@rubiadaibrahim

Friday, July 10, 2009

Sayang Ok!

“Acik,mak dengan abah gaduh lagi.Pening dah adik.Tak tahu nak leraikan macammana.Adik rasa Acik kena balik rumah la dengan bang cik.Abah kan segan dengan bang cik,nanti baru la dorang berbaik semula”,adu Aiman di panggilan telefon lewat malam Sabtu kelmarin.

Aku telah menjangkakan hal itu Cuma tertawa.Aiman marah dengan reaksi aku yang agak dingin.

“Kenapa Acik ketawa nih?Orang cakap serius la.Sekarang ni,mak dengan abah tak boleh bertemu muka.Ada je masalahnya.Pening dah Adik dengar tau.Siaran ulangan lebih dari 7kali seminggu”,tambah adikku lagi.

Suaranya kedengaran marah.Ketawaku terhenti.

“Isk,acik serius gak la.Siapa yang main-main.Nanti la Acik bincang dengan bang cik.Kalau ok,nanti kitaorang balik.Dun worry”,pujukku.

“Ok,then.Adik doakan berjaya la hendaknya.Kirim salam dekat bakal ayah baby and baby sekali”,kata Aiman sebelum mengakhiri perbualan.

Nada suaranya yang tadi suram sudah ceria.Aiman,adik bongsuku yang menghuni rumah di kampung ketika ini kerana menunggu keputusan SPM.Aiman bercita-cita menjadi doktor suatu hari nanti,sama seperti suamiku.Sebagai seorang kakak,aku tak menghalang.

Aiman adik yang sangat ceria.Dialah yang menggamatkan suasanan di rumah.Kalau ada Aiman,aku sentiasa tertawa.Ada saja gelagatnya yang mencuit hati,ada saja jenakanya yang membuatku tersenyum.Kebelakangan ini,Aiman sering mengadu padaku.

Mengadu kisah pergaduhan mak dan abah yang tak tahu bila akan berakhir.Pergaduhan yang tak jelas puncanya dan sudah bermula sejak sekian lama.Cuma kehangatan mereka bertekak mulut terhenti sektika ketika kami belum berpindah rumah.Jarang sekali aku melihat mereka bermasam muka.Sentiasa mesra. Mungkin malu dan segan dengan menantunya ini.

Ternyata fikiran aku tersilap.Aku fikir,mak dan abah akan kembali utuh seperti ketika ada menantunya di rumah.Kenyataannya,menantu hilang,mak dan abah mula berparang.Pening juga memikirkan cara nak membaikkan hubungan keduanya.Puas dinasihati,mak tetap dengan perangai keras kepalanya.Puas dipujuk,abah tetap dengan egonya.

---------------------------------------------

“Aida,apa yang dimenungkan tu.Sampai abang balik pun tak perasan.Boleh abang tau?”.

Teguran dari suamiku membuatku tersedar dari lamunan yang agak panjang.Aku menghampiri suamiku.Tangannya aku capai dan kucup perlahan.Azhar tersenyum melihatku,senang dengan rutinku yang satu itu.

“Tak ada apa-apa.Cuma rindu dekat mak dengan abah je.”,balasku sambil tersenyum.Sedaya upaya,aku sembunyikan masalah yang sedikit mengasak fikiranku.Sebolehnya,aku tak mahu dia tahu masalah itu.Bagiku,masalah mak dan abah masalah yang harus kami Bantu selesaikan.Bukan mengharap bantuan dari seoarang menantu yang baru tiga bulan hadir dalam kehidupan mereka.

Tangan aku di dalam genggamannya di eratkan.Aku dipimpin ke katil.Mataku direnung penuh kasih sayang.Aku lemah dengan renungan itu kerana segala rahsia akan terbongkar dengan sendirinya.Aku tak tertahan dengan pandangan matanya,segera aku alihkan pandangan.

