@rubiadaibrahim

Sunday, July 19, 2009

Janji 14:Selamba!

Cuti semester Cuma sebulan aku manfaatkan sebaik mungkin.Baring kat peha mak tiap kali lepas Maghrib.Rasa sangat disayangi sebab aku dah rindu sangat-sangat pada belaian kasih mak.Cuma mak bising sikit sekarang ni.Kata mak,kepala aku dah berat.
Tambah mak lagi,aku dah tua!Aku dah tua!Oh,no,tak berkedut lagi muka dah dikira tua ye?
Aku protes pada mak,aku cebik bibir.Muncung aku tarik sedepa.Mujur la tak permanent muncung aku tu,kalau tidak puas la aku berhabis duit nak buat plastic surgery!Ahaks.
Mak pujuk aku.Dan kata-kata mak membuatkan aku kembali ke dunia yang nyata.
”Ida,dah besar-besar macam ni nak lagi bermanja dengan mak.Kena berubah perangai.Nanti kalau dah kahwin,takkan nak beriba dengan mak lagi.Malu la dengan suami!”.
Oh,tidak.Kahwin?Suami?Aku tak pernah terfikir lagi bab-bab sensitive nih.Punya nak cover malu,dengan selambanya aku menjawab:
”Ala,mak.Biarla kalau dah kahwin pun,Ida nak bermanja bukan berdosa pun.Suami Ida esok kena redha kalau Ida balik kampung nak tidur dengan mak.Dia kena lah terima Ida seadanya”.
Mak geleng kepala dengan jawapan aku.Eh,memang tak sesuai ye statement tu?Oh,no.Kena korbankan sesi bermanja dengan mak kalau dah sampai waktunya besok!Tak mahu la macam ni!Tak dapat ku bayangkan hidupku tanpa bermanja denganmu ibu!
--------------------------------------
‘Mak,Ida tak mahu balik Indon.”,rengekku pada emak.
Emak biarkan aku merengek,langsung tak dipujuk.Bukan mak tak tahu dengan perangai aku nih.Tapi aku kena kuatkan hati.Aku yang pilih nak merantau di negara orang,so aku kena la redha dan pasrah dengan pada jua yang mendatang.
”Tak payah layan dia mak.Mula la nak mengada-ngada tu mak.Kalau dilayan,makin naik lemak la Kak Cik tu”,tempelak Najwa pada aku.
Aku hadiahkan Najwa mulut Laser jelingan tajam.Cepat-cepat dia larikan diri.Najwa pun dah tahu tahap kegarangan aku yang takde tandingan ni.Mahunya dia tak seram,akulah kakak dia paling garang.
”Isk,ada pula macam tu.Ida kena juga balik,belajar elok-elok.Bukannnya lama 5 tahun lagi tu.Pejam celik,habislah belajar nanti.Insyaallah”,pujuk emak sambil usap kepala aku perlahan.
”Mana ada pejam celik,habis 5 tahun mak.Puas dah Ida pejam mata,tapi tak juga habis setahun.Mak,mak ikutlah Ida balik.Nak manja dengan mak,kena tunggu 6 bulan,baru jumpa.Maakkkkkkkk.Mak la pergi ganti Ida.Boleh ye”,rengekku lagi.
Mak jengilkan matanya.Terkejut dengan idea aku yang memang tak bernas sama sekali!
”Ada pula macam tu.Otak mak ni dah berkarat sayang oi.Pening la kepala mak nak belajar benda pelik-pelik ni.”,balas emak.
Aku tergelak mendengar keluhan di bibir emak.
”Erm,susah la mak nak ke sana.Kena tukar rupa lagi.Alamatnya,terkejut la kawan-kawan Ida tengok Ida dah bertukar takde gigi”,gurau emak lagi sambil mengerigai mempamerkan gigi mak yang dah hilang.
”Isk,mak ni.Bukan semua orang ada emak tak bergigi tau.Tak gigi pun tak kisah mak,yang penting mak la kekasih awal dan akhir Ida.”.
”Macam pelik je bunyinya tu.Ni mesti nak minta apa-apa pada mak ni!”,ujar emak.
