@rubiadaibrahim

Thursday, September 10, 2009

Janji 16:Minta Izin?


Bendera nippon datang lagi.Untuk kesekian kalinya, aku tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri tahun ini.Sedih memang sedih tapi nak buat macammana.Dah datang, tak kan nak ditahan-tahan.Kalau tak datang langsung nanti dituduh mengandung pula.Tak ke kes naya.

Aku mengajak Kak Ain menemani aku ke terminal bas.Mahu membeli tiket bas untuk pulang pada hari raya pertama.Tak kisah la sampai ke rumah pukul berapa, yang penting aku tak nak balik ke negeri tanah tumpah darah aku naik kereta Adam.Malangnya Kak Ain menolak.Katanya, dia risaukan aku.Dia mahu keselamatan aku terjamin.Tak ada cara lain melainkan aku harus pulang dengan Adam.

Walaupun aku tahu Adam bukanlah Adam yang dulu tapi entah la.Sukar nak ditafsirkan apa yang aku rasa.Aku senang dengan perubahan Adam sekarang.Aku suka dengan Adam yang lebih mesra dan tenang kini.Tak seperti Adam yang tak ubah macam kera sumbang 2,3 tahun lalu.

Aku tak berkesempatan menjelaskan jadual perjalanan diatur Kak Ain lagi kepada Adam.Kesibukan di Bahagian Pediatrik membuatkan aku melupakan soal Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi.Entah kenapa, mood hari raya seakan menghilang tahun ni.
Puas nak menaikkan mood dan semangat berhari raya.Dah habis semua lagu raya aku pasang.Dari Dendang Perantau sampai Sesuci Lebaran, tapi semua tak jalan.Agaknya, hati aku terkesan dengan nasib adik-adik dekat Wad ni kot!

Ramai juga adik-adik yang tak harus meraikan Aidilfitri di hospital.Paling aku kasihankan Mohd Haikal.Anak yang cukup comel dan petah berkata-kata.Tapi kata-katanya juga tanpa sedar membuatkan tubir mata aku panas.Betapa anak yang masih kecil itu tak pernah kenal kemeriahan Aidillfitri.

Haikal baru berusia 4 tahun.Masih kecil dan seharusnya dia di rumah saat ini.Dimanja oleh ibu dan ayahnya dan merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri.Tapi takdir Illahi menetapkan dia harus di sini.

Di kelilingi cadar putih hospital.Haikal disahkan menghidap HIV positif, hadiah dari ibu dan bapanya.Hadiah yang tak pernah dia pinta saat lahir ke dunia.Haikal tenang menerima takdir yang sudah dia terima.Tapi tahun ini, keadaannya semakin kritikal dan Haikal harus pasrah meraikan Aidilfitri di sini.
---------------------------------------------
”Doktor, raya nanti Haikal raya dekat sini lagi.Nenek pun raya dekat sini.Tapi dekat sini seronok, ramai orang yang datang tengok Haikal.Kalau dekat kampung, semua orang tak mahu kawan dengan Haikal”,luah Haikal pada aku ketika aku selesai melakukan pemeriksaan padanya.

Suara Haikal girang di pendengaran.Aku terdiam mendengar kata-katanya.Cukup terkesan dan menyentuh hati aku ketenangan anak ini menuturkan kata-kata.

”Malam raya, dekat sini boleh main bunga api.Doktor dengan nurse pun main sama.Kalau dekat kampung, atuk tak bagi main.Atuk kata bakar duit.Nanti doktor tolong belikan Haikal bunga api banya-banyak ya?Kalau tidak, Haikal kena kongsi dengan orang lain.Tak puas la main”, tambah Haikal lagi.

”Insyaalllah.Tapi kalau nak main bunga api, Haikal kena makan ubat yang doktor bagi.Tak boleh buang ubat macam semalam.Kalau tak baik, macammana nak main bunga api.”,ujarku.

Sekadar berdiplomasi dan memujuk Haikal agar mematuhi aturan pemberian ubat yang diberikan.Haikal makin lemah.Kerana ubat yang kurang enak itu, Haikal menolak mahu makan ubat.Puas dipujuk tapi tak berjaya.

Haikal menganggukkan kepala.Akur dengan kata-kata aku.Nenekya yang menemani Haikal tersenyum senang.

”Doktor beraya dekat mana tahun ni?Semalam dengar ada doktor yang bising sebab mula cuti hari raya pertama.Doktor dapat cuti tak?’, soal nenek Haikal kepadaku setelah sekian lama mendiamkan diri.

