@rubiadaibrahim

Saturday, September 19, 2009

CCB:Declare..berani betul!


Tingkap menghadap ke rumah jiran sebelah jadi tempat favourite di hujung minggu ni.Semua mata tertumpu pada kereta BMW yang baru muncul di garaj.Semua terdiam dan asyik memerhatikan gelagat jiran aku yang tak ubah seperti bercinta.Kemusyikan di hati berganda-ganda dan segala persoalan tak ada jawapannya lagi.Kami masih dengan tekaan dan prasangka sendiri.Kata orang, pandangan mata selalu menipu.Tapi kalau tak tengok pakai mata, memang tak nampak la.
Tambahan pepatah lagi, pandangan nafsu selalu melulu.Dan kami tak bernafsu pun dengan jiran sebelah ni.Jauh panggang dari api.Tak ada kerja apa nak bernafsu-nafsu.
Dan kata hati itu lah yang hakiki.Tapi tak hati tak mampu menilai saat ni.Rasa macam betul hamba Allah tu register jadi gigolo.Tapi di satu sudut lain menafikan apa yang kami lihat.Tak mungkin sebegitu desperatenya dia nak menyambung hidup dan mencari rezeki.
Mulut terlopong menyaksikan adegan yang berlaku di depan mata.Tak berkelip mata semua orang.Semua nak jadi hakim tanpa disuruh, tak bertauliah lagi.
Tapi kisah intai-mengintai dengan sendirinya terhenti bila hamba Allah di sebelah berpaling ke arah tingkap kami menyorok.Nak cover baik punya, semua orang buat-buat membetulkan langsir.Tapi hamba Allah di sebelah makin mesranya jadinya.
Isk, dia ni tak tahu malu ke?Tak kenal dosa pahala dah ke?Apa ke jenis manusianya dia ni?Isk..isk..isk!
-------------------------------------------------
“Kau tengok tadi.Nampak kote bukannya dia nak gelabah.Makin menjadi-jadi miangnya.Bangga sangat buat dosa”,marah Dania.
“Tulah pasal.Kalau ikutkan hati aku, nak je aku pergi sound dia.Kalau tak makan juga kena sound dek aku, aku pakai sound system dari rumah.Biar dia tahu sikit erti dosa pahala”,tambah Ustazah Izzah pula.
“Yang tak boleh tahan tu, muka tak ada rasa malu pula.Makin menjadi-jadi miangnya.Isk, dasar buaya darat.Pergi mengayat mak datin pula tu.Yang mak datin pun miang bukan main, tak ingat dah rumah kata pergi.Kubur kata mari.Tak malu langsung.Geramnya aku”,ulas Linda panjang lebar.
Semua duduk di ruang tamu dengan raut muka geram.Aku tak terkecuali.Memang aku tak nafikan semua yang kami saksikan, tapi mungkin ada rahsia yang tersembunyi.
“Uda, kau tak ada komen ke?Aku rasa kau kena tanya dekat umi la apa yang patut kita buat sekarang ni.Takkan la kita nak biarkan saja maksiat bermaharajalela dekat dengan kita”,ujar Ustazah Izzah lagi.
“Erm, tapi kita tak boleh la nak main tuduh je.Kena siasat juga.Kalau kita main serang je, nanti apa pula kata jiran kita tu.Paling tidak, kita berbincang dengan baik la dengan dia.Nasihat elok-elok”,kata aku kepada mereka, sekadar memberikan pandangan.
“Huyo, tenang gila kau hari ni.Macam kaunselor hebat weh.Kagum gila aku.Betul la kau anak umi.Akhirnya hari ni kau berjaya juga membuktikan apa yang aku kurang percaya dulu”,tempelak Nadia akan ketenangan aku.
“Isk, kau ingat aku ni apa.Anak buluh betong!Hahha,apa-apa pun, jom la menyiasat hal sebenar dulu.Tapi kita nak mula dekat mana ye?”,soalku kepada mereka kembali.
“Ok, jom kita bincang sekarang!Majulah kita berempat untuk kemuslihatan umat.Amacam, gempak tak motto kita?”,soal Linda dengan lagak ketuanya.
Ha,mula dah perangai perasan dia tu.Isk, tak habis-habis nak mengembangkan pipi yang dah tebal.
“Tak”,balas kami serentak.Dan Linda pula mula menarik muka 14 belas.Merajuk la konon.
------------------------------------------------------------
”Kita kena jadi pemerhati bebas je sekarang ni.Kalau dah makin over nanti, baru kita bertindak.”,tegas Linda selaku ketua operasi kepada kami semua.
