@rubiadaibrahim

Friday, September 4, 2009

Ayat Power 13:Dia Datang?

Tudung aku kenakan kembali di kepala.Asma memerhatikan aku pelik.Pelik dengan tingkah aku yang yang memakai tudung semula.Dania dan Nani menasihatkan aku supaya bertenang.

”Macam mana aku nak tenang?Ni soal hidup dan mati ni.Aduhai, apalah nasib aku!”,keluhku pada keduanya.

Dania dan Nani menggelengkan kepala melihat aku yang kelam kabut macam ayam berak kapur.Tak tahu apa tindakan yang tepat saat ini.Nak minta mereka terangkan hal sebenarnya tapi akal aku menyangkalnya.Tak patut rasanya melibatkan mereka dalam permasalahan rambut kontot aku ni.

Akhirnya, aku mengambil satu keputusan.Aku harus berdepan dengan kenyataan.Aku yang harus menjelaskan segalanya pada Aisyah supaya tak terjadi lagi kesilapan dan salah faham.

Aku melangkah keluar ke pintu.Belum sempat tombol pintu aku pulas, Einstein dan Aisyah terjongol di muka pintu.Raut wajah Aisyah masih cemas, bimbang dan terkejut.

”Bilah nak kemana ni?Muka pun macam serba tak kena je”,soal Einstein pada aku sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.

Aku menggelengkan kepala.Tak tahu apa jawapan yang paling tepat yang harus aku berikan.

”Geleng tanda apa ni sayang?Bilah nak jumpa Aisyah eh.Nak explain apa yang Aisyah tengok tadi kan.Tak perlu keluar la sayang, kita settle dalam bilik je”,ujar Einstein tenang.

Dania dan Nani melangkah keluar,mahu memberi ruang kepada kami berbicara.Aisyah duduk di birai katil, bersebelahan Asma.Einstein menggenggam tanganku erat.Sedangkan aku, melongo memandang Einstein.

Aku terpana buat sekian kalinya.Terpana dengan tindakan Einstein yang pantas dan bijaksana.Terpana dengan ketenangannya menghadapi situasi sebegini.Tapi apa yang nak dipelikkan, memang fitrah lelaki lebih tenang dan rasional.Kerana itu, perempuan disempurnakan dengan kehadiran lelaki sebagai pendamping dan pemimpin.

Mata Aisyah liar memandang ke sekeliling bilik.Mahu mencari lelaki yang dilihatnya tadi barangkali.Sedangkan mata Asma memandang Aisyah tak berkelip.Pelik dengan kelakuan Mak Su yang tak ubah seperti menyiasat.

”Mak Su cari apa?Macam cerita polis je”.

Soalan dari mulut Asma terpacul juga.Einstein tergelak mendengar soalan Asma.Aku sekadar tersenyum.

“Mak Su cari lelaki dengan Asma tadi.Mana dia pergi ye sayang?Sekejap je boleh hilang.Kak Ngah tak nampak ke mana dia pergi?Bahaya kalau dibiarkan ni”,balas Aisyah tak ubah seperti drama-drama Melayu di TV.

Einstein tergelak mendengar jawapan Aisyah.Sedangkan aku, rasa seram sejuk seluruh badan.Kiranya Aisyah tak tahulah lelaki yang dicarinya itu aku!

“Mana ada lelaki kat sini Mak Su.Tadi ada kakak, Auntie Nani, Auntie Dania dengan Mak Ngah jelah”.

“Dah tu,siapa yang Aisyah nampak tadi.Aisyah nampak jelas tahu.Rambut dia pendek, paras ni”,ujar Aisyah sambil menunjukkan belakang lehernya.

Paras rambut aku yang dilihatnya ditunjukkan.Einstein menggelengkan kepala melihat reaksi adik bongsunya itu.

“Apa la Mak Su ni.Tulah suka sangat tengok cerita drama Melayu.Ayat pun dah jadi macam berlakon drama.Adik nampak tak lelaki tu pakai baju apa tadi?”,soal Eisntein pula sambil tersenyum nakal pada aku.

Ni tak ada kes lain la ni.Nak mengenakan aku la.Tapi tak kisah la, yang penting persoalan Aisyah ni segera terjawab.Tak sanggup dah aku jadi misteri nusantara.