“Ye ke rindu dekat mak dengan abah.Abang rasa Aida ada sorokkan sesuatu dari abang.Share la dengan abang,abang sudi dengar.Tak elok Aida sembunyikan sendiri,nanti ganggu kandungan sayang pula”,pujuk Azhar lembut.

Aku pandang sekilas Azhar yang membuka butang kemejanya satu persatu.

“Erm,memang ada something pun.Tapi rasanya tak sesuai Aida cerita sekarang dekat abang.Malam sikit,Aida cerita ok.Abang pergi mandi dulu,Aida pergi buat jus sekejap.”,dalihku.

Rasa kasihan menggunung di hati melihat wajah keletihannya.Penat seharian bekerja belum hilang,takkan aku nak menambah masalah di kepalanya.Azhar tersengih mendengar kata-kataku.Kiranya dia memahami perlakuanku yang cuba menenangkannya.

“Thanks a lot sayang.Bertuah abang dapat isteri macam sayang tau.Tapi abang nak hadiah lain dulu sebelum minum jus.Hadiah buat hilangkan penat,tanda kasih sayang Aida pada abang.Boleh ibu bagi dekat ayah tak?”.

Suara bertukar romantis.Aku tersengih mendengar kata-katanya.Aku faham erti pandangan matanya yang menggoda.Mukanya aku tatap.Terlalu memikirkan masalah mak dan abah sampai aku lupa dengan hadiah yang sepatutnya diberi setiap hari padanya.Pipinya aku kucup lembut.Lama bibir aku mendarat di situ.Azhar tersenyum bahagia.

-----------------------------------------------

Azhar leka menonton Buletin Utama ketika aku mengemas meja makan.Aku melarangnya membantu aku di dapur biarpun aku tahu dia bimbangkan aku.Peringkat awal kehamilan yang membuatku cepat penat dan lemah badan.Alhamdulillah,aku belum rasa mual dan muntah-muntah seperti orang lain.Kalau tidak,tak pergi kerjalah Azhar jawabnya.

Sejak disahkan hamil,panggilan telefon hampir setiap jam aku terima.Rasa disayangi dengan sepenuh hati dengan layanannya sedemikian rupa.Kalau beginilah layanannya ketika hamil,mengandung setiap tahun pun aku sanggup.

Aku rasakan ada pelukan dari arah belakang ketika aku membasuh pinggan di sinki.Azhar tersenyum dari belakang.Aku membalas senyumannya.Pinggangku dirangkul erat,menyukarkan aku untuk menyelesaikan tugas ini.

“Sayang,pergi tengok TV.Biar abang yang settlekan semua.Nanti baby marah sebab ibu letih”,arah Azhar melihat aku masih berdegil untuk membasuh pinggan.Lembut tutur katanya,tapi cukup menyentuh naluri hatiku.Aku beralih tempat,memberi laluan padanya untuk menyambung tugasku.

Langkah aku atur.Kerusi meja makan,aku tarik dan punggung dilabuhkan.Azhar tersenyum lagi,makin lebar bila menyedari aku menemaninya.

“Bila Aida suruh abang tengok TV tadi,abang terus menonong tengok berita.Bila abang suruh,Aida temankan abang.Aida risau abang basuh pinggan tak bersih ke?”,gurau Azhar.

Aku tergelak.Padahal,ada hal yang ingin aku bicarakan.Ada masalah yang ingin aku luahkan.Ada jalan penyelesaian yang harus aku temukan.

Ada-ada jelah.Erm,Aida ada something nak cakap dekat abang”.

Azhar berpaling ke arahku.Mukanya penuh tanda Tanya dan penuh minat,menungguku meneruskan kata-kata.

Abang,Adik minta kita balik rumah mak dengan abah.Ada perang saudara dekat rumah!”,kataku pendek.

“O,ok.Kalau ada perang saudara,kenapa kita lak kena balik?Siapa yang gaduh dengan siapa ni sayang?Seingat abang,masa kita duduk rumah dulu,tak pernah sekali pun orang gaduh dekat rumah.Pelik bin ajaib betul!”,balas Azhar.

