@rubiadaibrahim

Friday, September 11, 2009

3 in 1:Dah start?


Perhimpunan akhir tahun sampai juga.Alhamdulillah, syukur Ya Allah.Akhirnya, berakhir juga kehidupan aku di sekolah yang menyeksakan aku ni. Sekolah ni yang menyeksakan aku ke, aku yang menyeksa orang-orang dekat sekolah ni?Walaupun sebulan je cuti, tak kisah la.Yang penting, aku dapat lari sekejap dari sekolah ni.

Ucpan cikgu disiplin di depan aku buat-buat tak dengar.Macam selalu la, masalah lambat pergi perhimpunan, barang haram waktu sport check yang kekal dekat bilik pengawas sekolah.Geram aku dengan peraturan yang kadang-kadang tak diterima akal.

Ada ke patut aku punya “lelaki berjalan” kena rampas.Bertahan makan 5 bulan aku nak dapatkan makhluk tu.Sesuka hati gembira je dia orang rampas harta pencarian aku tu?Kureng betul!

“Kak Rocky One, kau dah tuntut belum walkman kau dari Cikgu Nab tu?”,bisik Aida.

Aku menggelangkan kepala.Chewing gum yang masih dalam mulut aku kunyah perlahan.Malas nak mengulas panjang, buat sakit hati je!

“Usiyh, kau!Tak sayang ke harta kau tu?Kalau aku, hari first lagi aku dah jumpa dia.Kena buat surat rayuan panjang berjela pun aku tak kisah.Yang penting, harta aku tetap harta aku!”, tambah Aida lagi.

Aku buat-buat tak dengar.Tak kuasa aku merajinkan tangan menulis surat dengan ayat merayu-rayu.Nak merayu dekat cikgu disipilin lagi.Sorry sket ye.Baik aku buat surat rayuan pindah sekolah lama semula dari aku buat surat cinta dekat Cikgu Nab tu.

“Ke kau takut kalau ayah kau tahu weh?Kalau dia tahu, kau kena marah ke?“,soal Aida lagi, geram dengan reaksi aku yang dingin barangkali.

Aku menganggukkan kepala, mengiyakan tekaannya.Tepat sekali.Nak kena marah dengan ayah aku, silalah buat masalah disiplin.

“Memalukan ayah je, buat perangai memanjang.Bila entah nak berubah?Takkan la dah masuk sekolah agama nak buat perangai sekolah lama lagi!”.

Itu tekaan aku kalau ayah tahu.Masak la telinga aku dengar ceramahayah yang susah nak jumpa tanda noktah tu.Tahan jelah telinga, sabarkan jelah hati menerima segala kemarahan ayah.

“Ha, teruk ke kau kena marah weh?Ada gaya pengetua marah kita tak?”.

Aida sudah terjerit.Ketua pelajar a.k.a pengawas yang duduk di belakang kami mula la bunyi lalat dia. Syuh sana, syuh sini.Suruh Aida diam.Nasib la Aida, siapa suruh busy body sangat!
-------------------------------------------------------
Suasana dewan yang tadinya sedikit gamat bila cikgu mengumumkan nama-nama pelajar bermasalah kembali sunyi.Fuh, mujur nama aku tak tercantum sekali.Walaupun banyak kali aku buat hal, tak pernah pula kantoi!Kalau kantoi, perang dunia lagi la aku dengan ayah.

”Kepada yang belum menuntut harta rampasan, sila tuntut sebelum pukul 12 tengahari ni.Kalau tidak, cikgu akan hadiahkan pada orang-orang yang sepatutnya.”.

Cikgu Nab masih asyik dengan ucapan, ceramah, bebelan dan ugutannya dari atas pentas.Aku mencebikkan bibir mendengar kata-katanya.Sila lah serahkan pada siapa-siapa yang nak, aku tak akan tuntut pun walkman aku tu.Aku sikit pun tak kisah!