“Adik tak nampak la baju.Tengok rambut je,pastu Adik terus lari la.Nak cari nahas masuk.Kalau dia apa-apa kan Aisyah macam mana kan Kak Ngah”,tambah Aisyah penuh semangat.

Einstein menatap mukaku, mengharapkan aku mengurai persoalan dan telahan Aisyah.Aku menarik nafas panjang.

“Erm,macam mana kalau Kak Ngah kata lelaki yang Aisyah nampak tu ada depan mata Aisyah sekarang.Aisyah percaya tak?”,tanyaku pada Aisyah.

Aisyah tergelak mendengar pertanyaanku.

“Isk Kak Ngah ni.Buat lawak pula.Takkan la Angah ada kembar.Angah elok dok layan tetamu masa Aisyah masuk bilik ni tadi”,protes Aisyah penuh yakin.

“Erm,bukan kembar Angah.Tapi Kak Ngah la.Kak Ngah punya rambut memang pendek.Pendek dari Angah.Minta maaf banyak-banyak ye Aisyah.Tak pasal-pasal ada orang berlari tak cukup tanah tadi”.

Mata Aisyah bulat memandang aku,kemudian beralih kepada Einstein yang masih tersenyum.Tak percaya dengan kenyataan yang terbentang di depan.Yang pasti, itulah kenyataan yang harus Aisyah terima dengan hati terbuka.

KAKAK IPAR AKU MACAM JANTAN RUPANYA!

”Mak Su, tutup mulut.Nanti lalat buat sarang”, ujar Asma perlahan bila Aisyah masih dalam keadaan amat terkejut.

Kata-kata Asma mengundang ledakan ketawa kami.Tapi tidak pada Aisyah.Aisyah sekadar tersenyum dan kemudiannya Aisyah berlalu bersama Asma keluar dari bilik kami.Memaksa Asma mengikut rentak langkahnya walaupun Asma membentak.

Sedangkan aku, kaget dengan penerimaan Aisyah yang sedemikian rupa.Kenapa begini jadinya kisah hidup aku di hari pertama aku sebagai menantu di sini?
--------------------------------------------
”Bilah, jangan risau sangat la dengan Aisyah tu.Dia terkejut lagi tu dengan pengakuan sayang.Sekejap lagi ok la tu!”,pujuk Einstein bila raut wajah aku bermuram durja.

”Erm, maybe kot.Bilah pun rasa macam tak percaya yang Bilah boleh kantoi dengan family abang.1st day jadi menantu pula tu.Apa la kata family abang yang lain kalau tahu ye?Yelah kan, kalau diikutkan dengan segala kekurangan yang Bilah ada ni, kita macam langit dan bumi dah.Tak sepadan langsung.Kalau pinang di belah, Bilah ni rupa pinang buruk tu kot”.

Keluhanku membuatkan Eisntein berpaling.Matanya membulat, terkejut dengan kata-kata aku yang bersahaja.Memang aku akui, kalau akulah Einstein, tak mungkin Nabil akan jadi pilihan.Kasar, gelabah, kelam-kabut dan kejantanan tersembunyi di sebalik sehelai tudung.Kata orang pakej nak kena reject sebagai isteri cukup lengkap.Tapi kenapa aku tetap jadi pilihan dia.Dah kahwin pun.Memang dah jodoh gamaknya.

”Takpelah sayang kalau mereka tahu pun.Lagipun abang yang menikah dengan Bilah.Kalau abang boleh terima, dia orang confirm no hal punya.Jangan risau la.”,pujuk Einstein sambil mengusap bahuku perlahan.

Aku terdiam mendengar pujukannya.Ada benar dan ada juga protes yang muncul di fikiran.

“Bilah tahu semua tu.Macam abang selalu kata, abang terima segala buruk baik Bilah.Tapi entah la, sebagai seorang perempuan Bilah tetap akan kata Bilah memang tak sesuai langsung dengan abang.Macam enggang dengan pipit tahu tak?”.

Eisntein tergelak kecil.Aku menjengilkan mata.Orang tengah risau, dia boleh ingat aku buat lawak pula.

