@rubiadaibrahim

Tuesday, September 1, 2009

CCB:Balas Dendam?

”Kau yakin tak nak pergi sebelah ni?”,soal Linda kepada aku.

Aku menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada soalannya.Nadia dan Izzah tersenyum melihat gelagatku.Keduanya ketawa kecil melihat reaksi aku yang dingin dengan pelawaan Linda.Mereka sudah lengkap berbaju kurung dan bertudung,bersiap ke sebelah.Cuma aku yang masih dengan uniform santai di rumah, kain batik dan T-shirt seperti selalu.

”Tak mahu la aku.Dengan uniform macam ni.Isyh,tak sesuai.Silap hari bulan, kena belasah dek orang sebelah aku.Merosakkan pandangan je”,balasku dengan slang ala-ala Raja Azura.

Nadia ketawa mendengar jawapan aku.

”Yelah tu.Tak percaya la aku.Hang malu dengan mamat tu ye sebab kantoi pagi tadi kan?Mengaku jelah”,tempelak Linda sambil tersenyum nakal.

Aku tergamam mendengar ayat Linda yang selamba mengenakan aku.Mata aku jengilkan kepadanya.Linda buat muka, kononnya takut.

”Takutnya Huda.Rasa macam nak kena pukul dengan mak tiri dah aku.Kami minta diri dulu la mak tiriku sayang.Kesian lak dekat jiran sebelah, tertunggu-tunggu kehadiran aku”,tambah Linda.

”Sudah, tak habis-habis dengan perangai perasan hang tu.Entah-entah dia nak pergunakan hang je.Perasan betul!”.

Linda mencubit tangan Izzah.Dari reaksi Linda, aku rasakan bahang kegeramannya pada kata-kata Izzah.Nasiblah kawan, Izzah tak beli insurans mulut lagi.

”Dah, memang dia orang tengah tunggu tu.Cepat sikit pergi, kesian dia orang tak ada nak tolong hidangkan makanan sat lagi”,ujarku sambil menarik mereka agar bangun dari sofa.

Kalau tak diuraikan bab cubit-mencubit antara mereka ni, silap haribulan tak jadi ke rumah jiran.Duduk rumah sendiri, tak bertegur sapa berhari-hari pula nanti.

Nadia tersengih melihatku, faham akan maksud tindakan tu meleraikan mereka.Kalau Izzah dan Linda bergaduh sekejap lagi, aku dan Nadia juga yang yang jadi orang ketiga.Pendamai perang mulut antara mereka.

Linda, Izzah dan Nadia menghulurkan tangan kepada aku.Minta izin pada ibu tiri, penunggu rumah sejati ni.Tangan mereka aku sambut tapi dengan satu arahan.Arahan supaya lena aku tak diganggu mereka pulang dari rumah jiran sebentar lagi.

”Cium tangan aku ni,cubalah jadi anak yang baik sikit.Kunci rumah jangan lupa.Nanti jangan menyusahkan aku buka pintu.Kalau terdengar bunyi pintu macam nak pecah jap lagi,aku pecahkan kepala korang satu persatu”,ugutku.

Semua memandang aku dengan muka tak percaya.Terkejut dengan nada suara aku yang tak ubah seperti mak tiri kejam dalam sinetron Indonesia kegemaran Izzah.Aku tergelak dengan reaksi mereka.

”Macam mana, ada gaya mak tiri tak aku?”,soal aku sambil ketawa tak ingat dunia.Padan muka korang!

Nadia dan Izzah cepat-cepat mencubit aku.Aku mengeringai kesakitan.

”Yelah tu jadi mak tiri.Hang jangan nak menambah masalah tau.Masalah kena menikah dengan jiran sebab kantoi rambut ekor kuda tak settle lagi, sekarang nak tambah masalah pula.Huda, berpijaklah di bumi yang nyata!”,kata Linda sebelum berlalu.

Aku terpempam.Ketawa aku yang masih bergema terhenti dengan sendiri.Mulut kelu, tak mampu berbicara.Hilang semua kata.Tak terkata dan tak ada kata nak dibalas.

