@rubiadaibrahim

Friday, October 23, 2009

CCB:Aku tetap aku!


“Kalau dah kaya-raya, tak payah datang sini buat praktikal.Baik duduk rumah goyang kaki je!”,kata-katanya selamba tetapi cukup membuatkan aku terpempam.

Aku memberanikan diri menatapnya, mengangkat muka yang dah penat memandang lantai.Lenguh dah kepala dok pandang bawah je.

“Mana ada saya kaya-raya.Sudah la tu perli saya.Perkenalkan,Nama saya Nurhuda Diyana, bukan miss no name ok!”,tegasku.

Rasa takut dan cuak yang mengasak dada cuba aku hilangkan.Aku memberanikan diri berbicara dan mengubah persepsinya.Kalau aku buat takut dan lemah, confirm aku dipermainkan dek dia ni.Silap haribulan, aku bukannya jadi assistant dia.JAdi kuli batak dia tak pasal-pasal pula nanti.Tak mahu la aku.

Ada suara rupanya kau ni.Tapi memang betul la kau cakap tu, kau tak kaya.Takde emas pun keluar dari mulut.Kalau tidak, boleh juga aku pinjam buat modal buka syarikat aku”,balas si dia.

Nak tergelak aku mendengar kata-katanya.Bunyi macam bergurau tapi takde muka orang-orang bergurau pun.Muka serius-dua rius semacam je.Dia ni memang tak pernah belajar cara nak bergurau dengan betul agaknya.Nak kena ajar dek aku ke?

“Tak payah kau nak tergelak-gelak.Aku bukannya masuk pertandingan Raja Lawak pun”.

Fuh, berdesing telinga kena sound.Aku baru tersengih-sengih dah kena sedebik.Belum lagi aku ketawa tak ingat dunia.Kalau beginilah keadaan hari-hari yang akan aku lalui di masa depan, aku kena ambil ubat pening kepala tiap-tiap hari la jawabnya.Aduh,seksanya.
-----------------------------------------
“Boleh tahan juga sedapnya nama kau ni.Lembut je kalau pertama kali dengar.Cahaya Petunjuk Agama Kami.Tapi apa sal kau tak pernah nak bagi cahaya pun dekat orang-orang sekeliling kau.Asyik menyusahkan orang je?”,soal dia lagi dengan nada suaranya yang masih sinis.

Hangin satu badan aku dibuatnya.Sesuka hati gembira je mengutuk nama aku.Ingat, dia punya nama bagus sangat ke?Hampeh punya manusia.Gerutuku dalam hati.Mujur dia tak dengar, kalau tak makin panas la bilik dia nih.

“Kau tak payah nak protes apa yang aku cakap.Walaupun kau tak puas hati dan tak suka, aku akan panggil kau Nur lepas ni.Mudah-mudahan, dengan panggilan yang aku bagi ni kau berubah jadi lebih baik lagi.Kalau kau tak setuju juga, aku panggil Nar nak.Ada cahaya juga, tapi hot punya version.Api berbahang tu.SO, kau pilih la salah satu.Nur ke Nar?”,soal dia lagi dengan muka mengada-ngada.

Selamba badak je dia bagi pilihan macam tu dekat aku.Badak pun tak selamba macam tu.Akhirnya aku menegaskan supaya memanggil aku dengan nama Uda , seperti panggilan orang lain kepada aku.Dan yang pasti, dia tetap berdegil dengan keputusannya.

“Apa kes aku nak ikut panggilan macam orang lain.Aku ni punya la harap kau tu bercahaya lepas ni,alik-alik kau nak nama lama juga.No more objection,nama kau lepas ni Nur juga.Aku tak kira!”.

Aku menggaru kepala yang tak gatal dek perangainya.Sekejap garangnya mengalahkan singa.Sekejap lagi, jadi perangai budak-budak mengada.Macam-macam la di mulut laser ni.

“Ha, lagi satu.Aku tahu kau dengan budak-budak rumah kau dok panggil aku Pak Imam Laser.Nak aku tegaskan kat sini, aku bukannya mulut tak berinsurans macam mana tanggapan kau orang tu.So, aku nak kau biasakan panggil aku nama Ejai atau Faizal lepas ni.Kalau tidak, aku tak jadi supervisor kau.Nasib la kalau kau kantoi final nih!”.

Sekali lagi aku terdiam seribu bahasa.AKu menganggukkan kepala, akur dengan keputusan yang diambilnya.APa nak buat, aku manusia yang menuntut perintah.Memang takdir hidup aku macam ni.Dengan berat hati, aku pasrahkah.Dugaan!
-----------------------------------
Usai solat Zuhur, ada panggilan telefon dari Umi.Pastinya umi soalan umi berkisar soal hari pertama aku bekerja.Kebimbangan umi yang berlebihan membuatkan aku tergelak.Over betul la!

“Kakak ok tak sekarang ni.Jangan panjat-memanjat.Berlari-lari pun kalau boleh jangan.Minta tolong kawan-kawan lelaki buat kerja yang lasak-lasak tu.Kalau kakak takut nak bagitahu supervisor kakak, biar umi je yang cakap dengan dia.”.

“Isk, umi ni.Ada pula macam tu.Dah ni jadi pilihan kakak, kakak kena hadapi la semua yang dah ada depan mata.So far, takde apa-apa a umi.Umi jangan risau ok, everything is in good condition”,jelasku pada umi, menenangkan umi yang risau dengan situasi aku kini.

Brcerita soal Pak Imam Laser yang dah berubah nama kepada Faizal tak akan sekali-kali.Tak pasal-pasal umi berceramah dekat aku kalau tahu dia yang jadi supervisor aku.Silap haribulan, si Faizal tu pula yang kena buatkan kerja-kerja aku.Umi ni bukannya boleh dijangka sangat tindakan dia.Kadang-kadang, bombastic habis!

“Supervisor Kakak tu ok tak?Dia ada marah-marah kakak tak?”.

”Takde la umi.Dia baik je.Kakak ni lagi ganas dari dia tahu tak!”,dalihku sambil ketawa.

Umi turut ketawa di hujung talian.Tak percaya dengan cerita aku.Macammana nak percaya, anak umi tengah mengarang cerita dongeng nih!Jadi tukang karut dengan kisah mengarut lagi.

”Bagus la macam tu.At least, umi tak risau sangat.Kirim salam dekat dia ye.Kata dekat dia, tolong la tunjukkkan anak kesayangan umi ni.Umi kena masuk ofis semula ni.Kakak take care ye.Assalamualaikum!”.

”Waalaikummussalam”,balasku pendek.Pesanan umi cukup ringkas.Minta dia tunjuk ajar aku.Memang dia mengajar aku sekarang ni.Mengajar aku makin keras hati dan protes makin menjadi-jadi barangkali.Silap haribulan, kepala aku sekeras batu la.Otai beb!
-----------------------------------------------
”Siapa call tadi?Mak kau ke?”,sapa satu suara di muka pintu.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik dan berlalu ke mejanya.Aku memandangnya sekilas.Kemudian,menanggukkan kepala membenarkan persepsi dan tekaannya.

”Kau cerita apa dengan dia?Pasal aku cakap kasar dengan kau ke?Memang cengeng betul la kau ni”,soal dia lagi.

Aku menggelengkan kepala.Tolong sikit ye, aku ni bukannya jenis kaki retort yang dok nak mereport ke sana ke mari.

”Takde maknanya.Umi sayang kirim salam,dia kata minta tunjuk ajar apa yang patut dekat anak dia ni.Kalau sudi nak ajar la.Kalau tak sudi, saya tak kisah!”,tegasku padanya.

Dia terkejut dengan ketegasan kata-kata ku.Ingat dia je yang berani bermain kata.Aku tak peduli dah nak kena dera ke apa lepas ni, yang penting aku kena bertegas.Kalau tidak, kena buli ala guli la aku.Dicampak ke sana, dicampak ke mari.
------------------------------------------------
Kak Nasya muncul di pintu dengan senyuman manisnya.Ditangannya ada bungkusan polisten dan seplastik air Milo yang berpeluh-peluh dengan ais yang dah cair.Melihat kelibat Kak Nasya, Faizal bangun dan mendapatkan Kak Nasya.

”Tq my girl.Kalau u tak tolong tadi, tak tahu la macammana perut I ni.Maybe dah boleh buat konsert seratus hari agaknya”,ujar Faizal dengan senyuman dibibirnya.

Aku tersengih-sengih mendengar kata-katanya.Gila lembut dia bercakap dengan Kak Nasya.Ni mesti kes nak membeli hati Kak Nasya ni.Lagak buaya daratnya tetap ada tu.Kalau perempuan anggun tu dia boleh tackle, takkan Kak Nasya dia boleh kalah.Kacang je semua tu bagi dia agaknya.

”Lah, betul ke tak payah bayar.Ni yang tak sedap ni.Berhutang budi di bawa mati ni Nasya.Jangan sampai tergadai body esok-esok hari sudah la ye!”,guraunya lagi.

Aku yang menunduk memandang kertas kerja di depan mata ni rasa tergolek-golek ketawa.Tangan sibuk buat kerja, tapi telinga dok melintah dengar dia bergurau senda.Memang menambah kerja betul!

”Ok, la kalau macam tu.Nanti kalau dah dapat gaji, i belanja you pula.Promise!”.

Kata-katanya yang terakhir membuatkan aku tersengih sekali lagi.Fuh,memang romeo sejati.Siap nak belanja-belanja bagai.Jangan Kak Nasya jadi salah satu mangsa dia sudah la esok-esok.Tak sanggup rasanya ada keluar berita NASYA TERGODA dek jiran aku.Tak mengaku aku kenal dia la kalau jadi gitu.Tapi yang aku dok sibuk hal dia ni apa kes?

”Dah Uda, biarkan dia dengan dunia.Yang penting, kau buat kerja kau.Jangan busy body”!

Kertas kerja di depan mata aku teliti satu persatu.Tak sempat aku nak alih muka surat baru, ada tangan yang muncul depan mata.Apa ke hal pula ni?Nak beli hati aku pula ke?
----------------------------------------------
”Alih dulu kertas kerja tu.Makan dulu, jangan biarkan perut kau buat band pula.Nanti tak pasal-pasal pula umi kau salahkan aku kalau kau sakit?”,ujarnya sambil meletakkan makanan yang diberi Kak Nasya kepadanya sebentar tadi.

Nada suaranya sama seperti dia dengan Kak Nasya sebentar tadi.Dia kena angin kus-kus apa?Tiba-tiba berbaik dengan aku ni, rasa pelik bin ajaib betul!

”Takpelah.Saya makan balik kerja jap lagi.Tadi dah makan roti dah pun.Boleh tahan lagi perut ni”,dalihku sambil mengalihkan bungkusan makanan tersebut ke hujung meja.

Faizal mengelengkan kepala melihat keengganan aku menerima tawarannya.Padahal, aku dah berangan dah masa nampak air Milo ais tadi.Betapa bestnya kalau masuk tekak aku yang haus ni.Boleh juga buat ubat hilangkan stress dan menghilangkan panas badan dek perangai dia.

”Sudah la tu buat-buat rajin.Belum sampai waktunya kau rajin lagi.Sekejap lagi, aku nak tunjukkan real life engineer ni.Masa tu kau boleh la buat-buat rajin.Rajin bertempat sikit”,katanya bila melihat aku masih berdegil tak mahu makan.

”Aku ingat nak bawa kau pergi tengok site jap lagi.So, kau kena isi perut sekejap lagi.Kalau takde tenaga, macammana aku nak kerah kau memanjat, melompat.Tu belum masuk tenaga nak hilangkan stress kena orat dek mamat-mamat dekat site lagi.Dah la panas tempat tu, confirm kau tak rupa manusia la kalau tak makan”,balasnya sambil menghidupkan semula laptopnya.

Bukan senang-senang aku nak dengar nasihat orang ni.Kena Tolak, tambah, darab, bahagi dulu.Ikutkan rasa hati, aku nak buktikan kat dia yang aku ni bukan manusia yang mengharapkan belas kasihan orang.Tapi aku badan perut aku juga.Kalau aku tak makan, tak pasal-pasal aku sakit jap lagi.Yang susahnya nanti, aku juga.

Perlahan, aku buka bungkusan makanan yang ada di depan mata.Ada nasi putih berlaukkan ayam masak merah, kerabu pucuk paku dan sambal belacan.Cukup membuatkan selera aku yang tadinya hilang datang semula.Mengenangkan perut yang minta diisi, nasi aku masukkan ke mulut juga sedikit demi sedikit.
----------------------------------------
”Makan macam 2 tahun tak jumpa nasi, kau dok kata tak lapar lagi.Memang ego rupanya Cik Nur kita ni.Malang betul siapa yang jadi suami kau esok-esok”.

