@rubiadaibrahim

Friday, September 11, 2009

CCB:Apa Dah Jadi?


Katil yang penuh dengan barang aku kemas.Tak berkesempatan nak berkemas sepanjang minggu lepas.Sibuk dengan kerja universiti yang berbagai jenis dan rupa.Semunya menuntut aku menyelesaikannya sebelum hari Jumaat.

Assignment, final project, presentation dan tak lupa juga kena menguruskan tempat practical untuk bulan depan.Aku bukannya malas nak mengemas bilik ni.Tapi aku tak cukup tangan.Mana nak menaip kertas kerja, mana nak mengayat surat permohonan praktikal.Pokoknya, jadual aku penuh dan tak ada ruang kosong la.
Alhamdulillah, hari ini muncul juga hari Sabtu.Seminggu kesibukan aku berkejar-kejaran dengan masa, seminggu jugalah T-shirt hamba Allah sebelah rumah kering di belakang pintu.Walaupun kesan minyaknya dah hilang dah berubah jadi suci murni seperti semula, aku masih tak pulangkan lagi T-shirt tu.
Malas aku nak menambah kontroversi aku & jiran aku tu.Kalau berjumpa jap lagi, apa pula panggilan baru dia beri kat aku.Cukuplah nasi lembik dengan harimau betina.Dalam kondisi aku sekarang ni, mungkin dia bagi pangkat kura-kura pencen kat aku.Yelah kan, lambat semacam je pulangkan baju dia.
Katil siap.Senang hati aku nak landing malam ni.Boleh la hilangkan sakit belakang aku yang dah seminggu ni.Gara-gara barang bersepah atas katil, terpaksa aku melelapkan mata atas karpet.Tak menarik langsung weh!
Aku melangkah ke belakang pintu.Harus membersihkan segala gantungan pakaian belakang pintu yang merosakkan pandangan mata.Kalau umi tengok la keadaan bilik aku yang macam tongkang pecah ni, alamatnya aku kena tazkirah la.
“Pemalas macam gini, tak ada orang nak buat isteri la kakak.Jadi andartu la jawabnya”.
Itu agaknya intro dari umi.Pedas, sinis dan memedihkan telinga.Siapa yang suruh aku malas kan?hehe.
Tudung yang dah berkedut sana sini aku campak dalam bakul baju.Di bawah tudung aku, jelas kelihatan baju T-shirt kontroversi.Aku capai dan tilik.
“Sebegini punya kusam baju, bukannya nak dibuang.Dera aku bersihkan lagi.Ingat aku ni orang gaji dia apa?Kalau orang gaji dapat juga duit, aku dapat apa?Dapat sakit hati!”.
Baju yang ditangan aku renyukkan.Geram betul.Biar padan muka dia sebab baju dia rupa kain lap kaki masa aku pulangkan jap lagi.Kalau ada la jampi serapah mana-mana, aku nak niatkan renyukan baju tu ibarat badan dia.Biar dia rasa hancur lebur badan, suka sangat menyusahkan orang.
Bila fikir balik, tak elok pula mendajalkan orang.Allah pun tak suka.Kejam pula tu.Eh, tak baik.Tak baik!
-------------------------------------------------------
“Hudaaaaaaaaaaaaaaa”.
Laungan Linda lantang kedengaran di luar bilik.Mula dah sesi kelas vokal dekat rumah aku.Aku lambat sikit pun nak bising hamba Allah ni.Bukannya jauh mana pun KFC tu, jalan kaki ke kiri, ke kanan, lurus, belok kanan, ikut lorong sunyi sikit sampai la!
“Ye, tunggu la sekejap.Tudung aku buat hal ini.Tak betul-betul lagi.Kang semua orang confius tengok muka aku ni.Kau juga yang malu kalau ada kawan muka labu air jap lagi!”,bentakku.
Linda terdiam.Tahu pun takut.Hehe.Aku memang ada masalah sikit dengan penstrukturan tudung ni.Kalau silap pakai, memang jelas la muka bulat aku ni.Nak pula selera makan aku yang macam naga sepanjang minggu ni, lagi la naik dipam-pam pipi aku.Montel habis!
