@rubiadaibrahim

Tuesday, October 13, 2009

Janji 28:Boycott..Rugi2!

Penat seharian bertugas di Bahagian Pesakit Luar.Masuk klinik ni ada baik dan ada juga sisi kelamnya.Sisi baiknya adalah tak payah bersengkang mata hingga ke malam.Tapi sisi kurang bestnya adalah macam-macam perangai orang kita jumpa.

Ada pesakit yang kadang kala complainnya memanaskan telinga.Dan ada juga budak-budak yang tak makan saman.Nak kena makan dek orang kot.Geram aku dibuatnya.

Masuk je bilik, habis semua benda atas meja diusiknya.Nakalnya MasyaAllah.Aku sabarkan hati sebab anak orang.Kalau anak aku, memang kena piat la gamaknya.Ha,anak aku?

”Kalau begini la nakalnya Ida dengan Adam.Alamatnya tak menang tangan la kau orang bila dapat anak esok.Berpuluh-puluh kali ganda nakalnya anak-anak kau orang nanti”.

Ya,Allah.Jangan la apa yang mak katakan masa balik dari BALI hari tu jadi kenyataan.Kalau jadi betul-betul la, aku kena panggil dek polis la gamaknya.Mahunya tak p BALAi kalau anak nakal tu telefon teledera nanti.Oh..no, jauhkan la dari jadi betul-betul hendaknyal!
-------------------------------------------
”Dr,saya mengandung?Betul ke?”,soalan dari pesakit aku pagi tadi terngiang-ngiang di telinga.

Suaranya girang.Dan raut wajahnya jelas menggembarkan rasa hatinya yang gembira.Aku menganggukkan kepala tanda mengiyakan tekaannnya.

“Alhamdulillah.Ada juga tanda kasih dan cinta kami.Moga anak yang lahir nanti menjadi pengganti ayahnya menemani saya“,luah wanita berusia 27 tahun itu lagi.

Tanpa aku pinta, dia bercerita soal suaminya.Tanpa linangan airmata, dia mengingkap kisahnya yang agak tragis .Suaminya meninggal seminggu selepas perkahwinan mereka.Belum sempat kenduri bertandang di sebelah pihak lelaki, suaminya dah dijemput Illahi.

Tapi katanya, dia redha andai itu takdir yang ditentukan buatnya.Siapa dia nak menangisi pinjaman dan sepenuhnya kepunyaan dari Tuhan.Dan pesanannya yang terakhir membuatkan aku tergamam.

“Dr, kalau dengan orang yang kita sayang jangan selalu masam muka.Kalau macam saya sekarang ni, harap sangat dia boleh temankan saya.Tapi bukan nak kata temankan, nak dengar khabar dari jauh pun susah.Jadi, lagi ada ruang waktu bersama, sayangi dia sepenuh hati.Jangan pernah ada rasa benci“.

Bila aku tanyakan kenapa dia berprasangka begitu pada aku, jawapannya cukup ringkas.

“Kalau tak silap saya, Dr dah nikah kan.Kenapa cincinnya tak dipakai?Jauh hati dengan suami ya?“.

Bukan aku sengaja tak nak pakai cincin tapi barang kemas ni ada halangan kalau dah masuk klinik.Tak ada perhiasan dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan pada pesakit.
Aku menafikannya tapi nampaknya dia lebih bijak membaca gerak geri aku.Dan akhirnya, dia menasihatkan aku agar banyak bersabar akan dugaan rumahtangga.Nasihat dan sesi kaunseling tak rasmi darinya membuatkan aku tersedar akan kesilapan diri aku.
--------------------------------------
Tak silap, sudah hampir seminggu rasanya aku memboikot Adam.Walaupun layanan aku padanya masih sama, tapi malas benar mulut nak berbiacara.Aku jauh hati dengan sikap sambil lewanya.

Dia tak mengambil berat rasa cemburu aku.Gambar dia dan Kak Zira masih di simpan di albumnya.Diletakkan di laci bersebelahan katil.Bila aku katakan dia mahu mengenang kenangan lama, dia menganggukkan kepalanya.

“Dah jadi isteri orang pun dia.Takkan la abang nak tergila-gilakan dia lagi.Abang kan dah ada isteri, the best in the world“,ujar Adam dengan nada gurauannya.