“Siapa yang enggang, siapa yang jadi pipit ni sayang?”.

Amboih, sempat lagi nak bergurau senda.Tanpa aku sedar, pantas tangannya jadi sasaran cubitan aku.Einstein mengeringai kesakitan.

“Rasakan, suka mainkan Bilah lagi.Bilah la yang jadi enggangnya, abang jadi pipit.Abang ni macam tak pernah belajar peribahasa pula”,keluhku dengan gurauannya yang kau kira tak kena tempat.

Einstein tergelak sekali lagi.Muka aku ditatap penuh kasih.

“Abang belajar la.BM dapat A1 lagi tahu.Ingat suami Bilah ni tak hebat ke?Erm, abang rasa tak sesuai la Bilah jadi enggang.Bilah kena jadi pipit la,baru la padan”,balas Eisntein.

Aku memandangnya kehairanan, aku mahukan penjelasan dari tutur katanya.Einstein menggenggam erat tanganku sambil berbicara.

“Bilah kan kecil je.Tak sesuai la dengan peribahasa tu.Apa-apa pun, i’m totally disagree with your statement just now.Bagi abang, Bilah dah ditakdirkan untuk abang.Abang tak kisah apa kekurangan Bilah.Adat rumah tangga, ada kelemahan dan kelebihan.Dan kita dipertemukan untuk saling melengkapi.Bilah lah yang akan melengkapi hidup abang dan sebaliknya.”,ujar Einstein tenang,tak ubah seperti pakar motivasi di TV.

Aku menganggukkkan kepala tanpa menyetujui segala pendapatnya.Senyuman manis aku lemparkan kepadanya.Tangannya masih kejap di bahu aku.Tenang.

“Bilah, abang rasa Bilah tak payah jadi doktor la lepas ni.Ada kerja lain yang lebih sesuai dengan Bilah at future”,kata Einstein tiba-tiba, membuatkan lamunan perasaanku terhenti.

Potong stim betul lah.Siap suruh berhenti belajar medic lagi.Apa kes pula ni?

“Bilah boleh jadi cikgu BM atau pelakon tahu.Siap bermadah puisi lagi.Ayat pun dramatis semacam je.Ni ambil dari drama mana ni sayang? Tak pun boleh buka mini zoo kat rumah.Kita bela burung enggang dengan pipit je”,sambung Einstein bersahaja sambil ketawa.

Ni takde kerja lain, nak mengenakan aku la ni.Sekali lagi tangan aku hinggap di tangannya.Tapi Einstein lebih pantas dari aku.Tangan aku ditangkap dan dibawa ke mulutnya.Dikucup lembut dan cukup membuatkan aku lupa pada kejadian tadi seketika.
---------------------------------------------
Aku mengikuti Einstein ke ruang tamu usai solat Asar.Kata Einstein, dia mahu aku berkenalan dengan saudara maranya sebagaimana janjinya.Aku pun no hal.Tak nak dicop sombong dan kera sumbang.Dan la macam kera, sumbang pula tu.Confirm orang tak suka.

Ruang tamu dipenuhi sepupu-sepupu yang asyik benar menonton filem GUBRA arahan Yasmin Ahmad.Kehadiran kami tak disedari mereka hinggalah filem sampai ke penghujung.

“Eh, Angah tak perasan pun tadi.Dah lama ke Angah join sekaki tengok cerita ni?”,soal sepupunya yang perempuan, lingkungan 15 tahun.

Aku terasa juga bila tak tanyakan aku langsung.Tapi, tak baik berburuk sangka dengan orang.Dia segan dengan aku kot.

“Dah lama dah.Kalau minum Milo ni, ada la 3 gelas dah.”,gurau Einstein.

Maryam dan 2 orang sepupu perempuannya yang lain mencebikkan bibir mendengar gurauan Einstein.Rupanya pandai bergurau senda dia ni.Patut la tak mengira waktu perangai mengenakan orang .

“Angah dah ada isteri, minta isteri Angah la buatkan air.Dulu lain la”,balas sepupunya yang satu lagi.

Einstein tergelak mendengar hujah mereka.Aku sekadar tersenyum sumbing.Hilang perangai murai tercabut ekor aku hari ni ye?

