”Sama-sama kasih...no need to ask for apologize.Small matter je”,ujar Ada m ketika beg pakaian dan bimbit aku bertukar tangan.Belum sempat aku menuturkan kata, Ada m terlebih dahulu maklum kata-kata yang akan lahi dari bibir aku.
Seperti pagi tadi, senyuman masih menghiasi bibirnya.Aku malu sendiri menden gar kata-katanya.Macam tahu-tahu je apa yang terbuku di hati aku.Tapi apa nak pelik, memang adat manusia minta maaf kalau menyusahkan.
“Selamat hari raya lagi sekali ye Ida.Mujur tak terbawa balik Kuantan barang-barang Ida, kalau tak puas nak menjawab dengan mak.Habislah hidup saya, suram dan kelam la jawabnya”,keluh Ada m sebelum masuk semula ke dalam kereta.
Aku sekadar tersengih menden gar kata-katanya.Takut juga dengan mak dia rupanya.Padahal aku bukannya siapa-siapa dia.Bagitahu jelah hal sebenar.Habis cerita.
“Ada m”,panggilan aku membuatkan Ada m menurunkan cermin keretanya.Matanya memandang kearah aku,senyum.
‘Drive carefully.Jumpa lagi balik kerja nanti.Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin”.
--------------------------------------
“Ida, sudah la tersengih-sengih dekat situ.Adam dah lama menghilang pun.Berangan Mat Jenin ke Ida”, tempe lak Kak Long dari dalam rumah.
Aku mengalihkan pandangan kearah tingkap rumah.Semua tengah berdiri menyaksikan drama tengahari raya aku dan Ada m.Si kecil pun join sekali.Pandai pula jadi paparazzi tu.Tak berbunyi pun suara.Anak emak betul la dia oran g ni.
“Cik Ida,Cik Adam handsome.Cik Ada m suka dekat Cik Ida ye?”,soal Asyraf pada aku.
Polos bunyi soalannya tapi cukup membuatkan aku tergamam.Isk, kecil-kecil pun pandai nak menyibuk hal oran g tua.
“Isk, mana ada.Dia kawan CIk Ida jelah.Tak ada apa-apa pun.Dah, siapa nak duit raya.Cepat beratur depan Cik Ida.Kalau tak,Cik Ida tak mahu bagi”,dalihku sambil menjengil gera m pada Kak Long dan Angah.
Keduanya buat muka dek.Konon-kononnya tak terlibat langsung dengan soalan cepumas dari Asyraf.Tapi kalau maknya tak buat cerita, takkan la dia pandai-pandai nak bertanya pula.
------------------------------------------------
“Ida memang tak ada hati pada Ada m ke?Angah tengok Ada m tu budak baik, hormat oran g tua lagi.Dengan anak-anak buah pun, pandai ambil hati.Apa lagi yang kurang?”,soal Angah memulakan siasatan bersirinya.
Suapan makanan di mulut terhenti.Isk, mula dah dia dengan serkap jarangnya.
“Kalau Kak Long la, tak tunggu lama dah.Baru je Adam berkias, Kak Long dah tanya bila nak masuk meminang”,gurau Kak Long pula.
Gurauan Kak Long cukup membuatkan suasana di dapur gamat.Aku sekadar tersengih menden gar gurauan dan tekaan mereka.Malas nak berbicara panjang dan mengulas tekaan mereka.
“Jangan la soal gitu dekat Ida.Ada orang tak habis makan la.Adam pun tak tenang hidup.Tak pasal-pasal Adam tersedak sepanjang jalan.Tak sampai ke Kuantan sekejap lagi”,ulas emak pula.
Senyuman aku lemparkan pada mak,berterima kasih kerana menyelamatkan aku.Suasana gamat di dapur dengan usikan Kak Long dan Angah bertukar sepi.Aku meneruskan suapan aku, menikmati juadah hari raya masakan emak.Best wo, syukur dapat raya kali ni.
Kak Long dan Angah bercuit-cuit melihat reaksi aku.Tak puas hati dengan aku yang berpuas hati dengan sokongan mak.Tak habis-habis dengan perangai kaki gosipnya.Habis la anak saudara baru aku nanti mewarisi perangai mak dia.Tak berdaya nak jawab soalan paparazzi dan mamarazzi esok-esok.
----------------------------------------------------------
“Ida memang tak ada apa-apa la dengan Ada m tu mak.Berkawan je, tak lebih dari tu.Kak Ain yang suruh Ida balik dengan dia.Ikutkan Ida, rela Ida naik bas.Sampai rumah malam pun tak apa mak”,cerita aku pada emak ketika aku membantu emak memasukkan pulut dalam buluh lemang.
”Mak tahu.Ida jangan layan sangat Kak Long dengan Angah tu.Memang dia orang suka mengusik”,balas emak akan cerita aku.