Aku menggaru kepala yang tak gatal.Nampak gayanya terpaksalah aku buka cerita jap lagi.Azhar mengambil tempat di depanku.Tangannya yang basah dikeringkan dengan tuala.

Aku menarik nafas panjang.Satu persatu kisah di sebalik tabir aku ceritakan pada Azhar.Kisah mak dan abah yang sentiasa hangat bila bersua muka.Pergaduhan yang berkisar soal tanah,soal kehidupan masa lalu yang penuh dengan kerja dan lain-lain.Mak yang sentiasa tak berpuas hati dengan abah sejak muda.Kisah abah yang sentiasa tak faham dengan kehendak mak dan egonya abah tak mahu mengalah.Azhar nampak terkejut dengan ceritaku.Mungkin tak pernah menyangka lakonan mak dan abah di depan mereka.

---------------------------------------------

Aku masih di katil biarpun jam sudah menunjukkan jam 10 pagi.Rasa mual dan muntah yang menyerang membuatkan aku lebih senang memanjakan diri di katil.Azhar yang baru pulang dari on-call sudah melelapkan mata.Aku bangun perlahan dari katil,tak mahu membangunkan dia dari lenanya.

Aku leka memandang raut wajahnya ketika lena.Nampak sangat comel dan polos.Aku sangat bahagia kerana menjadi isterinya.Suami yang sangat memahami hati aku.Azhar terus mengemas pakaian kami selesai aku bercerita hal mak dan abah.AKu terkejut dengan tindakannya.Cepat dan tangkas!

Katanya,dia akan membantu menyelesaikan masalah yang melanda.Mak dan abah terkejut dengan kepulangan kami di jam 12 malam.Kata adik,mak dan abah baru selesai bertikam lidah.Soal ladang getah yang hendak dijual abah tapi dihalang emak.Akhirnya,tiada penyelesaian antara mereka hinggalah kami kembali.

Bila Azhar di rumah,keduanya mempamerkan lagak mesra.Bila Azhar melangkah keluar,bibit pergaduhan mula kedengaran.Azhar tak percaya dengan tindak tanduk mereka pada awalnya.Aku arahkan Aiman merakam pergaduhan mereka sebagai bukti kepada suamiku itu.Azhar tergelak melihat gelagat mentuanya bila aku suakan bukti kepadanya.

Azhar merancang jalan penyelesaian bersamaku.Dia mengikuti abah ke ladang jika ada kelapangan.Membantu abah menebas walaupun dia tak mahir dengan kerja-kerja sedemikian rupa.Tapi demi menambat keyakinan abah,dia gagahkan diri.Aku tersenyum melihatnya yang bergelimpangan pulang dari kebun.Akhirnya abah buka cerita pada Azhar.

Kata abah,dia geram dengan gelagat mak yang kerap mengungkit kisah lama.Kisah hidup yang penuh getir ketika mereka muda.Kalau masa boleh diputar,abah akan bahagiakan mak.Tapi entahlah,abah pun ada egonya sendiri.Jarang sekali aku lihat mak dah abah bermaafan.Kalau ada pun,mereka bersalaman pasti sorok-sorok.Tak pernah dipamerkan kepada anak-anak.

Azhar bijak memanipulasikan keadaan.Azhar yang mengimami solat Maghrib dirumah ketika dia ada.Dia yang dulu menghulurkan tangan padaku untuk bersalaman dan menghadiahkan aku kucupan penuh kasih.Alhamdulillah,aku perhatikan abah mula mengikut rentak kami.

Soal menghantar suami ke pintu abah bangkitkan juga.Aku yang harus membuatkan mak terkesan.Walaupun keletihan melanda,aku gagahkan diri ke muka pintu menghantar Azhar ke kereta sebelum kerja.Mak menjeling dengan aksi manjaku.Mak mula menghantar abah walaupun bebelan berbekas di mulut mak.Aku tersenyum bahagia.