“Angah turun ni bukan nak suruh korang buat Milo la.Angah nak korang berkenalan dengan Kak Ngah.Tak la janggal sangat Kak Ngah dengan korang.”, jelas Einstein tentang niat sebenar kami berada di situ.

“Yes,boss.Kami faham”,balas mereka serentak.Siap dengan tabik hormat lagi.Macam Dania dengan Nani pula tadi bila aku kenakan mereka.

“Ok,Kak Ngah nak tahu pasal apa ya tentang sepupu abang ni”, soal Einstein kepada aku.
Aku mengangkat bahu.Tak kisah maklumat apa-apa pun asalkan aku diterima dengan baik oleh mereka.Layan!

“Ok, nama Maryam.Boleh panggil Yam.Yam form 3, anak Mak Long Zakiah.Lahir 23 Mac.Sekolah dekat Assunta PJ..Favourit song:Cindai.Penyanyi pojaan:Siti Nurhaliza.Hobi tidur.Makanan favourit nasi ayam, minuman teh limau.Filem favourite Cinta.Cita-cita nak jadi peguam.Impian nak jadi anak soleh pada ibu dan ayah.Er, akak nak tahu apa lagi ye?”.

Aku tergelak dengan info yang Maryam berikan.Lebih pada cukup semuanya.Kemudian yang lain pula menyusul memperkenalkan diri.Belum habis Sakinah dan Husna memperkenalkan diri, sepupu-sepupu lelaki Einstein pula datang ke rumah tamu.Macam-macam gelagat dan perangai.Cuma aku masih mencari kelibat Aisyah dan Nadia.Nadia yang dimaksudkan Einstein, teman Asiyah paling rapat.Aku juga mahu mencari Nadia yang berkemungkinan dialah yang tak setuju akan pemilihan aku sebagai isteri Einstein.Aku yang tak setanding dengan Kak Dina.

Tapi Nadia dan Asiyah tak juga kunjung tiba.Maryam yang paling tua di kalangan sepupunya di sini.Seketika aku melupakan rasa ingin tahu aku tentang sepupunya yang satu itu.Aku tumpukan pada mereka yang beraneka gelagat dan ragam di depan mata.Zaid dengan perangai pengawal keselamatan adik-adiknya.Tak boleh hilang sekejap pun 4 adik bawahnya dari mata.Memang bertanggungjawab dan abang teladan.

Tak lupa, Maryam dengan perangai bossynya.Semua harus memperkenalkan diri dengan detail yang diberikannya.Harus mengikut urutan dan lengkap.Kalau tersilap atau tertinggal point dikenakan denda.Akibatnya, suasana petang yang tadinya sepi menjadi riuh rendah.

Aku tersenyum senang dengan sesi pengenalan dengan mereka.Semuanya sudah selesai memperkenalkan diri dan sekarang adalah giliran kami.Tanpa aku duga, aku dan Einstein juga harus mengikuti aturan yang ditetapkan.Ah, sudah!

“Angah tak perlu la sebab korang dah kenal Angah.Kak Ngah jelah kan sebab dia ahli baru dalam family.”,dalih Einstein sambil mengenyitkan mata kepada aku.

Aduh, baru ingat nak hafal urutan, dah kena.Kalau Einstein dulu perkenalkan diri, boleh la aku menyelamatkan diri.Ni kira kes naya ni.

“Ok,setuju”,sahut semua yang berkumpul di ruang tamu.

Aku menarik nafas panjang.Fuh,mudah-mudahan berjalan lancar.

“Sayang,are you ready?Dia orang ni memang nakal sikit, suka mengenakan orang”, bisik Einstein perlahan di telinga aku.

Senyuman nakal bermain di bibirnya.Amboih,tak mudah mengata sepupu-sepapat dia!Dia pun 2x lima.Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.Ceh, aku ni.Siap peribahasa lagi.Ke aku memang ada bakat jadi cikgu BM ye?

”So, dengan segala hormatnya saya persilakan Kak Ngah untuk memperkenalkan diri.Sila berikan tepukan gemuruh”,Maryam bertindak sebagai MC dengan suara lantangnya.

Semua yang lain bertepuk tangan tanda sokongan kepada aku.