“Macam mana sekarang.Ada rupa labu air lagi tak?”,soal aku pada Linda sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik.
Linda menunjukkan ibu jarinya.Cayalah, berjaya juga aku sorok pipi tembam aku ni!Ke Linda nak jaga hati aku je ye?Isk,isk..tak baik buruk sangka la Huda Diyana oi!
“Perpect!Abang KFC bagi free JUMBO set jap lagi ni!”,gurau Linda sambil menarik aku ke muka pintu.
“Cepat.Penunggu meja dan nak jadi singa.Silap haribulan, ayam KFC habis kena lahap.Dengan kita-kita sekali, mengembara ke perut dia orang”,tambah Linda lagi.
Selipar aku sarung di kaki.Langkah aku percepatkan.Aduh, kena tadah telinga dengar tazkirah hujung minggu la nampaknya sekejap lagi!
Dalam aku terkejar-kejar dengan Linda tu, sempat lagi aku menjeling maut ke rumah sebelah.Ada kereta mewah yang diletakkan di garaj.Siapa kan tuan punyanya?Takkan jiran aku semuanya kurus keding gara-gara nak beli kereta ni?Tak pun dia orang memang loteri tak?Tak pun, terus naik pangkat jadi tuan punya syarikat tak?Kalau macam tu tak pelik la.Huyo, lepas naik pangkat terus beli kereta BMW.Cayalah jiranku!
------------------------------------------------
Nadia dan monyok, Izzah dah rupa tahi lembu kena hempap dek hujan.Tak ada rupa manusia dah!Aduh, bersalahnya la rasa!
“Assalamualaikum..salam sejahtera..maafkan aku, aku insan biasa..punya salah dan hidup terhina”.
Nanyian syahdu aku tak berjaya menukar rupa mereka yang dah berubah tu.Aku menggaru kepala yang tak gatal.Linda Cuma mengangkat bahu, tak nak masuk campur dengan urusan aku.
“Aku minta maaf la korang.Aku bukannya sengaja nak tidur.Tapi mata aku ni yang pandai-pandai tidur.Kau orang jangan la marah dekat aku, marah la dekat mata hazel aku ni”.
Tak ada respons.Edisi rayuan aku tak berjaya.Apa aku nak buat ni?Ha, ada satu cara je!
Aku tarik kerusi lantas duduk.Nak merajuk dan marah sangat dekat aku, sila la kenyangkan diri dengan perasaan marah kau orang tu.
Ayam goreng KFC yang terhidang di atas meja semuanya aku tarik ke arah aku.Mata Linda, Nadia dan Izzah terjengol macam tengok hantu.Semuanya tergamam dengan reaksi aku.
“Cikgu aku kata dulu.Kalau kawan marah-marah, jangan pedulikan dia.Biar dia sejuk dulu, pastu baru cakap semula dengan dia.Yelah kan, orang marah ni kadang-kadang tak betul sikit.Dah setahu aku, orang yang weng-weng otak dia, doktor tak sarankan makan ayam goreng best macam ni.Paling-paling dia kena makanan berkhasiat sikit.Bubur ayam home made punya”.
Belum sempat aku suap ayam goreng lazat disukai ramai tu, Izzah sambar tangan aku.Perbuatan aku terhenti.Nadia dan Linda tarik ayam jauh dari aku, betul-betul di tengah meja.Ha, takut aku habiskan semua makanan rupanya.Yess, teknik selamba tapi power juga yang berjaya.Bangga..banga aku!
-----------------------------------
“Nadia, jalan la lambat sikit.Perut aku menggelodak ni.Kang muntah tengah jalan pula aku”,jerit Linda pada Nadia yang berjalan tak seiring dengan kami.
Nadia memperlahankan langkah.Kepalanya digelengkan.
“Itulah.Orang suruh bawa balik, semua keras kepala.Nak juga habiskan sebab niat dan nazar.Dah semua macam ikan buntal.Perut yang jalan dulu dari kaki”,bebel Nadia.
Aku pekakkan telinga.Inilah padahnya kalau ikutkan nafsu.Tak ingat dah pesan Nabi suruh berhenti sebelum kenyang.Sumbat sampai nak meletup perut.
