@rubiadaibrahim

Thursday, October 8, 2009

Janji 27:Jadi Gajah..Tak Nak!!


“Nurin, kita pergi klinik ye.Lama-lama kalau dibiarkan, makin bengkak kaki ni”,pujuk Adam lembut.

Aku menggelengkan kepala, tetap berdegil tak mahu mengikuti saranannya.Adam mendengus geram dengan keengganan aku.Tangannya masih mengurut kaki aku yang terseliuh akibat silap terjunan tadi.Ingat nak bergaya ala superman, sekali silap teknik pula.Malu ada, sakit pun ada.

“Degilnya isteri abang ni.Memang nak kena tarik telinga dia ni.Nak jadi gajah ke Nurin?”,soal Adam dengan nada gurauannya.

Aku tarik muka.Orang sakit-sakit macam ni, sempat lagi dia nak bergurau senda.Tak patut betul.Tangannya yang mengurut kaki aku, aku tepis.Adam terkejut dengan tindakan aku.Bulat matanya.

“Kalau tak mahu tolong urut sudah la.Nurin pergi cari tukang urut lain”,rungutku sambil menurunkan kaki dan membetulkan duduk.

Adam yang tadinya terkejut ketawa besar.Aku naik geram dengan reaksinya.Bukannya nak dipujuk, diketawakan lagi.Aku bingkas berdiri, tudung di kerusi meja solek aku capai.Kaki yang masih sakit aku tak pedulikan, yang penting aku nak bawa hati.

“Tu nak pergi mana pula?Lari bawa hati ke sayang?”,tanya Adam lagi dengan ketawanya yang masih belum hilang.

Aku tak memperdulikannya.Aku menyarungkan tudung di kepala.AKu mengangkat kaki menjauh darinya.Mungkin kerana pergerakan aku yang terlalu ganas,sakit di kaki makin menjadi-jadi.Aku memperlahankan langkah aku.

“La, kata nak lari?Mana ada orang lari, jalan macam kura-kura ni sayang.Kalau masuk pertandingan olahraga ni, mesti kalah punya”,tambah Adam lagi yang sudah mendekati aku.

Aku tetap melangkah menghampiri pintu.Rasa sakit yang mula datang aku cuba sembunyikan.Ego seorang isteri la konon-kononnya.Tapi pandangan Adam tetap pada aku dengan senyuman yang bermain di bibirnya.

Belum sempat aku memulas tombol pintu,Adam dah muncul di sebelah aku.Tangannya merangkul pinggang aku dari sisi.Aku menatap mukanya.

“Sakit ye sayang?”,soal Adam lembut.

Aku menggelengkan kepala sambil menepis tangannya.Adam tergelak besar sekali lagi dengan perangai aku yang ego benar.

“Isk..isk, teruk betul la dia ni.Sakit-sakit tak mahu mengaku.Muka dah tak rupa manusia pun, tetap nak buat keras kepala.Dah, tak usah nak merajuk-rajuk lagi.Tak ada nak ke tukang urut.Sekarang, kita pergi klinik.Kalau makin sakit, nanti siapa yang susah.Abang juga”,bebel Adam sambil membuka pintu bilik hotel.

Sebelah tangannya masih memaut pinggangku kemas.Aku akhirnya akur dengan kata-katanya.Nak tak nak, kena juga aku mencemar duli ke klinik malam-malam hari bulan madu aku ni.

Abang bukan tak mahu urut.Risau kalau silap urut je.Nanti lagi bahaya.Lagi satu, sayang memang kena pergi klinik juga.Kalau lambat baik, esok habis kita kena soal-siasat dengan mak.Tak pasal-pasal tak boleh pergi sini lagi dah.”,jelas Adam akan niat terselindungnya memujuk aku ke klinik.

Aku menatap mukanya, senyuman aku hadiahkan.Bila melihat muka aku berubah menahan sakit, Adam tiba-tiba mendukung aku.Terkejut aku dengan reaksinya.Malu tahu tak.

“Buat apa nak malu.Abang bukannya dukung perempuan sembarangan.ISteri abang juga.Biar la dia orang tahu betapa sayangnya abang pada Nurin”,bisik Adam bila aku bersungut tentang pandangan orang di sepanjang jalan turun ke lobi.