Aku mengangkat kepala memandangnya.Dia tersengih kepadaku, cukup membuatkan aku malu dengan tindakan aku sebentar tadi.Pelahap tak ingat dunia, nilah padahnya.Dah kena kutuk sekali lagi.Aduhai, malangnya nasib!

”Kalau aku ego pun bukan menyusahkan kau pun.Sebab kau bukannya suami aku esok-esok.So, tak perlu la kau nak terlebih-lebih risaukan aku”,balasku geram.

Tak ada lagi aku nak cakap elok-elok dengan dia.Orang yang laser macam ni, kena balas dengan kata-kata selevel dengan dia.Takde lagi ‘saya’ dalam percakapan aku.Takde makna aku nak berlembut dengan dia lepas-lepas nih.

”By the way, terima kasih la atas makanannya.Nanti kalau dah dapat elaun, i belanja you pula.Promise!”,ujarku sambil berlalu keluar dari biliknya.

Kata-kata yang sama seperti dia bercakap dengan Kak Nasya sebentar tadi.Dan seperti aku jangkakan, dia terdiam seribu bahasa.Mengalah juga akhirnya.

”Kau nak pergi mana pula tu?Takkan belum cukup sehari praktikal nak mengalah kot”,jeritnya tiba-tiba.

Langkah aku terhenti, aku menjelingnya geram.Tangan aku angkat dan ditunjukkan kepadanya.

”Jangan risau la,aku takkan lari punya.Sekarang ni aku nak pergi toilet, nak basuh tangan dengan mulut.Kalau tidak, kesian dekat suami aku esok-esok.Dah la ego, pengotor pula tu”,ujarku tegas.

Aku masih tak berganjak dari tempat aku berdiri.Mencabar dia mengemukakan hujahnya.Aku tak takut la!

”Cepat sikit balik sini.Lepas tu, jangan lupa say tq dekat Nasya juga.Kalau ikutkan hati aku, tak ada kerja aku nak belikan semua tu untuk kau.Kalau tak sebab Nasya, kebulur ala orang Afrika la kau hingga ke petang.So, bukan aku nak beli hati kau,Tapi si Nasya tu.”,tambahnya lagi.

Tangannya mengarahkan aku keluar, segera ke bilik air.Satu tangannya lagi, sibuk menyusun kertas kerja untuk dibawa ke site sebentar lagi.Sama laju dengan mulutnya yang tak berhenti-henti bercakap.Kagum jap aku dengan perangainya yang satu nih.

Belum sempat aku melangkah keluar, telefonnya berdering minta diangkat.Telinga lintah aku ni sempat lagi beroperasi.Perlahan dia berkata-kata tapi cukup jelas ditangkap butir bicaranya.

”Mummy!”.
Dan dari jelingan mata aku, dia tersenyum riang membalas panggilan tersebut.Ikut suka dia la,nak ada sugar mummy, mummy sugar ke apa.Yang penting, aku kena bersiap sedia dengan kerahan tenaga sekejap lagi.

Kalau dia dera aku macam banduan dekat penjara, aku tetap akan biaara.Kalau ibarat tentera aku dikerah, aku takkan sekali-kali menyerah kalah.Sebab aku adalah NurHuda Diyana.Dimana aku berada, pasti ada cahaya dan petunjuk dari agama buat aku.

Tak kisah Nur, Huda ataupun Diyana.Yang aku tahu, aku tetap aku.Tegarlah diri walau apa pun jadi.Chaiyok Uda, U can do it!

P/S:Salam alaik,saya exam next week.So, maybe next n3 kena tunggu sikit la ye.Maaf dipinta.Dan doakan kejayaan saya.Dipermudahkan segala urusan yang makin mencabar ni.Amin

4 comments:

iyads said...

sweet la cte nie..
xpela, wat imtihan 2 dlu yer..
good luck..
semoga success..
chaiyok3x!!

Anonymous said...

bsmngt Uda jgn mngku klh dkt P.Imam tu....
x pe lmbt n3 br....
apa2 pon Good Luck 4 your exam....

Kak Yana said...

Lambat post n3 takpe, jangan x post langsung eyk..hehe.
Semoga dipermudahkan olehNya semasa exam...chaiyok2

MaY_LiN said...

uda..uda..
masak la pas ni