@rubiadaibrahim

Thursday, September 17, 2009

Janji 19:Malu pun malulah!


Lambat-lambat handphone milik Adam aku lekapkan di telinga.Jelas di telinga aku, suara riang Kak Zira mengucapkan Salam Aidilfitri kepada buah hatinya di sebelah aku saat ini.
”Abang, selamat hari raya.maaf zahir dan batin.Ada Ida tak dengan abang tu?”,soal Kak Zira bila aku masih mendiamkan diri.
 
Aku pandang muka Adam sekilas.Adam mengisyaratkan aku agar terus berbual dengan Kak Zira.Aku serba-salah dan tersepit dengan permintaan Adam yang sedemikian rupa.
”Kak Zira,Ida yang cakap ni.Adam pesan kata Selamat Hari Raya.Dia tengah drive sekarang ni, nanti dia call semula”.
 
Kak Zira tergelak dan ketawanya yang kuat membuatkan aku terpana.Apa ke halnya pula ni?
”Ida ke?Patut la diam semacam je tadi.Ida, selamat hari raya.Seronok kan dapat balik kampung pagi raya.Macam drama Aidilfitri dah akak rasa”,komen Kak Zira lagi akan keadaan kami sekarang ni.
 
”Erm,lebih kurang la.Asalkan dapat balik ok la akak.Akak raya dekat mana tahun ni?Balik kampung tak?Dapat cuti hari raya tak?Ke kena balik pagi raya macam kami juga?”.
”Isk, Ida.Macam tak pernah belajar full stop.Mana akak nak jawab pun akak tak tahu ni.Raya dekat kampung la ni.Memang dapat la, akak baru lepas bersalin ni.Ada baby boy lagi raya ni.Kalau Ida nak tengok baby, minta la Adam bawakan datang sini”,balas Kak Zira.
 
”O,ok.Insyaallah.Selamat Hari Raya lagi sekali Kak Zira.Maaf zahir dan batin”.
 
Aku terdiam seribu bahasa mendengar kata-kata Kak Zira yang girang.Ada makna yang tersurat dan ada kata yang masih tersirat.Tak faham dengan situasi yang berlaku sekarang.Lama juga aku termangu, hinggakan Adam meminta handphonenya semula dari tangan aku.
 
”Apa yang dok menung sampai lupa nak letak telefon Cik Ida.Takkan pagi raya ada drama kot?”,gurau Adam pada aku.
 
Aku tersengih mendengar kata-katanya.Banyak la kau punya drama.Tadi tak mudah lagi bergurau kata bab isteri..bakal isteri apa ntah.Tapi apa kesnya kisah aku ni berubah jadi drama rahsia demi rahsia.
 
Kata Adam, Kak Zira bakal isteri dia.Tapi kata Kak zira lain pula.Takkan la baru masuk carta bakal isteri dh dapat baby kot.Itu kes naya bukannya gembira.Tapi kenapa Adam gembira betul nila tahu Kak Zira menelefon.
 
Jap..jap,kalau bukan Kak Zira siapa orangnya.Takkan aku pula.Aku yang silap tafsir ke?
------------------------------------------------------
”Saya hantar awak sampai rumah.Tak yakin la dengan keselamatan kampung ni.Kalau ada lelaki-lelaki mata keranjang nanti macam mana?”.
 
Aku mendiamkan diri mendengarkan alasan Adam.Mungkin keadaan semak di depan kampung yang membuatkan Adam nekad menghantar aku pintu rumah.
”Bukannya apa-apa pun, rumah saya dekat je dari jalan besar tu.Awak tak payah la risau.Insyaalllah, selamat sampai”,ujarku pendek,penuh yakin.
 
Adam menggelangkan kepala dengan kedegilan aku.Isk, tak mahu la dia datang rumah, sat lagi ada pula RADIO BERGERAK yang menjaja cerita ke sana ke mari.Siapa yang malu nanti,aku juga.Adeyh.
 
