@rubiadaibrahim

Monday, July 6, 2009

CCB 2:Aku tokei!

Aku terkejut,terperanjat,terkedu dan terkesima setibanya aku di rumah.Seorang hamba Allah sedang berdiri dengan muka bengisnya di depan pintu pagar rumah aku.Denyutan jantung tak usah nak dikata la.Laju semacam.Rasa nak pengsan pun ada.Di tangannya,ada baju yang tergantung di hanger.Aku cuak habis.Kemungkinan besar ada perang saudara yang akan melanda 2 lot rumah teres sat lagi!
Barang-barang setimbun dari teksi aku keluarkan.Pemandu teksi Cuma tersengih memandang muka aku yang pucat macam nampak hantu.Kiranya tekaan aku tersilap la tadi.Tekaan aku bahawa Encik Jiran aku ni mudah mengalah tak betul sama sekali.Buktinya,dia dah pun tercegat dengan muka samseng depan rumah aku.
Aku cuba tenangkan hati.Yelah kan,takut juga walaupun ego aku ni boleh tahan.Nak pula,aku sorang-sorang je dekat rumah sekarang ni.Kalau jadi apa-apa macammana?
“Pak cik,terima kasih banyak-banyak ye!”,ucapku pada pemandu teksi yang agak tertanya-tanya dengan apa yang makhluk tak ubah pak guard tak bertauliah di depan mata.
Muka dia macam pelik semacam memerhatikan mamat tu dengan muka selamba depan rumah aku.Dia mengangukkan kepala tanda menetima ucapan terima kasihku.Tapi aku tak terduga dengan kata-katanya yang menyentak jiwa dan raga.
“Anak berdua ni bergaduh ke?Kesian betul dekat awak,suami tak tolong angkatkan pun barang sebegini banyak.Nak,banyak-banyak bersabar ye dengan suami.Allah sentiasa dengan orang yang sabar”.
Aku terkejut mendengarkan kata-katanya.Aku cuba menjelaskan hal yang dah disalah ertikan tapi dia menggelengkan kepala tanda tak perlukan penjelesan.Aku terpana buat kedua kalinya.
“Hal rumah tangga tak baik bercerita dengan orang.Pak cik faham.Selesaikan elok-elok ya.Pak cik minta diri dulu.Assalamualaikum”,ujarnya sebelum berlalu pergi.
Hal rumahtangga?Bila masa lak aku beli rumah yang dah siap bertangga.Seingat aku rumah aku setingkat je.Bab-bab bersuami jauh sekali.Naik geram dengan Encik Jiran yang dah menjatuhkan air muka aku di tengah hari yang panas terik nih.Tak pasal-pasal aku dapat status Puan arini.Kalau pak cik teksi tadi ada anak lelaki handsome,melepas aku!Geram aku!
-------------------------------------
“Wahai isteriku,ada apa nak dibantu?”.
Aku berpaling mendengar kata-katanya yang agak sengal di pendengaran.Ikutkan hati,aku nak je belasah mamat ni.Apa guna ada skills silat gayung kalau tak dipraktikkan?Tapi bila aku tersedar aku dah lambat nak ke kampus,aku tenangkan hati.
Langkah aku percepatkan.Barang-barang yang sudah diturunkan aku angkat satu persatu.Mamat tu ketawakan aku dengan galaknya.Boleh lagi dia sakitkan hati aku dengan ayatnya yang sah-sah tak berinsurans tu!Kureng punya manusia.
‘Orang tanya buat-buat tak dengar.Padan muka,angkat la barang-barang tu sampai rebeh bahu”.
Suka hati aku la nak rebeh bahu pun.Bukannya suruh dia hantarkan pergi klinik pun.Bukannya dia yang akan ubatkan aku pun.Manusia macam ni bukan boleh dilayan sangat.Silap aribulan,aku yang sakit jiwa.Plastik terakhir yang berisi makanan ringan aku capai.