“Bukan apa, tak elok la baw balik rumah.Kalau ada orang-orang susah yang tengok aku bawa KFC balik tu macam mana?Tak pasal-pasal aku kena bagi dekat dia orang.Kan rugi aku macam tu!”,balas Linda pula.
Izzah mencebikkan mulutnya ke arah Linda.
“Dasar Haji Bakhil.Punya banyak la duit mak ayah kau, KFC satu set pun nak berkira dengan orang msikin.Macam mana la nak murah rezeki.Kemut tak mudah!”.
Linda sekadar tersengih mendengar kutukan lahir dari mulut Linda.Aku tak ada point nak balas.Orang dah belanja, terima kasih jelah.Nak pula duit aku yang makin nipis sejak aku mula buat final project ni.Lagi la aku mengalu-alukan sebarang bantuan dan belanja makan.
-----------------------------------------------
Puas berjalan, akhirnya sampai juga ke rumah.Aku perhatikan BMW yang sama masih tersadai di depan rumah.Megah je gayanya.Nak kena menyiasat ni.Uisyh, macam tak ada kerja je aku ni.
Sedang aku terhendap-hendap mengintai ke sebelah, Linda menegur aku dari pintu utama.Nak cover punya pasal, cepat-cepat aku capai selipar yang bergelimpangan di luar rumah.Buat kebajikan sket malam hari ni.
“Huda, jiran sebelah kata dia nak bagi duit untuk masak last week.Kira upah memasak apa ntah.Aku pun tak reti nak tentukan berapa hinggit last week, so dia nak jumpa engkau la.Sekejap lagi, dia datang rumah.”.
Aku menganggukkan kepala.Dah macam burung belatuk dah.Aku baru je ingat nak tolong ikhlas dari hati, tapi tak sangka pula upah nak mari.Layan jelah.Jiran-jiran aku ni macam tahu je aku dalam kesempitan wang.Ada sixth sense apa?
Eh, jap.Dia nak datang?Dia tu siapa?Jiran yang mana satu?Yang tinggi kurus ke, yang pendek gemuk?Ke yang senyum manis, atau yang muka cuka?Atau yang mulut laser?
Lantak la, yang mana satu.Asalkan duit masuk udah.Aku malas nak ambil tahu.Lantas, selipar dan kasut kuliah aku susun satu persatu di atas rak kasut.Hilang juga tsunami luar rumah aku ni akhirnya.
-----------------------------------------------
“Cik jiran..o, cik jiran.Rajinnya malam hari.Ke nak tunggu bulan jatuh ke riba?”.
Suara garau tu menampar gegendang telinga aku.Aku berpaling ke arah pagar yang tertutup rapat.Dah bermangga pun.Muka jiran dengan highlight mulut lasernya sedang tersengih memandang aku.
“Mai la sini..nak bagi duit hari tu.Yelah kan, tak baik guna kudrat orang tapi tak hargai.Nanti ada pula orang berhutang budi.Jumpa kat akhirat pula sebab tak settle-settle kat dunia”,tambahnya dari luar.
Berasap telinga aku dengan ayat dia yang tetap laser seperti sedia kala.Dia perli aku ke pada ni?
“Assalamualaikum wbt.Apa khabar ya jiranku.Maaf mengganggu malam-malam!”,ujarku bila langkah mendekati pintu pagar.
Orang yang luar pagar tu apa lagi, terdiam seribu bahasa la.Sengih ala kerang busuk la.Sedar dia berkelakuan tak sopan agaknya.Yelah, datang rumah orang macam tak ada adat.Dah la lupa nak bagi salam, menyindir pula tu!
“Waalaikummussalam.Bukan aku sengaja tak mahu bagi salam la.Aku nak suruh kau tambah pahala je!Jangan la rasa bangga sangat sebab sedarkan aku!”.
Fuh, ayat berbisa lagi tu.Siap tak mahu mengaku salah lagi.Malas aku nak melayan dia, silap haribulan malam ni aku jumpa doktor.Tekanan darah tinggi tak pasal-pasal.
