@rubiadaibrahim

Monday, September 14, 2009

Ayat power 14:I'm the champion!


Semua lelaki diwajibkan solat di masjid sementara yang perempuan akan berjemaah di rumah.Itu satu peraturan yang telah ditetapkan dan dipersetujui di rumah Ustazah Radiah dan Tuan Haji Othman.Bukannya orang lain, mentua aku juga.

”Sayang kena prepare jadi imam sekejap lagi.Abang rasa possibility sayang kena tolak ke depan tinggi tahu, 70 % kot!Mesti semua orang nak dengar suara isteri menantu baru dia orang ni jadi imam”.

Pesanan Einstein sebelum azan Maghrib tadi masih kuat di ingatan.Dan ternyata semuanya benar belaka.Al-Quran aku capai dan Surah Al-A’laa dan Al-Jumuah aku periksa bacaan dan hafazan aku.Surah Al-A’la, surah pilihan dan kesukaan junjungan besar ketika mengimankan solat.Surah Al-Jumuah yang menyeru agar meninggalkan segala urusan pernigaan dan harta kekayaan jika seruan Tuhan tiba.

Einstein dengan rela hati membantu memperbetulkan hafazan aku. Tanpa aku pinta.Mesti la dia mahukan yang terbaik untuk isteri kesayangannya ni.Satu kebanggan kalau aku dapat melaksanakan tugas yang dipinta ibunya.

Tekaan kami tepat bila aku dipinta mengetuai solat Maghrib di surat kecil bersebelahan ruang tamu.Tak ada kot lagi.Alhamdulillah, selesai juga satu urusan akhirnya.

”Sedap suara Bilah baca Al-Quran.Bilah dulu pernah masuk pertandingan tarannum ke?”,soal ibu selepas kami bersalaman.

”Tak ada la ibu.Bilah tak pernah masuk pertandingan.Tapi kelas kemahiran Al-Quran tu ada la.Ada la sikit basic-basic untuk diri sendiri.Kalau Bilah masuk pertandingan, semua hakim lari la jawabnya.Dah la sumbang, perasan sedap pula tu!”,balasku, merendah diri.

Ibu tersenyum mendengar kata-kata aku.

”Isk, tak ada la Bilah.Kalau kakak jadi hakim, kakak gerenti jadikan Bilah no 1”,sampuk Dina pula.

Aku tersengih mendengar pujian Dina.Terselit rasa bangga dalam hati.Tapi dalam sisi lain, ada juga rasa tak senang dalam hati.Tak senang dengan pujian dari suaranya yang lembut.

Padahal, itukan kurniaan Tuhan padanya.Apa kes aku nak geram dengan suara lembutnya yang menjadikan aku rasa kekurangan.Dia memuji aku tapi aku sendirri tak pasti dengan kelebihan dirinya.

Dan pada perkiraan aku, pasti Dina lebih pada pengetahuan dan pemahaman agamanya.Dengan tudung labuh yang menutup rambutnya, tak mungkin dia cetek soal agama.Kemungkinan juga dia adalah penuntut dalam bidang agama di Mesir.Bab agama ni memang tak tertanding la dek aku.
------------------------------------------------
”Assalamuaikum wbt.Alhamdulillah, kita berkesempatan lagi bersama berkumpul di rumah Mak Long.Hari ni, tambah seorang ahli.Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Nabilah Azna.Kita mulakan dengan agenda usrah kita yang pertama, tilawah Al-Quran.Macam biasa, setiap seorang akan baca satu muka.Bacaan aritu sampai ke mana dah Aisyah”.

Ucapan ibu memulakan pertemuan dan usrah kami pada malam itu.Usrah kaum wanita, sebagaimana yang sering dilakukan ketika aku sekolah dulu.Masuk universiti, jarang berkesempatan begini.
”Surah Al-Maidah dah ibu.Adik yang mulakan ya.”.

Aisyah memulakan tilawah Al-Quran dan berakhir dengan Dina.Dan ternyata tekaan aku tepat dan benar.Suara Dina gemersik, bacaan Al-Qurannya sedap di dengar.Dan aku mengakui aku bukan tandingan Dina.