Walaupun dia Cuma bergurau tapi hati aku tetap tak menentu.Dan aku rasakan, memang wajar aku bersikap begitu.Wajar bagi seorang isteri cemburu dan berprasangka dengan suaminya.Kata orang, cemburukan tanda sayang.
Tapi sikap acuh tak acuh Adam membuatkan sekali lagi aku makan hati.Aku faham jadual kerja Adam yang agak padat.Tapi seharusnya Adam tetap mencari ruang masa untuk aku.Kerana aku adalah isterinya.

Tugasan Adam di bahagian kecemasan membuatkan kami makin berjauhan.Adam pulangnya tak menentu.Saat Adam baru pulang dari on-call, aku harus masuk bekerja.Tak banyak masa untuk berbicara dan aku terus hilang kata-kata.

Adam juga begitu.Mungkin kerana kepenatan, perhatiannya pada aku sedikit berkurangan.Tapi Adam ada juga menjenguk aku ketika waktu makan tengahari.Tapi entah kenapa, hati aku tetap tak puas hati.

Puas aku cari puncanya tapi sampai sekarang belum jumpa penyebabkan.Mudah sangat aku tersentuh dengan kata-katanya.Guraunnya kadang-kadang aku ambil serius.Hinggakan akhirnya, Adam geram dengan sikap aku barangkali.Jadi, kami terus menjauh dalam kedekatan kami.
-----------------------------------------------------
“Akak tengok Ida dengan Adam macam ada masalah je?Perang dunia ke-3 ke?“,teka Kak Ain ketika kami menikmati makan tengahari.

Aku tergelak mendengar tekaannya, Cuma menyembunyikan hal sebenar yang berlaku antara kami.Tapi Kak Ain lebih bijak membaca ketawa palsu aku.

“Tak payah nak berdalih dengan akak.Akak perasan Ida dengan Adam macam makin jauh sekarang.Kau orang baru kahwin je pun.Takkan la nak berperang dah.“.

“Mana ada perang-perang akak.Cuma tak sempat nak bermesra macam orang lain.Tengok la sekarang ni Adam kerja dekat mana.Busy memanjang, mana sempat nak temankan Ida akak“,jelasku.

“Ala lah, merajuk je bunyinya.Kalau boleh akak tahu, kenapa sensitif betul Ida sekarang.Dulu tak macam ni.Lain benar dengan Ida yang akak kenal dulu“,balas Kak Ain.

“Entah la akak.Ida pun tak tahu.Padahal Ida terasa dengan Adam soal remeh je.Pasal album lama yang dia still simpan lagi.Tapi makin melarat-larat sampai sekarang.Ida pun tak tahu la akak?“.

“Pasal album je boikot seminggu.Kalau Ida terjumpa surat cinta dia, email dan seangkatan dengannya, berapa lama pula Ida nak boikot?“,soal Kak Ain sambil ketawa.

Aku mencubit Kak Ain geram.Suka kenakan aku.Selamba tenok betul.

“Small matter je tu Ida.Adam dah kata yang dia sayang sangat dekat Ida.Dah ada bukti pun sekarang ni, Ida nak risau apa lagi?Dia dah jadi suami Ida pun sekarang ni, so Ida nak cemburu juga ke?“.

Aku mengangkat bahu.Tak tahu apa jawapan yang tepat bagi soalan tersebut.Dan soalan Kak Ain aku biarkan tak berjawap.Suasana antara kami sepi seketika.Cuma kedengaran bunyi sudu dan garpu yang berlaga dengan pinggan.

“Jap..jap, bulan ni Ida dah dapat bendera nippon belum?“.

Soalan Kak Ain membuatkan aku kaget.Aku menggelangkan kepala.

”Jangan-jangan Ida mengandung tak?”,teka Kak Ain dengan muka penuh minat.

”Isk..tak kot.Maybe sebab hormonal imbalance Ida jadi macam ni.Selalu je Ida period not on time.Bukan mengandung la akak”,dalihku dalam getar suara yang cuba aku kawal.

Kak Ain tergelak melihat reaksi aku yang beriya menggelengkan kepala.Aku mengetap bibir, tekaan itu mungkin ada benarnya.Tapi kalau betul, macammana aku nak sampaikan berita ni pada Adam.Bagaimana dengan penerimaan Adam nantinya?Adam marah lagi tak dengan sikap aku yang agak kelewatan akhir-akhir ni?Bertubi-tubi soal mengasak fikiran.Dan aku buntu mencari jawapan sendiri.

