@rubiadaibrahim

Friday, October 16, 2009

Ayat Power 15:Antara Dua!


”Study-study juga tapi jangan lupa makan malam.Nanti sakit pula”.

Sms kali pertama yang aku terima dari Einstein selepas dia menghantar aku kembali ke rumah.Faham benar dia dengan perangai aku yang tak pedulikan bab makan dan minum bila dah tiba musim exam.Tak ada yang pelik kalau Einstein maklum hal ini.Kalau pun aku tak beritahu dia, pastinya ada pemberita tak bergaji yang menghebahkannya.Kalau bukan Dania dan Nani, Einstein pasti maklum sendiri.Dia juga pelajar seperti aku.

Aku Cuma membalas pendek smsnya.

“Ya, abang sayang.”.

Malas-malas aku melangkah ke dapur.Terkejut benar Dania dan Nani melihat kelibat aku yang mencemar duli masuk ke dapur.Termangu-mangu mereka hinggalah aku menjelaskan hal yang sebenar.

“Cik abang aku suruh makan.Tak elok nak exam, lupa semua benda ni.Dulu,tak apa la aku nak makan atau tidak.Ni dah ada suami, kenala taat.Takkan nak jadi isteri derhaka pula”.

Dania dan Nani tersenyum mendengar kata-kata aku.Inilah kehidupan sebagai seorang isteri yang banyak mengubah kehidupan aku.Sedikit sebanyak aku meninggalkan perangai-perangai lama yang aku rasakan sukar benar nak diubah.Mengenali Einstein sedikit sebanyak mengubah aku kepada aku yang lebih baik.

“Tapi kita orang tak masak lauk glamour la.Telur goreng dengan kicap je.Kau ok tak dengan menu orang bujang ni?”,soal Nani dengan senyuman nakalnya.Nak perli aku apa?

“Jangan risau la.Hati aku tetap single walaupun dah berdua sekarang ni.Telur goreng pun aku ngap je”.

Nani dan Dania ketawa mendengar kata-kata aku.Nani menarik kerusi dan mengarahkan aku duduk.Sementara Dania ke rak pinggan mengambil pinggan dan mengisi nasi untuk aku.Macam puteri berangan dan aku jadinya dengan layanan sebegini.

“Sebagai meraikan kunjungan kau ke dapur lepas jadi isteri yang taat ni, kita orang layan kau special sikit.Lepas ni, kau kena apply semua yang kami dok buat ni dekat Einstein.Kira class dan latihan isteri mithali la ni“.

Kata-kata Dania disambut ketawa Nani.Aku tersenyum dengan latihan tak berbayar yang tak pernah terlintas di fikiran aku.Syukur aku kerana dikurniakan teman serumah macam dia orang ni.Terima kasih Ya Allah.
--------------------------------------------------
“Sayang, nak study jangan lupa baca doa.Take break after 30 minutes you studying.All the best ye sayang.I’ll always pray for you.Love you always”.

Sms yang kedua aku terima ketika aku mahu belajar.Tersenyum lebar aku bila usai membaca sms dari Einstein.Sebagai seorang suami, dia mengambil berat soal kehidupan aku.Terpapar sikap bertanggungjawab dan rasa sayangnya pada aku.Tak perlu lagi aku pertikaikan soal ini.Rasa bahagia menyelinap di segenap rasa hati.

Berulang kali aku membaca sms yang aku terima.Memang angau aku dengan suami sendiri.Mujur la Dania dan Nani tak nampak, kalau tak memang kena perli la aku.

“Dah la baca sms tu sayang.Tak habis baca buku dan review question la kalau angau dekat abang.Jangan marah!Love you”.

Ha, kan dah kena.Siapa suruh angau lagi.Dengan lafaz bismillah, aku membuka buku.Membaca bab-bab penting.Bukan semua bab tapi lebih kepada nota-nota yang dah pun highlightkan.Maklum la study last minute.Tak ada maknanya aku nak khatam satu buku dalam masa sejam.

Satu lagi perangai aku yang aku dah maklum benar.Kalau aku dah mula menghadap buku, say sorry la dekat dunia sekeliling.Kalau ade gempa bumi,bom meletup pun aku tak ambil peduli.Tapi sms dari Einstein menyembalikan pada dunia yang nyata.

Tak sangka juga dia ni ada bakat jadi motivator.Tapi memang macam gitu pun cara belajar yang betul.Patut la dia cemerlang, gemilang dan terbilang.Ceh, melambung pujian aku buat cik abang Einstein aku ni.Kalau dia dengar, confirm bangga.

“Layan abang sms sat sayang.Stop sekejap baca buku.Rindu sangat ni”.

Senyum lagi.Angau makin menjadi-jadi.Sms nya aku balas.Bercerita dan berbincang soal masuk rumahnya selepas aku habis peperiksaan tentunya menjadi topic utama.

“Bilah nak datang sendiri atau abang jemput?”.

“Mestilah abang jemput.Baru la Bilah sayang”.

“Ok, abang datang jemput nanti.Bahaya juga kalau Bilah datang sendiri, tak pasal-pasal kita kena cekup for 2nd time.Hehe”.

Aku turut tergelak membaca smsnya.Tergambar peristiwa ketika kami makan malam buat pertama kali sebagai suami isteri.Potong mood aku betul.Dah sah jadi suami isteri pun kena cekup juga.Kelakar betul kalau dikenang.

“Ni abang dah listkan barang-barang yang sayang kena bawa pergi rumah abang.Jangan lupa pula nanti”.

Sms seterusnya berkenaan barang-barang keperluan yang perlu dan wajib aku bawa ke rumahnya.Kalau difikir-fikirkan dengan akal aku yang masih waras ni, memang gaya nak berpindah terus ke rumahnya.

Ada kuali, periuk, sudu, garpu, pinggan dan segala barang-barang dapur.Senget-benget la badan aku kalau nak berjalan kaki ke rumah dia esok-esok ni.

“Kenapa banyak sangat kena bawa.Nanti penat la Bilah nak bawa balik semula dekat rumah.Rebeh la bahu macam ni.”,protes ku.

“Takkan dah jadi suami orang, abang kena makan dekat kedai lagi.Tak manis la dipandang orang.Hehe.Sebenarnya rumah abang takde satu pun peralatan dapur.Kami makan dekat luar je selama ni.Bab rebeh bahu tu sayang jangan risau, nanti abang jemput guna kereta ayah.Sementara kereta ni ada dengan abang, abang akan jadi pemandu peribadi sayang ok.”.

Lega aku.Kalau kena la berjalan kaki ke rumah dia, mahunya haus tapak selipar aku.Silap haribulan, tak ada nak masak-masak.Makan kedai mamak juga akhirnya.

“Dah lama kita sms ni, sayang kena sambung study.Lepas ni buat question pula.Abang dah highlightkan key word soalan dengan jawapan dia.All the best sayang!”.

20 minit aku menghilangkan stress membaca buku dan melepas rindu pada Einstein, dia mengingatkan aku soal belajar semula.Kalau tak diingat dek dia, mahunya aku ternganga je waktu nak jawab soalan esok.Syukur Alhamdulillah.

“Tak payah berterima kasih pun dekat abang.This is my responsibility to my beloved wife.Belajar betul-betul, jangan dok ingat dekat abang je.Hihi”.

Ceh, perah santan betul suami ku ini.Tapi memang kenyataannya begitu.Mengata aku pula, entah dia yang lebih parah dari aku.Susah rupanya kalau dah angau tahap kronik ni rupanya.Angau-angau juga, soalan dah beratur minta di baca.

“Ya Allah, permudahkan urusanku.Terangi hatiku dan kuatkan daya ingatanku agar dapat menjalani ujianku dengan baik dalam bimbingan dan hidayah-MU.Amin ya Rabbal ‘Alamin.”.
----------------------------------------------------
Mata dah mengantuk minta ditutup tapi masih banyak soalan yang belum sempat aku review.Nampak gayanya kena bersengkang mata jugalah aku malam ni.Nilah padahnya kalau belajar saat-saat akhir.Tapi apa nak dikata.Takkan la jadi pengantin nak berkawan dengan buku.Tak glamour betul kalau begitu.

Dah jadi tabiat aku, kalau mengantuk tidur aja.Tak ada minum Nescafe dan sebagainya.Malas nak membiasakan diri dengan kafien dan seangkatan dengannya.Tapi macammana dengan soalan-soalan yang dah samara-samar di pandangan mata aku ni.

Handphone berdering minta diangkat.Aku mencapainya dan melekapkan di telinga.Suara Einstein jelas kedengaran di hujung talian.

“Bilah kena tidur juga malam ni.Takkan la nak exam, sampai tak tidur langsung.Tak elok la gitu.Nanti tak pasal-pasal blank tak boleh jawab soalan”,pujuk Einstein bila aku bercerita soal kertas soalan yang belum habis di review.

Aku mendiamkan diri mendengar ulasan yang lahir dari bibirnya.Protes muuncul di hati aku.Kalau tak dikernakan majlis bertandang ke rumah dia, tak mungkin aku masih berjaga saat ni.Dalam tak sedar, aku menyalahkan dia soal mengorbankan masa tidur aku.

“Bilah, abang minta maaf banyak-banyak.Disebabkan majlis dekat rumah abang, Bilah jadi macam ni.Kalau boleh, abang nak sangat temankan Bilah study sekarang ni.Sekali lagi, abang minta maaf”,ujar Einstein.

Kata-kata Einstein lirih di telinga aku.Fuh, macammana dia boleh tahu yang aku menyalahkan dia.Sedikit sebanyak aku rasa bersalah kerana membuatkan dia berjauh hati dengan sikap aku.

“Tak apa la abang.Benda dah jadi pun.Bukan salah abang,memang dah takdir kenduri rumah abang dekat Bilah nak periksa.Salah Bilah juga, siapa suruh gatal nak menikah kan?”,gurau aku sambil ketawa.

Einstein turut ketawa di hujung talian.Katanya kalau aku gatal, dia terlebih la gatalnya kerana dia yang mengajak aku menikah.Dan di akhirnya, ada satu je kesimpulan.

“Dua-dua gatal nak menikah.Kita redha jelah!”.
-------------------------------------------------
Atas nasihat dan saranan Einstein,aku tetap melelapkan mata malam tadi.Biarpun Cuma sejam tapi cukup untuk aku membetulkan urat-urat saraf yang mungkin dah terbelit di sana sini.Aku bangun semula ketika jam hampir menunjukkan jam 2 pagi.

Solat hajat sebentar dan berdoa agar dipermudahkan segalanya.Cuma satu yang membuatkan aku tertanya-tanya hingga ke saat ini.

”Takkan Einstein berjaga sepanjang malam semata-mata nak temankan aku belajar?”.

Kekhawatiran aku bukan tak berasas.Aku rasa pelik bin ajaib juga memikirkan jadual tidur Einstein ni.Einstein yang menggerakkan aku supaya bangun semula jam 2.Dan selepas itu, setiap sejam dia menghantar sms bertanyakan progress aku.

”Memang abang tak tidur malam ni.Kena jaga Bilah la.Walaupun dari jauh, abang tetap rasa Bilah dekat dengan abang”.

Itu respon yang aku terima bila aku menpersoalkan hal yang bermain di fikiran aku.Aku yang exam, dia pula yang berjaga.Ni dah jadi kes pelik dan unik.Isteri periksa, suami yang berjaga.

”Esok pagi, abang qada’ la tidur abang tu.Don’t worry la sayang.”,balas Einstein bila aku mula bimbangkan dia.

Sedikit sebanyak hati aku terkesan dengan pengorbanan dia.Kalau aku nantinya macammana, sanggup ke aku berkorban pula.Fuh, risau betul.Kalau aku tetap dengan perangai tidur tak ingat dunia tu, alamatnya pandai-pandai la Einstein atur diri sendiri.Harap-harap aku boleh la bagi sokongan moral esok-esok.Takkan la dia berkorban masa, aku nak balas dengan bantal penuh peta pula kan.Tak patut..tak patut!
---------------------------------------
Aku dan Dania antara yang sampai awal di depan bilik peperiksaan pagi ni.Dalam rasa cuak yang belum juga hilang, aku mencari kelibat Einstein yang belum kelihatan.Katanya pagi tadi, mahu berjumpa dengan aku sebelum aku masuk.Tapi hilang gagal dikesan pula.

”Kau cari cik abang intan payung kau ke Nabil”, soal Dania melihat raut kebimbangan di wajah aku.

Aku menganggukkan kepala, mengiyakan soalannnya.

”Ala, dia takkan tak datang punya.Kalau dia lambat tu, dia sediakan payung sebelum hujan la tu”,gurau Dania sambil ketawa.

Aku tersengih mendengar kata-katanya.Mata tetap melilau mencari kelibat Einstein.Tak lama kemudian, Einstein berlari-lari anak ke arah aku.Ditangannya ada bungkusan plastik.Tertanya-tanya juga aku apa isi didalamnya.

”Sorry lambat.Abang pergi beli makanan sikit untuk Bilah.Abang tahu mesti tak peduli bab-bab breakfast dah cik adik manis ni kalau dah exam!”,ujar Einstein sambil menghulurkan plastik tersebut kepadaku.

Aku menyambut huluran tangannya sambil tersenyum.Ada dua bungkus roti dan dua kotak air.Ini memang betul-betul breakfast ni.Kalau kenyang makan pagi ni, tak pasal-pasal aku mengembara ke alam misteri jap lagi.Aku menggelengkan kepala dengan tindakannya.Terlebih take care ni susah juga ya.

”Apa yang dok geleng-geleng tu sayang.Satu untuk Bilah, satu lagi untuk Dania la”,jelas Einstein belum sempat aku bertanya.

Dania tersengih-sengih bila Einstein memaklumkan hal tersebut.Bangga la tu bila Einstein pun ingatkan dia.Aku pula yang termalu sendiri.Tak mengena pula serkap jarang aku ni.Kena guna serkap gelap gelita la kot lepas-lepas ni.

Aku yang sememangnya lapar ni apa lagi.Ngap la roti bekalan Einstein dalam mulut.Nak pula makan berduet dengan Dania, memang tak sampai 5 minit tinggal plastik roti je di tangan.Dok berlumba nak habiskan cepat, tapi tak ada pemenang pun.Mujur la tak tersedak.Kalau tidak, malu la aku.

”Dah kenyang dah?So, boleh la jawab exam elok-elok lepas ni.Insyaallah, dipermudahkan segalanya”.

Lama Einstein terdiam baru dengar suaranya.Itu pun lepas aku habis makan dengan gelojohnya.Tersengih-sengih malu aku mendengar kata-katanya.Macam mana tak malu, dia ralit tengok aku makan dengan perangai tak semenggah tadi.

”Bilah dah kena masuk kan.Jangan lupa baca doa.Abang akan sentiasa doakan isteri abang ni”,kata Einstein sambil memegang tanganku erat.

Aku menghadiahkan senyuman manis padanya.Mataku ditatap lembut.Kemudian tangannya dihulurkan kepadaku, mengingatkan aku akan rutin yang harus aku biasakan mulai sekarang.Bersalaman dengannya sebelum kami berpisah.

Tangannya aku kucup, rasa tenang menyelinap di segenap hati.Dan sebagai balasan, Einstein menghadiahkan ciuman di dahi aku.Dari jelingan mata aku, kelihatan Dania malu-malu melihat reaksi kami.Nasib la kawan, cik abang aku ni memang romantik tak kira waktu.Buat-buat tak tahu udah la ye!Hehe.
------------------------------------------------
Aku dan Dani berjalan seiringan ke arah pintu masuk untuk menduduki peperiksaan.Debaran di hati Tuhan sahaja yang tahu.Aku berselawat perlahan, berharap agar debaran di hati hilang dan aku dapat menjalani ujian ini dengan baik.

Langkah aku mati bila mendengar nama aku dipanggil.Bukan suara Einstein tapi suara seoarang perempuan.Rasa ingin tahu membuatkan aku berpaling semula ke belakang.Dina berlari-lari anak ke arah aku.Aku bungkam melihat kemunculannya.Apa kes pula ni?

”Kakak datang nak wish good luck dekat Nabilah.All the best.Kebetulan pula hari ini, Kakak nak tengok-tengok hospital.Alang-alang Nabilah nak periksa, Kakak ambil kesempatan ni nak wish all the best to you”,ujar Dina sambil memelukku erat.

Aku terdiam dengan reaksinya.Bungkam aku dibuatnya.Tak pasal-pasal juga, ada rasa cemburu yang muncul.Kalau aku masuk dewan peperiksaan sekali lagi, jadi Dina dan Einstein pastinya berdua.Mana boleh jadi macam ni.Aku tak redha!

”Bab Angah, Nabilah jangan risau.Kalau dia menggatal dengan mana-mana perempuan jap lagi, Kakak akan jadi reporter tak berjaga.Serahkan je pada Kakak, kakak patahkan dia jadi 14.Yang penting sekarang ni just focus pada exam Bilah ok!”.

Kata-kata Dina cukup bersahaja.Tapi hati aku ni tak ikhlas betul menerima kehadiaran dia.Biarpun tanpa makna yang terselindung, rasa hati tetap tak tenang.Walaupun Dina memberi jaminan pada aku, tapi perempuan yang aku rasakan pesaing paling dekat adalah dia.Dia yang cukup sempurna di pandangan mata aku.Lebih sempurna lagi kalau bergandingan dengan Einstein tentunya.

”Nabil, kita dah nak start exam.Jom masuk, jap lagi tak pasal-pasal kena tangguh paper pula”.

Jeritan Dania tak jauh dari kami membuatkan aku tersedar akan realiti yang dah terbentang di depan mata.Malas-malas aku melangkah.Tapi tangan Dina menghulurkan kad ucapan kepada aku.Aku memandangnya pelik.Jari Dina ditunjukkan ke arah Einstein yang tersenyum lebar kepada aku.

”Kakak jadi posmen tak bergaji hari ni.Sekali lagi, all the best.Kad tu Angah pesan baca sebelum buka kertas periksa.Ada mutiara kata apa ntah dekat situ.Ok sis, see you soon!”.

Dina dan aku berpisah.Dina ke arah Einstein tak jauh dari aku dan aku menuju ke pintu masuk tempat peperiksaan.Tersepit rasanya.Tapi kedua-duanya harus aku capai.Redha tak redha, cemburu tak cemburu Dina berjalan seiringan juga dengan Einstein aku.Dan yang pasti, aku harus melupakan seketika Cik Abang demi perjuangan aku hari ini.Apa nak buat, kita redha jelah!
---------------------------------------------------------
”Jangan ditanya pada hati,aku berpegang pada janji, jangan ditanya pada akal, cintaku tak usah diandal, jangan ditanya pada mata,kasihku memandang kamu setiap masa.Uhibbuki Lillahi Taala.Minal najihin wal faizin-EINSTEIN sayang BUKU BERGERAK selamanya!”.

Tulisan Einstein aku baca sebagaimana pesanan Dina sebelumnya.Kad ucapan comel yang dipilihnya aku belek beberapa kali.Tanpa sedar aku mengukir senyuman.Dan aku yakin akan kata-katanya.Semangat datang kerana rasa cintanya.Moga segalanya terbaik buat aku.

”Woit, orang dah start exam.Udah-udah la angau tu.Tak lari ke mana Einstein dikejar”,tempelak Dania perlahan dari belakang aku.

Isk, aku ni berangan sampai tak sedar exam dah mula.Kertas soalan aku buka, doa aku baca perlahan.

”Bismillahirrahmanir rahim.Ya Allah, berikan aku kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat”.Amin Ya Rabbal ’Alamin.!
*Salam alaik.AP is back, sikit je n3 nya kali ni.Berkejar-kejaran dengan masa.Dan next n3 maybe after i going back from Cisarua ahad ni.Apa-apa pun, enjoy baca ya!=)

3 comments:

syimah said...

salam...wah pembca prtama ni...best la cter ni...akak cpat la sambung and good luck to you sis...

misz nana said...

suka ngan mutiara kata si Einstein tu..
sweet je..

Anonymous said...

ulala...gle romantik tahap gaban la si einstein tuh...eden y dok baca ni pon dh geli geleman dh...belum experience btol2 lagi tuh...haih...tp seriusli la mmg eden suka cte nih...hehehe