@rubiadaibrahim

Friday, August 14, 2009

Ayat Power 12:Mengaku Pun!


”Ya Allah,jika kau takdirkan ada permata hati antara kami,kurniakan kami anak yang soleh dan taat kepada-Mu.Ya Allah,kekalkan kebahagiaan yang kami kecapi ini.Ya Allah,kekalkan rasa kasih dan sayang antara kami.Bimbing kami dalam menyintai antara satu sama lain untuk mencari redha-Mu.Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.Perkenankan permintaan kami.Kaulah Tuhan Yang Maha Kuasa setiap sesuatu.Kurniakan yang terbaik untuk kami.Amin,Ya Rabbal
‘Amin”.

Doa yang dibaca Einstein usia solat Tahajud terdengar sayu di telinga.Aku mengaminkannya perlahan.Einstein masih di atas sejadah selesai berdoa.Mulutnya terkumat-kamit, berzikir barangkali.Aku memandangnya sekilas.

Rasa tak percaya timbul dalam hati.Bertingkah dengan rasa kagum dan tak percaya dengan sikap dan rutin Einstein.Einstein tetap berdisiplin dengan rutin dan amalan hariannya biarpun kepenatan melanda,biarpun malam semalam menyimpan seribu rahsia.Aku tersenyum malu mengingatkan persitiwa itu.

Peristiwa yang menjadikan aku seorang isteri dalam kata yang sebenarnya.Dan kejutan Einstein di jam 4.30 pagi tadi mengembalikan aku kepada niat mendirikan rumahtangga yang acapkali Einstein perkatakan.Membina rumah tangga bahagia demi menggapai redha Illahi, melahirkan anak-anak soleh dan solehah yang akan membela agama Islam yang kian tercela.

Doa yang dipimpin Einstein makin menyedarkan aku.Akulah bakal ibu yang akan melahirkan anak soleh itu, aku jugalah bakal ibu yang akan melatih dan mendidik anak-anaknya menjadi hamba yang diredhai-Nya.Andai takdir menentukan ada anak yang lahir antara kami, aku akan mengandungkannya dengan penuh kasih dan sayang.Aku yang akan melahirkannya demi menyemarakkan ikatan cinta dua hati.Cinta yang kian mekar antara Nabilah Azna dan Umar Al-Farouq.Insyaallah.

”Sayang, apa yang difikirkan tu?Dari tadi tersengih sorang diri?”,soal Einstein kepadaku.

Senyuman yang dibibir mati seketika.Nasib la badan.Suka sangat berangan!

”Bilah tak percaya yang Bilah dah pun jadi isteri orang. Isteri pada suami yang sangat baik dan penyayang”,pujiku perlahan.

Wajah Einstein yang duduk di tepi katil aku tatap penuh kasih.Eisntein membalas pandanganku.

”Abang pun tak percaya juga tau.Bilah ni romantik juga orangnya.Cantik pula tu.Kenapalah masuk 3rd year ni baru abang sedar.Kalau dari awal kita masuk abang perasan, dah ada 3 anak kot kita sekarang”,ujar Einstein selamba.

‘Kalau abang sedar awal dulu,abang nak menikah masa 1st year.Isk, tak mahu la Bilah”,balasku.

”Sal pula tak nak.Banyak getir hidup boleh dijadikan pengalaman tahu tak.Makan bercatu,tahan perut time lapar dan sewa bilik kecil sebab nak jimat duit.Confirm, hari ke hari kita makin sayang antara satu sama lain!”,gurau Einstein .

Aku tergelak mendengar kata-katanya.Makin hari, makin pandai bergurau.Kadang kala ayat yang dikatakan power semacam.Tak tercapai akalku kata orang.

”Kenapa Bilah ketawakan abang, tak percaya ke?”,soal Einstein.

Buku panduan Doa Harian yang ditatapnya tadi ditutup.Diletakkan di meja sebelah katil.Aku menganggukkan kepala.Einstein tersengih melihat reaksiku.

”Kalau abang kata abang jatuh cinta kat Bilah since 1st year Bilah percaya tak?Sejak hari pertama kita mendaftar kat UKM?”,soal Einstein lagi.

Aku memandangnya pelik.Isk,takkan la seawal tu boleh jatuh hati.Banyak betul rahsia hati Einstein yang harus aku selidiki.

