@rubiadaibrahim

Thursday, September 24, 2009

Janji 21:Malu Tapi Mahu!


”Salam.Adam dah takde.Bersama-samalah kita doakan dia”.

Sms yang aku terima dari Kak Ain membuatkan airmata aku tumpah tanpa aku pinta.Aku mengurungkan diri dalam bilik sejurus selepas menerima sms tersebut.Tak sangka secepat itu hal ini terjadi dalam hidup aku.Tak pernah menduga Adam akan meninggalkan aku hanya beberapa jam selepas beraya di rumah aku.

“Salam.Ida.Tq for such great experience today..Kalau ditakdirkan ini raya terakhir kita berdua,Adam akan kenang selamanya.Apa-apa pun, doakan Adam selamat sampai Kuantan ya.Hujan lebat sikit ni,jalan pun tak berapa nak nampak.Tapi jangan risau, I’ll drive carefully like your advice before.Btw,Ida tengah buat apa tu,bakar lemang ke?.Bakar lemang jangan sampai terbakar badan..Nanti kurang pula duit raya dari Adam.Hehehe”.

Sms yang aku terima sebelumnya aku baca berulang kali.Sungguh, aku tak percaya dengan apa yang baru sahaja terjadi.Berat rasanya hati meredhakan dia pergi.Tak ada lagi gurauan Adam pada aku soal duit raya, bakal isteri dan sebagainya.Memang tragis dan menghayat hati andai rasa sayang yang dah tumbuh di hati lenyap di Aidilfitri.

Aku mengakui satu hal yang sering aku nafikan sebelum ini.Aku jatuh hati dengan peribadi Adam, aku tersenyum tanpa sedar mengingatkan gurauan Adam, hati aku berbunga-bunga melihat layanan Adam dan kata-kata Adam membuatkan aku diburu rasa bahagia.

Sejak bila, aku tak pasti.Mungkin pertemuan demi pertemuan ketika aku di Indonesia lagi.Mungkin saat dia tak membalas senyuman yang aku lemparkan, mungkin juga ketika Adam ralit memerhatikan aku makan macam orang kebuluran dan tak mustahil ketika aku buat demo tape mari bersenam 4 tahun yang lalu.

Mengingati semua peristiwa antara kami membuatkan aku makin pilu.Dan surah Al-Fatihah aku hadiahkan kepadanya.Biarpun aku dalam keadaan uzur, ada pendapat yang mengatakan boleh membaca AL-Quran.Aku berpegang pada pendapat itu.Dan harapan aku saat ini,moga dia kembali pada pencipta-Nya sebagai hamba yang terbaik.Amin.
--------------------------------------------
Azan Maghrib berkumandang, aku masih berteleku di dalam bilik.Amal yang datang sebagai tetamu aku tak perdulikan.Aku biarkan Angah dan yang lain melayannya sebagai tetamu.Belum aku khabarkan apa yang dah terjadi.Biarlah aku tenang terlebih dahulu.Aku bimbang andai mereka mengesan rasa hati yang sekian lama aku simpan.

Amal pulang tak lama kemudian.Dan memang itulah yang kau harapkan.Aku mahukan dia jangan datang lagi ke sini.Biarlah aku melayan hati dan perasaan yang walang sendiri.Aku tak mahukan dia memujuk dan terus merayu.Tak lagi aku berpaling pada janji yang dah dimungkiri.
Angah mengetuk pintu bilik sejurus selepas Amal pulang.Aku melangkah malas untuk membuka pintu.Angah terkejut melihat mata aku yang merah.Angah terus memeluk aku, mahukan aku kuat menghdapi dugaan ini.

Muka Angah penuh tanda tanya akan perubahan aku.Aku suakan handphone kepadanya.Usai membaca, mulut Angah terkumat-kamit membacakan Al-Fatihah,menghadiahkan kepada si dia yang telah pergi.Dan sekali lagi, Angah meminta aku terus bersabar.

