@rubiadaibrahim

Tuesday, October 6, 2009

CCB:Bayar pampasan!


”Uncle..mana ada Mamat dekat rumah ni.Kalau kitaorang jumpa, nanti kita orang pulangkan.Don’t worry”,ujar Izzah sebelum sempat Uncle Zali buka mulut bertanyakan soal Mamat.
Aku menarik nafas panjang mendengarkan kata-kata Izzah yang jelas-jelas nak mengantoikan diri sendiri.Naya la kalau dia orang wat operasi geledah rumah jap lagi.Siapa yang kena..aku juga!
”Kak Izzah tipu ni papa..Mesti ada dalam rumah ni.Kalau takde, kenapa Kak Izzah terus bagitahu pasal Mamat.Padahal papa tak tanya pun”,hasut Nana pada Uncle Zali.
Isk, Nana ni.Memang nak kena cili mulut dia gamaknya.Kalau orang kata takde,maksudnya takde la.Takde tipu-tipunya.
Uncle Zali mula menimbangkan kata-kata Nana.Kalau dia percaya la dekat anak dia yang mulut tak berinsurans ni, pindah rumah lain la kita orang.Tak ke naya jadinya.
”Bukan macam tu la Nana.Akak dengar Nan jerit Mamat hilang tadi.Kalau betul la Mamat datang sini, insyaallah selamat.Mana tahu kot-kot dia masuk ikut pintu belakang ke.Nana tak perasan.Tapi kalau kami jumpa, kami akan pulangkan ok”,pujukku lembut, cubaan tackle hati Nana la ni.
Nana akhirnya akur dengan kata-kata kami.Fuh..lega weh.
”Kalau jumpa tolong pulangkan ye.Uncle bukan apa, risau kalau jadi apa-apa je dekat Mamat.Takut kalau dia makan sembarangan.Tak pasal-pasal dia sakit perut pula nanti”,jelas Uncle Zali maksud kebimbangannya soal kucing kesayangannya.
Serentak, kami menganggukkan kepala.Macam oral coral speaking pula.Sama dan seiringan.
Uncle Zali meminta diri untuk pulang.Nana akur juga.Belum sempat mereka berpaling, ada kucing yang berbunyi.Miaw sana..miaw sini.Uncle Zali dah buat muka tak percaya dekat aku.
”Ringtone saya uncle.Kalau sms masuk, mengiaw la kucing dalam hanphone saya tu”,Cover line baik punya.
Uncle Zali tergelak mendengar penjelasan aku.Fuh..selamat hidup aku untuk kesekian kalinya.
-----------------------------------------------
Makaroni yang masih banyak diatas meja aku masukkan dalam stor belakang berdekatan dapur.Bekalan untuk Mamat sebelum perintah berkurung bermula.Tahanan,tahanan juga ,makan kena jaga.
”Mamat, kau makan la makaroni ni puas-puas.Jangan malu, jangan segan.Kalau kau rasa tak cukup, kau mengiaw la.Nanti aku tambahkan lagi”,kataku sebelum menutup pintu.
Tak ada reaksi dari Mamat.Mengantuk sangat dah kot sebab kekenyangan.Bagus..bagus, tidur la puas-puas.Lapar nanti, makan je yang dah ada depan mata.Hehe.
----------------------------------------------
”Weh..Mamat sakit perut la.Penuh dah satu stor dek tahi dia.Memang naya la kalau Uncle Zali tahu ni”,jerit Nadia bila aku mengarahkannya melihat perkembangan tahanan hari minggu.
Aku, Izzah dan Linda berlari ke belakang.Takut, cuak dan bimbang semuanya ada.Pakej cukup dan lengkap ni.
”Kau ingat tak apa Uncle Zali kata tadi?”,soal Izzah pada aku.
Aku menganggukkan kepala.Tergamam aku dibuatnya.
”Apa yang Uncle Zali cakap weh?Pasal kita colek Mamat ke?Dia nak report polis ke?Habis la kita kalau polis datang geledah rumah jap lagi”,balas Nadia dengan nada suaranya yang cuak benar.Linda pun kena tempiasnya sekali.
”Dia kata Mamat tak boleh makan sembarangan, kalau tidak dia sakit.Ni dah jadi pun.Mana aku tahu dia tak boleh makan makaroni ni”,jelasku kepada mereka.
”Aku rasa sebab makaroni ni dari duit tak elok la.Sebab tu dia sakit perut macam ni sekali.Mujur kita tak makan, kalau tidak berebut jamban la kita”,ulas Linda pula.
Muka masing-masing dah cuak semacam.Tak tahu apa tindakan paling wajar saat ni.Tak pasal-pasal anggota rumah aku bersidang sekali lagi pada hari minggu yang mulia ini.
