@rubiadaibrahim

Wednesday, September 9, 2009

Janji 15:Alamak!


“Saya dah pergi rumah awak.Tak jumpa mak & abah awak.Just tengok dari jauh je.Risau kalau dia orang marah dekat saya.Yelah kan, datang tak diundang!”.
Luahan hati Amal di YM aku terima usai aku pulang dari solat Terawih di masjid berdekatan.Aku tak tahu apa yang patut aku rasakan.
Geram?Geram dengan perangai degil dia yang tak pernah kurang.Semua benda nak ikut kata dia.Kalau di larang pun, bukannya makan saman.Buktinya dia dah sampai ke rumah.Tapi aku tak pasti dengan kebenaran kata-katanya.Nampak gayanya, kenalah siasat mak dan abah balik ni.Aduhai, tambah lagi satu masalah.
Entah la, dalam kegeraman tu terselit juga rasa bahagia.Kiranya dia beranilah menerima cabaran aku suatu hari dulu.Tapi apa nak dipelikkan.Dia kan romeo sejati, tak tahu berapa pasang mak ayah orang yang dia dah jumpa agaknya!
Bulan puasa di rantauan membuatkan aku insaf dan mengenali erti kesusahan.Susahnya nak merasa masakan malaysia.Nak tak nak kenalah merajinkan diri turun ke dapur.Menu itu ini semuanya aku cuba.Tak pandai, resepi kat internet kan ada.Maklumat di hujung jarilah kata orang.
Dan paling aku tak lupakan, bila jiran sebelah rumah aku tetiba pula nak buka puasa ramai-ramai.Meraikan Ramadan dan mengeratkan silaturrahim katanya.Aku tak kesah pun.Asalkan tak ada hamba Allah yang mengelat bab memasak ni udah.Kalau semua benda budak rumah aku yang settlekan, baik la kita orang buat katering kan?
Macam-macam menu dalam perbincangan.Akhirnya yang simple juga jadi pilihan.Masak nasi pulut,banyak sikit lauk boleh buat.Masak lemak cili api, syur campur, ulam, daging gotrang dan sambal belacan.Memang susah nak pergi solat terawih la jawabnya.Alhamdulillah, selesai sudah satu urusan di bulan Ramadan yang mulia ni!
---------------------------------------------------
Aku pulang ke Malaysia 5 hari sebelum Ramadan.kebetulan pula, terbook tiket awal dari orang lain.Maka, denga penuh perasaan tak rela kenalah memonteng kelas.Bab pergi kelas ni memang menarik tapi kena ganti pula skills lab yang tinggal tu.Kacau mood raya sket la!
Apa-apa pun, aku nak beraya dengan sakannya tahun ni.Kena cover raya tahun lepas yang amat menyedihkan.So, kena beraya setiap rumah 2x la tahun ni.Haha, kena banyak kumpul duit raya ni..Tapi ada orang nak beri duit raya ke?
Dan yang lenih penting, aku nak menyiasat kisah Amal datang ke rumah hari tu.
Kata emak:”Tak ada la.Kalau ada pun,mak bukannya kenal dengan dia.
Fuh, lega.Versi abah lain sikit.Siap ada hadiah dan buah tangan istimewa lagi.
“Berani datang la.Abah hadiahkan dia puntung kayu.Belajar tak habis, pandai dah nak mengorat anak dara orang.”.
Aku tergelak mendengar kata-kata abah.Mujur dia tak bersemuka dengan abah, kalau tidak tak pasal-pasal dapat hadiah free gamaknya.Tanpa sedar, aku tersenyum hingga ke hari ini bila teringatkan peristiwa tu.
----------------------------------------------------
“Apa yang dok menung tu Kak oi?Orang dah azan pun, buka puasanya tak lagi!”,tegur Kak Ain.
Aku pantas berpaling.Asyik sangat dengan internet sampai tak sedar azan dan bergema.Padahal akulah manusia paling semangat bab-bab menjamu selera ni.Nak pula bila dah kembali ke bumi tercinta ni.Lagilah bagai di pam selera makan.Malaysia, syurga makanan la katakan.
Laptop aku tinggalkan.Laju kaki melangkah ke meja makan.Jarang dapat makan bersama di bulan ramadan yang mulia ni.Nak pula aku baru memulakan internship di Hospital Kuala Pilah ni.Memang kena kerah betul.Dan itulah jalan yang aku harus lalui.Nak buat macammana,redha jelah.