Dan bila ibu mengarahkan Dina menyampaikan intisari ayat Al-Quran yang kami baca serta memberi tazkirah kepada semua, hati aku bergolak hebat.Kenapa harus aku bertemu dengan Dina di hari bahagia aku?Kenapa aku harus berada di sini saat ni?Tapi soalan aku tak juga terjawab.

Score setakat ini.Dina 1, Aku 0.Sebab apa, aku tak tahu!Yang pasti, Dina banyak lebihnya berbanding aku.
---------------------------------------------
Semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu selepas makan malam.Ada satu agenda yang akan berlangsung malam ini.Kerahan tenaga dan bantuan membuka hadiah perkahwinan kami diperlukan.Dan kerana itu, awal-awal lagi sepupu-sepupu Einstein yang ramai menawarkan diri tanpa meminta bantuan dari mereka.

Asma, anak saudara Einstein juga tak ketinggalan mahu membantu.Sibuk membantu Mak Su Aisyahnya mengangkat keluar hadiah dari bilik kami.Memang rajin benar anak dara kecil ni.Mudah-mudahan sampai besar kekal perangainya yang satu tu.

Asma kepenatan setelah semua hadiah dikumpul di ruang tengah.Dan dia mahukan upah dari aku.Adat anak kecil seusia dengannya, susu sebotol pintanya.

”Mak Ngah, kakak penat.Tolong buatkan susu saya”.

Mukanya penuh mengharap dan aku tahu maksud raut wajahnya sebegitu.Pasti mahukan aku memberi perhatian kepadanya.Tangan aku hulurkan padanya dan Asma meluru berlari padaku.Mahu aku mendukungnya.Aku senang melayan Asma.

”Tak pelah Kak Ngah.Akak pergi depan, join buka hadiah.Biar Aisyah dengan Nadia yang buat susu.Tidurkan Asma sekali”,ujar Aisyah bila aku muncul di muka pintu dapur.

Huluran tangan Aisyah yang mahu mengambil Asma ditolak.Asma mengeratkan pelukannya di bahuku.Tak mahu turun dari dukunganku.Aku senang dengan keengganan Aisyah.Setidak-tidaknya, aku boleh mengelakkan mereka mengata aku sekali lagi.Aku nak buktikan aku juga ada kelebihan dalam bab menjaga anak ni.Bukan Dina sahaja yang bijak dalam semua perkara.

”Tak apa lah Aisyah.Dia nak bermanja dengan Mak Ngah dia agaknya hari ini.Bukannya susah sangat nak buatkan susu dan tidurkan baby.Insyaallah, akak boleh buat!”,kataku pada Aisyah.

”Kakak tak mahu dengan Mak Su.Kakak nak Mak Ngah.Mak Ngah cantik hari ni.Mak Su tak ada baju cantik-cantik”.

Ulasan dan alasan yang keluar dari mulut Asma membuatkan aku tergelak.Aisyah mencubit pipi Asma geram.Asma terjerit dan menepis tangan Aisyah di pipinya.

”Asma ni memang macam ni akak.Pantang nampak orang cantik sikit, semua dia suka.Mak Su yang tak vogue hari ni, dia dah tak pandang dah!”,keluh Aisyah sambil berlalu.

Botol susu aku capai.Belum sempat aku memasukkan susu ke dalam botol, Asma menyebut piawaian dalam pembuatan susunya satu persatu.

”Air penuh, susu 8 sudu.Jangan lupa milo sikit!”.

Aku menurut segala katanya sambil tersenyum senang.Amboi, kecil-kecil lagi dah teliti. Tak boleh terlebih dan terkurang susu dalam sudunya.Harus benar sukatannya.Memang sah anak saudara Einstein.
---------------------------------------------------
Asma aku baringkan di atas riba.Susu aku suakan di mulutnya.Belum sempat susu sebotol habis, mata Asma mula kuyu.Dan aku tersenyum senang melihat wajah polosnya yang lena.