----------------------------------------------------
”Ada satu cara je nak elakkan dari gaduh dengan Uncle Zali tu.Itu pun kalau korang setuju la”,kata Linda penuh yakin.
Hilang sikit rasa stress yang melanda bila Linda akhirnya menemui jalan keluar dari masalah jiran tetangga ni.Penat memerah otak dibuatnya.
”Bagitahu la cepat.Kita orang setuju je kalau idea ko tu bernas dan berguna”,tempelak Nadia geram.
Linda tersenyum nakal sebelum dia membuka mulut,mengemukakan cadangan.
”Gini..kita hantar Mamat dekat sebelah,pastu settle la.Kita tak disabitkan kesalahan punya”.
”Apa?”,jerit kami hampir serentak.Memang tak boleh diterima dek akal idea ni.
”Kau gila.Tak pasal-pasal kita check out dari taman ni tahu tak.Siap ada tuduhan meracun Mamat jap lagi.Aku tak setuju”,balasku geram.
Linda masih tertawa dengan reaksi kami.Dia yang masam takde otak nak fikir, sekali ketawakan kami lak.Porah cit!
”Hoi, seribu kali gabra pun ingat-ingat la dunia sikit.Kita ada berapa orang jiran?”,soal Linda kepadaku kembali.
”Ramai.Tak silap aku la kan, umi aku kata jiran ni 40 rumah sekeliling kita!”.
”Sebelah rumah kita ada berapa buah rumah?”.
”Dua”.Izzah pula yang bersuara.
“I get it.Kau nak hantar Mamat dekat sebelah ye?Aku setuju, biarkan si mulut laser tu rasa.Kifarah dosa-dosa dia la ni”,jeritku girang.
“Ha, pandai.Macam tu la housemate aku.Kau berdua macammana, boleh jalan tak plan ni?Any objection?”,soal Linda kepada Izzah & Nadia pula.
Keduanya menunjukkan ibu jari.Muka berseri-seri bila nak kenakan orang sebelah rumah.Ni aku suka nih.Hehe.
-------------------------------------------------------
“Line clear weh.Dia takde..Kereta BMW pun dah ngaib.Cepat masukkan Mamat dalam pagar dia”,arah aku pada Izzah.
Nadia dan Linda memegang plastik sampah di tangannya.Mahu menyembunyikan Mamat dari pandangan orang.Letak je Mamat, terus dia berlari ke pintu utama si Laser.
Terkekeh-kekeh kami ketawa bila Mamat berpatah semula, menjauh dari pintu.Baru perasan pintu rumah tertutup gamaknya.
“Mamat..mamat, kau silap rumah la.Ni bukan rumah tuan kau.Jap lagi, tunggu la Nana datang ambil kau ye?”,ujar Linda sambil berlalu.
Ketawa tak ingat dunia kami dibuatnya.Dapat kami bayangkan muka si Laser kalau tengok tahi Mamat bersepah dekat Garaj dia.Lagi elok kalau Mamat berak dalam BMW yang mencemar duli tu.Baru dia tahu, langit tinggi rendah lepas ni.
Mata aku melilau memerhatikan Mamat sebelum menutup pintu utama.Walaupun aku setuju dengan idea kotor ni, ada gak rasa bersalah dalam diri.Aku la yang ambil Mamat dari rumah Uncle Zali dan aku juga yang memaksa Mamat melantak makaroni yang layaknya di makan manusia.
Dan sekarang ni, ikut pula idea gila siLinda ni.Konon-konon nak bagi pengjaran atas perangai playboy nya.Tapi ada juga kemusykilan di hati aku.Macammana kalau segala tekaan kami berkenaan Mem dia tu salah.Tambah dosa tak pasal-pasal, free-free ja masuk akuan debit dosa.Lagipun siapa la kami nak masuk campur dosa pahala dia kan.
“Uda, apa yang dok menung depan pintu lagi tu.Jap lagi kalau Uncle Zali nampak, tak pasal-pasal kantoi.Dah masuk”,arah Linda dari dalam.Bila ketua operasi dah berbunyi, dengan berat hati aku berlalu pergi.Tak baik melawan ketua tau tak?.
--------------------------------------------------
“Astaghfirullah.Mamat, dah la pecah masuk rumah.Makan makaroni pula tu.Dah muntah tak pasal-pasal.Kalau muntah je takpe, ni dengan tahi sekali kau hadiahkan pada aku?”.
Bebelan Pak Imam Laser kuat hingga kedengaran di bilik aku hampir Maghrib.Baru pulang dari menghantar Mem nya barangkali.Tak ada lagi BMW, yang tinggal hanya motor Honda kapcainya di garaj..Aku terkekek-kekek ketawa mendengar kata-katanya.Mana ada Mamat masuk rumah dia makan makaroni.Isk..isk, kesian Mamat dipertanggungjawabkan atas kesalahan orang lain.