Nampaknya mak dah tahu muslihat aku.Aku tersengih mendengar kata-kata emak.Bukan namanya emak la kalau anak sendiri pun tak kenal!
”Erm,Ida nak minta mak buatkan serunding ikan macam selalu zaman-zaman Ida sekolah dulu boleh?”.
”Boleh,Insyaallah.Tapi berapa tahan lama ?”,soal emak lagi.
”Tahan la untuk sebulan dua mak.Tapi kalau mak buat,confirm tak sampai sebulan dah habis.Ida dok kerja makan je.Hehe.So,mak kena buat banyak la.Ida balik sini semula lambat lagi.Puas la Ida menahan rindu nak makan serunding mak”,ujarku.
Mak menjengilkan mata padaku.Isk,ada apa lak nih?Betul la apa yang aku cakap.
”La,mak tak caya ke?”.
”Memang mak tak percaya. 6bulan apanya.Tak sampai dua bulan,balik pula nak beraya.”,balas emak.
Aku tergelak.Macam mana lak aku boleh lupa yang aku dah beli tiket raya sikit punya awal nih!Isk,aku dah tak sanggup nak beraya di negara orang.Cukup-cukup la aku menahan rindu nak makan rendang daging mak.Tak sanggup weh.Kalau ikutkan hati,nak je aku merayu kat mak suruh ikut aku balik Indonesia.Tapi kesian lak kat abah nanti.Erm,pasrah dan redha jelah buat sekelian kalinya!
----------------------------------------
Aku kembali ke Indonesia kembali,meneruskan perjuangan sebagai perantau.Dugaan berjauhan dengan keluarga yang amat menuntut kesabaran.Kejauhan ini juga mengajar aku banyak hal.Hal yang selama ini aku pandang sebagai hal remeh.
Berjauhan dengan mak,abah dan keluarga membuatkan aku belajar erti rindu.Kalau dulu,tiap-tiap bulan balik ke rumah.Tapi dah berjauhan ini,baru tahu erti rindu dendam.
Sal rindu dendam lak aku kata.Rindu pada mak,dendam dengan kejauhan jarak dunia yang memisahkan aku dan orang-orang yang aku sayang.Of course la dendam.Kawan-kawan aku yang orang Indonesian,every week balik rumah.Aku pun balik rumah juga,rumah sewa la tntunya.Apa nak buat,tatap jelah gambar family kalau rindu mula menghantui.
----------------------------------------
Rutin aku kalau balik ke rumah after cuti,membereskan bilik yang tak beres.Mengemas bilik supaya tak kelihatan macam tongkang pecah.Kalau nak duduk dalam tongkang,baik aku register jadi kapten kapal betul tak?
Selesai mengemas bilik dan mengeluarkan barang-barang yang memenuhu laguage,aku keluar cari makan.Al-maklum la,perut dah berkeroncong lagu dondang sayang.Siap dengan tarian lagi tu!Memang mantap perut aku nih kalau dah lapar melanda.Mujur tak menyanyi lagu rock je.
Aku ke kedai makan berdekatan rumah.Menikmati nasi uduk yang dah sebulan aku tinggalkan.Untuk pengetahuan siapa yang tak tahu,nasi uduk ni lebih kurang dengan nasi lemak.Cuma dia kurang lemak sikit la.Nasi ni dihidangkan dengan sambal dan ulam-ulaman.
Memandangkan aku memang lapar tak hengat ni,aku pun apa lagi.Ngap la dengan gembiranya.Nak pula,jus mangga yang sejuk amat tu dah masuk tekak.Memang rasa nikmat habis.Alhamdulillah.
Dalam aku tengah best ngap makanan yang terhidang depan mata,aku rasa ada orang pandang aku.Aku angkat kepala,pandang sekeliling.Seingat aku,aku sorang diri je yang memeriahkan kedai ni.Ada seorang hamba Allah duduk tak jauh dari aku.Hamba Allah berbaju merah yang sedang membelakangkan aku.