Bismilllahirrahmannirrahim....Semoga berjalan lancar la hendaknya urusan yang satu ni.

“Nama penuh akak Nabilah Azna.Akak sama belajar dengan angah, sekarang dah clinical year.Lahir 4 Mac.Belajar dekat UKM..Favourit song:Doa Buat Kekasih.Penyanyi pojaan:Ramlee Sarip Hobi akak makan.Makanan favourit gulai patin masak tempoyak, minuman milo ice.Filem favourite Impian.Cita-cita nak jadi doktor la.Impian nak jadi manusia terbaik dalam segalanya..insyaallah”.

Fuh,lega.Habis juga akhirnya.Einstein menunjukkan tanda good pada aku.Aku tersenyum manis padanya.Tapi yang lain memandangku tak percaya.Ingat aku tak boleh challenge dia orang la tu?

“Akak, ada satu point tinggal tahu.Nama panggilan akak.So, akak kena denda la jawabnya”, kata Maryam ambil menunjukkan jari-jarinya kepada aku.

10 jari Sakinah dan Cuma 2 jari Maryam yang dikatupkan di angkat tinggi.1 jari yang menandakan aku tertinggal point digerak-gerak.Aku terpinga.Mak aih, telitinya dia ni!Habis aku dikenakan jap lagi.

“Disebabkan akak lupa point tu, kami nak denda Kak Ngah.Takpekan Angah?Lagipun, kita dah setuju tadi”, soal Maryam pada Einstein.

Einstein menganggukkan kepala, menyatakan persetujuan untuk aku didenda.Mukanya aku tatap mengharap belas kasihan, tapi tidak diperdulikan.

Nasib badan aku dah kot macam ni.Malangnya!

“Akak kena bagi tahu segala nama panggilan akak pada kami.Lepas tu, akak kena buat luahan hati macam Angah buat pagi tadi.Kami nak juga tahu kisah sebelah pihak lagi.Barulah adilkan”,arah Maryam kepadaku.

Sekali dengar, memang senang nak cakap.Bab nama tulah.Kalau bab luahan hati tu susah sikit.Aku kan pemalu orangnya.Aduh, macammana ye?Nak ikut tak nak?

“Tak ada apa-apa la sayang.Small matter je.Abang tahu isteri abang ni berani..Takkan takut nak buat luahan perasaan kot.Kata tadi boleh jadi CIKGU BM”,bisik Einstein kepadaku.

Amboih,CikGU BM siap.Ikutkan ajalah.Aku ucap perkataan senang je sat lagi.Tak adanya aku nak berjela-jela cerita kisah aku.

“Ok,nama panggilan akak ni banyak tahu!”,aku memulakan sesi didenda.

”Ha, nama akak banyak?”,gurau Anas membuatkan yang lain tertawa.

”Maksud akak banyak nama gelaran.Akak anak sulung dalam family, so family akak panggil Along.Akak cucu sulung perempuan, nama yang nenek akak panggil Embam sebab akak cucu dia paling tembam.Tapi nama ni akak tak guna la,malu la.tak Glamour kata orang.Kawan dekat kampus panggil akak Nabil.Dan family ni panggil akak Kak Ngah.And last but not least, my beloved husband panggil akak sayang.Sayang sayang sayang”,jelaskan satu persatu nama panggilan beserta dengan luahan rasa ringkas tapi penuh dengan maksud tersirat.

Semuanya bertepuk tangan mendengar kata-kata aku.Tak sangka Kak Ngah sporting kata Husna.

”Tapi luahan hati akak pendek sayang la.Tak syok la macam ni.Akak kena cerita juga pada kami”,pujuk Sakinah.

Aku menggelengkan kepala.Tak mahulah aku.Nak ucap sayang sayang sayang pun dah ketar-ketar, ini kan pula nak bercerita panjang lebar.Silap haribulan,pitam aku dibuatnya.

”Angah, pujuk la Kak Ngah.Please!”,rayu Maryam pula.

Einstein mengangkat bahu.Tanda tak mahu terlibat sama mendenda aku.Dalam diam aku berterima kasih padanya.

Belum sempat aku memberikan alasan, Aisyah berlari ke rumah tamu.Raut wajahnya penuh girang dan dia menyampaikan satu pengumuman.Pengumuman yang membuatkan aku terpempan.Pengumuman yang membuatkan rasa ingin tahu aku terus memuncak.