”Insyaallah, nek.Saya balik hari raya pertama.Dapat cuti 3 hari, cukuplah dari tak dapat cuti langsung.”,balasku.

”Alhamdulillah, dapat juga raya dekat keluarga ya doktor.Nenek setiap tahun macam nilah, beraya dekat hospital.Dah tak ada rasa nak beraya pun!”,ujar nenek perlahan kepada aku.

Pandangan mata aku jatuh pada nenek yang sibuk membetulkan selimut Haikal.Nenek cukup tabah merawat cucunya.Kata nenek, Haikal hadiah terbaik dari anaknya, ibu Haikal tentunya.Tapi paket HIV positif yang disertakan sedikit sebanyak mengundang kekesalan di hati nenek.

Nenek menyalahkan dirinya yang tak tegas dalam mendidik anak.Dari cerita nenek, dia terlalu memanjakan anak.Tak pernah dirotan sekali pun.Dan hasilnya, dia gagal mendidik anaknya menjadi anak yang berguna.Madu yang dicurahkan tuba dibalas si anak.

”Doktor, kalau balik kampung jangan lupa bawak balik beras dalam buluh ye.Rendang sekali.Kan sini, tak ada makanan tu!”,pinta Haikal menyentakkan lamunan aku.

Aku tergelak.Beras dalam buluh.Lemang rupanya.Aku mengatakan persetujuan dan janji.Insyaallah, akan ku cuba penuhi.Dalam tak sedar, ada airmata yang menitis.Kata yang lahir dari bibir anak kecil itu cukup membuatkan hati aku walang.Dan selebihnya, hati aku diburu rasa sayang padanya.Lumrah dan fitrah manusia barangkali.
--------------------------------------------------------
”Ida, nak cakap pasal balik raya ya.Ain dah inform dekat saya yang awak nak tumpang saya balik ke Pahang nanti”,ujar Adam tenang.

Aku telan airliur.Ha,aku yang nak tumpang dia?Ni fakta yang dah diputar belit ni.Kak Ain ni tak habis-habis nak kenakan aku!

”Tak, bukan macam tu.Actually, saya tak berniat pun nak tumpang awak balik.Kak Ain yang risaukan saya, sebab tu dia suruh saya tumpang awak balik!”,balasku, menerangkan maksud dan hal sebenar di sebalik pemahamannya tentang situasi aku kini.

”Tak kisah la apa-apa pun.Tapi awak setuju kan nak balik dengan saya hari raya ni?Tak payah nak cakap minta maaf sebab menyusahkan.Memang menyusahkan saya pun nak jaga anak dara orang!Tak bergaji pula tu”,ujar Adam tegas.

Aku terpempam.Mak aih, aku tak pernah minta dan terhegeh-hegeh pun nak balik naik kereta dia.Cik Nurul Aini tu yang jadi mastermind,aku pula yang kena bambu!

”Apa la,saya gurau jelah.Muka tak pasal-pasal pucat.Tak menyusahkan saya pun.One way pun nak ke Kuantan.Singgah jelah dekat Temerloh, hantar awak!”.

Suaranya yang tadi bertukar lembut.Aku terdiam.Huyo,pandai bergurau senda dah.Ni Kak Zira yang ajar ke?Musykil betul!

”Erm, ok la.Just nak cakap pasal balik je ni.Terima kasih la ye.Selamat berbuka.Maaf Zahir dan Batin”,ujarku cepat-cepat sambil terus berlalu.

Entah kenapa, rasa kalut aku ni datang tak diundang.Masa tak tepat pula tu!Aduhai, malunya!Rasa tak sedap nak hidup bila ada mata yang terus memandang langkah aku yang tak ada arah tujuan.Aku perasan ke apa nih?
---------------------------------------------
Azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan menandakan telah masuk waktu berbuka puasa.Aku yang dah sedia lapar ni apa lagi, ngap la makanan masuk mulut.Tak pandang kiri kanan dah.

Inilah rasanya kalau tak berpuasa.Penatnya berganda-ganda.Lapar macam setahun tak jumpa makanan.Padahal, kalau hari puasa tak la macam ni.Kalau nak makan dekat hospital dengan selamba tak sesuai pula.Kalau ditangkap, tak pasal-pasal aku dapat tour keliling Kuala Pilah naik van mayat.Tak mahu la aku!

Aku teringat pada nasihat mak masa aku kecil-kecil dulu.Kata mak, semua rasa lapar dan dahaga akan dirasa oleh orang-orang yang tak puasa.Jenuh jugalah aku mengira bilangan orang yang tak puasa dekat kampung sebab nak rasa bebanan menanggung lapar dan dahaga tu.Sebab tak mahu terbeban, aku terus puasa penuh lepas tu.