”Saya dah janji dengan Ain nak hantar awak sampai jumpa mak dan abah awak.No more excuse.Mak pun ajak saya datang beraya.Takkan la saya nak tolak pula.Nanti dia orang kata saya sombong pula”,sambung Adam, dengan alasannya sendiri.
Degilnya boleh tahan juga hamba Allah seorang ni.Akhirnya aku mengalah, biarkan la dia datang ke rumah pun.Beraya..beraya juga, rasakan la tol habis beraya jap lagi.
------------------------------------------------------------
”Macam ni awak kata dekat nak sampai rumah.Dah la rumah kampung jarak dia jauh-jauh, boleh awak nak jalan kaki sampai ke rumah.Dari saya risau tak tentu pasal, kan bagus kalau saya hantar macam ni!”,tempelak Adam bila aku menunjukkan pelan ke rumah aku.
 
Aku yang disebelahnya Cuma mendiamkan diri.Malas nak bertekak.Ada bagusnya juga dia hantarkan aku, boleh la aku memanjakan kaki sikit.Kalau melecet kaki aku nanti, kurang RM1 dari hantaran aku.Hehe.
 
Adam asyik memerhatikan kiri dan kanan jalan untuk ke rumah aku.Keretanya diperlahankan.Nama pun memandu dekat jalan kampung.Nak kena marah dek orang kampung, sila la memandu macam kat LITAR F1 ye tuan puan sekalian.
 
”Banyak juga rumah-rumah lama dekat kampung ni.Seronoknya la duduk kampung.Saya yang duduk taman ni tak ada feel langsung kalau bab-bab raya ni.Sebab tu masa dekat Indonesia dulu jarang balik.Alik-alik raya dekat Kuantan.Tak balik rumah wan pun”,cerita Adam pada aku tanpa dipinta.
”Kenapa pula macam tu”.
 
”Dua-dua belah dah tak ada wan dengan aki, raya dekat rumah jelah.Kalau balik pun masa nak tahlil dekat kubur je.Itupun pergi sekejap je”,jelas Adam lagi.

Aku mengangggukkan kepala mendengar ceritanya.Kalau mengikut perkiraan aku, rasanya adalah 1 kali je Adam balik beraya dengan keluarga di Malaysia.Selebihnya beraya seorang diri di bumi Indonesia.
 
Memang perantau sejati.Tapi satu yang buat aku kagum, tak pernah sekali dia hantar salam perantauan dekat surat khabar.Lain dengan aku yang memang berminat nak mengglamourkan diri walaupun balik hampir tiap tahun ni.
------------------------------------------------
Abah melayan Adam di ruang tamu.Aku duduk juga bersama mereka tapi mata aku memandang TV di depan mata.Macam-macam cerita raya dipertontonkan tapi semua aku pandang sepi.Mata mengantuk tahap dewa dah ni!
Aku mencuri-curi dengar perbualan abah dengan Adam.Adam kelihatan gugup menjawab segala soalan yang diutarakan abah.Tapi dia masih cuba bertenang.Makan pun sopan semacam,macam berjumpa mentua lagaknya.
”Adam,makan kenyang-kenyang.Nak menyampai ke Kuantan, boleh lapar semula.Jauh juga tu.Jangan malu..jangan segan..Buat macam rumah sendiri”,tegur emak pula.
Adam sekadar tersenyum manis pada emak.Dan bila melihat aku acuh tak acuh melayan Adam yang dah berjasa pada aku, emak mencubit peha aku.Aduhai, jatuh saham depan Adam sudah.
-----------------------------------------
”Selalu Ida yang buat kuih raya macam-macam jenis ni.Tapi tahun ni tak sempat nak buat apa-apa...Mujur la Kak Ngah dengan Najwa cuti lama juga.Boleh la tolong mak cik.Mak buyung pun sanggup turun dapur masak nasi ayam untuk pagi ni”,cerita emak pada Adam tanpa dipinta.
Tu dia, dah start dah menjaja cerita pasal aku.Memang betul la aku buat kuih raya.Tapi tak silap aku, dah 4 tahun lamanya aku tinggalkan kerja-kerja menghangitkan oven ni.Mak ni, lupa nak tengok kalendar apa.
”Ikutkan mak cik malas nak melemang tahun ni.Tapi Ida minta buatkan juga, abahnya jadi jugalah nak melemang.Petang sikit nanti dan turunkan lemang la.Ida la yang kena buat semua tu.Dia yang nak sangat, kena la lebih sikit kerjanya”,tambah emak lagi.
 