“Bismillahirrahmanirrahim”.
Segera gelas yang sudah aku halakan ke mulut terhenti.Kak Ain ni perli aku ke apa?
“Gelojohnya makan.Lapar sangat buruh paksaan ni ye.Siannya la dia?”,kata Kak Ain , membetulkan tanggapan aku tak betul.Nak mengingatkan aku agar makan dengan sopan.Kalau tidak, ada hamba Allah yang dikejarkan ke hospital pula.Tak ke naya nanti?
“Dari awal bulan puasa lagi, Ida mengidam nak makan laksa penang ni.Hari ini baru dapat.Syukur sangat.Kalau tak cuti hari ini, entah zaman Tok Kaduk bila pun tak tahu boleh makan”,ujarku bila Kak Ain memandang pelik aku yang berselera benar makan.
“Alhamdulillah.Biasa la Ida, time ni memang hectic sikit.Dah masuk 2nd year internship nanti, boleh santai sikit.Akak dulu, macam Ida juga la.Mengidam itu ini, tapi satu benda pun tak dapat makan.Erm, cuti raya Ida dah confirm ke?”.
“Ida pun tak sure lagi dapat cuti ek tidak.Tapi dia orang kata tengah di usahakan.Ida harap sangat dapat bercuti raya ni.Dah la 2, 3tahun kebelakangan ni raya di rantau orang.Tak best langsung”,rungutkku pada Kak Ain.
Memang tak seronok berhari raya di perantauan.Tambahan pula, kehidupan clinical year yang amat mecabar.Tak ada feel raya pun.Lepas solat raya, bergegas masuk ke hospital semula.Aku sangat berharap, tahun pertama aku bertugas ni ada cuti dan aku berpeluang balik beraya kat Pahang.
“Biasa la Ida..Nama pun duduk negara orang.Ida duduk Indonesia ok juga.Ada juga kuih raya, rendang, ketupat.Kalau akak dulu, instant jelah.Kalau time kuliah, sila lah ke kuliah”,tambah Kak Ain pula.
Aku tersnegih mendengar kata-kata Kak Ain, mengakui kebenarannya.
”Kalau dapat cuti, Ida nak beli tiket bas bila ni?Kalau lambat beli tiket, ada orang beraya dengan family akak silap hari bulan!”,soal Kak Ain kembali.
Aku menepuk kepala.Ya Allah,tiket bas aku tak ada khabar berita lagi.
”Ida tak beli lagi.Lupa akak.Lagipun jadual cuti Ida tak keluar lagi.Isk, susah juga nak beli tiket bas ni rupanya.Complicated dari
Tiket flight nih!”.
Kak Ain mencebikkan bibir mendengar gurauan aku.
”Kalau nak tunggu jadual keluar, alamatnya tak balik beraya la orang tu.Kalau nak balik juga, kena balik dengan Adam la jawabnya!
”Ha, Adam.Tak mahu la Ida.Simpang malaikat 44 la akak!”,tegasku.
Kak Ain melihat kekalutan aku.Obvious sangat ke perubahan aku ni ye?
--------------------------------------------------
Aku terkejutnya bukan main 2 bulan yang lalu ketika aku mendaftar di Hospital Kuala Pilah.Bukan kerana jaraknya yang jauh & Perjalannya yang menguji keimanan.Tapi ada kejutan yang lebih dasyat dari tu.
Ada hamba Allah yang tak pernah aku duga akan bertemu semula.Pertemuan yang tak pernah aku rancang dan harapkan.Tak ada yang istimewa antara kami.Entah kenapa, aku serba tak kena bila bertemu dengan dia.
Seingat aku, Cuma sekali dia berbual dengan aku sepanjang aku belajar di Indonesia dulu.Itulah kali pertama dan terakhir aku berborak.Tak terlalu panjang tapi cukup membuatkan aku tak percaya.Tak percaya dengan kerajinan dia membuka mulut, bertanyakan soalan exam pada aku.
”Ida, cepat jawab exam hari ini.Soalan senang ke?”,soalnya pada aku,memulakan perbualan kami.
Aku memandangnya tak percaya.Lama aku terdiam, terkejut benar dengan senyuman yang dia lemparkan.Kali ke-3 dia menghadiahkan senyuman dan kali pertama dia membuka mulut dengan aku.
