@rubiadaibrahim

Tuesday, October 20, 2009

Janji 29:Oh, Pak Buyung!


”Dulu masa boikot abang, susah nak dapat makan.Sekarang dah berdamai, tak mahu makan apa-apa juga.Peliknya la isteri abang ni”,ujar Adam.

Aku sekadar tersengih mendengar kata-kata yang lahir dari mulutnya.Kalau orang lain yang mengandung sekarang ni, macam-macam benda dah dia order gamaknya.Tapi aku takde satu pun yang aku teringin nak makan.Belum sampai masanya barangkali.

Tangan Adam mengulas lembut kepala aku yang dipehanya.Sesekali terasa kucupan kasihnya di dahiku.Sejak disahkan berbadan dua, Adam makin rajin memanjakan aku.Setiap hati ada sahaja kejutannya buat aku.

Tak pernah selama ni dia menghantar bunga, sekarang ni rumah dah semerbak bau ros putih.Bila aku katakan membazir membeli bunga, dia menukar hadiahnya kepada buah-buahan pula.Durian,rambutan, langsat, epal semuanya ada.pantang terjumpa buah, semuanya dia lelong bawa balik rumah.

Aku yang naik risau dengan gelagatnya tu.Kalau tengok pada meja makan yang penuh dengan buah-buahan tu, boleh jadi tokei buah dekat pasar malam dah Encik Adam ni.Nak pula aku memang takde hati dengan apa-apa lagi sekarang ni, so semuanya jadi hiasan meja jelah.Tak luak la kalau nak harapkan masuk dalam perut aku.

”Esok Rin kena bawa bekal susu pergi hospital.No more excuse!”.

Suara Adam tegas kedengaran.Aku mencebikkan bibir mendengar arahannya.Macam tak tahu je aku ni degilnya tak boleh dilawan, tetap juga nak suruh aku minum susu yang aku tak suka tu.Aduhai, kesiannya la tekan nak terima.

”Tak ada cebik-cebik mulut sayang.Kena juga minum susu tu,kalau tak macammana nak sihat.Nanti takde tenaga pula nak kerja.Abang kesiankan isteri dan baby kita”,tambah Adam.

Aku mengeluh perlahan.Nampak gayanya kena jugalah aku menurut.Nak pula ketegasan Adam yang dah berubah seratus peratus lepas kena ceramah free mak dia hari tu.Nak menerima cucu punya pasal, 1 jam jugalah Adam menadah telinga mendengar bebelan mak dia selepas kami memaklumkan berita gembira hari tu.Panas jugalah handphone ditekap di telinga dibuatnya.
---------------------------------------
”Mak marah dekat abang tahu tak sayang!”,cerita Adam sambil mengambil tempat di sebelah aku.

Tangannya yang lagi satu membetulkan selimut di atas badanku.Terkejut juga aku dengan perubahan drastiknya di hari kami menerima khabar gembira ni.

”Dia kata sudah-sudah la buat hal sendiri.Sekarang dah beristeri, kenalah alert sikit dengan orang dekat sekeliling kita.Ada ke patut dia kata abang ni tak berperasaan.Tak patut betul”,bebel Adam dengan muka tak puas hati.

Aku tergelak mendengar omelannya.Bukannya dapat doa dari mak, sekali kena ceramah percuma pula.Tapi betul apa yang mak dia dok bising-bisingkan tu.

”Memang patut pun mak cakap macam tu dekat abang.Kalau tidak, sampai sudah la Rin makan hati sorang-sorang.Tak pedulikan langsung Rin nak terasa hati, merajuk ke apa ke.Pandai-pandai la Rin nak bawa hati masa terasa dengan abang dulu.Abang sikit pun tak datang pujuk Rin.Sedih tahu tak”.

Kata-kata aku mengundang reaksi tak senang di muka Adam.Adam bersuara, membela dirinya yang jadi pesalah utama hari ni.

”Abang datang pujuk la tapi orang tu yang jual mahal.Sampai-sampai abang pening kepala fikir macammana nak ambil hati Rin semula.Sebab tu la, abang print semua email Zira tu.Nak buktikan abang tak ada langsung hati dengan dia.Dan abang tak pernah pun berjiwang-jiwang dengan dia macammana sangkaan Rin tu.Seksa tahu abang masa tu”,ujar Adam sayu.

Tangannya memelukku erat.Aku memejamkan mata erat.Terasa kucupan Adam di wajahku.Lembut dan cukup membuatkan rasa sayang menggebu di hati aku.