“Nurin, abang pun kena jumpa doktor jugalah sekejap lagi”,ujar Adam tiba-tiba ketika kami dalam perjalanan ke klinik.

Aku memandangnya pelik.Apa kes pula dia yang beriya nak jumpa doktor.PAdahal aku yang sakit.

Abang punya bahu dah rebeh la sayang.Kena ambil ubat hilangkan lenguh-lenguh ni.Penat wo angkat sayang.”,balas Adam dengan muka nakalnya.

Dia kata aku berat.Tangan aku pantas mencubit pehanya.Adam menyerigai kesakitan.Rasakan, suka sangat mengusik aku.

“Kalau tak ikhlas, pergi la balik hotel.Orang boleh pergi sendiri.Nanti kata macam-macam lagi”,rajukku.Tarik muncung Donald Duck la aku sekali lagi.

Bukan pujukan dari Adam yang aku terima.Tapi ada kucupan lembut di pipi yang membuatkan aku termalu sendiri.Tanpa sedar, bibir aku mengukir senyuman.Dan pelukan Adam makin erat aku rasakan.
-------------------------------------------
“Hari tu Amal tak datang pun masa kenduri kita.Mana dia pergi ye sayang?”,soal Adam sebaik sahaja kami tiba di hotel malam tadi.

Aku memandangnya pelik.Kenapa soal Amal dibangkitkan di tengah-tengah malam ni.Macam ada rahsia je.

“Dia busy dengan kerja kot”,balasku ringkas.

Adam mencebikkan bibir mendengar alasan yang keluar dari bibir aku.Tak puas hati betul dengan jawapan aku nampaknya.Aku memang malas nak berbincang soal Amal dengan dia.Bagi aku, tak ada lagi Amal dalam kehidupan dan hati aku.Yang ada Cuma dia,Adam Lutfi.Insyaallah, selama-lamanya.

”Seribu kali sibuk pun, luangkanlah masa datang kenduri kahwin kawan sendiri.Raikan hari bahagia Nurin Rusyaida abang ni.Bukannya jauh sangat pun nak datang”,rungut Adam lagi sambil menghulurkan air mineral kepadaku.

Matanya dialihkan ke tempat lari.Takut aku terkesan dia cemburu la tu.Dari suara pun aku boleh tahu la.

”Kenapa tiba-tiba keluar pasal Amal ni?Abang cemburu ye?”,soalku padanya, serkap jarang aku harapnya mengena la.

”Mana ada cemburu.Cuma rasa dia tak patut je kirim sms dekat isteri orang.Tengah-tengah malam pula tu”,balas Adam sambil menghulurkan telefon bimbit aku.

Aku tercengang mendengar kata-katanya.Amal hantar sms?Tengah-tengah malam.Biar betul.Nak tahu juga aku apa sms yang menyebabkan Adam cemburu. Sms dari Amal aku baca.
”Salam.Insyaallah, reunion batch kita akan diadakan hujung bulan depan.Kepada sesiapa yang boleh join, bagitau Mazni ok.Sebarkan”.

Adam memandang geram bila aku ketawa selesai membaca sms dari Amal.Mencerlung matanya memandang aku.

”Abang baca ke sms dia tadi?”,soalku sambil menghulurkan handphone kepadanya.Adam menggelengkan kepala.

Sms dari Amal aku suakan padanya.Adam menyambut handphone dari aku lambat-lambat.Cemburu lagi la tu.

”Sms reunion pun abang nak jealous juga ke?”.

Adam tersengih-sengih malu mendengar soalan aku.Mungkin tersedar kesilapannya.Mengadili tanpa mengetahui hal yang sebenar.

”Jangan risau la abang, Nurin tak akan layan dia kalau dia sms pelik-pelik.Kalau abang tak tahu la kot-kot layan girlfriend lama.Maklum la, ada rupa.Hangat di pasaran”,tempelakku.

Adam pantas menggeleng.Ha, tahu pun takut aku meragui dia.