Encik Jiran masih bersandar dengan segala sukacitanya dekat pagar aku.Aku naik geram dengan perangainya yang macam nak cari gaduh tu.Aku ni dah la pantang dicabar,tunggu la amukan aku sat lagi!
‘Encik Jiran,awak ni ape kes?Nak balas dendam apa?”,soalku geram.
‘Huyo,macam harimau betina.Apa kes aku nak balas dendam.Aku nak ajar kau bersopan je.Hormat sikit dengan manusia yang bernama lelaki.Ingat sikit kau tu siapa?Perempuan lembik.”,balasnya.
Mulut laser nak mati.Selamba rock je pangggil aku perempuan lembik.Ingat aku ni nasi terlebih air ape?
“Saudara,jaga sikit mulut tu.Awak ada urusan apa kacau saya ni.Saya nak cepat.Kalau awak nak bagi baju tu untuk saya ganti yang serupa,bagi je.Tak payah,nak melaser dekat saya.Saya pun tak perlukan nasihat dari awak.Terima kasih la atas nasihatnya,semoga berguna.Assalamualaikum”,balasku.
T-shirt yang penuh dengan kesan minyak aku rampas.Dia terkejut dengan kelantangan aku bersuara.Aku terus berlalu selepas pintu pagar aku tutup.Badannya terdorong ke belakang.Geramnya Tuhan saja yang tahu!
“Saudari,aku tak mahu baju baru.Kau kena bersihkan baju sampai hilang semua kesan minyak tu!Kalau tidak,siap!”,jeritnya dari luar pintu pagar sambil tangannya dikepalkan.Ugut nampak.Porahcit,aku tak takut la takat ugutan macam tu!
------------------------------------------
Kuliah telah dimulai ketika aku sampai di kampus.Malunya bukan main dengan Prof Izzat kerana aku lambat 20 minit.Ikutkan hati yang tengah panas,malas aku nak masuk kelas petang ni.Baik aku layan cendol kat kafe,kasi sejuk sikit badan.Tapi elok je aku nak melencongkan kaki,umi call aku.Ingatkan dan doakan aku belajar dengan baik.
Mahunya tak tersentuh hati dan perasaan.Sekeras-keras hati aku ni,cair juga.Yelah kan,takde faedahnya aku layan rasa hati yang panas dek pertemuan dengan Encik Jiran yang menyakitkan hati tu.Baik la aku jadi anak yang baik dekat Umi dengan Walid.Baru la dorang bangga nanti.
Semua mata pandang aku.Aku rasa macam dah jadi artis dah.Mujur takde award je arini,kalau tak masuk surat khabar dah aku esok.Confirm ramai yang beli surat khabar dengan headline:ARTIS BARU,HUDA lambat ke kuliah!
Tapi kenyataannya aku bukan artis.Aku budak civil engineering yang perasan nak jadi artis.Nak kena sumpah dengan umi buat la perangai macam tu!
Jihan mengalihkan begnya di atas kerusi dan menarik tanganku.Mengarahkan aku duduk ditempat yang ditandanya.Muka dia pelik semacam dengan kelewatan aku.Aku buat tak nampak.Buku aku keluarkan dari dalam beg,cuba memberi tumpuan pada kuliah Prof Izzat berkenaan project yang akan kami laksanakan sebelum cuti semesta bermula.
“Uisyh,kusyuknya kak.Kau pesal monyok semacam je nih.Ada problem apa-apa ke weh?”.
Seperti dijangkakan,Jihan dah mula register jadi investigator.Tapi Jihan memang macam ni,take care dengan kehidupan aku.Best friend la katakan.Dan aku,aku tak berahsia dengan Jihan.Segalanya aku ceritakan pada dia.Dan dialah penasihat terbaik untukku setakat ini selain Umi dan Walid.
“Erm,biasalah.Mana ada manusia takde masalah.Panjang ceritanya”,balasku pendek.