Adam menganggukkan kepala mendengar cerita emak.Senyuman manis masih menghiasi bibirnya.entah apa yang ulasan dia dengan keramahan emak pun aku tak tahu.Agaknya dia kata aku mewarisi sikap kepoh emak gamaknya!
------------------------------------------
”Cik Adam nak balik dah.Meh beratur siapa yang nak duit raya”,kata Adam sebelum berangkat pulang tengahari itu.
 
Asyraf yang tadinya menghilang cepat-cepat beratur depan Adam.Bab duit ni, siapa yang tak mahu.Aku pun nak kalau dia hulur, boleh la tambah-tambah dalam bajet bulanan.Hehe.
Satu persatu anak saudara aku beratur depan Adam.Ceh,macam banyak je anak saudara aku.Padahal ada 3 orang je.Bombastik pula aku ni mengira.Tangan Adam yang dihulur disambut anak saudara aku, kemudian dikucup.Dan sebagai balasan, Adam mencium pipi mereka.
Boleh tahan juga si Adam ni.Ada la ciri-ciri bapa penyayang, bagus untuk masa depan.Boleh tahan pula dengan bau anak saudara aku yang masam tu.Kalau aku la, aku suruh mandi dan sental betul-betul dulu badan kalau nak duit raya dari aku.
Adam bukan macam aku.Kepam-kepam anak saudara aku ni tetap dia cium pipi sorang-sorang.Belum sempat anak-anak saudara aku buat tol pelepasan pulang, Adam dah hulurkan angpow dulu.Memang kagum betul dengan dia ni.200% berubah ni.
------------------------------------------------------
Aku menyarung selipar di kaki malas.Emak menjeling dengan gelagat aku.Malas nak keluar kerumah dan menghantar Adam ke kereta.Walaupun jarak kereta Cuma 20 meter, emak mengisyaratkan aku supaya menghantar Adam.Dengan penuh rasa terpaksa dan tak rela, aku melangkah menyaingi Adam.
”Ida, sori tak ada duit raya ye.Orang tua ni duit raya dia tinggi sikit amount.Nak pula perempuan, memang tak pandang la kalau seringgit dua.Kena kerja 2 tahun baru boleh langsai nak bagi duit raya”,gurau Adam pada aku ketika aku mengiringinya ke kereta.
Aku tergelak mendengar gurauannya.Isk,mahal bebeno duit rayanya.Apa ke halnye boleh jadi gitu?
”Ada pula macam tu.Ikut ikhlas hati la nak bagi berapa.Takkan la nak menagih duit raya pula.Kalau nak bagi, saya sanggup terima.Lepas raya pun lepas raya la.Yang penting, rezeki jangan ditolak”,gurauku sambil ketawa.
 
Adam juga tergelak mendengar kata-kata aku.Pintu kereta di buka, kemudian dia masuk.Enjin kereta dihidupkan.Adam menutup pintu kereta.Tak lama kemudian,tingkap keretanya dibuka.Kepalanya dijengulkan keluar.
”Ida, selamat hari raya.Maaf zahir dan batin.Kalau ikutkan rasa hati, nak tolong mak dan abah bakar lemang.Tapi nak buat macammana, kena balik juga ke Kuantan.Insyaallah, kalau dizinkan Allah swt, saya nak dan berharap boleh raya di sini tahun-tahun akan datang”.
Kata-kata Adam yang terakhir sebelum berlalu membuatkan aku tepempam.Ha, nak raya dekat kampung aku?Ape ke halnya...Tapi apa nak pelik, nama pun hari raya.Sesuka dia la nak beraya dekat mana sekali pun.Apa-apa pun, aku rasa macam dah tak berpijak di bumi yang nyata.Rasa macam terbang di awan sudey!
----------------------------------------------
”Cik Ida, mana duit rayanya.Abang nak pergi raya dekat rumah Wan Long ni,nanti Cik Ida lupa pula nak bagi”.
 