”Abang takkan buat macam tu.Nurin, percayalah dengan abang.Walau secantik mana pun perempuan yang datang, abang tak akan pandang.Sebab isteri abang je yang abang sayang”,ujar Adam sambil menggenggam erat tanganku.

Muka dia penuh mengharap aku percayakan dia.Aku tersengih melihat gelagatnya yang gelabah tak tentu pasal.Senyuman manis aku tanda tiada keraguan di hati membuatkan genggaman Adam semakin erat.

”Ya Allah, moga hati kami makin rapat.Hubungan kami makin erat.Kekalkan bahagia ini hingga ke akhir hayat”.
------------------------------------------
”Abang memang tak ada hubungan istimewa dengan Zira pun dulu.Abang je yang mengharap lebih tapi Kak Zira tak sama rasa hati dia dengan abang.Abang serious nak menikah dengan dia after habis belajar.Tapi dah takde jodoh kami, apa abang nak buat.”,cerita Adam bila aku bertanyakan soal Kak Zira sebelum kami melelapkan mata.

Masih ada kemusykilan di hati aku tentang kisah lamanya.Walaupun Adam berikrar sayangkan aku, rasa ragui dan ingin tahu tetap ada.Malam ni, kami membongkar segala rahsia hati kami.

”Kiranya abang bertepuk sebelah tangan jelah ye?”.

”Macam tu la lebih kurang.Macam orang gila tepuk tangan tak berbunyi.Tapi silap abang juga.Mudah sangat percayakan rasa hati tanpa minta petunjuk dari Allah.Boleh tahan jugalah frustnya abang bila dia cakap dia nak kahwin dengan suami dia sekarang ni.Masa tu, abang berdoa pada Allah tunjukkan yang terbaik untuk abang.Dan Allah ganti Kak Zira dengan perempuan yang lebih baik untuk abang”,tambah Adam.

”Yelah tu”,gurau aku dengan muka tak percaya.

”Allah hadirkan sayang dalam mimpi abang.Masa tu abang tekad dalam hati, abang akan cari Nurin sampai dapat.Kak Ina yang banyak tolong.Bila Nurin melapor dekat hospital aritu, abang rasa macam nak menangis tahu tak?”,kata Adam.

”Tak tahu”,Balasanku membuatkan hidung aku kena tarik dek Adam.Habislah merah hidung aku.Patut la Kak Ina dok bising kata ada orang nak berkenalan dengan aku sebelum balik Malaysia.Rupa-rupanya, dia la hamba Allah yang aku panggil 3 G hari tu.Gatai,Gediks,Gelenya tu dah rasmi jadi suami aku pun.Hehe.

”Abang gembira sangat dengan takdir ni.Tapi abang tak berani nak mulakan langkah pertama.Takut kena reject macam sebelumnya.Walaupun hati abang yakin yang Nurin takdir abang, abang cuma pandang dari jauh je.Mujur Kak Ain faham.Abang memang gembira betuk sebelum balik raya tu.Saat paling bahagia dalam hidup abang.Bila dapat sms dari Kak Long tu, memang tak tentu arah abang jadinya.Semua benda abang buat tak jalan.Nak tanya Nurin, tapi abang tak sanggup nak jumpa.Bila Kak Ain kata Nurin nak jumpa, semalaman abang tak tidur.Memang sasau betul la”.

”Macam-macam dialog abang praktis.Takut betul kalau Nurin tahu abang tengah kecewa.Tapi Allah tu Maha Kaya, jawapan dia juga yang tersurat haritu.Akhirnya abang tahu juga yang Nurin sayangkan abang.Alhamdulilllah, sedar tak sedar dah seminggu abang pegang status suami orang ni..Mudah-mudahan, tak lama lagi abang naik satu level dan dapat satu pangkahtlagi”,ujar Adam dengan suara manja yang dibuat-buat.

”Ha, naik level?Abang ingat kita buat multilevel bisnes ke?”,soalku sambil menatap mukanya.

Adam tersenyum lebar padaku.Satu jari di kanan dirapatkan dengan satu jari di sebelah kiri, dan angka satu yang muncul.Aku tersipu-sipu dengan kiasannya.Adam terus ketawa melihat aku yang sebegitu.Nak jadi papa budak perangai mengenakan orang tetap macam tu.Isk..parah.
---------------------------------------
Adam tak reti bermain kata bab pujuk rayu.Itu yang sudah aku sedia maklum sejak pernikahan kami.Tak ada madah pujangga yang akan lahir dari bibirnya.Katanya, dia meloya kalau jiwanya karat.