“Kak Ngah, takkan layan anak saudara je.Bila Mak Su nak dapat anak saudara seorang lagi ni?”.

Gurauan Aisyah membuatkan aku mengalihkan pandangan.Aku mengangkut bahu, tak tahu apa jawapan yang paling sesuai aku berikan.Silap cakap sekejap lagi, jadi buah mulut orang pula.

“Abang Ngah, bila nak timang anak sendiri?”,soal Maryam pada Einstein pula.

Einstein yang sedang asyik membuka hadiah terkejut dengan pertanyaan spontan dari Maryam.Mukanya yang putih berubah kemerahan-merahan.Malu la tu.

“Apa kes nak malu-malu Angah.Adat orang kahwin la dapat baby.Isk, tak sporting langung!”,tambah Husna pula.

Einstein tersengih.Kemudian matanya beralih pada aku, seakan mengharap aku membantunya memberi jawapan kepada soalan sepupunya itu.Aku buat-buat tak nampak, pandai-pandai la mengayat,abangku sayang!

“Itu kena tanya Kak Ngah la.Abang tak kisah pun bila-bila.Tapi kalau mengandung, kesian la dekat Kak Ngah.Nak terboyot bawa perut ke sana ke mari.Kalau ikutkan hati abang, sebelum anniversary abang yang pertama, abang sanggup jadi ayah.Kak Ngah, sanggup tak jadi ibu?”.

Uisyh, powernya soalan.Selamba pula tu mengenakan aku.Aku pula yang termalu sendiri.

“Tak sanggup ke sanggup.Hadiah untuk baby dah ada ni.Satu set lengkap ni.Apa nak ditunggu lagi Kak Ngah, Abang Ngah!”,kata Aisyah pula.

Hadiah ditangannya diangkat tinggi.Aku menunduk memandang Asma yang masih lena di riba aku.Mungkin terganggu dek suasana riuh dan gelagat ibu dan bapa saudaranya, Asma membuka mata semula.Dan spontan, aku menepuk badannya supaya dia tidur kembali.Kaki aku henjutkan perlahan, buaian ciptaan sendiri.

“Kak Ngah pun pandai jaga anak.Kakak sendiri pun tak reti nak dodoikan baby atas riba macam Kak Ngah.Memang calon ibu terbaik ni.Tak rugi Kak Dina bagi hadiah tu dekat mereka”.

Einstein tersengih mendengar kata-kata Dina.Sedangkan aku, menggelabah tak tentu pasal.Tepukan di punggung Asma terhenti...Aku terkejut dengan hadiah dari Dina.Kiranya Dina tak kisah akan perkahwinan kami.Cuma Nadia yang bersikap dingin dengan aku.Buktinya Nadia tak menyertai kami di sini.Menghilang entah ke mana.
Dan aku termangu sendiri.Kenapa sampai begitu bencinya dia pada aku?Apa-apa pun, aku dah ada satu point membuatkan score aku bertambah.Dina 1,Nabilah 1.Keputusan dah seri!
-------------------------------------------------
Pukul 11 malam, urusan membuka hadiah selesai juga.Hadiah yang kurang sesuai, ada yang aku serahkan pada sepupu-sepupu Einstein yang ramai.Ada teddy bear, dan tak kurang juga 12 dozen sudu dari MYDIN.Memang meriah la kalau ada rumah sendiri nanti.Tak payah susah-susah nak beli peralatan dapur.

Einstein memegang tangan aku erat dan berlalu ke bilik.Melihat reaksi Einstein yang begitu mesra, sekali lagi isu baby dan tambahan ahli keluarga dibangkitkan.Dan kami?Cuma mengangkat bahu.Bila dikaitkan dengan takdir dari Allah swt, semuanya terdiam.

Anak, rezeki pemberian Allah swt.Melihat anak-anak Abang Long yang comel membuatkan aku rasa tak sabar nak punya anak sendiri.Cuma bersediakan aku?Bersediakan aku mengandung, melahir dan membesarkan anak aku sendiri.Dan aku merasakan, aku belum bersedia sepenuhnya saat ini.Mungkin, suatu masa akan datang.