Aku sekdar menganggukkan kepala dan menghadiahkan senyuman.Tak tahu apa yang harus aku jawab sebenarnya.
”Nak tanya, soalanyang gumbleeding tu jawapan dia apa ye?Acute ke chronic?”,sambungnya lagi.
”Erm, kalau tak silap dia chronic gingivitis.Tak silap la.”,balasku pendek.
”Aduhai, salah lagi.Tak graduate la jawabnya macam ni.So far, soalan dia tak la susah.Careless sikit je , dah rugi satu markah”,rungut Adam perlahan.
Langkahnya yang tadinya mendahuluiku diperlahankan.Kami berjalan seiringan.Aku merasa canggung dengan apa yang berlaku antara kami.Rasanya, Adam lain benar hari ini.
”Erm.Ida, tinggal berapa paper lagi ?Dah habis la paper, nak balik Malaysia dah pun ni.Tapi tak tahu la ada department paper yang sangkut lagi lepas ni.”,luah Adam padaku tanpa dipinta.
Aku sekadar menganggukkan kepala.Tak tahu apa perkataan yang patut aku katakan saat itu.Kami berpisah bila Adam mengatur langkah menguruskan surat untuk dia pulang ke Malaysia sementara aku terus pulang ke rumah.
Sejak itu, jarang sekali kami bertemu.Adam ke clinical year yang mencabar sementara aku di tahun ke-4 yang penuh dengan ranjau.Bila aku clinical, tak pernah sekali pun aku dan Adam ditugaskan di department yang sama.Dan kami dipertemukan sekali lagi di sini.Tak tahu apa hikmah yang tersembunyi, aku sekadar melalui hari-hari di sini dengan kesibukan dan tugasan yang menuntut kesabaran.
-----------------------------------------
3 hari sebelum Aidilfitri menjelang,jadual cuti baru keluar.Namun cutinya bersyarat dan syarat yang ditetapkan harus dipenuhi.Cuma 3 hari cuti diberikan dan selepas bercuti harus kembali lagi ke hospital.Bagi semua doktor pelatih, hanya dibenarkan bercuti pada hari raya pertama kerana kekurangan doktor.
Aku mengucap panjang membaca perkeliling yang ditetapkan.Nak buat macammana, aku yang menurut perintah.Dengan penuh rasa tak puas hati, aku khabarkan berita tersebut kepada keluarga di kampung.Alhamdulillah, mereka memahami tuntutan tugas aku.
Tapi ada hal yang membuatkan aku tak senang duduk.Bukan sebab aku tak ada baju raya untuk dipakai, bukan juga sebab turn masak rendang beralih tangan tapi ada hal yang membuatkan aku sesak nafas.
Sekian lama menghilang, tetiba Amal menghantar khabar berita.Katanya nak ke rumah, nak berkenalan dengan saudara mara aku.Dan kalau aku sudi, dia nak meminang aku habis raya.Memang gila!Dia ingat aku ni apa?Sesuka hati gembira je buat keputusan tanpa berbincang dengan aku terlebih dahulu.
Dalam pening menghadapi pesanan Amal yang bertubi-tubi masuk tanpa diundang, Kak Ain pula memandai mengaturkan jadual perjalanan pulang aku ke Pahang bersama Adam.Kata Kak Ain, Adam berniat nak balik dengan aku?
Ha, ni apa cerita pula?Memang kes naya kalau buah hati pengarang jantung di Adam tahu?Tapi kalau aku tolak, alamatnya beraya lepas habis hari raya la aku?Aku musykil dengan perubahan sikap Adam yang tak pernah masuk carta fikiran aku.
Seingat aku, Adam dahulunya suka menyendiri.Tak bergaul dengan orang, watak serius sepanjang masa.Dan perkenalan dengan Kak Zira mengubah segalanya.Adam jadi lebih ceria, Adam mula pandai bergaul dan yang paling aku kesalkan Adam dah jarang ke masjid.Itu yang aku perhatikan di sebalik tingkap bilik aku setahun terakhir kami berjiran.Tanpa dalam diam, aku geram dengan perubahannya yang ketara itu.Tapi apa kes aku nak masuk campur ye tak?

1 comment:

MaY_LiN said...

o-o..
tamo la marah..
tegur la leklok..