”Dah, tak payah nak pening kepala.Cepat habiskan makanan.Sekejap lagi ikut akak pergi check up.Mana la tahu kot-kot betul,dapat anak saudara la akak tak lama lagi”.

Kak Ain girang menuturkan kata-kata.Sedangkan aku, tak tentu arah jadinya.Tak pasal-pasal, selera makan yang tadinya mengasak hilang begitu saja.Perit tekak datang tiba-tiba.Apa aku nak buat ni?
--------------------------------------------
”Bila tarikh akhir datang bulan?”.

”Seminggu sebelum saya nikah.Tak sure la exact date akak.20 haribulan 12 kot”.

”Isk,teruk betul Ida ni.Akak bukan pernah suruh Ida tanda dulu dekat kalendar.Tapi degil tak mahu dengar kata”,tempelak Kak Ain.

Aku mencebikkan bibir mendengar ulasan Kak Ain.Malas aku nak beriya bab-bab datang bulan ni.Tapi kalau kes yang lagi satu ni, kena ambil tahu jugalah.Tahan jelah telinga dengar ceramah free ni.

”Pernah rasa tak sedap badan tak pagi-pagi?”.

Geleng.

”Muntah-muntah?Pening kepala?Loya tekak?”.

Semuanya geleng.

”Penat dan cepat letih tak ada juga kan?”,soal Kak Ain lemah.Macam tak mahu berharap lebih-lebih dah lagaknya.

”Eh.yang penat tu Ada.Kalau mengemas rumah sikit pun, Ida rasa macam angkat berat.Lagi satu, jangan lupa masukkan bab emosi tak stabil tu dalam problem Ida!”.

Arahan aku membuatkan Kak Ain tersengih.Susah juga kalau patient sama doktor ni rupanya.Memang aku akui yang aku malas nak jumpa doktor kalau dah sakit-sakit.Kalau tak doktor yang paksa, sampai sudah la aku buat dek agaknya.

”Lepas ni, kita buat test air kencing ye.Fuh, postivite la hendaknya!”,ujar Kak Ain sambil menghulurkan tabung air kencing untuk pengesahan ujian kehamilan.

Melihat aku yang sikap acuh tak acuh, Kak Ain menarik aku ke muka pintu tandas.Siap tunggu dekat luar pintu lagi sebab takut aku melarikan diri.Over betul la!Naik seram pula kalau-kalau aku betul-betul termengandung.Ada doktor peribadi kawal aku 24 hours/day la jawabnya.
--------------------------------------
Aku terkejut bila Adam muncul di klinik 5 minit sebelum habis waktu bekerja.Adam masuk ke bilik tanpa kata.Membantu aku mengemas barang-barang dan dimasukkan ke dalam beg.Kemudian, tangan aku digenggam erat dan kami berjalan seiringan.

Aku terpana dengan sikap Adam yang lain benar hari ini.Jangan-jangan Kak Ain bocorkan rahsia yang aku suruh simpan tadi tak?Sebab tu Adam sanggup datang jemput aku balik hari ni.Dasar mulut tempayan betul Kak Ain.Geramnya aku.

”Apa yang dok berkerut-kerut muka tu sayang?Marahkan abang lagi ye?”,soal Adam kepadaku ketika kereta sudah pun menyusur di atas jalan raya.

Aku menggelengkan kepala.Masih buntu mencari ayat terbaik untuk memaklumkan berita gembira padanya.Ditambah rasa bersalah kerana memboikot dirinya membuatkan aku serba tak kena.

”Dah seminggu kita buat hal sendiri kan?Abang rindu sangat-sangat dekat In tahu tak.Rasa macam bukan diri sendiri dah sekarang ni.Kalau ada abang buat salah, abang minta maaf ok”,rayu Adam dengan nada suaranya yang lirih.

Aku mengalihkan pandangan.Menatap raut wajahnya kelihatan bersalah.Kesian betul suami aku seorang ni.Merana diboikot isteri sendiri.

”Abang tak salah apa-apa pun.In yang sensitif tak tentu pasal.I’m so sorry abang.In pun rindu sangat-sangat dekat abang”,ujarku sambil menggenggam erat tangannya.

Adam memandang aku pelik.Barangkali terkejut dengan kata-kata aku yang sebegitu.

”In tak betul sikit sejak 2,3 menjak ni.Tak pasal-pasal abang jadi mangsa.In tak mahu dah cemburu buta dengan abang.Cukup la sekali, In tak akan boikot abang lagi”,tambahku.