”Patient Ida yang nak makan lemang tu kan.Takpelah Ida, Allah lebih sayangkan Ida.Ida banyakkan doa.Allah lebih sayangkan dia”,pujuk Angah.

Pujukan Angah terasa janggal di pendengaran.Aku menangis sebab Amal bukan sebab Haikal.Aku salah baca sms ke apa ni?Angah memandang aku pelik bila masih termangu-mangu.

”Kenapa pandang Angah macam tu?Angah baca sms kat handphone Ida la.Haikal yang meninggalkan!”.

Sms yang dibaca Angah disuakan ke arah aku.Sms dari Kak Ain aku baca.

” Sorry, Kak Ain silap hantar sms tadi.Haikal dah takde.Moga dia ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman.Al-Fatihah”.

Sms yang diterima kira-kira 5 minit selepas sms yang pertama itu rupanya yang dibaca Angah.Aku tak perasan ada sms kedua kerana terlalu sebak.Isk, jangan dia perasan sms yang pertama sudah la.Malu aku dibuatnya.

”Cop..cop,ke Ida salah baca ni.Apa sms first yang Ain send tadi.Meh sini handphone Ida”.

Belum sempat aku berdalih, handphone aku dah berada dalam tangah Angah.Memang cekap dan tangkas Angah rampas handphone aku.Ah, sudah...naya..naya.

”Oh,patut la menangis sakan.Sayang juga Ida dekat Adam rupanya..Malu tapi mahu la konon.”,tempelak Angah pada aku.

Aku malu sendiri.Aduh, nilah padahnya kalau gelabah tak tentu arah.Dah jadi cerita hot mamarzzi jap lagi.Nasib..nasib.

”So, Adam is the winner in ur heart, Cik Ida.Kalau dia, Angah sokong 100 %..200% pun boleh.Nak kena buat berita terkini ni.erm,apa tajuk dia ye?...Ida sayang Adam juga pun ok.Amacam, mengancam tak.Mesti dapat sambutan hangat jap lagi.”,jerit Angah kuat sambil ketawa.

Siap mengenyit mata lagi.Sedangkan aku rasa macam nak masuk dalam bumi dah.Malu..semalu..malunya.huhu.
-------------------------------------------
Panggilan telefon dari Adam aku terima ketika aku sibuk memasak di dapur.Kebetulan aku keseorangan ketika itu.Ahli keluarga yang lain di tempat sembahyang, ramai-ramai membacakan surah Yasin untuk Arwah Haikal yang telah pergi.

”Assalamualaikum..Ida,buat apa tu?Adam dah sampai rumah sebelum Maghrib tadi.Tapi handphone kong, tak boleh nak sms.Erm, Ain ada sms apa-apa tak dekat Ida tadi?”,soal Adam memulakan perbualan.

”Waalaikummussalam..Tengah memasak untuk makan malam.Erm, sms dari Kak Ain.Ada, pasal Haikal ke?”,soal aku kembali.

Kalau nak dikira, ada 2 sms yang aku terima.Tapi tak mungkin la Adam nak bertanya soal sms yang mengundang airmata aku kan.Kan ke memalukan diri sendiri kalau aku kantoi nanti.tak mahu..tak mahu.

”Tulah..Alhamdulillah, sempat gak dia makan lemang.Kalau tidak, menyesal juga Adam tak datang malam semalam.Ida,jangan sedih-sedih tahu.Banyakkan bersabar.Suara Ida macam baru menangis je.Tak baik menangis, tak tenang dia pergi”,pujuk Adam.

Waduh, dia dah perasan aku menangis ke?No..no..no, kena berdalih dan berkalih ni.

”Insyaallah, dah ok.Tadi terkejut juga.Alhamdulillah, dah ok sekarang ni.Erm, Adam bila tahu ni?”.

”Tahu petang tadi la, Ain yang sms.Siap silap sms lagi.Ada ke patut dia sms kata Adam yang takde.Padahal, sihat walafiat lagi ni.Tak patut betul la.Entah-entah ada orang yang dah menangiskan Adam masa baca sms tu tadi.”,seloroh Adam sambil ketawa.