”Korang, Kak Dina dah sampai.Makin cantik dia sekarang.Jom keluar sambut Kak Dina.Bukan selalu boleh jumpa Kak Dina!’.

Semua berlalu keluar usai Aisyah membuat pengumuman.Sedangkan aku rasa tak senang duduk, panas dan resah di hati.Dalam tak sedar, hati aku mengakui betapa istimewanya Dina di keluarga ini!
----------------------------------------------
”Selamat pengantin baru Umar dan Nabilah.Tahniah, dah terlaksana sunnah Nabi.Alhamdulillah, sempat juga kakak balik kenduri korang.Ingatkan sampai-sampai, kenduri dah basi tadi.”.

Ucapan tahniah dari Dina aku sambut dengan senyuman di bibir.Mungkin senyuman palsu yang dibuat-buat.Rasa resah muncul di hati.Bimbang dan fikiran aku berkecamuk.

Padahal, baru pertama kali aku bertemu dengan gerangan manusia bernama Dina.Dina yang membuatkan aku berjauh hati dengan Einstein setelah terlaksananya adat pertunangan.Biarpun bukan dari Dina sendiri, aku mengakui Dina yang lebih layak bergandingan dengan Einstein.

Dina penuh kelembutan.Raut wajahnya manis, tutur katanya tersusun.Biarpun dia bergurau dan tertawa, tak sama dengan aku yang tak ingat dunia.15 minit pertemuan kami membuatkan aku canggung.

Aku mengakui kata-kata Nadia tempoh hari.Seharusnya Dina yang jadi pilihan.Dipilih sebagai isteri Umar Al-Farouq dan menantu keluarga ini.Dia yang lebih layak.

”Ini hadiah dari Mesir untuk korang berdua.Hadiah kecil je.Kakak tak mampu la nak beli hadiah mahal-mahal.Al-maklum la, jejak perantau.Kena berjimat cermat sikit”.

Kata-kata itu menusuk telinga.Lembut dan cukup membuatkan rasa kagum aku memuncak.Aku memerhatikan Einstein yang asyik dengan hadiah di tangan.Einstein mahu membuka hadiah dari jauh itu tapi dihalang oleh Dina.

”Tak suprise la buka sekarang.Nanti-nanti sikit la.Buka ramai-ramai dengan hadiah lain.Ramai ni anggota kerahan tenaga untuk buka hadiah”.

Dina bergurau dengan senyuman masih di bibir.Einstein meletak kembali hadiah di meja kopi.Aku memandangnya tak berkelip.Terselit rasa tak percaya dalam hati dengan pilihan Einstein untuk dijadikan suri hidupnya.

Kenapa aku yang jadi pilihan?Bukan Dina yang membuatkan semua tumpuan perhatian beralih kepadanya?Aku seharusnya berbangga akan takdir ini.Bersyukur dengan ketentuan Illahi.Tapi entah kenapa kehadiran Dina membuatkan aku hilang keyakinan diri.Aku rasa kerdil di sisi Einstein dan aku rasakan akulah enggang yang tak layak terbang bersama pipit.

Tanpa sedar, aku mengeluh.Dan Einstein mengalihkan pandangan pada aku, ingin mengambil tahu apa ertinya keluhan itu.Dan aku, Cuma terdiam seribu bahasa.Tak tahu kata apa yang harus aku katakan.Aku hilang kata-kata untuk menutup gundah di hati aku.

Einstein masih menatap wajahku.Cuba mencari erti perubahan aku secara tiba-tiba.Aku melarikan mata dari bertentangan dengannya.Kalau tidak, terbongkar rahsia hati.

”Amboi, Umar!Pandang Nabilah tak berkelip.Kalau begitulah sayangnya Umar pada Nabilah, tak lama lagi kakak dapat anak saudaralah.Bila ye agaknya Bilah?”.

Soalan Dina membuatkan aku tersedar dari lamunanku yang terlalu panjang.Aku tak ada jawapan pada soalan itu.Entah kenapa, rasa sakit hati mendengar segala butir bicaranya.Rasa macam sengaja dibuat-buat sikapnya yang sopan.Aku geram dengan segala kelebihan yang dimiliki Dina.

