@rubiadaibrahim

Tuesday, August 4, 2009

CCB:Kantoi Laks!

Baju putih hak milik jiran sebelah masih dalam simpanan aku.Pening juga nak menghilangkan kesan minyak yang bertompok-tompok di bajunya.Warna putih lagi.Dah dua hari aku terus menjalankan aktiviti membasuh bajunya dengan menggunakan sabun mandi tapi masih belum berkesan teknik ni.Geram juga memikirkan keadaan aku yang tak ubah macam orang gaji yang tak pernah dapat gaji walaupun seposen.
Kalau beginilah keadaannya,aku berjanji tak akan ganas lagi.Tak ambil minyak dengan rakus dan tak akan cari pasal dengan hamba Allah tu.Kalau tak kerana aku sedar aku yang bersalah,dah berzaman dah aku pulangkan aja baju dia.
Menyimpan baju seorang lelaki di rumah perempuan ni bukanlah suatu kerja yang mudah.Puas aku sorok baju tu di belakang pintu bilik.Tak mahu penghuni rumah aku ni tahu bab-bab yang pasti menghangatkan keadaan.Biarlah rahsia kata orang.
Tok...tok..Ketukan di pintu menghilangkan lamunan aku yang dah agak panjang.Jubah merah aku gantung di hadapan baju putih kepunyaan hamba Allah yang sengal tu.Tak sempat aku izinkan orang dari luar masuk,pintu dah tepat mengenai mukaku.
”Aduh,sakitnya!”.
”Weh,sori sangat.Aku tak perasan kau ada dalam bilik.Ingatkan tidur tadi?Sebab tu aku main redah je masuk!”,kata Linda kepadaku sambil menarikku ke depan cermin di bilik.
Boleh tahan jugalah merahnya hidung dan mulut aku.Silap hari bulan,lebam jugalah sehari dua.
”Kau ni Linda,aku nak tidur apanya.Assignment sikit punya berlambak sekarang ni.Kau buat lawatan rasmi kat bilik aku ni apahal?”soalku.
Linda yang mulanya sibuk mencari minyak Afiat untuk disapukan di muka yang lebam terhenti.Dia memandang aku dengan matanya yang penuh mengharap.Ni kes pulut kuning dengan sambal ikan bilis ke?
”Huda,kau memang boleh tolong kan bab order dari jiran sebelah tu.Aku bukannya apa,takut menyusahkan hang je.Yelah,bab masak-memasak ni aku bukannya tahu.Lagipun kalau kau tak tolong aku,confirm Pak Imam reject aku!”,balas Linda kepadaku.
Jawapan Linda membuatkan aku terdiam seribu bahasa.Oh,rupanya Linda pun suka dekat Pak Imam juga.Ambilllah Linda,aku tak cemburu sikit pun.Kalau sebegitulah perangai dia dengan perempuan,simpang malaikat 44!Jauhkan aku dari dia.
”Huda,sal diam pula?Kau memang jadi nak masak besokkan.Kesianlah kat aku weh.Jatuh saham aku kalau dia tahu aku tak masak!”,tambah Linda.
Aku tersengih mendengar kata-katanya.Nak tunjuk pandai memasak sebab nak pikat hati orang.Apa kesnya?Sepatutnya kenalah menerima seseorang apa adanya.Kalau dah tak reti,bagitau je suruh order kat kedai.Tak usah nak susah-susah turun dapur.
”Ala,aku malas la weh.Aku banyak kerja.Lagipun kau yang nakkan dia,kau kenalah cuba masuk dapur.Barulah dia jatuh hati dengan kau tahu tak.Kalau aku yang masakkan,jap lagi dia suka kat aku lak.Kan merana nanti!”.
”Tak kisah la Uda.Yang penting dia ada good impression kat aku.Kalau dia dah suka kat aku esok-esok,pandai-pandai la aku explain dekat dia.”.
”Yelah tu.Nantilah aku fikirkan.Kalau aku rajin esok,aku bangun la masakkan.Kau ingat senang ke nak bangun pagi-pagi,nak kena masuk dapur lagi.Hilang dah nikmat berhujung minggu tau tak!”,tempelakku.
Linda tergelak mendengar kata-kataku.Dia melangkah perlahan ke meja belajar berdekatan dengan tingkap.Senarai perkara penting untuk seminggu yang aku tampal dekat lampu study Linda tarik dan baca.Sudah,kantoi dengan sendirinya kerelaan aku memasak untuk gantikan dia.