“Sekarang, saya akan umumkan senarai nama ketua pelajar sekolah yang dilantik bagi tahun hadapan.Bagi nama-nama yang disebut, anda diminta berdiri.Tahniah dan takziah kami ucapkan.”.

Ha, bab ni aku suka.Kita tengok siapa pula calon kaki ampu dan civic yang masuk carta next year!Yang pasti, aku tak akan sesekali masuk senarai la, aku kan ganas.Jauh panggang dari api la nak jadi pengawas.Kalau jadi mawas dekat zoo, memang sesuai la dia orang bagi nama.

”Bagi tingkatan 4,nama yang bertuah adalah Muhammad Quddus.

Nama pun dan Quddus, kalau tak nampak kekudusan dia tak tahu la aku!Soleh bebenar budaknya, rajin bagi tazkirah.Complete la package anak soleh.Tak perlu dipertikaikan lagi calon ni.Lulus juge piawaian aku untuk jadi manusia sami’ na wa ata’na!

Syed Nuzul Ikhwan....Yang ni suara sedap.Rajin conduct mengaji malam-malam.Layak..layak.Sesuai sangat mentarbiah manusia-manusia nakal dan otai macam geng aku ni.

Aiman Haziq...Waduh, ni memang mamat skema habis.Baju pun tight in memanjang....Layak juga jadi EXCO DISIPLIN tahun depan.Ceh, aku ni over lak.Macam berniat nak ganti tempat Cikgu Nab je?Oh,tidak, simpang malaikat 44.

Ada 6 orang pelajar lelaki yang dilantik.Semua layak la.Tak usah bimbang la cikgu-cikgu, makin baik la disiplin sekolah tahun depan.Aku confirm, yakin dan pasti ni!

”Bagi pelajar perempuan pula, dipersilakan semua yang dipilih untuk bangun.

1. Raja Nurul Nadia.
Huyoo..perempuan lemah gemalai ni pun boleh masuk carta.Dia ok je, just bab lemah gemalai tu je kot tak sesuai ikut piawaian aku.Mana boleh pengawas lembut sangat, nanti kena main dek budak-budak nakal.Kalau aku la kena nasihat dengan dia, mahunya aku kutuk dia balik.Silap hari bulan, dia yang menangis tak keruan dibuatnya.

2.Siti Azreen Syuhada ......Azreen, memang pandai budaknya.Tiap kali perhimpunan habis peperiksaan dia bangun.Result dia memang gempak betul.Tak pernah fail sekali pun.Add Math dia boleh dapat 95 masa peperiksaan tengah tahun.Aku yang macam nak terbaut nyawa siapkan soalan ni pun takat cukup makan je.Dia boleh dapat hadiah lagi...Confirm, jadi EXCO AKADEMIK nih..Tunggu la kalau tak caya.

3.Najwa binti Jamal Abdul Nasir..Ju pun.Erm,Ju memang sesuai pun.Suara dia lantang, tinggi, tegas...Mati kutu la aku nak mencari alasan ponteng prep lepas ni...Sudah.

4.Nor Aqilah binti Razlan....Ni memang kaki ampu.Rajin sangat mengulur tangan tolong cikgu.Padahal orang tak suruh pun.Dah banyak tinggal kelas buat kerja kebajkan ,takkan la tak nampak sisi baik lagi tak?

5.Nurul Atiqah binti Mohd Azri..Atiqah..Atiqah binti Mohd Azri...

Dewan yang tadi riuh jadi sunyi sepi.Tak ada lagi bunyi tepuk tangan.Tak ada lagi gosip-gosip puas tak puas hati.Tak sempat aku nak buat ulasan.Takkan la manusia ni tak glamour sangat sampai semua orang tak percaya.Potong stim aku je nak teruskan proses mengkritik, menetap piawai dan menentukan kelayakan setiap calon.

“Nurul Atiqah”...Panggilan pertama...Tak ada sahutan nama, tak ada juga manusi berdiri.Mana pula hamba Allah ni pergi?