Aduhai,masalah kian bertambah,Kepala pening sudah.
--------------------------------------------
Mata aku cuba pejamkan.Penat melayan mata yang tak mahu tertutup.Lena masih belum datang walaupun dah lebih setengah jam aku bergolek ke kanan dan kiri katil bujangku.Ini semua gara-gara terganggu dek ugutan kanak-kanak serumah aku ni.
”Yelah kan.Ustazah aku kata dulu,kalau orang lelaki dah tengok aurat kita,kena kahwin dengan dia.Kalau kes kau ni,memang tak ada jalan lain la.Memang nak tak nak,kena menikah tahu tak?”.

Fikiran aku terganggu dengan kata-kata mereka yang seakan memang berniat mahu mengenakan aku.Hati aku membantah keras ugutan mereka.Tapi tak ada dalil yang kuat untuk menentang mereka.Tak habis satu masalah, bertambah satu masalah.Aduhai!

Dikernakan masalah tu juga, niat menyiasat kisah jiran & pulut kuningnya terbantut.Hilang sudah rasa ingin tahu aku, berganti dengan rasa cuak yang mencengkam jiwa.Ikutkan hati aku nak je pergi memeriahkan kenduri di rumah jiran sebelah rumah.Memeriahkan dengan sesi ceramah perdana kepada hamba Allah yang menyeksakan hati dan jiwa aku.

Demi menegakkan keadilan, aku segera bangkit dari katil.Handphone di atas meja segera aku capai.No telefon Umi aku dail.Lama menunggu, baru diangkat.
-------------------------------------------
“Assalamualaikum, umi”,sapaku, memulakan perbualan kami di tengah hari Ahad yang penuh kontroversi.

“Waalaikummussalam.Mimpi apa ni sayang?Kata nak tidur lepas siap masak.Ni telefon umi tengahari ni macam pelik je?”,soal umi padaku kembali.

Aku terdiam seketika.Umi sudah maklum akan tabiat aku yang pengsan selesai sesi memanaskan dapur.Aku mencari titik permulaan mengadu pada umi.Tak tahu mahu memulakan bicara di mana?

“La, tertidur dah ke kakak?Diam je.Ada masalah apa-apa nak share dengan umi ke?“,tambah umi bila aku mendiamkan diri.

Aku berdehem tanda telahan umi silap.Memang aku ada masalah dan aku perlukan Biro Aduan Awan sekarang.Umi lah yang jadi pilihan aku mencari penyelesaian masalah yang tak tahu bila akan berakhir.Dah jatuh ditimpa tangga kata pepatah.

Ceh,dah bermadah lagi aku!

“Umi, kawan Kakak ada problem sikit ni.Dia minta tolong tanyakan pada umi.Dia ni segan sikit nak tanya dekat ustazah dekat kampus.Boleh kan umi tolong settlekan masalah dia ni?“,helahku pada umi, menyembunyikan kisah benar yang menimpa aku.

“Insyaallah, umi cuba jawab kalau umi boleh jawab.Siapa kawan kakak tu?Kenapa tak telefon umi terus je?Kan lebih senang?“.

Aku tergamam.Tapi cepat aku pintas dengan alasan yang sentiasa hadir dalam fikiran aku.

“Diyana umi.Umi tak kenal dia.Dia ni pemalu sikit.Sebab tu dia minta Kakak tanyakan dekat umi.So far, tak apa kan umi?“,balasku.

Diyana,pun Diyana lah.Asalkan umi tak perasan Diyana tu aku udah le?Kalau tidak, naya!

“Isk, ada pula gitu.Kalau tak kenal, kena la kenalkan.Takpelah, sampaikan salam dekat dia nanti ye.Erm, apa masalah dia kakak?“.

“Macam ni umi, baru-baru ni ada seorang lelaki ni ternampak rambut dia.Dia keluar rumah sebab ingatkan kawan dia yang ada depan pintu.Sekali buka, dia terkejut betul.Yang tak boleh tahan bila dia terlupa yang dia tak bertudung.Kira lama la dia buat free show tu umi!“,jelaskan perlahan.

