@rubiadaibrahim

Wednesday, September 16, 2009

Janji 18:Tak Pasal2!


Allahu akbar..Allahu akbar...Allahu Akbar.....Allahu akbar wa lil la hilhamd

Takbir raya yang bergema di Tv menambahkan lagi rasa syahdu dan insaf di hati.Aku masih di meja pendaftaran Wad Pediatrik, ralit memerhatikan adik-adik yang kurang bernasib baik bersiap.Bersiap untuk sama-sama meraikan hari raya Aidilfitri kali ini.

Biarpun dalam keterbatasan melakukan segala hal yang boleh dilakukan kanak-kanak seusia mereka namun kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.Ceria dan sentiasa mengukir senyuman manis.Hilang segala raut kesakitan di hari-hari lainnya.

Fikiran aku teringatkan kisah raya aku ketika seusia mereka.Seawal pagi lagi, aku dah lesap.Selepas siap berpakaian dan solat sunat Aidilfitri, aku dan kawan-kawan akan mulakan konvoi berjalan sekeliling kampung.

Semangat betul nak kutip duit raya dan membandingkan dengan kawan-kawan yang lain.Bangga betul kalau aku yang dapat duit paling banyak.Kalau kurang, harus lebih giat mencari duit lebih.Dan selalunya aku lupa jalan nak balik ke rumah,petang barulah kembali.Macam burung kembali ke sarang lebih kurang.

Hari ni, tak ada semua tu.Nak berkonvoi ke mana kanak-kanak ni.Nak berdiri pun payah, apatah lagi nak berjalan mengelilingi hospital.Kalau di rumah kami akan sediakan RM2 sebagai angpaw, di sini tak terkecuali.

Setiap kanak-kanak akan diberi RM10 hadiah dari kami.Aku tak terkecuali, RM5 aku tambahkan pada setiap seorang.Boleh la, dari tak keluar langsung kata orang.Nak pula aku punya mood raya yang menyepi dalam diri ni, lagi la semangat aku mengagihkan duit raya pada mereka.

Tahun ni memang simple habis, beraya dengan baju kerja.Aku tak berkesempatan pun lagi nak menyarungkan pakaian yang ada rupa baju raya.Pakaian malam tadi masih tersarung elok di badan, blaus biru laut dengan seluar slack.Memang kepam habis bau badan.

Kalau dekat rumah, memang kena laser la dengan mak.Mujur la jauh dari pandangan mata mak.Kalau tidak, bersabar jelah aku.Aku nak balik ke rumah menyalin baju sebelum jamuan hari raya bermula.Sebentar lagi selepas semuanya dah tenang di wad ni.

Aku pulang ke rumah, salin baju.Aku kembali semula ke hospital dengan baju raya dan beg untuk pulang ke kampung.Malas nak patah balik semula ke rumah selepas itu.Malas nak menyusahkan Adam dab aku sebolehnya nak sampai di rumah secepat mungkin.Tak selesa la nak berdua-duaan dalam kereta dengan dia.
----------------------------------------------------
Baju kurung wana ungu yang disulam bahagian lengan dan bawah baju aku pakai.Beg balik ke kampung yang Cuma berisi anak-anak kecil aku jinjit perlahan.Langkah ke wad aku percepatkan.

Aku mahu segera sampai di wad, ada kerja yang aku harus selesaikan.Ada lemang yang menanti untuk dibelah dan ada Haikal yang mahu aku temui.

Sepanjang jalan ke wad, banyak juga mata-mata yang memandang aku pelik.Pelik sangat ke kalau datang hospital bawa beg baju.Macam tak pernah on-call je dia orang ni.
----------------------------------------------------
Adam dah ada di sisi Haikal ketika aku sampai.Berbaju Melayu ungu ,rona yang sama dengan aku.Macam berjanji la pula.Ke Cik Serba Tahu tu yang suruh Adam pakai baju kaler ni.Dia tu bukannya boleh dipercayai sangat.Ralit memerhatikan Haikal menikmati lemang hinggakan tak perasan kelibat aku.Apa yang difikirkan pun aku tak pasti.Susah nak diduga hamba Allah seorang ni.

”Dr, baru sampai ye?Haikal dah kenyang makan lemang.Terima kasih banyak-banyak sebab dah tunaikan permintaan Haikal!”.

Ucapan dari Nek Jah membuatkan Adam berpaling ke arah aku.Senyuman manis dilemparkan kepada aku.Aku membalas senyumannya.

”Dr.Adam ni dulu pernah juga masuk sini.Tahun lepas masa Haikal mula-mula masuk.Tu yang Haikal tak kisah sangat tu.Kalau orang yang tak kena dengan dia, jangan harap la dia nak”,tambah Nek Jah lagi.