”Abang dah agak Rin mengandung dari mula-mula Rin boikot abang dulu.Sebab tu abang biarkan Rin sejuk dulu.Kalau tak kena angin mak buyung ni,entah bila nak habis perang pun aku tak tahu”,bisik Adam lembut di telinga aku.

Aku pantas membuka mata.Memandang dia yang tersenyum manis padaku, mengharapkan penjelasan kata-katanya sebentar tadi.

”Seingat abang sebelum kita nikah haritu, Rin datang bulan.So, sepatutnya Rin dah datang bulan 2 minggu lepas.Bila tak datang-datang, abang dah start tanya dekat mak apa petanda orang mengandung.Semua yang mak cakap tu sama dengan perangai Rin.Sensitif semacam je.Just nak tunggu Rin bagitahu abang je walaupun Ain dah bagi hint dekat abang siang tadi”.

”O,kiranya buat-buat tak tahu la tadi.Siap buat muka terkejut bagai.Saja mengada-ngada la ye?”,soalku.Adam tergelak melihat muka geram aku.

”Abang dapat agak je.Tapi belum confirmkan.Tapi apa-apa pun, abang memang gembira sangat dengan hadiah ni.Mak pesan dekat abang supaya sayang elok-elok.Macam-macam petua dengan tips abang dapat tadi.Harap-harap abang mampu buat semuanya.Insyaallah”,ujar Adam penuh yakin.

Bila aku mempersoalkan apa tips dan petua bekalan mak untuk menjadi seorang ayah,Adam menggelengkan kepala.Kata dia biarlah rahsia.Dan aku harus menerima segala perubahan dan layanannya dengan rela hati.

So, sekarang ni walaupun aku tak rela nak menelan susu seliter bekalan Adam pagi tadi, aku kena jugalah memaksa tekak aku menerimanya.Kalau tidak, merajuk tak mahu di pujuk la abang aku tu.Pelik bin ajaib, aku yang mengandung dia yang terlebih sensitif.Dia nak jadi pak buyung apa?
------------------------------------------------
”Ida, jangan la ganas sangat berjalan tu.Slow-slow sikit.Kalau jadi dekat baby, macammana?”,marah Kak Ain bila langkah aku kemain laju menyaingi dia ke kantin.

Ni lagi sorang, doktor tak berbayar yang bising dekat aku bila dekat hospital.Susu seliter bekalan Adam harus dihabiskan sebelum makan tengahari.Macam anak gajah dah aku rasa kena paksa minum susu sebegitu banyak.

”Seribu kali Ida tak suka pun, kesian la dekat baby.Kalau mak dia tak mahu makan makanan berkhasiat, macammana baby nak sihat”.

Pesanan emak juga masih terngiang-ngiang di telinga.Adam mengadu pada emak bila aku kadang-kadang lupa dan sengaja lupa makan buah-buahan yang perlu aku tingkatkan di awal kehamilan aku.Bila mak dah berbunyi, nak tak nak aku menurut juga.Senyum lebar la Adam dibuatnya.

”Adam tak join sekali makan tengahari ke?”,soal Kak Ain sambil melilau mencari kelibat Adam.
Aku menggelengkan kepala, mengiyakan pertanyaannya.Kak Ain tergelak tiba-tiba.Pelik aku dibuatnya.

”Akak rasa kelakar je dengan korang berdua ni.Akak perasan perut Adam tu sama naik je dengan perut Ida sejak Ida mengandung ni.Nak bersalin esok, confius la doktor nak menyambut baby”.

Aku turut ketawa mendengar gurauan Kak Ain.Memang aku akui hal tersebut.Adam pun dah bising-bising dengan berat badannya yang naik dengan jayanya.Tak pasal-pasal dia yang jadi pak buyung lak.

”Mana tak naik Akak.Dia makan selera dari Ida.Ida yang tak larat nak makan, semua dia habiskan.Sekarang ni Ida baru naik sikit badan, dia dah dekat 4 kg dah.Tak ada dah la Adam si kerempeng lepas ni.Bising dah takut orang dok kata dia pak buyung”,balasku sambil ketawa.