“Nurul Atiqah binti Mohd Azri”.....Panggilan kedua.Semua serentak pandang ke arah barisan kelas aku.Ni apa kes pula?

“Nurul Atiqah binti Mohd Azri.Kelas 4 Ibnu Rusydi....Isk,takkan la belum dilantik pun dah pengsan dekat asrama kot.Takkan hari last sekolah pun nak memonteng kot!”,tempelak Cikgu Nab lagi.

Semua tergelak.Aku tergelak sama.Isk, hamba Allah ni.Tak sedar diri pun.Dah kena lantik jadi pengawas pun malu nak mengaku.Kalau aku la, aku bangun belum sempat cikgu sebut nama lagi.
Aida mencerlung memandang aku.Tangannya menunjukkan ke arah name tag yang terpasang di tudung labuh aku!

“Apa kes?”,soal aku padanya, buat suspend pula.

”Kak Rocky, bukan nama kau ke yang Cikgu Nab dok ulang sampai tiga kali tadi.Weh, bangun la!’,ujar Aida sambil mengarahkan aku bangun.

Oh tidak,aku Atiqah.Atiqah tu aku.Aku dan Atiqah tu orang yang sama!Mata aku berpinar,kepala berdenyut tanpa diundang.Cikgu Nab, berdaulat sungguh cikgu.Gelap sudah dunia aku!
-----------------------------------
“Kak Rock, macammana boleh sampai pengsan.Kalau seribu kali terkejut pun pada-pada la.Gempak perhimpunan tadi.Mujur la, pengawas dekat belakang tu pandai cover.Kalau tidak, jadi berita hangat la Kak Rock jawabnya!”,bebel Aida sebaik sahaja aku membuka mata di bilik sakit.

Isyh, dia ni.Bukannya nak tanya aku ok ke tidak?Siap memuntahkan peluru berpandu lagi.Tersasar pula panduan peluru tu.Aduh!

“Aku nak cover malu la weh.Mana aku tau ada cikgu yang rabun masa pilih aku tu.Aku pengsan sekejap je sebenarnya, tapi aku malas nak buka mata.Kalau tidak, memang masuk berita la aku.”,ceritaku pada Aida.

Biar dia tahu hakikat pengsan aku tadi.Bila Aida tepuk muka aku,aku dah sedar pun.Tapi teringin pula, nak menyusahkan pengawas perempuan yang tegak macam kadet dekat belakang aku tu.Biar dia rasa seksanya mengangkat badan aku yang berat ni!Dera dia orang puas-puas sebelum aku kena dera pula next year.

Aida tergelak mendengar cerita aku.

”Gempaknya Kak Rock.Memang macam pelakon opera la.Berjaya juga kau kenakan dia orang sebelum bercuti ya?Ni buat aku kagum ni!”.

Amboih, pujian melambung tinggi.Dia tak tahu aku punya perasaan yang rasa nak buat surat rayuan pindah sekolah sekarang ni.

”So, kau accept la perlantikan kau ni.Hilang dah seorang kawan memonteng prep petang aku.Lepas ni, kau pula yang tunggu dekat bawah asrama, jerit suruh pergi prep.Tak sempit lah dah almari baju nak menyorok lepas nih”,sambung Aida lagi.

Mak, banyaknya perubahan kalau aku terima jawatan tu.Aku bukannya gila kuasa tapi orang yang bagi.Aku tak pernah pun menagih minta dilantik.Tapi apa-apa pun, kawan tetap no 1.Aku kena bersemuka dengan Cikgu Nab juga akhirnya.

”Kau nak ke mana tu weh.Cikgu Nab suruh kau rehat la.Bukannya pergi buat demo dekat luar...Weh, tunggu la aku”.

Jeritan Aida makin kuat bila aku tak memperdulikannya.Aku bukan nak buat demo, aku nak settlekan masalah hidup dan mati ni.Cikgu Nab, here i come!
-----------------------------------------
”Ha, sampai juga kamu ke sini ye.Puas cikgu panggil nama dekat perhimpuan, menyahut pun tidak.Pengsan tanda setuju ya Atiqah”,ujar Cikgu Nab sebaik sahaja nampak kelibat aku di bilik guru.