”Oh,Bilah tak caya ye?It’s okay.Sampai masanya nanti,Bilah akan tahu dengan sendirinya.Abang yakin dan pasti masa tu rasa cinta Bilah kat abang akan naik berganda-ganda.”.

”OK,Bilah tunggu masa tu.Just wait and see ok!”,kataku padanya lembut.Sedikit menggoda.

Einstein merapatkan tubuhnya padaku.Tangan aku digenggam erat, terasa kasih sayangnya mengalir dan menyelinap ke segenap pelosok hati.Bibirnya menyentuh dahiku.Rasa hangat kucupannya,penuh kasih.Aku senang dengan layanannya.

”Tuhan,kekalkan kemesraan ini selamanya.”
------------------------------------------
Baju pengantin untuk bertandang aku seterika selesai solat Subuh.Baju warna ungu lembut pilihan Einstein aku gantung berdekatan almari.Dalam hati terselit rasa kagum dengan pilihannnya.Kalau aku yang pilih baju pengantin kami, entah warna apalah jadi pilihan.Silap haribulan, semua orang silau mata tengok pengantin.Yelah kan, pakai baju merelip warna merah Mak Ngah lagi.

Aku ralit menyelesaikan kerja menggosok pakaian.Tak perasan kepulangan Einstein dari masjid hinggalah aku rasakan pelukannya dari belakang.Kemas pelukannya di pinggang, menyukarkan aku bergerak.

”Abang, hangus baju abang jap lagi.Tak balik rumah abang jap lagi”,ujarku perlahan pada Einstein.

”Erm,takpelah sayang.Rindu sangat dekat isteri abang ni.Biar abang tolong hangitkan baju ni, tak yah pergi Gombak”,balas Einstein, berbisik lembut di telingaku.

”Isk,tak baik macam tu.Kesian dekat ibu nanti.”,pujukku.

Einstein melonggarkan pelukannya.Sebelah tangannya masih di pinggangku.Tangan yang lagi satu lincah mengikuti pergerakkanku menggosok baju.Aku senang dimanja begitu.

Selesai aku menggosok pakaiannya,dia yang mengambilnya dari tanganku.Lantas digantung berdekatan almari.Aku leka memerhatikan tingkahnya.Beg pakaian aku keluarkan dari almari.Baju persalinan yang ingin kami bawa aku keluarkan satu persatu dan ditimbunkan di atas karpet.

Einstein menghampiriku, tangannya pantas mencapai baju yang perlu dimasukkan ke dalam beg.Tangannya aku capai,dia memandang aku dengan muka pelik.

”Kenapa?”.

”Abang tak payah la tolong kemaskan baju ni.Biar Bilah jalankan tanggungjawab Bilah sebagai isteri abang.Kalau abang tolong, rasa macam lady boss dah.”,jelasku.

Einstein tergelak mendengar penjelasan.Tangannya terus lincah memasukkan pakaian dalam beg.Degil juga dia ni.Aku membiarkan dia menyelesaikan semuanya, aku sekadar memerhati.

”Ok, lady boss.Packing done.Ada apa-apa lagi nak minta abang tolong?’,tanya Einstein usai mengemas pakaian kami.

Aku menggelengkan kepala.Einstein tersengih melihatku,ada perkara tersirat dari pandangan matanya.

”Abang nak upah boleh?”,tanya Einstein.

Aku mengangkat bahu,tak faham maksud kata-katanya.Einstein mencapai tanganku, jari-jemarinya dihalakan ke pipinya.Aku tersenyum malu.

”Kucupan kasih sayang akan membuatkan abang bahagia sepanjang hari.Abang nak Vitamin C dari sayang pagi ni dan pagi-pagi seterusnya”,ujar Einstein lembut.

Aku mengikut kata-katanya.Isteri mithali kata orang.Vitamin Ciuman pun boleh la, asalkan dia gembira.
-----------------------------------------------------
Cuma aku dan Einstein menaiki kereta Proton Waja milik ayah.Ahli keluarga yang lain semuanya dalam satu kereta.Padahal, awal-awal lagi aku dah cop Angah join sekaki naik kereta dengan kami.Permintaan aku terbantut bila mama keluarkan list nama penumpang kereta papa selepas sarapan pagi tadi.Aku buat muka sayu dekat mama tapi mama buat tak nampak.Kesudahannya,aku Cuma berdua dengan Einstein di hari Ahad ini.