Aku dan Adam sekadar mengiyakan kata-kata nenek.Haikal berselera benar menikmati lemang dan daging rendang di depannnya.Jap..jap, semalam bukan ke ada lemang je.Macammana boleh siap dengan rendang daging ni?Kena bertanya jap lagi ni.

”Dr berdua balik ke Pahang pukul berapa ni?Seronok la ye dapat dapat juga balik ke kampung.Tak kisah la sekejap, yang penting dapat jumpa mak & ayah!”.

Pertanyaan aku kena pending juga la nampak gayanya macam ni.Erm, nak buat macammana.Tak kan la aku nak hilangkan rasa gembira Nek Jah pula kan.Tak patut..tak patut.

”Ha, dah kenyang Haikal.Baru pandang abang.Kalau tidak, pandang lemang je!”,gurau Adam selepas Adam habis makan lemang.

Haikal tersengih.Kemudian, kedengaran sedawanya yang kekenyangan.

”Alhamdulillah,kenyang dah Haikal.Cakap terima kasih dekar doktor sebab dah bawakan beras dalam buluh Haikal!”,arah nenek pada Haikal.

”Terima kasih dr.Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin!”,ujar Haikal sambil menghulurkan tangannya mahu bersalam.

Huluran tangan Haikal kami sambut.Dan hampir serentak, kami mengucapkan sama-sama kepadanya dan mengundang ketawa Nek Jah dan Haikal yang memerhatikan kami.
-----------------------------------------------------
Hampir jam 11 pagi,kereta Adam bergerak meninggalkan perkarangan hospital.Aku Cuma mendiamkan diri di dalam kereta, tak tahu apa yang harus aku bualkan.Padahal, sebelum naik kereta lagi Adam dah mempamerkan sikap gentlemannya.

Beg yang aku jinjit diambil dari tangan aku.Lantas dimasukkan ke bonet kereta.Ada ulasan juga yang lahir dari mulutnya berkenaan beg aku yang comel lote tu!

”Kecil betul begnya Ida.Betul ke nak balik kampung ni?Ke nak pergi jalan-jalan dekat pekan je ni?Mana la nak pergi tengok tiket bas dekat terminal dulu ke?”.

Isk,pandai pula memerli aku tu?Ni tak ada orang lain la yang dok jadi juruhebah tak bergaji.Housemate aku terchenta la ni!

Aku Cuma diam bial disoal begitu, malas nak memanjangkan cerita dan gelak ketawa.Dalam hati aku ni,lain bebeno rasanya.Macam dup sana....dup sini.Aduh, gasak la jadinya hidup kalau macam ni.

”Cik Nurin nak duduk dekat mana?Depan ke belakang?”,soal Adam bila aku masih termangu di luar kereta.Kepalanya dijengulkan ke luar.

”Depan jelah.Jap lagi kalau duduk belakang, rasa macam jadi bos pula”.

”Kalau duduk depan, orang kata awak isteri saya pula.Tak kisah ke?”,soal Adam ketika punggung aku dah pun dilabuhkan di kerusi.

Aku tak kisah pun.Tak tahu la dia yang kisah.Mana la tahu kot-kot orang sana cemburu.Aku lain la, tak ada siapa nak cemburu?Amal?Biar lantak la dia, kalau dia cemburu tak ada efek langsung dekat hati aku.Secuit pun aku tak rasa apa-apa saat ni?
-----------------------------------------------------
”Ida, kenapa diam je?Tak nak ke tanya mana saya dapat rendang?Ucap terima kasih pada saya ke?”.

Pertanyaan Adam membuatkan lamunan aku terhenti.Aku menjelingnya dari hujung mata.Jelas sengih tersungging di bibirnya.Nak mengenakan aku ke dia ikhlas bertanya.Dah orang bercakap baik aku layan je.

Setidak-tidaknya, boleh juga la aku hilangkan perasaan mengantuk aku yang dah menyerang ni.Kang tak pasal-pasal,aku memalukan diri sendiri.Ye lah kan, kalau air liur aku meleleh tima tidur jap lagi macammana.Tak ke malu dan jatuh saham namanya tu?

”Ida, ada kat dunia lagi tak ni?”.

Aku tergelak mendengar soalannya.Perlahan, aku menganggukkan kepala.

”Mana dapat rendang pagi tadi?Terima kasih sebab dah tunaikan impian Haikal.Last but not least, saya ada di bumi yang nyata lagi sekarang ni”,balasku.

Semua yang ditanyakan, aku jawab mengikut susunan pertanyaannya.Dan Adam tergelak mendengar kata-kata aku.