Kalau aku dah start cerita sat lagi,takde dah la sesi mendengar kuliah.Silap haribulan,tak cukup test pad nak menyalin kisah aku.Boleh buat novel lagi!
“Pendekkan”,pujuk Jihan dengan suara ala-ala apek Senario.Kepalanya dah dipalingkan 90◦ kearah aku.Aku tolak kepalanya ke depan.Jihan buat muka kecewa!
“Sat lagi aku ceritakan.Tungguuuuuu”.
Jihan tersenyum mendengarkan kata-kataku.Kat mana nak mula sat lagi ye?”.
------------------------------------------
’Akhirnya,kau berkesempatang gak bercakap dengan dia selepas 2 tahun kau memendam rasa.Nampak gayanya bunga-bunga cinta dah menguntum nih.Cayalah kawan”,kata Jihan girang selepas aku membuka mulut bercerita soal pertemuan aku dan Encik Jiran di Giant pagi tadi.
’Banyak la bunga menguntum.Semua bunga kuncup balik tahu bila aku tahu perangai dia macam tu.Bunga tahi ayam je yang makin banyak.Sengal punya mamat.Ada ke patut dia kata aku perempuan lembik.Benci betul aku!”,ujarku geram.
Jihan ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kataku.Aku menjelingnya tajam.Ketawanya terhenti terus,tahu pun takut!
’Rileks la kawan.Biasa la tu.Aku rasa dia nervous dengan kau la weh.Nanti-nanti dia sedar la kau suka dekat dia.”,pujuk Jihan.
’Dan jadi macam ni,aku sebolehnya nak buang segala perasaan suka aku dekat dia tahu tak.Nak campak dekat jerung kalau boleh.Biar hilang terus,senang hidupa ku.Tapi kau tau la,susah kalau dah terlanjur .”.
Tak sempat,aku habiskan ayat,Jihan dah mula ceramah dia.
”Ha,kau terlanjur?Sebab tu kau datang lambat tadi.Astaghfirullah,kau gila ke?Kau ingat dosa pahala sikit weh.Zina tu dosa besar weh”.
Tangan aku dah ditampar berkali-kali.Muka dia tak usah kata la,bulat semacam.Tak percaya dengan statement aku.
”Bila masa lak aku terlanjur.Seribu kali pun geram dekat aku,kasi aku habis story dulu.Aku terlanjur suka dekat dia la.Aiysh,aku kenal pahala dengan dosa lagi.Nak kena rejam dengan walid aku,sila la menggediks dengan segala hormatnya”,jelasku.
Jihan menarik nafas lega mendengar kata-kataku.
“Loh,gitu.Takpelah.Kau banyak-banyak berdoa.Mudah-mudahan ada jodoh antara korang berdua.Diberi petunjuk dan yang terbaik dalam hidup.Ceyh,ada gaya ustazah tak aku“,soal Jihan lagi.
Aku tergelak tapi memang ada kebenaran dari kata-katanya.Dan itu juga pesanan umi pada aku.Kata umi,aku harus berdoa hal jodoh mulai sekarang.Berdoa diberikan insan terbaik yang membimbing kerarah diredhai-Nya.Dia ke yang terbaik untuk aku?Dulu aku berfikiran macam tu tapi sekarang ni entah la.Susah nak dikata!
------------------------------------------
“Uda,aku jemput jiran sebelah rumah sekali tahu memandangkan banyak makanan yang kita nak masak nih.At least,mamat-mamat tu boleh juga tolong bakarkan ayam dengan ikan sat lagi.Tak cair la mekap aku“,ujar Linda sebaik sahaja aku tiba di rumah.
Aku terkejutnya bukan main.
“Ha,kau ajak jiran belah mana ni?Kiri ke kanan”.
Aku harap sangat la jiran sebelah kanan yang dijemput.At least,takde la aku aku rasa nak belasah orang malam ni.
“Sebagai manusia yang baik dan berhati mulia,aku ajak dua-dua belah.Baru la adil lagi saksama.”,balas Linda.