Setelah setengah jam bermesyuarat, akhirnya kami menemui kata sepakat.Tak perlu terhegeh-hegeh jadi tetamu tak diundang ke sebelah rumah.Tak perlu juga mencari ayat-ayat ceramah yang menarik da tertarik untuk menasihatkan dia.
Cukup sekadar mengingatkan dia dengan menggunakan teknologi yang ada.Sms berisi tazkirah akan dikirimkan kepadanya setiap hari.Dan kami akan berbincang dengan ahli rumahnya andai tindakan lanjut perlu diambil.
”Kriteria dia yang berubah tu korang kena ingat.Jangan main redah je telefon pegawai agama dengan pencegah maksiat.Tegok betul-betul suspect tu.Jangan main terkam je.Nanti tak pasal-pasal orang lain pula nikah free”,tegas aku selaku setiausaha kehormat program.
Nadia dan Izzah menganggukkan kepala tanda setuju akan segala yang aku perkatakan.
”Ok, aku dah tak sabar nak tengok muka dia menikus lepas kena tangkap nanti.Tapi bila aku fikirkan semula, tak elok pula kita terburu-buru.Tak pasal-pasal pula kita malu kalau apa yang kita dok fikir ni tak betul”,sampuk Linda lagi.
Akhirnya kata, semua orang harus bertindak bijak sana dan sini sebelum tindakan lanjut diambil.Handphone Linda capai, dan tazkirah hasil sepakatan kami ditaip.
”Salam.Sekadar peringatan bersama.Firman Allah swt:Janganlah kamu mendekati zina.Saudara seagama dan jiran sebelah rumahku, ingatlah bahawa Allah swt itu Maha Melihat.Dia melihat segala perbuatan dan tingkahlaku kita.Ingatlah kematian yang pasti akan menjemput bila-bila masa.Gunakanlah kesempatan ini untuk kembali ke jalan yang diredhai-Nya.Kami sekadar memberi peringatan dan semoga ini bermanfaat untuk kita bersama-JIRAN PRIHATIN”.
Tekan button hijau, send dan message delivered.Tak sabar nak tahu respon dari hamba Allah yang satu ni.Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu menyedarkan dia.Amin.
--------------------------------------------------------
”Terima kasih daun keladi, Elok korang jaga tepi kain sendiri!”.
Sms dari jiran laser kami terima tak sampai 5 minit kemudian.Linda membacanya dengan nada geram.
”Ya Allah, dia ni memang teruk tahap dewa.Menyesal aku tolong dia masa kenduri kesyukuran dia tu.Aku ingatkan naik pangkat apa.Rupanya naik pangkat buat kerja tak senonoh”,bebel Linda.
Aku, Nadia dan Izzah menggelengkan kepala tak percaya dengan apa yang berlaku.Mustahil dia berubah sejauh itu.Tapi nama pun manusia, iman naik dan turun.Dan kenyataan memang dah terbentang di depan mata.
”Uda, bukan dia ada bagi duit upah hari tu?Kau still nak terima ke?”,tanya Izzah pada aku soal duit upah memasak yang aku terima sebelumnya.
”Erm, aku tak guna sesen pun lagi.Korang jangan risau la.Aku tak mahu la makan duit syubhat macam tu.Nanti sikit aku pulangkan pada dia semua”.
Nadia dan Izzah menrik nafas lega.Mungkin risau kalau aku dah terguna duit upah dari jiran malam tadi.
”Yang aku peliknya, kawan-kawan dia menghilangkan diri pula tu.Tak ada seoarang pun yang teringin menegur.Apa ke jenis manusianya pun aku tak tahu!”,ujar Nadia geram.
”Apa nak peliknya.Kalau dibandingkan dengan kawan-kawan dia.Dia yang paling baik di mata kita.Bila dah jadi macam ni, kawan-kawan dia pun segan la menegur gamaknya”,teka Izzah akan perubahan yang berlaku pada jiran kami yang satu tu.
”Mungkin juga.Tu lah orang kata, don’t jugde a book by it’s cover.Paling aku geram, laser pula tu.Tak sedar diri betul”.
Kegeraman Linda jelas terserlah.Padan muka, akhirnya kau nampak juga perangai dia yang sebenar.Kalau aku cerita buruk pasal mamat tu, semua kau tak mahu dengar.Konon-kononnya nak jadi pengantin dengan dia, apa la.Bila dah jadi gini, terus timbul rasa benci.Nasib la kawan!
-------------------------------------------------------------