”Rendang ambil dekat rumah Ain juga.Malam tadi mak dia bekalkan.Pagi tadi saya panaskan & bawa ke hospital.Sama-sama kasih, Nurin Rusyaida.!”,jawab Adam.

Adam tekun dengan pemanduannya dan aku kembali melayan perasaan sendiri.Mata aku pejamkan, sambil fikiran aku menerawang jauh.Risau juga dengan tindakan Amal yang mungkin tak pernah aku fikirkan.Mana tahu kalau setibanya aku di Pahang, Amal dah menunggu di rumah.Penat la aku nak menjawab dengan mak & abah kalau takdirnya begitu.

Padahal aku dah katakan pada mak dan abah yang kami tak ada hubungan apa-apa.Memang dari awal, tak pernah ada yang special pun.Dan ringtone di handphone menyentakkan lamunan aku.

Mata aku buka, handphone aku capai dari handbag.Sms dari Amal lagi.Aduhai, nak apa lagi dia ni?

”Selamat Hari Raya Ida sayang.Maaf zahir dan batin.Nak datang raya boleh?Kalau tak boleh pun, Amal tetap akan jumpa Ida juga.Dengan bersaksikan mak dan abah Ida lagi.Boleh ye?Please!”.

Sms Amal aku biarkan tak berbalas.Lantak la kau, malas aku nak melayan.Eloknya, tak payah ada cerita dari aku.Pelik juga macammana no aku boleh sampai ke tangan Amal ni.Padahal, orang-orang yang aku percaya je yang ada no aku ni.Isk, menyerabutkan otak aku je.

Mujur la rambut aku di tak menggerbang, kalau tidak, tak pasal-pasal aku kena tempah tudung kepala special.Nak membuatkan sarang tebuan punya pasal.Yang si Amal ni tak habis-habis dengan perangai romeo dia.Aku dah kata tak mahu,degilnya macam tak ada telinga.Menyusahkan oran betul.

Handphone aku matikan.Aku masukkan kembali ke dalam handbang di atas peha aku.Tak sedar, Adam memerhatikan gelagat aku.

”Kenapa tak balas sms.Orang jauh tu sms,dia teringatkan Ida la tu?Ke bergaduh di hari raya.Isk, orang hari raya maaf-memaafi, ni lain pula jadinya!”.

Komen dari Adam aku biarkan bagai angin lalu.Suka hati la dia nak kata apa pun.Yang penting, aku malas nak berkongsi cerita dengan sesiapa sekarang ni.Melihat aku yang tak sudi nak berbual mesra dengannya, Adam memasang lagu raya.Perjalanan kami yang tadinya sunyi sepi kini terisi dengan suara Adam yang menyanyikan setiap lagu di CD.Aku tersenyum melihat gelagatnya tanpa aku sedari.
--------------------------------------
Handphone Adam berdering minta diangkat.Handphonenya diletakkan di antara aku dan dia.Mungkin kerana susah nak mencapai dengan tangan kanannya yang memegang stereng, Adam meminta aku menjawab bagi pihaknya.

Nama Kak Zira jelas di screen handphone.Aku halakan pada Adam ala-ala minta izin menjawab bagi pihaknya.Tak la terkejut sangat Kak Zira bila dengar suara aku.Kalau tidak,tak pasal-pasal ada manusia yang gaduh macam aku sekejap lagi!

”ye..Zira.Ada apa-apa masalah ke?Angkat jelah, takut kenapanya?”.

”Tak apa ye?Risau la saya kalau dia fikir yang bukan-bukan sekejap lagi.Karang lain pula ceritanya.Takkan la saya nak jadi perosak hubungan orang pula”,jelasku akan erti keengganan aku.

”It’s okay.Dia faham dengan situasi kita ni.Lagipun, dia tak kisah pun awak tumpang ni.Dah, no more excuses.Just say hello and tell her i’m driving.Sekejap lagi,saya call semula dia.Tak payah risau la, bukannya dengan orang lain pun.Bakal isteri saya juga!”,tambah Adam girang sebelum aku melekapkan handphone ke telinga.

Mendengar kata-kata yang ceria, aku dipalu rasa sakit hati.Tak pasal-pasal je aku ni!Aisyhmen.

3 comments:

ikhlas said...

salah msuk ketegori neyh...
neyh kan ayat power pnye site...
nape t'sest janji lak...

Anonymous said...

berani jgk Adam nie yek....
spontan aje dia luahkn prsaan dia tu...
tpkn Nurin tu wt x thu je..dia dgr ke x apa Adam cakap tu...

MaY_LiN said...

oho..
adam..adam pandainye