“Ha,kau ajak mamat-mamat sengal tu!Kau biar betul?’.
Terjerit aku dengan jawapan Linda.Kalau begini ceritanya,aku kena banyakkan berdoa agar diberi kesbaran la sat lagi.Sabar menghadap mulut mamat tak berinsurans tu!
‘Apa lak sengalnya.Kau juga yang kata nak berbaik-baik dengan jiran.So,aku ikut saranan kau la ni.”.
Aku tediam.Memang aku yang suruh berbaik dengan jiran dulu.Tapi mana aku tau yang harini aku boleh bergaduh dengan Encik Jiran tu.Selama nih,tak pernah dia buka mulut bertegur sapa dengan kitaorang.Bila dia dah start buka mulut,tak sangka la plak ayat dia sedemikian rupa.Aduh!
----------------------------------
Jiran aku berupa 3 orang hamba Allah dah pun ada di depan rumah,take over tugas bakar membakar sampai rentung.Seorang hamba Allah lesap entah kemana.Aku menarik nafas lega.Mesti dia tak berani nak jejakkan kaki dekat rumah aku malam ni.
Aku rasa dia segan dengan aku sebab perangai buruk dia tadi.Yehaaaaaaaaa,lega aku!Aku masih di dapur kawan-kawan aku dah pun bertebaran di luar rumah .Masih leka dengan aroma masakan yang menusuk,lauk yang pastinya membuka selera malam ni.Tapi suara yang memberi salam membuatkan aku tak percaya.Ternyata tekaan aku salah,dia datang juga?????????
”Uda,mamat pojaaaaaan hati kau dah sampai.Dia pergi solat kat masjid dulu tadi,dia minta maaf”,jelas Nadia tanpa aku pinta.
Aku mencebikkan bibir.Tak kuasa dah aku nak suka dengan dia.Dah la gangster semacam!
”Sal kau diam je weh?Bukan ke kau berharap dia join malam nih?’,soal Nadia lagi.
“Bila masa lak aku harap dia datang.Lantak la dia nak datang ke tidak,aku peduli apa!Malas la aku nak layan kau.Pergi angkat nasi goreng ni dekat luar p!“,dalihku.
“Jap.jap.Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?Is there something happen to you my dear?”.
Aku menggelengkan kepala.Malas nak bercerita,buat gasak fikiran je.Nasi goreng yang dihias cantik aku serahkan pada Nadia.Nadia tarik tangan aku.Dengan penuh malas,aku melangkah mengikuti Nadia ke luar rumah.Uniform kain batik,kain batik la.I dun care!
----------------------------------
“Spesial thanks for all my housemate for the great birthday party!Sorry & terima kasih kat Uda for special menu today.Tak dapat ku bayangkan nasibku jika kau jauh dariku.Mana aku nak cekau orang masak untuk birthday aku esok-esok”.
Semua ketawa mendengar ucapan dari Linda.AKu sekadar tersenyum sumbing.Memang kena minta maaf banyak-banyak dengan aku.Dikernakan birthday malam ni jugalah,aku berhutang dengan seorang hamba Allah.Hamba Allah yang hanya mendiamkan diri sepanjang majlis ini.
Aku rasa pelik bin ajaib dengan perubahan dia.Siang tadi,bukan main lagi laser.Malam ni,tak berkata-kata.Oh ya,baru aku tahu kenapa.Dia kan baru balik dari masjid,mesti la beriman sket!ye tak?
“Ok,semua.Dengan berakhirnya ucapan tadi maka berakhirlah majlis sambutan hari lahir ke 20++ Sharifah Haslinda Syed Hashim tahu ini.Dan sekarang saya persilakan,PAK IMAM untuk membacakan doa penutup.Dipersilakan”,kata Izzah selaku pengerusi majlis.