Padahal itu tektik nak pujuk aku berpuasa.Dan Alhamdulillah, dah besar panjang dah aku!Dan boleh guna tektik mak tu suruh budak-budak kat wad ni puasa lagi.Tapi nampak gayanya tak boleh praktik kot.Tak sesuai la!Dia orang kan tak sihat!
----------------------------------------
Aku on call malam ni.Telefon dari mak di kampung aku terima tepat jam 10 malam.Macam Berita Terkini TV3 pula aku rasa.Mak bertanyakan perihal kepulangan aku di pagi raya tentunya.

”Ida, dapat juga Ida balik beraya di pagi raya akhirnya.Dulu masa belajar, sibuk berimpian macam ni.Sekarang dah tercapai impian, apa perasaan Ida? ”,soal mak pada aku sambil ketawa.

Aku ikut ketawa mendengar pertanyaan mak.Memang aku pernah berimpian sebegitu sebelumnya.Nak balik ke Malaysia dengan flight paling awal.Berhari raya di awal biru, skip solat sunat raya.Telinga layan lagu raya berulang kali.Sampai airport yang lengang, ada siarang langsung TV.Interview orang-orang yang baru balik ke tanah air.Gempak tu, satu Malaysia kenal!

”Hahaha.Tak ada perasaan la mak.Nak pula sibuk memanjang.Mak nak masak apa je hari raya nanti.Minta maaf banyak-banyak la mak, Ida tak dapat tolong mak lagi tahun ni!”.

”Tak apa la Ida.Bukannya Ida yang nak jadi macam ni.Dugaan la semua ni.Dah berhari raya dekat Malaysia pun.Tak sampai 3 jam, dah sampai ke rumah.Erm, mak ingat nak masak biasa-biasa je.Nasi impit, rendang, kuah kacang.Itu jelah kot.”

Fikiran aku melintas pada permintaan Haikal yang masih segar di ingatan.Beras dalam buluh!
”Mak, tak buat lemang la kiranya tahun ni ye?”,soalku pada emak,mahukan kepastian.

”Tak kot.Abah bukannya sihat pun.Along malas nak cari buluh.Kak Long dah sarat nak bersalin, tak berlemang la alamatnya.Kenapa Ida, Ida nak makan ke?”, tanya emak pada aku.

”Ada pesakit Ida ni teringin nak makan.Budak 5 tahun mak.Kesian pula kalau tak bawa balik.Lagi pun, dia tak beraya dekat kampung tahun ni.Kalau mak tak larat tak apa la, tunggu sampai Ida balik.Hari raya ke-2,baru masak lemang pun tak apa mak!”.

Aku berharap sangat mak setuju dengan rancangan aku.Entah kenapa, aku rasakan Haikal dah tak lama.Tambahan pula, keadaannya makin lemah.Cukup mencemaskan aku dan aku berharap raya ini dapat memberi seribu makna kepadanya.Paling tidak, aku menghiburkan hatinya dengan membawa juadah beras dalam buluh yang dipinta.

”Nanti mak tanyakan pada abah.Kalau abah setuju,jadilah.Insyaalllah.”.

Fuh,lega.Paling tidak, selangkah lagi cerah la permintaan aku tu.Ikutkan hati nak je minta mak kerahkan Si Angah dan Najwa melemang.Tapi bukan aku tak tahu perangai Angah yang memanja risaukan anak saudara aku yang memang nakal tu.Kalau Angah masuk dapur, Airin mula la aktiviti rajin tak bertempat dia.Tak pasal-pasal ada lemang rasa budak nanti.

”Ha, sebelum mak lupa.Ida balik tumpang siapa ye?Hari itu Ain ada telefon mak, bagitahu pasal ni.Kawan lelaki yang Ida nak tumpang tu pun siap minta izin dengan mak lagi.Risau betul dia kalau mak tak bagi!Siapa namanya ya....Adham...Bukan kot..Siapa Ida..Lupa pula mak!”,ujar emak sebelum aku mengakhiri perbualan.

”Adam!”,balasku ringkas

”Adam.Ye..ye.Sampaikan salam mak pada dia.Terima kasih juga.Ida, balik nanti elok-elok ya.Assalamualaikum!”,kata mak sebelum menamatkan panggilan.

Ah, sudah.Apa cerita pula minta-minta izin ni?Apasal dah jadi adegan drama tanpa pengarah pula ni?Apa kono ni jang?Mak!!!!

1 comment:

MaY_LiN said...

hihihihi..
pandai yea adam...