah-entah dia layan je aku bercakap malam tadi.Kalau gitu kisahnya,takde la dah drama RAHSIA demi RAHSIA.
“Abang“,panggilku manja.
Serentak Einstein berpaling,wajah Einstein aku abdikan.Edisi cover malu baik punya!
“Buat ubat rindu“,ajukku persis seperti kata-katanya tadi.Dan senyuman terus meniti di bibir Einstein.Tak kisah la saham merudum,yang penting bunga-bunga bahagia dah mula menguntum.Power tak ayat nih!!Hehe

7 comments:

nadiah_abdllah said...

best2...
nak lagi ye dr. rock...
=)

syah said...

whoaa sgt besh...
epy+bhgia je deorg..
nk lagi...=)

MaY_LiN said...

alalala..
manje nye umar ni..
kemain lg yea..
siap bersuap bagai..

miezazee said...

best sgt3..
nk lagi!!thani2...

Anonymous said...

dOC!!..
NAK UBAT LAGI!!!!

Anonymous said...

sgt bes..........awokkkkkk..
tegse cm nk cari suami cm
si umar 2 r...
warak stylooo...huk9....
hoply jmpe t...amin3x....
nice jobbb./
gambateee..
cpt2 r n3 bru yuppp...
salam.......

zanariah said...

bestttt....bila nak sambung nih??