Emak melemparkan senyuman pada aku.Dalam hati, rasa syukur akan pengertian emak pada situasi aku sekarang.Mungkin kerana aku rajin bercerita dengan emak, emak faham rasa hati aku.
“Tapi kalau Ada m suka dekat Ida, Ida fikirkan la baik-baik.Bukan senang nak jumpa oran g macam Ada m tu.Mak tengok dia budak baik.Ambil berat pasal Ida..Tapi apa-apa pun, Ida yang berhak tentukan masa depan Ida”,tambah emak lagi.
Ulasan emak sama dengan kata-kata Angah tadi.Aku faham maksud emak.Pada emak, Ada m mungkin calon terbaik untuk aku.Dalam hati aku juga mengakui hal yang sama.Cuma dalam suatu hal,aku kurang setuju dengan Ada m.
Mungkin aku ego dengan pendirian aku.Aku mahukan seseorang yang tak pernah kenal erti cinta seperti aku.Mahu memulakan erti bercinta dan berkasih sayang dengan insan sepatutnya selepas terlaksana ijab dan Kabul .Dan Adam, Ada m bukanlah calon yang paling sesuai andai kriteria ini aku ketengahkan.
Aku tak tahu bagaimana nak memulakan pertanyaan.Isyarat dan hint Ada m membuatkan aku lemas.Kenapa aku harus diperangkapkan dalam persoalan yang aku sendiri tak nak tahu jawapannya.Biarpun ada rasa ingin tahu, aku mahukan Adam berterus terang.Tak perlu aku tertanya-tanya dan terus berteka-teki.
“Ida, mengelamun jauh nampa k.Mengelamun-mengelamun juga, pulut janganlah sampai duduk luar buluh.Dah rugi sebatang lemang nanti”,tegur emak pada aku.
Lamunan aku terhenti.Aku perhatikan lantai dan dipenuhi beras pulut yang tak masuk ke buluh.Aduh, puas la nak cover malu depan mak ni.Emak hanya tersengih bila aku menggelabah tak tentu arah.Mujur mamarazzis tak join sekaki projek buat lemang ni.Kalau tidak, masak aku dikerjakan.
------------------------------------------------
Lemang mak dah turunkan ke tempat membakar di bangsal belakang rumah.Memandangkan lemang dah dikacau dengan santan dan dah separuh masak pulutnya,3 jam lemang dah boleh masak.Senang sikit kerja aku nak menunggu lemang.
Kata emak, cara begini mudah dan praktikal untuk orang-orang kurang rajin macam aku.Aku sekadar tersengih mendengar kata-kata perli dari emak.Tak kisah la apa jua cara pun, yang penting selamat masak dan selamat menggembara ke peru t aku lemang ni.
“Cik Ida, ada orang nak cakap.Lelaki,suara dia garau macam papa”,jelas Asyraf sebelum sempat aku bertanya.
Aku mencapai handphone dari tangan Asyraf.Asyraf masih setia menunggu aku memulangkan handphone kepadanya.Nak sambung main game la tu.
“Ida, Amal dah sampai dekat kampung Ida.I’ll be at your home in 3 minutes.Wait for me ok!”.
Suara Amal jelas kedengaran.Pesanannya cukup ringkas.Belum sempat aku menghalang dan memarahinya, Amal dah letak telefon.Geramnya Tuhan sahaja yang tahu.Kalau beginilah perangai dia sepanjang waktu, botak kepala aku.
Asyraf meminta handphone dari tangan aku.Belum sempat aku serahkan kepadanya, sekali lagi handphone berbunyi menandakan ada sms yang masuk.Aku buka sms dan baca.
“Salam.Ida.Tq for such great experience today..Kalau ditakdirkan ini raya terakhir kita berdua,Adam akan kenang selamanya.Apa-apa pun, doakan Adam selamat sampai Kuantan ya.Hujan lebat sikit ni,jalan pun tak berapa nak nampak.Tapi jangan risau, I’ll drive carefully like your advice before.Btw,Ida tengah buat apa tu,bakar lemang ke?.Bakar lemang jangan sampai terbakar badan..Nanti kurang pula duit raya dari Adam.Hehehe”.
Sms yang aku terima dari Ada m membuatkan aku tersenyum.TAk habis-habis dengan duit rayanya.Nak ada discount pula kalau aku ada cacat cela.Waduh, kena menjaga keselamatan diri la gini jawabnya.Mata duitan juga aku ni rupanya.Hehe.
“Cik Ida, apa senyum-senyum. Cik Adam hantar sms ye?Abang nak bagitahu mama lah.”,soal Asyraf spontan pada aku.