Entah bila dia masuk pun aku tak pasti.Nilah parahnya bila nafsu lapar dah menghantui.Orang lalu lalang pun aku tak perasan dah!Dari aku dok fikir siapa gerangan yang sibuk tengok aku tadi,baik aku layan makanan ni.
Pandang la puas-puas,aku tak peduli la,Asal jangan jampi aku bagi suka kat dia sudah!Kalau aku melekat dangan orang sini,alamatnya jadi anak derhaka la aku.Mak dah warning awal-awal kat aku.
”Pergi Indon,cari degree.Jangan mencari laki!”.
Dun worry mak,anak mak ni taat tau.Takkan sesekali kata mak aku langgar.Hehe.Perasan betul aku nih!Layan makanan,then g supermarket!Syampoo,sabun basuh,pencuci muka semua dah kosong dari bekas mandi.Stok untuk sebulan yang confirm akan menipiskan duit dalam poket aku jap lagi.Nak tak nak,kena beli juga.Kalau ta beli,macammana nak menwangikan diri kan?
---------------------------------------------
Barang-barang penuh ditangan aku letak di tepi jalan sebentar.Tangan aku dah rasa kebas.Barang yang boleh tahan juga beratnya.Mula-mula,nak bei barang-barang mandi je,tapi bila tengok harga ayam yang tengah merudum,aku terus rambang mata.
3 ekor ayam=RP 40,000.Bukan senang nak dapat harga ayam semurah nih.Kalau convert ke RM,ada la dalam 16 Ringgit.Alamatnya,tiap hari aku punya menu ayam la macam ni.Hujung bulan,aku pun berkokok macam ayam.Berkokok aku tak kisah,jangan aku berbulu sudah.Hehe.
Nak hilangkan rasa kebas,aku dengan tak segannya mulakan aktiviti merenggangkan badan.Warm-up sikit di petang hari yang sejuk nih.Tak sampai seminit aku buat aksi sihat lagi menyihatkan tu,aku terdengar suara orang ketawa.Takkan la ada orang yang nampak aku kot?Aku dah make sure line clear sebelum aku beraksi tadi.Pelik bin ajaib betul.
Aku capai palstik dan langkah aku atur ke rumah.Kunci aku keluarkan dari poket seluar,nak mempercepatkan proses membuka pintu.
Dalam aku terkial-kial membuka pintu rumah,ada seorang hamba Allah melintas depan mata.Aku memandangnya dengan muka serius.Tapi terkejut dengan reaksi dia.Hamba Allah berbaju merah dengan rokok di tangan memandang aku dengan senyuman.
Aku terkejutnya bukan main,apa kes senyum kat aku nih?Pada fikiran aku,tak sepatutnya dia tersenyum manis saat ni.Bukan ke dia yang buat senyuman aku hilang dengan sendirinya dulu.Atau ada udang di sebalik batu.Jangan kata dia nampak aksi aku wat demo tape MARI HIDUP SIHAT tadi?Oh,tidak,kalau betul tekaan aku nih,mana aku nak letak muka kalau betul dia jadi penonton yang setia tadi?Mak,segannya!
P/s:salam alaik,maaf semua.Lambat menulis,busy dengan exam n more to program.Ada tak sesiapa free nak tuliskan my idea.Hehe.Apa-apa pun,selamat membaca.I have 3 more exam next week,pray for my success.Insyaallah.Wassalam

2 comments:

MaY_LiN said...

oho..
mesti ade pe2 ni..
rokok..?
no no no..
membayahakan kesihatan..
aish..
nnti anakanda bawak degree n laki skali mak..
hihihi..
nway gud luck ya..

misz nana said...

macam kompom je orang baju merah tu nampak aksi senamrobik si Ida tu.. haha