Umi tergelak mendengar penjelasan aku.Aku pelik dengan reaksi umi yang tak aku duga.

“Isk, ni kes naya ni.Kena kahwin la dengan lelaki tu.Lelaki tu single ke dah berpunya?Kalau single, suruh dia terus meminang kawan Kakak tu.Kalau dia suami orang, get ready nak hidup bermadu“,balas umi selamba.

Aku terkedu.Lidah aku kelu, sedangkan umi masih ketawa di talian.Tak terucap dengan kata.Oh, hidupku!Suram dan kelam sudah masa depan kalau begitulah ketentuannya.

“Umi, jangan la buat main bab masa depan ni.Sian dia umi kalau betul la gitu kisahnya.Dah la mamat tu tak senonoh, laser pula mulutnya.Kalau betul la jodoh dengan hamba Allah tu, merana la hidup dia umi.“,balasku dalam kegugupan sendiri.

“Takpelah Kakak.Lagipun mungkin Allah nak menguji dia.Dia mampu lah hadapi dugaan sebegini, sebab tu Allah jadikan kejadian sebegini pada dia.Mungkin lelaki tu boleh berubah lepas mereka menikah.Siapa tahu kan?“.

Aku terdiam mendengar penjelasan umi.Mengakui kebenaran kata umi yang sudah jelas di depan mata.Walid yang dulunya terkenal dengan perangai playboy berubah 100% bila bertemu umi.Lebih alim dari Ustazah Halimah tu!

“Erm, mungkin betul tu dugaan.Tapi kakak musykil lagi hukum dia.Kira dia orang memang kena menikah ke umi?“,soalku kembali,mahukan kepastikan dari umi.

Umi tergelak mendengar nada suaraku yang seakan merintih.Ni skrip drama air mata sudah!

“Tak ada la sampai kahwin-kahwin kakak.Just dia kena berhati-hati la di masa depan.Kalau ternampak aurat macam tu kena menikah, tiap-tiap hari kita makan nasi minyak la macam ni.“,ujar umi sambil ketawa.

“Ha, makan nasi minyak tiap hari?“.

“Yelah kakak.Semua yang tak bertudung tu kena menikah dengan orang yang nampak aurat dia.Tak ke makan nasi minyak jawabnya.Silap haribulan, tutup la kedai mamak tau tak?Tapi ada baiknya juga, semua perempuan terjaga auratnya kalau gitu.So kakak bagitau dekat kawan kakak tu, jangan bimbang.Tak ada apa-apa pun.Bab menikah dengan lelaki pun setakat umi tahu tak ada hukum sebegitu“,jelas umi panjang lebar.

Aku menarik nafas lega.Alhamdulillah, selamat aku dari satu bala!Tak boleh terjangkau dek akal fikiran kalau aku terpaksa menikah dengan hamba Allah yang alim tapi laser tu.Simpang malaikat 44 tahu tak?

“Terima kasih umi.Lega kakak bila dah tahu ni”.

”Kenapa kakak yang lega pula ni.Don’t say you are that girl?Nurhuda Diyana punya problem la ni ye.Pandai kata kawan sendiri”, tempelak umi pada aku.

”Isk, tak ada la umi.Memang betul kawan kakak la.Mahunya kakak tak lega, kebahagiaan dia kebahagiaan kakak juga.Siapa yang sanggup kawan dia menderita kan?”,dalihku.Kalau terkantoi sat lagi,naya aku.Umi confirm assign jadi private investigator punya!

”Sampaikan salam umi pada Diyana tu ye.Tak kisah la Diyana yang mana.Ok kakak, umi nak ke dapur dulu, masak makan tengahari.Assalamualaikum”.

”Waalaikummussalam.Terima kasih umi,sayang umi”,balasku.

Aku tersengih sendiri bila teringatkan penjelasan umi.Siap la kau Linda, aku kenakan kau balik semula sekejap lagi.Pandai mengata orang, lupa nak tengok diri sendiri!Aku akan pastikan kau tak menang tangan menulis nama lelaki yang pernah nampak rambut kau sepanjang kau free hair dulu.Padan muka!