Serta-merta niat aku nak membalas sms Adam mati.Tangan aku cepat-cepat menghapuskan sms dari Adam.Kalau tidak, kena lagi sekali dengan mamarazzi tak bertauliah dekat rumah ni.Melihat aku yang berlengah mengembalikan handphone,sekali lagi mulut berbisa Asyraf berbunyi.
”Cepat la pulangkan handphone.Abang nak sambung main game ni.Kalau tidak, abang report ada mama”,ugut Asyraf lagi.
Amboih,sudah pandai mengenakan aku.Kena balas ni.
”Cik Ida boleh bagi.Tapi janji jangan bagitahu mama.Kalau tidak, abang tak boleh main game!”,ugut aku pada Asyraf.
Asyraf yang memang gila dengan game bolanya apa lagi,terus mengikat janji setia la dengan aku.Aku dengar dan aku taat lagi!Settle masalah aku.
-------------------------------------------
Amal tiba sejurus selepas Asyraf kembali ke rumah.Aku buat-buat tak dengar jeritan dan makluman emak akan ketibaan Amal.Malas nak berjumpa dan bersua muka dengan mamat romeo tu.Aku meneruskan kerja membakar lemang walaupun tak perlu ditunggu sepanjang masa pun.
Melihat kedegilan aku, Along datang ke belakang rumah.Amal mengikutinya dari belakang.Aku menjeling kelibat Amal dari hujung mata aku.Naik geram juga kerana melibatkan Along dalam permasalahan hati aku ni.
”Ida,masuklah dekat dalam.Tolong emak hidangkan makanan.Biar Along tunggu lemang.Nanti kena percik dek api, kurang dah duit hantaran Ida.Lain la kalau Amal tak mahu terima tawaran discount hebat ni”,ujar Along bila aku masih berdegil mahu membakar lemang.
Amal tersengih mendengar kata-kata Along.Bangga sangat la tu bila Along berkias nak jadikan dia adik ipar.Silap la kawan, aku tak hingin dengan romeo jiwang karat macam kau tu.Benci betul tengok senyuman dia, aku terus berlalu ke rumah.Amal mengikut langkah aku dari belakang.
”Ida, kenapa macam tak sudi je terima Amal sebagai tetamu hari ni.Amal minta maaf banyak-banyak dengan Ida.Amal mengaku Amal salah, tapi benda tu dah lama.Macammana Ida minta Amal janji dulu, Amal tetap setia pada Ida.Please forgive me”,rayu Amal pada aku.
Rayuan Amal cukup membuatkan aku rasa loya.Macam nak terkeluar semua anak tekak.Jiwang karat, buaya, romeo tak habis-habis.
”Sudah..stop berjiwang-jiwang.Kalau nak beraya buat cara nak beraya.Tak payah nak bising bab hati la,perasaan la...enough semua tu”,marah aku pada Amal.
Amal terdiam mendengar amukan aku.Aku menyuruh Amal duduk di sofa ruang tamu sementara aku ke dapur mengambil makanan.Amal menurut segala kata aku, mungkin takut aku naik angin lagi.
--------------------------------------------------------------
Kak Long dan Angah yang di dapur bertanyakan soal kedatangan Amal.Aku katakan pada mereka yang Amal Cuma datang sebab nak beraya,tak ada niat dan maksud lain.Kak Long dan Angah tak berpuas hati dengan jawapan aku tentunya.
”Kalau tak pecaya, pergilah tanya dengan tuan empunya badan.Kalau dia dok sibuk nak jumpa mak dengan abah sebab nak ambil hati Ida, Ida memang tak ada hati langsung dekat dia.Menyampah lagi ada la!”,balasku geram.
Kedua-duanya terdiam seribu bahasa mendengar jawapan aku.Faham maksud aku yang jelas tak terselindung.
Belum sempat aku mengangkat dulang air ke depan,Asyraf sekali lagi berlari ke arah aku.Handphone aku disuakan.Sms yang baru diterima aku baca perlahan.
Dan sms itu cukup memilukan hati aku.Sepatah kata yang cukup membuatkan hati aku diraut pilu,khabar yang cukup membuatkan raya aku hilang serinya.Tanpa sedar, air mata aku menitis.
Dan tanpa sedar juga, aku berlari masuk ke bilik.Cukup membuatkan mamarazzi diam seribu bahasa dan anak saudara aku terpinga-pinga.
”Ya Allah,kuatkan aku menghadapi dugaan ini.Tuhan, tempatkan dia di kalangan hamba yang Engkau kasihi dan rahmati.Ya Allah, aku sayang dia.”.
2 comments:
nape tu?
bunyik ayat cam ada org meninggal je..
jgn ckp Adam sudah..
msg Adam tu pun bunyik dah lain macam je.. huhu~
aaaaa...pe da jd kat adam..
tamo..tamo..
Post a Comment