“Angah, Udin naik dengan mama.Tak elok kacau orang dalam mood honeymoon“,ujar mama bila aku ajukan permintaan aku buat kali kedua.

Mama tersengih di hujung kata-katanya,macam perli aku je.Aku segan dengan mama pagi ni.Mujur mama tak banyak tanya macam wartawan.Kalau tidak, tak payah pakai make-up aku nak ke Gombak hari ni.Yelah kan,pipi blushing dengan cara semulajadi tu.Jimat duit nak beli make-up.

“Sayang, Izmir kata dia dengan kawan-kawan yang lain dah sampai dekat rumah ibu.Tengah tunggu kita,nak bergambar kenang-kenangan dengan kita.’,ujar Einstein memecahkan kesunyian antara kami.

Aku menganggukkan kepala.Aduhai ramai la pula press dan menunggu nak buat liputan.Kena prepare jawapan nih.Silap aribulan, terjerat diri sendiri jap lagi.Aku mengeluh perlahan mengingatkan hal ini.

“Dun worry la sayang.Kata semalam kalau diaorang tanya, nak jawab no comment.Nanti kita buat-buat tak dengar jelah kalau dorang tanya.Ok tak sayang“,pujuk Einstein.

Aku tersenyum padanya.Syukur kerana Einstein bijak membaca tingkah laku aku,rasa hati aku yang gundah-gulana.Tak tentu arah jadinya.Makin tak tentu arah bila teringatkan sms kiriman Dania pagi tadi.

“Nabilah, SA kau nak buat press conference masa kenduri kat Gombak jap lagi.Silalah bersedia jiwa dan raga menghadapinya.Segala kesulitan amat dikesali“.

Sms penuh rahsia dari Dania tapi penuh tanda tanya.SA aku nak buat statement?Masa kenduri kahwin aku? Berdepan dengan semua keluarga dan kawan-kawan aku?Macam-macam soalan berkeliaran dalam kepala.

Aku sms Dania, tak ada balasan.Aku telefon, operator yang menjawab.Aduhai, macam-macam misteri kena aku hadapi.Aku mengeluh mengingatkan keberanian si SA nih.Gasaknya fikiran.
-------------------------------------
Bunga manggar berdekatan pintu masuk rumah ibu aku pandang sepi.Rasa takut makin menjadi-jadi.Wajah Dania dan Nani aku cari tapi tak kelihatan juga.Entah kemana menghilang aku tak pasti.Padahal, aku dah pesan suruh berjalan ke rumah ibu dengan rombongan aku.

Kaki perlahan melangkah, mengikuti paluan gendang.Menandakan ketibaan pengantin baru dengan sambutan penuh meriah.Dan aku?Aku cemas dalam kemeriahan itu.Kemeriahan yang akan menyaksikan pengakuan berani mati seorang hamba Allah.Hamba Allah yang tiba-tiba muncul sebagai secret admire aku, Mrs Einstein.Aduhai!

“Bilah, sayang tak sihat ke?”, tegur Einstein bila melihat aku Cuma diam seribu bahasa dalam keriuhan kenduri itu.

Aku pandang muka Einstein.Ada riak bimbang di wajah itu.Aku menggelangkan kepala tanda menidakkan tanggapannya.Senyuman manis aku lemparkan.

“Tak ada apa-apa la abang.Just rasa cuak sikit je.“,balasku pendek.

Tangan aku Einstein genggam.Dibawa ke bibirnya.Aku tersenyum dengan reaksinya.Tak kira waktu dan tempat, dia mempamerkan rasa sayangnya pada aku.

“Congratulations to Mr & Mrs Einstein for their wedding.Ok semua, Assalamualaikum wbt.Perkenalkan saya, Dania”,ujar Dania di microphone, tak jauh dari tempat santapan kami selaku raja sehari.

Serentak,tatapan mata aku dan Einstein beralih ke arah Dania.Nani tersengih kepadaku.Aku makin cemas.Kenapa pula dua orang makhluk ni boleh mencapub di khalayak ramai nih.Aduh!

“Dan saya, Nani.Hari ini kami adalah MC untuk majlis ini.Dan sebagai kawan baik, teman serumah Nabilah Azna, kami akan bongkarkan sedikit demi sedikit rahsia hati Nabilah untuk Einsteinnya.Takpe kan, Nabil?”,tambah Nani pula.