“Ha, yelah tu.Sila la selesaikan apa yang tak diselesaikan lagi.Saya tak banyak masa nak berbual panjang dengan awak malam-malam hari ni”,pintas aku sebelum sempat dia menyambung kata.
“Ni duit upah masak hari tu.Walaupun kami tahu kau ikhlas nak masak, tapi kami ni manusia berhati mulia.Kau patut bangga sebab ada jiran macam aku ni.Ha, disebabkan kau dah berpenat lelah juga masak hari tu, aku rasa tak payah la kau bazirkan masa menyental baju berminyak tu.Kalau kau nak buang pun, aku tak kisah.Aku dah minta kat offis pun uniform baru.So, terima kasih sekali lagi.Maaf la menyusahkan.Assalamualaikum!”.
Si mulut laser segera berlalu setelah angpaw bertukar tangan.Tak sampai seminit dia dah menghilang dari pandangan aku.Cepat betul dia lari, apa ke halnya ni?
Cop..cop.Dia kata tak payah bazirkan masa sental kesan minyak baju dia?Ha,kiranya aku kena simpan baju tu sampai sudah.Hantu punya manusia, dah dekat seminggu baru sekarang dia kata dekat aku.Patut la lari cepat je, takut aku naik hantu la tu!
“Sabar Huda..bawa bertenang!”.
.Aku cuba tenangkan diri bila rasakan ada ura yang tak best dalam diri.Ada rasa nak mengamuk tiba-tiba muncul.Naik juga tekanan darah aku malam ni.Aduhai,hilang nikmat malam Jumaat sekali lagi!
------------------------------------------------
Aku bangun awal pagi Sabtu.Nak menjelajah ke kedai mamak pula.Layan roti canai punya pasal.Kalau tidak, tengah buat senaman aerobik atas katil gamaknya aku.
Makan kenyang sangat malam tadi, balik terus tidur.Bangun je rasa lapar macam tak jumpa makanan 2 hari.Kalau berginilah rutin aku setiap minggu, makin jadi labu air la jawabnya!
“Adik manis...mahu pesan apa?”.
Seperti selalu, pelayan restoran Sayyid tanya pesanan kita orang dengan muka berharap dia.Kalau tengok sekali, memang confirm nak datang lagi makan dekat sini.Kesian bebeno!
“Macam biasa la.Roti canai 2 keping sorang.Nak kuah kacang banyak, kari sikit je.Pastu jangan lupa tambah sambal ikan bilis atas roti canai”,ujar Linda dengan kecepatan kereta api ekspressnya.
“Ok.Minum air manis tak adik manis?”,soal Kamal Lagi.
“Macam biasa la.Satu air milo panas, Satu milo ais,Necafe satu.Awat macam tak biasa ja hang ni.Hang nak mengorat kami apa?”.
Tu dia, sorang lagi mulakan ayat laser.Kamal tersengih-sengih.Malu agaknya dengan pesanan yang agak perasan tu!
--------------------------------------------
Sedang kami asyik menikmati air tangan mamak , ada kereta BMW yang melintas di depan restoran.Mata aku melolot mengikuti pergerakan kereta tersebut.Rasanya macam kereta jiran sebelah rumah aku je.
Kereta BMW tu diletakkan di depan kedai runcit.Ada perempuan cantik keluar dari sebelah depan, tempat duduk penumpang.Berpakaian ringkas dan hanya selendang menutup kepalanya.Jelas kelihatan gaya ala Mak Datinnya.Tapi siapa dia ni?Misteri betul!
“Weh, sal hang ralit sangat tengok kat luar.Ada apa yang menarik ke?Kau usha siapa ni?Kalau ada yang handsome, elok la ajak kami tengok sekali.Kalau bisul mata, bisul sama-sama.Baru la nampak macam duduk serumah!”.
Kata-kata Izzah membuatkan aku tersedar yang aku dah lama diperhatikan.Semuanya memandang keluar restoran, melilau mencari apa yang membuatkan perhatian aku pada roti canai tadi teralih.
“Bukannya ada apa-apa pun.Suka je tengok-tengok dekat luar.Sekejap lagi, ingat nak beli surat khabar sekejap.Mana la tahu ada cerita menarik ke.”,jelasku pada mereka.