”Uda,i love u so much la.Hujung bulan,masuk je duit aku belanja hang na!”jerit Linda sambil peluk aku erat.
”Whatever.Nanti aku tuntut tau,jangan buat-buat lupa lak.Jangan nak beli barang pastu suruh aku masak macam selalu sudah.Kalau tidak,kita putus sahabat!”,ugutku.
”Dun worry la weh.Huda,kaulah sahabat aku dunia akhirat tahu tak.Kalau aku jadi dengan dia esok, kau aku tempah jadi pengapit aku tahu”,tambah Linda lagi.
Aku tergamam.Ha,aku jadi pengapit dia dengan hamba Allah tu.Tak mahulah aku,aku nak Linda jadi pengapit aku.Aku la jadi pengantinnya.Isk,bukan ke aku dah cancel nama dia dalam hati aku.Huda,wake up,jangan layan perasaan mengarut nih!
-----------------------------------------
Aku cepat-cepat solat Subuh habis azan berkumandang.Kena bersegera ke dapur dan menyelesaikan kerja-kerja meracun orang.Hehe,gurau je.Memanaskan dapur yang sentiasa panas dengan kehadiran aku.
Malam tadi aku dah arahkan cik Linda yang nak mengorat jiran sebelah buat apa yang perlu.Potong bawang,kupas ikan bilis dan seangkatan dengannya.So,hari ini aku tinggal campak apa yang perlu je.
Aku memang kurang suka kalau ada orang yang join sekaki time aku duduk dekat dapur.Dan sebab tu jugalah,habis je memasak aku akan kepenatan.Sampai-sampai syahid tak kira waktu.Radio ERA.fm aku pasang di dapur,meriuhkan suasana yang sunyi sepi.Housemate aku confirm tidur semula lepas solat Subuh tadi.
Sesekali,aku mengikuti perlahan lagu yang dimainkan di radio.Melagukan lagu perlahan,sekadar menghibur hati dan pagi hari yang sangat tenang.Tenang dengan nikmat terindah kurniaan Allah swt yang tak ternilai selamanya,nikmat hidup dan kebahagiaan menghadapi kehidupan.
”Amboih,pagi-pagi Ahad ada Siti Nurhaliza turun memasak dekat dapur”.
Teguran Linda mengejutkan aku yang sedang menumis sambal di dapur.Aku tersengih mendengar kata-katanya, nak bodek aku lah tu!
”Uisyh, sedapnya bau.Confirm mamat tu tangkap cintan kat aku punya.I luv u so much la Huda”,ujar Linda lagi.
Aku mengangkat bahu,no comment.Aku malas nak comment,biarkan dia dengan angan-angannya.
”Sal ko diam je ni.Kau marah dengan aku ke?Aduhai,Huda.Minta maafla,aku bukan sengaja tahu.Aku terpaksa minta tolong kau settlekan bab masak-memasak ni.Kalau tak, melepas aku”,tambah Linda lagi.
Aku tergelak melihat muka Linda yang takut semacam dengan reaksi aku yang agak dingin.Linda terpinga-pinga dengan gelagat aku.
”Dun worry la weh.Aku tak marah pun.Saje test hang.”,jelasku.
Linda tersenyum lebar mendengar penjelasanku.Kisah Linda dan perangai tak mahu dapurnya siapa yang tak tahu.Semua ahli rumah aku dah maklum.Kalau bab tolong potong bawang,blender-memblender boleh lulus lagi tapi kalau dah start buka api dapur,terima kasih jelah.Anak perempuan tunggal Syed Hashim la katakan.
”Ok,dear.Thanks sebab faham aku.Erm,aku ingat nak p kedai mamak sat.Cari roti canai,dari titik peluh mamak.Baru la menarik pagi Ahad ni!Kau nak kirim apa-apa tak”,soal Linda.
”Lah,apa kes melawat mamak pagi-pagi hari ni.Makan jelah pulut dengan sambal aku buat nih.Lagipun aku buat banyak ni.”,balasku,pelik dengan Linda yang tiba-tiba rajin keluar rumah pagi hari minggu ni.
”Pulut dengan sambal hang tu untuk lunch.Roti canai ni for breakfast,baru la best!”.
”Ikut hang la.Jangan balik lambat sangat,sat lagi susah lak nak berurusan dengan jiran kita bab pulut kuning ni.Aku malas nak beramah mesra dengan diaorang.Sat lagi kalau dorang tahu aku yang masak semua ni,musnah harapan hang”,gertakku kepada Linda yang melangkah keluar dari dapur.