Tapi andai takdir menentukan ada zuriat yang lahir dari perhubungan kami, aku tak akan menolak.Malahan aku bersyukur, kerana akan lahir tanda cinta kami yang akan menyeri rumahtangga kami.Insyaallah.
---------------------------------------------
Einstein menanggalkan kacamatanya, diletakkan atas meja sebelah katil.Seperti kebiasaannya sebelum tidur.Aku yang baru keluar dari bilik air dipandangnya dengan senyuman yang terukir di bibir.Aku membalas senyumannya.Nampak comel bila matanya dikecilkan kerana mahu melihat aku dengan lebih jelas.

“Sayang, tak tolong abang pun bila dia orang tanya soalan cepumas tadi?Kesian kat abang nak jawab sorang-sorang!”,keluh Einstein kepada aku.

Mimik mukanya dibuat-buat sedih.Nak bermanja la tu.

“Ala.Abang punya ayat kan power.Siap kenakan Bilah semula lagi.Tak baik betul, segan Bilah tahu tak?”,balasku.

Einstein ketawa.Aku menjelingnya geram.

“Abang tahu tapi saja buat-buat tak tahu.Erm, tapi abang kagum betul dengan sayang hari ni.Mana sayang belajar dodoikan baby atas riba tu?Ibu pun kagum dengan Bilah tahu tak?”,soal Einstein kepadaku semula.

“Dari mama.Dulukan mama busy dengan study, so Bilah la kena tolong jaga adik-adik.Kira bakat terpendam la tu.Bangga tak ada isteri macam Bilah?”.

Sengaja aku lontarkan pertanyaan sedemikian.Mahukan kepastian darinya.Sekurang-kurangnya menghilangkan sedikit rasa gundah dihati aku.

Einstein menganggukkan kepala dan tersenyum manis.Tangan aku ditarik dekat dengannya.Katil yang masih kosong disebelahnya ditepuk perlahan.Isyarat supaya aku berbaring di sebelahnya.Sedangkan aku, masih banyak urusan yang harus aku kerjakan.

“Bilah minta maaf banyak-banyak abang.Ada soalan exam yang Bilah tak sempat buat pun lagi.Nampak gayanya, abang kena tidur dulu la malam ni.Boleh ke?”,soalku,meminta keizinan darinya.

Einstein masih tersenyum manis.Aku yang pelik dengan penerimaannya.

“Ala...abang dah settlekan soalan tu semua masa dekat rumah mama aritu.Sementara tunggu saya balik.Separuh lagi Dania dengan Nani tolong buatkan.So, Bilah nak berjaga juga ke malam ni?”.

Oh, kiranya inilah yang dimaksudkan oleh Dania siang tadi.Aku je yang tak betul fikirannya.

Aku menggelengkan kepala.Einstein menarik aku kearahnya.Kepala aku didekatkan di dadanya dan aku dapat rasakan kucupan lembut di ubun kepalaku.Aku senang dimanja begitu.Dan pelukannya makin erat,rasa disayangi kian sarat.

“Ya Allah, aku sayang dia setiap saat!”.
-------------------------------------------------------
Einstein mengajak aku menemaninya menikmati angin pagi di luar rumah usai solat Subuh.Ahli rumah yang lain masih belum keluar dari bilik.Mungkin ada yang belum bangun dan mungkin juga tidur semula selepas solat Subuh.

Seperti selalu, tangan aku pasti bersulam dengan tangannya.Sekadar berdiri di luar rumah tanpa tujuan.Menikmati indahnya suasana pagi.Einstein mengajak aku ke bangsal tanaman hidroponik kepunyaan ayah.Melihat sayur-sayur segar yang menghijau.

Rajin juga ayah mentua aku ni berbakti pada tanah.Eh, tanaman hidroponik tak pakai tanah la.