Aku melangkah ke tingkap, mengintai rumah jiran sebelah yang dah mula didatangi tetamu.Musykil dengan pulut kuning masakan aku.Apa kes nak makan pulut kuning bagai?Kalau tak kerana rambut ekor kuda, dah boleh share dengan umi kisah pulut kuning jiran sebelah sekarang.Kacau betul la!Tak pasal-pasal sesi hukum-hakam rambut ekor kuda yang keluar.

Handphone berbunyi menarik perhatian aku.Aku berlalu dari tempat mengintai.Handphone aku capai.Ada sms yang masuk, dari umi.Apa pula ni?Takkan umi register jadi PI dah?

”Kakak, apa kisah di sebalik pulut kuning jiran tu?Kenduri sempena apa ye?Tak elok kalau umi tak ambil berat.Hehehe”.

Aku tergelak membaca sms dari umi.Tepat tekaan aku.Umi..umi,macam-macam perangai..Nak tahu rahsia demi rahsia jiran tu pula.Tungggu, anak umi register jadi PI sekejap lagi.Soal siasat kanak-kanak yang memeriahkan kenduri tu.Silap aribulan, tak jadi engineer aku.Al-maklum la, mewarisi perangai serba nak tahu umi.Alamatnya, buka syarikat private investigation la jawabnya!
-------------------------------------
”Huda, rugi kau tak ikut kita orang tahu tak?Ramai mamat-mamat handsome datang tadi.Dah la semua terjamin masa depan.Boleh usha buat suami tadi.Aku terus cancel nak ambil Pak Imam jadi suami aku tahu tak.”,ujar Linda sebaik melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu.

”Tak tahu.”,balasku pendek.

Linda gembira betul.Isk, cik kak ni tak habis-habis dengan perangai perasan dia!

“Tapi tak menarik mana pun jumpa mamat-mamat tu.Dia orang ramai pun bukannya boleh tolong apa-apa pun.Kita yang kena bergegas ke sana sini.Tak menang tangan kita orang, kena melayan tetamu.Kecut dah tangan aku membasuh pinggan”,keluh Izzah pula.

Nadia Cuma menganggukkan kepala, mengiyakan segala butir kata Izzah.Patut la muka mencuka semacam, kena jadi kerahan tenaga rupanya.Selamat aku tak pergi.

“Nama pun kenduri.Rumah lelaki lak tu.Kalau kita sebagai jiran ni tak tolong, nak harapkan siapa.Nasib la.Kau orang tak masak, kena la tolong time kenduri.Tapi ada baiknya tahu tak, confirm orang kat taman ni dah cop kau orang semua jadi menantu”,balasku sambil tersenyum nakal.

“Yolah tu”,balas Linda, Izzah dan Nadia serentak.Jelas dari raut wajah mereka keletihan melayan tetamu.

“Tapi kalau nak buat menantu dia orang pun, kena fikir banyak kali juga la.Especially kau Linda”,ujarku bersahaja.

Sekarang kita masuk ke sesi balas dendam ok!Pandai nak mengenakan aku, rasakan betapa tak best nya hidup kena ugut.

“Ha,aku?Apa pasal lak?”,soal Linda, terjerit kecil.

Muka terkejutnya dipamerkan pada aku.Aku buat muka selamba.Senyuman nakal bermain di bibir.Izzah dan Nadia memandang aku penuh minat.
“Umi aku kata, aku kena menikah dengan jiran sebelah tu.Nak buat macam mana, mungkin dah sampai jodoh aku gamaknya.Aku jumpa la dia esok-esok, minta dia masuk meminang aku cepat-cepat.Tak sanggup hidup dengan rasa berdosa ni!”,rintihku, sedaya upaya aku buat suara sayu.

Mata mereka mencerlung pada aku.Tak percaya dengan statement berani mata yang aku keluarkan.

“Uisyh, gila la kau.Sanggup memperjudikan masa depan.Tapi apa kaitan dengan aku lak?Kau yang nak kena nikah,kenapa nama aku terlibat sama ni?”,soal Linda pada aku.

Nadia dan Izzah menanggukkan kepala, mengakui rasa pelik Linda.