Kak Ain tergelak besar mendengar kata-kata aku.Bila aku bercerita soal nafsu makan Adam yang makin menjadi-jadi,Kak Ain menggelengkan kepala.Tak percaya dengan list makanan yang dah hampir separuh ditanda.Bukan aku punya selera, Adam Lutfi makan semuanya.Kononnya kesiankan aku tapi lain pula jadinya.Pelik tapi memang benar ni.Tak ada yang tak benar melainkan yang benar-benar belaka.
-----------------------------------------
”Tengok perut abang ni.Dah over naik dari perut sayang.Dah terbalik dah kita ni.Balik kampung ni, memang panas la telinga abang kena kutuk.Kena tebalkan telinga betul-betul sebelum sampai”.

Luahan Adam aku sambut dengan ketawa.Perjalanan pulang ke Pahang kali ini aku rasakan terlalu jauh dan kepenatannya ketara.Mujur la aku ni tak ada masalah loya dengan muntah-muntah, kalau tidak mahunya empat lima jam baru sampai.

”Ha, abang tahu macammana cara nak bagi abang kurus dan mantain semula badan abang!”,ujar Adam dengan nada suaranya yang girang.

Aku berpaling memandangnya, teruja benar dengan cadangannya yang kononnya bernas tu.

”Abang rasa, abang patut merokok semula la.Baru la boleh kontrol selera makan abang.So, takde la kena kutuk lepas ni”,ujar Adam dengan nada mengusik.

”Bagus la cadangan tu.Kalau nak beli, jangan beli sikit-sikit.Beli satu kotak besar terus, boleh buat stok lama sikit”,perli aku pula.

Adam tergelak mendengar kata-kata aku.Kemudian dia meletakkan tangan di perutku yang berisi tanda cinta kami.Bibirnya mengukir senyuman.

”Abang tak ada buat semua tu la sayang.Jangan risau la.Abang tak akan bahayakan orang-orang yang abang sayang.Rin dengan baby kita.Kalau abang merokok semula, tak pasal-pasal ada 2 orang yang join sekaki esok-esok”,ujar Adam sambil mengenyitkan mata kepada aku.

Aku tersenyum manis mendengar pengakuannya.Katanya sejak dia berhenti, tak ada niat langsung nak kembali ke perangai lama.Dah cukup nak membunuh diri dan membakar duit.

”Bukan apa sayang.Tak silap abang, ada orang tu dok bising kata nak merokok juga kalau suami dia merokok.Memang rock kapak betul orang tu!”.

Kata-katanya yang selamba tu membuatkan aku mengukir senyuman.Segera fikiran aku mengimbau kata-kata aku yang masih kekal di ingatannya.Rupa-rupanya dia terdengar ayat amarah versi rock aku dulu.Fuh, malunya!

”Kalau suami Ida merokok esok-esok.Ida akan kata kat dia macam ni.Abang, jom kita merokok sama-sama.Baru la cinta sejati macam ni!Mati sekali!”.

Ayat yang aku dok ulang bila perokok-perokok tu tanpa segan silu menghembuskan asap rokoknya depan aku.Dan tak sangka pula, ada perokok tak segan silu datang dekat rumah aku tu terasa dengan ayat aku yang selamba nih.Dah jadi suami sejati dah pun,syukur Alhamdulillah.
-----------------------------------------
”Alhamdulillah, akhirnya sayang mengidam juga.Puas abang pujuk baby minta itu ini, baru sekarang dia layan papa dia.Tak sangka cempedak jadi nangka hari ni”,ujar Adam girang.

Aku sendiri tak percaya dengan kenyataan yang terbentang depan mata.Aku habiskan 30 cucuk sate seorang diri malam ni.Tak offer dah dekat dia.Adam bangga betul akhirnya aku dan baby menyusahkan buat pertama kalinya.

Adam tak makan, Cuma memerhatikan aku menghabiskan sate dengan rakusnya.Mungkin penat dalam perjalanan pulang membuatkan aku tak ingat dunia bila jumpa Sate Pak Hamid ni.

”Kenyang dah sayang?Nak makan apa-apa lagi tak?”,soal Adam lagi sambil menghulurkan gelas berisi air putih kepadaku.

Kepala aku gelengkan.Adam masih tersenyum kepadaku.Bangga benar dia bila emak katakan anaknya baik, tak nak menyusahkan papanya mencari benda yang pelik-pelik.

”Ok, kalau macam tu.Tapi kan, abang pula rasa tak kenyang lagi.Tekak abang ni teringin sangat nak makan gulai lemak nangka tu.Sayang boleh tak requestkan dekat mak?”,ujar Adam perlahan kepadaku.

Permintaan Adam membuatkan aku tergelak.Ni mesti kes tak mahu kena kutuk ni.Sebab tu dia tugaskan aku menunaikan hajatnya.Aku menganggukkan kepala.Pak Buyung oh Pak Buyung, macam-macam peel la.
----------------------------------------------
”Insyaallah, esok mak buatkan.Tapi bukan ke Ida tak suka makan benda tu.Pelik betul la selera orang mengandung ni.Cucu wan nak makan gulai nangka ye?”.

Kata-kata emak aku sambut dengan senyuman di bibir.Kalau mak tahu la bukan aku yang nak makan, memang kena gelak la Cik Abang aku.Tapi kenalah jaga air muka dia kan.Kalau merajuk Pak Buyung esok, aku juga yang susah.

”Adam tak jadi perangai pelik-pelik ke Ida sejak kamu mengandung ni?”,soalan emak membuatkan aku bungkam.Takkan mak perasan kot.

”Ha, perangai pelik macammana pula tu mak?”,soalku kembali, berdalih dan tak mahu bercerita lebih lanjut tentang perubahan Adam yang seharusnya terjadi pada aku.

”Setengah orang tu, suami dia yang terasa macam orang mengandung ni.Mengidam yang pelik-pelik, muntah-muntah dan loya.Kalau Ida la orang tu, bahagia betul.Tak terasa sangat payahnya dan besarnya dugaan mengandung ni.”,jelas emak panjang lebar.

Aku menganggukkan kepala mendengar penjelasan emak.Memang kenyataannya macam tu pun.Adam tak tahan dengan bau minyak wangi, mual dan belum sampai ke tahap muntah-muntah.Bab mengidam tu tak usah nak kata la.Tak pasal-pasal nak makan gulai nangka.

”Tadi mak terdengar Adam kata ni kali pertama Ida mengidam.Kalau Ida tak mengidam, kenapa pula perut Adam yang makin naik.Ke apa yang mak cakap tadi jadi dekat kau orang?”,soal emak lagi.

”Isk, mak ni.Dah menikah, memang naik la perut dia.Memang semua lelaki macam tu pun.Dia happy nak dapat baby la tu kot”,dalihku sambil ketawa, menutup rahsia Adam yang bukan lagi rahsia bagiku.

”Tapi mak rasakan...”.

Tak sempat mak menghabiskan kata-kata, Adam meluru berlari ke bilik air.Emak menjengilkan mata memandangku bila Adam muntah, kali pertama sejak aku mengandung.

”Kan betul mak apa yang cakap, Adam tu yang jadi macam orang mengandung.Uwek sana, uwek sini.Senang la Ida, makin semua benda, Adam yang terseksa”.

Kata-kata emak membuatkan aku tersengih macam kerang busuk.Bila Adam menghampiri kami, muka Adam pucat benar akibat muntah.

”Pak Buyung, esok mak masakkan gulai nangka tu.Ditanggung beres.Kalau nak makan apa-apa, jangan segan silu cakap dekat mak.Ditanggung beres semuanya!”,ujar emak selamba.

Muka Adam kemerahan menahan malu.Tapi sempat lagi dia berbisik di telinga aku sebelum berlalu sekali lagi ke bilik air,meluahkan segala rasa mual di tekaknya.Pesanan yang membuatkan aku ketawa besar pastinya.

”Kalau mak dah bagi green light, sayang minta mak masak kerabu mangga, ikan bakar dengan sambal petai sekali ye sayang!”.

Oh Pak Buyung, kuatnya kamu makan!Macam tak percaya tapi kena juga percaya.Nak percaya ke tak, percaya jelah ye!Aku pun tak percaya tapi kenyataanya Pak Puyung dengan berdepan dengan krisis morning sickness Mak Buyung ni.Yahoo, goyang kaki aku makan itu ni, Adam juga yang terdera di hati.Sian dia!

4 comments:

Anonymous said...

ala...sweetnye dia org nie....bhgia je...
apa2 pon best...
hope n3 Ayat Power dgn CCB x dlupakn yek..tngu sngt n3 br 2 novel nie...

misz nana said...

Adam pulak yg mengidam ye..
haha~

Anonymous said...

hahaha..sejibik mcm anak saudara akak! dia pregnant..hb dia muntah hijau!

~:: Izzati ::~ said...

hahaha..
sgt sweet...
comel!!!
:D