Aku tersengih mendengar mukadimah, sambutan dan ucapan tahniah darinya.Terbaik ayat dia.Tu dia, ayat dia macam karangan BM.Tersurat tapi penuh maksud tersirat tu.

”Ada apa Atiqah sampai nak jumpa cikgu ni?Banyak kali cikgu nak jumpa sebelum ni, tak pernah sekali pun datang.Sampai cikgu kena naik ke bilik kamu.Atiqah tak mahu jawatan yang sekolah bagi tu?”.

Angguk kepala...malas nak berkata-kata.

”Kenapa pula nak tolak?Orang lain semua harap mereka dilantik.Kamu pula lain macam je bunyinya.Kalau boleh cikgu tahu, apa alasannya ya?”.

Wah, nak alasan ye.Boleh-boleh, aku dah ready dengan alasan beserta dalili bernas dan tak terkalahkan lagi.

”Saya ni suka melanggar peraturan.Kalau saya jadi pengawas esok, semua orang akan langgar peraturan.Cikgu suka ke kalau ramai student tak pergi prep petang?Sunyi sepi la sekolah kalau macam tu”.

Cikgu Nab diam..hanya senyuman bermain di bibir.

”Saya tak suka masuk perhimpunan.Cikgu nak kalau perhimpunan kosong dan pengetua marah-marah.Tak pasal-pasal cikgu pun kena lucut jawatan cikgu disiplin nanti!”.
Senyum lagi..Apa ni?

”Saya tak suka la tudung labuh ni.Besar, labuh berjela-jela.Dah tu pula kena pakai jarum peniti apa entah.Kalau tertusuk dekat kepala nak buat apa.Dan apa yang lebih penting, Islam sendiri syariatkan supaya memilih pemimpin yang terbaik di kalangan kita.Yang boleh berlaku adil dan baik tingkahlakunya.Bukan saya cikgu”,ujarku pengakhiran sesi membela diri.

Banyak sebenarnya idea yang datang.Tapi aku malas nak mendedahkan segala keburukan aku pada Cikgu Nab ni.Nanti tak pasal-pasal sampai dekat telinga ayah.Tak ada penyakit cari penyakit jawabnya.

”Itu kurang yang Atiqah rasa.Tapi bagi cikgu kekurangan Atiqah tu satu kelebihan.Atiqah tak nampak kelebihan yang kamu ada.Atiqah pandai, ramai pengaruh dan tetap pendirian.Kalau ajak orang ponteng prep Atiqah boleh.Takkan la kerja ke arah kebaikan sikit pun susah.Lagi pun, bagus kalau ada orang yang banyak pengalaman ni, senang kerja cikgu nak cari budak-budak nakal dekat asrama”,balas Cikgu Nab bersahaja.

Amboih, aku dilantik jadi pegawai penyiasat pula.Tambah lagii satu bebanan aku.

”Saya tak nak la cikgu.Tolong la faham!”,rayuku pada Cikgu Nab lagi.

Namun tindakbalasnya dingin.No response & no comment.Nak tak nak kena terima la ye?

“Lapi satu, tengok cara kamu bercakap tadi.Ada satu kerja lagi Cikgu nak bagi.Tahun depan, kamu rasmi jadi pembahas ke-3, wakil sekolah ok.Kalau Atiqah rasa macam tak mahu, cubalah merayu dekat pengetua.Kalau tidak, ayah Atiqah boleh tolong kot.Itu pun kalau dia nak tolong la!”,ugut Cikgu Nab bila aku masih berdegil nak meletak jawatan yang baru sekejap aku sandang.