Jeritan Asyraf membuatkan aku berpaling ke arah rumah.Poket baju kurung aku raba.Tak ada pun angpow yang sudah aku siapkan.Aku melangkah masuk ke rumah.Kalau budak-budak ni dah buat tol, jangan harap mudah nak lepas.
Aku masuk ke bilik, ketiga-tiga anak saudara aku mengekor di belakang.Puas aku cari handbag aku tapi tak nampak bayang juga.Mana pula perginya ni..aduhai, perang dingin la dengan kanak-kanak ribena jap lagi.
”Sorry semua.Malam sikit Cik Ida bagi.Cik Ida nak cari handbag dulu”,jelasku pada semuanya.Semua tarik muncung, macam keturunan Donald Duck dah muka masing-masing.
”Jumpa tak handbagnya Ida?Cuba ingat balik Ida letak dekat mana.Kesian akak tengok budak-budak ni.Tinggal Ida je yang tak kasi duit raya lagi tahu tak?”,kata Angah pada aku.
Aku cuba mengingat kejadian sebelum aku tiba di rumah.Dalam perjalanan tadi, handbag aku ada atas riba.Patu Adam berhenti dekat Petronas, aku letakkan handbag di bawah kaki.
Sampai dekat rumah, aku terus berlari masuk cari mak dengan abah.Oh,tidak..Handbag aku ada dalam kereta Adam.Siapa suruh tak sabar sangat nak jumpa mak dengan abah.Dah balik ke Kuantan segala harta benda aku.
 
”Ida, takkan la balik kampung sehelai sepinggang kot.Paling tidak, bawa juga la anak-anak balik.Ni memang rodger n out betul doktor kita ni”,tambah Mak Buyung a.k.a kakak ipar aku pula.
Aku tersengih mendengar bebelan mereka.
 
”Jangan-jangan tertinggal dalam kereta Adam semua barang Ida tak?’,teka angah semula.Aku menganggukkan kepala.Serentak,mereka ketawakan aku.
 
”Kalau handbag tu akak tak kisah lagi.Tapi sampai beg anak-anak tertinggal, memang malu la Ida.Macam nak bagi sign dekat bakal mentua je.Nak suruh mak Adam cepat-cepat masuk meminang ke Ida?’,sakat Kak Long aku pula.
 
Isk,malu la aku macam ni.Cepat-cepat aku angkat kaki ke bilik.Rasa blushing dah muka.Mana ada niat macam tu dalam hati.Tapi kalau nak masuk meminang, aku nak terima tak?
 
”Terima jelah,bukannya tak best jadi tunangan orang”,detik hati aku.
 
”Tak payah terima.Siapa Adam sebenar pun aku tak kenal lagi”,tegah hati aku.
 
Ah,gasak la.Apa yang penting, aku kena jejak kasih semula beg dengan handbag aku ni.Macammana nak call Adam, handphone aku semua dalam handbag.Aduhai, complicatednya kisah raya aku ni!
 
”Cik Ida, Pak Cik Adam datang semula.Dia ada dekat luar”.Dan jeritan Asyraf membuatkan aku tanpa sedar berlari keluar rumah.Malu pun malu la, maruah aku lebih utama!

3 comments:

Anonymous said...

cik Nurin kite nie mmng x phm2 lg ke y en.Adam nie mmng dh bia2 nkkn dia...
klkr btl le dia nie...
Adam pth balk..klw cm tu biar wktu Adam ada Amir dtng plk rmh Nurin kn lbh mnrk lg citer....

MaY_LiN said...

ayok..
malu nye..
mesti jadi bahan ngan c adam ni

ღnurull.mrs21ღ said...

semakin seronok membaca..:)

teruskan menulis!