Mak aih,nak bongkar rahsia aku?Maut !Aku menggelangkan kepala, tak memberi izin pada mereka meneruskan kata-kata.Tangan Einstein aku pegang, mengharapkan simpati darinya lahir untukku.Simpati agar kisah aku dan dia tidak dijadikan bahan perbicaan mereka.

“Tak apalah sayang.Bukannya salah pun.Lagi pun, kita dah rasmi jadi suami isteri pun.Apa nak disegankan”,pujuk Einstein lembut.

Aku terpempan.Nampak gayanya tersingkap la kisah hati aku nih.

“Nabilah dan Umar tak pernah bercinta.Itu yang pasti.Dan hari ini, mereka bersatu sebagai pasangan Adam dan Hawa.Syukur pada Allah swt kerana Allah memperkenankan segala ciri lelaki idaman dia”.

Aku rasakan muka aku dah panas masa ni.Kenapalah sekarang diaorang nak kenakan aku?

“Ni kata Nabilah tiga tahun yang lalu.Aku tak boleh cari mamat riuh macam aku.Kalau boleh, aku nak mamat yang bercakap sepatah je sehari.Ustaz baik punya.Kalau tak dapat ustaz, anak ustaz atau ustazah pun jadilah!”ujar Nani pula,sama dengan kata-kata aku yang dulu.

“Sekarang dah jadi menantu ustazah pun.Happy tak sayang”,bisik Einstein di telinga aku.Aku tertunduk malu.Aku malu betul-betul ni,bukan tipu tau!

“Dan tanpa melengahkan masa, kami persilakan secret admire Nabilah untuk tampil ke depan.Satu-satunya dan selamanya untuk menyampaikan ucapan.Mengungkap rasa sayang yang dah terungkap mungkin”.

Aku mencari-cari siapa secret admire yang mereka maksudkan.Seram sejuk seluruh badan.Tapi ada kelainan di ayat itu, rasanya macam betul tekaan aku selama ni.Tambah yakin, bila semua mata tertumpu pada Eisntein.Einstein bangun perlahan, berjalan ke arah Dania dan Nani tidak jauh dari kami.

“Assalamualaikum wbt.Saya memohon maaf kepada semua terutama kepada isteri saya.Bilah, i’m so sorry sebab pening kepala memikirkan siapalah SAnya yang nak buat press conference hari ini.Bukan tak kesian dekat sayang tapi seronok bila dapat kenakan sayang.Takut ye sayang?”,ucap Einstein.

Semua mata tertumpu pada aku.Aku memandang Einstein geram.Patutla dia Cuma tersenyum memanjang bila aku cuak semacam tadi.Tapi hari tu kata bukan dia yang bagi, apa kes pula ni?

“Terima kasih pada semua yang membantu menguji kasih Nabilah pada saya.Nani dan Dania, dah terbukti korang kawan terbaik isteri sayang.Izmir, thanks a lot for info.Kalau tak kerana buku autograph kau, sampai sudah Nabilah tak sedar dia ada peminat.”

“Buat mama dan papa, Nabilah hadiah terindah dalam hidup saya.Terima kasih juga sebab sanggup tolong simpankan cd papa rock dia pagi tadi..Ibu dan ayah, terima kasih sebab menerima keputusan Angah dengan hati terbuka.Dan Nabilah Azna binti Abdul Aziz,terimalah lagu ini sebagai tanda kasih abang.Pesanan penaja, tak payah perangkap abang la sayang.Abang dah mengaku nih!”jelas Einstein panjang lebar sambil ketawa.

Tanpa sedar,aku tersenyum mendengar luahan hatinya.Pandai juga nak kenakan aku ya?Patut la dia berdalih bila aku minta dia mendendangkan lagu Ramli Sarip dalam perjalanan tadi.Dia biarkan aku merajuk dengan reaksinya yang agak dingin.

Pelik juga bila CD Papa Rock yang aku masukkan dalam kereta menghilang entah kemana.Dalam diam,mama dan papa masuk geng ni.Paling tak sangka bila ramai yang bersubahat menjayakan rancangan Einstein .Memang nak kena diaorang nih!

“Ku bukakan pintu cinta yang menanti,
Ku hamparkan rasa rindu di tapak hati”.