Sedaya upaya aku sembunyi rasa ingin tahu aku yang satu tu.Siapa sebenarnya perempuan anggun tu.Mereka meneruskan suapan roti canai.Fuh, mujur dia orang mudah percaya dengan alasan aku.Kalau tidak, jadi gosip baru la dekat rumah jap lagi.
Melihat mereka kembali makan, aku menjeling ke luar restoran semula.Berselang-seli dengan suapan makanan.Tak la obvius sangat.Perempuan anggun tu masih belum keluar dari kedai runcit
.
Apa yang dibuatnya lama sangat dekat kedai?Ke dia tuan punya kedai tu?Dan jiran aku pula apa kaitannya.Takkan ada yang kerja jadi pemandu peribadi kot?Tapi kalau betul la tekaan aku siapa hamba Allah tu.
“Tolong la manusia dalam kereta.Keluar la cepat!Fuh!”.
Tak lama kemudian, perempuan tadi keluar dengan beg plastik penuh di tangan.Dan lelaki yang aku andaikan pemandu peribadi perempuan anggun tu berlari-lari keluar.Barang yang penuh di tangan perempuan tadi di capai dan diletakkan dalam bonet kereta.
Perempuan tu masih belum masuk ke dalam kereta.Masih di sisi lelaki dari, memandang tingkah laku lelaki tadi hinggalah semua barang dimasukkan.Kemudian, lelaki tu menyongsong langkah perempuan tu ke pintu sebelah penumpang.Tangannya diletakkan di atas bahu,mesra betul.Dibukakan pintu dengan senyuman masih bermain di bibir.
Telahan aku, ni bukan driver peribadi.Ni dah rupa kes lain.Tak silap kot pandangan aku ni.Jelas semua perlakuan dia di mata aku.Mujur aku rajin pakai cermin mata pagi ni,kalau tidak terlepas pula adegan penting ni.
Aku menjeling dari hujung mata.Air milo aku hirup perlahan.Lelaki yang aku perkirakan jiran aku tu dah berjalan ke pintu sebelah pemandu.Dan aku segara berpaling,nak merungkai persoalan yang bermain di hati.
Mata aku tak nampak jelas kelibat dan muka dia.Ha, takkan dia lagi?Misteri nusantara lagi dah.Nak mula penyiasatan bersiri ke apa?Patut la tak kisah dengan baju kusam dia tu.Dan ada yang taja baju baru..taja kereta lagi.Tak terjangkau akalku peristiwa kali ni.
“Eh, siapa dengan Pak Imam tu?Sikit punya mengancam.Takkan la pak imam tukar kerja jadi gigolo kot!Astaghfirullah”.
Ha, dia orang pun dan nampak.Tak silap lagi pandangan aku!Tapi, betul ke?Biar betul??Ke memang betul?Betul ke tidak?Ke aku yang tak betul?Ah, pening la aku.
"Yang kita pergi sibuk ambil tahu hal orang ni buat apa?Busy body memanjang.Lantak la dia.".
“Weh, takkan nak biarkan aja ni.Kita kena buat something ni.Huda, kau rasa apa kita kena buat ya?”.
“Biarla dia.Dia tahu juga dosa pahala.Takkan la dia nak buat macam tu!Masjid tak pernah sunyi dengan dia.”.
“Isk,kau ni.Iman bukan letak dekat jalan ke masjid dia.Mana boleh biarkan aja.Aku nak mahu berdosa,subahat tu.Nak kena pergi nasihat ke?Ke nak report dekat Pejabat Agama?”.
Ah, sudah.Semua dah rasa tak sedap.Nak kena buat apa ye?Kena jadi ustazah la pula hujung minggu ni!Tak pernah sunyi la hujung minggu aku sejak insiden tumpah minyak tu.Siapa yang salah, minyak cap buruh ke?Kenapa macam-macam pula kisahnya ni?Pening...pening.

2 comments:

sya[E] said...

haha..klaka la kwn2 huda ni..
spe eyh pmpn yg ngn pak imam 2??
msykl nih..smbg lgi

Anonymous said...

akhirnya ada jgk n3 br CCB...
nma je P.Imam tp mlt dia lazer..
elok le tu dgn Huda satu angktn mulut..hi2...
erm..sape le pmpuan tu yek..