Aku diarahkan Azhar menyiasat rasa ketidakpuas hati emak pada abah.Aku gagahkan diri masuk ke dapur walaupun rasa loya di tekak amat mencengkam.Emak mudah meluahkan rasa hati dan bercerita rentetan kisah hidupnya.Mak dan abah menikah kerana kehendak orang tua ketika usinya masih terlalu muda,16 tahun.Awal perkahwinan mereka,memang penuh dugaan.

Emak mengandung ketika usia perkahwinan mereka 2 bulan.Belum sempat emak mengenali abah lebih dekat,tanggungjawab menuntut emak berkorban.Keadaan ekonomi kurang kukuh membuatkan emak melupakan soal kehamilannya.Emak mengikut abah ke ladang getah,kebun kelapa sawit milik keluarga.Membantu dengan sisa kekuatan yang ada.Cuti emak Cuma sebentar,sebulan sebelum dan sesudah kelahiran anak-anak emak.

Tambah emak,dia cemburu melihat kemesraan aku dan Azhar.Abah tak pernah berlakuan sebagaimana Azhar ketika mak mengandungkan zuriat abah.Banyak makanan ketika mak mengidam tak tertunai.Aku faham rasa hati mak.Tapi tak boleh mengalahkan abah sepenuhnya kerana keadaannya pasti berbeza.Entah la kata mak.Dan ayat mak yang terakhir sebelum mengakhiri perbualan membuatkan aku terkejut.

“Mak sudah hilang rasa sayang pada abah!”.

Aku terkejut mendengarnya.Tapi mungkin hanya di bibir ayat itu,dalam hati siapakan tahu.Susah nak dipercayai dan aku akan melakukan sesuatu untuk mengembalikan rasa sayang yang hilang.Aku tak mahu episod hari tua tanpa cinta ini berlanjutan.

----------------------------------------------

Pakej percutian seminggu di Bukit Tinggi aku hadiahkan pada emak dan abah.Keduanya memandangku pelik.Terkejut dengan hadiah yang tak pernah mereka pinta dan jangkakan.

“Hadiah untuk mak dengan abah.Mak dengan abah kan tak pernah bercuti berdua.”,jelasku pada emak dan abah.

“Mak tak nak la pergi.Mak bukannya larat sangat nak berjalan ni.Lagipun abah bukannya sihat sangat.Mak takut abah sakit dada semula kalau ke tempat sejuk-sejuk ni”,kata emak kepadaku.

Alasan emak sudah aku jangkakan.Aku sekadar tersenyum mendengarnya.

“Bukannya emak berjalan kaki ke sana pun.Nanti Aida hantarkan.Bab sakit abah,mak jangan risau.Nanti saya sediakan ubat abah cukup untuk seminggu buat bekalan dekat sana.Lagipun mak dengan abah boleh rehatkan badan dekat sana.”,pujuk Azhar.

Emak mati kata.Tambahan pula,emak memang mudah mengalah dengan menantunya yang satu ni.Mungkin kerana kegigihan Azhar menambat hati mak sebelum aku menikah membuatkan emak segan dengannya.Emak percaya akan segala tutur kata Azhar lemparkan.

“Erm,mak ikut jelah macam ni.Abahnya,ucap la terima kasih pada anak dan menantu awak ni”,arah emak pada abah.

Abah yang dari tadi diam terkejut mendengar arahan emak.Aku tersengih melihat gelagat abah yang malu diperlakukan begitu.Moga segala urusan dan perancangan aku berjalan lancar hendaknya.

----------------------------------------

Pagi Sabtu,aku memandu kereta menghala ke Bukit Tinggi,Bentong.Emak bising dengan percutian tersebut kerana akan ditinggalkan hanya berdua dengan abah selama seminggu di sana.Aiman sempat mengenakan mak,katanya balik dari Bukit Tinggi nanti,dapat adik baru lah dia.

Mak cubit peha Aiman.Aku tergelak melihat kegugupan mak.Biarkan mereka menikmati indanya bercuti berdua macam orang muda-muda lain.Moga rasa sayang mereka terus mekar dan mewangi.Intan aku pinta agar membantu emak jika ada sebarang masalah ketika mereka bercuti.Intan,kawan baikku yang bekerja di situ mengadakan persetujuan.

Honeymoon suite yang aku tempah,aku tunjukkan pada emak.Emak memarahiku kerana membelanjakan wang sebegini besar untuk mereka.Aku biarkan emak dengan rasa tak puas hatinya.Aku dan Aiman meninggalkan keduanya setelah minum petang.

Kamera aku tinggalkan kepada abah.Sudah aku ajari cara menggunakannya.AKu mahu keduanya merakam kenangan ini.Kalau bergaduh lagi esok,kenangan ini mampu membuatkan mereka berdamai semula dan tersenyum manis kembali.

---------------------------------------------------

“Intan,macammana dengan parent aku.Dorang ok tak?”,soalku pada Intan di hari kedua mak dan abah di Bukit Tinggi.

Aku risau juga kalau mereka menghancurkan rancangan aku.Yelah kan,mana tau kalau-kalau mereka bergaduh lagi!

“Jangan risau kawan.Everything is under control.Romantik tak mudah mk dengan abah kau weh.Naik jealous aku!”,balas Intan.

Aku tergelak mendengar kata-katanya.

“Abah aku romantik.Kau biar betul?Pelik bin ajaib weh.’.

Memang pelik kalau abah boleh jadi romantis.Bukan ke abah malu nak bermanja-manja depan mak.

“Tak romantik macammana.Semua yang kau suruh buat tu aku buat.Tiap pagi,aku hantarkan ros merah dekat mak kau.Mak kau apa lagi,senyum lebarlah jawabnya.Kalau abah kau lak,setiap kali breakfast bersuap dengan mak kau.Kagum aku!“.

“Bagus la macm tu.Erm,tapi bab bersuap waktu makan tu takde dalam senarai tugas aku bagi tu ok!“,kataku.

Seingat aku,Cuma beberapa hal yang aku minta Intan laksanakan.Hantarkan bunga ros ke bilik mak dan abah setiap pagi,temankan mak dengan abah berjalan dekat Bukit Tinggi dan paksa mak dengan abah buat aksi romantik ketika bergambar!.Cuma itu.

“Haha,bab ni aku makan tuan sikit.Aku yang suruh orang hotel provide satu sudu je tiap kali dorang nak makan.Bab-bab bergambar tu,kau jangan risau.Sekarang ni,aku tak suruh pun.Mak dengan abah kau dengan sendirinya meromantikkan diri“,tambah Intan.

Aku tergelak mendengar ceritanya.Macam-macam perangai Cik Intan nih.

“Ha,kau bila lak nak romantik-romantik ni?Umur makin bertambah,mamat sorang pun belum lekat”,guaruku.

“Ha,bab ni kau jangan sebut.Aku fobia weh!”,dalih Intan.

“Yelah fobia.Apa-apa pun,thanks sebab dah tolong aku.Kau lah sahabat aku dunia akhirat“.

“Tak yah nak bodek aku weh.Paling-paling kalau rasa terharu sangat,kau tolong carikan sorang doktor jiwa dan raga untuk aku.Hehe”,gurau Intan.

“Betul nih?Dalam masa sebulan,aku hantar seorang hamba Allah depan pintu kau!Tunggggggggu“,ugutku pula sambil cepat-cepat letak telefon.Biarkan dia rasa takut sikit!

---------------------------------------

“Macammana mak,seronok bercuti?“,tanyaku pada mak ketika mak dan abah sampai di rumah.

Azhar yang menjemput mereka dari Bukit Tinggi kerana aku kurang sihat.Emak tersengih mendengar kata-kataku.

“Sudah gaharu cendana pula,Sudah tahu bertanya pula“,jawab emak dengan pantun dua keratnya.