Lagu Teratai nyanyian Einstein aku hayati.Lagu pertama yang dihantar Einstein kepada aku selepas kami sah menjadi suami isteri.Einstein mengalunkan lagu dengan baik, Cuma membuatkan hati aku terkesan.
------------------------------------------
”Nabil, gimana?Kamu udah jadi isteri benaran ya?”soal Nani kepadaku ketika kami berehat di bilik.
Einstein masih di luar, sibuk melayan tetamu.Aku meminta diri masuk ke bilik, menemani Nani dan Dania menunaikan solat Zuhur.Aku buat tak dengar dengar persoalan yang terlontar dari mulutnya.Malas nak melayan diaorang.Konon buat-buat tak tahu bab SA aku tu,rupa-rupanya dia oranglah mastermindnya.

“Nabil, jangan la marah kitaorang.Tak sengaja join Einstein menguji kau.Kita orang buat semua ni sebab sayang dekat kau tau.Yelah kan, kebahagian kau, kebahagian kami juga“,tambah Dania.

Aku menjauh dari keduanya, konon-kononnya aku geram dengan komplot mengenakan aku.Padahal aku dah maklum akan niat mereka yang satu tu.

“Nabil,jangan la macam ni.Sedih la macam ni.Nabil, kalau kau marah kat kitaorang tak tenang la hidup kitaorang.Tidur tak lena, mandi tak basah la jap lagi.“,ujar Nani.

Muka dia orang tak usah di kata la.Takut betul dengan reaksi aku yang dingin semacam.Kalau dia orang dekat tempat aku, silap haribulan perang dingin tahu!

Keduanya meluru ke arah aku di depan cermin bila nampak aku terkial-kial menanggalkan tiara dan layah panjang pengantinku.Aku tersenyum senang dengan pertolongan mereka.

“Bagus ada kawan baik ni.Boleh tolong masa susah macam ni.Kalau korang nak aku maafkan korang, korang kena ikut arahan aku!“,kataku tegas.

Nani dan Dania angkat tangan, tabik hormat pada aku.Aku tergelak dengan gelagat keduanya.

“Ye Puan Nabilah.Kami siap sedia menerima perintah dan arahan puan“.

“Arahan no 1:Sila ambilkan jus orange dekat dapur.Ice banyak,jus sikit je.Kalau ada biskut atau kek,tolong bawa naik sekali.Arahan berikutnya lepas aku solat jap lagi”,arahku sambil menanggalkan tudung dari kepala.

Dania dan Nani bergegas keluar dari bilik.Macam ulat gonggok pun ada.Aku tertawa dengan gelagat mereka.Macam-macam perangai la!
-----------------------------------------------
Ketukan di pintu jelas kedengaran.Aku pelik dengan tetamu di luar bilik.Kalau Dania dan Nani, confirm dia orang redah je.Tak adanya nak bagi salam.Kalau Encik Umar, confirm dah masuk tanpa di pelawa.

Telekung aku tanggalkan, kaki melangkah ke arah pintu.Pintu aku buka dari dalam.Wajah Asma sedang tersenyum kelihatan di luar.Asma, anak saudara Umar yang berusia 2 tahun setangah segera melangkah ke dalam bilik.

“Mak Ngah...kenapa tak pakai baju tantik dah!Kakak suka tengok Mak Ngah pakai ni.Macam puteri”.

Asma petah menuturkan kata-kata sambil tangannya memegang tiara yang sudah diletakkan di atas katil.Aku tersenyum melihat gelagatnya.

“Kakak nak Mak Ngah pakaikan dekat Kakak ke?”,tanyaku padanya.

”Nak...nanti kalau kakak cantik,papa sayang.Papa tak pergi dekat adik.Papa sayang kakak!”,balas Asma.

Tanganku lincah bermain di atas kepalanya.Rambutnya yang memenuhi dahi aku sisir ke tepi.Tiara aku letakkan di atas kepalanya.Asma tersenyum manis,senang dengan layananku kepadanya.

Rasa sayang tumpah pada seraut wajahnya yang comel.Dengan tutur katanya yang tulus,jelas rasa cemburu pada Asyraf yang baru lahir ke dunia.Anak kecil seusianya belum mengerti apa-apa.Paling tidak, rasa sedih dengan perhatian mama dan papa yang dulunya pada dia seorang sudah berubah.