Adam mengukir senyuman.Aku senang melihatnya begitu.Adam meneruskan pemanduan.Bukan membelokkan kereta ke arah rumah kami tapi terus ke pekan.Terpinga-pinga aku dibuatnya.

”Kita makan dekat luar hari ni.Kesian dekat In kena memasak penat-penat balik kerja”,jelas Adam bila aku mempersoalkan arah tujunya.

Tak kisah la ke mana,bulan ke bintang ke...aku nak kita berdua je wahai Adam.Eh, silap..silap.Bukan berdua, dah jadi 3 sekarang ni.
-------------------------------------
”Nak KFC juga ke?Bukan ke tadi dah makan banyak.”,soal Adam bila aku memintanya membelikan set DINNER plate buat bekalan makan di rumah sebentar lagi.

Anggukan kepala aku mengundang ketawa Adam.Adam melangkah laju ke KFC.Sebentar kemudian, dia kembali dengan set KFC yang aku pinta.Senyuman diukirkan kepadaku.

”Tulah, jangan boikot suami sendiri.Kan susah nak keluar beli sendiri.So, lepas ni nak boikot abang lagi tak?”,perli Adam sambil mencuit hidungku.

Aku terjerit kecil dengan perlakuannya.Adam terkekek-kekek ketawa.Enjin kereta dihidupkan dan Adam meneruskan pemanduan.Sampai saat ini, aku belum menyampaikan berita gembira yang aku ketahui tengahari tadi.Sebolehnya aku mahu Adam maklum sendiri akan hakikat aku berbadan dua.Tapi malangnya, doktor ni kurang cekap lak membaca perubahan aku.

”Dalam dashboard tu, ada semua email abang dari dan untuk Kak Zira.In bacalah kalau In tak percayakan abang lagi.Pastu kira perkataan-perkataan jiwang yang ada dekat situ”,ujar Adam sambil menunjukkan dashboard di depan aku.

Aku membukanya dan menarik semua email yang dimaksudkan.Semua tajuk yang ada aku baca tapi tak ada satu pun menarik perhatian aku.Pokoknya, tak ada satu pun mengarah pada luahan hati dan perasaannya.Lebih kepada perhatian dan kasih seorang sahabat.

”Kenapa belek je?Tak mahu baca ke?”.Aku menggelengkan kepala.Bagi aku, tak ada gunanya aku mengungkit kisah lama.Apa yang lebih penting, masa depan yang akan kami lalui bersama.

Aku meletakkan kembali kertas tersebut.Perhatian aku teralih pada satu kertas tulisan Adam di dalam dashboard tersebut.Aku mencapainya.Ada senarai semua kedai makan dan segala makanan yang dijual tertulis di kertas tersebut.Aku mengangkat kertas dan Adam tersengih melihat muka ingin tahu ku.

”Senang kalau isteri abang dah mengandung esok-esok.Tak la pening kepala abang nak cari benda pelik-pelik yang In mengidam nak makan”,balas Adam sambil tersenyum manis.

Aku tergelak mendengar kata-katanya.Dah prepare awak-awal rupanya.Mesti bangga la anak kami berayahkan Adam nanti.

”Tapi hari ni, In tak mengidam nak makan benda dalam list ni.Nak KFC je.Thanks you so much love”,ujarku dengan nada manja kepada Adam.Adam mengalihkan pandangan padaku.Bulat matanya.Dan anggukan kepala aku tanda mengiyakan tekaannya membuatkan Adam terjerit.

”Ada pelamin dalam perut In.Dah nak masuk 8 minggu.So, prepare la nak keliling satu Kuala Pilah lepas ni ye abang”,gurauku sambil menghadiahkan senyuman manis pada Adam.Kiasan bahawa aku sedang bunting pelamin sebagaimana yang sering diperkatakan oleh orang-orang tua.

Genggaman tangan Adam erat bersulam di jemariku!Nampak gayanya tak boleh boikot la lepas ni.Susah idup eden!Kalau aku boikot, siapa yang rugi.Aku juga!Dengan segala sukacitanya aku melancarkan kempen:NO RUGI, SUAMI DI HATI mulai hari ini.Ada siapa nak join tak?Hehe

*Salam alaik semua.Sori n3 nya lambat bangat!Busy dah datang.Next week dan start KKN & Minor Thesis.Harap2, korang enjoy membaca kisah mengarut saya ni ye.Wassalam.

No comments: