@rubiadaibrahim

Tuesday, September 29, 2009

Janji 22:RM22.50 cukup!


Soal jodoh pertemuan semuanya telah diaturkan dan ditetapkan oleh Allah swt.Dan kita sebagai hamba yang lemah pastinya mengharapkan yang terbaik dalam hidup.Itu juga doa aku kepada-Nya.Memohon dan berdoa agar aku dipertemukan dengan seseorang yang akan membimbing dan memimpin aku ke jalan yang diredhai-Nya.

”Nak buat suami ni bukan tengok muka je.Berdoa pada Allah supaya yang calon kita tu yang terbaik untuk kita.Buat terbaik paras rupa je, semuanya.Hidup dia, hubungan dengan keluarga, ilmu agama dan paling penting akhlak dia la”.

Pesanan dan penjelasan panjang lebar mak berkenaan pemilihan calon suami masih terngiang-ngiang di telinga.Kuat dalam ingatan aku cubitan ketam mak bila aku tetap berdegil mahukan suami yang handsome sebagai ciri pertama dalam mencari seorang suami.

”Kalau tengok muka boleh buat menantu, sekali perangai macam hantu nak buat apa?”,soal emak geram.

Aku tergelak melihat reaksi emak.Sengaja mengusik emak sebenarnya.Yang pasti, bukanlah itu yang aku ketengahkan.Yang pasti 4 ciri pemilihan calon sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam tetap jadi keutamaan aku.Agama,Keturunan,Rupa dan Harta..semuanya harus diperhatikan dan dinilai.Bukan main redah dan tangkap muat je!

”Ya Allah,tunjukkan aku siapa yang terbaik untuk diriku.Dan berikan aku pentunjuk, aku terbaik untuk siapa.Dekatkan hati kami andai takdir-Mu kami bersama, jaga hubungan kami agar sentiasa di bawah naungan redha-MU”.

Itu doa aku usai solat Isthikarah sejak sebulan yang lalu.Sejak hati aku mula merasakan jatuh sayang pada Adam,sejak Amal mula mengasak mahukan keputusan aku.Siapa dia..aku serahkan ada Allah swt.

”Dan sesungguhnya apa yang kamu sukai adalah yang buruk bagi kamu dan apa yang kamu benci adalah terbaik bagi kamu”.

Andai Adam yang terbaik aku terima.Dan andai takdirnya aku terbaik untuk Amal, siapa aku untuk menolak.Kerana aku hanyalah hamba yang lemah.Dan seringkali kita tersilap dan tersalah dalam membuat keputusan tanpa bimbingan dari-Nya.
-----------------------------------------
Adam dah menunggu di luar wad ketika jam tangan menunjukkan jam 12 tengahari.Raut wajahnya serius, cukup membuatkan aku diburu rasa cuak dan takut untuk berterus terang.Dia termenung jauh, dan aku tak tahu apa yang ada dalam fikirannya.

”Ya Allah, mudahkan urusan aku.Kuatkan aku untuk mengungkap rahsia hati”.

Aku melangkah perlahan kearahnya.Mendengar derap tapak kaki kau, Adam mengangkat mukanya.Senyuman manis dilemparkan pada aku.Senyumannya aku balas.Seketika, kami mendiamkan diri.Tak tahu siapa yang harus memulakan bicara.

”Kenapa diam je Ida.Ain kata Ida nak jumpa saya.Ada benda penting nak cakap dengan saya.Apa dia?”,tanya Adam perlahan, menghilangkan kesunyian yang mengelilingi kami.

Aku terkejut mendengar soalan yang terpacul dari bibirnya.Bila masa lak aku nak jumpa dengan dia?Ada hal penting pula.

”Eh,bukan Adam ke nak jumpa saya?Kak Ain yang pesan”,tanya aku kembali.Termangu-mangu aku dibuatnya.

Adam mengggelengkan kepalanya.Ni semua propaganda Kak Ain la nih.Sahih, benar dan tak ada keraguan lagi.

”Nope,Ain kata Ida nak jumpa.Nak minta duit raya lagi.Saya dah siapkan angpow ni.Tapi tak seberapa la”,ujar Adam tenang sambil menghulurkan sampul duit raya.

Sebagaimana yang dijanjikan, Adam menunaikannya.Sampul Angpow warna merah hati aku terima.Adam tersengih melihat reaksi aku yang malu-malu menerima huluran ikhlasnya.Terima jelah, rezeki orang nak bagi.Ye tak?
-----------------------------------------------------------
Adam mengajak aku ke kantin, nak belanja aku makan.Katanya, aku tak berkesempatan beraya di rumahnya.Jadi, harus digantikan dengan makan tengahari.Aku ikut jelah.Bukannya aku yang keluar duit pun.Jimat dah bajet bulanan aku.

”Belanja junior makan, Kak Ton.Bukannya selalu.1st time kot sejak kenal dengan dia”,ujar Adam tenang bila Kak Ton,staff nurse bergurau mengenakan kami ada hubungan istimewa.

Memang tak ada hubungan istimewa pun antara kami.Dan yang pasti, kata-kata Adam menguatkan lagi keyakinan aku.Adam tak mengharapkan aku menjadi pendamping dan rusuk kirinya.Mungkin bukan takdir kami untuk bersama barangkali.

”Ida, jauh menung.Erm, nak makan apa?Sila jamu selera dengan bermacam hidangan,pilih yang mana suka, Encik Adam bayarkan”.

Gurauan Adam mengundang ketawa aku.Sempat lagi menyumbangkan lagu tu.Macam-macam hal la dia ni.

”La..makan nasi kerabu je ke?Cukup ke sampai on-call nanti.Karang lapar, minta hantarkan lemang pukul 12 tengah malam lak”,tambah Adam bila aku hanya memilih nasi kerabu.

Aku tersengih mendengar gurauannya.Mengingatkan peristiwa tu memang boleh tersenyum tanpa sedar.Kelakar juga kalau dikenang.

Kami jalan beriringan ke meja makan.Adam memilih meja paling hujung.Aku Cuma menurut.Pada fikiran aku, mungkin dia mahu bersemuka dengan aku soal hati dan perasaannya.Dan aku tak akan sesekali memulakannya...biarlah ladies last hari ni.
------------------------------------------------------------
”Aritu balik naik apa?Along hantarkan ke?”,soal Adam ketika kami menikmati makan tengahari.
Aku mengiyakan tekaannya.Memang betul Along yang menghantar aku ke sini.Atas permintaan aku dan kerelaan Along sendiri.Dalam perjalanan, banyak juga Along nasihatkan aku.Bab mencari adik ipar buatnya masuk carta teratas tentunya.

”Lega dengar.Ingatkan siapa yang hantar tadi.Erm, Ida bila nak berkereta.Saga new edition tu tak sampai 30k kalau tak silap Adam.Kereta zaman sekarang ni murah je.Dah jadi satu keperluan, bukan kehendak lagi”,tambah Adam.

Perbualan kami berkisar soal kereta pula.Isk, macam tak sudi nak tumpangkan aku balik je.Sudah la kalau tak sudi.Aku bukannya tak nak beli kereta Cuma mak tak mengizinkan.Tengok keadaan jalan Kuala Pilah tak ubah macam ular kena palu, lagi la keras larangan mak.

”Biasa la orang tua.Nak pula anak perempuan, macam-macam larangannya.Mak dah tak risau kot sekarang.Maklum la dah ada orang jagakan anak dia.Bertanggungjawab..handsome lagi”.

Kata-kata Adam membuatkan aku tersenyum.Perasan betul la hamba Allah ni!Adam memandang pelik bila aku katakan dia perasan.

”Bukan saya la.Tunang kesayangan Ida la.Dah bertunang pun segan nak pakai cincin.Kalau saya la, bangga tahu.Kalau boleh nak hebohkan kat seluruh dunia”.

Protes dan kata-kata Adam seterusnya membuatkan aku terpempam.Bila masa pula aku jadi tunangan orang ni?Cincin tak ada pun..bukan nak kata belah rotan, rotan yang dibelah jadi cincin pun tak ada di jari.

”Mana ada bertunang-tunangan ni?Siapa yang cerita dekat Adam?”,soal aku, mahukan kepastian dan membongkar cerita dongeng yang didengarnya.

”Kak Long Ida yang sms haritu.Masa raya ke-3.Dia bagitahu Amal datang 1st raya sebab nak merisik.3rd raya, korang bertunang.Takkan la dia tipu Adam pula.Mana ada orang main-main bab tunang nikah ni”,tegas Adam pada aku.

Aku mengetap bibir geram.Waduh..waduh,sesuka hati gembira je buat gossip hangit.Nak kena amuk dek aku mak buyung nih.

”Jap..jap,Kak Long tipu jelah haritu.Mak, saya kena tipu la ni Ida?”,soal Adam kembali.Nada gembira kedengaran di hujung kata-katanya.

”Yelah...tanya mamarazzi,memang kena kelentong la jawabnya.Kenapa la tak tanya tuan empunya badan je?”.

Adam tersengih mendengar kata-kata aku.Mungkin tersedar kesilapan dirinya sendiri.Pandai-pandai je buat andaian sendiri.

”Ok,Cik Nurin Rusyaida.Saya tak akan dengar gossip dah lepas ni.Erm, dari tadi saya je bercakap.Apa yang penting sangat Ida nak cakap?Tak sabar dah nak tahu ni?”,soal Adam dengan muka penuh mengharapnya.

Aku mati kata-kata.Ah sudah, takkan kena berterus terang ni.Tak bersuluh dah aku nak berbicara.Tak pasal-pasal,seram sejuk seluruh badan.Mana aku nak mula ye?
----------------------------------------------------
”Ida..Adam, amboih dating dekat hospital ye?Aku tak tahu pun”,teguran Kak Ain sedikit sebanyak menghilangkan rasa gemuruh yang datang.

Kak Ain tersengih nakal melihat kegugupan aku saat ini.Aku memandang Kak Ain, mengharapkan dia membantu aku menyelesaikan soal yang belum lagi selesai.

“Aku dah kena masuk ni.Ida, semangat!Chaiyok!”,ujar Kak Ain selamba.

Kak Ain angkat bahu dan cepat-cepat dia berlalu.Adam memandang aku pelik.Dan soalan Adam membuatkan aku tak tentu arah.Apa nak dikato?

“Apa yang dok isyarat dengan Ain tadi.Macam ada rahsia je?Ida tak bagitahu Adam pun lagi benda penting tu.Deg-degan dah perasaan ni?Ke Ida rasa duit raya yang saya bagi tu tak cukup?Nak tambah berapa ribu lagi ye?”.

Sudah, dia mula dah berkias.Aku pula naik geram dengan soalan demi soalannya yang seakan-akan meminta aku berterus terang.Takkan la nak perigi cari timba laks.

Aku kalut mencari ayat berkias juga, nak menyedarkan dia rahsia hati aku saat ini.Pager di poket baju Adam berbunyi menandakan Adam harus bersegera kembali bertugas.

Adam bingkas bangkit, matanya tetap memandang aku.Senyuman nakal dilemparkan.Aku tak mahu bertangguh lagi.Kalau bukan hari ni, bila lagi kami akan bertemu.

Pling..idea datang juga.Angpow duit raya dari Adam aku kembalikan semula padanya.Adam tercengang dengan perbuatan aku.

“Isk, buka pun belum..dah balik semula dekat tuan,Saya ikhlas bagi dekat Ida? Kenapa pulangkan balik?”,Dia mahukan penjelasan segera.

“Saya tak mahu sebanyak ni..tak perlu beribu-ribu ringgit.Cukuplah RM22.50”,kataku ringkas mungkin.

Aku angkat kaki.Adam masih tercengang-cengang.Isk,lampi pula dia hari ni.Aku mempercepatkan langkah, tak mahu Adam membaca rasa hati aku.Tapi Adam ternyata lebih pantas dan bijak menghadapi situasi ini.Adam mengejar langkah aku.Senyuman manis bermain di bibirnya.

”Ida, thanks a lot.Kita balik Pahang hujung minggu ni!”,tegas nada suaranya.Dan anggukan kepala aku membuatkan senyuman Adam kian lebar.Senyuman lebarnya aku abdikan dalam fikiran.Moga diberkati rasa hati kami.Hujung minggu, cepatlah datang.

Ya Allah, terima kasih atas pertemuan ini.

6 comments:

Dyra said...

cute nye =)

Mia Arisya said...

sweet...
nk gak...tp xmo la rm22.50 skang...
4 tahun lg..huhu

MaY_LiN said...

huhuhu..
kuala pilah pun 22.50 gak ke..?
pandai ida berkias yea..
smp hati kate lampi kat bakal hubby..
hikhikhik

Anonymous said...

aduhai...
best btl le Ida nie dpt Adam y mmhmi...
nk luahkn prsaan mlalui kiasn...
sweet sngt coz dia org nie slng mmhmi...bestnye...

Anonymous said...

dik, nak lagi? :) heheh

a.s.m.a said...

sweetnya..
suka2..