Skema tak hengat ayat dia.Kata Izzah,dia kena mengayat skema sesuai dengan perangai Encik Jiran yang baik wa cakap lu.Yelah baik!Dan pertama kalinya,aku tahu panggilan dia.Itu pun sebab nak suruh dia baca doa.Kalau tidak,sampai akhir hayat la aku panggil dia Encik jiran.Kawan-kawan aku ni,amboih kusyuk mendengar dia berdoa.Sat lagi,berguni-guni la pujian dekat mamat tu.Belum tahu perangai ego dia,hang puji la melambung-lambung.Kalau tau,silap aribulan,korang belasah terpelanting ke bumbung!
“Terima kasih semua sebab sudi datang.Kepada Cik Huda,sila la turunkan tangan orang dah habis berdoa pun”.
Teguran Izzah mengembalikan aku ke dunia nyata.Isyh,lama betul aku berangan.Segan tak usah nak kata la!Waaaaaaaa,napa aku tak alert nih!Segannyaaaaaaaaaa!
---------------------------------
“Uda,aku tak sangka jiran kita bagi hadiah juga untuk birthday aku tau.Aku ingat dorang datang berlenggang je tadi”.
Suara Linda girang.
“Tapi aku tak rasa hadiah dorang ni untuk aku.Maybe lagi sesuai untuk kau.So,sebagai tanda terima kasih aku,aku pass hadiah dorang ni dekat kau ok”,sambung Linda lagi.
Kotak SUSU cap junjung Linda letakkan di depanku.Aku tertanya-tanya isi kandungan kotak tersebut.Sikit punya besar kotak dia,apa ke hadiahnya?
Perlahan kotak aku buka.Maka menjelmalah macam-macam barang-barang dapur untuk stok 2 minggu.Tergelak aku dengan hadiah birthday yang aku tak pernah sangka akan diberi orang.
-4 kotak tin susu
-2 kampit gula
-Minyak masak
-Cili kering
-Ikan bilis
-Beras pulut
-Bawang besar
-Bawang merah
-3 kotak santan
-1 kotak teh LIPTON
Aduhai,apelah nasib.Ni bukan hadiah hari jadi,ni hadiah kenduri!Ni luar kotak,ada kertas bertulisan cakay ayam yang agak menyakitkan mata.Nadia mengarahkan aku membacanya!Nota aku baca perlahan.
”Happy birthday Linda.Dengan segala sukacitanya,kami meminta jasa baik Cik Linda dan kawan-kawan untuk masakkan pulut kuning dan sambal ikan bilis kat kitaorang hujung minggu ni.Kalau rajin,air teh sekali.Untuk tagihan bayaran,sila telefon 0139871087Terima kasih!”.
Kami tergelak dengan pesanan selamba dari jiran kami. Kena charge nih!Berapa aku nak minta bayaran dekat dorang ye? Wa,ni macam jadi tauke restoran sudah!Boleh buka catering silap aribulan nih!
”Uda,bolehkan tolong aku?Pleaseeeeeeeeee!”,rayu Linda.
Ketawa aku terus lenyap.Sudah,aku ke yang kena masakkan.Kalau aku letak racun boleh tak,tak yah aku berdepan dengan Pak Imam lagi.Tak payah aku menghabiskan sabun membasuh T-shirt lusuh putih dia.Tapi sat lagi,aku kena tuduhan membunuh lak.Sian dekat umi kalau aku disabitkan kesalahan sok!Erm,kita kasi dorang cuak jelah.Layanzzzzz.
”Aku orait je!Tapi kalau ada hamba Allah yang gooooooool,jangan salahkan aku tau”.
Dan seperti aku jangkakan,semua orang terus membisu.Semua pandang muka aku dan aku terus berlalu.Nasib la kawan-kawan,aku stress nih!=)

4 comments:

in_wired88 said...

haha..comel2..
ape nak wat..tengah marah tu..

comei said...

hehehe
sgt comel ni hihihi

sya[E] said...

haha...
njoy reading ur story..
smbg agi =)

cekellyme said...

huhu..
best ar tergelak sowg2 bca cita neh..