@rubiadaibrahim

Sunday, September 13, 2009

Janji 17:Deg-Degan!


Kak Ain dah bersiap untuk pulang ke kampung.Barang-barangnya semua dah diletakkan di dalam bonet kereta.Aku membantunya dengan rasa geram.Ada ke patut dia mereka cerita pasal aku?Isyh, malu betul dengan Adam.

”Ida, asal muka macam tercekik asam boi je?Marahkan akak lagi ke?”.

Cis, dah tau buat-buat tak tahu pula.Malam tadi menahan marah jelah aku dalam wad.Takkan la nak menghamburkan kemarahan dekat pesakit.Kureng betul kalau gitu.

”Akak minta maaf la Ida.Akak Cuma menjalankan tanggungjawab sebagai housemate yang baik je.Akakkan sayangkan Ida”,tambah Kak Ain dengan mukanya yang penuh mengharap.

”Yelah tu.Paling tidak, akak kata la akak cadangkan Ida tumpang dia.Ni Ida pula jadi watak utama.Padahal Ida tak tahu apa-apa pun.Malu Ida tahu tak!”.

Kak Aini tersengih, menampakkan giginya yang teratur.Sedar kesilapannya barangkali.

”Ala.Lebih kurang je tu.Tak apa la Ida.Asalkan selamat sampai,udah la.Tak kisah la macammana mechanisme dia!Kalau Ida nak bas pagi raya, lagi pelik.Entah ada, entah tidak driver bas yang nak bawa bas.Orang pergi raya la pagi tu,Ida pula yang terkanda kat terminal bas!”,balas Kak Ain.

Aku terdiam, mencerna apa yang dikatakan oleh Kak Ain.Ada betulnya juga.Kalau tidak, memang syahdu la pagi raya aku.

”Betul la...tapi Ida tetap ”.

”Apa yang tetap-tetapnya.Dah, end of discussion.Ida balik je dengan Adam.Selamat balik ye adikku!Akak balik dulu.Kirim salam dekat family Ida’,pintas Kak Ain sambil menghulurkan tangan mahu bersalam.

Tangannya aku sambut.Kami bersalaman.Kak Ain melangkah keluar, kemudian masuk ke dalam kereta.Seketika kemudian, dia kembali semula ke muka pintu.Aku memandangnya pelik bila sekali lagi tangannya dihulur ke arah aku.

”Kereta akak mana boleh jalan kalau tak hidupkan enjin, adik oi.Pulangkan cepat kunci kereta akak.”.

Lantas, kunci yang aku sembunyikan di poket baju kurung aku hulurkan.Selamat balik kampung ye kakakku!
---------------------------------------
”Ida, Amal datang rumah Ida raya ni tahu.Dah lama sangat tak pernah jumpa Ida.Macammana la agaknya rupa Ida ye sekarang.Makin kurus ye?Tak pun makin cantik.Rugi la Amal kalau Ida dapat dek orang lain.Ni buat Amal rindu ni!”.

Dasar buaya!Dah halang dek orang, pekak lagi telinga.Pastu tak habis-habis buat perangai mengayat dia.Ingat aku ni apa, bola.Main tendang sesuka hati kemana-mana.

Entah la, rasa geram tetap ada dengan sikap Amal.Lepas aku marahkan dia 3 tahun lalu, dia menyepi.Dan aku memang buat tak peduli dengan dia.Walaupun friendster & facebook aku tetap ada khabar dia, aku malas nak ambil tahu.Pedulikan dia.

Sms Amal aku tak balas.Malas nak menambah masalah di kepala.Biarkan aku raya dengan tenang sikit hari ini.Aku tahu Amal macammana.Kalau dihalang, makin dia buat.Degilnya susah nak kata.Tak ada telinga gamaknya.

Kalau aku kata tak pun, dia tentu muncul di pagi raya.Datang la, aku tak menghalang.Hari raya lagipun, bukannya ada larangan tak boleh beraya dekat rumah saudara-mara pun.Open house setahun sekali ni.

Tapi kalau berharap nak jumpa dengan aku, maaf banyak-banyak la.Aku dalam perjalanan balik ke kampung masa tu.Jumpa dan bersiap sedia la nak disoal-siasat dek mak dengan abah.Rasakan betapa cerewetnya mak dan abah kalau dia tak berkenan di hati.Biar dia rasakan.
-----------------------------------
Malam Aidilfitri yang penuh syahdu dalam hidup aku.Bukan tak pernah aku melalui keadaan sebegini, tapi hati aku betul-betul merintih.Sedih dan syahdu bila melihat anak-anak kecil yang berhari raya di hospital.

Lagu raya dipasang dan semuanya bermain bunga api.Tapi tak mampu bergelak riang seperti kanak-kanak seusia mereka.Ada halangan dalam berbuat demikian.Kalau anak saudara aku sekarang ni, habis satu rumah mak dia keliling.Sampai tawaf 7x kadang-kadang.Nak pula ketuanya di Asyraf, makin riuh la mak marah dekat cucu-cucunya yang nakal.

Haikal juga leka bermain bunga api.Padahal badannnya makin lemah.Sekadar menghayati dan membentuk bermacam gambar dari bunga api di tangan.Duduk di kerusi

Dan tanpa sedar ada airmata yang menitis.Entah sempat, entah tidak aku menunaikan hasrat hati Haikal.Bile teringat kata-kata neneknya tengahari tadi, hati aku tambah walang.

”Doktor, nenek rasa Haikal dah tak lama.Kata Haikal, ada lelaki dan perempuan yang mengajaknya bermain.Dalam mimpi dan semuanya berpakaian putih.Dari muka Hekal, memang ada tanda dia dah tak akan lama”.

Dan pandangan mata aku jatuh pada muka Haikal.Aku teringatkan kata-kata emak tentang tanda kematian pada seseorang.Kadang-kadang kita tak perasan.Dan Cuma tersedar bila ajal dan menjemput.

Kening Haikal dan jatuh.Hidungnya sudah tak terletak elok dan pandangan matanya begitu dalam.Betapa deritanya kamu, wahai adikku sayang.Dan nenek tetap tenang,tenang seperti selalunya.

”Nenek dan redha kalau Tuhan nak ambil dia.Tak sanggup dah nenek tengok dia menderita.Biarkan dia pergi masa kecil-kecil macam ni.Paling tidak, dia tak berdosa.Insyaallah, kalau diizinkan jadi wildan di syurga!”.

Ya Allah, aku makin sebak.Tak tertahan rasanya hati aku memikirkan keletah Haikal yang mungkin menghilang tak lama lagi.
----------------------------------------------
Aku capai telefon, mahu menghubungi Adam.Rasa segan dan serba tak kena aku buang jauh-jauh.Kak Ain yang memberikannya pada aku.Adam dah pulang petang tadi, Cuma kerja hingga jam 5 petang.Walau apa pun keadaannya, aku harus mengutarakan hasrat hati aku.Aku mahu impian Haikal dipenuhi.

”Saya nak minta tolong!”

Adam terdiam di hujung sana.

”Ye, saya tahu saya baik hati .Tapi cik ni siapa.Tak kenalkan diri, straight to the point.Isk, mana tahu awak nak saya buat pelik-pelik ke?”.

Aku pun satu,lupa nak kenalkan diri.Gelabah punya pasal, tak menyempat nak minta tolong.

”Ida ni.Nak minta tolong carikan lemang sebatang!”,kataku ringkas.

”Oh,ok.Tapi kenapa malam-malam hari ni?Tak boleh nak beli esok je ke?”, protes Adam pada permintaan aku.

Aku terdiam.Nada suaranya agak tinggi, sama seperti awal perkenalan kami.Ketika dia datang ke rumah dan tak bercampur dengan orang sekitarnya.

”Ida, saya tak marah.Tapi pelik je.Nak lemang tak pasal-pasal.Cuba cakap kenapa?”.

Suaranya berubah lembut seakan memujuk aku.

”Ada patient ni.Dia teringin sangat nak makan lemang.Kalau Adam sudi tolong, tolong carikan.Ida tak boleh nak keluar, on call malam ni.Kalau tak, tak apa la!Assalamualaikum!”.