“Erm, begini ye Cik Haslinda.Kalau aku yang kantoi ekor kuda, disabitkan dengan nikah segera.Nasib kau macam mana?Kau kan lama juga tak bertudung, kau kena menikah juga la.Kes kau lagi berat sebab kau kena jejak kasih la semua yang pernah nampak rambut kau.Pastu kau kena ajak dia orang menikah dengan kau.Ramai tu Linda,bukan sorang.Kalau aku senang je, dekat sebelah rumah je.Kau punya, Masyaallah.Tak terkata banyaknya.Isk, tak terbayang apa nasib kau ni!”, ujarku tegas.

Linda pucat lesi mendengar kata-kata aku.Kalau ditoreh pun belum tentu berdarah.Tangan Izzah dan Nadia dicapai,mahukan kepastikan dan kekuatan mungkin.Aku nak tergelak melihat reaksi mereka.Semuanya cuak , takut dan tak percaya.

“Weh, korang kena tolong aku.Menyesalnya aku tak pakai tudung dulu.Agaknya ni balasan dosa-dosa aku tak?”,rintih Linda.

Suaranya sayu kedengaran.Aku memandangnya dengan muka tak percaya.Kesian dia, kena tipu dek aku.Cuma aku pelik, macam mana cik Linda ni boleh jadi lulus bendul?Mungkin dia percaya dengan penjelasan aku yang kononnnya dari umi.Yelah kan, umi kan ariff bab hukum-hakam ni.Macam mana dia tak percaya?Nasib..nasib.

“Mungkin kot.Tapi aku memang tak mahu la tolong kau la.Kau pandai cari penyakit, kau pandai la cari penawarnya.Cik Linda, selamat menjejak kasih lelaki-lelaki malang tu ye.Sekian pesanan penaja.Assalamualaikum wbt”, ujarku sambil berlalu ke bilik.

Aku menahan diri dari tergelak.Muka Linda dah pucat semacam.Izzah dan Nadia menenangkannya.Dari balik pintu, aku perhatikan Izzah mengusap bahu Linda perlahan.Sementara Nadia memujuk Linda supaya bersabar.

“Sabar Linda.Itu baru umi Huda yang cakap.Kita kena tanya ustaz-ustazah lain juga.Jangan risau la”.

Ha,pandai la tak nak risau.Masa kenakan aku, kau orang biarkan aku bergelut dengan perasaan takut dan bimbang sampai tak boleh nak tidur.Tak pasal-pasal, terkorban waktu tidur aku!

“Tapi umi tak mungkin la menipu dan main-main bab hukum-hakam ni weh!Aku takut la.Apa nak buat ni?”,soal Linda kembali.

“Tak apa.Kita orang boleh tolong.Erm, tapi macam tak logik juga la.Kalau betul la hukum tu ada, kenapa tak pernah pun orang lain yang free hair tu dinikahkan.Tak pernah jadi pun”,ujar Nadia pula.

Aku tergelak melihat raut wajah ketiga-tiganya.Nampak cemas dan saling tak percaya.

“Memang tak logik pun.Kalau tidak, satu Malaysia la bersaudara.1 Malaysia la kita jawabnya”,jeritku dari dalam bilik sambil ketawa besar.

Serentak dengan itu, mereka meluru ke arah bilik aku.Tapi serangan mereka aku berjaya aku patahkan.Aku pentingkan keselamatan aku la!

“Hantu punya budak.Mujur aku tak pengsan tahu tak.Kureng betul”,jerit Linda sambil mengetuk pintu bilikku kuat.

“Ada ubi ,ada batas,kau kenakan aku,aku kenalah balas”,balasku selamba.Berpantun siap.Kalau berani, sila la beli pantun aku ni!

Linda terdiam.Mungkin mengakui kesilapannya tadi.Yeha, puas hati aku!

2 comments:

MaY_LiN said...

hihihi..
takut yea kamu uda..
bagus gak klu dpt menikah ngan mamat sebelah umah tuuu..

stitch said...

x sbr nk taw smbngnye..he3.. tkt ye kwin dgn org sblh..
nk tny kt blog ni lgu spe ye?