“Kalau nanti kita dah tak mampu nak beli sayur, boleh la datang sini.Kutip sayur yang ada.Boleh la berjimat-cermat duit dapur.Sebab tulah abang kata abang tak kisah kalau kita menikah masa 1st year dulu.Rezeki Tuhan ada dimana-mana.Tak kebulurnya kalau menikah dengan abang ni!”,guaru Einstein kepadaku sambil membetulkan kedudukan bekas hidroponik yang agak senget.

Tangannya yang satu lagi, aku hadiahkan cubitan.Suka sangat bergurau.Tak kira tempat.

Einstein tak akan terperap di dalam blilik jika pagi dan menjelma.Dia tak akan lena semula jika solat Subuh sudah dilaksanakan.Dan pagi ini, aku dah berjangkit sikap yang satu tu.Dah lupa soal tidur lepas Subuh.

“Abang memang selalu macam ni ye pagi-pagi?”.

“Yang mana satu?Kenakan isteri atau jalan pagi-pagi?”.

Einstein bergurau lagi tapi tangannya tetap lincah menyelesaikan kerja merapikan bekas hidroponik.Teliti dan tangkas.

”Isk, suka buat main-main la.Jalan pagi-pagi la.Kalau nak kata habit mengenakan isteri, rasanya baru sebulan abang menikah.Ke abang dah pernah menikah sebelum ni.Takkan la Bilah jadi isteri no 2 pula!”,protesku.

Einstein ketawa lagi, hidung aku diusik.Leper la hidung macam ni!

”Tak la.abang cari calon isteri la sebelum ni.Sebab tu rajin jalan pagi-pagi.Kalau nak cari isteri terbaik, kenalah yang rajin bangun pagi.Kalau tidak, kurus la abang jawabnya.”,balas Einstein bersahaja.

Aku mencebikkan bibir mendengar kata-katanya.Perli aku la tu.

”Kenapa buat mulut macam tu.Macam itik dah abang tengok.Kalau tak ada lauk, makan itik la kita”,gurau Einstein lagi,aku tergelak mendengar kata-katanya.

”Jumpa tak calonnya masa abang morning walk tu?”.

Einstein menggeleng.

”Ramai tapi semua tak sesuai dijadikan isteri.Nak buat macammana kawasan sini semua orang tua je yang bangun .Kampung Bilah pun.Tapi disebabkan Bilah dah teman abang pagi ni, abang tak pandang dan cari lain punya.Percayalah cakap abang!”,ujar Einstein bersungguh-sungguh.

Aku mengangkat kening.Mahu dia buktikan kata-katanya.

”Tunggu dan lihat je sayang.Abang akan buktikan pada Bilah tau!”,balas Einstein, menyahut cabaran aku.Dan melihat mimik mukanya yang penuh semangat, aku ketawa kuat.Macam-macam la suamiku sayang ni.
--------------------------------------------------------
”Kakak ingat nak buat attachment bahagian OBGYN cuti ni.Angah ada cadangan tak, hospital mana yang sesuai?”,soal Dina selepas kami bersarapan pagi.

Aku terdiam seribu bahasa.Kiranya kami dalam satu bidang yang sama.Cuma menuntut di universiti dan negara yang berbeza.Dan satu lagi kelebihan Dina yang menaikkan scorenya.Dina pandai dalam bidang agama walaupun menuntut dalam bidang perubatan.Kelebihan ini juga juga yang membuatkan aku tertinggal satu mata.Dina 2,Nabilah 1.

”HKL kalau Dina nak.Mana-mana hospital pun ok.Tapi better buat dekat hospital kerajaan la.Kalau nak masuk HUKM pun tak ada masalah rasanya.Lagipun dekat je dengan rumah, senang nak berulang alik”,pendapat Einstein disuarakan dalam nada suaranya yang tenang.

Aku yang tak tenteram mendengar cadangannya.Kenapa HUKM yang disebut-sebut?Bukan banyak lagi hospital lain yang Dina boleh pergi.Kenapa harus dia tempat yang adanya Einstein juga?