Handphone aku matikan, malas mahu mengharap belas kasihan orang.Lagi pun siapalah aku nak mengarahkan dia ke sini ke mari.Kalau aku ada kereta, sanggup aku tinggalkan wad ni.Lari sekejap mencari lemang.Tapi apa nak buat, terputus kaki.Redha jelah.
-------------------------------------------
”Ida, saya dah dekat hospital ni.Saya kena hantar lemang dekat mana ni?”.

Sms dari Adam aku terima.Tanpa sedar, aku mengukir senyuman.Dia datang dengan lemang yang aku pinta.Tepat jam 12 malam.Macam cerita dongeng Cinderella dah.Cuma tak ada labu dan tikus yang jaid kereta kuda.

Isk, aku ni.Berangan tak habis-habis.

”Dekat Wad Pediatrik.Takpelah, Ida keluar sekejap.Tunggu dekat entrance ye!”.

Malas nak menyusahkan dia ke mari.Malas nak menambah gosip liar yang mungkin timbul kalau Adam sampai ke muka pintu wad tempat aku bertugas.Lain pula ceritanya nanti.

”Tak apa lah.Saya dah nak sampai pun ni.Wait dan see ok!”.

Cepatnya dia balas sms aku dan berjalan.Tak sempat nak bangun dari kerusi, dia dah ada depan muka aku.Terkejut beruk aku!

”Suprise!”,ujarnya dengan suara ceria.Lemang dihulurkan kepada aku.Aku tersengih melihat reaksinya.

Kalau orang lain ada boyfriend, bagi bunga.Ni dapat lemang malam raya betul.Klasik betul kisah cinta aku ni.Ha, kisah cinta.Tak..tak aku tak mahu jadi perampas hak orang.

Lemang bertukar tangan, aku letakkan di tepi meja.Alamantnya kena cari pisau besar dekat bilik staff nurse la pagi esok.Kenapa la tak suruh potong sekali, kan senang kerja aku.Isk, aku ni.Banyak pula cekadaknya!Orang dah tolong, dah baik dah.

”Sorry tak sempat nak belah dan potong terus.Tadi orang tu baru siap masak lemang.Pagi esok, saya datang semula, tolong sini tolong belahkan lemang.Saya balik dulu ye!”.

Adam berpaling ke arah pintu.Senyuman terukir di bibirnya dengan reaksi aku.

”Er...Adam”.

Adam berpaling semula bila aku memanggil namanya.Masih ada pertanyaan yang timbul di benak aku.

”Er...Terima kasih.Kalau boleh tahu, dapat lemang ni dari mana!”,tanyaku.

”Buluh dari hutan.Lemang dari beras pulut dan santan!”,gurau Adam sambil ketawa.

Aku turut ketawa.Hati aku senang dengan kemesraan dia di malam raya ni.

”Tak ada la.Saya pergi rumah Ain masa Ida call tadi.Kebetulan lemang dah masak, so ambil jelah.Selamat hari raya ya ,Dr.Ida.Jumpa Esok.”.

”Er..minta maaf menyusahkan awak sekali lagi.Esok pagi, tak payah datang sini.Saya boleh buat sendiri.Lagipun tak susah mana nak belah lemang.Kacang je!”,dalihku,menghalangi hasratnya yang mahu membantu aku esok hari.

”Memang menyusahkan saya pun bawa lemang panas-panas ke sini.Tapi saya tetap kena datang esok.Awak halang pun, saya tetap kena datang.I’ll always here for you,my dear!”.

Adam pantas berlalu.Degilnya macam Amal juga.Eh, bukan la sebab aku dia nak datang pagi esok.Bukan semua doktor pelatih kena beraya dengan patient ke raya ni.Perasan betl aku ni.Mujur dia taj tahu.Kalau tidak, tambah seinci tebal muka aku.

Jap..jap, aku rasa macam ada ayat romantik kat hujung kata dia tadi.Ke aku perasan je.

Ida, udahla berangan tu.Tak baik merampas hak orang.Tapi kenapa hati aku jadi deg-degan ni.Ada angin kus-kus pula yang datang .Aku bangun cinta ke?Kalau ya, Amal aku nak letak mana?

2 comments:

misz nana said...

deg-degan??
hehh

iyads said...

best la..
hehehehe..
smbg cpt eyh..
thnxs..