Aduh, kena sedebik atas kepala.Jangan dia perasan aku pun menangis sama sudah la.

“Jap..jap..Ida menangiskan Adam ke Haikal ni?Kalau menangiskan Adam, fuh rasa dunia saya yang punya.Tapi depan orang yang dia sayang, takkan la dia ingat dekat saya dah kan.Sms pun tak boleh nak balas, takut cemburu kan?”,soal Adam tenang, cukup membuatkan aku terpempam.

“Ha, orang yang saya sayang,siapa?”,siasat aku, takkan dia tahu pasal Amal kot.

“Sorry ya Ida.Tadi Amal call, saya yang angkat phone.Kebetulan masa tu barang-barang Ida semua ada dalam kereta lagi.Sebab tu saya patah balik, pulangkan barang Ida.Kalau tak kerana phone call tu, memang dah balik ke Kuantan barang-barang Ida.Tak pasal-pasal jejak kasih Aidilfitri orang tu tak menjadi”,jelas Adam pada aku.

Aku tergamam mendengar suara Adam yang tenang.Dia memang tak ada perasan dengan aku kot.Sebab tu dia sanggup pulangkan harta benda aku semula, sanggup biarkan Amal datang dan berjumpa dengan aku.

“Ida, minta maaf kalau saya jadi penghalang.Sampaikan salam saya pada family Ida.Amal sekali.Apa-apa pun, saya gembira sebab dapat kenal family Ida walaupun untuk sekejap.Selamat malam.Assalamualaikum”.

Suara Adam masih tenang seperti selalu.Tak tahu apa yang dia rasakan saat ini.Mungkin dia sukakan aku, tetapi kenapa dia merelakan aku dengan Amal.Mungkin dia cemburu tapi kenapa dia masih tenang dan bersahaja menuturkan kata yang sedemikian.Aku keliru dengan apa yang berlaku saat ini.
------------------------------------------
Hidup mesti diteruskan..itu prinsip aku suatu ketika dahulu hinggakan ke hari ini.Walau bagaimanapun juga, aku harus terus tabah menghadapi segalanya.Tak kira bagaimana pun dugaan dan rintangan yang datang.

Amal dan Adam terus menyepi dari hidup aku.Kebisuan Amal memang aku harapkan.Cukup tenang aku tanpa gangguannya.Mungkin Amal beranggapan Adam pilihan hati aku.Dan realitinya memang begitu.

Adam juga hilang.Panggilan malam raya itulah khabarnya yang terakhir hinggakan aku kembali bertugas kini.Tak ada lagi sms dan panggilan dari Adam.Biarpun sebelumnya memang Adam bukan manusia yang bertemankan handphone dan menghubungi aku, aku rasakan kesunyian tanpa gurauannya.

Fuh..memang jiwang dan berkarat ayat aku.Padahal,aku tak reti nak bermadah pujangga ni.Kadang-kadang rasa nak sms Adam, bertanyakan khabar tapi aku malu sendiri.Kang orang kata pergi cari timba pula.Tak mahulah aku jadi macam tu.

Pada perkiraan aku, aku faham maksud kata-kata Adam.Adam merelakan aku dengan Amal sedangkan tak ada sedetik pun rasa suka dan sayang aku pada dia.Tapi macammana aku nak memulakan kata?Nak berterus terang rasa hati aku yang sebenar.Takkan dengan heronya aku nak mengaku.Aduh, susah..susah.
---------------------------------------------------
“Ida, Ida gaduh dengan Adam ke?Akak tengok korang lain betul lepas balik raya hari tu?Ada apa-apa jadi ke?”,soal Kak Ain ketika aku berehat di ruang tamu rumah.

Aku memang memerlukan seseorang untuk berkongsi rahsia hati.Dan huluran tangan Kak Ain membantu amat aku hargai.