Ha, minta tolong ayah.Oh,tidak.Cikgu Nab ni pun satu, suka la buat aku rasa tersepit.Mentang-mentang la dia kawan lama ayah.Suka-suka je mengugut aku guna nama ayah.Aduh!
--------------------------------------------------
Ayah gembira betul menerima berita dari Cikgu Nab.Sedangkan aku, rasa terbakar hati dan perasaan.Siap puji melambung lagi sebab nak ambil hati aku.Mujur dia tak cerita dekat ayah bab aku protes tak mahu jadi pengawas tadi.Kalau tidak, tak ada la ayah nak belanja makan KFC hari ini.

“Along ok pula bila dah kena lantik?Kalau kat sekolah lama, bising memanjang.Ni hilang bantah-membantah ya?Alhamdulillah, tak silap ayah masukkan Along dekat sekolah ni”.

Aku tersengih mendengar kata-kata ayah.Ye ayah, memang tak silap.Betul belaka segala tindakan ayah tu.

“Ayah bangga dengan Along tahu tak?Bukannya apa, tak sangka Along boleh banyak berubah dalam setahun ni.Tak langgar peraturan dah, cakap pun dah sopan.Dan yang lebih penting, Along dah belajar erti tanggungjawab”,tambah ayah lagi.

“Yelah ayah.Along pun tak sangka betul”,balasku dengan senyuman yang dibuat-buat.

Kalau lah ayah tahu perangai aku yang jadi penyebar virus nakal dekat asrama, maut la aku jawabnya!

“Balik ni, ayah nak Along tolong ibu.Lagipun ibu bukannya larat sangat nak buat kerja rumah.Alahan ibu teruk sikit kali ni.Al-maklum la, dah lama tak dapat baby.Ayah pula yang panik tak tentu pasal”,luah ayah tentang hal yang terjadi di rumah.

“Ha, ibu alahan?Ibu mengandung?Oh,tidak!”.

Aku terjerit mendengar berita itu.Kiranya hasrat dan doa ibu ketika di Mekah awal tahun lalu diperkenankan oleh Allah swt.Aku nak dapat adik baru?Oh,tidak....betul ke apa yang aku dengar ni?

”Apa yang tidaknya Along.Betul la,ayah tak main-main tahu tak?Ibu positif 2 bulan pregnant.Tahun depan, dapat baby.Ala, Along juga yang gurau dengan ibu kata nak menikah lepas habis SPM kan?Boleh la belajar teknik jaga baby dari ibu.Paling tidak, ada la juga basic penting rumahtangga kan.”.

Ha, belajar bertanggungjawab.Tak cukup dengan cikgu dekat sekolah nak aku jadi pengawas sebab nak suruh aku belajar bab tanggungjawab, ayah pula tambah tugasan baru.Gurauan aku dengan ibu pula dijadikan alasan supaya aku buat kerja rumah balik ni?Aduh,malasnya!

Aku mula protes dalam hati.Malas nak tolong, nak lari dari rumah dan sebagainya meintas di fikiran.Entah kenapa, aku rasakan segala yang terjadi hari ini ada kaitan dengan ibu dan ayah.Dia orang doakan aku berubah dekat Mekah ke?
-------------------------------
P/S:Salam alaik, ni Setia Selamanya Edited Version!Selitkan bab zaman sekolah sikit.Really miss semua budak nakal sekolah dulu.Ntah bila boleh join reunion pun tak tahu ni.Apa-apa pun,LAyan.=)

3 comments:

Anonymous said...

erm mula2 baca pon dh best...mst best le citer nie...
Ooo..mknany n3 psnie citer dia dh bsr ke...
apa2 pon cpt2 le kuar..
CCB bile nk ada n3 br? tiap2 ari msk blog nie nk taw n3 bru CCB tp x de...

dr.rock4eva said...

tq 4 comment..lambat sikit dia baru besar kot..sy terkenang dekat zaman sekolah n sekolah yg tak sempat nak pergi...insyaallah, saya try menulis &postkan 2 n3 setiap hari..doakan saya punya kesempatan dan masa...insyaallah

bid said...

Ya Allah.. kagumnya sya dengan dr.rock. student medic sempat berkarya...

cerita best n berkualiti...

teruskan menulis ya..