”Mak Ngah,Mak Ngah sayang kakak ke sayang adik?”,soal Asma menyentakkan lamunanku.

”Mestilah sayang kakak.Kenapa kakak tanya Mak Ngah macam tu?”,soalku lagi.

”Semua orang sayang dekat adik.Mak Ngah jangan ada adik lagi tau,nanti Mak Ngah dah tak sayang kakak”,tambah Asma dengan suara lirih.

Rasa simpati membuak lahir dari hati.Aku memeluknya erat.Kesian betul anak saudara aku yang satu ni!
-----------------------------------------
”Amboi Mak Ngah, naluri keibuan terserlah.Ni Auntie Nani dan Auntie Dania tak sabar nak ada anak suadara ni”,tegur Nani bila muncul di bilik dengan pesanan aku sebentar tadi.

Piring berisi kek lapis diletakkan di meja solek.Aku menyuapkannya sedikit ke mulut Asma.Aku tersenyum mendengar gurauan Dania.

”Amboih,tak abih –abih dengan ayat nak mengenakan aku.Kau tak payah nak kenakan aku lagi.Ingat, arahan ke-2 tak keluar lagi nih”,ujarku tegas.

Serentak Nani berdiri tegak.Memberi tanda hormat buat kali ke-2.Asma yang sedang asyik dengan tiaranya memandang Nani dengan muka pelik.

”Kenapa Auntie macam askar?Mana boleh doktor jadi askar.Askar pakai baju corak-corak warna hijau.Doktor pakai baju putih,mana boleh tukar-tukar!”,ulas Asma tentang situasi itu.

Aku dan Nani tergelak mendengar kata-katanya.Dania sekadar tersenyum sumbing.

”Tak adalah sayang.Auntie Nani dan Auntie Dania nak menikah dengan askar.Kena la berlatih dari sekarang”,ujarku selamba.

Asma menganggukkan kepala sedangkan Dania dan Nani terjengol biji mata mendengar kata-kataku.

”Ok arahan ke-2.Sila siapkan jawapan soalan OBGYN aku yang belum complete tu!Aku rasa tak sempat la nak baca semua.Boleh kan tolong sat?”.

”Leh ingatkan yang mana satu tadi.Erm kalau bab tu, aku dah minta Einstein tolong.Hang tunggu jelah malam nanti”,ujar Dania sambil tersenyum nakal.

Aduh,tu bukan soalan OBGYN tu practical OBGYN.Sengal betul kawan-kawan aku nih.Aku mendiamkan diri bila tersedar aku dah dikenakan semula.

Belum sempat aku membalas dengan ayat yang padu dan jitu, pintu terbuka dari luar.Belum sempat aku berpaling melihat siapa gerangan yang datang,pintu dah tertutup dari luar.Dania dan Nani menjengok ke luar pintu.Tak lama kemudian keduanya menggelengkan kepala.Belum sempat aku bertanya, aku terdengar jeritan Aisyah yang merungkai persoalan aku.

”Ada lelaki dalam bilik Angah.Rambut pendek betul.Baik Angah pergi tengok sendiri.Tapi Asma elok je duduk dalam bilik tu.Baik Along selamatkan Asma sekarang”.

Aduhai,Mrs Einstein rambut pendekmu dan meng’confius’kan orang.Apa nak dikato jang?Kena buat statement mengantoikan diri sendiri ke?Aduhai!

p/s:to all,maaf dipinta..sy terputus internet..haha..balik dari cuti nanti,insyaallah rajin sket menulis..amin

6 comments:

cutey_cat said...

OBGYN 2 ape ek?

MaY_LiN said...

hihihi..
pandai nye umar ye..
cian bilah..
hihihi

Princess said...

best oh..klakr btul bce citer ni..gelak2 la jwab nye...

tanish kpd akak kran citer ni mmng mnrik..romentic gak si einstein tu..woooo~

L said...

haha comel je :DD
obgyn tu apa? :DD

a.s.m.a said...

OBGYN=OBSTETRIC & GYNAECOLOGY
term tuk reproduktif @ sistem peranakan @ sakit puan..

lovlart said...

dr.rock..
cerpen ney memang terbesh arr penah sy bce..
time bce ney sengih je memanjg..xhenti2 taw..
sweetz sgt cter ney..
lap u lah dr.rock..cept2 la upload smbungan ayat power ney ea..