Kaki Linda terhenti,pandangannya beralih kepadaku.
”Ha,musnah harapan?”.
”Aha,harapan nak bersanding dengan Pak Imam hang tu.Silap aribulan hang jadi pengapitnya.”,gurauku.
”Ok, what kalau hang jadi pengantinnya.Boleh aku mengorat anak mamak roti canai yang meletop tu”,ujar linda selamba sambil berlalu.
Oh,tidak.Jauhkan la aku dari gurauan aku tu jadi kenyataan.Amin.
-------------------------------------------
Bayang Linda masih belum kelihatan.Kemana melencong Cik Kak nih.Pening memikirkan jejak langkah Linda,hilang gagal dikesan.Puas ditelefon,bercakap dengan operator akhirnya.Rupa-rupanya handphonenya ditinggalkan dirumah,patut la tak ada khabar berita.
Kartun Tom & Jerry di TV3 aku pandang sekilas.Fikiran menerawang jauh dari kaca TV.Otak aku ligat memikirkan kisah Jiran Sebelah & Pulut Kuningnya.Pelik bin ajaib!Kenapa jiran aku beriya sangat nak makan pulut kuning di hari minggu ni.
Setahu aku pulut kuning ni orang buat kalau nak buat kenduri doa selamat.Umi pun terkejut bila aku minta tips cara memasak pulut kuning dengan betul semalam.Siap ingatkan aku nak berniaga lagi.Bila aku jelaskan hal yang sebenarnya,umi tergelak besar.
”Isk,nak buat kenduri doa selamat sempena apa jiran Huda tu?Takkan la baru bersunat kot!”.
Kata-kata Umi terngiang-ngiang di telinga.Dan kata-kata itu jugalah membuatkan aku tersengih memanjang di dapur tadi.Tak masuk akal betul telahan Umi.Aku berniat nak mencari rahsia di sebalik pulut kuning ni tapi nanti jelah.Badan penat sangat dan aku mahukan rehat.
Tapi kehilangan Cik Sharifah Haslinda ni membantutkan niat aku.Terpaksa melayan cerita kartun sebab menunggu dia balik.Jiran aku yang di sebelah ni pun satu.Dok sms Linda je,bertanya itu ini.Padahal Linda tak tahu apa-apa pun bab menghangitkan kuali ni.Aku the master.
Isk,aku ni macam jealous tak tentu hala dengan Linda ni apa kes?Linda kan kawan baik aku sendiri,takkan la nak tikam kawan sendiri!Astaghfirullah.
Bunyi loceng pintu serentak mengalihkan perhatian aku dari kaca TV.Rasa geram tiba-tiba memuncak bila memikirkan Linda tak dengar amaran aku pagi tadi.Dapat melencong ke kedai mamak,lup jalan nak balik ke rumah.Aku biarkan Linda buka pintu sendiri,malas nak melangkah ke pintu.
Loceng pintu berbunyi bertalu-talu setelah 3 minit aku biarkan.Rasa geram makin bertamabah bila Linda lupa bawa kunci keluar rumah.Menyusahkan aku betul.Memikirkan itu, laju kaki aku melangkah ke pintu.
”Dekat dua jam hang dok ngaib,baru sekarang hang balik.Awat hang tak balik petang karang,baru la hidup aku bahagia.Dah la hang tinggalkan aku memasak kat dapur sorang-sorang diri.Sekarang hang nak suruh aku buka pintu dekat hang lagi.Aduhai, apa la nasib aku dapat kawan macam hang ni.Ya Allah, sabarkan aku dalam menempuh hidup ini”,rintihku sambil membuka pintu.
Aku pelik dengan Linda yang tak menyahut keluahku.Paling tidak,dia akan menyabarkan.Tapi hari ini lain benar.Kunci aku masukkan ke tombol pintu lantas pintu aku buka.Tak sabar nak menyambung syarahan percuma pada Linda.
”Awat hang tak melawan macam selalu.Hang dah insaf ape?’,soalku sambil menjengulkan kepala ke luar pintu.
Bukan Linda yang di luar rumah,tapi seorang hamba Allah.Bukan kaum Hawa sejenis dengan aku tapi Adam.Bukan Linda mulut becok,tapi jiran aku yang mulut laser sedang memandang aku dengan muka pelik.Aku terpempam dengan kehadirannya di rumahku.Lama aku terdiam,tak tahu nak bertanya apa.Dia juga terdiam seribu bahasa,Cuma memandangku sekilas.