”Bukan apa.Kalau hospital tempat belajar ni, ok sikit.Boleh sama-sama belajar dengan yang ada dekat hospital.Kalau silap, ada orang yang tegur.Berpeluang nak buat sendiri lagi semua prosedur.Kalau Dina nak buat dekat UKM, Nabilah boleh tolong”,tambah Einstein lagi.

”Ha, aku?Aku boleh tolong.Kenapa pula aku yang dilibatkan sama ni?Tak pasal-pasal je”,gumamku geram di dalam hati.

”Nabilah boleh tolong kakak kan.Maaf kalau menyusahkan Nabilah.Tapi berharap sangat boleh buat attachment balik ni.So, masuk clinical balik ke Mesir semula tak la terkejut sangat!”.

Suara lenut Dina menampar telinga aku.Aura nya tetap kuat dan menusuk telinga.Ikutkan rasa hati malas aku nak membantu.Kau nak sangat,usaha la sendiri.Tapi bila tengok muka Einstein yang pelik dengan aku yang hanya mendiamkan diri, akhirnya aku menawarkan bantuan.

”Insyaallah, Bilah cuba.Tapi tak berjanji la.Kalau dapat, nanti Bilah bagitahu ok.Apa-apa pun......”.

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku, Dina meluru ke arah aku, dan memelukku erat.Ucapan terima kasih dan kegembiraan jelas terpancar di mukanya.Sedangkan aku, tergamam dengan situasi yang tak pernah aku duga.
-------------------------------------------
Sebelum kami pulang ke Cheras, Nadia yang menghilang entah kemana muncul juga.Katanya baru kembali dari rumahnya, menyelesaikan assignment yang perlu diemailkan kepada pensyarahnya.

Aku sekadar menganggukkan kepala mendengar ceritanya.Malas nak menyampuk.Kalau tak kena anginnya nanti, makin bertambah rasa benci dia pada aku.Dan pandangan matanya yang sentiasa curiga dan tak puas hati dengan aku sentiasa mengikuti segala gerak-geri aku.Rimas jadinya.

Asma baru bangun dari tidur ketika aku melangkah ke kereta.Padahal ibu sudah berpesan pada Aisyah agar memastikan Asma tetap tidur hinggalah kami meninggalkan rumah.Bimbang kalau Asma nak mengikut katanya.

Tekaan ibu tepat bila Asma menjerit dan merongoi mahukan aku mendodoinya.Melihat aku yang siap berpakaian, Asma pun apa lagi.Nak didukung terus la jadinya.Puas memujuk Asma , dan akhirnya Dina juga yang berjaya menundukkan kedegilan Asma.Dengan ini, scorenya naik lagi satu anak tangga.Dina unggul dengan kelebihan 2 mata mendahuhui aku.
-----------------------------------------------------
”Abang nampak Bilah menangis semalam.Kenapa sayang?Ada apa-apa yang tak best ke jadi dekat rumah abang?”.

Akhirnya, Einstein bertanya juga perihal aku dan airmata semalam.Sedaya upaya aku sorokkan dari diri.Bila Einstein masuk ke bilik, aku segera angkat kaki ke blik air.Melarikan diri dari disoal siasat Einstein.

”Erm, tak ada apa-apa la abang.Just perkara keci je.Teringat dekat adik-adik.Sensitif tak pasal-pasal je semalam!”,jelasku pendek dengan harapan dia tak bertanya lanjut soal itu.

”Ok,Kalau tak ada apa-apa.Cuma abang rasa pelik je dengan Bilah semalam.Abang rasa semua ni ada kaitan dengan Dina la sayang.Bilah nak share dengan abang ke?”,duga Einstein.

”Ha, kenapa pula abang rasa macam tu?Kenapa nama Dina pula yang keluar ni?”.

“Sebab Bilah yang happy dengan sepupu abang terus jadi muram.Pastu abang rasa Bilah macam bukan Nabilah yang abang kenal.Lain betul semalam!”,jelas Einstein.

“Lain macammana pula ni?”.