Sampul angpow yang aku terima semalam aku buka.Jelas kelihatan dua not RM 50 di dalamnya.Ada nota kecil didalamnya.Aku capai dan baca perlahan.
”Assalamualaikum.Terima kasih banyak-banyak.Aku mampu bagi banyak ni je.Kalau kau rasa tak cukup, let me know. K.Aku tambahkan duit.Tapi aku bayar tiap-tiap bulan la.Aku kerja tak best, miskin pula tu.At least, aku tak berhutang dengan kau!”.
Sama-sama banyak!Lebih dari cukup sebab aku akan pulangkan semua duit ni.Tak ingin aku nak guna.Entah sumber datang dari mana, tup..tup, bayar dekat aku.Biarkan dia dengan hutang budinya pada aku.
Tapi aku nak pulangkan macammana dekat dia?Dengan keadaan yang berlaku sekarang, mustahil aku boleh bersua muka dengan tenang.Isk, takkan la aku nak simpan sampai sudah duit ni.Tak pasal-pasal aku menambah koleksi harta benda dia di rumah aku.Aduhai, apa yang patut aku buat ni?
Dalam aku tengah pening memikirkan jalan keluar masalah ni,loceng pintu berbunyi kuat disertai dengan ketukan kuat di pintu.Aku mengintai dari tingkap, hamba Allah mulut laser datang lagi.Mukanya bukan main serius, cukup membuatkan rasa cuak datang tanpa aku pinta.
Aku berlari ke bilik Linda, Nadia dan Izzah.Meminta semuanya ke muka pintu menerima kehadirannya yang tak diduga.Walaupun ada rasa takut, semua buat muka hero.Memang cari pasal betul dia ni.
Pintu kami buka dari dalam.Semua mencerlung memandangnya yang berdiri di luar pintu.Dan sebagaimana dugaan aku,dia terkejut melihat raut bengis dan geram di muka kami.
--------------------------------------------------------
”Minta maaf semua.Aku datang bukan nak cari gaduh dengan kau orang.Aku nak kasi makanan tengahari je.Yelah kan, tak baik kalau tak pedulikan nasib jiran tetangga”,ujar si dia bila Linda mempersoalkan maksud kedatangan dia ke rumah.
Linda memandang kami dan isyarat matanya mempesoalkan tindakan selanjutnya.Patut terima ke tidak makanan yang dibawa dia yang bertujuan merapatkan silaturrahim kononnya!
”Ok la,kami terima.Lain kali tak usah nak sibuk-sibuk memasak untuk kita orang.Setakat tak dapat makan makaroni kau ni, kita orang tak kebulur lagi!”,tempelak Linda sambil menyambut bekas makanan berisi makaroni dari tangan Pak Imam Laser.
Ambik kau, tambah lagi satu nama.Pak Imam Laser!
”Ala,bukannya susah sangat nak masak tu.Aku suruh mem aku je yang buat.Aku mana la reti bab masak-masak ni.Since dia dah datang rumah aku, apa salahnya aku berbakti apa kau orang.Budak rumah aku pun ada, nak habiskan makanan yang berlambak-lambak ni.Tu yang buat aku makin sayang pada dia.Love her forever nih!”,balas Pak Imam Laser dengan muka bangga.
”Suka hati kau la nak sayang ke tidak pada dia.Ada kita orang ambil peduli.Apa-apa pun, terima kasih daun keladi, lain kali tak usah sibuk nak masakkan lagi”,ujar aku geram sambil menutup pintu rumah.Kuat.
Melihat tingkah laku aku, Pak Imam Laser menggelengkan kepala.Tapi senyuman nakal di bibirnya terus mati.Terkejut dengan kata-kata aku yang jelas mengenakan dia semula.Ayat sms darinya yang dah aku otter dan version aku tersendiri.Pedas juga tu!Biarkan dia rasa.
------------------------------------------------------
”Nampak macam sedap makaroni dia tu.Kau orang memang tak mahu makan ke.Aku lapar gila ni weh!Boleh la aku rasa sikit.Pleaseeeeeeee!”.
Rayuan dari Izzah kami tak pedulikan.Larangan yang dah ditetapkan masih ada yang nak menentang nampak gayanya.
”Kalau kau rasa nak makan,kau makan la.Tapi nanti jadi darah daging, kau la yang tanggung.Aku tak mahu masuk campur”.
Izzah berhenti merayu mendengar kata-kata aku.Pinggang yang sudah di tangannya diletakkan kembali di atas meja makan.Izzah berlalu ke ruang tamu, duduk bersama kami yang dah mula memboikotnya.