Azhar tergelak mendengar jawapan emak.Emak menampar tangan abah yang dari tadi memegang tangannya.Aku buat-buat tak nampak.Konon-konon segan dengan anak menantu.Padahal masa bercuti tak mudah lagi bercinta.

“Mak,kenapa pukul-pukul tangan abah.Biar la abah nak bermanja dengan mak.Mak segan dengan kami ke?“,soal Aiman melihat gelagat mereka.

Emak tundukkan muka.Mungkin segan dengan anak terunanya yang satu itu.

“Ha.aritukan Acik ada bagi kamera suruh mak dengan abah tangkap gambar..Mana kameranya mak?Adik nak juga tengok gambar kat sana.Mana la tau,kalau-kalau cantik.Boleh la adik buat rombongan gi sana“,tambah Aiman dengan muka nakalnya.

Abah mula gelabah.Kamera yang awalnya di tangan,cepat-cepat dimasukkan kedalam poket seluarnya.Abah buat tak dengar dengan soalan Aiman.Mak memandang Aiman dengan muka geram.Tak lama kemudian,kedengaran Aiman menjerit kerana dicubit emak.Nasib la,siapa suruh busy body!

-------------------------------------

Panggilan telefon dari Aiman aku terima ketika aku memandu pulang ke rumah.Headphone segera aku pasang.Pasti kisah romantik mak dan abah lagi ni.Kisah mak dan abah yang makin romantik selepas program seminggu berbulan madu kelmarin.

“Acik,mak dengan abah gaduh lagi tau!“,keluh Aiman.

“Ha,gaduh lagi?Bukan ke semalam tak mudah romantik lagi?“,soalku kembali.

“Erm,entah la.Mana la Aiman tau.Tapi gaduh untuk kebaikan ni tau.“.

Gaduh untuk kebaikan?Apa kes lak ni?

’Acik tak faham.Explanation please?”.

“Mak dengan abah gaduh sebab abah asyik nak berkepit dengan mak je.Mak naik rimas dengan abah yang terlebih romantic.Pastu abah siap cium mak lagi depan Mak Lang semalam.Mengamuk la mak bila dorang kata tak lama lagi cucu lagi muda dari anakMakin menjadi-jadi kena usik bila adik kantoikan dorang.Adik tunjuk dekat mak Lang adegan pengantin tua yang dorang dok sorok tu.”,jelas Aiman panjang lebar.

“Ha,macammana lak kamera tu boleh sampai dekat tangan Adik?Bukan abah sorok ke?”,soalku lagi.

“Adik pujuk abah suruh tunjuk.Dan-dan lak,abah minta adik cucikan gambar.So,sekarang ni dok gaduh pasal abah tak jaga gambar la.Kelakar betul la mak dengan abah ni!”.

Aku tergelak mendengar cerita Aiman. Isyh,mak dengan abah ni,dapat romantic tak mengira waktu dan masa lak tu.Suka la puas-puas,jap lagi menangis tak berlagu la adikku!

“Eh,dik.Acik risau satu benda je sekarang ni!”.

“Risau apa lak?”,soal Aiman cemas.

“Macammana kalau apa yang Mak Lang cakap tu betul.Adik jadi bongsu tak jadi la alamatnya.Nasib la orang tu dapat adik baru.”,ugutku walaupun tahu hal tersebut mustahil untuk terjadi memandangkan mak dah menapouse.

Aiman terdiam di hujung talian.Tak lama kemudian,dia terjerit.Alamatnya,jap lagi kena soal-siasat la mak dan abah!Apa-apa pun,aku dah mampu senyum lebar sampai telinga sekarang ni.Alhamdulillah,moga mak dan abah bahagia selamanya!

2 comments:

MaY_LiN said...

alalala..
cumilnye...
kemain lg mak ngan abah yea...

Anonymous said...

wawawa...kelakar n romantik gitu.
tapi memang kita ank2 ni kena mengeratkan hubungan mak n ayh bila usia diorang da lanjutkan... biar makin lama makin sayang =)...kim wana