Kenapa aku jadi macam ni pula?Aku cemburu buta ke?

”Nabilah,dia tak salah apa-apa pun.Jangan cemburu tak tentu pasal.Bawa istighfar..astaghfirullah!”,pujukku dalam hati.

Aku cuba untuk berbual mesra dengan Dina tapi hati aku bergolak kuat.Hilang segala perangai spontan aku selama ni.Kenapa jadi macam ni pula ya?Aku kalut tanpa sebab yang jelas.
--------------------------------------------
Tangisan Asma yang baru bangun tidur membuatkan aku bergegas melangkah dari ruang tamu.Bilik Aisyah aku tuju dengan tujuan memujuknya supaya berhenti menangis.Selebihnya aku nak lari dari Dina.

Belum sempat aku melangkah masuk, Asma sudah diam.Mungkin tidur semula.Niat aku ingin memastikan keadaan Asma terhenti bila terdengar kata-kata Nadia yang pedas.

”Kak Ngah kau tak terkata bila Kak Dina sampai tadi.Pucat lesi muka dia bila tengok Kak Dina.Betulkan aku kata Angah tu tak berapa nak pandai sebab pilih Kak Ngah kau tu?”

” Apa nak buat?Dah takdir dia orang jodoh dia dengan Kak Ngah aku tu.Sedangkan Angah boleh terima dia, takkan kita pula nak beriya.Aku tak kisah la siapa jadi pilihan Angah aku tu.Yang penting dia boleh masuk dengan family kita.Kak Nabilah pun sporting je aku rasa.Rugi betul tak join dia orang buat sesi kenal-kenal tadi?”, balas Aisyah.

”Tak kisah la Aisyah oi.Yang penting aku tetap dengan pendapat aku.Kak Dina aku tu lagi sesuai dengan Angah.Bukan Kak Nabilah kesayangan kau tu.Dah la rambut kontot, perangai kasar semacam je aku tengok.Kalau aku jadi Angah kau, sebelah mata pun belum tentu aku pandang tahu tak?”,tambah Nadia lagi.

Aku melangkah menjauh dari bilik Aisyah.Tak sanggup mendengar kutukan Nadia pada aku.Entah kenapa, hati aku sensitif betul hari ini.Padahal dah berbakul Nani dan Dania kutuk aku tapi semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.Tapi hari ni, hati aku pandai pula nak terasa dengan kata-kata sebegitu.Tanpa sedar, aku rasakan tubir mata aku panas.

Oh,tidak!Aku menangis?Kenapa aku jadi macam ni ye?Tolong, aku tak mahu jadi cengeng.Aku nak jadi Nabilah Azna yang kuat!Tolonglah!

8 comments:

ikhlas said...

akhirnyer...
muncul gak new n3 ek...
tahniah2...
hehe...=b

sya[E] said...

yeaaa der new n3..
lme tgu ct nih..akhrnye..
thnx writer..
smbg lgi ye..cpt2 tau..=)

Anonymous said...

alamak..Nabil yg rock dh jd sensitif...
Dina tu balik M'sia trs ke?klw trus abis le Bilah asyik makan ati je le...
erm..dptkh Enstain mnngkn atinye?..(ttnye2 nie)
x sbr nk tnggu next n3 nie..

keSENGALan teserlah.. said...

waaa..
pe la si nadia nieh..
kutok2 lak..sekeh kang..
smbung2..

L said...

ala kesiannya bilah :(
nadia ni cari psl btul lah

MaY_LiN said...

mesti umar jadi penyelamat..
umar..cepatla pujok bilah..
uhuk uhuk..
sis..banyak typing error la..

rAzLin a.k.a aLyn said...

smakin mnarik cita nie...
ska3~~!!

Princess said...

eeei...x suke nye ngan nadia tu..x de insuran tol mulut dye ye..

myampah tau..errr..

ala sdeh la pulak ngan nabilah ni.. hope sngt ber sabar ye.. klu sy jdi dye, mmng masuk bilik trus..tpi x okey la kn..

papepon..best citer nye..cume n3 ni buat nabilah nangis la..huh..