”Pergi makan makaroni tu buat apa.Banyak lagi benda lain yang boleh makan.Nama je kucing Parsi kau ni Mamat, makan ala-ala western sikit ko dah kiok.Menyusahkan aku pula tu”,tambah si mulut laser lagi.
Tekan-tekan perut dah aku ketawa.Nasib la kawan.Ini balasan untuk penderaan kau suruh sental baju hari tu.Terimalah seadanya hadiah dari aku pula.Hahaha.
SI mulut Laser terus dengan bebelannya dan aku terus ketawa.Tangan dia laju membersihkan garajnya yang dah berubah wajah.Hanya kelihatan dia seorang je.Barangkali ahli rumah yang lain tak balik lagi la tu.Kalau kami tadi, semua kena kerahan tenaga membersihkan stor.Hamba Allah di sebelah ni kena bertungkus lumus seorang diri la.
Bila azan Magrib bergema, dia masih dengan kerja-kerja Majlis Perbandaran.Nampak gayanya skip lagi la dia dari solat berjemaah.Tambah lagi sehari dia ponteng ke masjid sejak perempuan anggun tu hadir dalam hidup dia.
Eh..eh, yang aku dok sibuk mengira hari dia tak pergi masjid buat apa.Tak ada kerja mencari kerja betul aku ni.Yang pasti saat ini, aku dah boleh tersenyum puas atas penderitaan dia.Pandai sangat dera aku, aku dera balik.Kiranya 0-0 la lepas ni.Yahooo!
---------------------------------------------------
”Cepat keluar weh..Tunjukkan rasa simpati kita pada Mulut Laser tu.Dia dah pulangkan Mamat dah dekat Uncle Zali.Aku rasa sekejap lagi kena marah la dia dek Uncle Zali”,jeritan Linda menghilangkan ketenangan malam.
Aku baru selesai solat Isyak terus berlari keluar dari bilik.Tak sabar rasanya nak tahu apa adegan dan plot seterusnya.Nak juga aku tengok hamba Allah tu melidi sebab takut.Puas hati aku.
”Weh,jangan la over pula.Silap haribulan, kantoi kita yang plan semua ni.Paling-paling pun, aku dengan Uda je yang pergi.Sebab masa Uncle Zali tanya tadi, kita orang je yang hidup.Nanti dia suspect apa-apa lak.Naya kita nanti”,saran Izzah menghentikan semangat Linda malam ini.
Linda mengetap bibir.Lama dia terdiam.Menimbangkan segala kata-kata dan saranan Izzah.Akhirnya dia akur, sedar akan risiko yang bakal ditanggung kalau tak berjaga-jaga soal ini.
”Tapi takkan korang nak main serang hendap je dia dekat rumah Uncle Zali.Paling-paling kena la stail kura-kura dalam perahu sikit”.
Aku mengakui kebenaran kata-kata Nadia.Memang kena pro bab-bab berlakon.Tapi apa nak dikesahkan, otak aku ni kan otai tahap dewa.
”Lek la..ko jangan risau.Aku dah prepare minda, jiwa dan raga dah ni.Just wait and see je sekejap lagi.”,ujarku sambil cepat-cepat berlalu.
Tangan Izzah aku tarik perlahan.Izzah tersengih mengikut langkah aku.Sedangkan muka Nadia dan Linda penuh kebimbangan.
”Dun worry la kawan.Bab-bab menyamar, jadi pelakon takde pengarah ni serahkan dekat tangan kitaorang.Tata”,pujuk Izzah sambil mendabik dada.Tunggu dan lihat je sekejap lagi.
---------------------------------------------
Terpinga-pinga si Mulut Laser bila Uncle Zali memanggil kami dalam perjalanan pulang dari membeli burger.Beli burger tu taktik kotor je, padahal niat sebenar nak mengenakan hamba Allah tu.
”Nana menangis tak tentu arah dah dekat dalam.Takut sangat kalau Mamat jadi apa-apa.Uncle dah tak reti nak buat apa dah ni.Mama dia pula out station.Kalau boleh uncle nak minta tolong Uda dengan Izzah tenangkan dia.Uncle dengan Syed nak bawa Mamat jumpa veterinar sekejap.Minta tolong tunggu kan Nana sekali.Boleh kan?”,pinta Uncle Zali sebaik sahaja kami bertanya niatnya memanggil kami ke rumahnya.