”Tak ada la.Bukan masalah pun kalau makan.Tak ada larangan pun kalau nak makan.Ala, kesian dekat makaroni tu.Bukannya dia buat dari bahan yang haram pun.Korang tahu tak membazir tu kawan syaitan”,ujar Izzah dengan nada rayuannya sekali lagi.
”Aku tak kira la.Kalau kau nak makan, silakan makan.Aku tak ingin masuk campur.Aku tak mahu keturunan aku ada salasilah keturunan syubhah.Kau juga yang beriya suruh aku jangan guna duit upah dia.Tapi kau pula sibuk nak makan.Cakap tak serupa bikin la kau!”.
Izzah tersengih ala kerang busuk mendengar ceramah percuma dari aku.Akhirnya Izzah mengalah.Makaroni bakar dari jiran sebelah dibiarkan di atas meja.Kecur air liur...kecur la, aku tak mahu dia masuk ke perut aku!
-------------------------------------------------------
”Makaroni tu biarkan je atas meja tu.Uda, kau pergilah pinjam Mamat dekat sebelah.At least, tak terbuang gitu je.Ada juga yang makan.Kira tak masuk geng CIK TAN la kita!”,cadang Nadia bila Izzah mempersoalkan lagi makaroni yang menghiasi meja makan.
Aku menurut cadangan Izzah.Aku melangkah keluar rumah dan kebetulan Mamat tengah best melepak di garaj kereta Uncle Zali.Sekali panggil je, mamat terus meluru datang ke arah aku.
Mamat aku ajak masuk ke rumah.Nadia tersenyum melihat ketangkasan aku mengambil Mamat untuk menjayakan misi kami.
”Cayalah Uda.Orang sebelah tak ada ke?Senang-senang je Mamat nak ikut kau balik.”.
”Ada, tapi tak ada yang perasan kot.Line clear.Senang je.Petik jari, dia terus datang sini”.
”Oho, bagus..bagus.Jom bagi dia makan.Bagi dia makan cepat sikit,lepas tu kita pulangkan sebelum Uncle Zali nampak.Kang perang pula dengan jiran sebelah kiri pula”,saran Linda pula.
Aku mendukung mamat ke meja makan.Mamat aku turunkan.Agaknya tahap lapar gaban, Mamat makan tak pandang kiri kanan dah.Akhirnya, ada juga gunanya Mamat ni dalam kehidupan kami.
Masuk juga carta dalam harta yang berguna mamat hari ni.
”Tapi lepas dia habis makan je, kau cepat-cepat pulangkan dia.Jap lagi, habis pula dia berak merata rumah.Penat nak membasuhnya”,pesan Nadia pula.
”Yang tu kau jangan risau ditanggung beres bos!“.
Aku pun memang tak nak simpan Mamat ni lama-lama dalam rumah.Sat lagi, habis bebau tahi kucing rumah aku.Aku nak gunakan dia je.Lepas habis segala urusan, Mamat tak berguna lagi.Hahaha.
Belum habis setengah bekas makaroni dimakan, Mamat dah berhenti.Dah kenyang kot.
“Mamat, makan la lagi.Makanan sedap ni.Bukannya selalu dapat”.
Aku memaksa Mamat makan.Tapi nampak gayanya memang dia dah tak larat.Nak tak nak, aku kenalah juga pulangkan dia sekejap lagi.Tapi makaroni yang dah tinggal separuh lagi tu aku nak buat apa.
”Papa...Mamat hilang.Ada orang curi...Nak Mamat..Jom la cari mamat sampai dapat!”,jeritan Nana mematikan lamunan aku.
Masalah datang dah.Waduh, Nana dah perasan Mamat hilang.Kena sorok Mamat dekat rumah la macam ni.Aduhai, napa la Kucing Parsi ni menimbulkan kontroversi pula ni.Apa nak kena buat ini?
Dalam aku sibuk mencari akal nak menyembunyikan Mamat, suara Uncle Zali kedengaran di pintu.Rumah aku jadi suspek utama ni.Nak tak nak, aku capai mamat dan berlari ke stor belakang.
Mamat aku masukkan dan aku kunci pintu dari luar.Tak kisah la apa-apa pun, barang bukti kena sorok ni.Tak mahu la aku tambah musuh lagi!Hehe.

4 comments:

misz nana said...

ke dorang salah faham ngan pak imam ni? huhu..

nadiah_abdllah said...

sekali pak imam tu anak org kayekan...
yg dtg umah tu mak die..
huhuhu...
x sbr nak tau pe jadi.

sya[E] said...

ntah2 mem 2 mak der..
smbg lg doc rock..=)

Anonymous said...

mati2 ingt mamat tu budak OKU ker..
hehehe..upe2nye kucing parsi..isk3..lawak tol..