“Selalu Bilah banyak cakap,tapi semalam Bilah diam je..Hilang segala kata-kata.Pastu Bilah macam nak bersaing dengan Dina.”,tambah Einstein lagi.

Aku menggelabah di tempat duduk sebelahnya.Kiranya obvious sangat la perubahan aku.Patut la dia geleng kepala beriya betul masa aku sibuk nak membantu di dapur tadi.Dia tak meluahkan pendapatnya hinggalah sekarang.Mengambil waktu yang tepat untuk berbicara soal perhubungan dan sikap aku.

“Bilah , jangan rasa diri sayang kurang.Dina dan Nabilah manusia yang berbeza.Dina tak boleh jadi Nabilah dan sebaliknya.Dan abang terima Bilah seadanya.Abang tak pernah minta Bilah berubah jadi macam Dina.Jadi, Bilah tak perlu ubah sikap,Just be yourself!”,jelas Einstein panjang lebar.

“So, abang tahu la Bilah cemburu dengan Dina ni?Tapi abang buat tak tahu je semalam!”,keluhku akan reaksi dan tindak balasnya.

“Abang saja nak test sayang.Kalau abang pujuk, sikit jelah nampak sayang cemburu.Kalau sekarang, abang yakin dengan hati Bilah.Bilah memang sayangkan abang.”.Einstein berkata-kata penuh yakin.

“Ha, lagi satu.Bilah tak usah nak membandingkan Bilah dengan Dina.Tak usah rasa dia lebih, Bilah kurang.Sebab walau apa-apa pun kurangnya Bilah berbanding dia, Bilah sentiasa menang di hati abang.”,ujar Einstein lembut.

Memang romantik habis suami aku ni.Berbunga-bunga rasa hati mendengar pengakuan dia.So, aku jadi je diri ku sendiri.Tak payah nak make over ape ntah nak pastikan Eisntein tak jauh dari aku.Tapi apa-apa pun, aku kena letakkan mata untuk menjunjung kemenangan aku ni.

“Abang, berapa score untuk Bilah sebab menang di hati abang?’,soalku dengan senyuman terukir di bibir.
Einstein menggelengkan kepala mendengar pertanyaan aku.Lantas 3 jari di tunjukkan kepada aku.Aku tersenyum senang sambil sibuk mengira score terakhir untuk ini.

Keputusan terakhir antara aku dan Dina adalah seperti beikut:

Dina 3, Nabilah 4...Aku unggul dengan satu mata mendahului pecabar terdekat aku..Satu mata pun tak kisah la,Asalkan aku tetap jadi pemenangnya.

“Dah menang dah.Kena belanja abang la macam ni.”,tempelak Eisntein pada aku, mengganggu kegirangan yang melanda hati.

“Bilah belanja abang Vitamin C jelah.Mudah, berkhasiat dan penuh kasih sayang lagi.Abang, thanks for everything!”.

Serentak dengan itu, ciuman aku hadiahkan di pipinya.Bibir Einstein tersenyum lebar. Yezza,i’m the champion.Finally...

7 comments:

sya[E] said...

besh!!!..
romantiknye Einstein..
bhgia btol bilah..
smbg lagi..
ayt power nih smpi episod bp??

Princess said...

wow~ romntic hbis la enstain...huh~
suke2..cpt smbng tau..

Anonymous said...

sweet btl Enstain nie mst Bilah srnk....
ssh nk jmp llki y mmhmi n setia...

MaY_LiN said...

alololo~
nak tau gak..
nape umar x pilih dina..
kate dina baik segala bagai..
mesti ader bende yang wat umar cyg sesangat kat bilah..
sis..ader correction skit..
HUKM da naik taraf jd pusat perubatan..
so skrg PPUKM..

misz nana said...

Bilah2..
rasa tercabar kamu ye..
hehe..

addeen said...

suka citer ni..
byk unsur islamik..
well done..
cpat smbung citer ek...

Anonymous said...

betul2...xsabar nak tau knpa bkn dina y jd pilihanny?...apakah cerita disebalik semua ini?...huhu..dh xlarat nk suspen tiap kali baca..^^,