“Erm, tak bergaduh pun akak.Ida pun pelik bila dia berubah benar.Kalau dulu, rajin juga dia datang dekat Wad mengintai Ida.Sekarang ni, jumpa dekat Kafe pun dia buat tak kenal dah.Rasa terhina betul Ida dibuatnya”,jelas aku panjang lebar.

Memang aku terasa hati dengan Adam.Tengahari tadi, aku berjumpa dengan dia ketika menikmati makan tengahari.Senyuman manis yang aku lemparkan, dia balas dengan muka mencuka.Ya Allah, jauh betul hati dibuatnya.

“Dia terasa dengan Ida la tu.Amal ada datang rumah ke hari raya tu?Jangan-jangan, dia cemburukan Amal tak?”,teka Kak Ain sambil tersengih nakal.

“Erm,memang Amal ada datang.Ida dapat agak sebab tu juga dia berubah macam tu.Hari tu, barang-barang Ida tertinggal dalam kereta dia.Amal Call, dia yang angkat.Dia cerita dekat Ida malam raya tu.Tapi dia siap relakan Ida dengan Amal lagi akak.Jelas-jelas dia tak sudi dengan Ida.Takkan la Ida pula nak beriya..Dah la hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong”,luah aku pada Kak Ain.

Kak Ain menganggukkan kepala tanpa mengerti cerita aku.

”So, sekarang ni hati Ida pada siapa?Amal ke Adam?”,soal Kak Ain mahukan kepastian dari aku.

”Jujur Ida cakap, Ida rasakan Adam yang terbaik untuk Ida.Tapi bila jadi macam ni..entah la akak, malas dah nak mengharap lebih-lebih lagi”,keluh aku.

Perasaan malu aku buang jauh-jauh.Biarlah kalau Kak Ain tahu pun.Kalau Adam tahu lagi bagus, tak sanggup rasanya menahan rindu..Jiwaa aku makin jiwang dah karat nih..Tolong la hilangkan karat yang makin melekat ni.Huhuhu.

”Adam memang macam tu.Masa dengan Zira dulu macam ni jugalah.Rajin juga dia cerita dekat Kak Ain dulu.Ida pun tahukan yang Zira tulah perempuan pertama yang ubah dia jadi macam sekarang ni.Bila Zira nak putuskan teman tapi mesra dia orang, dia rela berkorban.Dia nasihatkan lelaki tu supaya jaga Zira elok-elok sbab dia tahu Zira memang sayang sangat dekat 1st love dia tu.Kak Ain memang tak setuju dengan apa yang dia buat.Dia tegaskan dekat Kak Ain, yang jodoh pertemuan di tangan Allah.Dia kata kalau Zira bahagia dengan pilihan hatinya, dialah manusia paling bahagia.”,cerita Kak Ain pada aku tanpa aku pinta.

Aku terdiam mendengar cerita Kak Ain.Akhirnya kisah Adam dan Kak Zira tersingkap sudah.Cuma satu yang membuatkan aku takut.Aku takut kalau Adam mahu berkorban lagi.Aku tak mahu dia merelakan aku dan Amal bersama.Cukuplah sekali dia berkorban.

”Erm, siapa kata dia rela Ida pergi dekat Amal.Dia pesan dekat akak tadi.Nak jumpa Ida tengahari esok dekat taman depan wad Pediatrik.Dia pun tak sanggup tengok Ida malu dengan perangai dia.Ida jumpa dengan dia esok.Terus terang je hal sebenar.Tak perlu takut..tak perlu malu.”,tambah Kak Ain lagi.

Hati aku gembira dengan pesanan Kak Ain.Tak sabar rasanya nak menunggu hari esok.Nak tak nak, kena juga buang perasaan malu yang mencengkam...Malu..semalu..malunya, tolonglah pergi jauh-jauh..Syuh!..Syuh!

2 comments:

misz nana said...

ingatkan Adam yg meninggal..
fuhh.. nasib baik bukan..

saling terus terang menerangi la korang Adam ngan Ida oii..
yezZaa~

MaY_LiN said...

waduh..
waduh..
ida nak confess