Rasa cinta Adam dilahirkan dari perlakuan dan reaksinya.Pujukan Adam aku ketahui dari sentuhannya yang penuh dengan kasih sayang.Kalau mulut dia yang berbicara, jangan di harap la dia memujuk.Makin stress la jawabnya kalau tak boleh tahan.

Aku menatap Adam yang sedang tidur lena di sebelahku.Nampak polos dan comel wajahnya.Kalau dibandingkan dengan Amal, jauh menangnya Amal dalam soal raut wajah.Tapi Adam tetap pemenang di hati aku.Tak kiralah banyak mana kurangnya dia berbanding si buaya tu, Adam tetap istimewa di hati aku.
---------------------------------------------
Along dah pun menunggu ketika kami tiba di LCCT.Ada Rania yang setia menemani Along ke mana sahaja Along pergi.Sejak beradik, Rania memang manja betul dengan Along.Kalau Along nak ke tandas je tak diescort.Kalau tidak, mengekor Along sepanjang masa la anak saudara aku tu.

Along melambai tangan ke arah kami.Aku melemparkan senyuman kepada Along.Rania berlari ke arah aku bila kami menghampri mereka.Tangannya didepakan, nak berdukung la tu.

Belum sempat aku mengambil Rania,Adam dulu yang meluru ke depan.Rania malu-malu dalam dukungan Adam.Tangannya dihulurkan kepada aku, mengharapkan aku mengambilnya dari Adam.

”Cik Ida tak boleh dukung Rania.Kaki Cik Ida sakit”,terang Adam lembut pada Rania.Rania terdiam.Mencerna pujukan Adam.Mungkin mendengarkan perkataan sakit, Rania akhirnya mengalah untuk didukung Adam.Lega aku bila Rania tak meragam.

”Kenapa boleh sakit kaki pula ni.Korang buat apa sampai jadi gini?”,soal Along dengan muka nakalnya.Adam tergelak.Mula la Along berfikiran biru tu.Tak ada benda lain.

”Ida salah tiruk la Along.Terseliuh kaki.Kalau ikutkan dia, tak nak pergi jumpa doktor.Nak balik sini baru berubat.Saya punya la takut kena marah dek mak, puas jugalah pujuk rayu.Kalau tidak, tak pasal-pasal kena piat telinga dek mak.Mana taknya, degil juga nak buat bungy jumping dia tu.Sampai saya pun terpaksa buat sebab kesiankan dia kalau-kalau kena mak tarik telinga bila balik sini”,jelas Adam akan hal yang sebenar berlaku pada kami sambil ketawa.

Kami tertawa mengingatkan betapa degilnya kami, nak juga melanggar nasihat mak.Tapi tak lama, ketawa kami mata dengan sendirnya bila merasakan ada tangan yang menarik telinganya dari belakang.Siapa gerangan yang berani usik aku ni?Selamba dan rock betul.Memang nak kena seligi nih.

Kami berpaling.Tak sempat nak buka mulut, muka kami bertukar pucat lesi tak pasal-pasal.Ha, mak pun ikut juga ambil kami.Aduh, naya..naya.Kena sumpahan jadi gajah la sekejap lagi.Jangan mak hantar pergi zoo sudahlah.Oh, tidak!!!

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hahah..
comey je dorang nie..
abeslaaa..
jd telinga gajah sat g due2..

~:: niz ::~ said...

hahaha..
comel je..
:D
teruskan, ye...

Anonymous said...

hihihi....
tu le nk tpu org tua kn ke dh kene trik tlnga tu....
sme je prngai dua org nie...
tnye ckit, nk abiskn cter Janji dulu ke pstu baru smbng citer2 yg lain tu? coz dh lama n3 citer yg lain tu x ada....

misz nana said...

kan dah kena piat..
haha~

MaY_LiN said...

atoi mak!!
tamo wat lg..
hihihi