Aku dan Izzah serentak menganggukkan kepala.Buat pertama kalinya aku tahu nama si mulut laser tu.Rupa-rupanya satu keturunan dengan Sharifah Haslinda.Patut la sama naik lasernya.Tapi aku kesian juga dekat Nana.Risau betul dengan kucing Parsi dia tu.Maklum la tak beradik, Mamat la jadi tempat dia meluahkan kasih sayang.Ceh, memandai je aku ni buat andaian.
”Masuk je Izzah, Uda.Bilik Nana yang hala ke dapur tu”,tambah Uncle Zali lagi.
Buntang mata si mulut Laser melihat reaksi aku dan Izzah.Apa ke halnya?Jangan dia tahu taktik aku nak kenakan dia sudah la.
Izzah melangkah masuk terlebih dahulu ke dalam bilik Nana.Aku mengikutinya dari belakang.Walaupun aku tak suka dengan budak kecil ni tapi aku cuba buat-buat suka pada dia.Sebab aku la, dia jadi macam ni.Ada la sikit rasa bersalah atas apa yang terjadi.Tak banyak...sikit je,0.01% maybe.
------------------------------------------------------
”Mamat bukannya apa-apa pun.Dia salah makan je tu.Nanti lepas papa bawa jumpa doktor, ok la tu”,pujuk aku.
Nana masih mengeringoi menangis.Makin dipujuk, makin menjadi-jadi mengada nya.Kalau adik aku la, dah dapat penampar free dah.Tapi nasib la dia ni bukan anak walid aku.
”Kalau dah sakit-sakit macammana bulu dia nak kembang lagi.Dia berak tadi, habis dah bulu dia.Nanti semua orang kata Nana tipu”.
Aku dan Izzah saling berpandangan.Malu dengan orang ape kes pula ni?
”Semua kawan-kawan Nana tahu Nana ada kucing bulu kembang.Kalau dia dah tak cantik nanti semua orang kata Nana tipu.Semua orang tak mahu kawan dengan Nana”,tambah Nana dalam esak tangisnya.
”La..Nana jangan la cerita dengan dia pasal Mamat sakit ni.Benda ni rahsia la kiranya.Kalau dia orang nak datang tengok, Nana kata la mama bawa pergi out station.Lepas bulu mamat dah ok, baru Nana tunjuk dekat dia orang.Ok tak?”,pujuk aku pula.
Sedaya upaya aku memaniskan muka dan melembutkan kata-kata.Nana berhenti menangis mendengar pujukan aku.Lega aku dibuatnya.
”Dah berhenti menangis.Kami belikan burger untuk Nana ni.Kak Uda nak bagi bagi something kalau Nana berhenti menangis.Nak ke tak”,pujuk Izzah lagi pada budak sekolah tadika ni.
Nana mengesat airmatanya.Berseri-seri muka bila dengar aku nak bagi present.Tangannya dihulurkan pada aku.Mata duitan punya budak.
”Ni duit dari kita orang untuk beli makanan Mamat.Bagi dia sihat cepat dan bulu dia kembang semula.”,ujar aku sambil menghulurkan angpow yang diserahkan sebelumnya oleh si mulut laser.
”Tapi ni rahsia tahu.Nana kena belikan sendiri makanan tu.Jangan sampai orang lain tahu”,jelas Izzah akan syarat penggunaan wang tersebut.
Nana menyatakan persetujuan.Angpow dimasukkan ke dalam poket naju tidurnya.Tapi janji tinggal janji.Bila kedengaran bunyi kereta Uncle Zali, Nana terus menghebahkan duit pampasan dari kami.
”Papa, akak sebelah rumah bagi duit untuk mamat.Lepas ni kita beli makanan Mamat banyak-banyak.Cepat sikit dia sembuh papa”.
Fuh, kantoi juga hidup aku ni.Uncle Zali terpinga-pinga dengan hebahan dari Nana.Sedangkan aku dan Izzah nak lari ikut pintu belakang dah masa ni.Bala dah datang.
”Isk,tak payah pun takpe.Syed dah bagi duit pun untuk perubatan Mamat.Simpan jelah duit tu Uda”,kata-kata uncle Zali menghilangkan rasa gemuruh di dada aku.Kiranya aku terselamat la kali ni.Tapi pandangan mata Syed Mulut Laser lain benar.Macam nak telan aku je.Mak, takutnya.

3 comments:

L said...

haha syed dah tau agaknya :P

sya[E] said...

owh syed nme de..
nih msty kes syed dh tau nih sume kje deorg..hoho..
tuh yg pndg tjm smcm..

Anonymous said...

hbis le dia org dh kantoi...
lps nie kne le wat kubu pthnn telinga n wat srngn mulut kt P.Imam tu balk...
hi2..mmng nkal btl le dia org bempt nie...