”Maaf menganggu CIK HUDA.Saya datang sebab nak ambil pulut kuning.Linda kata dah siap masak.Maaf menganggu sekali lagi”,ujarnya lembut sambil berpaling ke arah lain.
Aku pelik dengan tindakannya yang sebegitu.Seribu kali nak jaga pergaulan pun,cakap pandang la aku.Rasa cam terhina betul aku pagi ni.Dengan ayat dia yang sopan seribu bahasa tu, rasa macam bukan berpijak di bumi yang nyata.
Aku menggaru kepala yang tak gatal.Baru aku perasan keadaan aku yang tak bertudung menghadap dia.Tak ada tudung litup yang menutup kepala, tapi hanya rambut diikat ekor kuda yang menghiasa kepala aku.Serentak dengan itu,aku terjerit.Pintu rumah aku hempas kuat,malunya Tuhan saja yang tahu.Dan buat pertama kalinya,aku mendedahkan rambut aku yang ala jerami di waktu pagi ni pada hamba Allah yang tak sepatutnya.
”Tidakkkkkkkkkkkkkkkk!”.
Semua yang masih lena di bilik lari bertempiran ke pintu utama kerana terkejut dengan suaraku yang tak ubah seperti Tarzan di hutan.Muka masing-masing cemas memandang aku.Jap lagi,ada la sesi soal-siasat dari polis perempuan tak bertauliah.
”Huda,ada apa weh?Sal kau terjerit-jerit?”,soal Nadia.
”Ada orang pecah masuk rumah ke?Kau ingat tak muka dia.Kena report polis ni.Sekarang penjenayah makin berani,sampai serang dekat rumah.Ya Allah,takutnya aku”,tambah Izzah pula.
Aku menggelangkan kepala kepada keduanya,memberitahu tak ada apa yang berlaku.
”Apa yang geleng-gelangnya.Takkan la tak ada apa berlaku.Isk,kacau mimpi aku je tau!”,tempelak Nadia.
Belum sempat aku buka mulut,pintu di buka dari luar.Wajah Linda terjongol di muka pintu.Raut wajah kehairanan jelas kelihatan.
”Kenapa korang biarkan Pak Imam menunggu kat luar tu.Bagi jelah pulut kuning dengan sambal tu,dah settle.Ha,lagi satu.Diaorang ajak kita datang sekejap lagi,ada kenduri doa selamat sikit.Ada orang naik pangkat!”,ujar Linda kepada kami.
Aku menggigit bibir.Geram!
”Amboi cik Linda ni,sebab hang balik lambatlah aku terkantoi nih.Tak pasal-pasal free show dekat dia.Rugi suami aku esok-esok!”,gumamku dalam hati.
Nadia dan Izzah ketawa.Aku memandang keduanya geram.Bukannya bersimpati dengan nasib aku.
”Patut la Cik Huda pucat semacam je tadi.Terkantoi rambut ekor kuda ke?Isk..isk,kesian dia!”,pujuk Nadia.
”Oh,ye ke.Sorry la Uda.Aku nak sms ko tapi handphone tertinggal lak.Sorry na.Ha,tapi kan ada good news kat hang ,Uda!”,jelas Linda kepadaku sambil tersenyum.
”Ha,good news?Aku silap dengar ke ni?Ke hang tersilap ayat nak pujuk aku ni?”,soalku kembali.
”Yelah kan.Ustazah aku kata dulu,kalau orang lelaki dah tengok aurat kita,kena kahwin dengan dia.Kalau kes kau ni,memang tak ada jalan lain la.Memang nak tak nak,kena menikah tahu tak?”,ujar Izzah tenang.
Aku pandang Linda dan Nadia,dua-duanya menganggukkan kepala.Mengakui kebenaran kata-kata Izzah.Sedangkan aku,rasa tempat duduk aku dah panas ibarat duduk atas api.Aku terpempam.Betul ke tidak ni?Tidaklah hendaknya!Kalau betul la apa yang diorang takutkan aku tu,apa nak buat?Oh,hidupku kenapa sebegini rumit konfliknya?Semua gara-gara mamat nilah.Geramnya!Grrrrrrrrrrrr1

3 comments:

L said...

haha habis ah hudaaaa :P

MaY_LiN said...

alala..
pandai je depa nk kena kan uda yea..
ceeehhh..
skali pak imam yang datang daaa..

sya[E] said...

hahah..
xpsl2 huda jd 'mgsa'..
kntoi ngn pak imam lk 2..ahakz..
ye2 je la kwn deorg nih..
bab nk kenekan huda no 1..
cuax xigt huda...hooo..
smbg2 =)